
BALQIS yang baru siap berpakaian selepas selesai mandi lantas menyisir rambutnya. Tangannya mencapai alat kawalan jauh penghawa dingin, ingin mematikannya memandangkan cuaca pada malam ini yang sedikit dingin. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi deruan enjin kereta dari luar rumah. Tahulah dia bahawa Tengku Harith sudah pun pulang dari kerja. Dia terlupa bahawa suaminya sekarang sudah tinggal bersamanya semula. Kelam-kabut dia mencapai tudung ringkas lalu kalut ingin mengenakan tudung tersebut. Namun belum pun sempat dia menyarung tudung berkenaan, pintu bilik sudah terkuak. Alamak! Lupa kunci pintu pula tadi.. Kini, wajah Tengku Harith sudah terjengul di muka pintu.
“Assalamualaikum, hai sayang…” ucap Tengku Harith sambil memerhatikan gelagat isterinya yang sudah kaku tidak bergerak-gerak lagi di hadapan almari cermin.
Tawa kecilnya meledak perlahan-lahan. Berdasarkan tudung yang masih dalam pegangan isterinya itu, dia tahu Balqis cuba memakai tudung tersebut tetapi tidak sempat. Memang dia laju berlari-lari anak ke biliknya tadi kerana ingin melihat keadaan isterinya tidak bertudung seperti sekarang. Dia tahu, Balqis tentu akan bertudung nanti di hadapannya. Mungkin semasa tidur nanti pun, isterinya itu akan menutup aurat bersamanya.
“Wa.. Waa.. Waalaikumussalam..” jawab Balqis dengan teragak-agak dan rasa malu. Dia berlagak selamba sambil cuba untuk memakai tudung berkenaan namun dia terasa tangannya disentuh lembut. Tindakannya terhenti dengan serta-merta.
“Tak payah pakai, sayang. Inikan abang.. Suami Qis..” getus Tengku Harith dengan nada cukup romantis. Bergetar jantung Balqis ketika itu. Dia nampak renungan Tengku Harith menghala tepat ke wajahnya dari dalam cermin. Suaminya itu kini sudah berada di belakangnya. Entah sejak bila.
“Saya nak keluar siram bunga kejap lagi..” Balqis memberikan alasan bodoh, cuba berbohong demi menyelamatkan dirinya. Duhh! Aku tengah tipu suami aku ke ni? Ya Allah!! Hati Balqis berteriak kesedihan serta sayu. Dia sedih dan malu dengan Allah SWT kerana telah menipu suaminya walaupun hanya penipuan kecil.
“Siram bunga malam-malam macam ni?” soal Tengku Harith pula dengan wajah hairan. Padahal dia tahu yang Balqis sengaja ingin memberikan alasan untuk membolehkan dia bertudung.
Mendengarkan soalan suaminya yang memulangkan paku buah keras itu, Balqis terus terdiam. Membahang wajahnya apabila terdengar tawa kecil suaminya meledak lagi perlahan-lahan. Tiba-tiba pula terasa jemari suaminya itu bermain di rambutnya, membelai-belai lembut serta penuh kasih sayang.
Balqis bangun dengan tiba-tiba dari duduknya. Dia ingin berlalu dari situ namun tubuhnya segera ditarik oleh Tengku Harith. Lelaki itu memeluknya dari belakang pula ketika ini. Begitu terasa helaan nafas suaminya itu di tengkuknya. Panasnya helaan nafas tersebut, sepanas gelora perasaan Tengku Harith juga ketika ini. Wangian shampu dari rambut isterinya yang masih lembab itu begitu mempesonakan jiwa lelakinya. Rindunya pada isteri tercinta juga kini kian memuncak dan dia perlu leraikan rindunya ini secepat mungkin. Serta-merta sebuah kucupan hangat hinggap di tengkuk Balqis membuatkan wanita itu tergamam sendirian. Hati Balqis usah dikata lagi, terus dilanda ribut puting beliung yang entah dari mana datangnya.
Perlahan-lahan Tengku Harith membalikkan tubuh Balqis ke arahnya. Keinginannya tiba-tiba datang. Bibir merah Balqis direnungnya lama lalu jemari kasarnya kini bermain perlahan mengusapi bibir menawan tersebut. Tubuhnya semakin merapati Balqis seraya tangannya merangkul kemas pinggang isterinya itu.
Balqis terdorong ke belakang lalu tersandar di dinding bilik berkenaan. Kini dia sudah tiada peluang untuk mengundur lagi. Hati Balqis resah dan gelisah apabila wajah suaminya semakin rapat ke wajahnya. Dia meronta-ronta ingin menolak badan sasa yang sedang galak memeluknya itu tetapi rontaannya ternyata tidak terkesan langsung kerana rangkulan Tengku Harith terlalu kejap. Suaminya itu sudah menjamah leher jinjang miliknya. Lama. Jiwa Balqis semakin tidak tenteram ketika itu. Kini bibir Tengku Harith hampir-hampir menjamah bibirnya pula. Pantas tangannya cuba dinaikkan untuk menolak tubuh Tengku Harith.
“Please… I’m not ready yet…” hampir terkeluar air mata Balqis ketika itu. Dia kesal dengan dirinya kerana tidak mampu untuk menyerahkan diri pada yang berhak. Sudah lama juga dia tidak bersama Tengku Harith. Hari pertama suaminya itu datang tinggal semula bersamanya, dirinya sudah dirangkul dan dicumbu tanpa rela begini. Dan dalam keadaan dirinya yang masih tidak sembuh sepenuhnya.
p/s : doakan versi cetak "Hanya Milikmu"... :)
best3..
ReplyDeletecpt la smbng...
suke3..
ReplyDeletehehehe
ha.....kan ni bab mne confuse skit tiba2 ade bab ni. baby dorg mne x de ke???kesian dorg. nak tau konflik ape yg dah jadi.......????????
ReplyDeletekena tnggu versi cetak la kn ala....kak auni bagi n3 skit,sy dah agak dah sherry pasti plan buat balqis merana nak tau pe yg sherry buat kat balqis harap2 balqis boleh bersabar la dgn smua nie.....
best2... berlah peluang pada hubby dia yer.. hehehe
ReplyDeletegud luck
ni hanya petikan drp manuskrip..cuma preview sahaja... :)
ReplyDeletethanks semua.. :)
wargh...jd x saba nak cite ni kuar huhu
ReplyDeletebest nak lagi...lambat lagi ke novel ni akan
ReplyDeleteberada di pasaran?
xtaw nk ckp lagi.. nanti da konpem bru sis announce kat blog ni k :)
ReplyDeletethanks semua.. ^^