
“Jom, ajarkan abang solat. Abang dah lupa macam mana nak solat. Lepas tu, abang nak mengaji Quran..” getus Tengku Harith lembut. Jemari Balqis dicapainya lalu diramas lembut. Ada perasaan yang hadir. Perasaan halus yang selama ini dia kuncikan dalam hatinya rapat-rapat selepas balik dari berbulan madu tempoh hari. Perasaan halus yang buatkan dia tewas dengan godaan Balqis pada malam itu.
Balqis bahagia mendengar kata-kata Tengku Harith. Tambah membahagiakan hatinya, Tengku Harith sudah mula bahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Melonjak-lonjak hati Balqis ketika ini sampaikan dia tidak sedar bahawa dia kini sedang mencium pipi Tengku Harith. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja sambil mengeratkan pelukan. Dia membalas ciuman Balqis dengan sebuah kucupan hangat dibibir isterinya itu. Terkesima Balqis buat seketika menerima ciuman Tengku Harith yang secara tiba-tiba itu.
wow siap ada teaser tuuuuuu...cepat sikit sis...dah xsabar2 lagi ni....cepattttt...bestnyaa bab2 romantik ni....huwaaa :P
ReplyDeletehmmm ... betul Tengku Harith dah insaf nie ..?? Atau ada agenda lain .... musykil nie ... Tapi tak sabar nak baca ..
ReplyDeletewoaa best tu...cepat..cepat nak baca ni. huhuhu tak sabar dah ni.
ReplyDeleteaduhai susahnye hati bila br dapat baca teaser. lambatnye mlm tiba...
tu betul ke harith dah insaf ke sebab nak harta?
fuhhh..romntik tuu..
ReplyDeleteni x sabo nk bca ni..haha
Woahahahaha
ReplyDeleteseronok lah klw macam ni,
xsabar tnggu nnti malam
kakak~~ jgn la wat lut cak lut cak.. waaa.... best2... cept2
ReplyDelete