-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, June 19, 2011

Hanya Milikmu 15


“APA?!! Balqis mengandungkan anak Rith??!” menjerit-jerit Sherry ketika mengetahui mengenai kehamilan Balqis. Membara rasa hatinya ketika ini! Amarahnya sudah menggila.

Nadia hanya terdiam dalam rasa yang masih tidak percaya. Tengku Harith benar-benar telah bertindak jauh dengan membuatkan Balqis hamil? Ini sungguh tidak masuk akal! Bagaimana nanti jika anak itu yang menjadi masalah dalam rancangan sepupunya itu? Aduh, kenapa Rith?! Kenapa kau buat macam ni?! Risau benar hati Nadia apabila memikirkan. Sebulan selepas berita kehamilan Balqis barulah Tengku Harith memberitahu kepadanya semalam membuatkan Nadia terus tergamam serta risau.

“You cakap, there is nothing going on between them! You told me so! Sekarang ni, apa dah jadi?! Balqis dah hamil tiga bulan! Arghhh!!” marah benar Sherry ketika ini sehingga kemerahan wajahnya. Dia menghentak-hentakkan kakinya geram sambil tercungap-cungap menahan nafas yang berat.

“I pun tak tahu semua ni nak jadi! I…I…I tak tahu!” balas Nadia serba-salah. Dia menundukkan wajah.

“Sial punya betina si Balqis tu! Guna taktik kotor dapatkan Rith?! Bagi ubat guna-guna sampaikan Rith hamilkan dia?! How impressive! We were too underestimating her before this, Nad! Can’t you see how clever she is now?! You told me, dia hanya perempuan kampung yang kolot serta bodoh! Sekarang ni? Siapa yang diperbodohkan? Kita jugak kan?!” jerit Sherry dengan wajah sakit hati.

Nadia terkesima seketika dengan wajah tidak percaya. Ubat guna-guna? Hah! Tak sangka Sherry begitu mempercayai perkara tahyul begini. Nadia ingatkan Sherry hanya bermain-main sahaja hari itu apabila menyatakan bahawa Balqis memberikan guna-guna pada Tengku Harith. Rupa-rupanya Sherry benar-benar mempercayai perkara-perkara kolot begitu? Kelakar juga dirasakan kerana semua itu tidak mungkin berlaku. Nadia tahu, Tengku Harith pasti mempunyai agenda tersendiri. Dia hanya perlu yakin sahaja dengan sepupunya itu.

“Sabarlah, Sherry. I tahulah apa yang I nak buat nanti. Sekarang ni, just let them be. Biar dia seronok dulu. Nanti dia akan tahu jugak akibatnya! Kalau perlu nanti, I akan upah orang untuk bunuh anak tu atau bunuh Balqis sekali. Baru dia tahu siapa kita!” Nadia berkata sesungguh hati, seperti orang yang sudah kehilangan akal.

Memang dia teringin membunuh Balqis. Wanita seperti itu langsung tiada nilai hidup di dunia ini. Sherry pula terdiam sambil terangguk-angguk kepala. Dia bersetuju dengan kata-kata Nadia. Baik mereka bunuh sahaja Balqis sekali dengan anak wanita itu. Barulah aman hidup mereka.



“QIS, tolonglah berhati-hati. Qis tu dahlah mengandung. Nanti susah pulak kalau apa-apa yang jadi pada Qis..” pesan Tengku Harith dengan wajah risau. Balqis hanya tersenyum bahagia melihat sikap penyayang serta mengambil berat Tengku Harith yang sudah berlebih-lebih sejak mengetahui mengenai kehamilannya.

“Betul tu, Qis. Kamu kenalah banyak berehat. Jangan terlalu fikirkan soal kerja di pejabat tu. Nanti memudaratkan kesihatan kamu tu. Bayi dalam kandungan kamu tu kena jaga betul-betul..” nasihat Tengku Salmah pula.

Sudah tiga bulan mereka berpindah ke rumah Tengku Ismail kerana kasihankan Tengku Salmah yang tinggal seorang diri di sana. Balqislah yang beria-ia mahu berpindah ke rumah mertuanya itu. Kata Balqis, lebih senang jika Tengku Salmah ada bersama. Sudah tentu orang tua itu banyak petua untuk wanita hamil. Biasalah orang tua-tua kan memang banyak petua dan pantang larang.

Tengku Harith juga tidak membantah kerana dia sama seperti Balqis, kasihankan mamanya yang keseorangan sejak kematian papanya. Sehingga kini, Tengku Harith masih menyesali sikapnya terhadap papanya sehingga menyebabkan kematian papanya. Dan dia telah berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan berubah serta menjaga kedua insan yang menyayanginya setulus hati ini sebaik mungkin. Balqis dan mamanya tidak akan diabaikan walau sedikit pun.

“Ala mama..abang..Qis okey lagi. Baru aje lima bulan kandungan Qis ni. Tak ada apa-apalah akan jadi. Qis boleh jaga diri..” jelas Balqis beserta senyuman manis. Tengku Salmah sudah tergeleng-geleng kepala. Degil juga rupanya menantu yang seorang ini. Tengku Harith juga sudah menarik muncung sedepa. Degil!

“Qis tak mahu dengar kata suami Qis ni?” soal Tengku Harith menduga. Tengku Salmah mengalihkan pandangannya dari wajah anak lelakinya terus ke wajah Balqis pula, menantikan jawapan wanita itu. Balqis sudah berwajah serba-salah kini. Mana mungkin dia melanggar kata-kata suaminya sendiri.

“Habis tu bang, siapa nak uruskan syarikat arwah papa tu? Qis ada amanah yang perlu Qis jalankan..” ujar Balqis dengan mimik serba-salah. Tengku Harith sudah berkerut dahi sambil melepaskan keluhan kecil. Betul juga apa yang Balqis cakapkan itu. Tengku Salmah sudah berlalu pergi meninggalkan pasangan suami isteri itu di dalam bilik mereka selepas gagal menasihati Balqis. Dia menyerahkan sahaja pada Tengku Harith.

“Tak apa sayang. Abang janji, abang akan sempurnakan diri untuk berhadapan dengan pak imam kawan arwah papa tu nanti walaupun abang tahu diri abang ni susah nak menjadi sempurna. Qis tolong abang, ya sayang? Abang tak mahu Qis bersusah-payah lagi untuk syarikat papa abang tu. Dan dalam keadaan Qis yang berbadan dua ni, abang betul-betul risau…” kata Tengku Harith sambil memeluk Balqis dari belakang. Dia begitu risaukan isterinya itu. Dia berjanji akan berusaha sedaya-upaya untuk mempersiapkan dirinya bagi melayakkan dia menerima harta arwah papanya serta menerajui syarikat tersebut seperti sepatutnya.

“Abang, Qis sentiasa ada untuk bantu abang. Dari dulu lagi Qis memang nak bantu abang, sejak dari kita belum berkahwin lagi bang..” balas Balqis seraya menyandarkan kepala ke dada Tengku Harith. Suaminya itu mengalihkan tubuh Balqis menghadapnya lalu ciuman hangat dihadiahkan ke dahi wanita itu.

“Abang tahu, sayang. Abang tahu Qis memang ikhlas sejak awal lagi. Maafkan abang kerana berprasangka buruk pada Qis serta melayan Qis dengan teruk! Bila abang fikirkan semula atau teringat pasal layanan buruk abang terhadap Qis dulu, abang rasa diri abang ni memang tak berguna serta tak layak untuk Qis! You deserve someone better than me. Qis terlalu istimewa, tidak seperti wanita-wanita lain yang abang kenali. Seorang isteri dan wanita solehah yang sememangnya begitu penyabar mengharungi kehidupan..” jelas Tengku Harith sambil merenung ke mata Balqis sedalam-dalamnya.

Betapa dia bersalah pada wanita di hadapannya ini. Tengku Harith cuba menyelami perasaannya ketika matanya bertentangan dengan sepasang mata bundar milik Balqis. Ternyata perasaan bersalah terasa menggigit-gigit jiwanya, betapa wanita ini terseksa kerananya.

“Abang jangan cakap macam tu, bang. Qis sayangkan abang. Qis cintakan abang. Perasaan cinta ni Allah dah wujudkan dalam hati Qis sejak dulu lagi, bang. Sejak pertama kali Qis jumpa abang dekat hospital dulu..takdir Allah memang nyata sekali. Dia sentiasa memberikan yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Asalkan kita yakin dengan-Nya..” balas Balqis sambil memeluk erat badan suaminya.

Tengku Harith terkesima mendengar kata-kata pengakuan Balqis. Cinta? Balqis cintakan aku sejak dulu lagi? Walaupun perangai aku begitu buruk dan kejam? Sedangkan aku? Mampukah aku memberikan isteriku cinta sejati? Bolehkah aku mencintainya seperti selayaknya dia dicintai? Aku bukanlah sebaik-baik lelaki untuk bergandingan dengannya. Mampukah aku memberikan cinta agung yang selayaknya Balqis dapat dari seorang suami?

Cinta berteraskan cinta kepada Allah SWT. Adakah aku sudah mampu mencintai Allah SWT kini dengan setulus ikhlas hatiku sebelum aku salurkan sekelumit cinta itu pada seorang yang bergelar isteri? Adakah perasaan bersalah ini boleh bertukar kepada cinta? Rasa bersalah dan berdosa kerana memperlakukan Balqis seperti objek tidak bernyawa serta tidak berperasaan! Mampukah aku mencintai Balqis setulusnya? Tengku Harith bermonolog di dalam hatinya.

“Qis cintakan abang sejak dulu? Walaupun perangai abang begitu teruk? Walaupun abang ni pemabuk? Kenapa Qis sampaikan boleh menerima semua itu? Qis juga tahu mana yang terbaik untuk Qis, siapa lelaki terbaik untuk Qis jadikan suami. Mengapa abang yang Qis sanggup pilih?” soal Tengku Harith sambil tergeleng-geleng lemah. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. Dia begitu tertanya-tanya tentang sebabnya sehingga ke hari ini namun lidahnya kelu untuk bertanya.

“Qis yakin dengan jodoh yang telah Allah SWT tetapkan terbaik untuk Qis dalam kehidupan Qis di dunia dan juga akhirat, bang. Abanglah jodoh Qis tu…” jawab Balqis lancar. Tengku Harith masih inginkan kepastian mengapa Balqis begitu berbulat hati menerima dirinya seadanya.

“Tapi, bagaimana kalau abang ni bukan yang terbaik untuk Qis? How come you can be so sure about this?”

“Qis dapat petunjuk melalui solat sunat Istikharah yang Qis buat selama tiga malam berturut-turut sebelum kita kahwin, bang. Masa tu, Qis dah pun jatuh cinta pada abang. Masa Qis tidur, wajah abang yang hadir tersenyum pada Qis. Sebab itulah Qis yakin sangat untuk terima abang seadanya. Barulah Qis tahu kenapa Allah SWT wujudkan rasa cinta dalam hati Qis untuk abang sebelum tu lagi. Qis yakin, apa yang Allah SWT takdirkan adalah yang terbaik untuk Qis..” ujar Balqis jujur sambil melentokkan kembali kepalanya ke dada Tengku Harith yang mulai menguatkan pelukan.

Air mata mengalir dari tubir mata lelaki itu sebaik sahaja Balqis selesai berkata-kata. Betapa Tengku Harith berasa terharu dengan pernyataan Balqis itu. Rupanya itulah sebabnya kenapa Balqis ingin berkahwin dengannya serta begitu bersabar melayani perangai buruknya selama ini. Cinta Balqis begitu tulus buatnya. Tetapi benarkah dia jodoh terbaik buat Balqis?

“Qis, abang janji yang abang takkan tinggalkan Qis. Abang akan jaga Qis dengan baik. Abang takkan abaikan Qis atau seksa Qis macam dulu lagi. Abang janji akan berubah dan kekal macam ni sampai bila-bila. Qis tolong abang, ya sayang?” ucap Tengku Harith separuh berbisik. Suara Tengku Harith itu meruntun hati Balqis lalu jemari kasar suaminya digenggam serta dikucup sepenuh kasih. Ada air jernih yang mengalir setitis jatuh ke pipi Balqis.

“Insya-Allah, bang. Qis memang akan bantu abang. Hmm..abang, boleh Qis tanya sesuatu?” jawab Balqis beserta sebuah soalan pula yang diajukan kepada Tengku Harith. Lelaki itu melonggarkan pelukan sambil memandang wajah putih bersih milik isterinya.

“Tanyalah…” getus Tengku Harith pendek.

“Do you love me? Hmm..Qis tak pernah dengar abang ucapkan kata-kata cinta pada Qis..” soal Balqis dengan suara teragak-agak namun dia gagahi dirinya bertanya.

Perlukah dia bertanya? Dia pun tidak pasti. Yang dia tahu, dia terlalu ingin mendengar perkataan cinta itu keluar dari bibir suaminya. Semua ini bukanlah kerana perasaan tamak memandangkan layanan lelaki itu yang sudah cukup baik sekarang ini, tetapi ini adalah atas dasar keinginannya untuk mengetahui sejauh manakah perasaan suaminya terhadapnya.

Tengku Harith terus terkelu dari berkata-kata. Air liur ditelan laju. Mampukah aku memberikan cinta sejati buat Balqis? Aku bimbang aku tidak akan mampu. Aku risau, aku akan bakal kecewakan isteriku kelak jika aku berikan cinta yang tidak pasti. Kerana aku bukanlah lelaki yang baik serta soleh. Aku masih tidak yakin dengan diriku, bimbang aku bakal kecundang lagi.

Bukanlah senang mahu sempurnakan serta sucikan diri daripada maksiat yang sebelum ini, hari-hari dilakukan olehku. Semua itu memerlukan masa. Yang aku yakin, aku hanya boleh gembirakan hati Balqis sahaja sekarang ini. Cinta? Aku tidak yakin. Wanita seperti Balqis patut mendapat cinta suci yang sebenar. Aku perlu mempersiapkan diriku demi cinta kepada Allah SWT dulu sebelum cinta sejati itu aku berikan sepenuhnya buat Balqis. Ya Allah, bantulah aku..

“Qis….perlu ke kata-kata cinta tu? Jangan risaulah sayang..abang bukan tak sayangkan Qis pun sekarang ni, kan? Abang cuba layan Qis dengan sebaik mungkin..” serba-salah Tengku Harith berkata-kata demi menjaga hati Balqis. Wanita itu kelihatan mengerutkan dahi seketika bagai sedang memikirkan sesuatu lalu senyuman hambar terukir.

“Maaflah, bang. Qis tiba-tiba tanya soalan macam tu. Tak patut, kan? Sebab abang kan dah berubah sekarang ni. Itupun dah cukup baik. Qis gembira dan bahagia sekarang ni, bang..” Balqis meletakkan kembali kepalanya ke dada bidang suaminya itu. Tengku Harith kematian kata-kata. Hanya membungkam seribu bahasa.

“Abang takut, sayang. Abang takut abang kecewakan Qis. Iyalah, diri abang ni tak sempurna. Abang ni lelaki yang jahat. Abang pemabuk, pelaku maksiat. Abang tak yakin boleh berikan cinta sejati buat Qis. Abang takut abang tak mampu berubah sepenuhnya..” getus Tengku Harith dengan wajah sebal.

“Jangan cakap macam tu. Semua manusia tak sempurna kecuali nabi aje sebaik-baik manusia serta maksum. Qis pun tak terlepas dari berbuat kesilapan. Setiap yang bersalah sentiasa punyai peluang bertaubat, bang. Allah SWT itu maha Pengampun. Jangan bimbang atau gusar. Abang cuma perlu bertaubat nasuha sekarang ni, bang..” balas Balqis sambil memandang tepat ke wajah Tengu Harith yang mulai dilanda tanda tanya. Apakah itu taubat nasuha? Tengku Harith sendiri sudah ingat-ingat lupa.

“Boleh abang tanya apa itu taubat nasuha?”

“Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syarat-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah SWT ialah berazam serta tekad untuk meninggalkan, tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa atau maksiat yang pernah dilakukan. Yang kedua, menyesali dengan sesungguh hati sehingga tercetus rasa sedih dengan dosa-dosa lalu yang pernah dilakukan. Ketiga, segerakan meninggalkan dosa-dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Terakhir sekali, jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya dia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, umpatan, penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya..” terang Balqis panjang lebar.

Tengku Harith sudah terangguk-angguk seraya mengerutkan pula dahinya. Air matanya bergenang mendengarkan perkataan cacian, kutukan, penghinaan serta kezaliman. Semua itu pernah dilakukan olehnya terhadap Balqis. Pedihnya hati Tengku Harith ketika ini. Air mata sudah mengalir kini menyusuri pipinya. Pantas tubuh Balqis didakap olehnya erat, membuatkan wanita itu terkesima seketika dalam perasaan tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba sahaja suaminya memeluknya begitu erat? Terdengar esak tangis lelaki itu. Balqis cuba untuk melihat ke wajah Tengku Harith namun gagal kerana pelukan di badannya begitu erat. Gundah-gulana Balqis dibuat suaminya.

“Abang, kenapa abang menangis? Kenapa?” tanya Balqis turut sebak. Dia tidak boleh mendengar tangisan lelaki itu kerana dia juga nanti akan menangis sama. Perasaan suaminya juga adalah perasaannya.

“Ampunkan abang, Qis! Ampunkanlah abang! Banyak sangat kezaliman, penghinaan serta caci maki yang pernah abang hamburkan pada sayang….” sayunya suara Tengku Harith.

“Abang, Qis tak pernah pun salahkan abang. Malah, hari-hari Qis dah maafkan abang. Qis selalu mendoakan abang setiap hari…” sahut Balqis dalam sebak. Terharunya dia kerana perubahan Tengku Harith ini.

“Abang janji, sayang. Abang janji abang akan cekalkan hati untuk bertaubat nasuha. Qis tolong abang, ya sayang? Dan macam mana nak dapatkan tekad tu, sayang? Abang takut abang gagal. Iyalah, abang kan hari-hari buat maksiat semua tu. Nak tinggalkan cukup payah…”

“Yang pentingnya sekarang ni, abang dah betul-betul nak berubah. Malah abang dah tak buat lagi semua tu kan. Sekarang ni, abang kena kuatkan hati abang. Sucikan hati abang dengan selalu mengingati Allah. Baca Quran hari-hari dan jangan sesekali tinggalkan solat. Insya-Allah, bang. Abang takkan fikir lagi pasal perkara-perkara maksiat semua tu…” balas Balqis seraya melonggarkan pelukan. Tangannya merayap naik ke muka suaminya lalu air jernih yang masih galak mengalir di pipi Tengku Harith segera diseka lembut.

“Terima kasih, Qis. Thanks a lot. Sebab hadir dalam hidup abang…” getus Tengku Harith seraya merenung ke dalam mata isterinya yang bundar itu. Indah sungguh ciptaan Allah SWT. Kecantikan asli Balqis kini terserlah di hadapan matanya.

“Syukur kepada Allah kerana menjodohkan kita. Ada hikmahnya kita dijodohkan, bang. Qis sayangkan abang. Qis cintakan abang sangat-sangat. Terima kasih kerana sudi menerima diri Qis…” sahut Balqis pula sambil mencapai tangan suaminya. Diciumnya tangan itu cukup lama. Betapa dia menyayangi lelaki bergelar suaminya itu.

“Maafkan abang kerana tak berupaya bagi cinta buat masa sekarang ni Qis. Abang janji, abang akan persiapkan diri abang terlebih dahulu dalam mengejar cinta kepada Allah SWT. Nanti barulah abang yakin untuk berikan cinta sejati tu, sayang. Cinta yang tiada tolok bandingannya. Abang perlu bersihkan hati abang sebelum memberikan cinta suci yang selayaknya Qis dapat dari seorang lelaki bergelar suami Qis. Abang janji, sayang! Just give me some time..” terkeluar lagi air mata di pelupuk mata Tengku Harith. Balqis segera menyeka air mata itu sambil mengukir senyum manis.

“Abang janganlah risaukan Qis. Tadi tu Qis saja tanya abang pasal cinta. Tak bermaksud pun nak buat abang menangis macam ni. Maafkan Qis! Qis tak harapkan abang beri cinta untuk sekarang ni. Qis takkan paksa abang. Tapi Qis akan tunggu saat-saat tu sebab Qis yakin dengan abang!” balas Balqis beserta ciuman ke dagu suaminya. Mereka tersenyum kecil sambil masing-masing berpelukan semula.



TENGKU Harith meminta diri setelah mempelawa Nadia masuk ke rumahnya. Ketika itu sepupunya itu sibuk bersembang itu ini bersama Tengku Salmah, maklumlah sudah agak lama juga Nadia tidak menjengah ke rumah banglo itu bertemu emak saudaranya itu. Tengku Harith berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk memandangkan sudah masuk waktu Zohor ketika itu.

Hari ini hari Sabtu, Tengku Harith bercuti dan sepatutnya isterinya juga bercuti berehat di rumah sahaja pada hari itu. Tetapi Balqis pula dari pagi lagi sudah ke pejabat. Ada urusan kerja katanya. Walaupun Tengku Harith cuba menghalang wanita itu pergi, akhirnya dia terpaksa juga membenarkan kerana pujukan demi pujukan Balqis.

Tengku Harith menunaikan solat Zohor dengan penuh khusyuk serta tawaduk. Tiada apa yang dia harapkan melainkan keredhaan Allah SWT dan juga supaya segala amal ibadatnya diterima oleh Allah SWT. Dan semoga Allah SWT menerima taubatnya kerana setiap hari dia takkan pernah ketinggalan memohon ampun dari Allah dengan sepenuh hatinya serta timbul rasa penyesalan pada dosa-dosanya yang lalu. Semoga Allah SWT menerima taubatnya ini.



NADIA terhendap-hendap. Dia baru meminta diri dengan Tengku Salmah, kononnya untuk ke bilik air. Padahal dia mahu menyiasat tentang Tengku Harith. Tentang hidup sepupunya itu sekarang ini. Adakah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan oleh sepupunya itu? Bilakah agaknya masa yang diperlukan untuk Balqis menyerahkan kembali semua harta-harta kepada Tengku Harith?

Sebenarnya jauh di sudut hati Nadia, dia sudah tidak mampu untuk membezakan sama ada Tengku Harith benar-benar merancangkan sesuatu atau betul berubah. Dia sendiri takut melihat perubahan Tengku Harith. Bagaimana jika sepupunya itu benar-benar berubah? Nadia tergeleng-geleng lemah. Dia perlu yakin dengan Tengku Harith. Bukanlah mudah untuk lelaki seperti itu berubah!

Dan Nadia tahu sepupunya itu bukanlah seorang yang bodoh untuk menggandingkan diri dengan seorang perempuan kampung yang kolot serta tidak tahu malu! Ada hati nak jadi ma’am besar tapi tak lama lagi kau sendiri akan tahu langit itu tinggi atau rendah. Pasanglah impian kau tu jauh ke atas sana. Nanti sampai masanya kau akan jatuh tersungkur terus ke tanah. Masa tu, aku akan ketawakan kau cukup-cukup! Ada hati nak miliki Rith? Dalam mimpilah! Nadia tersenyum-senyum seorang diri dalam lamunannya.

“Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Segala puji-pujian hanyalah untuk-Mu ya Allah ya Rahman ya Rahim. Aku bersyukur ke hadrat-Mu kerana Engkau mengurniakan kepadaku seorang isteri solehah seperti Balqis. Sesungguhnya nikmat memiliki seorang isteri sepertinya adalah nikmat terbesar yang Engkau berikan sepanjang kehidupanku ini, ya Allah. Aku benar-benar bersyukur! Berikanlah kami kebahagiaan sehingga ke akhirnya. Jadikanlah Balqis sebagai penemanku ketika di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Bantulah aku dalam mendalami ilmu-Mu, ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Mengasihani hamba-hamba-Mu. Amin ya Rabbal alaminn..” terdengar bacaan doa yang dibacakan oleh Tengku Harith begitu jelas mengetuk gegendang telinga Nadia.

Habis terbuntang mata gadis itu ketika itu lalu dia cepat-cepat menjengahkan kepalanya ke pintu bilik Tengku Harith. Melalui celahan bukaan pintu berkenaan, dia nampak kelibat Tengku Harith yang sedang khusyuk mengalirkan air mata di atas sejadah. Lelaki itu kelihatan mengambil al-Quran lalu dibacanya dalam sebak serta tangisan yang mendayu-dayu seakan memahami butir ayat-ayat dari kalam Allah itu. Apa sudah berlaku? Apa yang sudah merasuk sepupunya itu agaknya? Takkanlah itu lakonan semata-mata? Balqis bukan ada pun jika dia nak berlakon begitu! Apa semua ni?! Nadia mulai bimbang.

Wajahnya sudah kemerahan kerana geram serta sakit hati. Takkanlah Rith berubah kerana Balqis? Dia jilat ludahnya? Rith cakap yang dia takkan sesekali jatuh hati pada perempuan tak guna tu! Tapi sekarang ni, apa dah jadi?! Nadia sudah memejamkan matanya seketika kerana terlalu tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya. Tengku Harith benar-benar berubahlah ni? Bukanlah sekadar lakonan seperti yang selalu dia sangka?

Nadia menghentakkan kakinya sambil mencebik sakit hati. Dia terus berlalu dari situ. Ini tidak boleh jadi! Sebuah rancangan perlu diatur supaya Tengku Harith terpisah dari Balqis. Jika perlu, aku akan bunuh perempuan tu lepas semua harta sudah jatuh ke tangan Rith semula! Tak guna punya perempuan! Gumam Nadia sendirian sambil berjalan. Sakitnya hati Nadia kini!




p/s : sorry lambat post new n3 ni...mmg sengaja melambat-lambatkan..manuskrip tengah disiapkan dgn tekun..enjoy this new n3...maaf jika ada tersalah silap n3 kali ni..tegur la ye kalo ada salah silap..jgn lupa komen ye.. :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 6/19/2011 07:05:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

19 comments:

  1. nadiah_abdllahSunday, June 19, 2011 at 7:23:00 PM GMT+8

    best.
    :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. akmal fatinSunday, June 19, 2011 at 7:53:00 PM GMT+8

    emmm unbelievable betoi harith bolh change...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Mahxiauwen Sunday, June 19, 2011 at 7:58:00 PM GMT+8

    Hoh, knpa Nadia mesti jahat..
    Menyampah sangat shery dgn Nadia ne

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. MisS_SyaSunday, June 19, 2011 at 8:01:00 PM GMT+8

    ahhhhhhhhhhh benci btoi dgn nadia dgn sherry bodoh tuuuu!!
    next sis...ni berkobar2 nk tau next ni...hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousSunday, June 19, 2011 at 8:01:00 PM GMT+8

    bodo punya betina dua ekor yg nmanyer nadia & sherry...bengap

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. UnknownSunday, June 19, 2011 at 8:03:00 PM GMT+8

    Sambung cepat2 tau,. .
    Dah xsabar nak tau apa rncangan Jahat Nadia n shery!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. ZassSunday, June 19, 2011 at 8:13:00 PM GMT+8

    kritikal sangat keadaan balqis sekarang ni.. dengan scinta suaminya yang belum pasti. dengan kejahatan dua setan gondol tu. sabarlah qis!! tapi seriously i say, aku memang tak berapa minta story yang perempuan yang hanya tergila-gilakan lelaki bukannya suami yang menggilai-gilai itserinya. tak best nak baca sebenarnya. kurang feel.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. nea_124Sunday, June 19, 2011 at 8:42:00 PM GMT+8

    wah....harith dh berubah...i like :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. SyaSunday, June 19, 2011 at 8:45:00 PM GMT+8

    nama saye pun nadia gak..hehe :)
    btw,best sgt! :D
    thanks kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AfifahSunday, June 19, 2011 at 8:46:00 PM GMT+8

    tak suka nadia dengan sherry..menyampah!
    harap lepas ni tak ada apa2 berlaku pada balqis.. :)
    thanks writer untuk n3 ni

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousSunday, June 19, 2011 at 11:47:00 PM GMT+8

    hope sgt cite nie x wat kte yang baca sakit aty k...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousMonday, June 20, 2011 at 1:48:00 AM GMT+8

    mge balqis x diapa-apakn nadia n sherry...

    fiqa

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousMonday, June 20, 2011 at 1:48:00 AM GMT+8

    mge balqis x diapa-apakn nadia n sherry...

    fiqa

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. ღAuni_AmauniღMonday, June 20, 2011 at 8:10:00 AM GMT+8

    jgn risau ye semua..

    balqish will be fine.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousMonday, June 20, 2011 at 9:35:00 AM GMT+8

    bagus3...qis selamat lg...tp rasa mcm akan buat ktorang menangis dulu b4 bahagia kn kn..

    * adil *

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. dewdropMonday, June 20, 2011 at 12:11:00 PM GMT+8

    astagfirullah..
    manusia ni mmg la suke beno berdengki dgn org..ape plak la plan jahat si nadia neh..xde kaitan lgsg harta2 tu dgn si nadia tu..so,ape mslh die nk sebok2..laen la bile harith dpt harta tu,die dpt share 50% ke..logik la jgk nk sebok2..xphm btol cek dibuatnye..isk3

    baek btol la balqis ni..harith,chaiyok2..u can do it..

    next2 :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. YongMonday, June 20, 2011 at 6:08:00 PM GMT+8

    hehehe selamat auni dah ckp balqis will b fine. hmm hope jap lagi harith blh ubah nadia plk. biar dia insaf gak.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. Nurul QisDhiraTuesday, June 21, 2011 at 7:23:00 PM GMT+8

    totally great !
    hrp2 balqis n harith dijauhkan dpd segala kejahatan...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. AnonymousWednesday, December 21, 2011 at 4:11:00 PM GMT+8

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu