-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, July 5, 2011

Hanya Milikmu 17


“RITH! You jangan macam ni. Jangan tinggalkan I, Rith. I merayu pada you. Please, dear! I love you!” separuh merayu suara Sherry ketika Tengku Harith tidak mahu melayannya. Nadialah yang merancangkan pertemuan Sherry dan Tengku Harith. Tidak terduga oleh Tengku Harith rupanya Nadia sengaja menipunya untuk memberi laluan kepada Sherry untuk bertemu dengannya.

“Just now you heard me, right? I tak nak ada apa-apa lagi hubungan dengan you. Kalau you masih nak jadi kawan I, you tolong lupakan perasaan you pada I. I’m a married man now. Don’t be so ignorant regarding this matter!” tegas Tengku Harith.

Mencerlung pandangan mata Sherry ketika ini ke arah muka merah menyala Tengku Harith. Dia tahu lelaki itu sedang serius dengan kata-katanya. Dan Sherry langsung tidak suka melihat Tengku Harith begitu. Melayaninya seperti membenci dirinya. Lelaki itu sudah biasa memanjakan dirinya sebelum ini namun sekarang, lelaki itu mahu membuangnya pula dari hidup? Ah, mengarut aje semua ni! Jangan buat I rasa tercabar, Rith! Sherry sempat berkata di dalam hati.

“Tapi I cintakan you! Can’t you see it?!” jerit Sherry sekuat hati.

Nasiblah mereka kini berada di suatu tempat yang agak terpencil dari orang ramai. Kata Nadia tadi, keretanya termati di situ. Jadinya, dia mintak tolong Tengku Harith supaya datang mengambilnya di situ. Tetapi apabila Tengku Harith tiba, kelibat Sherry pula yang kelihatan keluar dari perut kereta BMW milik Nadia. Alangkah terkejutnya Tengku Harith ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu.

“Cinta? You boleh terangkan apa itu cinta?” sinis kata-kata Tengku Harith.

“Cinta adalah perasaanlah! Perasaan sayang I pada you yang tak berbelah bahagi ni! You pun tahu kan yang I dari dulu lagi setia mencintai you?!” balas Sherry dengan wajah marah. Dia pandang ke dalam anak mata Tengku Harith yang menghala ke arah lain.

“Kalau you cintakan I, you dah redha jika nampak I berbahagia sekarang! Kalau you betul sayangkan I, you dah biarkan hidup I sempurna seperti sekarang. Bukannya telefon I hari-hari, hantar mesej ajak pergi buat maksiat! You sepatutnya berubah jugak. Jagalah diri you sebagai seorang perempuan. Maruah diri you tu jagalah elok-elok. Tutuplah aurat you supaya lelaki lain selain suami you sendiri takkan bernafsu melihat tubuh you..” kata Tengku Harith lagi dengan wajah semakin memerah. Dia masih bengang dengan sepupunya Nadia yang menipunya hidup-hidup.

“Habis tu, you bernafsu tengok I sekarang ni? Tengoklah Rith. Lagipun I ni kan bakal isteri you jugak nanti? You sendiri yang cakap, you nak ceraikan betina sial tu tak lama lagi!” pujuk Sherry sambil cuba memeluk tubuh Tengku Harith namun pantas sahaja lelaki itu mengelak serta melarikan pandangan ke arah lain. Pakaian Sherry terlalu singkat dan seksi. Dan dia sebagai lelaki perlu menjaga pandangannya dari memandang tubuh seorang perempuan asing yang terdedah begitu.

“I warn you. Jangan buat lagi perangai tadi tu. I tak suka! Kita bukan muhrim! You jangan cuba dekati I..dan jangan sesekali you panggil isteri I dengan panggilan tak elok. I takkan ceraikan dia. Dia akan tetap jadi isteri I sampai bila-bila pun..” Tengku Harith mendengus kasar sambil cuba berlalu dari situ namun tubuhnya pantas dirangkul oleh Sherry dari belakang. Pantas Tengku Harith melonggarkan pelukan Sherry lalu menolak tubuh itu jauh darinya.

“Kau jangan nak cuba buat lagi perkara tadi! Aku bagi amaran keras terakhir ni..” jari telunjuk Tengku Harith sudah melurus ke wajah Sherry membuatkan gadis itu terduduk di atas tanah. Kecewanya hati Sherry ditolak berkali-kali oleh lelaki idamannya itu.

“You pernah cakap, I adalah segala-galanya untuk you. You pernah cakap, you juga cintakan I…you bagi harapan pada I bila you cakap, you nak ceraikan isteri you tu..” Sherry menangis teresak-esak. Dia begitu patah hati kini.

“Sherry, I’m so sorry. Sebelum ni, I buta. I tak tahu apa itu cinta. I rasa, dulu I lebih cintakan penampilan seksi you dan sikap manja you. Dan sekarang I tahu dan sedar itu semua cinta palsu semata-mata. Semua itu hanya nafsu dan godaan syaitan..” balas Tengku Harith dengan rasa kesal. Menggunung rasa bersalahnya buat Sherry. Memang salah dia juga dulu kerana terlalu melayan kata nafsu serta hasutan syaitan.

“Tapi, you kena bertanggungjawab atas semua tu, Rith! You buat I patah hati sekarang ni..sebab ubat guna-guna yang betina sial tu bagi pada you, you dah berubah macam ni? You berubah terlalu mendadak, Rith. I bukanlah bodoh untuk percaya semua itu adalah benar tentang diri you! You dah kena ubat guna-guna dia..I tahu! Rith, please wake up!” teresak-esak Sherry ketika ini dengan badan yang sudah terhenjut-henjut. Air matanya sudah deras.

Panas hati Tengku Harith mendengar tuduhan tidak berasas yang baru sahaja Sherry tuturkan. Mencerlung pandangannya kini memandang sekilas ke arah Sherry lalu rengusan kuat kedengaran bergema.

“You jangan cuba nak tuduh yang bukan-bukan! Balqis seorang wanita baik-baik! You tak kenal dia. You jangan nak main tuduh aje tanpa bukti! Lagipun, I nak bertanggungjawab apa pada you? I tak pernah pun tidur dengan you atau mana-mana perempuan lain. Pasal main-mainkan perasaan you tu, I mintak maaf. I harap, you dapat lupakan I. Please, move on your life..” hambur Tengku Harith dengan wajah menyinga marah.

Siapalah yang tidak bengang jika isteri sendiri diburuk-burukkan oleh orang lain. Itu pun dengan tuduhan tanpa bukti kukuh! Lagipun Balqis adalah wanita yang baik, tidak mungkin isterinya itu sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk tundukkan dia.

“Please, Rith. I tak boleh kehilangan you. I akan mati tanpa you, sayang…” ujar Sherry lagi sambil cuba memaut kaki Tengku Harith namun pantas sahaja lelaki itu mengelak. Kali ini Sherry sudah berdiri semula sambil teresak menangis tanpa henti.

“Cintailah Allah, Sherry. Cintai Pencipta alam ni terlebih dahulu lebih baik dari you cintai makhluk ciptaan-Nya. Nanti Allah sendiri akan berikan you jodoh terbaik untuk you. Cintailah Allah kerana Allah takkan sesekali mengecewakan hamba-hambaNya. Setiap dugaan atau kesempitan hidup yang Allah beri hanya untuk uji diri kita ni, sebab Dia sayangkan kita. Setiap hamba-hambaNya yang selalu mengingati-Nya akan sentiasa beroleh pahala serta syurga yang kekal hakiki di akhirat kelak…bertaubatlah, Sherry. Sebelum tiba hari kiamat..” getus Tengku Harith, persis seorang ustaz.

Sherry terpana dalam perasaan sakit hati. Sungguh tidak tercapai dek akalnya bahawa Tengku Harith boleh mengeluarkan ayat-ayat kolot seperti itu. Satu pun kata-kata hikmah Tengku Harith tadi tidak tertusuk ke hatinya. Malah, dia berasa tercabar kini. Bencinya dia pada Balqis kerana merubah lelaki kesayangannya sehingga menjadi sekolot ini! Aku akan binasakan kau jugak suatu hari nanti, Balqis! Baru puas hati aku! Gumam Sherry dalam hatinya.

“You jangan harap I akan lepaskan you, Rith!” jerit Sherry dengan nafas tertahan-tahan menahan geram lalu berlari laju ke arah Tengku Harith.

Ditolaknya tubuh sasa lelaki itu sehingga tidak seimbang lalu dia memeluk tubuh itu. Kini mereka berdua jatuh ke atas tanah. Sherry tidak mahu melepaskan tubuh Tengku Harith walaupun lelaki itu meronta-ronta. Sherry cuba untuk melemahkan Tengku Harith dengan tubuh seksinya. Tengku Harith cuba untuk tidak berkasar dengan Sherry namun gadis itu telah memaksanya kali ini. Dengan kasar, dia menyentap rambut Sherry lalu tubuh gadis itu segera dijauhkan dari dirinya dengan tolakan kasar. Dia bangun kini dengan wajah menyinga marah. Merah menyala muka Tengku Harith ketika ini. Sherry sudah terjerit-jerit kesakitan ketika itu sambil memegang kulit kepalanya yang terasa menyengat sakit akibat dari tarikan Tengku Harith yang menarik rambutnya seketika tadi.

“You jangan cuba nak buat macam tadi lagi! Jangan ingat yang I takkan berkasar dengan you! Don’t you ever do that again!” marah Tengku Harith sebelum berlalu masuk ke dalam perut keretanya. Wajahnya sudah berubah bengang yang teramat sangat. Dengan pantas, Tengku Harith memecut keretanya selepas menghidupkan enjin.

Sherry menangis dan meraung sekuat hatinya. Perasaan geram, marah, sakit hati, kecewa serta patah hati kini bercantum menjadi suatu perasaan benci yang meluap-luap. Sakit betul hatinya kerana sikap Tengku Harith. Dan semuanya itu adalah salah Balqis! Ya, Balqis! Kau jangan harap dapat hidup bahagia selamanya dengan Rith! Dia tu kekasih aku! Berani kau rampas kekasih aku?! Sial punya betina! Bergelora hebat dada Sherry ketika membayangkan wajah bahagia Balqis dan Tengku Harith. Bibirnya digigit tanda sedang geram lalu kakinya dihentak-hentak kuat. Sakitnya hati!



NADIA menekan butang hijau apabila sudah berkali-kali panggilan Tengku Harith tidak dijawabnya. Tekanan dia melihat nama sepupunya itu yang kerap naik di skrin telefon bimbitnya. Ini mesti tak lain dan tak bukan, nak ungkit pasal kes dia menipu sepupunya itu kerana ingin mempertemukan lelaki itu dengan Sherry.

“Hello, Rith. Hah, apasal ni?” soal Nadia acuh tak acuh. Dalam hatinya berdebar, bimbang akan dimarahi. Bukannya dia tidak kenal sikap panas baran sepupunya itu.

“Assalamualaikum!” kedengaran Tengku Harith memberikan salam.

“Waalaikumussalam. Apahal ni call aku banyak-banyak kali? Tadi aku tengah mandilah..” bohong Nadia dengan lancar.

“Kenapa kau tipu aku tadi??!” marah benar Tengku Harith mendengar suara selamba badak Nadia dari hujung telefon.

“Ala, rilekslah!”

“Kau suruh aku rileks? Kau tau tak si Sherry tu dah gila! Kau pun tau aku dah tak nak jumpa dia lagi. Kenapa kau nak buat aku macam ni?” gerutu Tengku Harith dengan wajah tidak puas hati.

“Dia yang nak sangat jumpa kau. Aku kesiankan dialah, Rith. Dia tu terlalu cintakan kau. Salah kau jugak sebab tinggalkan dia..lepas tu hamilkan si Balqis pulak kan..” perli Nadia sinis beserta alasan yang entah apa-apa.

“Hei, memang patut pun aku menimang anak dengan isteri aku sendiri. Takkan itu pun salah? Lagipun, kisah aku dengan Sherry dah lama berakhirlah. Kau bukannya tak tahu yang aku sekarang ni dah berkahwin dan bakal timang anak lagi tu!” bebel Tengku Harith dengan wajah berkerut. Terdengar keluhan Nadia dari dalam telefon.

“Kau jangan nak hipokritlah, Rith! Takkan lama punya perubahan kau tu. Aku kenal kaulah! Kita sepupu paling rapat, kawan sejak kecil lagi. Dah macam adik-beradik hubungan kita ni. Takkan semudah itu kau berubah kan? Kau tu dah teguk arak dan tak pernah nak sembahyang atau berpuasa. Hati kau tu pun dah hitam macam hati kami ni. Takkanlah kau mudah sangat berubah? Tak sangka kau nak jadi kolot macam isteri kau jugak! Aku berani bertaruh, kau takkan lama tinggalkan arak tu..” duga Nadia dengan bebola matanya berpusing sana-sini. Sambil itu juga, dia mengeluh lagi. Menyampah mendengar kata-kata sepupunya.

“Demi Allah, Nad. Aku memang betul-betul nak terus berubah jadi macam ni. Kita ni kalau betul-betul berniat nak berubah, nak bertaubat tentulah Allah terima taubat kita tu, Nad. Dengan janji yang kita takkan buat lagi perangai lama kita. Aku dah nekad, aku memang akan berubah macam ni sampai bila-bila, Nad. Kalau kau benar-benar sepupu aku yang paling rapat, mesti kau faham aku kan? Berubah macam ni kau cakap kolot?” terang Tengku Harith dengan wajah serius. Mana mungkin dia bermain-main dengan perubahan dirinya sekarang ini.

Nadia sudah membuntangkan matanya. Sakit hatinya mendengar bait-bait ayat persis seorang ustaz yang baru sahaja Tengku Harith keluarkan. Dia menarik nafas menahan rasa geram yang begitu menghimpit jiwanya. Mahu gila dia memikirkan perangai sepupunya itu yang sudah berubah 100%.

“Ahh! This is nonsense! Kau kenapa ni, Rith? Kenapa kau nak berubah? Tak bestlah macam ni! Hei, Rith! Kalau kau masih lagi sepupu aku, kau fikirlah balik. Dulu hidup kau bebas, tak ada sesiapa pun boleh kongkong atau halang kau buat sesuatu yang kau nak buat. Tapi sekarang, kau jadi bodoh macam ni kenapa? Nak pulak kau kena kongkong dengan agama dan jugak dengan bini kau tu. Kolotlah tu!” teriak Nadia bagaikan seseorang yang sudah tidak beragama. Sakit betul hatinya mendengar ceramah-ceramah dari mulut Tengku Harith yang dahulunya sangatlah sporting. Dah jadi ustaz pula sepupunya itu sekarang? Dan semua ini adalah salah Balqis sejak dari mula lagi!

“Astaghfirullahal’azim, Nad! Kau ni dah kena sampuk ke apa? Baik kau mengucap sekarang. Kau tak takut murtad ke dengan cakap macam tu?!” tegur Tengku Harith laju. Dia tergeleng-geleng kepala. Kesal dan sedih dengan sikap Nadia.

“Kau tak payah nak nasihatkan akulah! Mati nanti pun bukan aku berkongsi kubur dengan kau! Nak nasihatkan aku ni, cermin diri kau tu dulu. Kau pun sama jugak macam akulah dulu-dulu. Kau sendiri yang pilih nak jadi kolot, kan? Pergilah kau belajar agama tinggi-tinggi sampai jadi ustaz! Ustaz yang kolot!” bentak Nadia dengan perasaan berang. Bagaikan seseorang yang sudah hilang akal lagaknya. Dia pun tidak sedar apa yang dikatakan olehnya, yang penting hatinya berasa puas. Memang dia terlalu sakit hati ketika ini.

“Astaghfirullahal’azimmm..baik kau mengucap sekarang ni jugak, Nad! Aku memang dah cermin diri aku dan aku tahu, tak ada manusia pun yang sempurna macam nabi kita yang sememangnya sebaik-baik manusia serta maksum. Walaupun begitu, aku tau jugak nak bezakan mana baik dan buruknya sekarang ni. Tak semestinya aku kena sempurna dulu baru aku boleh tegur sesuatu yang tak baik. Budak-budak sekolah rendah pun dah belajar tentang asas perkara baik dan buruk dalam agama. Kalau nak tunggu masa aku jadi sempurna tu, maksiat dan kemungkaran pun dah berleluasa dulu. Ya Allah, Nad. Kau bertaubatlah sekarang ni. Masih sempat lagi..bawakkan mengucap..” tegur Tengku Harith lagi membuatkan rengusan Nadia semakin kuat kedengaran.

“Ahh! Aku punya sukalah macam mana pun! Dahlah, bosan cakap dengan kau sekarang ni! Kau dah tak macam dulu, malas aku nak bertekak dengan ustaz wannabe macam kau ni!” hambur Nadia lalu terus mematikan panggilan dalam perasaan penuh sakit hati.

Tengku Harith terpana lalu memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Dia meraup-raup wajahnya berkali-kali sambil beristighfar panjang. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan sepupuku itu terus tersesat dari jalan-Mu..



BALQIS tersenyum sendirian menantikan suaminya datang. Dari jauh lagi tadi, Tengku Harith sengaja menghadiahkan flying kiss kepadanya membuatkan debaran di hati Balqis kian menjadi-jadi. Lelaki itu sudah datang menghampirinya kini lalu merangkul erat pinggangnya. Kedua-dua belah mata Balqis dikucup sepenuh kasih.

Pemandangan laut yang terbentang luas di hadapan mereka dipandang dengan penuh rasa kagum. Ciptaan Allah SWT sememangnya terlalu hebat dan sempurna. Tiada apa yang setanding ciptaan-Nya. Mereka kini sedang bercuti seminggu di Pulau Jeju, Korea. Susah benar Tengku Harith memaksa Balqis meninggalkan syarikat buat seminggu sahaja bagi meluangkan masa bercuti bersama. Setelah dipaksa bersungguh-sungguh, Balqis setuju juga akhirnya.

Villa milik keluarga Tengku Harith memang sudah berada di sana. Di villa itulah Tengku Harith dan Balqis memadu kasih yang mulai berputik antara mereka. Tengku Harith membawa Balqis ke situ untuk menebus bulan madu mereka tempoh hari. Dia ingin melayani Balqis seperti sepatutnya Balqis dilayan ketika mereka berbulan madu dulu.

Kebahagiaan mereka kini sungguh terserlah. Baru tadi mereka berjalan berdua-duaan di tepian pantai sambil berpegangan tangan. Setelah berjalan-jalan, mereka mengambil keputusan untuk balik ke villa. Kesejukan di negara Korea memang sudah menjadi perkara normal buat rakyat di negara itu sendiri, tetapi tidak bagi Tengku Harith dan Balqis. Setelah tidak tahan dengan kesejukan cuaca, Balqis mengajak suaminya kembali ke villa. Dan tanpa pengetahuan Balqis, Tengku Harith telah menyediakan air panas bercampur sedikit air biasa di dalam jakuzzi untuk bersama-sama berendam dengan isterinya.

“Sayang, abang ada permintaan ni..” getus Tengku Harith dengan suara yang cukup romantis. Balqis tersenyum mesra.

“Apa dia, bang?” Balqis mencapai jemari suaminya yang kini menjalar mengusapi perutnya yang sudah berusia enam bulan.

“Jom mandi sama-sama, nak? Lagipun tadi Qis cakap Qis sejuk, kan? Abang dah sediakan air panas dalam jakuzzi tu..” ajak Tengku Harith dengan muka selamba. Mendengarkan ajakan bersahaja suaminya itu, darah terus menyerbu naik ke wajah Balqis. Merah padam mukanya menahan rasa malu. Tidak pernah lagi suaminya itu mandi bersamanya.

“Eh, abang ni! Adakah patut?” protes Balqis dengan wajah menunduk. Dia merenung kakinya dengan perasaan malu. Berdebar hebat jantungnya ketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Perkara ni memang patut! Isteri kenalah dengar cakap suami. Kena layan kehendak suami. Betul tak?” usik Tengku Harith menyebabkan Balqis terus terdiam dan malu-malu. Merah menyala sudah wajahnya, terasa panas membahang kini.

“Abang ni. Tak naklah. Malu…”

“Malu? Qis nak malu apa? Abang ni kan suami Qis. Kalau Qis dengan suami Qis, tak pakai seurat benang tu lagilah bertambah-tambah pahala tahu tak?” usik Tengku Harith lagi mengundang cubitan kecil di lengannya. Tengku Harith mengaduh kepedihan kerana cubitan Balqis itu.

“Abang..malulah..” getus Balqis, mukanya masih terasa membahang.

“Bukannya abang suruh Qis menari-nari pun depan abang. Mandikan abang aje, lepas tu abang mandikan Qis pulak!” terburai tawa kecil Tengku Harith ketika muncung mulut Balqis kian memanjang. Wajah wanita kesayangannya itu sudah merah bagaikan mata naga.

“Betul ni, bang. Malu..”

“Qis ingat kita nak buat apa kat dalam tu nanti? Hah, fikir apa tu? Oh, dah pandai fikir perkara gatal-gatal sekarang ni ya?” usik Tengku Harith sambil mengekek ketawa.

Balqis mencubit lagi lengan suaminya dengan lembut sambil menarik muncung yang lebih panjang dari tadi. Dia memeluk erat tubuh sasa Tengku Harith sambil melentokkan kepalanya ke dada bidang suaminya itu. Manja betul perlakuan Balqis membuatkan hati Tengku Harith berasa senang.

“Tak adalah, sayang. Kita berendam aje sambil borak-borak. Kalau malu sangat, pakailah baju. Abang dah letak kelopak bunga ros dalam air tu, ada haruman aroma terapi dan ada muzik romantik lagi. Abang nak jadikan bulan madu kedua kita ni sempurna! Abang nak bahagiakan Qis..anak kita pun boleh dengar kita borak-borak nanti tau? Nak borak dengan baby kita sekali nanti. Bolehlah ya sayang?” pujuk Tengku Harith sambil mencuit manja pipi Balqis yang putih gebu itu. Kini wajah wanita itu sudah beransur normal semula.

“Kalau macam tu, jomlah!” ajak Balqis pula dengan penuh semangat waja. Dia menarik lengan suaminya. Tidak sempat Tengku Harith mahu menanggalkan t-shirtnya.

“Amboi-amboi. Lajulah pulak dia..kalau ya pun, bagilah abang bukak baju dulu..” usik Tengku Harith.

“Kat dalam nantilah..” sahut Balqis dengan senyuman yang amat menggoda jiwa Tengku Harith.

Alis matanya yang galak merenung wajah suaminya sesekali menyebabkan jiwa lelaki itu cair. Rambut ikal melepasi pinggang yang dimiliki wanita itu kelihatan beralun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa yang masuk melalui balkoni. Aih..tak boleh tahan kalau macam inilah gayanya! Pandai betul isteri aku ni menggoda aku. Desis Tengku Harith di dalam hati. Balqis tersengih lalu terus menarik lengan suaminya masuk ke dalam bilik air.

“Err, Qis tengah goda abang ke ni? Tadi malu sangat?” usik Tengku Harith separuh berbisik sambil menelan liur namun dadanya juga yang kini sudah bergetar. Terdengar tawa kecil Balqis yang manja sambil mata bundar itu terus menyapu halaman wajah suaminya.

“Mana ada. Cakap nak berborak kat dalam tu, kan? Jadi, jomlah kita berborak! Hah, abang fikir perkara gatal ke ni? Isk..tadi cakap Qis, sekarang ni abang yang suka fikir bukan-bukan!” giliran Balqis pula yang tertawa kecil mengusik suaminya. Tengku Harith rasa terpukul lalu wajahnya kini membahang malu.

“Sayang!” protes Tengku Harith mengundang senyuman lebar di bibir Balqis.

Wanita itu hanya mendiamkan diri sambil terus mengukir senyum indah yang memikat hati Tengku Harith. Pintu bilik air terkatup rapat selepas itu.



p/s : okey, ni yg termampu setakat ni..huhu harap2 idea pasni mencurah2 kalo dpt lebih byk komen..haha mood itu mempengaruhi jugak~ bila hepi, dapatlah tulis dgn hepi.. :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/05/2011 10:01:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

43 comments:

  1. Lala RazakTuesday, July 5, 2011 at 10:25:00 PM GMT+8

    best ! hunn , silent reader yg bnyak . btw , crita neh mmang best . best sngat !! hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AfifahTuesday, July 5, 2011 at 10:25:00 PM GMT+8

    romantik kot balqis dengan harith ni..
    sweet gila2..hahaha..
    janganlah sherry buat sesuatu yang boleh merosakkan kebahagiaan diorang..
    terima kasih utk n3 ni..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Lala RazakTuesday, July 5, 2011 at 10:26:00 PM GMT+8

    best . hunn , bnyak silent reader jea . btw , crita neh mmang best ! suka sngat ! :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Fahimah MahayuddinTuesday, July 5, 2011 at 10:34:00 PM GMT+8

    sangat2 super duper best! Jangan risau Auni. Novel ni mmg best sgt.lebih2 lagi bila couple yg romantik mcm diaorang ni

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. UnknownTuesday, July 5, 2011 at 10:36:00 PM GMT+8

    Best sangat sangat,. .
    Romantik diorang!
    Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. ღAuni_AmauniღTuesday, July 5, 2011 at 10:39:00 PM GMT+8

    thanks utk korang2 yg komen..huhu appreciated it so much! :) :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. i was loved by youTuesday, July 5, 2011 at 10:59:00 PM GMT+8

    ya allah romantiknya.. ala balqis malu2 pulak~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. imanTuesday, July 5, 2011 at 11:08:00 PM GMT+8

    best!! cpt2 uplod n3 bru ye

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. imanTuesday, July 5, 2011 at 11:12:00 PM GMT+8

    best!! cpt2 uplod n3 bru

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. EijanTuesday, July 5, 2011 at 11:28:00 PM GMT+8

    Citer ni best..contoh seorg isteri solehah...dah jarang ada citer mcm ni. Kebanyakan novel2 skrg terlalu klise dgn cerita perkahwinan yg diatur keluarga, isteri yg memberontak dan melawan suami (isteri menderhaka kpd suami). So not so worry about komen yg kurang...teruskan usaha...insyallah ramai yg suka...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousWednesday, July 6, 2011 at 12:21:00 AM GMT+8

    thanx to d writer! citer nie mmg best.. moga tr0s berkarya ye..! kami smua sNtIasa menantikan BuAh Tangan anda.. hehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. nursyaWednesday, July 6, 2011 at 2:19:00 AM GMT+8

    sweet sgt balqis ngn harith nie...
    jgn si nyebuk nad ngn sherry kacau daun sudah..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. mimi syafiqahWednesday, July 6, 2011 at 8:23:00 AM GMT+8

    best...cpt la ckit novel ni dibukukan :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. dila dynaWednesday, July 6, 2011 at 10:56:00 AM GMT+8

    so sweet...nk lagi!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousWednesday, July 6, 2011 at 11:54:00 AM GMT+8

    suweeett nyerrrr.. jelezzzz2...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. MisS_SyaWednesday, July 6, 2011 at 12:12:00 PM GMT+8

    whoahhhhhhhhhh romantiknyaaaaaaaaaaa!!!suke sgt3!!!cepat2la dibukukannnn.....thanks utk n3 ni sis... =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. MisS_SyaWednesday, July 6, 2011 at 12:12:00 PM GMT+8

    whoahhhhhhhhhh romantiknyaaaaaaaaaaa!!!suke sgt3!!!cepat2la dibukukannnn.....thanks utk n3 ni sis... =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AnonymousWednesday, July 6, 2011 at 12:12:00 PM GMT+8

    best gilerrr..nak lagi plisss

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. syazriniWednesday, July 6, 2011 at 1:40:00 PM GMT+8

    wah lajunya update!i like..hhahaha..tenks again sis..n3 yg amat2 membuat sye tersengih jer kala membacanyer..hahaha sweet giler..nk lagi n3 boley tak sis? :>

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousWednesday, July 6, 2011 at 2:04:00 PM GMT+8

    besz....
    nk lg....
    ske3=)
    -ana-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. nour ^___^Wednesday, July 6, 2011 at 2:56:00 PM GMT+8

    best ! so sweet . HUHU !

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. nour ^___^Wednesday, July 6, 2011 at 3:01:00 PM GMT+8

    best , so sweet . :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. ღAuni_AmauniღWednesday, July 6, 2011 at 3:19:00 PM GMT+8

    hehe terimas tuk korang yg xjemu2 memberikan komen..

    kpd silent reader..thanks jugak sbb sudi singgah baca.. :)

    silent reader sile vote pd poll Hanya Milikmu sbg ganti kalau anda smua xkomen di n3...huhu will be appreciated it! TQ~

    love u all sgt3... :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. shakirahWednesday, July 6, 2011 at 4:24:00 PM GMT+8

    next entry ye,,xsabo nak bce...best lah...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. Nurul QisDhiraWednesday, July 6, 2011 at 6:25:00 PM GMT+8

    wah ! akhirnya keluar jugak entry yg baru setelah lama menunggu.... hehehe... good job !
    cpt2 la post entry yg baru....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. Nurul QisDhiraWednesday, July 6, 2011 at 6:27:00 PM GMT+8

    wah ! akhirnya... keluar jugak entry yg baru...
    romantik nya episod kali ni... hehehe..
    good job ! cpt2 la post entry baru... ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. nea_124Wednesday, July 6, 2011 at 6:30:00 PM GMT+8

    huhu...sweet couple btol lar diorg nie.....moga sherry x kacau lar rumah tangga diorg nanti....hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. akmal fatinWednesday, July 6, 2011 at 8:02:00 PM GMT+8

    omg~~~ ase nak kawen.. hahahaha best.... conti please

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. roshayatieWednesday, July 6, 2011 at 10:52:00 PM GMT+8

    so sweet...romantik gle.
    nk ag plz :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 12:15:00 AM GMT+8

    bezzzzzzzzzzz nk lgii~~~~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 10:06:00 AM GMT+8

    very romantik....I suka jalan ceritanya and cara seorang isteri solehah memujuk hati suami. Great story and boleh dijadikan contoh teladan...keep it up..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 5:16:00 PM GMT+8

    ok best :D hahahha xtau nak komen ape...tp nak komen jugak...:P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. dewdropThursday, July 7, 2011 at 6:33:00 PM GMT+8

    balqis mmg menggoda..hahaha..
    ape la si sherry tu nk buat..bile hati dh terttp akibat dosa2,cmtu la jd nye..nauzubillah~
    papepun..cite ni mmg best..kisah suami isteri yg 2gather2 mencari redah Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  34. gerau.Friday, July 8, 2011 at 12:36:00 AM GMT+8

    keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  35. AnonymousSaturday, July 9, 2011 at 5:49:00 PM GMT+8

    romantik giler lah....
    sweat yg t'amat2 nyer...
    jeles dgn balqis & harith..^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  36. ainfatehahmkzThursday, July 14, 2011 at 4:21:00 PM GMT+8

    hoping for the great ending for both of them....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  37. Husna MohamadSaturday, July 16, 2011 at 11:55:00 AM GMT+8

    skew2!
    bes sesangat!
    na lagy na lagy!
    hehe~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  38. AnonymousSaturday, August 13, 2011 at 2:28:00 PM GMT+8

    serius best gilaaaa...bila nk bukukan ni???? xsabar dah ni....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  39. syifashahrulSaturday, August 27, 2011 at 8:28:00 AM GMT+8

    best2..cepat sambung kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  40. AnonymousThursday, September 1, 2011 at 12:15:00 PM GMT+8

    best sgt2!! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  41. AnonymousSunday, September 18, 2011 at 10:40:00 AM GMT+8

    best 3x..:) tp takut je kalau Sherry nak buat apa2 kat kandungan Balqis tu...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  42. EddySophieaMonday, September 19, 2011 at 10:16:00 AM GMT+8

    sweet sgt2.. suke btol.. keep up the great job ^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  43. Ayu dzulkarnainFriday, May 11, 2012 at 1:42:00 AM GMT+8

    Witt...woottt....sgt manis!!! Keep up the gud work cik writer.

    -Ayu dzulkarnain-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu