SINOPSIS :
Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di sebalik hubungan mereka berdua yang Nampak bahagia itu, siapalah yang tahu betapa Arissa Maisarah menderita dengan perangai ego Irfan Naufal yang melampau. Lagi ditegur, lagi menjadi-jadi! Bukan sahaja ego, lelaki itu juga cepat baran membuatkan Arissa Maisarah berasa ragu-ragu sama ada Irfan Naufal benar-benar mencintainya atau tidak sedangkan dia terlalu mencintai lelaki itu.
Namun Arissa Maisarah tidak pernah mengetahui apakah yang tersembunyi di dalam hati Irfan Naufal. Lelaki itu sebenarnya terlalu tulus mencintai…Irfan Naufal cuma tidak tahu bagaimanakah cara untuk dia menunjukkan kasih sayangnya itu. Baginya, biarlah selepas mereka berkahwin, barulah dia akan menunjukkan betapa dia menyayangi gadis itu dan dia tidak akan mempersia-siakan Arissa Maisarah.
Tetapi, apa yang diimpikan Irfan Naufal tidak seindah yang disangka. Hadirnya seorang lelaki lain di dalam hidup Arissa Maisarah membuatkan Irfan Naufal tidak dapat tidur lena. Adakah Arissa Maisarah curang di belakangnya? Mereka kelihatan begitu intim, membuatkan ego Irfan Naufal terasa tercabar!
Suatu ketika, Irfan Naufal mendapat tahu bahawa ‘lelaki’ yang berani mengganggu Arissa Maisarah itu sebenarnya adalah seorang tomboy. Seorang gadis yang berpenampilan seperti lelaki! Irfan Naufal bertambah sakit hati dan ingin menyedarkan si tomboy itu tentang fitrahnya dijadikan seorang perempuan.Irfan Naufal hanyut dalam dendamnya… dan tidak sedar yang dia sudah terlalu jauh bertindak sehingga sanggup meragut kesucian si gadis tomboy itu.
Adnin Najwa, si gadis tomboy yang telah dirogol dengan kejam oleh Irfan Naufal terus melarikan diri dari bandar itu sekaligus menghilangkan diri dari hidup Irfan Naufal dan ArissaMaisarah selepas dirinya diugut.
Irfan Naufal yang berasa bersalah dan berdosa, terus memutuskan pertunangannya dengan Arissa Maisarah dan mula mencari Adnin Najwa bagi menebus kesalahan.Semua yang terjadi telah menginsafkan Irfan Naufal.
Namun, pertemuan semulanya dengan Adnin Najwa benar-benar membuatkan Irfan Naufal bingung… kerana gadis itu hilang penglihatan disebabkan sebuah kemalangan yang berlaku antara mereka.Dia jugalah yang menyebabkan gadis itu buta.Dan itu menambahkan rasa bersalah yang tidak bertepi di hati Irfan Naufal.
Dapatkah Irfan Naufal berterus-terang dan meminta maaf?Bolehkah Adnin Najwa memaafkan segala-galanya yang telah terjadi antara mereka?Dan bagaimana pula dengan nasib Arissa Maisarah yang telah ditinggalkan begitu sahaja oleh Irfan Naufal?Apakah kesudahannya kisah mereka bertiga?
p/s : Alhamdulillah... novel terbaru hasil karyaku.. order sudah dibuka di laman web Lovenovel Publication. Terima kasih atas sokongan semua pembaca blog saya. Kerana sokongan anda, e-novel ini berjaya ke versi cetak juga pada akhirnya.. alhamdulillah, syukur.. :')
BEST.....
ReplyDeletethanks :)
Deletewaaah! tak sabarnya nak baca novel ni!!! memng wajib dptkannya!! hehe
ReplyDeleteterima kasih ye :)
DeleteAda sesi tandatangan kat ofc lovenovel tak? Kalau ada akak nak beli masa tu. Dapat jumpa penulis sekali.
ReplyDeleteada kak.. 23 feb ni.. 10am-4pm... :)
Deletetak sabar nak tau apa jadi kat najwa
ReplyDeleteMmg best..xsabar nak baca..tahniah sis
ReplyDeleteXsabar nak tau menghujung jalan cerita ni..xde sambungan nye ke sis ?
ReplyDeleteBest2 sgt. Dah baca sampai habis. Org pergi mesyuarat sy sempat singgah beli di center point kk. Ambil kesempatan nak beli bila dapat keluar dr Labuan. Puas hati beb.
ReplyDeleteSaya berpuas hati dengan novel ni. Lain dari yg lain. Tak rugi beli walau pun begitu rasa tak puas pulak. Boleh tak cik auni buatkan cerpen khas cerita ni. Nak lagi....please sambung sikit je lagi.
ReplyDeleteBoleh order online x?? Sbb saya suka novel nie..kasi no wshpp ye klo boleh .X boleh xpela cuma penasaran dgn penamatnya.sambung agi ples
ReplyDeleteBoleh order online x?? Kasi no wshpp klo boleh. Bls.ye
ReplyDeleteAvailable lg ke? Nak order online, mcm mana?
ReplyDeleteTahniah dapat bukukan novel.
ReplyDelete