-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Friday, March 18, 2011

Entah Bila Cinta Bersemi 22 [BONUS N3]

NAZIFA tercegat di hadapan pintu rumah. Dia membelek jam di pergelangan tangannya. Cakap mahu keluar, tapi dia pula tak muncul-muncul… Nazifa mencemik dan menarik muka empat belas.

Baru tadi Faris telefon suruh dia bersiap. Kata lelaki itu, dia ingin membawanya makan di luar pada malam itu. Ada perkara yang mahu dibincangkan. Pelik betul bila difikir-fikir semula. Perkara apalah yang penting sangat sampai kena bincang di luar?

“Faris belum sampai, ke?” tanya Datin Sharifah Rosmah yang tiba-tiba muncul.

Terperanjat Nazifa dibuat orang tua itu. Dia tersenyum kelat ketika pandangan orang tua itu masih tertumpu pada wajahnya. “Belum lagi, mummy…”

“Budak Faris ni pun satu. Kalau dah tahu tak boleh sampai tepat pada masa, call atau mesejlah bini. Ni biarkan orang tertunggu-tunggu!” Sempat Datin Sharifah Rosmah berleter.

Nazifa tarik sengih. Padan muka kau kena leter, Faris.

Tidak lama selepas Datin Sharifah Rosmah berleter, kelihatan kereta BMW milik Faris tiba di hadapan pintu pagar rumah.

“Hah! Dah sampai pun dia… Ingatkan lagi sejam baru nak sampai,” perli Datin Sharifah Rosmah sambil menggeleng-geleng.

Nazifa hanya tersenyum kecil melihat ibu mertuanya yang semakin kuat berleter itu. Hari ini sahaja, sudah banyak leteran yang didengarinya. Tetapi, dia tidak kisah. Nazifa perasan yang wanita tua itu sudah menunjukkan perubahan yang baik sekarang, layanannya sudah tidak sedingin sebelum ini.

“Pergilah. Faris tunggu tu. Jaga diri elok-elok…” ujar Datin Sharifah Rosmah.

Nazifa bersalam dengan ibu mertuanya sebelum berjalan melepasi pintu pagar yang baru terbuka. Faris kelihatan tersenyum kecil melihatnya. Tentu lelaki itu rasa bersalah kerana buatkan dia tertunggu-tunggu. Ah, dia senang melihat senyuman lelaki itu sekarang. Secara tidak sedar, dia juga membalas senyuman Faris.

“Lama tunggu? Sorry, tadi abang tolong hantarkan kawan balik. Dia nak tumpang.”

“Apa – apa ja lah… Jomlah. Saya lapar, belum makan…” getus Nazifa pendek. Dia bersikap selamba walaupun dalam hatinya begitu ingin tahu siapakah kawan Faris itu. Lelaki atau perempuan? Hati Nazifa gelisah.

“Ifa tak nak tahu siapa kawan abang tu? Manalah tahu perempuan cantik, ke?” usik Faris. Dia memandang wajah Nazifa yang berubah kelat. Tawa kecil Faris meledak perlahan-lahan.

“Ketawa ni kenapa? Saya tak kisah pun siapa kawan awak tu. Jomlah… Saya lapar,” bebel Nazifa sambil mencemik. Geram dengan sikap Faris yang begitu keanak-anakan. Siapa nak tahu tentang tu? Perasan! Emm… Tapi… Tapi… Resah sungguh hati Nazifa ketika ini.

Faris hanya tersengih lucu. Dia memasukkan gear lalu memulas stereng kereta. Suasana dibiarkan sepi tanpa bicara.

Dalam diam dan tanpa sedar, anak mata Nazifa sesekali akan menjeling Faris di sebelah. Sungguh kacak lelaki itu malam ini. Tetapi, bukan sahaja malam ini, setiap hari pun lelaki itu tetap kelihatan menawan di matanya. Ah, entah mengapa!

Kereta mereka tiba di sebuah restoran eksklusif. Wonderland Italiano-Western Cuisine. Nazifa mengeja nama restoran berkenaan dalam hati. Nazifa tersentak apabila tiba-tiba sahaja pintu kereta di sebelahnya terbuka. Kelihatan Faris sedang tercegat berdiri di luar. Bila masa suaminya itu keluar dari kereta, dia pun tidak sedar. Lelaki itu kelihatan tersenyum mesra. Kacaknya! Nazifa terpegun lagi.

“Sudah-sudahlah tengok muka abang. Abang tahulah abang ni handsome sangat. Sampai terbeliak biji mata sayang tu kenapa?” terjah Faris lembut, membuatkan Nazifa kembali ke dunia realiti.

“Perasan!” cemik Nazifa lalu turun dari kereta. Mulut Nazifa sahaja yang mencebik, namun hatinya terasa begitu riang. Bahagiakah aku? Nazifa mula bertanya pada hatinya.

“Abang suka cara sayang tengok abang tadi. Thanks…” getus Faris lembut sambil memegang pipi Nazifa buat seketika. Gadis itu kelihatan seperti tidak terkata apa-apa. Redup matanya begitu sayu. “Jom!” ajak Faris sambil kakinya melangkah ke arah restoran berkenaan.

Nazifa masih tercegat sambil memegang pipinya yang diusap Faris tadi. Nazifa tersentuh dengan perbuatan dan kata-kata Faris. Kejamkah dia kerana melayan Faris secara dingin walaupun dia sudah tahu bahawa Faris sebenarnya begitu tulus mencintainya? Nazifa menggigit bibir perlahan.

Walau bagaimana hebat pun Nazifa berfikir, dia tetap tidak mendapat jawapan yang diinginkan. Akhirnya dia berjalan ke arah Faris yang sedang menunggunya di hadapan restoran.




NAZIFA mendiamkan diri, begitu juga Faris yang sedang menumpukan perhatian dalam pemanduannya. Nazifa teringat semula bagaimana Faris melayannya di restoran tadi. Dia dilayan bagaikan seorang puteri raja. Tidak disangkanya Faris seromantik itu.

Sebuah bilik besar ditempah khas semata-mata kerana ingin berdua-duaan menikmati makan malam bersama isteri tersayang. Dan, lelaki itu membuatkan hatinya berbunga-bunga apabila membuat kejutan sempena hari lahir yang dia sendiri pun tidak ingat. Entah bagaimana Faris boleh mengetahui hari lahirnya? Seingatnya, dia tidak pernah memberitahu lelaki itu.

Seutas rantai emas putih yang loketnya berbentuk bulan diberikan sebagai hadiah hari lahirnya yang ke-23. Semuanya membuatkan Nazifa berasa begitu terharu. Inikah lelaki yang sama seperti setahun yang lepas? Lelaki yang sungguh kejam, lelaki yang sudah memusnahkan impian dan hidupnya dalam sekelip mata? Inikah lelaki itu? Faris kini sudah begitu berlainan. Ya, sungguh lelaki itu cintakannya seikhlas hati. Dia tahu itu.

“Kenapa diam? Birthday girl mana boleh diam macam ni. Kenalah happy sikit…” soal Faris, memecahkan keheningan antara mereka.

Nazifa tersentak daripada lamunannya yang panjang. Namun lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Faris.

“Tak suka hadiah yang abang bagi?” duga Faris.

Nazifa memegang loket rantainya dengan tiba-tiba. Dia menggeleng perlahan, tanda menidakkan pernyataan Faris.

“Habis tu, kenapa diam sangat ni? Abang ada buat salah?”

“Tak adalah. It’s just… Hmm, thanks…” getus Nazifa perlahan. Dia menundukkan wajah, memandang kakinya yang disirami kegelapan malam.

Faris yang memandu terus menoleh. “You’re welcome. Abang ikhlas. Abang harap sayang suka…”

“Jadi, mana awak tahu yang hari ini hari lahir saya?” soal Nazifa ingin tahu. Dia tidak mempedulikan kata-kata Faris tadi.

Faris tersenyum simpul. “Sayang akan tahu nanti. Oleh kerana birthday sayang belum berakhir, ada lagi hadiah dan kejutan untuk sayang. Abang nak bawa sayang ke suatu tempat, jumpa someone. Mesti sayang suka…” ujar Faris dengan gembira.

Nazifa terkebil-kebil memandang Faris.

Tidak lama kemudian, kereta Faris berhenti di hadapan sebuah banglo mewah yang tersergam indah. Nazifa sudah tertidur dalam perjalanan tadi. Faris merenung wajah Nazifa lalu tangannya diletakkan ke bahu gadis itu. Dia menggoncangkan sedikit bahu Nazifa.

“Sayang, bangun… Kita dah sampai,” panggil Faris lembut.

Nazifa membukakan mata. Dia melihat sekeliling. Macam kenal pula tempat ni. “Kita kat mana ni, wak?” soal Nazifa sambil menggosok matanya yang masih mengantuk.

“Rumah famili sayang…” jawab Faris.

Hampir terlompat Nazifa mendengar jawapan Faris itu. Dia tidak sangka sebenarnya. “Kenapa awak bawa saya ke sini? Mula kereta sekarang. Saya nak balik.” Suara Nazifa terketar-ketar. Antara takut, bimbang dan resah. Semuanya bercantum. Takut papanya marah lagi, bimbangkan kesihatan papanya dan resah kerana dia terlalu rindukan keluarganya.

Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat. Yang terlintas di fikirannya ialah dia mahu pergi dari situ sebelum ahli keluarganya nampak mereka. Nazifa menundukkan wajahnya, dia sedang berfikir dengan ligat. Jiwanya resah dan gelisah.

Faris perasan kelakuan Nazifa itu lalu memegang bahu isterinya itu dengan lembut. “Sayang, jom…” ajak Faris.

“Awak dah gila? Awak tahu, kan? Awak tahu papa saya macam mana, kan? Kalau dia nampak saya dengan awak, tentu dia marah. Mesti dia jatuh sakit lagi!” bidas Nazifa semahu-mahunya. Kedua-dua belah tangannya bersatu lalu jemari berkait sesama sendiri. Dia sungguh takut jika papanya marah dan jatuh sakit lagi.

“It’s okay. Jomlah…” ajak Faris lagi dengan wajah penuh mengharap. Dia simpati pada nasib Nazifa dan keluarga. Dan, itu semua adalah kerana kesilapannya dahulu.

“Awak memang dah gila! Saya kata, jom kita balik. Saya tak nak timbulkan apa-apa masalah.”

“Sayang, abang dah cakap yang semuanya akan baik. Percayalah… Please trust me…”

“No! No! No! Please… Can we just go? Please…” rayu Nazifa dengan setitis air jernih yang mula mengalir ke pipi.

Faris melepaskan keluhan kecil. Pantang benar dia melihat air mata Nazifa kini. Dia sudah berjanji akan menjaga isterinya itu sebaik-baiknya dan tidak akan membuat Nazifa menangis lagi. Dan, kerana itulah dia membawa Nazifa kepada keluarganya. Tujuannya adalah untuk menamatkan segala penderitaan isterinya itu dan memberikan segala-galanya yang terbaik buat Nazifa.

“Boleh tak sekali aje sayang percayakan suami sayang ni? Please… I beg of you…” rayu Faris pula.

Nazifa kelihatan terdiam dalam tangisan yang berlagu pilu. Perlahan-lahan dia mengangguk. Dia akur dengan kata-kata Faris kini. Adakah ini bermakna yang dia sudah berupaya menerima lelaki itu sebagai suami? Dia pun tidak pasti. Yang dia pasti sekarang, dia harus yakin dan percaya dengan kata-kata Faris bahawa semuanya akan menjadi baik.



* p/s : Okey, sampai disini aje n3 yg keluar di blog. Harap semua pembaca dpt bersabar menunggu versi cetak EBCB keluar. Thanks yg tak terhingga utk semua yg sudi membaca dan tinggalkan komen. Komen2 anda amat bermakna buat sis! :)

Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 3/18/2011 03:54:00 PM

18 comments:

  1. YongFriday, March 18, 2011 at 4:22:00 PM GMT+8

    wow soooooooooo sweeeeetttttttttttt sangatttttttttttttt bangatttttttttttttt. thanks. hope i be the first one to read n comment. hehehe cz tgk cik penulis br je post 12min n i trus read it. hahaha. reallyyyy,thanks. huh aku dah tak sabar ni nak nanti buku. agak2 bila ye terbit? next month xleh?demand plk ye. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ZassFriday, March 18, 2011 at 4:33:00 PM GMT+8

    rasa makin berdevbar2 pulak... sengaja yer author gantungkan citer d part yg klimaks kegentingan mcm ni... hehehe... dah makin curious tahap babun dah skrg nie... oh ya!penerbit apa yg telah melamar karya EBCB???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. ღAuni_AmauniღFriday, March 18, 2011 at 4:39:00 PM GMT+8

    yong jiao xiu :
    haha tq sbb baca..mmg awak org 1st yg post komen :P xtahu lagi bila nk terbit,nnti sis update balik kat blog k..tq skali lg~ :P

    korro :
    hehe bukan apa, nk buat pembaca tahu yg jln crita dah byk berubah.. :P
    xde part saiful mati..dah dibuang..
    and penerbitnya, Fajar Pakeer..
    tq sudi baca ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousFriday, March 18, 2011 at 6:13:00 PM GMT+8

    alah!
    saspennnn...huhuhuhuhu..
    pasti beli!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. dyanzjhaFriday, March 18, 2011 at 8:06:00 PM GMT+8

    waaaaaa...suke2...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. zura asyfar addy rifqhieyFriday, March 18, 2011 at 8:12:00 PM GMT+8

    nk publish dah ker cite ni? huhu...lame dh tak bace dis story..btw suke2 sgt cite virus ngn shuji tu..besst..kite follow tau ur blog :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. nina falinaFriday, March 18, 2011 at 10:35:00 PM GMT+8

    patut ler bila baca blk, tk jumpa pun part saiful mati... harap2 hepi ending, faris n ifa.... kalau buku dh publish, harap2 diwar2kan... tk sabar nk tau endingnya...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousFriday, March 18, 2011 at 11:33:00 PM GMT+8

    best la sis.....SWEET SGT~~~~~~~
    adoi2..xsabo plokkkk.......
    bile nak kluar nih???
    arghh~~~~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousSaturday, March 19, 2011 at 12:50:00 AM GMT+8

    tahniah diucapkan..ebcb berjaya meraih perhatian penerbit..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousSaturday, March 19, 2011 at 10:54:00 AM GMT+8

    x sbar nk beli bku ni nti...
    kak klau boleh nti ending dia 2 kasi le pnjang skit ke... sbb ade yg novel 2 ending dia cam x puas nk baca...nti dh nk dipasaran bgitau ye.. tq...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. xanaSaturday, March 19, 2011 at 6:32:00 PM GMT+8

    waa waa.... excited nie...dh lama tgu ecbc...dont worry sis, sis dh konfem ada sorg pembeli ecbc...hehe=D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. LiNaTuesday, March 22, 2011 at 9:02:00 PM GMT+8

    wah...best2..xsabar nak tggu versi cetak.. nnti inform yer kalo dh kuar bukunya..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. mizz_BZbodyFriday, April 22, 2011 at 12:42:00 AM GMT+8

    alah... nak lagi .... I WANNA BUY THIS BOOK ... bila buku nie diterbitkan erk JUZ CAN'T WAIT 2 BUY IT !!!! hu hu hu rasa mcm dah x boleh sabar dah ....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. mizz_BZbodyFriday, April 22, 2011 at 12:42:00 AM GMT+8

    alah... nak lagi .... I WANNA BUY THIS BOOK ... bila buku nie diterbitkan erk JUZ CAN'T WAIT 2 BUY IT !!!! hu hu hu rasa mcm dah x boleh sabar dah ....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousFriday, May 6, 2011 at 8:50:00 AM GMT+8

    dah beli..tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. Luv_EBCBFriday, July 15, 2011 at 12:03:00 PM GMT+8

    BEST LAH CITER AWK..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousSaturday, August 27, 2011 at 2:28:00 AM GMT+8

    best....suke2.... :)
    novel ni lain dari yang lain sbb watak faris dlm novel....x sbr nk tau ending citer nie....will try 2 buy the novel soon~ ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AnonymousFriday, October 14, 2011 at 3:12:00 PM GMT+8

    wah...bestnyer....suke sgt....mmg kene cri novel ni....congratz kt penulis...superb la....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu