-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, May 23, 2011

Hanya Milikmu 10


TENGKU Harith menongkat dagu sendirian. Pemandangan persisiran pantai di hadapan matanya kini hanya dipandang kosong. Dia kini berada di Pulau Tioman bersama-sama isterinya. Terngiang-ngiang kembali bagaimana keras kepala papanya menyuruhnya mengaturkan bulan madu. Maklumlah sudah sebulan lebih berkahwin tetapi Tengku Harith seakan menyibukkan diri apabila papanya ingin membuka topik mengenai bulan madu. Kali ini, papanya bersungguh benar. Siap dah belikan pakej percutian bulan madu dan memberikannya cuti selama dua minggu. Tengku Harith sudah tidak dapat menolak lagi ketika itu lalu menerima sahaja seadanya.

Wajah Balqis yang kini disirami cahaya matahari terbenam kelihatan samar-samar pada pandangan Tengku Harith. Gadis bertudung labuh itu sedang duduk berteleku diatas sebuah batu yang berada di persisiran pantai berkenaan. Lama juga mata Tengku Harith menjamah ke segenap wajah isterinya itu sehingga menimbulkan suatu perasaan asing yang tak dapat dia mengertikan.

Dia teringat lagi bagaimana teruknya dia menolak Balqis tadi sehingga gadis itu terjatuh dan tergolek ditangga. Entah mengapa tatkala itu rasa simpatinya meluap-luap buat gadis itu apabila ternampak tubuh kecil isterinya itu terketar-ketar menahan sakit. Perasaan yang sebelum ini tidak pernah terlintas dan tidak langsung dia jangkakan akan dirasakan buat isterinya yang seorang itu. Sudahnya, dia hanya membiarkan sahaja Balqis bangun sendiri sambil dia terus berlalu dari sisi isterinya.

Perasaan simpati yang hadir tadi segera dibuang sejauh mungkin. Bimbang perasaan lain pula akan timbul jika dia terlalu berlembut dengan gadis itu. Ah, tidak mungkin dia akan menjilat kembali apa yang telah diludahnya. Sekali dia cakap yang dia tidak inginkan Balqis, selama-lamanya Balqis takkan dapat menggoyahkan ego lelakinya itu. Tetapi kini, apa yang sudah terjadi? Matanya bagai terpaku pada susuk tubuh Balqis yang kelihatan tenang menghayati keindahan cahaya matahari terbenam. Tenangnya hati Tengku Harith kini, setenang wajah Balqis juga pada ketika ini. Tidak sedar, dia mengukir senyum sendirian.

Ah?! Apa yang aku dah fikirkan ni? Tak mungkin! Tak mungkin secepat ini aku kecundang! Aku takkan sesekali biarkan diri aku terus hanyut dalam alam khayalan Balqis! Takkanlah ilmu dia sudah mahu menguasai aku jugak kot? Ah! Bodohnya aku! Bentak Tengku Harith didalam hatinya. Dia mengeraskan semula hatinya yang kian lembut. Dia bangun sambil berlalu masuk ke dalam chalet. Sebelum memasuki chalet, dia sempat menjeling lagi kelibat tubuh Balqis yang masih menghadap laut. Siapakah Balqis sebenarnya? Tengku Harith masih bingung sehingga ke hari ini.



“MINGGU lepas saya dah lawat dia, ustaz. Alhamdulillah, dia baik-baik aje. Dia bahagia dengan suami dia..” terang Dayana lembut sambil mengukir senyum. Telefon bimbit yang tergenggam ditangannya dilekapkan lebih rapat ke telinga. Mahu mendengar suara lelaki pujaannya secara dekat. Mahu merasai betapa indahnya perasaan ini apabila lelaki itu berkata-kata.

Ah, Ustaz Amirul memang menjadi pujaannya secara diam-diam sejak dulu lagi. Tetapi dia tahu, lelaki itu menyukai Balqis. Dayana dapat melihat dari sinar mata lelaki itu saat dia memandang raut wajah mulus Balqis. Namun kini, peluang Dayana lebih terbuka luas apabila Balqis sudah bergelar isteri orang sekarang ini. Itu yang membangkitkan lagi semangat Dayana apabila lelaki itu kerap menghubunginya sekarang. Tak apalah walaupun Ustaz Amirul hanya menghubunginya demi merisik khabar dari Balqis. Dia faham juga dengan lelaki itu yang terlalu melindungi Balqis.

“Oh, baguslah tu. Lega saya dengar..alhamdulillah..” ucap Ustaz Amirul lembut. Walaupun dia rasa lega, terselit juga rasa sayu mengenangkan Balqis yang kini sudah bergelar isteri orang.

“Alhamdulillah, ustaz. Jangan risaulah, ya? Insya-Allah dia okey aje. Kalau tak silap saya, dia orang sekarang ni dah pergi berbulan madu..” getus Dayana lagi.

Kata-kata Dayana itu ternyata menyentapkan perasaan Ustaz Amirul. Betapa perasaan kecewanya bertambah-tambah apabila mendengar perkataan bulan madu. Tetapi tak apalah asalkan Balqis bahagia. Dia tidak kisah lagi. Kini dia sudah tidak perlu risaukan gadis itu. Haram hukumnya mengganggu atau menyiasat tentang isteri orang walaupun dari jauh seperti ini. Bukanlah niatnya nak mengganggu, tetapi dia perlu juga tahu. Setelah mengetahui keadaan Balqis sekarang, barulah dia yakin untuk meneruskan hidupnya tanpa rasa risau lagi.

“Baguslah tu, Yana. Bagus..” sahut Ustaz Amirul pendek. Terdengar lelaki itu melepaskan keluhan kecil. Mungkin melepaskan segala rasa yang terbuku dihatinya.

“Ada apa-apa lagi yang ustaz nak saya tolong?” soal Dayana ikhlas. Dia menunggu Ustaz Amirul yang nyata terdiam tanpa kata.

“Tak ada apa-apa dah, Yana. Terima kasih banyak kerana dah tolong saya..” balas Ustaz Amirul lemah. Dia tersenyum pahit.

“Sama-sama kasih. Opss..sama-sama. Betul dah tak ada apa-apa lagi untuk saya bantu?” tanya Dayana untuk ke sekian kalinya. Sempat lagi dia tersasul. Ustaz Amirul mengeluh kecil lagi sambil mengelap peluhnya yang mulai menuruni dahi.

“Dayana, sudi kahwini saya?” soal Ustaz Amirul dengan tiba-tiba, membuatkan Dayana terkejut beruk. Biar betul? Dia menelan liur dengan laju. Dadanya kini berombak kencang. Hatinya sudah tidak keruan. Bagaikan tak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

Ustaz Amirul sudah tidak sanggup menanggung rasa begini. Dia takut berdosa kerana mencintai isteri orang. Mungkin dengan berkahwin, dapat mengubati jiwanya yang lara ini. Dan dia tahu, tiada gadis lain lagi yang sesuai untuk dibuat calon isteri selain Dayana. Dia tahu, Dayana sudah lama sukakan dia. Dia perasan semua itu cuma dia berpura-pura tidak nampak akan cinta Dayana yang bersinar hanya untuknya. Dan Dayana juga punyai pekerti yang baik, cuma tidak setabah Balqis.

Dayana seorang yang suka menegakkan kebenaran apabila berlaku ketidakadilan. Seperti kes Balqis yang selalu didera Pak Samad. Gadis itu begitu bersungguh-sungguh marahkan Pak Samad dan cuba melindungi Balqis ketika Balqis ingin dipukul. Ustaz Amirul kagum dengan sifat berani Dayana itu. Cuma, ketabahan Balqis lebih menarik perhatiannya ketika itu. Dan kerana dia memang sudah lama cintakan Balqis. Kini, sudah tiada maknanya lagi untuk dia mencintai Balqis yang juga sudah menjadi isteri orang. Berdosa hukumnya nanti.

“Sudi tak, Yana?” soal Ustaz Amirul lagi dengan suara lembut. Bergetar jantung Dayana ketika itu. Hatinya sudah berdebar hebat. Ya Allah! Mimpikah ini? Aucchh!! Sakitt! Dayana baru sahaja mencubit lengannya. Ternyata semua ini bukan mimpi. Serta-merta air liur ditelan lagi dengan laju.

“Us..us..ustazz..jangan buat main dengan perkara kahwin ni..” Dayana terus bersuara lembut. Dia menahan getar suaranya supaya kedengaran tenang walaupun pada hakikat hatinya kini bagai ingin meletup.

“Betul, Yana. Kahwin dengan saya, nak?” lamar Ustaz Amirul lagi dengan bersungguh-sungguh. Memang ini sahajalah cara untuk dia melupakan cintanya pada Balqis.

“Hah?!” Dayana terkebil-kebil lagi. Sudahnya, jantung Dayana terus sahaja berlari laju..



BALQIS membuka laptop yang dibawanya. Dia ingin melayari internet, mahu mencari suatu artikel. Nasib baiklah di resort berkenaan kemudahan internet juga disediakan. Ah, semua tempat penginapan juga menyediakan perkhidmatan internet. Balqis sudah maklum tentang itu. Sebab itulah dia membawa sekali laptopnya yang merupakan hadiah dari bapa mertuanya semasa perkahwinannya dahulu. Dia hanya berani mengeluarkan laptopnya itu setelah ketiadaan Tengku Harith. Lelaki itu sudah keluar berjalan-jalan selepas memaki-hamunnya. Balqis hanya redha apabila kerapkali dimarahi begitu.

Jemarinya kini berlari laju dipapan kekunci laptop tersebut. Beberapa patah perkataan ditaip dengan penuh perasaan.

Cara-cara melembutkan hati suami. Cara-cara mengambil hati suami. Cara-cara untuk menggoda suami. Err..apa yang aku buat ni agaknya? Ah, demi rumah tanggaku yang semakin retak, aku akan teruskan dengan misi ini! Cetus hati Balqis. Masih teringat kata-kata nasihat dari seorang ustazah yang ditanya pendapatnya oleh Balqis. Bukanlah dia ingin membuka aib rumah tangganya, tetapi dengan meminta pendapat seorang ustazah yang juga bergelar pakar motivasi agaknya tak salah, kan? Lagipun, Balqis memang sangat memerlukan nasihat serta pendapat dari golongan professional. Balqis nekad ingin membuatkan Tengku Harith jatuh cinta padanya walau apapun seksaan lelaki itu terhadapnya.

Balqis tekun sekali mencatatkan apa yang dituliskan dalam sebuah laman web mengenai hubungan suami isteri. Merah serta membahang terasa pipi Balqis sekarang. Tidak pernah lagi dia membaca artikel-artikel mengenai suami isteri sebelum ini. Balqis menelan liur sambil terus mencatatkan apa yang perlu. Walaupun berasa malu sendirian, dia terpaksa juga membuat semua ini demi menyelamatkan rumah tangganya.

“Hoi! Kau buat apa tu?!” lantang sahaja suara Tengku Harith tatkala memandang pelik Balqis yang sedang khusyuk menilik sesuatu pada skrin laptop. Cepat-cepat Balqis mendongak sambil menutup browser serta memadamkan history. Dia bukanlah buta sangat tentang IT. Dulu di sekolah, dia yang selalu mendapat markah tertinggi dalam kelas komputer malah dalam setiap matapelajaran yang dipelajari. Setakat internet ini, dia sudah hafal bagaimana mahu memanfaatkan sebaiknya dan bukanlah untuk menyalahgunakannya.

“Abang baru balik?” soal Balqis sambil mengukir senyum indah. Senyuman paling manis sekali yang menggetarkan jantung Tengku Harith. Cepat-cepat lelaki itu melarikan pandangan. Gila! Kenapa hati aku rasa berdebar ni? Ilmu apa agaknya dia pakai? Dia memang ada pakai ilmu tertentu ni, aku tahu sangat! Mana mungkin hati aku selemah ini untuk terus kecundang walaupun dengan segaris senyuman dia tu? Tak mungkin!! Tengku Harith mengentalkan hatinya lagi. Tidak sedar tangannya tiba-tiba dicapai oleh Balqis.

“Bismillahirrahmanirrahimm..” bisik Balqis dengan suara serendah mungkin. Didalam hatinya dia berdoa supaya suaminya takkan lagi menepis tangannya kali ini apabila dia ingin bersalam.

Tengku Harith terkesima dengan perbuatan spontan Balqis itu. Entah mengapa dia bagaikan terpaku melihat isterinya itu menunduk sambil mencium mesra tangannya. Lama juga tangannya berada dalam genggaman Balqis. Gadis itu menyalami tangannya dengan riak setenang air di muara. Betapa beraninya Balqis kerana menyentuh tangannya begitu? Agaknya gadis ini memang tidak makan saman langsung! Tengku Harith ingin melenting, tetapi bagai ada sesuatu yang menghalangnya dari meneruskan niat dalam dada. Sesuatu yang menyuruhnya bertenang.

Balqis kini melepaskan tangan suaminya perlahan. Didalam hatinya dia mengucapkan syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana memperkenankan doanya sebentar tadi. Malah, Tengku Harith telah terdiam tanpa kata. Dan redup mata suaminya itu menggambarkan suatu perasaan yang baik. Alhamdulillah!

“Abang, dah makan? Nanti kita keluar makan bersama kalau abang belum lagi makan, ya? Qis pun laparlah, bang..” soal Balqis membuatkan Tengku Harith tersentak dari layanan perasaannya. Apa yang aku dah fikirkan tadi? Ah! Betina ni memang sengaja nak cari pasal agaknya? Wajah Tengku Harith bertukar merah. Berang benar dia ketika ini.

“Kalau aku nak keluar makan pun, aku tak ingin bawak kau atau biarkan kau duduk semeja dengan akulah! Dengan pakaian kau, penampilan kekampungan kau tu..ada class untuk duduk semeja dengan lelaki bergaya macam aku ni?!” bentak Tengku Harith keras. Balqis terdiam seketika lalu tersenyum kembali.

“Tak apalah, bang. Kalau abang tak mahu Qis jalan beriringan dengan abang atau duduk semeja dengan abang, nanti Qis jalan ikut dari belakang aje..” getus Balqis lembut sambil tersenyum lagi sekali. Dia sudah menukar kata ganti dirinya kepada ‘Qis’. Kata ustazah pakar motivasi itu, panggilan diri sendiri juga memainkan peranan penting dalam sesebuah rumah tangga.

“Kau jangan berani nak dekati aku walau sedikit pun. Kalau aku nampak kau menggedik nak dekat dengan aku, kau siaplah bila dah sampai dibilik nanti. Aku kerjakan kau cukup-cukup! Ingat, jarak kau nak ikut aku tak boleh lebih 20 meter dari aku! Faham?!” Tengku Harith memberikan syarat. Balqis hanya mengangguk-angguk. Sekurang-kurangnya, Tengku Harith sudah berlembut sedikit dengannya. Tak macam dulu, lelaki itu langsung tak benarkan dia keluar rumah kerana malu dengan penampilannya yang bertudung labuh itu.

Balqis tersenyum sendirian apabila Tengku Harith sudah berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia membuka buku catatannya tadi. Sudah cukup untuk masa berbulan madu ini agaknya. Selebihnya nanti dia akan usahakan lagi mencari. Balqis perlu memenangi hati suaminya secepat mungkin. Rumah tangganya perlu diselamatkan. Dan pahalanya juga besar jika dia berjaya merubah serta membimbing suaminya kembali ke jalan yang benar. Sudahnya Balqis terus menyimpan buku catatannya itu ke dalam beg tangannya yang berada berhampiran situ.



p/s : pendek je...but i'm hoping u guys will enjoy this n3 as it is.. :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 5/23/2011 01:33:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

15 comments:

  1. Hafia HanaMonday, May 23, 2011 at 1:45:00 PM GMT+8

    adoyai...
    kerasnya hati harith..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousMonday, May 23, 2011 at 3:22:00 PM GMT+8

    wah..bagus btol balqis..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. MisS_SyaMonday, May 23, 2011 at 3:24:00 PM GMT+8

    perghh!balqis!!godalah harith..!!tp xpuas sgt sbb entry pendek nauu..hehe xpelah,janji ada..thanks sis!! =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. ZassMonday, May 23, 2011 at 5:25:00 PM GMT+8

    grr.. gram sgt2 kat harith...

    tabahnya hati balqis... memang sgt2 solehah lah..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. YongMonday, May 23, 2011 at 6:10:00 PM GMT+8

    wah mcm yg sy nasihatkan br ni lah. agaknya sy lah ustazah tu.hahahaha. kelakar lak klo sy jd ustazah.
    tak sabar2 nak nanti harith berbaik gan balqis.
    geram la gan perangai harith ni. siap tolak jatuh tangga bagai. mmg lelaki kejam, pendera. klo report kat polis pun mmg dah kena tangkap ni.
    thanks for the entry ya. publish lagi la esok ye?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. ღAuni_AmauniღMonday, May 23, 2011 at 6:22:00 PM GMT+8

    haha tol3..tulah kan kadang2 pembaca ni boleh bg idea time2 idea kekeringan.. :)

    itulah gunanya komen2 pembaca..hehe kadang2 cite kite xlogik.penulis xperasan,pembaca msti akan perasan smua kelemahan & kelebihan sesuatu karya penulis tu.

    thanks ya!!~~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. blinkallthedayMonday, May 23, 2011 at 8:04:00 PM GMT+8

    bagus qis,goda harith cepat!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. S.Monday, May 23, 2011 at 9:28:00 PM GMT+8

    sis!!lagi pleaseeee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousMonday, May 23, 2011 at 9:57:00 PM GMT+8

    bezzz!

    cepatan smbungg.........

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. syazriniMonday, May 23, 2011 at 9:58:00 PM GMT+8

    niceeeeeee! go qissss jgn x go.. hahahahh

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousTuesday, May 24, 2011 at 1:50:00 AM GMT+8

    goda harith qis.. smpai dye btoi2 cair.. i will support u.. hehe...

    fiqa

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousTuesday, May 24, 2011 at 8:49:00 AM GMT+8

    mao agi sis!!nextttttt

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousWednesday, May 25, 2011 at 12:29:00 PM GMT+8

    e.....geramnye ngan harith 2...
    cpr smbung ye cite ni..hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousTuesday, October 11, 2011 at 9:05:00 AM GMT+8

    best..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousWednesday, December 21, 2011 at 4:51:00 PM GMT+8

    thank you

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu