-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, September 26, 2011

Lagi sedutan "Hanya Milikmu"


TENGKU Harith mengambil Tengku Shahir Ridzwan yang berada dalam kendongan mamanya. Anak lelakinya yang sudah berusia lima bulan itu direnung sayang. Sejaring senyuman bahagia terukir pada wajah Tengku Harith. Alhamdulillah anaknya itu membesar dengan sihat di bawah jagaan mereka sekeluarga. Tengku Shahir Ridzwan kelihatan sedang tersengih macam kerang busuk. Barangkali kerana suka berada dalam pelukan abinya. Anaknya itu meniup air liur pula sehingga berbuih di mulut mungilnya itu.

Tengku Harith meletakkan Tengku Shahir Ridzwan ke atas tilam yang dihampar di atas lantai. Tidak sampai seminit, anak lelakinya itu kelihatan berusaha untuk meniarap. Setelah berjaya meniarap dengan sendiri, tangannya bergerak-gerak ingin mencapai permainannya yang berada tidak jauh darinya. Perlahan-lahan dia menolak badannya sendiri dengan tangannya menyebabkan tubuhnya bergerak sedikit demi sedikit menghampiri mainannya itu. Tersenyum Tengku Harith melihat gelagat anaknya yang sudah cerdik itu. Pelbagai bunyi sudah mampu dibuat oleh Tengku Shahir Ridzwan. Dan kebanyakannya adalah bunyi yang sama sahaja. Mungkin bunyi itu adalah bunyi yang disukai olehnya.

“Dah pandai bawa diri tu, mama..” bibir Tengku Harith terjuih ke arah Tengku Shahir Ridzwan yang sedang galak bermain dengan permainannya. Dia tertawa pula selepas itu memerhatikan anaknya. Tengku Salmah tertawa kecil melihat gelagat cucunya yang sedang mengulum hujung bucu permainan itu. Seketika pula, Tengku Shahir Ridzwan meniup lagi air liurnya sendiri sehingga berbuih-buih.

“Memanglah, Rith. Kamu masa kecik-kecik pun macam tulah.. Tapi kamu lagilah jenis yang tak reti duduk diam. Kejap-kejap ke sana, kejap-kejap ke sini. Papa kamu yang selalu mengepung kamu sebab risau kamu tu buas sangat..” balas Tengku Salmah dalam sebak kerana teringatkan arwah suaminya. Tengku Harith yang mendengar terus mendiamkan diri. Rasa bersalahnya kembali bertamu. Rasa bersalah kerana telah menyebabkan kematian papanya.

“Dulu papa kamu yang selalu bawak kamu berjalan-jalan. Kat mana pun dia pergi, dia mesti bawak kamu.. Papa kamu tu, terlalu sayangkan kamu..” getus Tengku Salmah lagi sambil memerhatikan air muka anak lelakinya yang mulai berubah suram.

“Mama..” panggil Tengku Harith dengan nada serba-salah.

“Mama tahu, kamu rasa bersalah pada papa kamu kan? Kamu rasa berdosa kan? Janganlah risau. Arwah papa memang terlalu sayangkan kamu. Dia mesti dah ampunkan segala dosa-dosa kamu pada dia sebelum dia hembuskan nafasnya yang terakhir.. Rith kan anak dia, mestilah dia dah maafkan kamu..” ujar Tengku Salmah lagi lalu mengundang perasaan resah yang berlebih lagi dalam jiwa Tengku Harith. Sebak sungguh dia ketika ini.

“Mama, maafkan Rith. Rith memang seorang anak yang menderhaka pada mama dan papa.. Macam-macam Rith dah buat pada papa dan mama sebelum ni. Rith kejam, ma.. Rith ni yang patut mati, bukannya papa..” air mata Tengku Harith mengalir juga ke pipinya. Tengku Salmah tersenyum kecil sambil memandang sayang wajah sugul anak tunggalnya itu.

“Mama dah lama maafkan Rith. Arwah papa pun dah tentu maafkan kamu.. Janganlah risau lagi, ya.. Yang penting sekarang ni, kamu dah berubah. Arwah papa pun mesti gembira dengan perubahan kamu ni.. Tak silap tindakan dia menyatukan Rith dan Qis..” balas Tengku Salmah dalam sebak. Air matanya juga mengalir kerana tersentuh hati mendengar kata-kata penyesalan Tengku Harith itu.

Terdengar rengekan Tengku Shahir Ridzwan yang ingin dirinya diangkat. Mungkin sudah kepenatan kerana meniarap sejak tadi. Tengku Harith menyeka air matanya. Dia segera mendekati anak lelakinya itu lalu dia mendukung tubuh kecil itu. Diciumnya berkali-kali wajah anaknya yang sedang khusyuk mengerutkan dahi. Mungkin kerana sedang memikirkan sesuatu dalam minda kecilnya itu.

“Dia dah mengantuk kut.. Tengok tu, dia gosok-gosok mata pulak..” ujar Tengku Salmah tersenyum simpul memerhatikan gelagat cucunya yang sedang galak menggosok pelupuk matanya. Mulut bayi kecil itu memuncung sejak dari tadi.

“A’ah.. Dia mengantuk tu, mama. Kan sekarang ni time dia tidur..” Balqis tiba-tiba datang menghampiri Tengku Harith dan Tengku Salmah. Dia mengambil Tengku Shahir Ridzwan dari pelukan suaminya lalu diletakkan ke atas buaian berdekatan.

Balqis baru datang setelah sekian lama memasang telinga dari luar bilik. Dia terdengar perbualan ibu mertuanya dan Tengku Harith tadi. Dia juga sempat melihat dari celahan bukaan pintu betapa kasih sayang seorang bapa terpancar dari wajah suaminya ketika bersama Tengku Shahir Ridzwan. Hatinya menjadi tersentuh dan sebak entah mengapa. Mungkin dia terharu. Dan adakah dia sudah keterlaluan kerana menjadikan hidup suaminya semakin sukar?



p/s : harap memberi gambaran pada korang bahawa the baby is safe! :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 9/26/2011 08:15:00 AM
Labels: Hanya Milikmu

11 comments:

  1. AnonymousMonday, September 26, 2011 at 10:15:00 AM GMT+8

    bestttnya..bila nk kuar bku ni..x sbar nk g bli.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ღAuni_AmauniღMonday, September 26, 2011 at 10:21:00 AM GMT+8

    insyaAllah mungkin tahun depan.. insyaAllah! sama2 kita doakan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. UnknownMonday, September 26, 2011 at 1:12:00 PM GMT+8

    best...
    tak sabar nak tggu buku kuar..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Nurul QisDhiraMonday, September 26, 2011 at 9:55:00 PM GMT+8

    hehehe.. love that baby..
    he must be so cute juz like her parents...
    terubat rindu dgn HM ni...
    knp Qis buat Harith mcm tu??
    question mark here!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousWednesday, December 21, 2011 at 3:33:00 PM GMT+8

    harith ngan qis dapat baby

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousSunday, April 22, 2012 at 3:10:00 AM GMT+8

    Best. Harap2 happy ending. Nak grab plak novel ni nanti.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousWednesday, May 23, 2012 at 1:23:00 PM GMT+8

    as salam...best citer nie..novelnye x kua lagi ekk..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousTuesday, September 18, 2012 at 1:52:00 PM GMT+8

    salam

    bila novel ni nak kuar. rasenya novel ni dulu ads nak publish dari mampu mencintaimu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. ayu salinaFriday, September 28, 2012 at 2:43:00 PM GMT+8

    Lambat lagi yer.......
    Dok sabonk tahu kesudahannya

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. farisyah imanFriday, November 16, 2012 at 8:26:00 PM GMT+8

    lmbt agy k novel nie nk kuar auni ????
    xsbr nk tau ending cter nie ...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. asmaSunday, December 23, 2012 at 11:51:00 PM GMT+8

    best sgt cite ni....xsbar nk tau endingnya...
    tq for the entry..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu