FIRDAUS
menongkat dagu. Bibir memuncung. Fikiran pula melayang-layang memikirkan
sesuatu. Kenapa Hana tidak menghubunginya?! Sudah seminggu Hana mendiamkan diri
sejak mereka berjumpa kali terakhir tempoh hari! Ini tak boleh jadi! Aku kena
buat sesuatu supaya dia bagi jawapan yang aku tunggu-tunggu.
Telefon
yang tersimpan di dalam kocek seluar lantas diambil. Nombor Hana ditekan dan
terus telefon itu ditekap ke telinga. Sekali telefon, tidak diangkat. Dua kali,
pun tak angkat. Kali ketiga pula, talian dimatikan selepas diangkat. Rasa geram
Firdaus kian menjadi-jadi. Main-main pulak dengan aku perempuan ni! Firdaus
menelefon lagi sekali. Lama menunggu akhirnya panggilannya berjawab.
“Hello!”
ucap Firdaus lantang.
Sunyi.
Sepi. Tiada kata yang terkeluar dari speaker
Iphone miliknya. Firdaus mendengus.
“Woii!!”
jerit Firdaus. Sakit hati pula dia dengan perangai mengada-ngada Hana.
“Assalamualaikum,”
ucap Hana akhirnya. Ada tawa kecil yang sinis meletus di hujung katanya.
Gembira dapat menyindir Firdaus.
Firdaus
mencebik. “Waalaikumussalam.”
“Yes? Boleh saya bantu?”
“Woi,
woi! Takkan kau dah lupa apa yang kau dah janji dengan aku?” bentak Firdaus.
“Janji?
Janji apa pulak ni?” Hana berpura-pura tidak mengerti. Hatinya mulai gelisah
kerana dia sememangnya tidak dapat memikirkan jalan keluar lain selain dari
mengahwini Firdaus.
Firdaus
mengepal penumbuknya. Geram sangat dia dengan Hana. “Kau jangan buat-buat tak
tahu pulak!”
“Apa
yang awak cakap ni? Tahu apa? Hmm.. okeylah awak, saya busy ni! Banyak kerja!”
“Kau
jangan sampai aku pergi sana macam hari tu. Kalau kali ni kau tak nak ikut atau
buat-buat tak kenal aku, aku heret kau keluar!” ugut Firdaus.
Hana
menelan liur dan tercengang-cengang. “Jangan! No! Jangan datang!”
Gila
kalau Firdaus datang macam tempoh hari. Dahlah hari ini Hana pakai lawa-lawa
macam biasa. Hana bukan si hodoh yang dikenali Firdaus sekarang. Kalaulah mamat
itu datang, tentu mamat itu takkan percaya apa yang dia nampak. Yelah, dia kan otak tak berapa nak betul
sangat!
“Haa,
tahu pun kau takut ye?!” Firdaus tarik sengih. Hatinya sedikit riang kerana
berjaya menakut-nakutkan Hana.
“Okey,
nanti kita jumpa. I can’t talk now, I’m
busy. Nanti saya contact awak
semula. Okey?” balas Hana bersahaja. Segera dia mematikan talian. Tidak mahu
mendengar celoteh Firdaus lebih lanjut. Boleh sakit jiwa Hana kalau terlalu
bergaul dengan mamat sewel itu.
Firdaus
memandang skrin Iphonenya. Gigi diketap rapat. Nafas ditarik sedalamnya. Dada
makin berombak. Hana!! Berani dia matikan talian macam tu aje? Lepas tu off telefon?! Perempuan ni memang nak
kena!
HANA
semakin gelisah. Dipandang skrin televisyen tanpa menghayati siaran Astro Fox
Movies yang menayangkan filem menarik bertajuk ‘The Devil Wears Prada’ itu.
Fikirannya lebih memfokuskan masalah yang sedang dihadapi. Kalau dia berkeras
macam mana pun, dia tahu yang tiada jalan lain dah selain berkahwin dengan
Firdaus. Sebuah keluhan berat terhasil.
“Haiii..
mengeluh teruk nampak. Eh, kau dah kenapa ni? Dah dua tiga hari aku perasan,
cuma malas nak tanya aje. Macam ada masalah aje aku tengok?” Syazana melabuhkan
punggung di sebelah Hana. Berkerut dahi dia memerhatikan wajah Hana yang jelas
runsing itu. Dicuit bahu Hana dengan sedikit kasar.
“Memang
aku ada masalah! Masalah besar yang melibatkan hidup mati abah aku dan hidup
mati aku sendiri!” hambur Hana dengan muka berkerut. Runsing! Gawat! Rasanya
dah tiba masanya dia membuka rahsia ini kepada Syazana. Mungkin temannya itu
punyai idea bernas atau pendapat yang bagus mengenai penyelesaian kepada
masalahnya ini.
Syazana
melopong. Mulut yang terbuka luas ditutup dengan kedua tangan. Kedua belah
keningnya pula terangkat serentak. “Hidup dan mati? Macam serius aje ni!”
“Ha’ah,
memang serius. Kalau kau tahu, mesti kau terkejut beruk punyalah!” Hana
bersuara sambil cuba mengawal perasaannya supaya tidak terlalu menonjol. Dia
perlu bertenang agar jiwanya juga bertenang sebelum membuat Syazana terkejut
dengan ceritanya nanti. Sebab si Syazana itu memang mudah teruja pasal
benda-benda seperti ini.
“Kau
ni memang sengaja nak buat aku tertanya-tanya. Cepatlah cerita..” gerutu
Syazana dengan perasaan tidak sabar.
“Kau
janji... kau takkan cerita pasal perkara ni kat sesiapa pun. Janji?”
“Okey,
okey..” balas Syazana seraya mengangguk-angguk tidak sabar.
Hana
memulakan cerita dari awal sehinggalah ke masa kini. Asbab mengapa dia berada
di dalam kerunsingan tahap melampau sekarang. Syazana tidak habis-habis
melopong dan menutup mulut ketika mendengar cerita Hana. Separuh hati dia tidak
percaya dan separuh lagi terpaksa percaya kerana memang perkara itu benar-benar
terjadi pun ke atas Hana.
“Kau
rasa... patut ke aku kahwin dengan si kerek tu?” soal Hana di akhir ceritanya.
Syazana
menggaru dagu dan berkerut dahi. Memikirkan sesuatu di dalam kepalanya sebelum
mengangguk-angguk perlahan. Cuba memproses kembali jalan cerita yang
diceritakan Hana dan membuat kesimpulan dari cerita yang dianggapnya sebagai
cerita ‘block buster’ itu.
“Yang
kau terangguk-angguk tu apahal? Aku tanya kaulah! Kau dengar ke tak? Macam
berkhayal aje..” marah Hana.
“Aku
dengarlah. Kau sabarlah.. aku tengah fikirlah ni. Kau jangan buat kesimpulan
aku bersimpul-simpul, boleh tak?”
Hana
mencebik. Kesimpulan apa pulak. Dari air muka si Syazana ni, takkanlah dia
menyokong aku kahwin dengan Firdaus? Hati Hana mulai berdetak kembali. Dijeling
Syazana yang sudah bersedia untuk membuka mulut untuk memberikan kesimpulan
dari cerita Hana.
“Okey.
Setelah difikir-fikir, direnung-renung, dikopek-kopek, dikupas-kupas cerita
kau, aku menyokong 100% kau kahwin dengan dia. Tak cukup 100%, aku up lagi tambah 500%!” Syazana
terangguk-angguk yakin dengan jawapannya.
Hana
terjegil. Hampir terkeluar biji mata Hana. “Amboiii kau! Penat-penat aku
cerita, aku harapkan dapat idea bernas sikit untuk elakkan aku kahwin dengan
dia!”
Syazana
tersenyum simpul. “Kalau akulah... aku terima aje. Dahlah handsome.. lagipun, sepadanlah dengan kau yang cantik lawa ni.”
“Tapi
aku buat dia nampak aku hodoh. Kau tahu tak penampilan modeling aku yang macam
ala-ala betty la fea tu?”
“Alah,
kira okeylah tu. Dia nak kahwin dengan kau walaupun tahu kau hodoh. Tu namanya
dia memang ikhlas. Mak aku cakap, kalau lelaki tu ajak kahwin terus, tak nak
couple, itu tandanya lelaki yang baik. Yang ikhlas suka kat kita dan nak bina
hubungan yang diredhai oleh Allah. Okeylah tu pada pandangan aku. Kau cuba
fikir.. dia yang handsome tu, boleh pilih perempuan lain yang cantik dari pilih
kau yang hodoh. Tapi, mungkin dia dah betul-betul jatuh hati dengan kau kut. Tu
yang dia tak kisah kau cantik atau hodoh. Kau tak fikir macam aku fikir ke?
Nanti dah kahwin, kau tunjukkan la kau ni sebenarnya seorang yang cantik!”
Hana
menepuk dahi. Sia-sialah dia cerita semua itu kepada Syazana. Bukan nak beri
pendapat untuk mengelakkan dia kahwin dengan Firdaus. Ini menyokong lagi tu!
Sebuah keluhan teramat berat dimuntahkan oleh Hana. Kepala otaknya kembali
runsing dan berserabut. Hatinya menjadi kacau-bilau.
“Kau
ni! Malaslah aku nak cakap dengan kau lagi. Baik aku pergi tidur!” bentak Hana.
Geramnya dia pada Syazana. Gadis itu kelihatan terkebil-kebil memandang Hana
yang mulai bangun.
“Kau
jugak yang tanya apa yang kau patut buat. Aku bagitau la. Lagipun, kau pun takde idea lain kan. Maknanya memang dah
sampai dead end. Kalau kepala otak
kau dah sampai jalan buntu, kepala otak aku sampai jalan mati dah la nak terus
fikir sedangkan kau pun tak dapat nak fikir lagi dah,” getus Syazana seraya
mengerutkan dahi. Dia pun geram dengan Hana. Minta pendapat, tapi dia dimarahi
pula bila memberi pendapat. Cekik kang
si Hana ni!
Hana
mengurut dahinya. Bertambah buntu pula dia rasa ketika ini. Dahlah besok dia
sudah berjanji untuk pergi berjumpa Firdaus. Esok sahaja dia cuti pun, hari
Ahad. Hana terduduk semula ke sofa di sebelah Syazana. Kawannya itu menjeling
dari sebelah.
“So? Apa kau nak buat?” soal Syazana
pendek. Soalan yang membuatkan Hana mengeluh sekali lagi.
“Tengoklah.
I’ll think about it. At least, sampai
malam ni. Mungkin ada idea nanti yang keluar,” ujar Hana lemah. Terasa lututnya
juga turut lemah untuk berdiri.
Hana
bangun dengan lemah, berjalan perlahan menuju ke biliknya berhampiran dapur.
Syazana mengikuti langkah Hana hanya dengan ekor matanya. Merenung susuk tubuh
Hana sehingga temannya itu menghilang ke dalam bilik dan pintu bilik tertutup.
Syazana tergeleng-geleng. Sebaik menjungkit bahu, Syazana mulai menumpukan
perhatian ke skrin televisyen. Filem ‘The Devil Wears Prada’ memang menjadi
kegemaran Syazana. Ini sudah kali kedua dia menonton filem itu di siaran Astro.
Pertama kali, semasa siaran Premiere.
Kali ini siaran ulangan pula. Syazana tersenyum melihat watak yang dibawakan
oleh heroin kegemarannya itu. Anne Hathaway memang selalu menjadi kegemaran
Syazana. Selain filem ini, terdapat filem lain lakonannya juga yang menjadi
kesukaan Syazana iaitu filem ‘Bride Wars’ dan ‘Valentine’s Day’.
PUAN
Zakiah meneliti satu-persatu gambar Hana. Semuanya menarik dan penampilan gadis
itu memang selalu menjadi kegemarannya. Hana menggayakan gaun-gaun pengantin
dari beberapa orang pereka fesyen terkenal tanah air untuk dimuatkan di dalam
majalah terbitan syarikat mereka.
Wajah
Hana yang dimekap nipis itu tidak langsung menampakkan sebarang kekurangan
kerana wajah Hana memang semulajadi cantik. Bak kata orang sekarang, gebu dan flawless gitu. Memang tidak sia-sia Puan
Zakiah menaruh kepercayaan terhadap Hana dengan mengambil Hana bekerja sebagai
model di syarikat mereka walaupun bukan sebagai model tetap. Dan walaupun Hana
bukanlah seorang yang berpengalaman di dalam bidang ini.
Puan
Zakiah berharap, Hana dapat membawakan watak sebagai seorang perempuan hodoh
dengan baik nanti. Kali ini Puan Zakiah dengan yakin dan beraninya ingin
memperkenalkan Hana di mata dunia dengan memberikan peluang kepada Hana untuk menjadi
model utama bagi pementasan peragaan fesyen yang bakal diadakan tidak lama lagi
di London.
Heliza
datang menghantar kopi untuk Puan Zakiah sebelum duduk di hadapan wanita anggun
itu. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Puan Zakiah yang juga sedang tersenyum
manis. Selepas berbalas senyuman, Puan Zakiah terus mencapai cawan kopi yang
dihulurkan oleh Heliza.
“Terima
kasih, Liza.” ucap Puan Zakiah ikhlas.
“Sama-sama.
Puan buat apa tu?” Heliza meringankan mulut bertanya. Lagipun, dia perlu tahu
juga kerana dia adalah pembantu Puan Zakiah. Manalah tahu, ada yang berkaitan
kerja. Sebab Puan Zakiah tengah menilik gambar-gambar berkaitan modeling.
“Saya
tengah tengok gambar-gambar Hana ni. Berbakat betul dia..”
Heliza
memanjangkan leher, turut meneliti gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Puan
Zakiah. Hana memang pandai bermain dengan kamera. Gayanya yang fotogenik sudah
seperti model professional walaupun tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang
ini.
“Betul
tu, puan. Tak sia-sia kan puan ambil dia jadi model puan..” puji Heliza.
Puan
Zakiah mengangguk setuju. “Oh ya. Macam mana dengan persiapan kita untuk projek
usaha sama modeling di London nanti? Awak dah siapkan proposal pihak kita?
Jangan miss apa-apa pun details tau. Dan jangan lupa update setiap perkembangan terkini
kepada saya.”
“Ya,
puan. Saya tengah usahakan proposal tu supaya siap on time. Saya pun dah contact
dengan para pereka fesyen yang akan collaborate
dengan kita nanti untuk baju-baju rekaan dia orang. Puan jangan risau, ye. Leave it to me. Apa-apa nanti saya update, okey?”
Puan
Zakiah tersenyum seraya menghirup kopi yang dibawa oleh Heliza tadi.
Pembantunya itu memang seorang yang cekap dan komited dalam menyiapkan sesuatu
kerja yang diberikan. Puan Zakiah memang senang bekerja dengan Heliza. Gadis
comel yang tidak banyak songeh dan menerima arahan tanpa merungut apa-apa.
Setakat ini, prestasi kerja Heliza memang sangat memuaskan hati Puan Zakiah.
“Okey,
apa-apa jangan lupa berikan update
terkini. Saya harap projek kita akan berjaya nanti!”
Heliza
mengangguk pada Puan Zakiah. “Insya-Allah, puan. Atas kerja keras kita, projek
ini tentu akan berjaya.”
Puan
Zakiah terangguk-angguk lagi sambil tersenyum manis. Diteliti semula
gambar-gambar Hana sambil menghirup kopi. Puan Zakiah yakin yang Hana mampu
buat yang terbaik nanti. Memang takkan salah tindakannya meletakkan Hana
sebagai model utama dalam peragaan fesyen di London itu nanti!
HAIRIE
berlari-lari anak untuk ke kafe berhadapan jalan utama itu. Sebaik sahaja lampu
isyarat membenarkan pelintas jalan melintas, Hairie terus meluru ke arah kafe
tersebut. Laparnya. Itu sahaja yang dia rasakan ketika ini. Tambahan lagi,
malam ini hujan turun renyai-renyai. Lagilah terasa lapar.
Syazana
sedang berdiri di tepi kafe yang ingin dikunjungi oleh Hairie. Payung comel
berwarna merah dan bercorak polka dot putih dipegangnya erat. Dia sedang
menanti Hana datang. Manalah pergi budak Hana ni agaknya? Malaslah nak tunggu
dia. Lama betul pergi tandas. Baik aku tunggu dalam kereta dululah. Fikir
Syazana sendiri. Tanpa melihat ke hadapan, Syazana tergopoh-gapah membuka langkah
sebelum sedar yang dia terpijak kaki seseorang.
“Aduh!” Hairie mengaduh kesakitan.
Terasa berdenyut-denyut kakinya akibat dipijak oleh gadis di hadapannya yang sudah
kelihatan terkesima.
“Maafkan saya. Saya tak sengaja!”
Syazana membeliakkan mata.
Hairie? Gulp! Syazana menelan air liur
yang dirasakan tersekat-sekat. Lelaki yang dia minati ada di depan mata! Terus
kelu lidah Syazana untuk meneruskan kata-kata. Selama ini, dia hanya memerhati
Hairie dari jauh. Tidak berani untuk menegur kerana dia bukanlah jenis
perempuan yang reti dan petah berbicara dengan lelaki. Atau lebih tepat lagi,
Syazana seorang yang pemalu apabila berhadapan dengan lelaki. Apatah lagi
lelaki yang diminatinya.
“Tak apa. Awak okey?” soalan Hairie
membuatkan Syazana terkebil-kebil seketika.
Wajah lelaki itu yang tampan dengan
rambut yang disisir kemas ke belakang, membuatkan jantung Syazana
berdetuk-detak sendiri. Penampilan ringkas Hairie yang memakai sweater berlogo kelab bola sepak
Liverpool dan memakai jeans berwarna biru lusuh itu sudah cukup menyerlahkan
sifat kesederhanaan lelaki itu. Bau minyak wangi lelaki yang dipakai Hairie
menusuk ke hidung Syazana, membuatkan jiwa wanitanya kian resah dan berdenyut
laju.
“Cik..! Awak okey ke?” Hairie mengulangi
pertanyaan apabila Syazana seperti sedang berkhayal memikirkan sesuatu.
Syazana tersentak. Semerta sebuah
senyuman kekok terukir. Memang dia terasa kekok apabila berhadapan begini
dengan Hairie. Syazana kemudiannya mengangguk perlahan sebelum bersuara lembut.
“Saya okey...”
Pipi Syazana terasa membahang apabila
Hairie tersenyum manis ke arahnya. Ya Allah, kacaknya. Kenapalah Hana boleh tak
sukakan lelaki yang kacak seperti Hairie ni? Kalaulah Hairie ni sukakan aku,
bahagianya.. bolehlah aku sukakan dia balik. Tapi muka macam aku ni, ada ke
lelaki yang nak minat kat aku? Boleh mimpi aje laaa...
“Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri
dululah..” ujar Hairie lagi meminta diri.
Syazana mengangguk lemah. Sebenarnya dia
ingin berlama-lama lagi menatap wajah Hairie dan mendengar suara lelaki itu. Syazana
pasrah apabila Hairie mula ingin membuka langkah.
“Hoii! Hairie!” kedengaran suara Hana
memekik dari belakang Syazana.
Syazana menepuk dahi. Dah lama dia
menunggu. Tadi tak nak datang cepat. Waktu-waktu macam ni pula dia datang.
Kantoilah nanti aku dengan Hairie! Mulut Hana ni suka cakap lepas jugak
kadang-kadang. Syazana terasa kecut perut dengan kedatangan Hana.
“Hana! Kau buat apa kat sini?” soal
Hairie teruja. Gadis idaman sudah muncul, perut yang lapar sejak tadi terus
dilupakan. Tidak jadi dia hendak melangkah ke kafe tadi.
“Aku dengan kawan aku ni, Zana.
Kenalkan.. ni kawan aku Syazana. Panggil dia Zana!” ujar Hana selamba. Ditarik
Syazana ke hadapan sedikit.
“Oh, nama awak Syazana ye. Saya
Hairie..” getus Hairie seraya tersengih.
“Tak payah kenalkan diri kau pun takpe. Si Zana ni memang dah kenal kau!”
Hana dah mula mengkantoikan Syazana. Kalau dibiarkan, Hana mesti akan terlepas
cakap yang Syazana sukakan Hairie nanti! Syazana mesti menghentikan kata-kata
Hana yang seterusnya!
“Oh, dah kenal? Kat mana kenal saya?
Sebab saya tak pernah jumpa awak pun sebelum ni?” soal Hairie, mula
terfikir-fikir kelogikan kata-kata Hana tadi.
“Hana ni suka bercerita! Dia.. dia
selalu cerita pasal awak! Ohh, Hana.. ini rupanya Hairie yang kau selalu cerita
tu ye?” Syazana segera memotong cakap Hana sebelum gadis itu bersuara lebih
lanjut. Disiku-siku Hana supaya mengiyakan apa yang dikatakan olehnya.
Hana menjeling Syazana dengan wajah
hendak mengusik. Dia tahu Syazana sudah mula menggelabah apabila berhadapan
dengan Hairie. Dan Hana tahu Syazana meminati Hairie kerana dia selalu memuji
lelaki itu di hadapannya.
Terasa berbunga-bunga di dalam hati
Hairie apabila mendapat tahu yang Hana selalu bercerita tentangnya kepada
Syazana. Ini bermakna, dia adalah seseorang yang agak penting dalam hidup Hana.
Kalau tidak, takkanlah Hana nak selalu bercerita tentangnya kan? Hairie
tersenyum-senyum. Terasa bahagia mendengar cerita Syazana mengenai Hana.
“Yelah
tuuu...” Hana tergelak-gelak.
“Betul la! Kau kan selalu bercakap pasal
Hairie. Sampai aku pun tertanya-tanya siapa Hairie. Rupanya yang inilah ye..”
Syazana berpura-pura baru mengenali Hairie.
“Oh, begitu...” Hairie menggaru belakang
kepalanya. Senyumannya meleret seiring dengan hatinya yang kian berbunga riang.
“Okeylah, Hairie. Aku nak balik dah ni.
Zana dah lama tunggu aku pergi tandas tadi..” ujar Hana akhirnya meminta diri.
“Itulah kau.. lama betul. Kau buat apa,
ha?” rungut Syazana geram. Kalaulah Hana datang cepat tadi, tak adalah dia
terjumpa Hairie di sini dan segala yang berlaku tadi tentu takkan berlaku.
Nasib baik tak kantoi betul-betul!
Hana tersengih macam kerang busuk.
“Macam biasalah.. selfie.. Instagram,
Twitter..”
“Huh! Aku dah agak dah kau ni! Lain kali
aku kena sita handphone kau dulu
sebelum kau ke mana-mana dan suruh aku tunggu kau. Memang tak ah aku nak terkena lagi!” Syazana
bersungut lagi. Geram betul dengan Hana!
Hairie tertawa lucu. Hana... Hana! Lawak
betul bakal isteri aku ni! Hairie melopong selepas berkata-kata di dalam hati.
Eh, nasib baik tak tercakap begitu tadi. Kalau tak, kantoilah perasaan aku
dekat Hana. Hairie menumpukan perhatian pada wajah Hana. Sebu terasa hatinya setiap
kali memandang wajah itu. Dan rasa sejuk mata memandang.
HANA merenung ke luar tingkap. Suasana
di dalam salah sebuah bilik di banglo mewah milik Firdaus itu langsung tidak
membuatkan Hana teruja. Kerana Hana bukanlah jenis perempuan mata duitan yang
mudah teruja dengan kemewahan sebegini. Kata pembantu rumah Firdaus yang
dikenali sebagai Mak Tam, itu adalah bilik bacaan Firdaus.
Mak Tam adalah seorang pembantu rumah
yang baru diambil bekerja di rumah itu. Mak Tam merupakan isteri kepada salah
seorang kawan Pak Usu Firdaus yang sudah meninggal dunia. Kerana permintaan
dari Pak Usunya supaya membantu keluarga Mak Tam, maka Firdaus pun mengambil
Mak Tam bekerja di situ.
“Cik Hana.. ini kopi. Sekejap lagi Tuan
Firdaus datang ye..” ujar Mak Tam seraya menghulurkan secawan kopi kepada Hana.
Manakala secawan lagi kopi untuk Firdaus diletakkan di atas meja berhadapan
Hana.
Hana menaikkan dan membetul-betulkan
cermin mata besarnya yang hampir melorot ke bawah. Baju kemeja putih digayakan
bersama pencil skirt berwarna hitam
dan bercorak bunga-bunga putih yang besar. Kasut boothitam yang bertumit agak tebal turut dipadankan bersama
penampilannya. Wajahnya seperti biasa, dimekap hodoh dan ringkas sahaja seperti
betty la fea. Kali ini rambutnya bertocang satu diikat kemas ke atas dan dilepaskan
mengurai ke bawah.
Firdaus memasuki bilik berkenaan dengan
langkah bersahaja. Dia sudah tahu jawapan Hana nanti. Oleh itu, senyuman lebar
sentiasa terhias di bibirnya. Dengan perasaan gembira, dia segera melabuhkan
punggung ke kerusi kayu di hadapan Hana.
Hana menjeling dengan ekor mata.
Walaupun geram, Hana mengambil sikap untuk sentiasa bertenang dan nampak
bersahaja.
Firdaus memerhatikan Hana dari atas ke
bawah. Hana nampak sedikit berbeza dari kebiasaan. Nampak lebih... kemas.
Firdaus terangguk-angguk kecil. Sedikit kagum melihat perubahan Hana yang
baginya tidaklah banyak sangat ketara itu. Cuma.. lebih kemas sahaja. Mungkin
nak nampak menarik sikit di depan aku. Tapi tak pandai! Firdaus tersenyum
sinis.
“Kau dah ada jawapan? Kau ke sini sebab
nak beri jawapan kan..”
Hana menahan perasaan geram dan sakit
hatinya. Dia mesti bertenang di hadapan Firdaus! Selepas menghirup kopi, Hana
meletakkan cawan berisi kopi itu ke atas meja. Dijeling wajah Firdaus yang
nampak gembira itu. Hana pun tidak faham mengapa Firdaus nampak gembira sangat.
Takkanlah dia happy sangat nak kahwin
dengan perempuan hodoh seperti aku ni? Agak-agaklahhh! Tak logik langsung! Hana
berfikir sendiri. Memang dia berasa tidak logik.
“Okey, sebelum saya bersetuju.. awak
kena jawab dulu soalan cepu mas saya ni. Barulah saya berpuas hati dan boleh
setuju kahwin dengan awak!” Hana mula bersuara.
Firdaus tergelak kecil. “Soalan? Bagilah
soalan apa pun. Aku cuba jawab dengan baik dan memuaskan hati kau..”
“Okey...” Hana tersenyum sinis sebelum
menyambung kata. “Kenapa awak nak sangat kahwin dengan saya? Yelah, saya ni kan hodoh. Saya rasa, memang
tak logik awak nak kahwin dengan saya!”
Firdaus terpinga-pinga seketika dengan
soalan itu. Memang betul-betul cepu mas soalan itu. Dia melarikan anak matanya
dari memandang Hana. Berfikir-fikir jawapan yang sesuai untuk dijawab pada
Hana.
“Berapa kali aku nak cakap dekat kau ni?
Sebab aku kesian kat kaulah. Kan salah aku.. sebab aku yang beria-ia setuju nak
kahwin dengan kau depan bapak kau hari tu? Kau ni hilang ingatan ke atau memang
pelupa? Kau banyak makan semut hitam ke?” Firdaus berpura-pura serius padahal
dia pun baru saja dapat idea begitu.
“Tak logik! Awak ni seorang yang
pentingkan diri. Ego. Tak suka mengaku salah awak! Takkanlah awak sanggup
kahwin dengan saya hanya disebabkan abah saya? Nonsense!” sembur Hana.
Setahu dia, Firdaus memang seperti yang
digambarkannya tadi. Kalau tidak, takkanlah pasal kunci kereta dia hari itu pun
dia boleh ungkit-ungkit dan tidak mahu mengaku salah bahawa dia yang jatuhkan
kunci itu merata-rata. Dah cukup baik ada orang jumpa kunci itu. Bukan nak
berterima kasih, tetapi Hana dituduh pula denganbermacam-macam tuduhan tidak
berasas.
“Eh.. Hello, hello!” Firdaus memetik
jari di hadapan muka Hana yang merah padam kerana menahan geram itu.
Hana tersentak dan kembali memberi
tumpuan pada Firdaus yang ingin mengatakan sesuatu. “Apa? Tak betul apa yang
saya cakap?!”
“Memang tak betul langsung!”
“Apa yang tak betulnya?”
“Hei, kau dah berapa lama kenal aku ni?
Suka hati kau aje nak buat kesimpulan macam tu? Kau ingat kau tu dah lama kenal
aku? Kau berani cakap perangai aku macam tu?!” Firdaus terasa bengang
tiba-tiba.
“Oh, tahu pulak marah ye bila orang
tuduh-tuduh awak! Awak tu selalu tuduh saya macam-macam, awak ingat saya tak
sakit hati? Tak marah?” Hana memulangkan paku buah keras. Ambik kau!
Firdaus cuba bertenang. Dia tidak boleh
tersalah cakap. Kalau tidak, hancur segala rancangannya! Firdaus menarik nafas
panjang dan dilepaskan sekaligus. Mata dipejam seketika sebelum kelopak mata
diurut-urut dengan jemarinya. Cuba mencari ruang untuk berfikir sejenak.
“Okey. Itu saja jawapan aku. Yang awal
tadi. Kau tanya kenapa aku nak sangat kahwin dengan kau kan? Ye, sebab aku kesiankan kau. Karang
apa-apa jadi pada bapak kau, aku tak nak kau salahkan aku pulak! Terpulanglah
kau nak percaya atau tak!” hambur Firdaus keras.
Hilang segala keceriaannya awal tadi.
Sakit pula hatinya memikirkan semula kata-kata Hana yang sesuka hati mahu
membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap personaliti dirinya. Wajah gadis
berkaca mata besar itu dipandang tajam. Kalaulah boleh, Firdaus rasa nak
tarik-tarik rambut si Hana tu. Hisyyy.. tapi dah macam perempuan bergaduh pula
bertarik rambut, kan. Dah tu, takkan nak bergusti pulak? Walaupun aku macam ni,
aku bukan lelaki dayus yang suka-suka nak pukul perempuan!
Hana tergelak sinis. “Sekarang ni pun
saya dah memang salahkan awak pun! Kalaulah awak tak memandai hari tu, semua ni
takkan jadi tau! Mesti waktu ni awak buat hal awak, saya pula buat hal saya.
Tentu kita takkan berjumpa lagi dan kita tentu takde apa-apa kaitan lagi!”
“So,
just straight to the point. Aku kan dah jawab soalan cepu mas kau. Kau nak
apa lagi? Tak payah nak panjangkan cerita dan celoteh kau tu. Aku malas nak
dengar. Aku ada banyak kerja lagi nak buat. Disebabkan nak jumpa kau ni, aku
dah cancel sesi fotografi dengan
majalah Maskulin tadi!”
Hana terasa hendak ketawa. Maskulin?
Maskulin sangat ke? Rasa nak muntah aje aku tengok mamat ni! Pui.. Hana hanya mampu ketawakan Firdaus
di dalam hati. Malas hendak memanjangkan lagi pertelagahan antara mereka.
“Okey.. setuju. Tapi dengan dua syarat...”
balas Hana ringkas.
“Syarat? Syarat apa pulak?”
“Lepas kahwin, awak kena tidur di bilik
yang lain. Saya tak nak berkongsi bilik dengan awak. Boleh?”
Firdaus tergelak besar kali ini. Wajah
Hana yang terpinga-pinga dipandang sinis. “Aku pun baru nak letak syarat macam
tu kat kau! Kau ingat aku teringin nak tidur sebelah kau? Mimpi bolehlah!”
Hana menggumam-gumam mulutnya. Rasa
macam nak cili-cilikan aje mulut si Firdaus kurang ajar ni! “Kalau sebilik pun,
ada saya sebut saya nak tidur sekatil dengan awak ke? Tidur sekatil pun saya
tak nak! Sebab tulah saya ajak duduk bilik asing-asing!”
Tawa Firdaus kian rancak. Amboi, suka
pulak dia? Tanpa sedar, Hana merenyuk-renyuk tisu di tangan yang baru dicapai
tadi. Sakitnya hati tengok Firdaus ketawa macam tu...
“Don’t
worry.. rumah aku ni banyak bilik. Kau pilih aje nak bilik yang mana...”
ujar Firdaus berbangga.
Hana tersengih lebar. “Eh, sebelum
bercakap pasal bilik... ada satu lagi syarat, awak belum dengar.”
“Apa lagi??” rasa geram pula Firdaus.
Macam-macam pula demand minah ni!
“Siapa cakap kena duduk rumah banglo
awak? Saya nak kita pindah lepas kahwin nanti. Saya nak duduk rumah biasa aje.
Tak nak rumah banglo mewah-mewah macam ni. Tak biasalah. Seram pun ada rumah
besar-besar macam ni. Sunyi!”
“What?!”
terkejut beruk Firdaus dengan syarat kedua itu.
“Kenapa? Awak tak boleh tepati ke?”
Firdaus memejamkan mata. Okey, untuk
kali ini sahaja aku setuju dengan syarat perempuan ni. Dah lama jadi suami dia
nanti, tahulah macam mana aku nak mengajar dia jadi isteri yang ‘solehah’.
Tahulah aku nak bawak dia pindah sini balik. Aku kan suami. Mesti dia kena
turut kata aku nanti. Sekarang kena mengalah dululah sebab belum ada kuasa veto
ke atas Hana..
“Okay..No
problem. Kau ingat aku ni tak boleh hidup kat rumah yang biasa?”
Hana tergelak sinis. “Okay then. Tak sangka awak menurut pula
kali ni. Selalu kan asyik nak menang aje...”
Firdaus mengunci mulutnya. Tidak mahu
berkata apa-apa untuk membalas. Tunggu lepask kahwin. Habislah kau aku
kerjakan, Hana!
FIRDAUS tergelak-gelak seorang dirinya.
Shakir menarik muka hairan. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pelik
dengan ketawa Firdaus yang semacam orang sudah hilang akal itu. Stress sangat
ke dengan hidup? Ingatkan lepas main badminton tadi, hilanglah stress sikit.
Ini tidak, boleh tergelak seorang diri di atas tangga bangunan court badminton
itu.
Sambil mengesat peluh yang deras
menuruni dahinya dengan tuala kecil di leher, Shakir mula duduk di sebelah
Firdaus. Lelaki itu sah-sah nampak Shakir dah datang dan duduk di sebelah,
tetapi masih belum berhenti ketawa. Dah macam suara jin dalam cerita Ahmad
Albab bunyi ketawa Firdaus tika ini. Bukan makin perlahan, tetapi makin kuat
pula.
“Hoi! Kau jangan bikin aku seram sejuk
boleh tak? Dahlah malam ni malam Jumaat! Kau kena sampuk ke?” Shakir
mengerutkan dahi serta segera menjauhkan sikit dirinya dari Firdaus apabila
lelaki itu memandangnya.
Semerta tawa Firdaus yang rancak tadi
terhenti. Dijeling tajam wajah Shakir yang kehairanan dan nampak ketakutan.
“Mulut kau tu jangan cabul sangat. Aku penumbuk karang!”
“Haih.. dah kau ketawa macam hantu
mengilai tu.. kau ingat aku tak seram? Pelik pun ada kau tiba-tiba ketawa macam
tu! Dah la duduk sorang-sorang pulak tu masa tengah ketawa,” ujar Shakir seraya
memeluk tubuh. Digosok-gosok kedua lengannya untuk meredakan bulu romanya yang
mula tegak tadi. Tengkuknya juga disapu-sapu kasar. Memang agak seram dia
melihat ketawa Firdaus tadi.
“Merepeklah kau ni! Sehari kau tak
merepek memang tak sah!” gerutu Firdaus. Tangannya segera membuka penutup botol
air mineral. Dia meneguk air mineral dengan agak rakus. Terasa dahaga pula
selepas ketawa kuat macam tadi.
“Betul apa aku cakap. Kau dah kenapa
ketawa macam tadi? Kau ada masalah mental ke kalau kau tak kena sampuk hantu?”
Firdaus mencerunkan pandangan ke wajah
Shakir yang mula kecut. Sahabatnya itu tergelak-gelak kecil. Takut kena
marahlah tu.
“Merepek lagi! Karang aku cepuk kau, kau
yang jadi mental sekejap tau..” getus Firdaus, cuba memeras ugut Shakir.
Firdaus hanya bergurau, tetapi Shakir pula yang melebih-lebih memberikan
reaksi.
“Tolonglah.. tolonglah jangan apa-apakan
saya, bang..” suara gurauan Shakir itu membuatkan Firdaus tertawa geli hati.
Dan kemudiannya, Shakir turut serta ketawa.
“Kau kenapa? Happy semacam aje aku tengok?” Shakir menyambung bicara selepas
tawa mereka berdua reda.
Firdaus hanya menjungkit bahu. Tidak
mahu mengulas lebih lanjut. Biar Shakir terasa suspen sikit. Hanya bibirnya
sahaja yang mengukir senyuman. Dan kemudian, tawa besarnya tadi kembali riuh.
Wajah Hana terbayang. Itu yang membuatkan Firdaus geli hati dan gembira tahap
maksimum.
Firdaus sendiri pun tidak faham mengapa
dia terlalu seronok hendak berkahwin dengan Hana. Ada sesuatu tentang Hana.Mungkin
disebabkan gadis itu tidak sedar yang diri itu hodoh, ada hati pula hendak
menolak lelaki kacak sepertinya? Terasa tidak sabar pula Firdaus hendak
memperisterikan Hana. Tak sabar-sabar rasanya dia hendak mengenakan gadis itu
nanti! Seronok juga ada tempat untuk membuli.
Shakir tekanan melihat ketawa Firdaus
itu. Diambil shuttlecock satu lalu
dipukul dengan perlahan menggunakan raket badmintonnya, dan shuttlecock itu tepat mengenai kepala
Firdaus. Tawa Firdaus terhenti lagi serta-merta. Shakir tersengih puas hati.
“Dah aku tanya tak nak jawab. Kau boleh
tak jangan ketawa macam tu? Risau aku tau. Aku test aje tadi tu kat kepala kau. Kut-kut betul kau dah mental.
Hahaha! Jangan marah der..”
“Kau nak aku test kat kepala kau?” Firdaus mengugut geram.
“Ala, sorrylah. Lagipun aku pukul perlahan aje..” Shakir
tersengih-sengih. Belakang kepalanya digosok. “Alaaa.. sorrylah!”
“Haa.. tahu pun takut!” balas Firdaus.
Nasib baiklah tak sakit. Kalau sakit, tentu Firdaus dah balas dendam balik
kepada Shakir.
“Kau ceritalah... kenapa kau happy sangat?”
“Kau jangan cerita kat sesiapa, ye.. ini
rahsia kita..”
“Okey.. janji..” ujar Shakir tidak
sabar-sabar lagi.
“Seminggu lagi.. aku nak kahwin!” kata
Firdaus sambil tersengih.
Shakir menerkup mulut. Nasib baik dia
tidak terjerit di situ. Yelah, dia
memang terkejut sangat dengan berita itu. Awek pun dia tak ada. Dah nak kahwin?
Shakir pelik dengan Firdaus.
“Seriously?
Dengan siapa? Kau tu awek pun takde
walaupun ramai perempuan yang nakkan kau!”
“Haaa.. Itulah rahsia tu. Kau kenalah
datang majlis perkahwinan aku nanti. Baru kau tahu siapa,” ujar Firdaus lagi.
Suka dia melihat Shakir yang sudah tertanya-tanya.
“Aku sepak jugak mamat ni karang.
Cepatlah cakap! Dengan siapa?” Shakir membuat gaya mahu melesing Firdaus.
Firdaus tergelak-gelak. “Kau ingat kan
aku pernah kena tangkap basah hari tu? Dengan perempuan tu laa..”
Shakir terlopong. “Eh, kau biar betik?
Eh, bukan dah settle ke hari tu? Kan
kau dah bayar semua denda.. Lagi pun, that
girl is.. Ugly! Kau memang taste
perempuan hodoh ke?”
Dengan perasaan selamba serta muka tidak
bersalah, Shakir bertanya Firdaus membuatkan riak wajah Firdaus berubah. “Eh,
eh dia ni! Kau mulut tu jangan nak biadap sangat. Aku ada rancangan aku sendiri
nak kahwin dengan dia.. Kau ingat aku hadap sangat nak kahwin dengan perempuan
hodoh macam tu?”
“Kau jangan cakap besar, bro. Nanti kau
jatuh hati pulak lepas kahwin. Hahaha!” Shakir tergelak besar melihat Firdaus
merah muka menahan marah. Seronok Shakir mengusik Firdaus.
“Sorry,
I won’t! Aku takkan jatuh cinta la dengan perempuan muka macam tu,” balas
Firdaus bersahaja setelah menenangkan dirinya.
“Kau cakaplah besar. Kau belum tahu apa
nak jadi di masa depan, kan? Manalah tahu, Allah dah rancang semua ni untuk kau
hidup dengan dia sampai mati.. Manalah tahu, Allah akan buatkan kau jatuh hati
kat dia nanti. We don’t know the future.
Dan kita tak tahu apa takdir kita nanti, kan?”
“No,
I won’t and I’m sure about it..”
“Well,
we will see..” sengih Shakir sebelum menyambung ayat. “Dahlah, daripada kau
duk membebel tu, baik kau belanja aku minum kat kedai mamak sebelah ni!”
Firdaus menarik muka ketat. “Boleh..
Boleh blah!”
“AKU terima nikahnya Syarifah Nur Hanani
binti Ahmad Syafie dengan mas kahwin dua ratus ringgit tunai..”
Hana resah. Sudah berapa kali lafaz akad
nikah itu berulang-ulang dimainkan di dalam mindanya, bagai sudah dirakam
dengan recorder. Ulang tayang sewaktu
dia dicium dahi dan terpaksa mencium tangan Firdaus juga jelas terpapar di
ruang mata. Sudah beratus kali rasanya ulang tayang itu terlayar sejak tadi.
Wajah-wajah saudara-mara terdekat yang datang turut terbayang.
Mereka semua pelik melihat penampilan
wajah Hana dan pilihan baju pengantin yang dipilih. Semuanya bukan
menggambarkan diri Hana sendiri yang selama ini amat mementingkan penampilan
diri supaya nampak sentiasa cantik. Mujurlah sedikit sahaja saudara-mara yang
dapat hadir, manakala selebihnya tidak dapat hadir. Hanya berkirim salam
sahaja. Dan mujurlah masing-masing tidak banyak bunyi. Semuanya pulang selepas
mengeyangkan perut dan bersalam-salam.
Pintu bilik diketuk dan ditolak dari
luar. Kenduri yang diadakan di rumah keluarga Hana telah lama tamat. Sejak tadi
Hana mengurung diri di dalam bilik dengan alasan pening kepala. Ya, memang dia
pening kepala sangat! Rasa menyesal pun ada sebab buat keputusan berkahwin
dengan mamat kerek itu. Tapi, apakan daya. Hana sudah pun bergelar isteri
kepada Firdaus.
“Kau takut ke?” Firdaus menyergah Hana
yang jelas sedang mengelamun sendiri.
Hana tersentak. Ditoleh wajahnya ke
kiri, di mana suara Firdaus kedengaran tadi. Matanya terbelalak kerana wajahnya
hampir sangat dengan wajah Firdaus. Hampir tercium pipi lelaki itu tadi. Deruan
nafas Firdaus dan bau minyak wangi lelaki yang sangat harum telah menggoncang
sanubari Hana. Terasa berdebar di dalam hatinya.
Hana menjarakkan diri. “Saya tak takut
pun la..!” balas Hana, cuba menenangkan dirinya yang menggelabah tadi.
Firdaus agak terkejut melihat wajah Hana
sebenarnya tetapi dia tidak mahu tunjukkan. Wajah hodoh yang berbedak sejuk
tebal dan berbaju kelawar itu memang mampu menakutkan sesiapa saja termasuklah
hantu. Ya, hantu pun takut nak kacau Hana kut kalau nampak Hana macam ni!
Firdaus tertawa melihat wajah Hana yang
mula menggelabah. Mesti dia terpikat tadi! Penat-penat aku sembur minyak wangi
sebelum masuk bilik tadi! Hahaha! Tidak cukup dengan ketawa di mulutnya, di
dalam hati pun Firdaus sedang mentertawakan Hana. Aku akan buatkan kau melutut
di kaki aku. Berani kau cakap kau tak minat nak kahwin dengan aku hari tu? Kan
sekarang kau dah kena kahwin dengan aku! Firdaus senyum lebar.
“Ye ke? Tak takut? Betul?” Firdaus
merapatkan dirinya kepada Hana.
Hana menjauhkan pula dirinya. Firdaus
rapat lagi, Hana terus menjarakkan diri sampai ke dinding bilik. Hah, sudah! Dah
tak dapat jarakkan diri lagi!
“Awak ni dah kenapa? Kan kita dah setuju
yang kita takkan tidur sekali sebilik?!” tempelak Hana. Bergemuruh hatinya
tatkala itu.
Firdaus gelak. “Kau dah takutlah tuuuu..
Lagi pun, ini rumah bapak kau. Takkan nak tidur bilik lain? Nanti apa pulak dia
cakap, kan?”
Hana menelan air liur yang terasa kesat.
Dijeling sepintas lalu wajah Firdaus yang sedang tersengih-sengih di sebelah.
Hana memeluk tubuh dengan spontan. Reaksi yang sangat spontan kerana melihat
senyuman miang-miang keladi Firdaus. Takkanlah dia tak mual tengok aku yang
hodoh ni? Penat-penat aku menghodohkan lagi penampilan tadi dengan pakai bedak
sejuk gini.. pakai baju kelawar pulak tu. Adoii.. mamat ni..
“Awak jangan buat pasal! Walaupun kita
tak boleh tidur asing-asing sekarang, awak tak boleh tidur atas katil saya ni.
Faham? Awak tidur bawah..”
“Sorrylah,
aku pun tak hingin tidur sekatil dengan kau. And, correction. Kau tidur bawah. Okey? Katil ni milik aku sekarang..”
getus Firdaus lalu dengan selamba melayangkan tubuhnya ke atas katil Hana yang
empuk lagi nyaman itu. Dipeluk bantal panjang di atas katil itu dengan selesa.
“Tak boleh! Itu kan katil saya!” marah
Hana. Geramnya!
“Aku takkan tidur kat lantai bawah tu.
Kalau kau nak tidur atas katil, meh
la.. Tidur sebelah aku..” tegas Firdaus dengan wajah mengusik.
“Tak nak!”
“Haa, kalau tak nak.. tidur bawah ye..”
“Tak nak! Saya nak katil saya!”
“Kalau kau nak aku tidur bilik lain,
okey.. nanti aku tanya bilik lain kat bapak kau. Setuju?”
Hana diam. Mulutnya berkumat-kamit
geram. “Awak ni...”
“Good
night, then. Sweet dreams, darling. Muah, muah, muahh..” Firdaus mula
berbaring dan memejamkan mata dengan selesa.
Hana geram yang amat. Dihentak-hentak
kakinya geram. “Eeeee! Ishhhhhh!”
Firdaus memekakkan telinga.
“Okay,
fine. Aku nak tengok mamat ni boleh tidur tak malam ni? Dia tak tahu lagi
macam mana tidur kat rumah kampung. Biarkan dia..” Hana
pula yang ketawa jahat di dalam hati.
FIRDAUS terjaga apabila terasa
gatal-gatal. Matanya dibuka kecil, memerhatikan lengannya yang gatal. Gelaplah.
Firdaus mencapai telefon pintarnya. Aplikasi lampu suluh dibuka lalu tempat
gatal itu disuluh dengan cahaya lampu telefonnya. Kesan merah akibat digaru
tadi kelihatan. Macam.. gigitan nyamuk aje nampaknya. Tiba-tiba dia terasa
miang di tengah belakangnya pula ketika mengiring begini. Lepas itu, betisnya
pula miang. Hmm.. confirm.. mesti aku kena gigit nyamuklah ni... Firdaus
mengeluh dan merungut sendiri.
Hisy... yang perempuan tu tidur kat
bawah, takde bunyi pulak? Nyamuk tak
kacau dia ke? Firdaus tertanya-tanya. Disuluh ke arah lantai bilik untuk
memastikan Hana ada di situ atau tidak. Semerta bibir Firdaus menggumam geram.
Patutlah pun! Dia pasang kelambu rupanya! Huh!
Firdaus segera bangun sambil
menggaru-garu badannya yang gatal-gatal. Ditambah pula dengan nyamuk yang kerap
datang menggigit. Ditampar-tampar nyamuk yang menggigit tetapi ada lagi yang
datang. Banyaknya nyamuk kat sini! Firdaus semakin geramkan Hana.
"Hoii! Bangun! Bangunnn!" Firdaus
segera mengejutkan Hana yang tengah sedap tidur di dalam kelambu.
Firdaus bertambah geram apabila Hana
tidak terjaga. Dia mengetap gigi. Sakit pula hati ini! Firdaus menarik nafas
panjang dan dilepaskan. "Woii! Bangunnn!"
Hana terdengar panggilan Firdaus.
Sesekali kedengaran lelaki itu merungut-rungut pasal nyamuk yang banyak. Hana
menahan tawa dari terburai. Haa, baru dia tahu! Kau nak sangat tidur atas katil
tu kan tadi. Tidur laaaa.. tidur.. biar kau rasa penangan nyamuk-nyamuk di
kampung aku ni! Hana tersengih-sengih lucu.
Firdaus menggumam seorang diri apabila
Hana masih tidur. Dia ni tidur atau buat-buat tidur ni? Nak kena agaknya
perempuan ni! Dengan perasaan geram, Firdaus menghampiri suis lampu dan menekan
suis itu supaya lampu terpasang. "Hoi! Bangunlahhh.. kau ambillah katil
kau ni balik! Biar aku tidur kat bawah!"
Hana tergelak-gelak perlahan. Dengan
pantas dia bangun dan memisat matanya, berpura-pura baru bangun dari tidur dan
masih mengantuk.
"Apa? Awak ni kacau betul orang
tengah sedap tidur atas lantai ni," getus Hana berpura-pura menahan kuap.
Tidak cukup dengan lakonan itu, dia mengeliat pula.
"Dah, dah! Tepi sikit. Aku nak
tidur situ. Kau pergi tidur atas katil!" Firdaus segera masuk ke dalam
kelambu walaupun Hana masih belum keluar.
Hana terpanar melihat tindakan Firdaus.
Dengan pantas, Hana menjauhkan diri. "Awak ni tak reti nak tunggu saya
keluar dulu ke? Kata nak sangat tidur atas katil tu kan? Ni tak sampai dua jam
tidur, dah melalak tengah-tengah malam buta. Kenapa? Tak best tidur situ ke?"
"Oh, yang kau sedap tidur sini
pakai kelambu.. kau biar aku tidur dengan nyamuk! Kau fikir aku rasa best kena gigit nyamuk?" herdik
Firdaus geram.
Hana tertawa sinis. Rasa lucu pun ada
melihat riak wajah Firdaus ketika ini. "Well, okeylah.. Saya pergi tidur dengan nyamuk pula ye.. Awak
tidurlah sini dalam kelambu.."
Firdaus hanya memandang pergerakan Hana
keluar dari kelambu itu. Hmm, selamba aje perempuan ni. Tak risau kena gigit
nyamuk ke? Nampak macam tak terkesan langsung pun bila kena tidur bertemankan
nyamuk? Ahh, mungkin dia dah biasa kut tidur kena gigit nyamuk. Ahh, aku peduli
apa? Baik tidur lagi bagus. Mengantuk betul ni!
Hana tersenyum-senyum melihat Firdaus
mula berbaring di atas lantai dengan hanya berlapikkan sebiji bantal. Hana
tersenyum penuh muslihat. Setelah memastikan Firdaus mula nyenyak tidur, Hana
ke almarinya untuk mengambil sesuatu. Tidak lama kemudian, Hana ke suis lampu
untuk memadamkan lampu sebelum mula naik ke katil. Suasana mulai gelap dan
sunyi sepi...
KEESOKAN harinya...
Bunyi ayam berkokok mengejutkan Firdaus
dari tidur. Iphone 5s nya dicapai perlahan. Jam digital di skrin memaparkan
sekarang sudah pukul 6.00 pagi. Ya Allah! Solat subuh! Firdaus segera terbangun
dari berbaring. Terasa sengal-sengal badannya kerana tidur di atas lantai yang
keras itu. Ditoleh kepalanya ke arah katil Hana. Dibuka lagi aplikasi lampu
suluh di telefon pintarnya itu. Setelah menyuluh ke arah katil, dia ternampak
susuk tubuh gadis itu yang sedang sedap tidur berdakap dengan bantal di atas
katil dan berada di dalam KELAMBU! Diulang sekali lagi. KELAMBU!
Besar kecik mata Firdaus ketika ini.
Gelora di dada terasa menyesakkan nafasnya. Sakitnya hati kerana
dipermain-mainkan oleh gadis itu! Firdaus segera bangun menghampiri katil
setelah menekan suis lampu. Suasana terang-benderang kini. Memang sah-sah Hana
tidur dalam kelambu di atas katil!
"Woii! Bangunn!" jerit
Firdaus. Marahnya!
Hana terkejut mendengar suara Firdaus
yang kasar itu. Bukan tak pernah dengar suara kasar lelaki itu, cuma kali ini
lebih kasar! Hana bangun dari pembaringannya. Sambil memisat mata, Hana cuba
memfokuskan mata ke wajah Firdaus. Rasa mamai masih menguasai diri.
"Apa lagi ni?" marah Hana.
"Kau tanya apa lagi?? Apa lagi? Kau
dah permain-mainkan aku semalam, kau tanya apa lagi?"
Hana terlopong. Laa, dah kantoi awal
rupanya. Hana kemudiannya tersengih-sengih. "Ala, awak ni. Itu pun nak
berkira dengan perempuan!"
"Berkira atau tak, aku nak kau
bangun sekarang! Off from the bed!"
arah Firdaus.
"Eh, kenapa pulak saya kena ikut
cakap awak ni?" gerutu Hana, cuba mengingkari arahan itu.
"Because I'm telling you to. And because I'm your husband! Aku ada
kuasa veto ke atas kau. Kau faham dan sedar tak yang kau tu seorang isteri?
Isteri kepada aku!"
Hana tertawa. Suami? Kuasa veto? Amboi,
pandailah pulak ye dia sekarang? "Awak jangan nak kerek sangatlah.."
"Kau bangun sekarang! Sebelum kau
kena cium dengan aku!" ugut Firdaus.
Hana tersentak. Matanya sedikit membesar
mendengar perkataan yang amat menggelikan itu. Cium? Huh! Meremang rasanya
tengkuk Hana. Seramnya! Hana menjeling Firdaus. Segera Hana menegakkan diri dan
terus turun dari katil. Cermin mata dicapai dan dipakai kemas terletak di
batang hidungnya.
"Haa, tahu pun takut. Sekarang ni,
kau ke sini!" panggil Firdaus.
Hana menelan air liur yang
tersekat-sekat. Bukan main agresif pula mamat ni pagi-pagi macam ini. Hana
berjalan perlahan-lahan menghampiri Firdaus sambil mengikat rambutnya yang
mengerbang selepas bangun tidur. Tubuh Hana berhenti terpacak di hadapan
Firdaus, agak jauh.
"Dekat lagi!" Firdaus
mengarahkan Hana supaya lebih hampir kepadanya.
Hana menggeleng-geleng tidak mahu. Kecut
perut Hana melihat Firdaus yang serius.
"Atau kau nak kena cium?" ugut
Firdaus lagi, lebih keras. Dalam hatinya, rasa hendak ketawa begitu menggeletek
hati.
Hana berjalan hampir sedikit sahaja
dengan Firdaus. Mukanya dialihkan ke arah lain, tidak mahu bertentang mata
dengan lelaki itu. Firdaus tertawa sinis. Baru kau kenal siapa aku. Suami kau!
Kau tahu tak?
"Awak nak apa ni?"
"Aku nak bagitau kau..."
"Bagitau apa pulak? Aduhh.."
"Aku nak.." Firdaus sengaja
tidak menghabiskan ayat.
Hana menelan liur. Cermin mata
dibetul-betulkan. Suspen betul. Hati mulai berdebar memikirkan yang
bukan-bukan. Janganlah Firdaus minta yang bukan-bukan darinya..
"Nak apa lagi???"
"Aku nak kau pergi solat, lepas tu
buatkan aku sarapan. Aku tak nak orang lain buat, aku nak kau yang masak
sendiri. Faham?"
Selepas berkata-kata, Firdaus ketawa besar
dan terus keluar dari bilik selepas mencapai tuala mandi. Hana terkebil-kebil.
Huh!!! Berani betul dia kenakan aku? Hana menggerutu sendirian. Geramnya! Sakit
hatinya! Ingat aku ni apa? Pui! Hana menghentakkan kaki geram. Benci!!
p/s : sorry selalu lambat. dah ada anak kecik baby lagi so x brapa ada masa nak update..hihihi...apa2 kekeliruan boleh bgtau yer..thanks for reading :)
Best. Nk lagi :)
ReplyDeletebest ^_^
ReplyDeleteYes dha lama tggu. Kluar jgak. Ngeeeeee thanks kak Auni! =) BEST!
ReplyDeleteLame betul kak auni menyepi..citer baru ni best kak..
ReplyDeleteBest. .
ReplyDeleteSalam kak.. Best la citer ni! Update pleaseeee... Btw camne sy na beli printed novel akak Kasihmu Kurelakan? Na tau ending irfan and najwa huhuhuhu~ terkejut itew nama watak dlm novel tu sama dgn nama itew hew hew hew... - Risa
ReplyDeletealaa bile nk smbung
ReplyDeleteupdate plesssss
ReplyDeletesalam akak... MasyaAllah.. I love your writings very much.. you got talent akak.. keke... wish to know bout you sooner... pape pon.. thumbs up for your magnificent story.. can't wait for the next update...hihi
ReplyDelete#kipidap
lamenye menyepi....
ReplyDelete