-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Friday, June 10, 2011

Hanya Milikmu 14

BALQIS memeluk Dayana erat. Lama mereka berpelukan lalu masing-masing melonggarkan pelukan. Wajah sahabatnya yang berseri-seri memberitahu mengenai satu berita gembira dipandang oleh Balqis bersama senyuman yang memekar.

“Baguslah, Yana. Abang Mirul tu memang seorang lelaki yang baik. Kau bertuah bakal memiliki dia sebagai suami kau. Tahniah ya, Yana! Semoga berbahagia selalu..” kata Balqis sambil memegang kedua belah tangan Dayana. Sahabatnya hanya mampu tersenyum serta tersipu-sipu malu.

“Terima kasih, Qis. Kau dengan suami kau pun tentu bahagia kan? Aku tengok tadi bukan main romantik lagi kau orang, eh? Dia peluk-peluk pinggang kau depan aku lagi tu!” Dayana pula berkata.

Dia masih teringat gelagat Tengku Harith melayan Balqis ketika Balqis memperkenalkannya kepada lelaki itu. Selepas itu Tengku Harith meminta diri sebentar untuk membersihkan diri. Balqis tertawa kecil menyambut senyuman meleret Dayana yang mula terukir. Usikan Dayana ternyata membuatkan hatinya berbunga riang. Memang dia bahagia sekarang ni, terlalu bahagia. Sudah beberapa minggu Tengku Harith melayaninya seperti seorang puteri raja.

“Hisy, kau ni Yana. Tak naklah cakap pasal tu..” wajah Balqis pula yang merah padam kerana malu. Tengku Harith kelihatan datang menghampiri Balqis dan Dayana yang sedang berbual kosong di ruang tamu. Lelaki itu tersenyum lalu memeluk mesra bahu Balqis sesampainya dia disebelah wanita itu.

“Mengumpat apa ni?” usik Tengku Harith.

“Mana ada mengumpat! Tak baik tau mengumpat. Berdosa..” balas Balqis sambil menampar lembut lengan suaminya. Tengku Harith meledakkan tawa perlahan-lahan sambil merenung Balqis yang kemerahan wajahnya. Dayana hanya tertawa kecil memerhatikan gelagat pasangan bahagia dihadapannya itu. Syukurlah Balqis mencapai kebahagiaan juga akhirnya dalam kehidupan setelah mengalami pelbagai kesengsaraan.

“Habis tu, sembang apa sampai ketawa macam tadi tu? Macam apa lagi abang tengok Qis ketawa..” kata Tengku Harith pendek. Dia tersenyum pula apabila wajah Balqis semakin kemerahan akibat direnung lama olehnya.

“Mana ada ketawa lebih-lebih pun. Ni, Dayana dah nak kahwin pun, bang. Qis ucapkan tahniah tadi pada dia..” getus Balqis sambil tersenyum cover line. Betullah, mana ada dia ketawa lebih-lebih pun, apatah lagi untuk ketawa besar. Tak elok perempuan ketawa kuat-kuat, Balqis tahu itu. Balqis memandang Dayana diikuti oleh suaminya. Dayana tersipu-sipu lagi apabila ternampak Tengku Harith yang turut memandangnya dengan senyuman.

“What? Baguslah, Yana..and who are you marrying to?” tanya Tengku Harith laju. Wajahnya jelas teruja. Balqis hanya tersenyum menunggu jawapan Dayana walaupun dia sudah tahu siapa gerangan lelaki bertuah itu.

“Sepupu Balqis, Ustaz Amirul..” balas Dayana lembut.

“Wow, that’s totally great! Baguslah tu. Seorang ustaz pulak tu. Tahniah ya?!” ucap Tengku Harith dengan perasaan ceria. Bahu Balqis dipeluk lagi bertambah erat, menimbulkan rasa bahagia di hati wanita itu.

Balqis tersenyum sendirian mengingatkan kembali pertemuannya dan Tengku Harith bersama Dayana ketika gadis itu datang memberikan kad undangan perkahwinannya. Kini sudah genap dua bulan sejak kematian Tengku Ismail. Balqis masih terus tabah menjalankan amanahnya terhadap syarikat bapa mertuanya itu. Tengku Harith juga semakin hari semakin menunjukkan perubahan-perubahan positif membuatkan Balqis terasa bahagia. Malah lelaki itu menjadi bertambah penyayang sejak kebelakangan ini.

Balqis membetulkan kedudukannya apabila terdengar bunyi seperti orang sedang kecoh-kecoh dari luar bilik pejabatnya. Dia baru sahaja ingin bangun untuk memantau apa yang telah berlaku namun tidak sempat. Seorang gadis tiba-tiba menolak daun pintu lalu meluru ke arahnya diikuti Salina yang mengejar dari belakang. Wajah Sherry yang sedang kemerahan menahan amarah menyapa pandangan Balqis. Dia cuba bertenang.

“Puan Balqis, saya dah cakap tadi pada dia yang dia tak boleh sesuka hati masuk tapi dia terus masuk juga. Puan nak saya panggilkan sekuriti?” usul Salina yang sedang tercungap-cungap. Mungkin penat bertekak dan berkejar-kejar untuk menghalang Sherry dari masuk ke bilik itu tadi. Sherry mendengus marah sambil menghalakan jelingan tajam pada Salina, lalu pandangannya dialihkan kembali ke wajah Balqis.

“Tak apalah, Salina. Biar saya bercakap sekejap dengan dia. Mungkin dia ada hal penting nak bincang dengan saya..” balas Balqis sambil menepuk lembut bahu Salina. Gadis tinggi lampai itu hanya mengangguk tanda menurut perintah kemudian dia berlalu keluar dari bilik pejabat berkenaan seraya menutup pintu rapat-rapat.

Setelah Salina keluar, Sherry masih tercegat berdiri di depan meja kerja Balqis.

“Duduklah, Cik Sherry..” pelawa Balqis seraya melabuhkan punggungnya ke kerusi. Sherry buat-buat tidak dengar. Dia masih berdiri dengan keadaan berpeluk tubuh dan matanya dihalakan ke arah lain.

“Cik Sherry, kalau cik tak ada apa-apa yang cik nak cakapkan pun tak apalah. At least, duduk dulu. Nanti saya minta setiausaha saya buatkan kopi..” getus Balqis sambil mengukir senyum. Sherry terus menoleh memandang Balqis lalu mencemik bibirnya pada Balqis yang beriak tenang.

“Tak payah! I datang sekejap aje ni! You tu jangan nak berlagak baiklah! You tahu tujuan I datang. Masih nak berpura-pura tak tahu pulak!” bentak Sherry kasar sambil menghenyakkan punggungnya ke kerusi berhadapan meja Balqis. Dia menjeling tajam wanita di hadapannya dengan wajah penuh kebencian.

“Saya tak faham. Apa maksud cik?” balas Balqis jujur. Manalah dia nak tahu tujuan kedatangan Sherry jika gadis itu sendiri tidak memberitahu. Balqis meletakkan pen yang sedari tadi berada di tangannya.

“Apa yang you dah bagi pada Rith? You bagi dia ubat guna-guna? Atau you buat ‘nasi kangkang’ pada dia supaya dia ikut aje apa yang you nak?!” tuduh Sherry tanpa berlapik lagi menyebabkan Balqis terus beristighfar panjang.

“Ya Allah, takkan sampai macam tu sekali saya nak buat suami saya, cik! Berdosa hukumnya buat begitu pada suami. Tambahan lagi, perkara semua tu syirik! Boleh menduakan Allah SWT. Mana mungkin saya lakukan semua tu, cik..” terang Balqis sejujurnya. Dia menatap wajah Sherry yang berubah lebih tegang.

“Ah! Stop your acting! Selama ni I dah tengok kes-kes teruk orang bertudung labuh macam you ni. Tak boleh percaya. Nampak aje muka alim, baiklah konon. Padahal kat dalam tu, ada pakai tanda salib jual holy water pada budak-budak sekolah! Entah-entah, you pun pakai tudung labuh hanya nak kaburi mata orang aje! Padahal hati you tu macam syaitan!” hambur Sherry lagi dengan lancar. Balqis beristighfar lagi sambil memejamkan matanya seketika. Dia benar-benar terkejut dengan tuduhan tidak berasas yang baru sahaja keluar dari mulut Sherry.

“Astaghfirullahal’azimm, Cik Sherry! Jangan tuduh saya bukan-bukan. Ini boleh mendatangkan fitnah. Sesungguhnya fitnah tu adalah suatu dosa yang lebih teruk dari membunuh orang, cik! Hentikan semua ni..” bidas Balqis semahu-mahunya. Air mata sudah bergenang di kelopak matanya ketika ini. Dia sedih dengan perangai Sherry yang tiba-tiba sahaja bercakap begitu pada dirinya.

“Ahh! You jangan nak berlagaklah!” Sherry terjerit kecil. Jari telunjuknya sudah menuding ke wajah Balqis sambil mulutnya menggumam geram serta sakit hati.

“Kenapa cik cakap saya macam tu? Mengucap, Cik Sherry. Ingat pada Allah!” nasihat Balqis ikhlas. Dia cuba bertenang.

“I tahu you ada buat sesuatu pada Rith sampaikan dia dah tak mahu nak layan call I lagi! I ajak dia ke night club pun dia tak mahu. No replies from him! Ini sangat pelik! Terlalu mendadak! Sampaikan pangkat big boss kat syarikat ni pun dia serahkan pada you lepas papa dia mati? Wow! Impressive, aren’t you?! I was too underestimating you before this! You tentu ada guna-gunakan dia supaya ikut kata you, kan? Dasar betina tak tahu malu!!” caci Sherry lagi sesungguh hatinya. Balqis beristighfar lebih panjang dari tadi sambil menahan perasaannya yang mulai bergolak.

“Cik Sherry, boleh terangkan dengan lebih jelas dan penuh kewarasan serta kematangan tak? Kita sama-sama orang dewasa. Fikirkan apa yang cik baru cakapkan tadi tu. Mengucap banyak-banyak..” balas Balqis bersama sebuah keluhan kecil. Dia tenang sahaja kini menghadapi Sherry membuatkan gadis itu mendengus geram.

“You nak cakap I ni tak waras? Hey! You lagi tak waras sebab gunakan taktik kotor! I dah cakap apa yang I nak cakap! Sekarang you tolong jawab pada I. Apa yang you dah buat pada Rith sampaikan dia jadi macam sekarang ni? Give me back my man!” Sherry mulai bangun berdiri sambil meletakkan kedua belah tangannya ke atas meja Balqis. Badannya didorongkan ke depan sedikit, agak hampir juga dengan Balqis. Matanya tidak lekang dari merenung tajam Balqis dengan perasaan sakit hati.

“For your info, the man you were talking about is my husband, thank you. Saya tak ada buat apa-apa yang macam cik katakan tadi. Demi Allah, saya bersumpah yang saya tak pernah nak langgar hukum agama sampai nak buat suami macam tu..alhamdulillah Allah memberikan dia hidayah. Saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan buat dia dan saya sendiri sebagai isteri sah dia..” jelas Balqis lagi dengan tenang serta beristighfar.

“You are hypocrite! Pandai berlakon baik!” bentak Sherry lagi dengan perasaan sakit hati melihat wajah tenang Balqis.

“Cik Sherry, minta maaf. Kalau cik tak ada apa-apa hal penting instead of talking something like this, Cik Sherry boleh keluar sekarang. Saya ada banyak kerja lagi nak dibuat. Sekian..” Balqis tersenyum hambar ketika pandangan tajam Sherry meratah wajahnya. Dia tahu gadis itu sedang menahan amarah yang teramat sangat.

“You ingat you tu bagus sangat? You ingat you tu boleh terlepas? You jangan mimpilah!”

“Cik Sherry, kalau cik berdegil saya akan panggil Salina masuk dan suruh dia bawak sekuriti sekali..okay thanks, assalamualaikum. Cik boleh keluar sekarang..” balas Balqis lagi tersenyum pahit sambil bangun dari duduknya. Dia masih teringat bagaimana tuduhan tidak masuk akal Sherry tadi. Aku berikan guna-guna untuk suamiku? Astaghfirullahal’azim..na’uzubillah..detik hati kecil Balqis sendirian.

Sherry mendengus kasar sambil menghentakkan kakinya kuat. Dia menaikkan sekali lagi jari telunjuknya ke wajah Balqis sambil menggumam mulutnya menahan sakit hati. Lama dia menghadiahkan pandangan maut penuh amarah pada Balqis sebelum melangkah keluar dari bilik berkenaan tanpa menjawab salam Balqis tadi. Balqis terduduk ke kerusi sambil melepaskan lagi keluhan kecil. Teringat kembali bagaimana tuduhan Sherry tadi. Sungguh tidak masuk akal! Agaknya semua orang kini tertanya-tanya pula tentang perubahan mendadak Tengku Harith dan meletakkan semua tanggapan buruk serta kesalahan ke bahunya? Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Walaupun beribu dugaan yang Kau berikan padaku, hanya satu yang aku pinta iaitu ketabahan hati dalam mengharungi semua dugaan-dugaan ini..

Akhirnya Balqis meneruskan kerjanya tadi yang terbengkalai kerana kedatangan mengejut Sherry. Namun kerja Balqis terhenti sekali lagi apabila tiba-tiba pula dia terasa seperti tekaknya meloya. Balqis terus berlari ke bilik air lalu memuntahkan segala isi perutnya.



“AH! Menggelegak hati I ni you tahu tak?! Kalau you tengok tadi tu muka betina bodoh tak tahu malu tu mesti you akan rasa macam nak kerat-kerat badan dia tu. Rasa nak siat-siat kulit dia!!” bentak Sherry dengan penuh rasa sakit hati mengingatkan kembali pertemuannya dengan Balqis pagi tadi.

Nadia hanya tenang mendengarnya sambil berpura-pura mendengar dengan khusyuk. Padahal dia yang sengaja menyuruh Sherry bertanya Balqis sendiri selepas gadis itu mengadu tentang perubahan sikap Tengku Harith yang secara tiba-tiba sekarang ini.

“You cakap apa pada dia?” soal Nadia ringkas. Sherry mengeluh panjang sambil menarik nafasnya dalam-dalam lalu menceritakan segala-galanya pada Nadia.

Nadia melonjak-lonjak dalam hatinya, dia suka kerana rancangannya menjadi. Sebenarnya dia sengaja tidak memberitahu Sherry mengenai wasiat Tengku Ismail serta perubahan Tengku Harith yang Nadia yakin memang adalah nyata lakonan lelaki itu semata-mata. Nadia mahu segala-galanya tampak normal serta memudahkan Tengku Harith berlakon dengan lebih berkesan lagi bagi menipu Balqis. Nadia tahu, sepupunya itu memang pandai mengaturkan rancangan senyap-senyap begini.

Dia sendiri pun takkan sekali-kali mengaku bahawa dia tahu tentang rancangan Tengku Harith itu kepada sepupunya itu. Biarlah semuanya kelihatan normal! Barulah akhir nanti perempuan itu akan terasa sendiri bagaimana sakitnya hati dipermainkan serta jatuh miskin semula! Barulah padan muka Balqis! Masa itu Nadia teringin nak tertawakan Balqis cukup-cukup. Nadia tersenyum kini tanpa sedar membuatkan Sherry hairan.

“You kenapa ni Nad? Tersenyum sorang-sorang macam tu..” soal Sherry dengan wajah pelik. Nadia tersentak dari lamunannya yang panjang tadi.

“Tak ada apa-apalah, dear! I teringat satu cerita lucu Faiz tadi..you ni macam tak tahu yang I ni kalau pasal Faiz memanglah I care too much!” dalih Nadia.

“You ni! I kan tengah cakap pasal Rith. Kenapa you lencong fikiran ke Faiz pulak? You sengaja ke ni? You pun dah jadi macam Rith tu? Kena ubat guna-guna si Balqis??” sindir Sherry lancang. Nadia tercengang-cengang sendirian sambil membetulkan duduknya.

“Mana ada! I dengar apa yang you cakapkan tadilah! I faham apa perasaan you…” balas Nadia dengan wajah selamba. Sherry merenung Nadia seolah-olah mencari kepastian.

“You tolonglah I. You cuba siasat pasal apa Rith berubah macam tu. Please, babe! I’m begging you. I can’t live without him..” Sherry sudah membuat muka sedihnya. Nadia mengeluh kecil sambil tergeleng-geleng.

“I bukan tak mahu tolong you. Kita nak buat macam mana lagi kalau Rith sendiri berubah macam tu? I dah cuba semalam. Tapi Rith marah I balik! Berkesan betul ubat guna-guna yang betina tu bagi pada Rith, kan? Sampaikan I pun dia nak marah balik!” bohong Nadia dengan lancar sekali.

Sherry menggumam lagi seorang dirinya. Marah benar dia mendengar cerita Nadia! Balqis memang cerdik rupanya! Ingatkan Cuma seorang perempuan kampung biasa yang bodoh sahaja. Rupanya dia pandai gunakan ilmu hitam untuk mendapatkan apa yang dikehendaki? Sherry menyumpah-nyumpah Balqis di dalam hatinya.



TENGKU Harith sudah selesai menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja. Alhamdulillah berkat doanya serta isterinya, selepas dua hari mencari pekerjaan Tengku Harith sudah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat swasta sebagai seorang Pegawai Perhubungan. Tengku Harith melipat sejadah sambil duduk berteleku memikirkan tentang dirinya. Bermuhasabah diri.

Betapa malasnya dia tadi untuk menunaikan solat. Bukan hari ini sahaja, malah sudah berhari-hari yang lepas dia terasa malas namun dia melawan rasa malas tersebut. Dia hanya mampu berdoa supaya dapat melawan nafsu serta godaan syaitan. Semoga perubahannya ini adalah perubahan yang kekal. Iyalah, sudah lama dia tidak bersolat. Hari-hari dalam hidupnya selama ini di penuhi dengan maksiat sahaja. Sudah berbelas tahun, tidak pernah dia mengaji al-Quran, tidak pernah dia ke masjid untuk berjemaah dan sudah lama juga dia meninggalkan puasa di bulan Ramadhan.

Tengku Harith mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir keluar dari tubir matanya. Betapa dia menyesali kehidupannya yang dahulu. Mimpinya tempoh hari banyak membuka hati serta mindanya. Balqis adalah penyelamatnya dunia dan akhirat. Seorang isteri solehah yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat suaminya.

Tengku Harith masih teringat bagaimana lancarnya Balqis mengajarkan bacaan al-Quran kepadanya. Merdu sungguh suara wanita itu di saat menuturkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Sangat membelai jiwa Tengku Harith. Bolehkah seseorang berlakon membacakan ayat-ayat suci dengan begitu lancar serta merdu? Balqis tentu mengamalkan membaca al-Quran setiap hari berdasarkan kelancaran serta kemerduan suara wanita itu menuturkan kalam Allah itu. Dia kini yakin bahawa Balqis memang tulus serta ikhlas terhadapnya dan dia sudah berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan berubah. Dia akan cuba membahagiakan wanita itu. Takkan dia mempersiakan Balqis. Tengku Harith akan cuba untuk memberikan cintanya pada isterinya itu.

Tetapi persoalannya, adakah dia mampu cintakan Balqis? Memberikan cinta sejati yang sungguh suci serta sepenuh hati seperti yang selayaknya Balqis terima dari seorang suami? Tengku Harith sendiri buntu apabila memikirkan soal perasaannya pada isterinya itu. Yang dia tahu, Balqis adalah contoh isteri terbaik untuk setiap lelaki. Dan dia tidak akan sekali-kali melepaskan Balqis serta biarkan wanita seperti Balqis dimiliki oleh lelaki lain. Adakah ini perasaan kasih sayang? Atau adakah ini hanya sekadar perasaan ingin memiliki yang terbaik dalam kehidupan? Bukankah dalam sesebuah rumah tangga suami isteri mestilah mempunyai perasaan saling mencintai?

Bolehkah aku memberikan cinta sejati seorang suami pada wanita seperti Balqis yang selayaknya mendapat suami terbaik. Seorang suami soleh dan lelaki yang baik. Sedangkan aku ni adalah seorang pelaku maksiat yang tegar sebelum ini. Layakkah aku untuk bergandingan dengan Balqis? Tengku Harith bermonolog sendirian dalam hatinya.

“Assalamualaikum, bang..” ucap Balqis sekaligus mematikan segala lamunan Tengku Harith tadi. Tengku Harith menoleh lalu tersenyum mesra. Balqis duduk bersebelahan suaminya dengan senyuman juga.

“Waalaikumussalam, my sweetheart. My lovely wife..” balas Tengku Harith seraya menyambut huluran tangan isterinya untuk bersalam dengannya. Balqis tersenyum lagi selepas bersalam dengan suaminya.

“Dah lama abang balik? Baru lepas solat?” soal Balqis lembut. Dia mengengsot ke belakang suaminya lalu memicit tengkuk Tengku Harith yang kelihatan letih. Badan suaminya juga diurut lembut serta penuh kasih sayang.

“Baru lepas solat, sayang. Tak lama juga abang balik. Dalam setengah jam macam tu. Sayang kenapa terlewat hari ni? Dah solat Asar?” tanya Tengku Harith lembut sambil mencapai tangan Balqis yang sedang galak mengurut belakangnya. Diciumnya berkali-kali tangan wanita itu sepenuh hati.

“Dah solat tadi kat office, bang. Tadi Qis ada meeting kejap dengan staf-staf. Pasal projek baru yang Qis cerita semalam tu. Proposal dah lulus, tinggal nak laksanakan aje..alhamdulillah..” jawab Balqis sambil menyandarkan kepalanya ke belakang suaminya. Tengku Harith menoleh sambil menarik Balqis ke dalam pelukannya. Tubuh wanita itu dipeluknya erat sambil mulutnya mengucup pipi Balqis.

“Alhamdulillah. Baguslah tu, sayang. Abang tumpang gembira..” ucap Tengku Harith ikhlas. Dia memandang wajah Balqis yang sedang tersenyum bahagia. Gembira rasa hati Tengku Harith kerana berjaya membuatkan Balqis tersenyum begitu walau hanya dengan pelukan hangat begini. Bahagianya dia sekiranya wanita itu bahagia. Sekurang-kurangnya dia boleh buatkan Balqis tersenyum walaupun tidak dapat menjadi yang terbaik buat Balqis.

“Abang, ada lagi sesuatu yang Qis buat tadi yang menyebabkan Qis lewat balik rumah ni!” Balqis mengulum senyum. Dia menjeling wajah Tengku Harith yang mulai terkebil-kebil memandangnya.

“Apa dia, sayang?” soal Tengku Harith dengan mimik penuh rasa ingin tahu. Balqis mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya. Sampul berwarna coklat itu diserahkan kepada Tengku Harith.

Tengku Harith membuka sampul berkenaan lalu mengeluarkan sekeping surat rasmi dari sebuah klinik. Senyuman Tengku Harith terus melebar ketika membaca isi kandungan surat berkenaan. Wajahnya sudah berseri-seri kini, begitu juga halnya dengan Balqis.

“Ya Allah! Alhamdulillah, sayang! Alhamdulillah! Kita bakal bergelar papa dan mama!” Tengku Harith seakan terjerit kecil selepas membaca surat berkenaan. Dia kembali mengeratkan pelukan.

“Bukan mama dan papa! Ummi dan Abi…boleh?” Balqis menyuarakan pendapatnya.

“Boleh, sayang! Eh tapikan, macam mana Qis boleh tergerak hati pergi check ni?” ujar Tengku Harith bersama kerutan di dahi. Balqis tersengih manja sambil memeluk badan sasa suaminya.

“Pagi tadi kat pejabat Qis asyik muntah-muntah. Berapa kali jugaklah Qis ulang-ulang ke bilik air. Salina yang tegur Qis tadi. Dia cakap Qis tengah alami morning sickness. Tu yang balik aje dari kerja tadi Qis terus ke klinik..” jawab Balqis jujur.

“Cepatnya Qis mengandung ni?” usik Tengku Harith lalu lengannya ditampar lembut oleh isterinya. Dia tertawa kecil melihat wajah Balqis yang mulai kemerahan.

“Eh, pura-pura tak ingat pulak dia. Masa honeymoon hari tu tak ingat ke? Qis baru goda sikit, abang dah cair..” seloroh Balqis sambil mencubit manja lengan Tengku Harith. Tergelak suaminya saat itu juga apabila teringatkan kisah bulan madu mereka. Tidak sedar kini wajah Tengku Harith pula berubah merah padam. Malu juga dia apabila Balqis mengungkit semula kisah tersebut. Agak kelakar jika difikirkan semula.

“Abang malu ke tu?” Balqis tertawa kecil sambil merenung wajah Tengku Harith.

“Mana ada! Cuba tengok ni. Mana ada abang malu?” balas Tengku Harith sambil mencium pipi Balqis. Tersenyum Balqis saat bibir suaminya melekap ke pipi gebunya.

“Abang ingat Qis tak berani ke?” sahut Balqis sambil menghadiahkan sebuah ciuman ke bibir suaminya. Wah, ini sudah terbalik! Sepatutnya lelaki yang akan buat begitu! Tengku Harith tergamam lalu wajahnya mulai kemerahan.

“Sayang!” protes Tengku Harith apabila Balqis tertawa kecil mengusik.

“Abang ni pemalu rupanya! Baru Qis tahu!” Balqis mencuit hidung suaminya. Tengku Harith tersenyum cuma. Wajah isterinya yang sedang tertawa manja itu ditatap semahu-mahunya. Hatinya berdebar hebat. Cintakah ini? Tengku Harith memegang dadanya sambil terus menikmati senyuman Balqis yang kini memekar. Wanita itu memeluk badannya pula kali ini, membuatkan debaran di dalam hati Tengku Harith semakin rancak.




p/s : sorry lambat.....busy sikit akhir2 ni...dan satu lg nk bagitau, jgn kecewa tau..erm fajar pakeer dah mintak manuskrip "Hanya Milikmu" ni utk penilaian..ermm maybe lepas ni makan masa lebih lama kalo nk update new n3...sorry :(
doakan supaya "Hanya Milikmu" berjaya terbit dlm versi cetak ye...sbg buah tangan ke-2 saya pulak pasni...aminn.. :)
dan,jangan lupa komen pada n3 ni yerr...komen2 anda amatlah bermakna! ^^


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 6/10/2011 05:09:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

27 comments:

  1. kak idaFriday, June 10, 2011 at 10:29:00 PM GMT+8

    tahniah..akak ucapkan..don't worry mesti dia org publish punya..sbb aDIK MMG BEST GILER..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ღAuni_AmauniღFriday, June 10, 2011 at 10:55:00 PM GMT+8

    thanks akak...pengkomen pertama sejak saya post pukul 5 tadi~ terharuu~ :(

    huhuhu insyaAllah...doakan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. MisS_SyaFriday, June 10, 2011 at 11:44:00 PM GMT+8

    BEST!!SWEET!!LIKEEEEE!!
    FP MINTAK MANUSKRIP?
    GO SIS!SYA SLALU SOKONG SIS!!
    DR DULU SMPAI SKRG NI!! =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousFriday, June 10, 2011 at 11:45:00 PM GMT+8

    love this n3...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. ZassSaturday, June 11, 2011 at 12:03:00 AM GMT+8

    tanhiahlah pada awak cik auni amauni.... tapi in the same time, sedih gaklah.. tak boleh jumpa balqis dengan harith dah lepas ni.. akan ku tunggu kemunculannya dalam versi cetak pula.... and i hope citer tu nanti tak mengecewakan pembaca ye!!! tak nak macam EBCB... terlalu keras perangai nazifa! degil sangat! tak suka watak macam tu! hehehe... hope watak harith akan selamanya baik walau ada konflik yang mendatang nanti.... hope sgt2 ami pembaca tidak dikecewakan... plis33

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Nurul QisDhiraSaturday, June 11, 2011 at 12:28:00 AM GMT+8

    alhamdulillah... saya doakan semoga cerita ni berjaya diterbitkan tdk lama lg... amin....
    entry kali ni mmg best ;)
    harith n balqis bakal jd abi dan ummi....hehehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. afifahSaturday, June 11, 2011 at 12:57:00 AM GMT+8

    tahniah kak!

    harap lepas ni mereka bahagia..nak dapat baby..hehe..

    tapi risau juga takut nanti ada salah faham pula pasal perubahan tengku harith tu..nadia mesti buat sesuatu yg jahat nanti..

    apapun terima kasih utk n3 ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. YongSaturday, June 11, 2011 at 1:13:00 AM GMT+8

    tahniah auni!
    semoga cepat la terbit ye.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. ღAuni_AmauniღSaturday, June 11, 2011 at 1:42:00 AM GMT+8

    ekceli ada lgi n3 pasni..jgn risau...tp slow laa.. :)

    slow down on purpose la pasni..huhu..pas dah siap manuskrip nnti..hantar terus..

    moga2 diterima lagi..aminn..

    kalo xde rezeki, bab2 akan dipos seperti biasa..smpai ending..hehe :)

    thanks semua atas sokongan & galakan yg diberikan....amat bermakna! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Mahxiauwen Saturday, June 11, 2011 at 6:37:00 AM GMT+8

    Yeahh, sukenya Balqis pregnant..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. Noor AffiqahSaturday, June 11, 2011 at 12:39:00 PM GMT+8

    sgt3 suke cter nie....
    if cter ni diterbitkn,agak2 bile leh kuar kat pasaran ea???
    ape2 pn cter nie best sgt2...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. dila dynaSaturday, June 11, 2011 at 1:08:00 PM GMT+8

    yeay beznye klo btol nk diterbitkn confirm beli hehe...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousSaturday, June 11, 2011 at 2:48:00 PM GMT+8

    bestnyaaaaaa sweet gilerrrrrrrr..........aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. apa YANG ku rasaSaturday, June 11, 2011 at 5:01:00 PM GMT+8

    best2..
    xsabar menati ke versi cetak.:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. UnknownMonday, June 13, 2011 at 5:58:00 AM GMT+8

    arap perubahan harith tu bt slame2nyer la yea....bia balqis heppy sket idup ngan harith....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. norzsMonday, June 13, 2011 at 10:47:00 AM GMT+8

    menarik dan tertarik...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. syazriniMonday, June 13, 2011 at 11:35:00 AM GMT+8

    best la sis!nnty dah terbit versi cetak msti konpem2 beli punya laa!!sweetnya doranggg...... :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. akmal fatinMonday, June 13, 2011 at 9:40:00 PM GMT+8

    sy nak lagi... waaaa.... nak lagi.... soo romantic... emmmm nak kawen gak... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. AnonymousWednesday, June 15, 2011 at 10:49:00 AM GMT+8

    yeay qis mengandonggg!ala sis,boley x bagi 2-3 entry lagi?best la sis..nanti rindu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousWednesday, June 15, 2011 at 10:50:00 AM GMT+8

    wah mcm bez jew.nk marathon jap.hee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. AnonymousWednesday, June 15, 2011 at 4:09:00 PM GMT+8

    bezzzzz.tak sia2 marathon tdik..tak sbar nk tau ending,,hehe moga2 brjaya ke versi cetak,goodluck :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. nea_124Friday, June 17, 2011 at 1:38:00 PM GMT+8

    wah..bestnyer klu novel nie klu boleh publish...tp lamer lar x leh nk bacer kisah dyorg nie nnt~~anyway,, gud luck !

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. AnonymousSaturday, June 18, 2011 at 12:07:00 PM GMT+8

    lama x muncul dicini....
    sume dah meenarik ek...tahniah yea...
    nak lg...hehehe

    * adil*

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. Lovely AyunThursday, July 21, 2011 at 4:30:00 PM GMT+8

    seronok dgn kebhagiaan yg digapai oleh Balqis n Harith

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. hima idayuSaturday, July 30, 2011 at 11:15:00 AM GMT+8

    best gler la .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. AnonymousWednesday, December 21, 2011 at 4:28:00 PM GMT+8

    thank you

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. Ayu dzulkarnainFriday, May 11, 2012 at 1:05:00 AM GMT+8

    Hambak ko..kan dah chenta golek-golek.
    Tahniah cik writer!!!! Dah jatuh cinta dgn cite nie..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu