-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, May 11, 2011

Hanya Milikmu 6


SHERRY mengeluh besar ketika itu. Mukanya sudah merah menyala menahan amarah. Siapa yang tidak marah jika kekasih dirampas orang? Berita mengenai Tengku Harith yang bakal mengahwini seorang perempuan kampung ternyata membuatkan Sherry berasa tidak senang duduk. Sakit betul hatinya apabila membayangkan Tengku Harith yang menjadi milik orang lain dan bukannya milik dia!

“You bawakkan bersabar, Sherry. Dia takkan tinggalkan you, I yakin sangatlah! You cuba bayangkan, si Harith tu manalah sukakan taste macam tu. Perempuan kampung. Lepas tu, kolot pulak tu!” getus Nadia dengan harapan Sherry dapat bertenang. Nadia adalah sepupu kepada Tengku Harith. Sepupu yang hanya ‘bau-bau bacang’ sahaja. Tetapi keluarganya dan juga keluarga Tengku Harith sangat rapat. Hubungan Nadia dan Tengku Harith sendiri sudah seperti adik-beradik.

“Tapi you sendiri cakap, betina tu ada rupa jugak! I takut Harith akan jatuh cinta pulak pada betina kampung tak sedar diri tuuuu…heeeee, ada hati nak rampas boyfriend I! Dasar betina perampas!” bentak Sherry kuat. Sakitnya hati Sherry ketika ini, sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Meluap-luap marahnya pada gadis yang ingin dijodohkan dengan Tengku Harith dalam masa terdekat ini.

“You tak yakin dengan diri sendiri ke? You tu jauh lebih cantik berbanding perempuan tu! Seksi pulak..takkan Harith nak pandang perempuan kolot yang langsung tak tahu bergaya tu? I dah tengok banyak kalilah gambar perempuan tu! Langsung tak ada gaya. Taste parents Harith tu memang kolot betul!” kutuk Nadia.

Memang dia pernah menilik gambar-gambar Balqis ketika dia berkunjung ke rumah Tengku Harith semalam. Tengku Salmah yang menunjukkan gambar-gambar tersebut setelah Nadia meminta untuk melihatnya. Dan daripada lawatannya ke rumah Tengku Harith semalamlah Nadia mendapat tahu mengenai cerita Tengku Harith yang bakal berkahwin. Sebaik balik dari rumah Tengku Harith, berita ini terus disampaikan kepada sahabatnya Sherry.

“Macam mana rupa dia? You rasa, dia takkan goyahkan iman si Harith ke? I lebih lawa, kan? Lebih seksi dari dia??” tanya Sherry penuh rasa ingin tahu.

Nadia sudah tergelak-gelak kecil. Lucu betul mimik muka Sherry ketika ini. Sahabat baiknya sejak zaman persekolahan lagi si Sherry itu. Memang Nadia sangat rapat dengan Sherry. Perkenalan Sherry dengan Tengku Harith pun, Nadia yang rancangkan. Bagi Nadia, Tengku Harith memang sesuai dengan Sherry. Dan Sherry juga memang kena dengan taste Tengku Harith yang sememangnya high taste!

“You jangan risaulah! Dengan penampilan perempuan tu, si Harith tu takkan ada perasaan pada dia walau sebesar hama pun! I kenallah dengan Harith..I dengan dia dah macam adik-beradik. Dia jenis yang sukakan gadis-gadis moden yang seksi. Takkanlah dia nak pandang perempuan macam tu? Sebelah mata pun belum tentu Harith nak pandang dia tau? Lagipun, I sendiri dah telefon tanya Harith pasal hal kahwin dia. Dia cakap, dia memang tak setuju. Tapi terpaksa setuju kerana sebab-sebab tertentu..” balas Nadia lagi.

“Sebab apa?”

“Entahlah. I tanya dia, dia tak nak jawab. Dia cakap, ada sebab-sebab yang memang tak dapat dielakkan. I pun tak tahu apa sebabnya. Yang I tahu, dia cakap dia takkan bahagia dengan perempuan tu. Sampai masa nanti dia nak ceraikan perempuan tu..” terang Nadia lagi panjang lebar, mengundang anggukan demi anggukan Sherry. Gadis yang seksi berbaju tanpa lengan bersama skirt pendek berwarna hitam itu tersenyum kecil. Sherry tiba-tiba berasa puas hati dengan penjelasan teman baiknya Nadia.

“Betul ni, Nad? I harapkan semua yang you cakapkan ni betullah..” tanya Sherry lagi, sengaja untuk memastikan. Nadia menganggu-angguk laju. Senyuman penuh makna diukir sesama mereka.

“Betullah. Takkan I nak tipu pulak? You tak payahlah risaukan pasal perkara ni. I yakin 100% yang Harith akan ceraikan perempuan itu tak lama lagi lepas dia orang kahwin!” getus Nadia bersungguh-sungguh. Dia memang yakin, Tengku Harith takkan sekali-kali sukakan Balqis. Apatah lagi untuk mencintai gadis kolot seperti itu!



“RITH, you betul nak kahwin dengan perempuan tu? Habis I ni macam mana?” soal Sherry dengan riak manja. Dia mengusap pipi Tengku Harith dengan mulut sengaja dimuncungkan sedepa. Tengku Harith terus tersengih sambil memegang tangan Sherry.

“Sayang, you janganlah risau. You pun tahu I takkan suka taste perempuan kampung macam tu. Lainlah macam you ni…seksi…cantik…pandai bergaya…macam you ni barulah perempuan kesukaan I. Baru kena dengan class I sebagai anak orang kaya..” pujuk Tengku Harith sambil mencium pipi Sherry lembut. Diusapnya tangan gadis itu yang berada dalam genggamannya sedari tadi.

Sherry tersenyum manja. Dia puas hati kini dengan pengakuan terus-menerus dari mulut Tengku Harith sendiri. Kini barulah dia boleh yakin dengan apa yang Nadia cakapkan padanya. Benarlah seperti yang Nadia terangkan padanya, Tengku Harith takkan sukakan perempuan seperti Balqis yang terlalu kekampungan dan kolot. Bertudung labuh pulak tu! Adakah kena dengan taste Tengku Harith sebagai anak orang kaya? Langsung tak ada class!

Sherry tertawa sinis membayangkan Balqis yang bertudung labuh dan berpakaian menutup segala-galanya. Ada rambut, ada badan tak nak dedahkan dan gunakan untuk goda lelaki. Apa gunanya badan dan rambut yang sedia ada kalau tidak ditayangkan kepada orang ramai betapa cantiknya rambut dan tubuh seorang wanita itu? Untuk mendapatkan lelaki, begini sahajalah cara yang terbaik dan terpintas! Setakat perempuan macam perempuan kampung tak tahu malu itu, ada apalah sangat?

“You rancang nak buat apa pada perempuan kolot tu?” Sherry sengaja bertanya. Dia ingin memuaskan hatinya jika Tengku Harith yang menjawab sendiri soalan cepu masnya itu. Tengku Harith tertawa kecil sambil merenung ke dalam mata Sherry yang dimekap tebal itu. Siap berbulu mata palsu lagi tu. Pandangan Tengku Harith jatuh pula pada tubuh seksi Sherry yang menggiurkan itu. Air liur ditelan laju. Seksi pulak perempuan ni hari ini!

“Nanti I akan ceraikan dia. Dan I akan kahwin dengan perempuan yang ada class untuk berganding dengan I…” balas Tengku Harith sambil merangkul pinggang Sherry. Gadis itu tersenyum-senyum setelah renungan Tengku Harith tertumpu padanya. Dia tahu, lelaki itu tentu maksudkan dirinya. Dia amat pasti sekali!

“Siapa perempuan bertuah tu agaknya?” sengaja lagi Sherry bertanya.

“Siapa lagi? Ni, perempuan dalam pelukan I nilah! Yang cantik, seksi dan bergaya ni..” ucap Tengku Harith sambil mencium tepi leher Sherry apabila gadis itu sengaja memeluk badan sasanya erat-erat. Sherry tersenyum puas hati setelah Tengku Harith sendiri yang berkata begitu. Dia terus memeluk lelaki itu sambil tersenyum penuh makna. Tak lama lagi, aku bakal bergelar isteri kepada Tengku Harith! By hook or by crook, I will hold the title!

“Bila agaknya you nak kahwin dengan perempuan tu?” soal Sherry tidak sabar-sabar lagi. Tengku Harith meleraikan pelukan. Dia memandang lagi wajah Sherry itu yang boleh menggoyahkan iman mana-mana lelaki pun. Sherry yang cukup cantik dan seksi. Dan perempuan seperti inilah yang kena dengan taste Tengku Harith sendiri.

“Maybe in two days from today! Parents I tu memang dah tak sabar-sabar lagi nak tengok I kahwin dengan betina tu..tak apalah, I tak kisah jugak. Lagipun, nanti I akan buatkan betina tu sendiri yang tak tahan dan mintak cerai dari I..” ujar Tengku Harith dengan wajah tenang. Dia tidak perlu lagi takut atau bimbang untuk berkahwin dengan Balqis. Dalam mindanya, dia sudah merencanakan agendanya tersendiri selepas berkahwin dengan gadis itu.

“You dah rancangkan apa ni?”

“Adalah! You tak perlu tahu..” balas Tengku Harith sambil tersenyum penuh makna.

“You takkan jatuh cinta pada dia? You pasti?” soal Sherry lagi, masih inginkan jawapan menggembirakan dari Tengku Harith. Lelaki itu tersenyum lagi sambil menyentuh bibir merah Sherry lalu diusap-usap dengan jari telunjuknya. Bibir itu memang sungguh menawan kalbu.

“Tolonglah! Soalan tu, you sendiri pun dah tahu jawapannya. Logikkah I jatuh cinta pada betina seperti itu? You ni kan..saja tau..” protes Tengku Harith seboleh-bolehnya. Pinggang Sherry dirangkul semula lalu tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya. Sherry tersenyum manja sambil membalas pelukan Tengku Harith. Ya, lelaki itu miliknya! Miliknya sampai bila-bila!



KALSOM tersenyum apabila Balqis kini duduk berhadapan dengannya dengan wajah berseri-seri. Baju kurung labuh berwarna putih dan juga selendang labuh yang menutupi separuh tubuh gadis itu kelihatannya begitu cantik. Kecantikan anak gadisnya itu sungguh terserlah kini. Balqis tersenyum membalas senyuman ibunya yang sedang memekar walaupun wajah tua itu sudah semakin kurus dan cengkung. Hati kecil Balqis sebenarnya begitu sedih melihat keadaan ibunya begitu, namun senyuman terpaksa diukir untuk membuatkan ibunya gembira dihari bahagianya itu. Hari dimana dia bergelar isteri kepada seorang lelaki seketika nanti.

“Balqis, mak gembira. Terima kasih, ya sayang? Terima kasih kerana buatkan mak terlalu gembira pada hari ini..” ucap Kalsom dengan wajah riangnya. Dia terbatuk-batuk kecil selepas bersuara, membuatkan Balqis mengusap lembut belakang ibunya itu.

“Mak okey tak ni? Hmm..tak apalah, mak. Balqis gembira sangat kalau mak gembira. Tapi mak okey ke ni? Nak Balqis baringkan mak?” prihatin benar Balqis ketika ini. Kalsom yang mendengar, bergenangan air mata. Dia menggeleng-geleng kecil.

“Sakit sikit aje, nak. Mak nak tengok kau lagi. Belum puas mak tengok muka anak mak yang tersayang ni…” balas Kalsom sambil terus memekarkan senyumannya. Wajah Balqis yang disolek nipis itu, diusap-usap lembut. Air matanya jatuh jua ke pipi tatkala itu. Terharunya rasa hati Kalsom ketika ini. Betapa dia bersyukur kepada Allah SWT kerana membenarkan dia tengok Balqis berkahwin sebelum tiba hayat terakhirnya.

“Mak, kenapa menangis ni? Janganlah menangis, mak..” ujar Balqis sambil menyeka air jernih di wajah cengkung ibunya. Kalsom memegang tangan Balqis yang sedang galak mengesat air matanya. Dia menggenggam tangan itu erat-erat lalu dibawa ke dadanya.

“Balqis anak mak yang tersayang, akhirnya kau terlepas jugak dari neraka ni. Mak akan sentiasa doakan kebahagiaan kau, nak. Walaupun sampai masanya nanti mak pejam mata, mak dah gembira dan tenang. Mak selalu harapkan yang terbaik buat kau, nak. Kaulah satu-satunya anak mak yang tersayang…yang selalu mak sayangi sejak kau dilahirkan lagi. Mak halalkan segala makan minum serta air susu yang mak berikan pada kau semasa kau masih kecil dan mak ampunkan dosa-dosa kau walaupun sebesar hama. Berbahagialah, sayang. Nur Balqis Maisara binti Abdul Hamid. Nama anak mak yang tersayang…nama yang secantik tuan tubuhnya dan seharum keperibadiannya..mak yakin, dengan ilmu yang kau ada, kau akan dapat meneruskan hidup ini dan mudah-mudahan kau akan selalu dipelihara oleh Allah SWT..” ucap Kalsom dalam nada suara yang lemah. Dia tidak larat lagi untuk berkata-kata sebenarnya. Tetapi kerana hari ini merupakan hari bahagia anak kesayangannya, dia gagahi juga berkata-kata. Dia harapkan, Balqis dapat mengingati kata-katanya ini buat selama-lamanya kerana ianya mungkin adalah kata-kata terakhir darinya buat Balqis.

“Mak, terima kasih. Terima kasih kerana telah membesarkan dan mendidik Balqis selama ini. Jasa dan budi yang telah mak taburkan tak dapat Balqis balas semuanya didunia ini. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mak..Balqis sayangkan mak! Mak jangan cakap macam ni lagi, mak. Balqis rasa macam mak dah nak tinggalkan Balqis. Balqis masih mahu menatap wajah mak, Balqis nak peluk mak selalu..Balqis hanya ada mak seorang dalam dunia ni..” balas Balqis dengan air mata yang bercucuran. Kalsom juga kini mengalirkan air mata. Dia memeluk bahu Balqis yang kini melabuhkan punggung disebelahnya. Dahi anaknya itu dicium sepenuh kasih.

“Balqis bakal ada suami nanti. Balqis tak keseorangan kalau mak dah tak ada nanti. Mak yakin, Harith itulah jodoh terbaik buat kau, nak. Mak dah tak risau lagi kalau kau dah berkahwin. Sekurang-kurangnya, dah ada orang yang boleh jagakan kau untuk mak. Seorang lelaki yang bakal melindungi kau dari segala dugaan yang mendatang. Dia yang bakal membahagiakan hidup kau selepas ini, nak..” jawab Kalsom sambil mengusap kepala Balqis. Gadis itu semakin sebak lalu menjatuhkan kepala ke peha Kalsom.

Tidak, mak. Lelaki itu mungkin akan menyebabkan Balqis terus berada didalam neraka dunia ini, mak. Balqis tidak akan terlepas jika lelaki itu mengotakan apa yang dia pernah cakapkan pada Balqis dulu! Lelaki itu mungkin bakal menzalimi Balqis, tetapi Balqis redha dengan ketentuan Allah SWT ini. Balqis akan cuba segala-galanya untuk menempuhi dugaan yang bakal mendatang selepas ini. Balqis yakin dengan apa yang Allah takdirkan terbaik buat Balqis. Balqis redha andainya lelaki seperti itulah jodoh Balqis! Balqis bermonolog di dalam hatinya ketika kepalanya masih berada di pangkuan ibunya. Air matanya sudah membasahi kain batik yang dipakai Kalsom.

“Kenapa menangis macam ni pada hari kau dah nak bergelar isteri orang ni? Mak tak mahu kau sedih-sedih, ya? Kau jangan sedih kalau mak tak ada sekalipun. Mak harapkan Balqis Maisara boleh berbahagia selalu. Mak sayangkan anak mak ni tersangatlah sayang! Jangan ada air mata lagi yang tumpah selepas kau dah berkahwin nanti, nak..” Kalsom mengusap kepala Balqis yang masih berada dipangkuannya. Anaknya itu kelihatan mengangkat kembali muka lalu menatap lemah wajahnya. Air mata Balqis diseka perlahan-lahan dengan jemarinya sudah berkedut seribu.

“Mak, Balqis jugak sayangkan mak. Terlalu sayang…” ujar Balqis sambil mencium tangan ibunya. Dia kemudiannya mengucup kedua belah pipi ibunya apabila wanita tua itu tersenyum kepadanya.

“Dahlah, nak. Dah habis solekan kat muka kau tu. Nanti suruh mak andam tambah sikit bedak kat bawah mata tu. Dah macam sembab aje..” tangan Kalsom meniti ke bawah mata Balqis yang comot lalu dilap sedikit dengan tisu. Balqis cuba tersenyum, namun pahit.

“Nanti Balqis bawakan kerusi roda untuk mak, ya? Mak tunggu sekejap..” getus Balqis sambil mengangkat punggung lalu menghilang ke luar bilik ibunya. Kalsom mengelap air mata terakhir yang mengalir dipipinya. Ya Allah, Engkau bahagiakanlah hidup anakku Balqis selepas dia berkahwin. Berilah dia kehidupan yang lebih sempurna setelah lama hidupnya sengsara dirumah ini. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah segala-galanya…



“TENGKU Harith bin Tengku Ismail, aku nikahkan kau dengan Nur Balqis Maisara binti Abdul Hamid dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai..” ucap seorang kadi sambil menggenggam tangan Tengku Harith yang kelihatan terpinga-pinga lagi untuk melafazkan akad nikah berkenaan. Sudah tiga kali Tengku Harith tersilap lafaz, membuatkan semua orang sudah berasa risau. Tambahan lagi, ibu bapa kepada Tengku Harith sendiri. Kalsom juga sudah beristighfar serta memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya melancarkan majlis akad nikah berkenaan.

Balqis hanya tenang di belakang para hadirin didalam masjid berkenaan. Dia menundukkan wajah. Fikirannya melayang mengingatkan riak Tengku Harith sewaktu ternampaknya tadi. Lelaki itu menjeling tajam ke arahnya, seakan ingin memakannya. Wajah lelaki itu tidak ubah seperti seekor singa yang kelaparan. Tidak lama juga lelaki itu memandang ke arahnya dengan pandangan tersebut sebelum Tengku Ismail datang. Tiba-tiba sahaja Tengku Harith mengukir senyum manis pada Balqis sebaik sahaja ternampak papanya muncul. Hairan juga Balqis ketika itu, namun Balqis tidak mahu mengambil pusing. Apa yang penting sekarang ini, kelancaran majlis ini.

“Alhamdulillah..” ucap semua hadirin yang berada disitu sebaik sahaja Tengku Harith berjaya mengucapkan lafaz akad nikah setelah 3 kali tidak dapat melafazkan dengan sempurna.

“Aku terima nikahnya Nur Balqis Maisara binti Abdul Hamid dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai..” kata-kata Tengku Harith masih kedengaran bergema didalam kepala otak Balqis. Terasa berdebar hebat jantungnya ketika itu. Begitukah perasaannya ketika diri sudah bergelar isteri orang? Begitu indah sekali rupanya perasaan ini, ya Allah! Aku bersyukur kepada-Mu. Alhamdulillah, semuanya kini sudah sempurna. Engkau jadikanlah perasaan bahagia ini berkekalan buat selama-lamanya, ya Allah..

Tiba-tiba..

“Ya Allah! Mak Som!” teriak Ustaz Amirul tiba-tiba. Dia yang tadinya sedang khusyuk melayan perasaan kecewa dan juga pasrah dengan ketentuan Allah SWT kini sudah terperanjat sambil memangku tubuh Kalsom yang kebetulan berada tidak jauh darinya. Balqis yang juga berada berdekatan ibunya terus meluru mendapatkan wanita tua itu.

“Mak!! Ya Allah!! Makkk!!” panggil Balqis dengan linangan air mata. Ustaz Amirul terus mengangkat tubuh Kalsom lalu segera membawanya ke kereta. Semua hadirin yang berada disitu semuanya amat terkejut dengan keadaan yang tiba-tiba sahaja berlaku. Balqis ingin segera mengikut Ustaz Amirul, tetapi dia pantas teringat bahawa dia kini sudah bergelar seorang isteri. Dia perlukan keizinan suaminya terlebih dahulu untuk ke hospital bersama-sama.

Balqis berlari-lari anak mendapatkan Tengku Harith yang kelihatan selamba bersandar pada dinding masjid. Lelaki itu kini berseorangan kerana semua hadirin sudah keluar untuk menyaksikan suasana cemas yang berlaku. Wajah Tengku Harith ketika itu langsung tidak beriak apa-apa. Tangisan Balqis langsung tidak dihiraukan. Dia memandang kosong wajah Balqis yang sudah kuyup dibasahi air jernih.

“Abang, izinkan Balqis pergi ke hospital?” Balqis kini meminta izin pada suaminya. Tengku Harith berpura-pura tidak dengar. Hah! Rasakanlah wahai betina! Kau rasakannn..ini baru permulaan untuk neraka kau, perempuan tak tahu malu! Kata Tengku Harith didalam hatinya. Puas hatinya melihat kesengsaraan Balqis.

“Abang, tolong izinkan Balqis pergi ke hospital dengan Abang Mirul..” tangis Balqis namun langsung tidak dipedulikan oleh Tengku Harith. Lelaki itu boleh lagi bersiul-siul kecil tanpa menghiraukan tangisan Balqis yang kini berlagu pilu. Tiada langsung perasaan simpatinya pada isterinya itu.

“Abang..” panggil Balqis lagi. Tengku Harith terus mencerunkan pandangannya ke muka Balqis yang sudah sembab. Renungan penuh kebencian dihadiahkan kepada gadis itu, membuatkan Balqis terus menundukkan wajahnya. Air mata terus sahaja menitis jatuh ke atas lantai masjid berkenaan.

“Aku tak benarkan kau pergi..” balas Tengku Harith dengan pandangan sinis. Nada suaranya separuh berbisik. Dia bimbang mama dan papanya mendengar kata-katanya.

“Abang..tolonglah. Biar saya jumpa mak buat kali terakhir..” rayu Balqis. Dia sudah menangis teresak-esak ketika itu. Pandangannya dihalakan pada wajah Ustaz Amirul yang masih menunggu di luar.

“Hei, betina! Aku dah cakap, kan? Aku tak benarkan kau pergi…” bisik Tengku Harith keras ke telinga Balqis, membuatkan gadis itu tersedu-sedan menangis. Dia duduk diatas lantai pula kali ini, sambil memegang kaki Tengku Harith.

“Tolonglah, abang..itu kan mak saya..kasihankan saya, bang..” rayu Balqis lagi sambil menyandarkan kepalanya ke kaki suaminya. Dia amat berharap, suaminya akan membenarkan dia pergi juga akhirnya.

“Hmm..kau pergi cakap pada Abang Mirul kau tu..suruh dia pergi dulu. Nanti aje aku bawakan kau..” balas Tengku Harith apabila ternampak renungan papanya dari luar masjid. Balqis terus mengangguk lalu bingkas mendapatkan Ustaz Amirul. Dia memberitahu Ustaz Amirul supaya pergi dulu ke hospital, dia dan suaminya akan menyusul kemudian.

Balqis pantas memasuki perut kereta ketika ternampak Tengku Harith sudah kalut menghidupkan enjin. Tengku Ismail dan Tengku Salmah pula sudah bergerak dengan kereta mereka selepas Ustaz Amirul bergerak ke hospital.

Sepanjang perjalanan, Balqis tidak henti-henti berdoa pada Allah SWT. Dia menangis teresak-esak apabila mengingatkan kembali kata-kata ibunya sebelum dia diijab kabulkan dengan Tengku Harith. Ya Allah, janganlah Engkau ambil nyawa ibuku selagi aku tidak dapat berjumpa dengannya. Aku ingin memegang tangan ibuku dan melafazkan syahadah ditelinganya sebelum dia pergi menemui-Mu. Ya Allah, berilah aku peluang itu…doa Balqis didalam hatinya.

“Abang, abang nak bawa saya kemana ni? Bukankah hala ke hospital, sebelah sana?” Balqis mulai curiga dengan Tengku Harith apabila lelaki itu memulas stereng ke arah lain. Tengku Harith hanya tersenyum sinis sambil memandang tepat ke wajah sembab Balqis.

“Kau betul-betul ingat, aku nak bawakan kau kepada emak kau ke? Jangan haraplah! Kau ni kan, memang bodoh sebab percayakan aku. Lagipun, aku kan tak benarkan kau pergi tadi. Kau tak faham bahasa?” tempelak Tengku Harith sambil menjeling sakan ke wajah Balqis yang mulai berubah. Mata gadis itu ternyata membesar. Dia memandang Tengku Harith dengan air mata yang kian galak menyusuri pipi gebunya.

“Abang! Tolonglah jangan buat saya begini…kasihankan saya. Bagilah saya jumpa mak saya buat kali ni ajee…tolonglah, bang..” rayu Balqis. Tengku Harith ketawa sinis.

“Kau jangan ingat, air mata kau tu berharga. Tak berharga walau sedikit pun pada aku! Kau menangislah air mata darah sekalipun! Kalau aku tak izinkan, jangan kau pergi jugak ke hospital jumpa emak kau! Sekarang ni kau dah jadi hak aku, so kau kena dengar cakap suami kau ni! Kau jangan haraplah aku nak bagi keizinan..” balas Tengku Harith bersama ledakan tawa sinisnya. Sungguh perit hati Balqis ketika itu. Balqis hanya mampu menangis lagi setelah mendengar kata-kata kejam suaminya itu. Penat sudah rasanya Balqis mengalirkan air mata, sehinggakan badannya terasa lemah longlai. Kepalanya kini berdenyut-denyut.

“Abang….” panggil Balqis lemah, masih tersedu-sedan. Belumpun sempat Tengku Harith berkata apa-apa, pandangan Balqis terus kabur dan kelam. Tengku Harith yang melihatkan Balqis yang sudah pengsan, tersenyum suka. Lagi mudah kerja aku kalau macam ni! Tak payah lagi aku nak dengar dia menangis-nangis. Menyampah aku! Sudahnya, Tengku Harith terus memulas stereng kereta memandu entah kemana, asalkan jauh dari hospital. Tempat yang ingin isterinya itu pergi.




p/s : hehehe sorry ye dah beberapa hari xupdate..busy ngan konvo... :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 5/11/2011 06:11:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

24 comments:

  1. blinkallthedayWednesday, May 11, 2011 at 6:31:00 PM GMT+8

    jht btl lah si harith ni,mak balqis dah nazak tuh!!!hope sgt balqis dpt jumpe mak die wat kali terakhir...
    xsbr nk tggu pmblsan si harith ni..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. S.Wednesday, May 11, 2011 at 6:35:00 PM GMT+8

    urghh....mintak jauh la laki cmneh...isyh!! aku ganyang2 kan mulut ngan kloroks! xde keperimanusiaan btol, nk lagi sis!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. hana_anizWednesday, May 11, 2011 at 6:40:00 PM GMT+8

    kesian nya kt balqis.. =(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousWednesday, May 11, 2011 at 6:43:00 PM GMT+8

    eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee bencinyaaaaa ngan harithhhhhhhhhhh!!!!!!!!cepat update n3 baru sis..ta sabar dah ni....saspennn!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousWednesday, May 11, 2011 at 6:51:00 PM GMT+8

    haishhhhh dush dushhh dushhhhhhh kat kepala si harithhh!!tensionnya dgn perangai kejam dia!!!
    next entry plisss.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. MisS_SyaWednesday, May 11, 2011 at 6:58:00 PM GMT+8

    lagi lagi lagiiiiii siss!!nak lagiiiiii!!
    geramnya sya kt harith tu sis!!
    kalau boleh nak jerr sya basuh dia secukupnyaaa..benci btoii!!
    nak lagi sis..suspen btoi ni.. =P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousWednesday, May 11, 2011 at 6:59:00 PM GMT+8

    next2!!nak tau selanjutnya!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousWednesday, May 11, 2011 at 7:32:00 PM GMT+8

    omg! seram sejuk baca n3 nie... tahap mendebarkan yang amat menggilakan... terketar-ketar tanganku men'scroll' mouse nie... tambah2 lagi dengan adanya watak sherry...

    makin derita lah balqis lepas nie....

    satu sahaja yang aku harapkan... semoga harith tidak bersekedudukan dengan wanita lain apalagi sherry dalam dalam tempoh perkahwinan mereka...

    aku paling tidak suka bila baca cerita heronya terlibat dalam kancah perzinaan.

    biarlah sejahat manapun hero itu, asalkan masih tahu menjaga kesucian diri... biarlah.. itu lebih baik dari berzina....

    ya allah jauhkanlah harith dari godaan syaitan dan nafsu dunia... bukakanlah pintu hatinya untuk melihat kecantikan dan keluhuran pekerti isteri yang baru dinikahinya... berikanlah dia taufik dan inayahmu padanya....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousWednesday, May 11, 2011 at 8:15:00 PM GMT+8

    jahatnyer hatirh....aduhai xsngup nk baca,....mcm sy plk yg jd balqis...cpt smbng...nk thu blqis perg mna...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. UnknownWednesday, May 11, 2011 at 11:03:00 PM GMT+8

    Kali ini apalagi Rancangan jahat si Harit tu.. ?
    Eeee Geram nya,.
    ..
    Next n3 please :-)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. YongThursday, May 12, 2011 at 12:46:00 AM GMT+8

    jahat gler r harith ni. hmm sabar je lah.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousThursday, May 12, 2011 at 7:37:00 AM GMT+8

    sambung2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. saitoThursday, May 12, 2011 at 10:01:00 AM GMT+8

    bodoh betul si harith bodoh tuuu!!benci dia!sambung2

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. Wild CherryThursday, May 12, 2011 at 9:04:00 PM GMT+8

    Jahat btol la harith ni...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousSaturday, May 14, 2011 at 1:36:00 AM GMT+8

    i wish my future wife is like balqis
    i really admire her characteristic :)
    Amin..pray for me ya author ^^V

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousSaturday, May 14, 2011 at 10:15:00 AM GMT+8

    author,mana next n3?tak sabar dah ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. ShadSaturday, May 14, 2011 at 11:44:00 PM GMT+8

    ~harith!!!awak kejam!!~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. syifashahrulSaturday, August 27, 2011 at 7:11:00 AM GMT+8

    jahatnye harith!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. zanaThursday, September 1, 2011 at 2:26:00 AM GMT+8

    jahatnya harith! tak pernah baca hero sekejam nie.. kesiannya balqis... =(

    gud job writer! bjaya buat pembaca rasa marah, maknanya betul2 berkesan n3 nie.. =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. Hanim69Friday, September 9, 2011 at 6:56:00 AM GMT+8

    kasihan Balqis... Allah kurniakan pd dia 1 dugaan yg maha hebat sblm dihadiahkan 1 kebahgiaan hakiki... semoga Harith bisa berubah dan mnyesali setiap perbuatannya tu....
    entry kali ni Harith sangat2 jahat....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. Miss FFMonday, November 21, 2011 at 6:17:00 PM GMT+8

    Jahat! Kejam! tak berperi kemanusiaan! takde hati perut! Ya Allah, kejam giler.. mak orang tu da la sakit teruk dia boleh pulak tak bagi ikut pergi hospital.. kejam!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 4:36:00 AM GMT+8

    3 words...3k..kejam!kejam!!kejam!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. Ayu dzulkarnainThursday, May 10, 2012 at 11:36:00 PM GMT+8

    Gile kejam!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. Ayu dzulkarnainThursday, May 10, 2012 at 11:38:00 PM GMT+8

    Gile kejam!!!!! Takde hati perut nye org..

    -Ayu dzulkarnain-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu