-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, July 5, 2011

Hanya Milikmu 16


TENGKU Harith membaca al-Quran ketika itu. Balqis pula sudah lama terlena dibuai mimpi indah. Usai membaca al-Quran, Tengku Harith menutup kitab tersebut lalu disimpan semula ke atas rak berdekatan. Sudah pukul 2 pagi ketika itu. Dengan penuh rasa ketenangan, Tengku Harith mencapai sejadah. Tengku Harith menunaikan solat sunat Istikharah mengikut panduan seperti yang dibacanya dalam sebuah buku panduan solat-solat sunat tempoh hari. Entah mengapa dia teringin untuk melakukan solat sunat tersebut.

Selesai bersolat, Tengku Harith terus naik ke katil dan membaringkan tubuhnya bersebelahan tubuh isterinya. Tubuh Balqis ditarik ke dalam pelukannya lalu sebuah ciuman hangat dihadiahkan ke dahi wanita itu yang sedang lena diulit mimpi indah. Tengku Harith kini terus melelapkan matanya dengan perasaan tenang yang teramat.



BERLARI-LARI Tengku Harith saat itu. Dia jatuh tersungkur pula ketika sampai di suatu lorong gelap yang menyeramkan. Baru tadi bayangan seorang wanita jahat mengejarnya bersama sebuah botol berisi arak. Wanita jahat tersebut memaksanya membuka mulut apabila dia berkeras tidak mahu meneguk lagi air haram tersebut. Tengku Harith begitu ketakutan ketika itu kerana memikirkan yang dia mungkin meneguk lagi minuman haram itu.

Dia tidak mahu menurut walaupun nafsunya meronta-ronta mahukan walau seteguk air tersebut. Tengku Harith cuba menguatkan hati serta imannya ketika bayangan wanita jahat tadi kini semakin menghampirinya sambil ketawa mengilai-ngilai. Dengan penuh rasa debaran, Tengku Harith memejamkan matanya. Mungkin dengan menenangkan hatinya, dia akan mampu melawan segala-galanya ini.

Terasa bahunya disentuh lembut ketika Tengku Harith sedang ralik memejamkan matanya mencari ketenangan. Baru tadi ribut melanda kerajaan hatinya sehingga mengacau-bilaukan seluruh ketenangan hatinya. Nafsu begitu menguasai hati sehingga Tengku Harith ketakutan sendirian.

Tengku Harith membuka matanya perlahan. Terus hilang bayangan wanita jahat tadi. Malah dia kini berada di suatu tempat yang sungguh aman dan damai. Dia berkalih duduk. Wajah seseorang yang sedang tersenyum dijamah pandangan matanya. Bergetar jantungnya tatkala menyaksikan wajah mulus seorang wanita bertudung labuh di hadapannya. Wajah itu bersinar-sinar dengan cahaya terang yang sungguh menenangkan jiwa lelakinya. Kini ribut dalam hatinya semakin lama semakin reda apabila wanita itu datang menghampirinya sambil memeluk erat tubuhnya.

Kedua-dua belah pipi Tengku Harith kini dicium mesra oleh wanita itu. Berdegup jantung Tengku Harith sekali lagi ketika bibir lembut wanita itu menyentuh bibirnya pula. Badan Tengku Harith didakap semula oleh wanita itu dengan sepenuh hati sehinggakan Tengku Harith dapat merasai setiap helaan nafas wanita itu yang menampar-nampar lehernya. Balqis terus memeluk tubuh suaminya. Beberapa ketika kemudian Balqis melepaskan pelukan lalu memandang wajah suaminya tanpa berkelip.

Begitu juga Tengku Harith. Dia sudah terpegun melihat wajah anggun Balqis ketika itu. Wanita itu mengukir senyuman yang sungguh indah. Jantungnya seakan mahu luruh tatkala itu juga. Betapa indahnya ciptaan Allah SWT ini. Ciptaan maha agung-Nya yang bergelar seorang wanita serta isteri yang solehah. Tengku Harith kini nampak apa yang telah Allah SWT tunjukkan padanya. Balqis adalah jodohnya, Tengku Harith tahu itu. Tapi..



SEMINGGU berlalu..

TENGKU Harith duduk di sebuah restoran sambil memerhatikan bunga-bungaan yang tampak indah di seberang jalan. Kelibat Faiz kini kelihatan memasuki restoran berkenaan dengan wajah tercungap-cungap. Lambat lagi! Adoi! Faiz mengeluh sendirian melihat tubuh Tengku Harith yang sudah terpacak berdiri apabila dia sampai ke meja yang diduduki lelaki itu. Mesti kena leter lagi! Malas betullah! Gerutu Faiz di dalam hati.

Sudah lama dia tidak berjumpa Tengku Harith, sejak kali terakhir mereka bertemu ketika Tengku Harith berubah secara mengejut hari itu. Pada sangkaan Faiz, lelaki itu takkan lama bertahan dengan perubahan itu memandangkan cara hidupnya yang sebelum ini terlalu bebas. Bagaikan tiada apa-apa yang boleh menghalang Tengku Harith dari berbuat sesuatu. Perkara-perkara maksiat sememangnya sudah menjadi seperti darah daging lelaki itu sendiri.

“Assalamualaikum wahai kawanku! Semoga hari-hari kau diberkati oleh Allah SWT!” tegur Tengku Harith beserta senyuman mesra. Dia menepuk-nepuk belakang Faiz dengan lembut.

Aik? Tak berleter pulak dia hari ni? Malah, siap bagi salam macam gaya ustaz lagi tu! Memang betullah Rith dah berubah?! Ya Allah! Seorang yang dahulunya begitu jahil sebagai seorang muslim kini sudah berubah dalam sekelip mata?! Betapa besarnya kuasa-Mu ya Allah! Sempat Faiz memuji-muji kebesaran Allah SWT di dalam hati. Faiz tergaru-garu kepala sambil tersengih-sengih. Dah jadi ustaz agaknya Tengku Harith sekarang? Dengan ayat-ayat seolah sedang berceramah dan juga suara yang lembut tetapi bukanlah lembut kategori ‘aww’.

“Waalaikumussalam, ya ustaz!” usik Faiz tanpa sebarang niat pun mahu menyindir sahabatnya. Tengku Harith tertawa kecil sambil menggeleng-geleng kepala. “Wow! Apa dah jadi ni, Rith? Lama betul tak jumpa kau. Sampai macam ni sekali kau berubah? Aku ingatkan hari tu kau cuma hangat-hangat tahi ayam aje bila cakap nak berubah!” sambung Faiz sambil melabuhkan punggung ke kerusi empuk berhadapan Tengku Harith. Sahabatnya juga kelihatan turut duduk sama.

“Hisy, takkanlah berubah hangat-hangat tahi ayam aje? Kau ingat aku tak ikhlas ke?” duga Tengku Harith dengan wajah yang sengaja dibuat seperti sedang menahan geram.

“Iyalah, kau tu dahlah perangai macam syaitan dulu. Sesiapa pun sukar nak percaya yang kau dah berubah macam ni!” balas Faiz lagi sambil meledakkan tawa kecil.

“Hah, percaya ajelah! Takdir Allah SWT ni, kita mana boleh nak sangkal. Alhamdulillah Dia telah tunjukkan aku jalan yang sepatutnya aku ikut sejak dulu lagi..” sahut Tengku Harith bersama sebuah senyuman mesra.

Faiz sudah terkelip-kelip melihat mimik wajah Tengku Harith yang sememangnya lain dari yang lain. Bagai ada cahaya pada riak wajah itu. Serta-merta hati Faiz bagai berdebar melihat cahaya pada wajah sahabatnya itu. Alhamdulillah. Terdetik perkataan itu dalam hatinya.

“Bertuahlah kau dapat bini macam Balqis tu. Kan aku dah cakap, dia tu baik orangnya. Kau aje yang suka prasangka buruk kat dia. Kesian aku tengok dia tu. Dahlah anak yatim piatu, pernah didera bapa tiri sendiri dan dapat pula suami macam kau..tapi sekarang ni alhamdulillah kau dah sedar kesilapan kau dan dah pun berubah..” kata Faiz dengan senyuman ikhlas.

Senyuman Tengku Harith yang sejak tadi memekar tiba-tiba mati. Dia teringat kembali segala layanan-layanan buruknya pada Balqis dahulu. Betapa dia rasa berdosa dan menyesal kerana membuat hidup Balqis begitu. Ada air jernih yang tiba-tiba mengalir keluar dari tubir mata Tengku Harith membuatkan Faiz terperasankannya.

“Eh, kau okey ke Rith? Kenapa ni? Aku ada tersalah cakap?” menggelabah Faiz melihat dada Tengku Harith yang kini bergelora hebat.

Faiz tidak percaya lelaki seperti Tengku Harith kini mengalirkan air mata di hadapannya. Lelaki itu yang selama ini ego menggunung, bongkak serta suka meninggi diri. Bagaikan tidak percaya, Tengku Harith menjatuhkan segala ego serta kesombongannya selama ini dengan menangis hanya kerana seorang wanita. Dan jika kerana Balqis semuanya ini, memang Faiz tidak berasa pelik. Memang Balqis mampu menjadikan lelaki seperti ini menangis. Tengku Harith mengesat air mata yang mengalir di pipinya sambil tergeleng-geleng kepala.

“Aku dah banyak berdosa kat dia. Aku banyak seksa dia, Faiz. Lelaki macam aku ni, memang tak patut jadi suami mana-mana wanita pun! Aku tak berguna!” Tengku Harith bagai berada dalam dunianya sendiri.

“Ish! Janganlah cakap macam tu. What past is the past. Let bygone be bygone! Yang pentingnya sekarang ni, Rith..” Faiz memberikan nasihat.

“Aku benci diri aku. Kau tak tahu apa yang aku dah buat pada Balqis. Macam-macam perkara kejam yang aku dah buat kat dia. Aku rasa sesiapa pun tak boleh nak maafkan perbuatan aku tu. Tapi Balqis…dia maafkan aku tanpa banyak fikir dan banyak soal. Dia memang seorang isteri yang baik..”

“Maksud kau? Kau dah banyak lakukan perkara kejam kat Balqis tu..perkara apa?” telah Faiz pula, cuba menebak apa yang dimaksudkan oleh Tengku Harith tadi.

Tengku Harith mengeluh berat lalu menceritakan segala-galanya kepada Faiz. Membesar mata Faiz saat mendengar cerita Tengku Harith. Padanlah kini sahabatnya itu begitu terseksa batin kerana terkenangkan peristiwa lalu. Akan tetapi, sampai macam tu sekali Tengku Harith memperlakukan Balqis? Macam objek yang tak berperasaan. Faiz geram juga kala mendengar. Lelaki dayus sahaja yang menyeksa kaum wanita! Dan Faiz amat bencikan lelaki-lelaki dayus.

“Hisy! Kau ni kan Rith. Kenapalah kau tergamak buat Balqis macam tu? Kau tak kesiankan dia ke? Pertama kali aku tengok dia pun, aku dah tau dia tu perempuan baik-baik. Bertuah lelaki yang dapat memiliki dia. Dan kaulah lelaki bertuah tu. Kalau kau tak jaga dia lagi lepas ni, kau jangan harap aku nak maafkan kau..” Faiz berkata jujur bersama satu rengusan kecil.

Agak sakit hatinya mendengar pengakuan Tengku Harith. Sungguh tidak berperikemanusiaan. Sampaikan semasa emak wanita itu menghembuskan nafas terakhir pun, Tengku Harith tidak membawakan Balqis kepada emaknya. Melampau! Faiz hanya mampu berdoa serta berharap Tengku Harith akan kekal dengan perubahannya ini sampai bila-bila dan menjaga Balqis sebaik mungkin.

“Insya-Allah, Faiz. Aku memang akan jaga dia untuk tebus segala kesalahan aku pada dia dulu. Tapi..”

“Apa yang tapinya lagi ni?” Faiz sudah mengerutkan dahi mendengar kata-kata Tengku Harith serta mimik mukanya yang seolah-olah buntu tentang sesuatu.

“Aku masih tak yakin dapat mencintai dia seperti selayaknya dia dapat dari seorang suami!” balas Tengku Harith bersama sebuah keluhan kecil. Faiz membesarkan matanya tanda terkejut dengan pengakuan telus sahabatnya itu.

“Ya Allah! Apa yang kau merepek ni, bahlul?!” Faiz terjerit kecil.

“Aku tak merepek! Aku bimbang aku bakal sakiti Balqis lagi lepas ni. Iyalah, aku ni kan seorang yang jahat. Aku bimbang sangat kalau suatu hari nanti nafsu kembali menguasai diri aku ni. Aku bimbang taubat nasuha yang aku buat menjadi sia-sia. Aku tak sesuai untuk dia..” getus Tengku Harith dalam suara bergetar.

“Kau ni kan! Taubat nasuha ni mana boleh main-main. Kau dah buat taubat nasuha ke? Kalau kau dah buat, kau kena tunaikan apa janji kau pada Allah. Aku ni walaupun taklah alim tapi aku tau jugak hukum-hakam agama ni. Kau jangan buat main-main, Rith. Tu janji kau dengan Allah dan juga diri kau sendiri..” bangkang Faiz dengan sepenuh hati.

“Aku keliru..” pendek jawapan Tengku Harith. “Aku dah bertaubat nasuha. Tapi..aku masih takut nafsu aku tak dapat dikawal. Aku macam tak yakin!”

“Kau ni dah gila agaknya? Kau buat taubat nasuha tu, kau kenalah yakin bahawa diri kau boleh berubah..”

Tengku Harith terus terkedu tanpa kata. Benar kata Faiz itu. Kenapa aku masih mahu ragu-ragu? Kenapa aku masih mahu mengelirukan hatiku sendiri sedangkan agama Islam adalah agama yang begitu suci dan mulia? Segala tekad dan nekad yang aku niatkan perlulah aku laksanakan dengan sesungguh hati. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat seperti Faiz serta seorang isteri solehah seumpama Balqis. Rupanya orang-orang di sekelilingku adalah orang-orang yang selalu mengajak ke arah kebaikan. Aku aje yang tak sedar selama ni! Tengku Harith sebak sendirian.

“Terima kasih, Faiz. Aku dah sedar sekarang ni. Yes, I was wrong. Aku dah nekad dan aku akan cekalkan hati aku..dan Balqis, aku akan cuba cintai dia..aku akan layan dia dengan lebih baik..”

“Macam mana layanan kau pada Balqis sekarang?” soal Faiz laju.

“Aku layan dia sebaik mungkin. Aku jaga dia selalu. Aku takkan boleh tengok dia menangis lagi sebab aku..” balas Tengku Harith beserta sebuah perasaan yang dia sendiri tak dapat mengertikan. Yang dia tahu, perasaan ini adalah suatu perasaan yang baik.

“Apa perasaan kau masa kau layan dia macam sekarang ni?” duga Faiz sambil mengerutkan dahinya. Tengku Harith terdiam seketika, bagai sedang menyelami perasaannya sendiri.

“Aku rasa…bahagia. Aku rasa…gembira..bila dia senyum, aku rasa puas hati. Bila dia ketawa, aku rasa suatu perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Entahlah, Faiz. It’s something that can’t be explain by words..” getus Tengku Harith, bagaikan berada dalam dunianya sendiri. Wajahnya terus berubah ceria ketika menceritakan perasaannya terhadap Balqis. Faiz tertawa kecil lalu berdehem.

“Kau sebenarnya dah mula sayangkan dia. Aku yakin kau ni memang dah tangkap cintan dengan si Balqis tu..” Faiz berkata setelah tawa kecilnya reda.

“Iya ke ni? Macam mana kau boleh pasti sedangkan aku sendiri keliru?” soal Tengku Harith pula. Faiz tersengih sahaja.

“Tu muka berseri-seri kau tu yang bagitau aku pasal perasaan kau. Kau ni kan, macamlah aku baru kenal. Selama ni, kau mana pernah macam ni. Dulu kau tu bukanlah dalam kategori layan perasaan macam ni. Kau dulu kan hati kering, manalah kau pandai hiraukan hati orang lain. Kau ni, agak-agaklah! Aku kan kawan baik kau! Aku kenal kaulah, bahlul!” sahut Faiz dengan ledakan tawa besar. Lucu melihat rona merah yang mulai terukir di wajah sahabatnya itu. Ternyata benar tekaannya.

“Alhamdulillah kalau macam tu. Betullah apa yang aku dah mimpikan. Erm..kau tau tak, dah seminggu berturut-turut aku buat solat sunat Istikharah memohon petunjuk dari Allah tentang jodoh aku walaupun aku dah kahwin ni. Memang Allah itu Maha Besar. Dia tunjukkan aku wajah Balqis dalam setiap mimpi aku pada malam-malam itu. Dengan pernyataan kau lagi tadi, buatkan aku terus yakin bahawa aku sudah mula cintakan Balqis. Thanks sebab sedarkan aku tentang petunjuk yang Allah sendiri dah tunjukkan pada aku. Yes, I’m in love with her! Boleh pula aku keliru lagi lepas dah dapat petunjuk Allah. Thanks a lot, Faiz. Alhamdulillah..” ucap Tengku Harith beserta rasa bersyukur yang teramat sangat.

Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT. Perasaan halus yang selalu datang sebelum ini terus menerjah ke ruang hati Tengku Harith, menimbulkan bibit-bibit cinta yang mulai berputik buat Balqis.

Faiz tersengih puas hati. Alhamdulillah. Faiz turut gembira dengan perubahan dan kebahagiaan Tengku Harith itu.



“ASSALAMUALAIKUM, abang. Jom kita solat subuh, bang..” panggil Balqis lembut ketika itu. Tengku Harith yang masih terlena kelihatan membuka perlahan matanya yang dibasahi sedikit air jernih. Pelukan di badan isterinya dieratkan lalu dahi wanita itu dikucup berkali-kali sepenuh kasih.

Bayangan semalam kembali bermain-main di benak Tengku Harith. Ketika Tengku Harith pulang ke rumah selepas pertemuannya dengan Faiz petang semalam, Balqis sudah pun terlena dibuai mimpi indah. Mungkin kerana penat bekerja dan juga penat kerana kandungannya yang sudah semakin membesar. Selalu sahaja Balqis keletihan lalu tertidur awal selepas menunaikan solat Isyak. Tengku Harith faham juga semua itu. Dia tahu, bukanlah senang untuk isterinya itu memikul tanggungjawab menguruskan sebuah syarikat besar ketika dalam keadaan hamil begitu.

Melihatkan tubuh isterinya yang sedang lena, Tengku Harith naik ke katil lalu memeluk erat-erat isterinya. Perasaan halus yang sebelum ini selalu hadir dibiarkan terus menusuk ke tangkai hatinya. Perasaan ini sungguh indah serta memekar di dalam hati Tengku Harith sekarang. Ya, tidak syak lagi! Kini dia lebih yakin untuk mengakui cintanya. Inilah perasaan cinta yang dirasai buat isterinya yang seorang itu. Ya Allah, alhamdulillah. Terima kasih kerana menyedarkan aku.

Lamunan Tengku Harith terus mati apabila terasa kucupan hangat di dagunya seperti yang selalu Balqis hadiahkan padanya pada setiap pagi.

“Waalaikumussalam, sayang. Sayang..abang cintakan Qis..” terdengar suara lembut Tengku Harith berbisik ke telinga Balqis. Wanita dalam pelukannya itu terus berkalih pandang ke wajahnya.

“Abang…” Balqis kematian kata-kata. Dia benar-benar terkesima mendengar perkataan-perkataan keramat itu. Ayat yang selalu dinantikan olehnya. Setelah seketika, Balqis tersenyum bahagia.

“Qis juga cintakan abang..” balas Balqis. Tengku Harith tersenyum puas hati. Dia lalu menceritakan tentang mimpinya setelah bersolat Istikharah. Betapa susahnya dia mahu melawan nafsu sehinggalah Balqis muncul menenangkan hatinya.

“Alhamdulillah, bang. Bersyukur ke hadrat Allah SWT. Dengan solat sunat Istikharah juga abang mendapat petunjuk dari-Nya. Alhamdulillah..” kata Balqis gembira.

Tengku Harith juga begitu. Dia tersangatlah gembira dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan dalam kehidupannya ketika ini. Alhadulillah. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan ini..

“Qis, abang janji. Baby kita yang akan lahir nanti ni, akan abang didik dengan sepenuh ilmu agama yang cukup. Supaya dia tidak terjerumus macam abi dia ni. Abang tak nak anak kita nanti jadi macam abang..jahil sangat tentang agama!” ujar Tengku Harith sambil mengusap lembut perut Balqis yang sudah besar.

Dikucupnya pula perut wanita kesayangannya itu semahu-mahunya. Balqis mengalirkan air mata saat menatap perlakuan suaminya itu. Betapa rasa bahagia menyelinap terus ke tangkai hatinya sejak kebelakangan ini. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat-Mu yang tidak terhingga banyaknya ini..

“Qis pun akan didik dia dengan baik. Sama-samalah kita, bang..” getus Balqis dengan senyuman manis. Air mata di pipinya diseka laju oleh jemari kasar Tengku Harith. Lelaki itu terus menguatkan pelukan sebelum mereka turun dari katil lalu membersihkan diri untuk menunaikan solat Subuh bersama-sama.



p/s : mmg pendek pun n3 kali ni..hehe apa2 pun, enjoy ye..jgn lupo komen2 anda~ kalo byk komen, ada lagi nnti n3 utk tatapan korang..hehehe~ :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/05/2011 01:05:00 AM
Labels: Hanya Milikmu

19 comments:

  1. UnknownTuesday, July 5, 2011 at 1:36:00 AM GMT+8

    Haha, dah lama dah saya tunggu n3 baru ni,. .
    ..
    ..
    Makin oke lah citer nya! =))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ZassTuesday, July 5, 2011 at 1:47:00 AM GMT+8

    wah kejamnya stetement dia atas tu. maknanya kalau tak rami yg komen takde n3 barulah begtiu? kejam tau you! hehehe....


    kekalkanlah kebehagiaan mereka amin... nak baby cepat3!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousTuesday, July 5, 2011 at 1:53:00 AM GMT+8

    nak dpt baby~~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousTuesday, July 5, 2011 at 6:42:00 AM GMT+8

    hehe..x sabar tngu next en3.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. Mahxiauwen Tuesday, July 5, 2011 at 7:21:00 AM GMT+8

    Best...
    Ema mau lagik kak;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. MisS_SyaTuesday, July 5, 2011 at 10:55:00 AM GMT+8

    bestnya..tenkiu sis!cpat2 la kuar novelnyaaa...aminn. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousTuesday, July 5, 2011 at 10:55:00 AM GMT+8

    so sweet. keep it up..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. haniTuesday, July 5, 2011 at 11:16:00 AM GMT+8

    alhamdulillah....ahirnya harith yakin menyintai balqis....biarlah harith tetap dgn iman yang kukuh dpt melindungi balqis dan baby dari dengki manusia.........terharu....best nak lagi...!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. syazriniTuesday, July 5, 2011 at 4:43:00 PM GMT+8

    as usual..the best!!!!!!!!!! tenks sis ^^ akhirnya harith ngaku die cintakn balqish..........like like like like likeeee!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. dewdropTuesday, July 5, 2011 at 6:40:00 PM GMT+8

    akhirnye..penantian balqis berakhir..susah nk cari kawan mcm faiz..kawan yg gelak,gelak jgk..tp ttp usaha nk bawa shbt pd jln yg btol..go faiz..cpt2 la kawen plak :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. nea_124Tuesday, July 5, 2011 at 6:43:00 PM GMT+8

    wee~~nk kena komen byk2 nie..baru en3 baru ada cepat..hehehe...

    Alhamdulillah...harith dh jumper jodoh yg paling baik utk dye :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. ღAuni_AmauniღTuesday, July 5, 2011 at 8:27:00 PM GMT+8

    hoho thanks kpd yg komen tu.. :)

    kpd silent reader, sudi2kanlah komen sepatah dua :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. cikpahTuesday, July 5, 2011 at 8:55:00 PM GMT+8

    hoyeah!! saya suke crita nieyh~~~<3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousTuesday, July 5, 2011 at 10:00:00 PM GMT+8

    nk lgi...suke sesgt!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. YongTuesday, July 5, 2011 at 10:15:00 PM GMT+8

    ha blh kira cam pre ending dah ni. cepat2 kasi minah sesat 2org tu balik ke pangkal jalan. wat time next entry ke. hehehe. xnak berdebar2 lama2.letih tau.
    pastu kasi baby lahir n happy ending suma.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 5:03:00 PM GMT+8

    ok...saya nak komen gak...hihiihih bagus2...suke cite ni...nak n3 lg...Auni Amauni...idea n olahan ayat yg cukup profesional...:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. SyaThursday, July 7, 2011 at 6:24:00 PM GMT+8

    kakak~nak lagi ! huhu~ :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AMANINA MUHAIMIN ABD NAEEIMSaturday, December 31, 2011 at 12:51:00 AM GMT+8

    best.thumbs up

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. Ayu dzulkarnainFriday, May 11, 2012 at 1:30:00 AM GMT+8

    Baru syok.. Best sgt. Moga harith cekal melawan Nafsu n godaan.
    Harap nadia dpt hidayah jugak..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu