PELUH mulai menitik didahi Edward. Dia cuba memusing-musingkan badannya ke kiri dan kanan untuk meregangkan otot-ototnya yang terasa sengal. Seketika, dia berpaling melihat bangunan pentadbiran yang begitu besar dan tersergam indah dibelakangnya. Baru sahaja tadi, dia menyelesaikan proses pendaftaran bagi semester terakhirnya di Universiti Teknologi Mara.
Akhirnya, setelah melalui susah-payah selama dua tahun setengah di universiti tersebut, kini sudah tiba semester terakhir yang merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggu olehnya. Super senior! No, super-duper senior! Edward tersengih sendirian memerhatikan sebilangan pelajar-pelajar baru.
Tuuttt!! Tuuttt!! Telefon bimbitnya berbunyi. Edward segera mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya.
“Yes, Bell..you got a room?”
“Edward..I got a room for you..but..” suara Bella lemah ketika memberitahu Edward. Dia bimbang penerimaan lelaki itu. Baru tadi teman lelakinya itu memintanya untuk menolong carikan bilik kosong di asrama.
“But?” suara Edward sedikit pelik.
“But, you staying with a Muslim guy..no other rooms available..sorry..” ujar Bella perlahan.
“What??!!” pekik Edward kuat. Barannya datang tiba-tiba. Berdesing telinga Bella mendengar pekikan tersebut. Dia tahu Edward marah. Lelaki itu tidak pernah duduk bersama sesiapa pun sebelum ini. Hanya duduk bilik berseorangan.
Edward benci duduk bersama dengan golongan yang beragama kerana dia jenis yang berfikiran bebas dan tidak pernah percaya bahawa Tuhan wujud dalam hidupnya. Dia menyampah melihat aktiviti-aktiviti keagamaan yang akan dilakukan oleh orang tersebut. Bella adalah sepertinya, berfikiran bebas dan tidak punyai agama. Kerana itulah dia memilih gadis itu sebagai teman wanitanya.
Edward tidak berpuas hati. Mana boleh dia tinggal dengan mamat tu! Lebih-lebih lagi, mamat itu seorang yang beragama Islam. Dia paling anti dengan agama Islam kerana anggapan buruknya pada Nabi Muhammad dan terikut-ikut dengan pandangan orang lain bahawa agama Islam adalah agama pengganas.
Bagaimana Malaysia ini boleh benarkan agama seorang pengganas dijadikan agama rasmi negara?? Bagaimana jika dia terjebak? Dia tidak mahu menjadi pengganas. Dia tidak mahu membunuh orang! Daripada akhbar harian, dia sudah nampak pelbagai kes bunuh dan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh orang melayu beragama Islam.
Edward pelik kerana agama Islam masih dijadikan agama rasmi Malaysia walaupun pelbagai kes yang membabitkan orang beragama Islam terjadi. Mungkin kerana ajarannya yang mengajar manusia jadi kejam, pembunuh dan pengganas. Itulah yang difikirkan oleh Edward selama ini dan dia tidak pernah langsung membabitkan diri dengan kegiatan-kegiatan atau berkawan dengan orang beragama Islam.
**************************
Akhirnya, setelah melalui susah-payah selama dua tahun setengah di universiti tersebut, kini sudah tiba semester terakhir yang merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggu olehnya. Super senior! No, super-duper senior! Edward tersengih sendirian memerhatikan sebilangan pelajar-pelajar baru.
Tuuttt!! Tuuttt!! Telefon bimbitnya berbunyi. Edward segera mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya.
“Yes, Bell..you got a room?”
“Edward..I got a room for you..but..” suara Bella lemah ketika memberitahu Edward. Dia bimbang penerimaan lelaki itu. Baru tadi teman lelakinya itu memintanya untuk menolong carikan bilik kosong di asrama.
“But?” suara Edward sedikit pelik.
“But, you staying with a Muslim guy..no other rooms available..sorry..” ujar Bella perlahan.
“What??!!” pekik Edward kuat. Barannya datang tiba-tiba. Berdesing telinga Bella mendengar pekikan tersebut. Dia tahu Edward marah. Lelaki itu tidak pernah duduk bersama sesiapa pun sebelum ini. Hanya duduk bilik berseorangan.
Edward benci duduk bersama dengan golongan yang beragama kerana dia jenis yang berfikiran bebas dan tidak pernah percaya bahawa Tuhan wujud dalam hidupnya. Dia menyampah melihat aktiviti-aktiviti keagamaan yang akan dilakukan oleh orang tersebut. Bella adalah sepertinya, berfikiran bebas dan tidak punyai agama. Kerana itulah dia memilih gadis itu sebagai teman wanitanya.
Edward tidak berpuas hati. Mana boleh dia tinggal dengan mamat tu! Lebih-lebih lagi, mamat itu seorang yang beragama Islam. Dia paling anti dengan agama Islam kerana anggapan buruknya pada Nabi Muhammad dan terikut-ikut dengan pandangan orang lain bahawa agama Islam adalah agama pengganas.
Bagaimana Malaysia ini boleh benarkan agama seorang pengganas dijadikan agama rasmi negara?? Bagaimana jika dia terjebak? Dia tidak mahu menjadi pengganas. Dia tidak mahu membunuh orang! Daripada akhbar harian, dia sudah nampak pelbagai kes bunuh dan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh orang melayu beragama Islam.
Edward pelik kerana agama Islam masih dijadikan agama rasmi Malaysia walaupun pelbagai kes yang membabitkan orang beragama Islam terjadi. Mungkin kerana ajarannya yang mengajar manusia jadi kejam, pembunuh dan pengganas. Itulah yang difikirkan oleh Edward selama ini dan dia tidak pernah langsung membabitkan diri dengan kegiatan-kegiatan atau berkawan dengan orang beragama Islam.
**************************
“Heyya..nice to meet you..my name is Ahmad Afzar. Panggil aje Zar. Your name?” seorang lelaki menghulurkan tangan dengan senyuman penuh keikhlasan. Edward memandang cara pemakaian lelaki itu. Macam mamat rock kapak aje ni?? Dengan rambut berserabai dan pakaian yang koyak rabak sana sini. Edward mengerutkan dahi. Orang Islam memang macam ni ke?
“Hm..Edward..” Edward berkata dengan wajah endah tak endah. Senyuman Afzar pun tidak dibalasnya, apatah lagi huluran tangan lelaki itu, sudah tentulah tidak disambut. Afzar agak terkesima dengan kelakuan Edward.
“Sombongnya..” bisik Afzar sendirian sambil mencemik. Dia berjalan ke arah katilnya lalu membuka kembali beg pakaiannya dan menyambung semula mengemas baju ke dalam almari yang berada disebelah katil.
Edward melarikan matanya ke sekeliling bilik berkenaan. Pelbagai poster kumpulan-kumpulan rock yang tertampal disitu dan dia tahu bahawa semua itu tentu kerja si Afzar itu.
Di suatu sudut, kelihatan sebuah buku tebal. Di amatinya buku tersebut, ada tulisan didalam bahasa Arab dan juga bahasa Melayu. Al Quran terjemahan. Itulah rupanya kitab suci agama Islam, seperti yang pernah didengari olehnya sebelum ini. Hati Edward berdebar entah mengapa. Dia cuba menafikan perasaan gementar yang baru dirasainya. Oh, itulah buku yang selalu mengajar orang Islam jadi kejam dan jahat. Edward menaruh anggapan buruk lagi.
Afzar kelihatan mencapai Al Quran tadi dan dimasukkan ke dalam almari pakaiannya. Buat seketika, dia terpandang gelagat Edward yang sedang khusyuk memerhati ke arahnya. Bukan, sebenarnya ke arah Al Quran tadi. Dia berminat ke? Takkanlah kot! Afzar tersengih-sengih sendirian membuatkan Edward merasa hairan.
**************************
“You berminat dengan Al Quran?” Afzar bertanya tanpa berlapik. Dia memang seorang yang suka cakap lepas dan tidak pernah fikirkan tanggapan orang lain terhadap dirinya.
“What?” Edward terkesima apabila terdengar kata-kata Afzar yang tiba-tiba datang duduk berhadapan dengannya di meja makan. Hampir tersembur keluar nasi dari mulut Edward ketika itu.
Tangan Edward yang sedang memegang sudu terhenti sebentar. Makanan dihadapan dibiarkan seketika. Bagaimanalah mamat bodoh ini boleh timbulkan perkara merepek seperti ini? Edward pelik. Dia mula mengerutkan dahi.
“I nampak you ushar I simpan Al Quran hari tu..sebelum tu, lama juga you tengok Al Quran tu, betul tak..?” getus Afzar lagi. Dia yakin dengan pandangannya. Dan dia ingin tahu.
“I minat dengan buku tu? Itukan buku agama you? Buat apa I nak ambil peduli?” getus Edward tenang dan yakin. Memang dia tidak berminat, apatah lagi ingin memerhatikan kitab berkenaan. Untuk dekatkan diri dengan kitab itu? Jangan haraplah!
“Iye? Tak apalah. Saja I tanya you..” Afzar tarik sengih, membuatkan Edward rasa pelik. Mamat ni suka betul sengih seorang diri! Mungkin ada masalah mental agaknya?
Afzar berlalu ke arah katilnya lalu berbaring seketika sambil memegang ‘discman’ nya dan memakai ‘earphone’ ke telinga, ingin melayan lagu-lagu rock yang baru dibelinya tadi. Kepalanya terangguk-angguk ketika pandangan Edward terarah kepadanya. Pelik benar Edward dengan lelaki itu. Memang misteri.
**************************
Edward ketawa terbahak-bahak ketika itu. Dia sudah mabuk. Bau alkohol begitu kuat sekali menyerbu ke hidung Bella. Dia cuba memapah Edward yang sedang terhoyong-hayang ke kiri dan kanan. Mereka baru sahaja pulang dari sebuah kelab malam. Memang sudah menjadi aktiviti hujung minggu mereka untuk pergi ‘clubbing’ bersama.
“You, sleep with me tonight! Bella, I want you..” ujar Edward dengan nada berbisik. Dia ketawa lagi selepas itu.
Bella tersenyum simpul. Sempat lagi nak menggatal, teman lelakinya itu. Dia tahu Edward sudah terlalu mabuk. Lelaki itu memang selalu minum banyak dan mabuk teruk. Yang menjadi mangsa memapah Edward, Bella lah.
“Not tonight, dear. Forgot already? Now you have a roommate. How could you invite me over to your room when your roommate is around? And, he is a Muslim! It’s disrespectful to his religion..” ujar Bella dengan alasan bernas. Dia tahu bahawa agama Islam melarang lelaki dan perempuan bergaul bebas sebelum berkahwin.
“It’s his religion, not ours! Come with me tonight. Please, Bell. I missed you..” pujuk Edward sambil menjatuhkan kepalanya ke bahu Bella. Merayu dengan wajah kasihan.
“No, Ed. Not tonight. Go to your room now and sleep well. Tomorrow we got classes, remember?” tolak Bella lagi membuatkan Edward merengus kasar. Sakit betul hatinya apabila mendengar alasan Bella. Agama, agama, agama! Susahlah macam ni!
“That’s why I don’t like staying with any religious people! They are bothersome. And yet, they are disturbing my own privacy!” Edward mula bersuara lantang. Dia bengang.
“Syhh..it’s okay, dear. Next time, okay? So now, please go to sleep. I want you to sleep well..” Bella tersenyum sambil mengusap pipi Edward dengan lembut dan manja. Dia tahu, lelaki itu akan mendengar katanya apabila dia bersuara lembut dan manja begitu.
Edward menarik nafas panjang lalu dilepaskan. Dia mengalah. “Hmphh! Okay, dear..good night!"
“Good night! Sleep tight!” Bella tersenyum manis lalu berlalu pergi.
Edward memerhatikan langkah Bella dengan perasaan kecewa. Dia terlalu rindukan gadis itu. Tetapi kerana Afzar, dia sudah jarang menghabiskan masa bersama-sama teman wanitanya. Dulu, Bella selalu datang melepak di biliknya dan mereka selalu bersama setiap masa dan ketika. Itu ketika Edward tinggal berseorangan. Kini, Edward berkongsi bilik. Itupun dengan seorang Muslim!
**************************
Edward terbangun ketika tengah malam. Dia dahaga. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah meja makan yang berdekatan katilnya. Botol air diatas meja tersebut dicapai lalu penutup botol dibuka rakus.
Dahaga betul! Dia meminum air dengan gelojoh. Kepalanya tiba-tiba terasa berpusing-pusing, mungkin kerana kesan alkohol yang belum habis.
Selesai minum air, Edward kembali ke katilnya. Dia berbaring. Matanya cuba dipejamkan tetapi dia sudah tidak rasa mengantuk. Entah mengapa kini jiwanya bagai memberontak. Dia pun tidak tahu mengapa.
Tiba-tiba sahaja dia terfiikirkan tujuannya hidup di dunia ini. Sesuatu yang tidak pernah langsung terlintas di fikirannya! Edward menggeleng-geleng apabila tersedar yang dia sudah terlalu jauh berfikir.
Matanya menyorot Afzar yang sudah nyenyak tidur di katil pada hujung penjuru kanan bilik tersebut.
Tiba-tiba dia terfikirkan tentang personaliti lelaki itu. Tak adalah ganas pun. Tidak menjaga tepi kain orang dan tidak pernah bercakap pasal agama dengannya. Selepas si Afzar menyebut pasal Al Quran hari itu, sudah tiada lagi soal agama yang ditimbulkan. Hanya bercerita pasal kumpulan-kumpulan rock. Topik yang tentunya amat membosankan!
Dalam diam, Edward tersenyum kecil. Afzar benar-benar seorang yang kelakar, periang, baik hati dan tidak pernah membuat sesuatu yang selalu dibayangkan seperti yang selalu dianggap olehnya tentang orang-orang Islam. Benarkah Islam adalah agama pengganas seperti yang selalu diperkatakan oleh dunia?
Edward memejamkan mata sambil mengeluh panjang. What is the purpose for me living in this world? Belajar, bekerja dan berkahwin? Itu sahaja? Hati Edward terasa kosong apabila memikirkan keadaan dirinya dari dulu sehingga sekarang. Jiwanya memberontak dalam diam, rasa marah dan rasa tidak seronok. Ternyata dia bosan hidup begitu. Mengapa malam ini aku boleh memikirkan tentang perkara yang tidak pernah langsung terlintas difikiran aku selama ini??
**************************
Edward bangun dengan kepala yang berat dan sarat. Entah bila dia tertidur semalam, dia pun tidak pasti. Otaknya ligat memproses apa yang perlu dilakukan olehnya hari itu. Oh! Kelas pukul 8 pagi! Sekarang pukul berapa? Edward mula gelabah.
Dia mencapai jam tangannya. Ah, 7.15 pagi?? Aku dah lambat! Edward bingkas ke bilik air. Namun, dia sempat menyorot ke arah Afzar yang masih terbungkang diatas katil lalu menggeleng-geleng kepala. Tiada kelas ke mamat ni??
Edward terkocoh-kocoh berjalan apabila ternampak bas yang sudah berhenti di perhentian. Kalaulah dia tidak naik bas tersebut, tentu dia lewat sampai ke kelas!
Edward Berjaya naik bas. Tiba-tiba ada seorang lelaki sebangsa dengannya, iaitu berbangsa Cina mahu turun. Dia juga kelihatan tergesa-gesa. Edward memberi laluan kepada lelaki itu.
Papp!! Sebuah buku jatuh betul-betul hampir dengan kaki Edward. Buku lelaki tadi! Edward cuba memanggil lelaki itu namun dia sudahpun keluar dan bas sudahpun mula bergerak.
“Apakah Islam?” Edward berbisik sendirian apabila terbaca tajuk hadapan buku berkenaan.
**********************************************
Edward memegang buku bertajuk ‘Apakah Islam?’ yang baru sahaja dikutip olehnya didalam bas pagi tadi. Sejak tadi, jiwanya kacau. Dia bagai tidak dapat menumpukan perhatian kepada kuliahnya pada hari itu. Segala-gala yang dibuatnya terasa serba tidak kena.
Edward sampai ke rumah tepat pukul 7.00 malam. Dia duduk di meja belajarnya sambil melepaskan lelah. Dia penat berkejar-kejar dengan bas. Itulah yang sering dilakukan olehnya selama beberapa semester yang lepas. Dan, dia sudah terbiasa dengan kepenatan begitu.
Dia memerhatikan ke seluruh bilik. Afzar tiada dan Edward berasa pelik. Selalunya waktu begini Afzar sibuk membersihkan diri atau mencuci pakaian didalam bilik air sehinggakan dia tertunggu-tunggu giliran untuk mandi. Lama sungguh jika Afzar mandi, entah apalah yang dibuat. Tetapi hari ini, lelaki itu tiada dibilik. Pelik betul.
Selesai mandi, Edward duduk berteleku di katilnya seketika. Suasana sunyi dan sepi ketika itu. Bosan. Itulah perkataan yang terlintas dibenaknya. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat.
Kalaulah Afzar ada, tentu lelaki itu sibuk bercerita itu-ini kepadanya. Walaupun cerita lelaki itu membosankan, sekurang-kurangnya dia terhibur dengan gelagat Afzar yang ala-ala rock kapak itu.
Tiba-tiba terlintas dihati Edward tentang buku yang dikutipnya pagi tadi. Baca buku tersebut? Ah, tidak mungkin! Tapi, tidak salah jika aku mahu melihat perspektif orang beragama Islam. Dan benarkah mereka adalah sekejam-kejam manusia seperti yang selalu aku dengar??
Edward berdebar entah mengapa. Dia mencapai begnya lalu mengambil buku tersebut. Diselaknya helaian demi helaian, tekun benar dia membaca.
Edward menutup buku berkenaan. Dia berasa takut dengan tiba-tiba, rasa gementar menguasai dirinya entah mengapa. Ajaran Islam begitu telus dan dia seperti dapat merasai kebenarannya. Jika benarlah agama Islam mengajar Muslim begini, mengapa ramai Muslim yang sanggup butakan hati dengan berlaku kejam? Membunuh orang yang tidak berdosa dan membuat pelbagai lagi perkara tidak bermoral?
Apa yang dibacanya jauh berbeza dengan apa yang didengari olehnya selama ini. Adakah buku ini salah? Edward mula berteka-teki sendiri. Tiba-tiba terlintas di kotak fikirannya tentang Al Quran yang Afzar simpan ke dalam almari.
Hatinya tergerak ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang Islam, entah mengapa perasaan ingin tahu tentang agama tersebut begitu mendesak-desak jiwanya. Dan dia ingin membandingkan buku tersebut dengan isi kandungan Al Quran.
“Heyya! Baca apa tu??” Afzar menyapa Edward dari muka pintu, membuatkan Edward terkejut beruk. Afzar baru pulang dari perbincangan dengan kumpulannya mengenai projek akhir mereka. Dan dia ternampak Edward seperti dalam kegelisahan.
“Nothing..” Edward menyimpan buku ditangannya dengan wajah selamba. Padahal, jiwanya memberontak ingin tahu lebih dalam tentang Islam. Benarkah ajaran Islam sebegitu rupa?
Dan, menurut buku berkenaan, orang Islam sembahyang sebanyak 5 kali sehari. Mengapa dia tidak pernah nampak Afzar sembahyang? Satu persoalan dan keraguan. Betulkah isi kandungan buku berkenaan? Atau perlukah aku membaca Al Quran?
**************************
Edward bangun di tengah malam. Dia nampak Afzar sedang nyenyak tidur. Dengan langkah berhati-hati, dia menuju ke almari pakaian Afzar. Perlahan-lahan dibukanya agar tidak mengejutkan Afzar. Ala, lagipun si Afzar itu tidur mati. Kalaulah bom meletup pun, entah-entah dia tidak sedar langsung! Edward tersengih sendirian, lucu dengan imaginasi sendiri.
Edward mengambil Al Quran Terjemahan. Saat pertama kali jemarinya menyentuh kitab berkenaan, hatinya berdebar tidak keruan. Jantungnya sungguh laju berdegup. Adakah dia bimbang jikalau Afzar terjaga? Ah, tidak. Tetapi, apakah perasaan aneh yang mulai beraja dihatinya itu?
Edward tidak pasti. Dia menggigit bibir lalu membawa Al Quran itu ke arah tingkap. Dibukanya tingkap berkenaan lalu dia duduk di meja makan berhampiran tingkap itu.
Muka surat pertama. Surah al-Fatihah, hati Edward berdetik. Mata Edward melirik pada terjemahan surah berkenaan.
“[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Edward terkejut. Surah pertama sahaja kitab ini sudah mengajar perkara kebaikan. Edward tidak berpuas hati. Dia mengelak lagi helaian seterusnya.
Kini sudah 3 jam dia membaca terjemahan separuh daripada isi kandungan Al Quran berkenaan. Tiada langsung perkataan yang mengajak umat Islam mengganas. Hatinya mulai rasa keliru.
Perasaannya berkecamuk, antara pegangannya dan juga kebenaran demi kebenaran yang dinyata dalam Al Quran. Semua ini menjelaskan dan membenarkan pernyataan semua orang bahawa Tuhan itu wujud.
Edward menyimpan semula Al Quran tersebut. Dia perlu tidur untuk bangun awal ke kelas esok. Dengan hati yang berbelah-bahagi, Edward cuba melelapkan matanya namun dia tidak dapat tidur malam itu.
**************************
Edward sedang berjalan berdua-duaan dengan Bella ketika gadis itu tiba-tiba mencapai tangannya seperti biasa. Memang mereka selalu berpegangan tangan kemana sahaja.
Cuma hari itu, Edward kelihatan pelik. Hari itu dia langsung tidak menyentuh Bella, apatah lagi untuk memegang tangan gadis itu. Bella jadi pelik sendirian dengan perubahan sikap Edward itu lalu mencapai tangan Edward.
Bella terkejut apabila tiba-tiba sahaja Edward menarik semula tangannya dari pegangan Bella. Gadis itu kelihatan berubah wajah muram. Adakah Edward sudah berubah hati? Dia ada perempuan lain? Bella mula meneka didalam hati.
“Why did you let go of my hand like that?” Bella menarik muncung. Merajuk. Dah lama dia tidak berjumpa lelaki itu kerana masing-masing terlalu sibuk dengan projek akhir dan dia rindukan Edward. Kini, teman lelakinya itu berperangai pelik pula.
“Sorry. Today I’m not in the mood..” selamba Edward berkata. Bella membeliakkan matanya sambil mencapai semula jemari Edward lalu diletakkan ke pipinya. Lelaki itu sekali lagi menarik tangan dari pipinya.
Bella terasa hati dengan kelakuan pelik Edward hari itu. Airmatanya mula tumpah. Dia tidak senang begini. Perubahan Edward terlalu mendadak. Sebelum ini, jika Edward tiada mood atau ada masalah pun dia tidak akan berkelakuan begini terhadapnya.
“I’m sorry..” ujar Edward dengan wajah serba-salah. Dia tahu, dia telah lukakan hati Bella.
Dia sayangkan gadis itu. Tapi, entah mengapa dia tidak selesa menyentuh gadis itu seperti dulu.
Seakan-akan tindakannya adalah salah dan berdosa. Dosa? Kenapa aku boleh fikir tentang dosa pula sekarang? What is happening to me? Aku adalah seorang yang berfikiran bebas.
“Why? You don’t love me anymore?”
“No, its not like that. I.. I don’t know what is happening to me. Later we talk, okay?” Edward berjalan laju ke blok asramanya meninggalkan Bella terus menangis disitu.
**************************
Edward buka lagi Al Quran setelah Afzar nyenyak tidur. Seharian tadi Edward berfikir sambil merujuk buku yang dikutipnya tempoh hari diatas bas itu. Dia membandingkan dengan isi kandungan Al Quran.
Dia juga mencari banyak artikel tentang keganasan yang berlaku diseluruh dunia yang melibatkan orang Islam lalu dibandingkan juga dengan Al Quran. Kini sudah terbukti yang agama Islam adalah agama yang benar dan tidak pernah menyuruh umat-umatnya berkelakuan zalim.
Dia juga pernah bertanya kepada seorang ustaz terkenal melalui email, mengenai orang Islam yang berkelakuan seperti binatang dan juga pengganas.
Ustaz itu berkata, “Islam tidak pernah mengajar umat-umatnya jadi begitu. Semua yang berlaku adalah atas kesilapan dan keburukan individu itu tersendiri. Sama ada dia tidak pernah didedahkan dengan ajaran Islam ataupun dia sendiri tidak mahu mengikut ajaran Islam.
Sesetengah orang yang terlalu taksub dengan Islam juga boleh membuatkan dirinya lupa pada ajaran sebenar apabila terlalu banyak kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang boleh menyebabkan dia terikut-ikut.
Orang-orang Islam yang sebenarnya adalah yang sentiasa mengikuti kitab Al Quran dan juga Sunnah Nabi S.A.W. InsyaAllah jika semua umat Islam mengikut dua sumber berkenaan, maka tidak sesatlah individu itu.”
Peluh mula menitis didahi Edward. Dia tahu dan dia yakin kini bahawa ajaran Islam adalah benar. Tetapi, siapakah Allah? Dimanakah Allah? Bagaimana untuk aku yakinkan diri bahawa Allah itu adalah Tuhan yang satu, yang memang wujud dalam kehidupan setiap insan. Edward keliru, wujudkah Tuhan?
Ya Allah, aku mohon pada-Mu. Aku yakin bahawa agama Islam adalah agama yang benar sekarang. Aku ingin mendalami agama ini. Cuma aku tidak yakin. Adakah Engkau wujud? Aku kini dalam dilemma, aku ibarat berada diatas sebuah tembok yang tinggi. Sebelah kanan dan kiri aku adalah jalan benar dan jalan sesat.
Tunjukkanlah aku sesuatu yang boleh membuatkan ianya menjadi tangan yang boleh menolak aku ke arah jalan yang benar. Aku hanya perlukan suatu petanda dari-Mu supaya aku yakin bahawa Engkau wujud! Edward memejamkan matanya seketika sambil berbicara didalam hati. Airmata kian tumpah apabila hatinya berdebar-debar menantikan ‘petanda’ dari Tuhan.
Edward membukakan matanya dengan harapan dapat melihat ‘petanda’ dari Allah. Namun dia hampa. Tiada apa-apa yang berlaku. Dia memejamkan matanya lagi. Ya, Allah..tunjukkan kepadaku tanda bahawa Engkau wujud. Ini kali kedua aku memohon dari-Mu..pinta Edward sepenuh hatinya.
Dia membukakan matanya lagi. Tiada apa-apa juga yang berlaku. Edward hampa. Benarkan Allah wujud? Kenapa dia tidak dengar permintaan aku ni? Tidak bolehkah Engkau tunjukkan, walau sedikit petanda untuk aku yakin bahawa Engkau wujud? Kali terakhir aku memohon. Tunjukkan kepadaku ‘petanda’ dari-Mu.
Kali ini Edward tidak memejamkan mata. Dia menunggu selama 10 minit. Tiada apa-apa yang berlaku. Edward kecewa lagi. Dia sudah terasa ingin berputus asa. Dia menundukkan wajahnya menatap Al Quran yang masih terbuka di hadapannya. Airmata yang bergenang diseka laju. Mungkin Allah tidak wujud, mungkin ini hanya kitab untuk mengajar manusia menjadi manusia yang baik. Detik hati Edward dalam kekecewaan.
Tiba-tiba mata Edward tertancap pada suatu ayat yang terkandung didalam Al Quran tersebut. Dia menggosok-gosok matanya tidak percaya.
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (There are big Signs in these events for men of understanding), (This is a lesson for those who possess intelligence) . Al-Hijr 15:75
Tiba-tiba degupan jantung Edward menjadi laju, selaju air yang mengalir didalam sungai-sungai, selaju kilat yang sabung-menyabung, selaju angin yang bertiup di udara, dan selaju pancaran matahari yang pantas mencapai ke bumi apabila tiba masanya.
Ayat itu membuatkan Edward terfikir. Dia juga pernah terbaca nota mengenai ayat ini didalam buku ‘Apakah Islam’. Mungkin milik lelaki Cina hari itu. Cuma dia yang tidak faham ketika itu. Nota yang berbunyi :
“For those who ask for the signs from Him, it's not shown from your reading or hoping something miracle will be happening..but, look around you, look at the star, look at the sun, galaxy, look at the water..these are the signs for people of knowledge..who THINK!”
Edward menelan liur. Dia mula terasa bergetar didalam dadanya. Dia kini menangis sepuas-puas hatinya. Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat sebegini didalam hidupnya. Nikmat yang tidak terhingga.
Teringat juga lirik lagu yang pernah didengarinya sebelum ini. Apabila terdengar lirik seperti itu yang menyebut tentang tanda-tanda kebesaran Allah, Edward tulikan telinga, butakan hati. Tidak mahu menerima perkara itu.
“Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..!”
Mata Edward terus dibasahi airmata apabila teringatkan lirik lagu berkenaan. Afzar yang sedang tertidur, terus terjaga apabila terdengar bunyi orang sedang menangis teresak-esak. Dia terus berjalan terhoyong-hayang ke arah Edward dengan wajah mamai dan tertanya-tanya.
“Kenapa ni? Kenapa menangis?” Afzar bertanya sambil menggosok mata. Seketika, dia menguap. Edward masih kaku sambil memeluk Al Quran. Dia menangis lagi apabila lagu tadi masih bergema dalam mindanya. Entah mengapa.
“We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..!”
Afzar menggoncang-goncang badan Edward. Matanya tertancap pada Al Quran yang berada di pelukan Edward. Sejak bi..bi..bila?? Afzar mulai pelik dan gementar dengan situasi itu. Edward seakan berada didunianya sendiri. Sudah puas Afzar memanggil dan menggoncang badannya namun lelaki itu seperti berada didalam mimpi.
“When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..”
“Alhamdulillah..” getus Edward setelah lagu tersebut berhenti bergema didalam mindanya. Matanya terus berair apabila ternampak Afzar yang terkebil-kebil memandangnya.
Betulkah apa yang aku dengar? Edward sebut ‘alhamdulillah’ sambil memegang Al Quran. Adakah ini bermakna..Edward sudah memeluk Islam? Ah, tak mungkin. Hari itu, dia beria-ia cakap tidak berminat. Eh, tapi..situasi ni memang pelik! Afzar berkata-kata sendirian dalam dirinya.
“You..masuk..Islam?” Afzar memberanikan dirinya bertanya. Edward terdiam lalu mengesat airmata. Dia kelihatan menggeleng. Afzar menggigit bibir. Pelik dan keliru.
“Belum lagi. I would like to do so..please, help me?” pinta Edward. Afzar menelan liur. Dia terkesima. Aku? Tolong dia? Ah, malulah. Aku bukanlah warak. Sembahyang pun dah tak pernah sekarang ni. Nak ajar dia apa? Baca Al Quran? Pun, dah lama aku tidak sentuh kitab itu.
Afzar malu dengan Edward. Dia yang sudah lama memeluk Islam, iaitu sejak dilahirkan tidak pernah bersyukur dilahirkan dalam agama ini. Tidak mengamalkan ajaran Islam, selalu berbuat maksiat disana-sini, tidak sembahyang dan tidak membaca Al Quran! Afzar malu apabila Edward terus-terusan memandangnya.
Kini Afzar juga sedar tentang kebenaran Islam. Dahulu, dia hanya mendengar cerita-cerita orang tentang mualaf. Tetapi sekarang, dia bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri Edward yang sudah bersedia memeluk Islam. Ya Allah, sesungguhnya aku malu pada-Mu..aku malu pada Rasulullah S.A.W..dan malu pada Edward..Afzar mula sebak.
**************************
“Asyhaduallailaahaillallah
Setelah dia memeluk Islam, Bella juga mengikutnya memeluk Islam. Dia mengajak Bella berkahwin selepas mereka berdua tamat pengajian. Walaupun ibubapanya melarang dia memeluk Islam, Edward cuba bertahan. Dia tidak mahu imannya goyah kerana keluarganya. Sungguhpun begitu, tanggungjawabnya pada kedua ibubapa sentiasa dilaksanakan.
“Muhammad Haris Wong bin Abdullah..” Edward menyebut nama Islamnya dengan perasaan bangga dan bersyukur. Bella yang kini berbaju kurung dan bertudung litup dihadapannya tersenyum manis.
“Nur Syahirah Hidayah Liew binti Abdullah..” giliran Bella pula yang berkata. Dia tersenyum lagi ke arah tunangnya iaitu Edward.
“Ahmad Afzar bin Hj. Shuib..” Afzar cuba berseloroh ketika baru tiba di sebelah Edward. Mereka bertiga ketawa kecil bersama. Afzar sudah insaf kini. Dia malu dengan Edward, dia lagi malu dengan Allah S.W.T kerana sudah lama melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Dan Al Quran serta Edwardlah yang menyedarkan dia tentang tanggunjawab yang sudah semakin dilupakan olehnya itu.
Afzar bersyukur kerana diberikan hidayah oleh Allah, sepertimana Edward dan Bella yang mendapat hidayah. Semoga selama-lamanya ajaran Islam diamalkan oleh setiap orang Muslim dan semoga mereka kekal didalam petunjuk Allah S.W.T…
We belong to You, Allah..alhamdulillah..~
p/s : wallahu'alam..ini hanya crite rekaan semata-mata..kalau tersalah info, atau tersilap apa-apa tentang agama, tolong tegur..saya ni bukan pndai pun agama..cerpen ni pun adaptasi dari kisah seorang mualaf yang memeluk Islam. saya buat jln crita sndiri..tp time dia nk dpt petanda tu,mmg btol situasi tu dia alami sndiri.. enjoy n komen, ok..harap smua dpt amik iktibar dari kisah ni :)
ni link video clip ttg mualaf yg ceritakan detik2 dia dpt hidayah dr Allah S.W.T..wallahu'alam..
Youtube - Ruben
petikan lagu : maher zain - open your eyes (vclip kisah ruben)
best2 x pernah ada lagi cerpen mcm neh! berdakwah sekali hahaha
ReplyDeletebestnye citer ni, sis :) smbil bkarya smbil bdakwah skali. yes, we belong to Allah ;D. truskan ye
ReplyDeletebesttt sangat.... bagus buat cerpen macam ni. xde la asyik lagho dengan cintan cintun...
ReplyDeletetersentak...terpaku...
ReplyDeletetanpa sedar air mata mengalir..
terima kasih byk2..
cerpen yang amat membina..
teruskan menulis cerita2 macam ni...
tersentak...terpaku...
ReplyDeletetanpa sedar air mata mengalir..
terima kasih byk2..
cerpen yang amat membina..
teruskan menulis cerita2 macam ni...
Ini novel petama sisi ker??
ReplyDeletewah..best2..
best giler..!!
Ini novel petama sisi ker??
ReplyDeletewah..best2..
best giler..!!
tahniah..teruskan dengan karya sebegini dik!
ReplyDeletecerpen ni buatkan sy tersedar..YA ALLAH!betapa slama ni sy dah terlalai tanpa menyedari keindahan Islam..allahuakbar!alhamdulillah..terima kasih byk2 wak..
ReplyDeleteyes we belong to Allah!
all belong to HIM:)
ReplyDeletewahhh..bagus3 !! good job sis =)
ReplyDeleteOk jugak..tapi nak tanya uitm ada ambik chinese belajar situ ke?? so far tak pernah nampak pulak..utm ada.. hmm tapi teruskan menulis cerita..sbb saya suka membaca
ReplyDeletejuz nak share ..i went to a program called Comparative religion with bro ShahKirit..he said if someone convert to Islam, tak perlu pun tukar nama asalkan nama sebelumnya bermaksud baik..i'm not very sure bin or binti abdullah is necessary or not..try tanya ustaz:)
ReplyDeletealhmdllh...sy br jjki blog ni...n t'nyata da klainan dlm crta ni...gud job writer...n keep it up...
ReplyDeletealhamdulilh...best citer nie...ade terselit unsur2 islamik...
ReplyDeletebest citer ni, keep it up
ReplyDeletetiada yang mustahil jika ALLAH mengkehendaki...
ReplyDeletebest sesgt. nangis2 saya baca ni akak................
ReplyDeleteAllahuakbar..sangat baik jalan ceritanya. Moga penulis sentiasa cenderung melahirkan penulisan dakwah sebegini kerana penulis memiliki bakat dalam penulisan dakwah..in shaa Allah. ^^ cubalah ye cik penulis..
ReplyDelete#sentiasamenyokongmu