-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, May 25, 2011

Hanya Milikmu 11


BALQIS mengenakan pakaian yang baru dibelinya kelmarin ketika keluar berjalan-jalan bersama Tengku Harith. Mujurlah Tengku Harith tidak benarkan dirinya didekati Balqis. Dapatlah Balqis membeli baju-baju ini. Seluar pendek ketat berwarna hitam dan juga baju tanpa lengan berwarna merah kini dipakainya. Memang terserlah kecantikannya, kena dengan kulitnya yang putih melepak itu. Balqis hanya ingin memakai baju-baju tersebut didalam bilik sahaja, dihadapan suaminya. Dia ingin memikat hati suaminya. Perasaan malu dan berdebar-debar sekiranya Tengku Harith melihatnya nanti segera dibuang jauh-jauh. Ini adalah demi rumah tanggaku. Dan tidak salah jika aku memakai pakaian begini hanya untuk dilihat oleh suamiku. Dapat pahala lagi adalah! Balqis tersenyum kecil. Dia sudah nekad. Hati suaminya akan dicuri juga suatu hari nanti. Ya Allah, berikanlah kebahagiaan dalam rumah tangga kami..

Balqis membetul-betulkan rambut ikalnya yang panjang mengurai ke paras dada. Sungguh ayu sekali wajahnya ketika rambutnya itu beralun apabila terkena angin dari penghawa dingin. Balqis menunggu suaminya pulang dengan dada berdebar hebat. Agaknya bagaimana penerimaan Tengku Harith terhadap penampilannya ini? Balqis bangun ke balkoni chalet berkenaan sambil mengenakan tuala besar diatas kepalanya. Ini bagi mengelakkan orang perasankan rambutnya. Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, membelai perasaan Balqis serta menenangkan jiwanya.

Tiba-tiba sahaja Balqis terasa tubuhnya bagai ditarik seseorang dari arah belakang. Tengku Harith menarik tubuh Balqis masuk ke dalam bilik berkenaan. Tuala besar yang tadinya tersarung kemas di kepala Balqis kini jatuh ke lantai. Serta-merta angin laut meniup lembut memasuki bilik berkenaan lalu mengalun-alunkan rambut Balqis kini. Mata Tengku Harith sudah terbuka luas, air liur ditelan laju melihat keindahan isterinya. Bergetar naluri lelakinya tatkala pandangan matanya bertaut dengan pandangan mata Balqis. Jiwanya kacau. Hatinya bergelora hebat. Balqis kini mengukir senyum indah sambil merangkul pinggang suaminya erat-erat. Tubuh suaminya dipeluk mesra. Bergetar dadanya ketika terasa kepanasan tubuh Tengku Harith tersalur ke tubuhnya. Namun dia perlu tenang. Dia ingin menyejukkan hati lelaki itu. Dia tahu Tengku Harith kini sedang berperang dengan perasaan. Antara ego dan juga keinginan lelaki itu sekarang.

Hati Tengku Harith bagaikan ingin meletup saat ini juga. Terasa sungguh tubuh isterinya yang sedang memeluknya erat itu. Begitu mesra, begitu terasa kasih sayang gadis itu terhadapnya. Benarkah perasaan ini? Benarkah Balqis menyayanginya? Kenapa agaknya hatinya begitu lemah ketika ini? Apakah sebenarnya yang perempuan ini mahukan? Adakah dia ingin menggoda aku untuk memastikan aku jatuh dalam genggamannya? Ahh!! Aku tak boleh lemah macam ni! Setakat perempuan yang berpakaian macam ni, aku dah banyak tengok. Malah yang lebih seksi dari penampilan Balqis sekarang ini pun aku dah pernah tengok! Tak payahlah nak lemah dengan godaan tak seberapa ini! Tengku Harith ingin menolak tubuh Balqis namun tak sempat.

Isterinya itu menguatkan pelukan sambil melentokkan kepala ke dadanya, membuatkan Tengku Harith kini cair. Tanpa sedar, tangannya merayap ke tubuh Balqis lalu dia membalas pelukan isterinya itu. Dagu Balqis disentuh lalu kepala gadis itu didongakkan. Mata mereka kini kembali bertentangan, mengundang getar didada masing-masing. Cinta Balqis kini bersinar buat Tengku Harith apabila ternampak sedikit sinar harapan pada raut wajah lelaki itu. Ya, dia dapat melihat sedikit rasa kasih sayang seorang suami disitu. Balqis tersenyum lagi lalu menguatkan pelukan.

Begitu juga Tengku Harith. Dia kini memeluk erat tubuh isterinya. Hilang sudah ego, hilang sudah segala kesombongannya. Apa yang dia inginkan sekarang, adalah isterinya. Entah kenapa, Tengku Harith kini bagai sudah melupakan siapa dirinya yang sebenar. Keinginannya kini memuncak. Bibir merah merekah milik Balqis ditenung lama oleh Tengku Harith lalu bibir itu dijamahnya lembut. Entah mengapa, ada rasa kasih sayang yang terselit ketika itu. Perasaannya kini tenang. Balqis memejamkan matanya menikmati belaian suami tercintanya. Ya Allah, Engkau selamatkanlah rumah tangga kami berdua..lembutkanlah hati suamiku ini. Wujudkanlah perasaan cintanya kepada aku, isterinya. Supaya aku dapat membimbingnya untuk mencintai-Mu lebih dari dia mencintaiku..amin..



SHERRY menghentak-hentakkan kakinya dengan muka masam. Sakitnya hati Sherry ketika mendapat tahu mengenai bulan madu yang telah diaturkan oleh Tengku Ismail untuk anak dan menantunya. Nadia yang melihat kelakuan Sherry hanya tergeleng-geleng sambil mengeluh kecil. Tiada gunanya juga untuk Sherry berperangai macam tu sekarang. Apa yang perlu dirisaukan ialah, bagaimana mahu memastikan Tengku Harith takkan jatuh ke tangan Balqis.

“You sabarlah, Sherry. I rasa, Harith langsung tak lalu walaupun nak tatap muka perempuan tulah! I yakin!” pujuk Nadia, ingin menenangkan hati Sherry. Sahabatnya itu kelihatan menarik muka empat belas. Muncung mulutnya kini mengalahkan paruh mulut itik. Merah menyala muka Sherry kerana terlalu menahan rasa sakit hatinya.

“Tapi, dia orang tidur sebilik kan?” tanya Sherry laju. Nadia menjongket bahu tanda tak tahu.

“I pun tak tahulah, Sherry. Tapi, I rasalah Harith mesti ambil bilik lain-lain. Dia mesti takkan tinggal sebilik dengan perempuan itu!”

“Mana you tahu? Ahh, I buntulah! I risau ni. Macam mana kalau betina tu ada pikat Harith? Dibuatnya mereka tu sebilik, lagi susah! I risau ni!” Sherry kembali menghentak-hentakkan kaki. Geram dan sakit hati bercantum menjadi satu apabila terbayangkan Tengku Harith yang tersungkur ke kaki Balqis. Dia amat risau sekali kerana pada pandangannya sendiri, Balqis adalah seorang gadis yang amat cantik serta mampu menggoyahkan iman lelaki. Walaupun mulutnya kerap menidakkan pernyataan itu, namun hatinya begitu risaukan pendirian Tengku Harith bakal berubah. Dia tidak mahu kalah pada perempuan kampung seperti Balqis itu.

“You ni, sampai sekarang masih tak yakin dengan diri you? Cuba you bandingkan diri you dengan perempuan tu. You lagi hot, dear! You are hotter than her! Much more hotter than her..” balas Nadia lagi. Sebenarnya dia juga risau. Dia tidak ingin Tengku Harith terpikat pada Balqis. Memang dia juga tidak dapat menyangkal didalam hatinya bahawa Balqis adalah seorang gadis yang cantik.

“I tahu tu, Nad. Tapi…” Sherry teragak-agak. Nadia sudah berkerut dahi. “Tapi, dia tu cantiklah Nad. I risau Harith akan cair bila dia goda Harith..”

“Alah! Cuba you fikir balik. Dia tu tahu ke cara nak goda lelaki? I rasa, tak! Tengok gaya dia tu, macam bodoh aje. Siap biarkan diri dia dipukul lagi tu oleh suami sendiri. Kalau I, I dah melawan kalau suami sampai nak angkat tangan pukul I! Silap-silap haribulan, I boleh saman suami I sendiri atas tuduhan mendera. Kalau you perasan, perempuan macam Balqis tu hanya tau sembahyang dan baca al-Quran aje. Dia tu manalah tahu cara-cara nak goda lelaki. Lainlah you ni..orang tengok aje pun dah tergoda. Itu belum lagi you mengayat dia orang..” balas Nadia panjang lebar.

Sherry terdiam seketika sambil berfikir. Tidak lama selepas itu, kepalanya terangguk-angguk. Dia agak bersetuju dengan pernyataan Nadia. Mana mungkin perempuan kampung macam Balqis itu tahu cara menggoda lelaki. Tengok gaya pun dah macam tunggul kayu tak bernyawa aje. Siap kena tindas dengan orang pulak. Sherry tersenyum sinis.

“Maybe apa yang you cakap tu betul. I tak nafikan gaya dia yang macam tu. I harap, dia memang tak dapat nak goda Harith tu. Lagipun, Harith tu high taste. I dah yakin sekarang ni. You memang pandai pujuk hati I, Nad..” Sherry tersenyum-senyum. Nadia juga begitu.

“I rasa, nanti I nak bagi perempuan tu malu sekali. Biar dia sedar diri dia tu. Kedudukan dia yang tak setaraf dengan kita orang-orang kaya..” kata Nadia dengan wajah bersungguh-sungguh mengundang senyuman lebar Sherry. Suka hatinya mendengar kata-kata Nadia.

“You nak buat apa? Macam seronok aje? Ceritalah kat I…” soal Sherry dengan mimik penuh berminat. Nadia mendekatkan mulutnya ke telinga Sherry lalu dia membisikkan sesuatu. Wajah Sherry berubah ceria. Dia seronok mendengar rancangan yang diatur Nadia. Harap-harap menjadilah rancangan itu! Baru padan muka perempuan kampung tak berguna itu!

“Best tak?” tanya Nadia sambil mengangkat-angkat kening. Sherry mengangguk-angguk laju. Seronok betul dia ketika membayangkan wajah Balqis yang bakal mendapat malu nanti. Mesti kelakar. Dia nak ketawa habis-habisan ketika itu nanti. Biarkan!

“Best sangat, Nad! Bijak betul you ni..” teriak Sherry girang. Dengan wajah tergedik-gedik dia. Hampir melompat-lompat kecil Sherry, membuatkan Nadia tersenyum lebar.



TENGKU Harith bangun duduk. Dia meraup mukanya berkali-kali. Balqis yang kini terbaring disebelahnya dipandang dengan perasaan yang dia sendiri tidak dapat mengertikan. Ada perasaan baru yang hadir tatkala memandang isterinya itu. Mengapa dia boleh hanyut semalam? Kenapa dia tidak dapat menangkis godaan Balqis semalam? Tengku Harith mengeluh berkali-kali mengenangkan keterlanjurannya. Apa yang patut dibuatnya sekarang? Kini dia telah menjilat kembali ludahnya. Maruahnya kini sudah tercalar. Egonya sudah runtuh semalam ketika dia hanyut dalam godaan wanita itu. Tubuh Balqis yang berbaring membelakanginya ditatap lagi dengan hati berbelah bahagi. Jiwanya tidak dapat mentafsir perasaannya sekarang. Perasaan halus yang semakin hari semakin menggila. Apakah agaknya perasaan ini? Tengku Harith menatap selimut yang membalutinya dari paras pinggang sehingga ke kaki. Nafasnya ditarik lalu dilepaskan perlahan-lahan. Dia perlu memikirkan semula segala tindakannya supaya dia dapat melawan perasaan halus yang hadir itu.

“Assalamualaikum, bang. Dah bangun?” getus Balqis lalu menutup mulutnya menahan nguap.

Jam diatas meja bersebelahan katil itu ditenung. Sudah hampir waktu subuh. Dia perlu membersihkan diri untuk bersolat sekejap lagi. Balqis mencapai bajunya lalu dipakai kembali dengan wajah selamba. Buat apa nak malu dengan suami sendiri? Balqis sudah mengentalkan hatinya. Tengku Harith yang melihat wajah tenang Balqis itu terus menelan liur. Dengan selamba sekali Balqis memakai pakaian di depannya tanpa rasa malu? Sedangkan dia pula kini yang merah muka menahan rasa malu. Mahu bangun pun dia sudah tidak mampu ketika ini.

“Kau..” getus Tengku Harith perlahan tanpa dapat menghabiskan ayatnya. Isterinya kelihatan mengukir senyum indah sambil mencapai tuala lalu bergerak ke bilik mandi.

“Abang, nanti mandilah. Kita sembahyang subuh bersama-sama, ya?” ajak Balqis sambil tersenyum manis. Tengku Harith tertunduk sambil menahan perasaan. Kenapa aku perlu jatuhkan maruah aku semalam? Kenapa aku tewas dengan godaan tak seberapa dia tu? Kenapa? Tengku Harith terdiam tanpa menjawab apa-apa membuatkan Balqis rasa kecewa lalu meneruskan langkahnya ke bilik air. Dia kecewa kerana Tengku Harith masih tidak mahu menunaikan solat fardhu yang wajib ke atas semua umat Islam. Balqis masih bersabar, bukan senang mahu merubah seseorang. Tambahan lagi bab solat ini kerana mungkin suaminya itu sudah lama meninggalkan solat. Balqis perlu kuatkan hati, tabahkan dirinya.

Usai mandi, Balqis tercari-cari kelibat Tengku Harith namun tiada. Pantas Balqis menuju ke balkoni. Dia nampak kelibat lelaki itu yang sedang khusyuk melayan perasaan di tepian pantai. Balqis terus menunaikan solat subuh dahulu sebelum dia bersiap-siap keluar untuk berada disamping Tengku Harith. Lelaki itu kelihatan sungguh gusar sejak tadi lagi.

Balqis melabuhkan punggungnya ke atas pepasir pantai berkenaan dan dia kini berada disebelah Tengku Harith. Ternyata lelaki itu tidak menyedari kehadirannya. Mata lelaki itu sedang galak memandang ke arah cahaya matahari yang bakal terbit dari ufuk timur. Entah mengapa redup mata itu begitu sayu, bagai tidak dapat dimengertikan oleh Balqis sendiri.

“Assalamualaikum..” Balqis memberikan salam. Tengku Harith tersentak dari lamunannya yang panjang. Ya, memang sungguh jauh sekali dia berfikir tadi. Dia segera menoleh dengan wajah geram.

“Kau ni kenapa tiba-tiba boleh muncul sini? Aku kan dah cakap, jangan duduk dekat aku kalau kita kat luar..” balas Tengku Harith tanpa menjawab salam dari Balqis tadi.

“Cantikkan cahaya matahari terbit tu, bang? Qis suka sangat tengok matahari terbit dan matahari terbenam. Sungguh cantik sekali kejadian ciptaan Allah inikan, bang? Sungguh lancar sekali peredaran alam semesta yang Allah SWT aturkan..” Balqis melencongkan topik perbualan. Tenang sekali kata-katanya sekaligus meragut ketenangan hati Tengku Harith.

“Kau tak faham aku cakap apa tadi? Kau tukar topik pula? Kalau kau nak berceramah, nanti aku tempahkan untuk kau satu dewan kat resort ni. Kau berceramahlah. I bet, no one would want to hear it!” Tengku Harith berasa geram apabila kepala isterinya masih mesra terletak ke bahunya. Dia menolak kepala wanita itu dari terus melekap ke bahunya.

Dia lalu cuba untuk bangun namun dia tidak sempat. Balqis terlebih dahulu kembali melentokkan kepala ke bahunya dengan manja. Tangan Tengku Harith dicapai lalu digenggam lembut, membuatkan hati Tengku Harith berlari laju. Perasaan apakah ini? Tengku Harith sendiri bingung. Dia tidak sukakan perasaan baru ini. Perasaan yang seolah-olah mampu menggoyahkan ego serta maruahnya yang ingin dipertahankan sehingga ke akhirnya. Namun kerana perasaan inilah, egonya yang selama ini tinggi di kemuncak sana terus sahaja jatuh ke tanah semalam. Maruahnya kini sudah tercalar! Malunya dia kerana dia telah tumpas semalam.

Dia tidak mampu lagi menatap wajah Balqis. Tentu isterinya itu akan mentertawakannya selepas ini! Ah! Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Tengku Harith menarik tangannya dari genggaman Balqis. Dia bangun meninggalkan Balqis terkebil-kebil seorang diri. Dia tidak mahu langsung memandang wajah mulus itu. Wajah yang kini mampu menggetarkan jiwanya setiap masa. Dia sungguh takut dengan Balqis kini. Siapa sebenarnya Balqis??



“WELCOME home! So, how is honeymoon?” Tengku Ismail memeluk erat bahu Tengku Harith. Senyumnya melebar sebaik ternampak wajah Tengku Harith yang berubah merah padam, begitu juga Balqis. Pandangannya dan senyumannya kini jatuh pada wajah Tengku Salmah disebelah Balqis. Isterinya itu tersenyum sahaja membalas senyumannya.

“Biasa aje, papa..” jawab Tengku Harith dengan wajah yang cuba ditenangkan.

Mana mungkin dia akan gelisah dengan soalan papanya itu. Mana mungkin! Namun, apabila tiba-tiba pandangannya jatuh ke halaman wajah Balqis, Tengku Harith terus terkedu tanpa kata. Wajah mulus itu yang kini putih kemerahan kerana cuaca yang panas kelihatan begitu menggoda. Ah!! Apa yang aku fikirkan ni? Aku kan dah berjanji yang aku takkan lagi biarkan diri aku terus hanyut? Biarlah sekali aje aku tersilap. Jangan berkali-kali aku melakukan kesilapan seperti malam itu. Tengku Harith menyabarkan hatinya. Dia tidak mahu lemah lagi.

Sejak kejadian malam itu, Tengku Harith sudah serik walaupun masih terbayang-bayang kelembutan Balqis. Dia tidak mahu lagi terus tumpas dengan layanan baik Balqis. Dia akui yang dia sudah tidak mampu untuk memukul isterinya itu sejak kejadian yang berlaku pada malam itu. Dia lebih banyak menjauhkan dirinya dari Balqis sampaikan dia sanggup tidur di sofa lalu meninggalkan Balqis sedap-sedap tidur diatas katil. Ah, biarlah janji dia takkan terus biarkan isterinya itu mengambil kesempatan lagi ke atas dirinya!

“Jomlah masuk dalam rumah. Malam ni tidur rumah papa dan mama, ya?” ajak Tengku Salmah mesra. Dia memandang wajah Tengku Harith yang berubah.

“Kita orang nak balik ke rumahlah, ma..Rith ada kerja nak buat..” balas Tengku Harith laju. Balqis hanya terdiam sambil turut memandang ke wajah suaminya.

“Kerja apalah sangat? Cuti kamu ada lagi 4 hari. Papa dah rancang bulan madu kau orang dua minggu sharp, tapi kau orang pulak balik awal ni..” ujar Tengku Ismail dengan wajah hairan. Tengku Harith menarik muncung. Kalau boleh duduk bilik berasingan, sebulan berbulan madu pun dia mahu. Ini papanya sudah awal-awal pesan bahawa dia tidak boleh mengambil bilik berasingan. Malah, dia tidak boleh lari ke resort lain kerana papanya akan selalu menelefon ke resort tempat Balqis dan dia menginap untuk memantau. Kenapa papanya begitu tidak percayakannya? Tengku Harith kini mendiamkan diri, mungkin sudah mengalah.

“Jomlah, Qis. Masuklah ke rumah kami…mama tunjukkan Qis bilik Qis dan Rith. Rith, nanti naiklah ya..” ajak Tengku Salmah setelah Tengku Harith terdiam tanpa kata. Balqis sudah memasuki perut rumah bersama ibu dan bapa mertuanya. Tengku Harith sahaja yang masih membungkam di luar rumah. Masih bersandar pada kereta mewah papanya.

“Ini bilik Qis dan Harith. Nanti dia datanglah..Qis rehatlah dulu. Mesti penat, kan?” kata Tengku Salmah mesra. Pemandangan bilik besar tersebut ternyata membuatkan Balqis berasa kagum. Indah betul bilik itu. Perhiasan yang agak moden serta mewah tersadai cantik didepan mata Balqis. Memang sungguh damai dan harum bau wangian air freshner dalam bilik berkenaan.

“Baiklah, mama. Tapi Qis rehat sekejap aje. Nak bersihkan diri dulu. Kejap lagi Qis turun temankan mama, ya? Ada kerja yang Qis boleh buat? Nak tolong mama buat kerja kalau boleh..” balas Balqis ikhlas. Tengku Salmah hanya tersenyum mesra.

“Tak payahlah Qis. Sini dah ada orang gaji yang tolong uruskan rumah ni. Kalau ada kerja yang mama buat pun, mama suka bercucuk tanam kat belakang rumah ni. Adalah kebun kecil mama..” senyum orang tua itu. Balqis terangguk-angguk dengan wajah kagum.

“Wah, mama tanam apa? Nanti boleh Qis melawat?” Balqis seperti sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat kebun kecil ibu mertuanya itu.

“Mama tanam sayur-sayuran dengan buah-buahan..” jawab Tengku Salmah. Dia senang melihat reaksi Balqis. Matanya merayap ke segenap wajah putih bersih menantunya itu. Cantik sungguh menantuku ini.

“Boleh, Qis. Nanti mama bawakan Qis melawat kawasan, okey? Sekarang ni, Qis rehatlah dulu. Kalau dah rasa hilang penat, baru Qis turun. Mama tak lari kemana. Ada aje dalam rumah ni…” kata Tengku Salmah lagi dengan senyum kecil.

“Tak apalah, mama. Sekejap lagi lepas Qis mandi, dah bersiap-siap nanti Qis turun ke bawah jumpa mama dan papa, ya?” ujar Balqis ikhlas. Dia tersenyum membalas.

“Okey..jumpa nanti..” balas Tengku Salmah sambil menapak keluar dengan hati yang senang. Balqis juga senang hati dengan layanan baik keluarga Tengku Harith. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan ini..



“SERONOK?” Tengku Harith menjeling Balqis dari muka pintu bilik. Balqis yang sedang sibuk mengenakan tudung ringkas segera menoleh apabila terdengar suara suaminya. Dia terus tersenyum mesra menyambut pandangan Tengku Harith.

“Seronok..” sahut Balqis dengan wajah riang.

“Seronok habislah tu?” tanya Tengku Harith lagi dengan wajah merah menyala menahan geram. Dia sebenarnya sedang melawan perasaan halus yang selalu hadir ketika dia memandang wajah isterinya itu. Dia sungguh bencikan perasaan tersebut. Egonya tercabar setiap kali perasaan itu muncul.

“Alhamdulillah. Mama dan papa layan Qis baik sangat. Mestilah Qis suka dan seronok, bang..” balas Balqis tenang. Dia kembali menatap ke cermin sambil membetul-betulkan tudung.

“Kau jangan ingat, dia orang layan kau dengan baik tu sebab dia orang dah sukakan kau atau sayangkan kau. Kau janganlah bermimpi di siang hari..kau tak layak!” teganya Tengku Harith menyakiti lagi hati Balqis.

Tangan Balqis yang tadinya galak membetulkan tudung, terus terhenti. Hatinya yang terguris kini seboleh-bolehnya ditahan supaya dia dapat terus bersabar. Sudah seminggu juga Tengku Harith tidak berkata-kata begitu padanya. Tetapi kini lelaki itu sudah mula dengan sikap lamanya. Balqis ingatkan, Tengku Harith sudah berubah walaupun sedikit dan tak akan buatkan hatinya terguris lagi dengan kata-kata kejam.

“Abang, Qis turun dulu. Mama tunggu Qis kat bawah tadi..” balas Balqis dengan wajah yang cuba ditenangkan. Tengku Harith menarik nafas panjang. Balqis yang sedang ingin melepasinya kini dipandang tajam lalu lengan isterinya itu ditarik kasar. Pintu bilik dikatup rapat.

“Apa rancangan kau yang sebenarnya ni? Kau jangan ingat malam tu aku dah tewas dengan kau. Aku tak sedar pun apa yang jadi. Semuanya bukan sebab aku inginkan sangat tubuh kau tu. Nafsu aku aje yang mintak dilayani, kebetulan masa tu aku memang tengah perlukan perempuan. Kau kan tahu aku ni jenis macam mana, kan? Aku dah pernah bawa perempuan ke rumah kau dan ke hotel pula selepas tu. Kau ingat tak malam tu?” Tengku Harith terjerit kecil. Dia cuba mengawal suaranya supaya tidak didengari oleh kedua orang tuanya. Balqis sudah terduduk lesu dengan air mata yang kian tumpah. Betapa hancurnya hati Balqis ketika mendengar kata-kata kejam suaminya itu. Ya Allah, tabahkanlah hatiku. Aku hanya perlukan ketabahan. Hanya itulah yang selalu aku pohon dari-Mu, ya Allah..

“Kau menangis ni apahal? Kau ingat aku nak terjerat?” hambur Tengku Harith lagi membuatkan hati Balqis terus hancur luluh. Betapa Balqis terasa perit namun dia segera beristighfar banyak didalam hatinya. Walau apapun yang terjadi, suaminya akan berubah juga suatu hari nanti! Balqis yakin dengan kuasa Allah SWT.

“Abang, dengan nama Allah, Qis berjanji yang Qis pasti akan dapatkan cinta abang. Qis janji Qis akan jaga abang selamanya kerana abang jodoh Qis yang paling baik yang telah Allah berikan. Qis yakin dengan ketentuan Allah ni, bang. Abang suami Qis buat selamanya..sampai ke syurga nanti pun, Qis dambakan abang sebagai suami Qis..insya-Allah, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga-Nya..” getus Balqis dengan wajah yang kini sudah bersemangat. Allah SWT menyalurkan kekuatan untuknya, dia yakin sekali.

“Kau memang sengaja nak cabar kesabaran aku, kan? Kau ambik ni!” ringan tangan Tengku Harith menampar Balqis sehingga isterinya itu jatuh terlentang ke atas lantai. Tengku Harith yang tidak sedar akan perlakuannya itu kini tersedar. Dia terus memandang telapak tangannya yang baru sahaja mengasari Balqis. Serta-merta perasaan halus yang dibencinya itu muncul lalu bergayut-gayut ditangkai hatinya. Pedihnya hati Tengku Harith ketika ini tatkala menyaksikan tubuh isterinya yang masih terlentang atas lantai.

“Rith!! Kamu buat apa tu?!” tengking Tengku Ismail apabila dia membuka pintu bilik. Dia lalu didepan pintu bilik anak dan menantunya tadi sebelum terdengar percakapan-percakapan halus seperti sedang bergaduh dari dalam bilik berkenaan. Dengan tidak bertangguh lagi, dia terus membuka pintu bilik dan terkejut melihat Balqis yang sedang terbaring longlai atas lantai.

“Takk..tak ada apa-apa..tak ada apa-apa, papa! Rith..Rith..” getus Tengku Harith yang kini gagap. Dia tidak tahu apa yang dirasainya ketika ini. Adakah ini perasaan bersalah kerana memukul Balqis ataupun perasaan takut sekiranya papanya menukar wasiat harta-harta?

“Kamu ni…arghh!!” Tengku Ismail tiba-tiba rebah. Balqis segera bangun mendapatkan bapa mertuanya yang kini terlentang atas lantai. Dia memangku bapa mertuanya sambil menenangkan orang tua itu. Tangan orang tua itu jelas sedang kuat menekan ke dada. Penyakit jantung Tengku Ismail kini menyerang lagi.

“Mama!! Mama!!” panggil Balqis kuat dengan linangan air mata yang semakin galak menuruni pipinya. Kedengaran derap tapak kaki yang melangkah laju meniti anak tangga menuju ke arah bilik Tengku Harith dan Balqis. Tengku Salmah kini muncul dengan wajah risau. Dia terus terduduk disamping suaminya yang sedang menahan kesakitan.

“Qis, pergi ambilkan ubat papa kat dalam laci dalam bilik mama!” arah Tengku Salmah seraya memaut tubuh suaminya lalu diletakkan ke pangkuannya pula. Balqis terus laju berlari ke bilik ibu dan bapa mertuanya yang berada tidak jauh dari situ.

Tengku Harith sudah terketar-ketar. Dia kembali menatap telapak tangannya tadi. Kenapa agaknya dia tidak dapat bergerak walaupun sedikit ketika ini? Perasaannya bercampur-baur. Dia sungguh risau kini. Gelisah benar dia rasakan. Kenapa? Hatinya sakit membayangkan wajah Balqis yang termakan penamparnya tadi dan juga wajah papanya ketika rebah. Sungguh, perasaan begini tidak pernah dia rasai sebelum ini. Hatinya yang kering sebelum ini sudah bertukar. Kenapa perasaan begini harus menjentik-jentik tangkai hatinya ketika ini?

“Abang..sabarlah, bang..” pujuk Tengku Salmah lembut. Matanya sudah mulai mengalirkan air jernih. Wajah Tengku Ismail yang berpeluh-peluh dan berkerut menahan keperitan dalam dada dipandang dengan perasaan sayu. Sayu yang teramat sangat!

“Mah, panggilkan peguam abang..” balas Tengku Ismail dalam suara bergetar menahan sakit. Tengku Harith terus mengalihkan pandangan pada wajah papanya. Papa nak ubah wasiat? Papa nak buat apa panggil peguam? Tengku Harith mulai risau..



p/s : harap memuaskan hati semua..maaflah ye kalo xbest..tapi tolong komen tau..kalo x, lg lambat la nk update n3 lagi..sbb merajok xdpt komen.. :P
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 5/25/2011 02:18:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

33 comments:

  1. Kiki ZarimeWednesday, May 25, 2011 at 2:37:00 PM GMT+8

    best,,,bl harith nk menyesal

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Hafia HanaWednesday, May 25, 2011 at 3:03:00 PM GMT+8

    lmbt lg ke harith ni nk jatuh tergolek-golek
    x sbr tgu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Hafia HanaWednesday, May 25, 2011 at 3:08:00 PM GMT+8

    harith ni ego menongkat langit..
    xruginyer klau rendahkan ego tu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. blinkallthedayWednesday, May 25, 2011 at 3:13:00 PM GMT+8

    budus betoi harith ni..da dapat qis pun xnak hargai baek2..padan muka papa nak tukar wasiat..klu aku jadi qis,ak lari blk kg jap..myb tahap sabar qis asih tinggi..mungkin one day bile qis btl2 terluka qis akan bw diri x?dgn baby nye mungkin?haha..pandai2 je..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. S.Wednesday, May 25, 2011 at 3:21:00 PM GMT+8

    dalam hati ada tamaaaannn...bile la ko nk sedar ni harith!!!! eeeyyy..tukar je wasiat tuh, baru qis takkan dilepaskan! hahahaha....u go QIS!!!brilliant!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Mahxiauwen Wednesday, May 25, 2011 at 3:25:00 PM GMT+8

    Hoho ciannya qis, menangis ema b'canya.,.;-(
    jgn sakiti Balqis lagi..
    next kak, mau lagik.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. UnknownWednesday, May 25, 2011 at 3:29:00 PM GMT+8

    Harap-harap Tg Ismail x pe2.. .
    Nanti x da gi orang yg bela Balqish,

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. yAyAWednesday, May 25, 2011 at 3:36:00 PM GMT+8

    bru start bca cta ni..
    ksian r kat qis..
    sushnya bla tpksa mnagih cinta seorg suami..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. hana_anizWednesday, May 25, 2011 at 3:43:00 PM GMT+8

    cayalah balqis!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. EijanWednesday, May 25, 2011 at 4:23:00 PM GMT+8

    Citer ni best...cuma watak tg harith tu tak nampak garang & tak macho. Carilah hero yg betul2 nmpk maskulin, macho dan sombong. Gambar tu nmpk tg tu mcm adik2 aje....sorry...saje beri pendapat

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousWednesday, May 25, 2011 at 5:06:00 PM GMT+8

    best gila, cepat2 next n3!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. MisS_SyaWednesday, May 25, 2011 at 5:09:00 PM GMT+8

    sambung cpat sissss..best sgt3!jgn le tengku ismail mati..xder sapa dah mau bela qis ntyyy.. :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. syazriniWednesday, May 25, 2011 at 5:10:00 PM GMT+8

    next next next!!
    bezzzzz cam biasaaaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. ZassWednesday, May 25, 2011 at 6:37:00 PM GMT+8

    ya Allah best sgt2....

    memang takda tara tandngannya.

    harap2 balqis terus bersabar dan harap2 juga harith berubah dan menyesal selepas itu. lucu lah dengan ugutan harith tue. aku tahu itu bukanlah nafsunya semta-mata pada malam itu. ia adalah rasa cinta yang Allah anugerahkan padanya buat mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. eijaWednesday, May 25, 2011 at 7:08:00 PM GMT+8

    oit gila betul harith nie...ssdp rsa jer nk mmukul pom..kalo sy jd balqis dh lama lari... pape pn nxt entry ok..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. UnknownWednesday, May 25, 2011 at 9:32:00 PM GMT+8

    ape lar harith nie....dapat isteri yg solehah gitu p0m xreti nk hargai...

    keep it up writer...
    semakin best cite nie...
    nk tgk harith jatuh tergolek-golek lak pas nie bwu padan muke die...sombong bet0l,

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousWednesday, May 25, 2011 at 11:41:00 PM GMT+8

    bodo punya jantannnnnnn yg namanyer harithhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.biaq wasiat kena tukaq bru pdan muka hang lah bodoooo..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. nursyaThursday, May 26, 2011 at 12:24:00 AM GMT+8

    ala nk lg...
    tgh best2 nie bsmbg plak...
    huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. AnonymousThursday, May 26, 2011 at 2:17:00 AM GMT+8

    tg. harith mmang buduh!!!
    cepat sambung yer.....
    dah start falling in love dgn cite nieeee..ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. Nurul QisDhiraThursday, May 26, 2011 at 5:12:00 PM GMT+8

    best... sambung lg... can't wait for the next episode.. hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. Nurul QisDhiraThursday, May 26, 2011 at 5:13:00 PM GMT+8

    best... sambung lg... can't wait for the next episode.. hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. Nurul QisDhiraThursday, May 26, 2011 at 5:13:00 PM GMT+8

    best... sambung lg... can't wait for the next episode.. hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. AnonymousThursday, May 26, 2011 at 6:10:00 PM GMT+8

    cpt2 smbg xsbr dh ni

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. yanadiThursday, May 26, 2011 at 9:45:00 PM GMT+8

    besla....bila la nk sdr...
    tbh btl balkis ni ...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. AnonymousFriday, May 27, 2011 at 12:53:00 AM GMT+8

    cpt la smbg, x sabor nak nuggu nie,
    hrp2 tiap hari ada n3 ye

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. emmaFriday, May 27, 2011 at 12:56:00 AM GMT+8

    harap dpt msukkan n3 tiap2 hari ye,
    cite best sgt, x sabor nak tggu n3 baru

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. YongFriday, May 27, 2011 at 3:10:00 AM GMT+8

    hamik ko, harith! kan dah kena. hehehe. hmm tg ismail nak tukar wasiat dia atas nama balqis ke? ok kali ni lagi best dari yg sudah, yg rasa nak cekik je tg harith tu. hehehe bijak2 balqis.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. AnonymousFriday, May 27, 2011 at 5:43:00 AM GMT+8

    best2...
    nk lg

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. AnonymousFriday, May 27, 2011 at 11:09:00 AM GMT+8

    best gilerr nak lagikk

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. AnonymousMonday, May 30, 2011 at 2:54:00 PM GMT+8

    best2...
    cpt smbung cite ni...
    nk tau pe yg akn tjd kt Harith...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. milaTuesday, December 13, 2011 at 4:58:00 PM GMT+8

    hahaha... maruah dia dh jatuh.. dh ludah jilat balik... padan muka.. igt pompuan tertutup x pandai mengoda ke? best best best..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. AnonymousWednesday, December 21, 2011 at 4:48:00 PM GMT+8

    thank you

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. Ayu dzulkarnainFriday, May 11, 2012 at 12:31:00 AM GMT+8

    Deyyy thambiii... Tak berubah2 lg perangai tu. hadoyaiii.
    Qis sabarrrr..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu