-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, May 4, 2011

Hanya Milikmu 2


“KAU dipecat!! Esok jangan datang kerja lagi!” jerit Datin Zairiah kepada Balqis.

Hampir berterabur isi dulang yang ditatangnya. Hampir menitis airmatanya ketika itu. Jika dia dipecat, dimana lagi harus dia mencari duit untuk menampung perbelanjaan keluarga? Bukan senang untuk mendapat pekerjaan di zaman sekarang ini. Ubat-ubatan ibunya, siapa yang boleh berikan dia duit untuk menanggung semua itu? Balqis mula resah. Apa salah dia sehingga dia dipecat? Balqis tidak faham. Setahunya, dia tidak pernah melanggar peraturan atau berbuat sesuatu yang tidak disukai majikannya.

“Tapi, kenapa datin? Apa salah saya? Biar saya perbetulkan..saya minta maaf jika saya ada berbuat kesalahan. Tolonglah jangan pecat saya. Dimana lagi saya nak cari makan kalau datin pecat saya?” rayu Balqis sambil meletakkan dulang berisi minuman tadi ke atas meja, bimbang terlepas dari tangannya.

“Kau tu perempuan tak tahu malu! Tak sedar diuntung!” hambur Datin Zairiah lagi. Balqis mulai pelik dan kaget. Kenapa Datin Zairiah berkata begitu? Kenapa?

“Kenapa datin cakap saya macam tu? Apa salah saya? Biar saya betulkan. Tolonglah jangan pecat saya..saya merayu pada datin!” rayu Balqis lagi. Airmata mula bergenang didalam matanya.

“Kau tanya kenapa?! Kau buat laki aku gila bayang kat kau, kau boleh tanya lagi kenapa?! Kau tu dasar perempuan murahan! Betina jalang, menggoda suami orang! Kalau kau dah kebulur duit sangat, pergilah jadi pelacur! Ada hati nak goda laki aku, rampas dia dan nak cepat jadi kaya! Hei, sedarlah diri tu sikit..berlakon alim pakai tudung labuh, tapi macam pelacur aje aku tengok! Jijik aku dengan kau ni..heee!” caci Datin Zairiah tanpa memikirkan perasaan Balqis.

Dia terlalu sakit hati. Dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Balqis. Cara pandangan suaminya, cara bercakap dan sehingga tiap-tiap malam mengigau nama Balqis. Dia sudah tidak tahan lagi dengan semua itu. Bila sahaja suaminya keluar ke pejabat, dia mengambil kesempatan itu untuk memecat Balqis.

“Astaghfirullahal’azim, datin. Saya bukan perempuan macam tu. Percayalah pada saya, datin. Kasihanilah saya. Mana lagi saya nak cari duit jika datin berhentikan saya? Saya tak pernah goda suami datin, apatah lagi nak merampas dia dari datin. Memanglah saya ni miskin dan perlukan duit, tetapi saya tidak sehina itu sehingga nak merampas suami orang. Datin, berikan saya peluang. Percayakanlah saya..” rayu Balqis dengan tangisan berlagu pilu. Ya Allah, dugaan apakah ini? Bantulah hamba-Mu ini..doa Balqis didalam hati.

“Sudah! Aku tak mahu dengar celoteh kau lagi! Kau ingat aku senang nak percayakan kau? Manusia zaman sekarang ni, mana boleh percaya sangat! Pandai kau berlakon sedih semata-mata nak mendapatkan simpati aku? Aku tak perlukan pembantu rumah lagi! Kau boleh berambus..nah, ini gaji kau untuk bulan ni!” ucap Datin Zairiah sambil mencampakkan satu sampul berwarna putih ke arah Balqis. Sambil itu, dia memegang tudung labuh yang dipakai Balqis lalu ditarik dan dihumbankan Balqis ke arah pintu rumah.

Jatuh terlentang Balqis ketika itu. Betapa hinanya dia rasa. Betapa kejamnya setiap orang yang melayannya. Kerja yang halal dikatakan seperti kerja seorang pelacur. Balqis menangis teresak-esak sambil berjalan longlai keluar dari rumah banglo tersebut. Dia terduduk seketika di hadapan pagar rumah banglo tersebut, mengenang nasib dirinya. Airmata tidak henti-henti mengalir.

Puas menangis, dia bangun dan berjalan longlai ingin melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Tiba-tiba…

Piinngggg!! Sebuah ‘Porche’ hampir-hampir melanggar Balqis. Kerana terlalu terkejut, Balqis jatuh terduduk lalu pengsan disitu juga. Tengku Harith yang memandu kenderaan tersebut terus memberhentikan kereta dan meluru keluar.

Lama juga dia berfikir sambil merenung tubuh Balqis yang sedang terbaring lesu di tengah jalan itu. Nak tolong ke tak? Ah, menyusahkan betullah! Rungut Tengku Harith di dalam hatinya. Lama berfikir, tiba-tiba sahaja Tengku Harith mendapat satu idea. Inilah masanya untuk dia berbuat baik didepan papanya. Supaya papanya percaya yang dia sudah berubah. Tengku Harith tersenyum lebar sambil mengangguk-angguk lalu tubuh kecil Balqis diangkat olehnya memasuki perut kereta. Dia melarikan kereta mewahnya selaju yang mungkin, ke sebuah hospital swasta.



TENGKU Ismail menepuk lembut bahu Tengku Harith sambil tersenyum lebar. Dia bangga dengan tindakan pantas anak lelakinya itu.

“Baguslah tu, Rith. Papa bangga dengan Rith. Baguslah jika kita sentiasa bertanggungjawab begini..” ujar Tengku Ismail dengan senyuman yang tidak sudah.

Dia memandang wajah mulus Balqis yang kelihatan lembut. Gadis itu masih tidak sedarkan diri. Sebenarnya, dia berkenankan Balqis. Tampak sesuai dengan Tengku Harith. Jika dijodohkan anak lelakinya dengan Balqis, dah tentu hidup Tengku Harith akan lebih sempurna.

Tengku Ismail kenal Balqis, gadis bertudung labuh itu. Dia pernah terserempak dengan gadis itu ketika ke masjid beberapa bulan yang lepas di bulan Ramadhan. Rajin benar gadis itu ke masjid menunaikan solat Tarawikh, setiap malam di bulan Ramadhan. Bukan itu sahaja, Balqis akan mengaji Al-Quran setiap kali selepas menunaikan solat Tarawikh. Ramai jemaah di masjid tersebut yang selalu memuji-muji akan keperibadian Balqis.

Tengku Ismail tersenyum-senyum penuh makna, membuatkan Tengku Harith berasa pelik. Seketika, Tengku Ismail akan melirik ke arah Balqis dan kemudian melirik ke arah dirinya. Ada apa-apakah? Tengku Harith berasa tidak sedap hati dengan papanya yang kelihatan seperti merencanakan sesuatu didalam diam.

Lamunan Tengku Ismail dan Tengku Harith tiba-tiba terhenti serentak apabila ternampak pergerakan pada tubuh Balqis. Gadis itu sudah sedarkan diri. Balqis membuka matanya lalu wajah kedua insan yang kini berhadapan dengannya dipandang lama. Dia mengamati wajah-wajah tersebut, ternyata dia tidak langsung mengenali mereka.

Mata Balqis tertancap pada lelaki kacak di hadapannya. Anak mata coklat lelaki itu ternyata sedang menjamah wajahnya sedari tadi. Dada Balqis tiba-tiba terasa berdebar pada ketika itu juga. Saat pandangan matanya bertaut dengan pandangan lelaki itu. Jantung Balqis berdegup hebat, lalu dia tertunduk malu. Sungguh tampan lelaki itu sehingga mampu membuatkan sesiapa sahaja yang memandang terus terpaut, termasuklah Balqis sendiri. Entah mengapa, perasaannya berbunga-bunga bahagia tatkala matanya bertentangan dengan mata lelaki kacak tersebut.

Tetapi Balqis masih lagi seorang yang sedar diri. Siapalah dia jika hendak digandingkan dengan lelaki sekacak itu. Dia tahu dia tidak layak. Balqis tidak mahu perasaannya ini bertukar impian pula. Dia tidak mahu sesekali memasang impian untuk memiliki lelaki itu. Perasaan ini perlu aku buang jauh-jauh! Balqis bermonolog sendirian dalam hatinya. Dia memendamkan perasaan lalu menanam perasaan itu sedalam-dalamnya ke lubuk hatinya. Tetapi, Balqis masih tertanya-tanya.

Siapakah lelaki tua di hadapannya ini? Dan siapakah pula gerangan lelaki kacak itu agaknya? Berbadan tinggi lampai, berkulit cerah, berwajah seperti kacukan dan berpenampilan kemas seperti orang kaya-kaya. Begitu juga lelaki tua di hadapannya ini, berpakaian kemas dan bersih. Mata Balqis terarah lagi ke halaman wajah lelaki kacak tadi. Memang memukau sesiapa sahaja perempuan yang memandang. Kacaknya! Puji Balqis di dalam hati.

“Balqis, kan?” tegur Tengku Ismail beserta sebuah senyuman manis. Dia sudah lama tahu nama Balqis. Ternyata gadis itu terpana mendengarkan Tengku Ismail yang tiba-tiba menyebut namanya seolah-olah mengenali dirinya. Balqis berwajah hairan.

“Macam mana pak cik tahu nama saya?” soal Balqis lembut, penuh kesopanan.

“Hei! Suka hati kau aje panggil papa aku tu pak cik. Kau ingat dia ni class pak cik-pak cik kampung kat tepi jalan tu ke? Panggil dia Tengku Ismail..tengku! Faham?” Tengku Harith bersuara lantang, dengan perasaan bongkaknya. Balqis tergamam mendengar kata-kata Tengku Harith itu. Tidak terduga olehnya, lelaki itu akan berkata begitu.

“Rith! Kamu diam! Jangan cakap kurang ajar macam tu dengan orang..” Tengku Ismail melenting sambil menggeleng-geleng kepalanya lemah. Masih tidak berubah perangai anak lelakinya itu.

“Tapi, papa..”

“Tak ada tapi-tapi. Kamu diam, biar papa yang bercakap..hmmm..maafkan anak pak cik ni, ya? Dia memang macam ni. Tak berapa suka kalau dengan orang yang dia tak kenal..” ujar Tengku Ismail. Matanya yang terarah pada Tengku Harith, dihalakan pula ke muka Balqis yang sudah pucat lesi. Tentu gadis itu terkejut dengan kata-kata anak lelakinya tadi.

“Tak apalah pak cik. Tiada apa yang boleh saya maafkan pun. Saya faham..” senyum Balqis. Tengku Ismail mengangguk-angguk sambil membalas senyuman Balqis.

Cantik betul gadis ini bila tersenyum. Lesung pipit yang terukir di kedua belah pipi Balqis menaikkan seri wajahnya yang ayu. Penampilan ringkas serta sopan gadis bertudung labuh itu juga turut menambat hati Tengku Ismail. Tengku Ismail sudah nekad, dia mahu menjadikan Balqis sebagai menantunya. Dan keputusannya adalah muktamad walaupun Tengku Harith membantah tidak mahu mengahwini Balqis! Tengku Ismail tahu, Balqis mempunyai keistimewaan yang tiada pada gadis-gadis lain. Hanya Balqis yang mampu merubah perangai Tengku Harith yang semakin hari semakin menjadi-jadi.

“Pak cik selalu ke Masjid al-Ikhlas masa bulan Ramadan, pergi solat Terawih. Pak cik selalu nampak Balqis kat sana. Orang-orang di masjid tu yang bagitau pak cik pasal Balqis..” senyum Tengku Ismail.

Tengku Harith di sebelah mencebik bibir. Takkanlah papa jatuh hati dengan gadis kolot ni pulak? Nak berbini dua pula orang tua ni? Lagipun, setakat pergi ke masjid tu apalah sangat? Perangai sebenar entah-entah lagi teruk dari orang yang tak pernah langsung jejak kaki ke masjid! Cepat betul papa percayakan orang! Omel Tengku Harith sendirian.

“Oh, begitu. Tapi, apa yang dia orang bagitau pak cik pasal saya ni? Saya ni bukan siapa-siapapun, pak cik..” getus Balqis dengan perasaan rendah diri.

Tengku Ismail hanya terdiam dalam senyum kecil. Kepalanya terangguk-angguk. Berkenan sungguh dia pada Balqis. Keperibadiannya sungguh terserlah. Gadis ini perlu direbut segera! Memang Balqis akan menjadi menantunya sekiranya gadis itu setuju nanti.

“Tapi, macam mana saya boleh ada kat sini?” Balqis kembali teringatkan dirinya. Dia cuba memikir, seingatnya tadi dia dah dipecat oleh Datin Zairiah. Dan, ada kereta yang tiba-tiba datang. Selepas tu, dia sudah tak dapat mengingati apa-apa lagi dah.

“Anak pak cik ni tadi hampir-hampir nak langgar Balqis. Dia yang bawakkan Balqis ke hospital ni..” balas Tengku Ismail. Balqis tersenyum ikhlas sambil memandang Tengku Harith yang sedang kaku berdiri di sebelah papanya. Sikit pun lelaki itu tidak mahu membalas senyumannya, membuatkan Balqis melarikan semula pandangan ke halaman wajah Tengku Ismail.

“Terima kasih sebab tolong saya. Saya nak balik ni. Mak saya mesti risaukan saya belum balik-balik..” kata Balqis lemah.

“Tak apa, biar pak cik hantarkan ya?” pelawa Tengku Ismail seikhlas hatinya.




“PAPA! Betul ke papa nak hantarkan perempuan tu balik? Papa ada apa-apa ke dengan dia? Jangan buat pasal. Nanti mama tahu, habislah papa!” ujar Tengku Harith, sinis. Tengku Ismail menoleh laju. Matanya menatap wajah anak lelakinya itu.

“Memang papa nak ada apa-apa dengan dia pun. Nanti papa beritahulah pada mama kamu..” sengih-sengih Tengku Ismail ketika ini. Wajah terkejut Tengku Harith dipandangnya sekilas. Biar betul papa ni?

“Jomlah! Balqis dah datang tu..” ajak Tengku Ismail sambil mencuit lengan anak lelakinya. Langkah Balqis diperhatikan penuh perasaan meluat oleh Tengku Harith.

Berlakon baiklah tu! Dah tahu aku dan papa ni orang kaya, nak ambil kesempatan? Kau jangan haraplah nak merasa hidup senang wahai perempuan tak tahu malu! Memang dasar perempuan miskin dan kolot yang hanya tahu nak mengikis harta orang-orang kaya..Tengku Harith menanamkan prasangka buruk pada Balqis sambil menjeling tajam gadis itu yang kini tertunduk. Balqis takut melihat pandangan mata Tengku Harith yang mencerlung memandangnya. Dan Balqis tahu, lelaki itu tidak sedikitpun sukakannya.

“Papa jalan dulu. Nak ambil kereta sekejap. Tunggu kat luar, okey?” Tengku Ismail meminta diri awal, sengaja ingin memberi peluang kepada Tengku Harith dan Balqis berkenalan sesama mereka. Harapan Tengku Ismail, anak lelakinya akan menyukai Balqis setelah mengenali gadis itu walaupun dia tahu anaknya itu tidak sukakan perempuan berpenampilan begitu. Harap-haraplah, Tengku Harith memandang dari mata hati, bukanlah dengan pandangan mata kasarnya.

“Apa kau nak?” soal Tengku Harith sebaik sahaja Tengku Ismail berlalu pergi. Balqis tersentak lalu memandang tepat ke wajah Tengku Harith yang juga sedang merenung tajam ke arahnya.

“Maksud awak?”

“Maksud aku, apa yang kau nak dengan berlakon baik depan papa aku? Kau memang dah rancangkan semua ni, kan? Supaya papa aku berkenankan kau..tengoklah cara papa aku tadi tu..puas hati kau dah bila papa aku layan kau baik-baik? Sampai nak hantarkan kau balik pulak tu? Kau memang nakkan harta dia aje, kan?” perli Tengku Harith sinis membuatkan Balqis terkedu dalam perasaan tidak percaya. Mana mungkin dia berniat begitu terhadap seseorang? Tambahan lagi seorang yang baik seperti Tengku Ismail itu.

“Astaghfirullahal’azimm..kenapa awak tuduh saya macam tu?” soal Balqis dengan hati yang pedih. Sampai begitu sekali Tengku Harith menuduhnya. Semua orang menuduhnya sebagai seorang perempuan jahat yang hanya tamakkan harta benda! Mengapa agaknya? Air mata Balqis mulai bergenang.

“Kau ingat, kau pakai tudung labuh macam tu, aku nak terpedaya? Kau jangan haraplah! Kalau kau nak tipu orang lain kau bolehlah..jangan harap aku nak percayakan kau! Kau jangan bermimpi nak makan harta papa aku tu..semua harta dia milik aku, tau? Aku takkan setuju kalau kau nak kahwin dengan papa aku tu..kau jangan ingat, kau dah berjaya!” hambur Tengku Harith lagi dengan wajah tidak langsung berperikemanusiaan.

Air mata Balqis hampir gugur ketika tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepadanya. Hina sangatkah jadi miskin? Sampaikan pergi kemana pun orang mencaci, mencela dirinya sampai begini? Pekerjaannya yang halal juga dikatakan pekerjaan sama seperti pelacur! Mengapa agaknya terdapat orang-orang yang begitu kejam melayannya seperti sesuatu yang tidak berperasaan? Balqis beristighfar panjang apabila tersedar yang dia kini semakin melupakan Allah sehinggakan sanggup mempertikaikan tentang takdir hidupnya. Mungkin semuanya ini mempunyai hikmah tersendiri, Balqis tahu itu. Ya Allah, sabarkanlah hati hamba-Mu yang lemah ini..

“Awak, walaupun saya ni miskin sekalipun awak tak berhak tuduh saya sampai macam tu sekali. Saya sedar diri saya ni siapa, saya tahu saya memang tak layak langsung nak bergandingan dengan orang-orang kaya dan ternama seperti awak..awak jangan menghina saya kerana saya miskin..” ujar Balqis dengan nafas tersekat-sekat. Dia masih mampu menahan air matanya dari terhumban ke bumi.

“Baguslah kalau kau tu sedar diri..perempuan macam kau ni…”

Belumpun sempat Tengku Harith habis berkata-kata, kelihatan Mercedes papanya sudah berhenti di hadapan mereka. Tengku Harith mendengus kasar sambil menjegilkan mata pada Balqis. Tertunduk Balqis tika terpandangkan riak yang dibuat Tengku Harith.

“Kau jangan buka mulut pasal tadi tu. Kalau tak, tahulah nasib kau..” ugut Tengku Harith lalu cuba berpura-pura senyum pada Tengku Ismail yang mula menurunkan cermin tingkap keretanya.

“Rith! Apa yang kamu tunggu lagi tu tercegat kat situ? Balqis, masuklah..” Tengku Ismail tersengih penuh makna. Balqis membuntuti Tengku Harith memasuki perut kereta. Pintu kereta dibuka oleh Balqis dengan perasaan teragak-agak.

“Masuklah..bila lagi nak merasa jadi ma’am besar, kan?” sinis suara Tengku Harith. Dia sempat menjeling tajam Balqis seraya mempelawa gadis itu masuk ke tempat duduk belakang, manakala dia masuk ke tempat duduk penumpang bersebelahan papanya yang menjadi pemandu.

Balqis hanya mendiamkan diri. Dia beristighfar lagi, menyabarkan hatinya. Ya Allah, tabahkanlah hatiku..bisik Balqis di dalam hati.

Sesampainya mereka di rumah Balqis, Tengku Ismail turun bersama Balqis lalu berjalan beriringan menuju ke rumah Balqis. Tengku Ismail ada mengajak Tengku Harith bersama namun anaknya itu menolak dengan alasan dia mahu mengambil angin malam. Tengku Harith hanya bersandar pada kereta Mercedes papanya ketika lirik matanya sahaja yang menghantar Balqis sehingga gadis itu memasuki perut sebuah rumah yang kelihatan usang.

Miskin benar rupanya gadis tu. Patutlah terdesak sangat sampai papa aku pun dia nak goda! Papa pun satu. Kenapa mudah sangat terpedaya dengan lakonan mantap perempuan kolot tu? Konon-kononnya baiklah tu? Tolonglah, aku takkan terpedaya dengan penampilan yang nampak sangat kepura-puraan itu! Kutuk Tengku Harith di dalam hatinya.

Dia nampak papanya yang turut memasuki rumah Balqis. Kata papanya, dia ingin berjumpa ibu bapa Balqis untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku supaya ibu bapa Balqis tidak risau. Entah kenapa agaknya papanya itu sampai boleh tertipu dengan seorang yang licik seperti Balqis? Tengok muka pun dah tahu, muka tak boleh dipercayai. Bukannya papanya tidak tahu sekarang ni kes-kes penipuan sudah banyak berleluasa di negara ini. Butakah orang tua itu untuk menilai sikap dan perangai seseorang? Perempuan seperti Balqis terlalu mudah dijangka helahnya!


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 5/04/2011 01:11:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

20 comments:

  1. ZassWednesday, May 4, 2011 at 1:43:00 PM GMT+8

    hrmm.. suke2.. but kesian kat balqis...

    belum ape2 lagi.. dah si harith kutuk kaw2...

    tunggu kau harith... balqis akan muncul menjadi ratu hatimu kelak..

    jangan kau terlalu egois lah brader...

    insaflah selagi ada kesempatan...

    nak lagi...

    next plizzzz!
    hehehee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. MisS_SyaWednesday, May 4, 2011 at 3:06:00 PM GMT+8

    cerite bawu??
    wah cepatnya ada idea bawu tuk novel bawuuuuu..best la sisssss..
    tp sedihh :(
    sambung2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousWednesday, May 4, 2011 at 3:07:00 PM GMT+8

    sambung plis,nak lagi!best,,

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. hana_anizWednesday, May 4, 2011 at 3:11:00 PM GMT+8

    pehhh. memang dramatik sgt nih. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. azwin fitriahWednesday, May 4, 2011 at 6:09:00 PM GMT+8

    hebat benor la sis wat cite baru ni... mmg best giler la.... kalo dh buat crite baru ni... hari2lah msok entry baru..hehehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. YongWednesday, May 4, 2011 at 7:11:00 PM GMT+8

    kejap lagi baru terganga harith tu kena kawin gan balqis. padan muka, org yg dia kutuk tu la yg jadi bini dia. hahaha. the curse back fire, bro!
    again, sis u did a good job, just like virus vs shuji. keep it up

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousWednesday, May 4, 2011 at 9:03:00 PM GMT+8

    best,,besttt..sambung ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. Wild CherryThursday, May 5, 2011 at 12:15:00 AM GMT+8

    Sombong bebeno Harith ni.. Tunggu je la bila ayah dia paksa dia kwen ngn Balqis.. Sambung lg sis...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. jehaThursday, May 5, 2011 at 12:16:00 AM GMT+8

    best.. tp sian kt balqis.. en3 seterusnya..... :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. jehaThursday, May 5, 2011 at 12:18:00 AM GMT+8

    mula2 dh sedih... cian balqis

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousThursday, May 5, 2011 at 12:55:00 AM GMT+8

    aw.. memg PRO la sis ni bwt novel.. mngharu kn hati dan bnyk prasaan tmbul tem bca2 ni.. bohaha.. xD.. keep up the good work.. hehe xD..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. QwertyThursday, May 5, 2011 at 3:00:00 AM GMT+8

    haissyhh.
    rasa nak bagi tangan je kat pakcik senget ni. gggrrrr

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. QwertyThursday, May 5, 2011 at 3:07:00 AM GMT+8

    ops maaf. komen yg tadi tu sepatutnya untuk yang pertama.

    ni baru komen untuk chapter ni.
    harith ni mmglah tak ada budi bahasa betul.. mengada..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. ShadSaturday, May 7, 2011 at 10:42:00 PM GMT+8

    ~sabar ya balqis~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. SyaThursday, June 2, 2011 at 11:57:00 PM GMT+8

    best2~ :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousSaturday, June 18, 2011 at 12:21:00 PM GMT+8

    hebat2....heheh
    * adil *

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. syifashahrulSaturday, August 27, 2011 at 6:43:00 AM GMT+8

    suke2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AnonymousSaturday, November 5, 2011 at 6:15:00 PM GMT+8

    dh keluar x nvl ni?nk bli le...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. Miss FFMonday, November 21, 2011 at 5:49:00 PM GMT+8

    Mentang2 la dia (Harith) kaya, suka hati dia je nak kutuk2 Balqis.. ingat harta, pangkat dan kekayaan tu boleh wat masuk kubur ke? ingat boleh wat jamin masuk syurga ke? bukan main lagi berlagak~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousSaturday, June 23, 2012 at 10:41:00 PM GMT+8

    woww..best2 - unie

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu