-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Thursday, September 22, 2011

Mampu Mencintaimu 1

SARAH Humaira berlari-lari anak di kawasan sawah padi milik ayahnya itu. Dia segera menuju ke pangkin di bawah sepohon pokok yang sungguh rendang. Angin petang sesekali bertiup lembut, membelai-belai kulitnya yang putih bersih itu. Tudung ringkas yang tersarung ditiup angin, membuatkan Sarah Humaira terus memegangnya kejap-kejap. Pak Deris yang sedang beristirahat di atas pangkin terus tersenyum memerhatikan anak daranya itu sambil menuang kopi ke dalam cawan.

“Ayah! Tak apa, biar Sarah yang buat. Biar Sarah yang layan ayah.. Ayah kan penat.. Kan ayah tungkus-lumus kat bendang sejak pagi lagi..” Sarah Humaira berkata-kata sambil mengambil jug air dari tangan ayahnya. Lelaki tua itu hanya tersengih.

“Alah, anak ayah ni. Ayah tuang air aje ni.. Bukannya buat kerja berat pun?” Pak Deris tertawa kecil mengusik anak perempuannya itu. Sarah Humaira memekakkan telinganya lantas menyambung perbuatan ayahnya tadi iaitu meneruskan menuang air ke dalam cawan. Secawan untuk ayahnya, secawan lagi pula untuk dirinya. Selepas itu, dia tersenyum memandang ayahnya dengan wajah riang dan ceria.

“Jemputlah minum, ayah! Sarah temankan ayah… Tadi ibu pesan suruh ayah habiskan makanan yang ibu masakkan ni.. Ayah makan tau kejap lagi..” ujar Sarah Humaira sambil bibirnya terjuih ke arah beberapa bekas yang berisi nasi dan lauk-pauk yang dimasak oleh ibunya, Mak Esah.

“Ibu masak apa hari ni, Sarah?” soal Pak Deris dengan senyum kecil. Senang hati melihat anak bongsunya itu yang sentiasa ceria. Sarah Humaira menerangkan satu-persatu lauk-pauk kegemaran ayahnya yang telah dimasak oleh ibunya.

Pak Deris tersenyum lagi. Sudah besar pun satu-satunya anak daranya ini. Mujurlah Sarah Humaira masih kekal dengan ciri-ciri kewanitaan walaupun hidupnya selama ini bertemankan tiga orang abangnya. Kini umur Sarah Humaira sudah mencecah 24 tahun. Anak gadisnya itu kini bekerja di sebuah pejabat kesihatan sementara menunggu keputusan peperiksaan dari universiti tempat dia menuntut.

Pak Deris maklum bahawa anak gadisnya itu amat berharap akan dapat menyambung pelajarannya ke taraf ‘Master’ pula selepas ini setelah beroleh segulung ijazah. Minat sungguh anaknya itu mengejar pelajaran. Bukanlah senang juga bagi Sarah Humaira untuk menyambung pelajarannya jika dia tidak bertungkus-lumus mendapatkan keputusan yang cemerlang pada setiap semester bagi mendapatkan tajaan pengajian sepenuhnya dari MARA. Bidang pelajarannya juga agak susah iaitu khusus kepada Pengajian Kejuruteraan Awam dan juga binaan bangunan. Pak Deris sendiri tidak tahu mengapa anaknya itu memilih bidang seperti itu sebagai minatnya. Mungkin kerana Sarah Humaira suka melukis dan berimaginasi tentang binaan dan bangunan sejak dulu lagi.

“Ayah, Abang Fuad, Abang Azli dengan Abang Zaid kirim salam. Semalam dia orang telefon. Tapi masa tu ayah kat masjid dengan mak.. Masa ayah balik pun Sarah dah tertidur awal..” suara lunak Sarah Humaira membantutkan lamunan Pak Deris tadi. Dipandang raut anak gadisnya yang sungguh ceria itu. Wajah riang itu sedikit sebanyak menghilangkan rasa penatnya bekerja tadi.

“Oh, ye ke? Waalaikumussalam.. Hmm.. Bila agaknya dia orang nak balik ke kampung jenguk kita? Ada dia orang beritahu ke? Ayah dah rindu dengan cucu-cucu ayah…” Pak Deris tersenyum. Sarah Humaira terdiam seketika sambil tergeleng-geleng kepala tanda tidak tahu.

Abang-abang Sarah Humaira kini masing-masing sudah mendirikan rumah tangga. Dan mereka semua kini tinggal di Kuala Lumpur serta sibuk bekerja dan menguruskan keluarga sendiri. Tetapi mereka tetap tidak lupa untuk menjenguk Pak Deris dan Mak Esah di kampung pada setiap 3 bulan sekali. Yang uniknya perkahwinan abang-abang Sarah Humaira itu, kesemua mereka berkahwin atas dasar pilihan keluarga semuanya.

Walaupun dunia kini sudah serba moden, Pak Deris dan Mak Esah tetap ingin menjalankan tradisi turun-temurun masyarakat Melayu yang dianggap sudah tidak wujud lagi pada zaman sekarang. Sarah Humaira pun tidak faham kenapa ibu dan ayahnya begitu menekankan perkahwinan pilihan keluarga. Calon pasangan sehidup semati anak-anak Pak Deris dan Mak Esah perlulah pilihan kedua mereka sendiri. Tiada peluang lagi untuk anak-anak memilih calon sendiri. Kerana takutkan perkahwinan yang diaturkan keluargalah Sarah Humaira masih tidak mahu berhenti dari mengejar pelajarannya. Dia tahu ayah dan ibunya tidak akan menyuruhnya berkahwin ketika dia masih belajar. Lagipun, dia juga sangat berminat dengan pelajaran sejak kecil lagi dan berniat untuk meneruskan pengajian hinggalah ke akhirnya. Kalau boleh, dia nak teruskan belajar sehingga ke peringkat tertinggi.

Demi mempertahankan cita-cita dan pelajarannya inilah yang membuatkan Sarah Humaira takut sekiranya dia disuruh berkahwin. Lagipun dia tidak mahu berkahwin dengan seseorang yang dia langsung tidak kenal dan tidak cintai. Harapannya semoga ayah dan ibunya memahami kehendak dia dan akan membenarkan dia berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri nanti. Mungkin jodohnya berada di universiti atau di tempat kerjanya nanti? Manalah tahu..

“Okeylah, Sarah. Ayah sambung buat kerja dulu. Sarah baliklah ke rumah. Hari ni kan Sarah cuti, pergilah balik rehat. Esok nak kerja lagi..” telah Pak Deris sambil bingkas bangun. Lamunan Sarah Humaira tadi terus terbang entah ke mana.

“Ayah tak makan ke?”

“Kejap lagilah. Belum rasa nak makan. Lagipun tinggal sikit aje lagi tu kerja ayah..” balas Pak Deris sambil menyangkut tuala kecil ke bahunya. Tuala itulah yang selalu digunakan olehnya untuk mengesat peluh ketika penat bekerja.

“Baiklah, yah.. Nanti makan tau! Pastikan licin!” pesan Sarah Humaira dengan kening yang terangkat sebelah.

“Okey! Janji!” jawab Pak Deris laju sambil mengukir senyum simpul. Sarah Humaira juga tersenyum membalas sambil membuka payungnya. Dia tidak tahan dengan terik mentari, sebab itulah dia membawa payung. Dia bangun lalu menyalami ayahnya sebelum berlalu dari situ.



SARAH Humaira menyangkut payungnya di tepi dinding yang sudah disediakan cangkuk untuk menyangkut benda. Terdapat segala kunci dan peralatan lain yang tersangkut di situ. Sarah Humaira mengeluh seketika sambil meregang-regangkan badannya. Jauh juga dia berjalan tadi, siap dikacau lagi oleh beberapa orang lelaki yang sedang melepak di warung Pak Cik Ismail. Sarah Humaira masih terbayang wajah salah seorang dari lelaki-lelaki itu yang paling kuat mengganggunya selama ini. Bila sahaja imej wajah lelaki itu muncul dalam mindanya, serta-merta jiwanya menjadi benci. Benci yang teramat sangat.

Penumbuknya dikepal-kepal lalu dilepaskan kuat ke atas meja berdekatannya. Kemarahannya kini memuncak. Mulutnya berkumat-kamit kegeraman. Dia membayangkan wajah lelaki itu sambil menghayunkan sebuah lagi penumbuk ke meja berkenaan. Habis berloncatan segala benda yang terdapat di atas meja itu. Inilah satu-satunya perangai Sarah Humaira yang tidak boleh beubah iaitu seorang yang sangat panas baran dan mudah melenting.

Jika dia ternampak sesuatu ketidakadilan yang berlaku di hadapan matanya, dia akan terus menegur dan mengambil tindakan sewajarnya. Jika perlu berkasar, dia akan berkasar. Tidak sia-sia dia mengambil kelas seni mempertahankan diri dulu. Dia pernah belajar Silat Cekak Hanafi sewaktu zaman persekolahannya. Dia memang adakalanya agak kasar, namun sifat lemah-lembut dan kewanitaannya tetap diutamakan. Dia akan berkasar, namun kasar bertempat. Agaknya sikap kasarnya itu telah diasuh ketika membesar bersama abang-abangnya.

“Apa lagi tu, Sarah? Kau marah apa lagi ni? Habislah meja tu nanti pecah bahana kau seorang! Abang-abang kau pun tak pernah sampai nak apa-apakan meja tu sebelum ni tau!” bebel Mak Esah yang baru muncul dari ceruk dapur. Dia memandang wajah Sarah Humaira yang merah menyala menahan amarah. Namun wajah itu kelihatan beransur normal apabila terdengar leteran Mak Esah.

“Tak ada apa-apalah, bu.. Tadi tu, macam biasalah Sarah kena ganggu dengan mamat kurang asam tu lagi! Agaknya dia tak serik pernah makan penumbuk Sarah hari tu kot?” balas Sarah Humaira sambil melabuhkan punggungnya ke sofa. Ibunya turut duduk berhadapan dengannya sambil berkerut dahi.

“Siapa? Anak siapa? Kau tak pernah cakap siapa nama dia.. Macam mana ibu nak ambil tindakan?” leter Mak Esah lagi sambil mengeluh pendek.

“Alah, manalah Sarah tahu siapa nama beruk tu! Lagipun, Sarah tak minat pun nak tahu pasal nama dia atau siapa dia tu! Benci!” sahut Sarah Humaira dengan wajah selamba. Ibunya hanya tergeleng-geleng kecil.

“Ikut suka kaulah, Sarah. Yang penting kau bahagia. Haa, ibu lupa nak bagitau..” kata Mak Esah. Sarah Humaira menjadi cuak pula mendengar suara ibunya yang sedikit saspen itu.

“Bagitau apa, bu?” soal Sarah Humaira ingin tahu.

“Jangan terlalu membenci, karang nanti yang itulah yang jadi jodoh kau!” usik Mak Esah berseloroh sambil tertawa. Sarah Humaira terlopong lalu memandang ibunya yang sudah bangun. Wanita tua itu berlalu semula ke ceruk dapur dalam tawa yang masih bersisa.

Apa yang ibu cuba sampaikan tu agaknya? Jodoh dengan mamat gigi jongang tu? Oh, no!! Nooooo!! Baik aku bernikah dengan Putera Katak lagi bagus dari dia tu! Sarah Humaira semakin tidak menentu. Ibu ni boleh pula bermain-main dengan perkara macam ni, kalau masin mulut ibu nanti macam mana? Ahh! No!! Sarah Humaira menampar-nampar pipinya laju. Dia tergeleng-geleng sambil berlalu ke dalam biliknya. Peluh dingin sudah mulai memercik ke dahinya. Dia kegelisahan entah mengapa!



SEORANG lelaki kelihatan sedang tersengih-sengih seorang diri sehingga menampakkan giginya yang agak jongang. Dia baru ternampak gadis pujaannya Sarah Humaira yang baru melalui kawasan rumah kawannya itu. Dia terus berjalan menghampiri.

“Assalamualaikum! Tak jawab dosa tau?!” lelaki itu berkata-kata sambil tertawa kecil. Wajah Sarah Humaira sudah memerah. Tak habis-habis lelaki ini lagi yang nak mengacau aku?! Dia sudah menarik muka masam sambil buat tidak endah dengan teguran lelaki itu.

“Oi, kalau ya pun jawablah salam aku. Kau ni berlagak sangat kenapa? Dosa tau kalau tak jawab salam orang?” tegur lelaki itu lagi. Sarah Humaira mengepal penumbuknya seketika lalu menoleh dengan wajah geram. Memang dia tengah geram! Dahlah gigi jongang! Bercakap pun ikut sedap mulut aje! Bebel Sarah Humaira di dalam hati.

“Kau ni apahal? Kau tak puas hati dengan aku ke? Kalau tak puas hati, bukaklah langkah kau! Ke sini kau! Kita lawan face-to-face! Ada berani?” cabar Sarah Humaira sambil melepaskan payungnya ke tanah. Dia membuat isyarat menyuruh lelaki itu bersiap sedia untuk berlawan dengannya.

“Mak aii! Aku suruh kau jawab salam aje.. Kau ajak aku bersilat pulak ni apahal?” bidas lelaki itu. Sarah Humaira bertambah tekanan. Dengan wajah menyinga, dia mengangkat jari telunjuknya ke wajah lelaki itu sambil mendengus sakit hati.

“Setakat salam tak ikhlas tu, takkan aku nak jawab kot? Setakat beri salam semata-mata nakkan aku respons pada teguran kau tu, layak ke salam kau tu aku jawab?!” tempelak Sarah Humaira kuat. Dia mengerutkan dahinya dengan wajah tidak puas hati apabila lelaki itu tertawa sinis.

“Hah? Macam mana kau tahu aku ikhlas atau tak ni? Kau ada ilmu ke sampai dapat baca isi hati aku yang tersurat ni? Kalau aku ikhlas, macam mana? Kau jugak yang berdosa, kan?” kata lelaki itu lagi sambil tersenyum simpul. Wajah Sarah Humaira bertukar merah yang bertambah-tambah. Jantan ni memang nak kena! Selalu buat aku hilang sabar aje!!

PUKKK!!! Sebuah penumbuk hinggap ke wajah lelaki itu lalu dia jatuh terlentang ke atas tanah. Sarah Humaira menggumam mulutnya sambil berleter tidak henti-henti. Memang dia sakit hati.

“Kau! Dengar sini baik-baik! Last warning, okay?! Kau jangan cuba nak tegur aku lagi! Bangang! Kalau tak, siap kau aku kerjakan sampai lebam! Tak pun, sampai masuk hospital!” sembur Sarah Humaira sambil berlalu pergi dengan wajah merah menyala. Mulutnya tidak berhenti meleter.

Lelaki yang baru sahaja terkena penumbuk Sarah Humaira tadi itu terus mengukir senyum sambil membuat muka mabuk kepayang. Memang dia gilakan gadis itu. Tidak kisahlah jika dirinya selalu dicederakan pun oleh Sarah Humaira, asalkan dia dapat bercakap-cakap dengan gadis pujaannya itu. Dia yang tadinya terlentang, terus bingkas lalu menyapu-nyapu punggungnya membuang debu tanah yang terlekat di seluar dan juga bajunya. Senyumannya melebar saat terpandang Sarah Humaira yang menoleh sambil mencemik kepadanya tanda menyampah.



POSMEN datang ke rumah memberikan sepucuk surat yang ditunggu-tunggu oleh Sarah Humaira. Namun Mak Esah yang terlebih dahulu membacanya kerana Sarah Humaira masih tiada di rumah pada tengah hari itu. Anak daranya itu masih bekerja pada waktu ini. Selesai membaca surat berkenaan, Mak Esah duduk termenung di atas kerusi di ruang tamu. Surat yang berada dalam genggamannya terlepas ke atas lantai. Pak Deris yang baru muncul dari ceruk dapur sudah pelik melihat keadaan isterinya yang bagaikan mayat hidup itu.

“Hah, kenapa pulak dengan awak tu Esah oi? Dah berkerut-kerut dahi tu saya tengok. Nanti cepat pulak tua kalau awak asyik kerut-kerut macam tu setiap hari!” usik Pak Deris sambil melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

“Hisy, abang ni. Kita ni kan memang dah tua. Tak perlu lagi nak risau jadi tua!” bebel Mak Esah lalu Pak Deris tersengih lucu.

Dia memandang wajah isterinya yang masih belum berkedut itu. Kulitnya masih cekang dan tidak kendur, hanya terdapat sedikit sahaja garis-garis halus yang mulai timbul. Wanita itu bagaikan tidak dimakan usia walaupun umurnya sudah hampir 52 tahun. Berlainan sungguh dengan dirinya yang sudah berumur 56 tahun ini. Wajahnya sudah pun berkedut-kedut. Malah sewaktu memasuki awal 50-an dulu pun, mukanya sudah mula menampakkan kedutan.

“Tapi awak tu muka masih cantik, lawa dan comel. Masih belum tua lagi, sayang..” balas Pak Deris pula sambil mengukir senyum kambing. Mak Esah menjeling sekilas wajah suaminya yang sedang tersenyum-senyum. Dia tiada mood untuk bergurau pada waktu ini.

“Alah, abang ni. Janganlah nak main-main pulak. Saya tengah risau ni..” terus dahi Mak Esah berkerut lagi.

Pak Deris mulai memegang bahu isterinya itu yang seakan-akan runsingkan sesuatu. Dia membalikkan tubuh wanita itu lalu merenung ke segenap wajah gusar itu.

“Kenapa pulak? Risau tentang apa ni? Abang takkan kahwin lain punyalah!” pintas Pak Deris cuba berseloroh untuk menceriakan suasana. Mak Esah mengeluh kecil. Sempat lagi suaminya bergurau-senda. Nak tergelak pun ada juga, namun dia pantas menahannya.

“Hisy! Abang jangan nak gatal! Ni, saya risaukan si Sarah..” sahut Mak Esah. Buat seketika, tawa Pak Deris berderai mendengar celoteh isterinya namun tawanya reda apabila terdengar nama Sarah Humaira disebut oleh isterinya.

“Hah, kenapa dengan dia?” soal Pak Deris.

“Ni, cuba abang baca ni.. Surat dia baru sampai tadi, bang..” ujar Mak Esah sambil mengambil semula surat yang tadinya tersadai di atas lantai. Dia segera menyerahkan surat itu kepada Pak Deris.

“Surat apa ni?”

“Baca ajelah, bang..”

Pak Deris mengangguk lalu membuka lipatan surat berkenaan. Sepanjang membaca surat tersebut, dahinya Pak Deris berkerut-kerut. Ternyata lelaki itu juga sudah kerisauan ketika ini.

“Macam mana ni, bang? Macam mana kita nak lepaskan Sarah tu pergi belajar sampai ke luar negara tu? Saya tak mahu biarkan dia pergi. Kita sendiri tahu kalau Sarah tahu dia dapat tawaran ni, mesti dia nak pergi jugak walau apapun yang terjadi.. Nanti susah kita nak kahwinkan dia, bang! Kita kan dah rancang nak kahwinkan dia tahun ni.. Tinggal belum bincang lagi dengan Sarah. Dan, keluarga bakal besan kita tu pun dah setuju..” Mak Esah mula bersuara.

“Bila masanya dia mohon sampai belajar ke luar negara ni? Kenapa dia tak bincang dengan kita agaknya?” Pak Deris pula yang bersuara. Kedua-dua mereka jelas dalam kegusaran.

“Ini tak boleh jadi, bang! Saya takkan benarkan Sarah pergi..” getus Mak Esah dengan bersungguh-sungguh.

“Awak nak buat macam mana lagi? Dia tetap akan pergi jugak.. Saya kenal Sarah tu macam mana.. Dia takkan buang pelajaran dia. Lagipun ni, dia dapat tajaan penuh lagi dari MARA. Mesti dia pergi punyalah..” balas Pak Deris dalam suara yang semakin rendah. Dia tergeleng-geleng kecil.

“Kita sorok surat ni! Jangan bagi dia nampak!” cadang Mak Esah sambil mengambil surat berkenaan dari tangan suaminya. Dia ingin menyembunyikan surat berkenaan di tempat yang Sarah Humaira takkan dapat cari.

“Surat apa, bu? Ibu, surat apa tu?” terdengar suara Sarah Humaira yang sudah bergema di muka pintu rumah. Entah bila anak gadis mereka itu pulang, Pak Deris dan Mak Esah sendiri kurang pasti. Yang pastinya, Sarah Humaira tidak boleh melihat surat berkenaan.

“Tak ada apa-apalah, nak. Surat ni ibu yang punya..” Mak Esah cuba berbohong namun tidak jadi. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang berbohong.

Sarah Humaira meluru ke arah ibunya lalu menyuakan tangannya. Dia bagai mengarahkan ibunya supaya memberikan surat berkenaan kepadanya. Mak Esah tergeleng-geleng, tidak mahu memberikan surat itu kepada anaknya.

“Ibu… Tolonglah, bu… Janganlah buat Sarah macam ni..” rayu Sarah Humaira sambil membuat muka kasihan. Pak Deris sudah tergeleng-geleng lagi.

“Ibu takkan bagi!”

“Ibu bagilah..” rayu Sarah Humaira lagi, separuh merengek. Maklumlah anak bongsu yang selama ini dimanjakan.

“Tak mahu!” Mak Esah tetap degil.

Namun kerana kedegilan untuk memberikan surat itu, Sarah Humaira mengambil tindakan pantas menyambar surat berkenaan dari tangan Mak Esah. Cepat-cepat isi surat itu dibaca oleh Sarah Humaira kuat-kuat sambil dia berlari-lari dikejar Mak Esah.

“Yey!! Alhamdulillah, Sarah dapat sambung belajar lagi! Luar negara lagi tu, ibu! Kenapa ibu nak sorokkan dari Sarah pulak? Benda baik ni, bu..” suara Sarah Humaira sudah ceria. Wajahnya berseri-seri macam baru menang loteri. Namun Mak Esah dan Pak Deris kelihatan kecewa lalu menundukkan wajah. Wajah mereka muram sahaja.

“Ibu takkan benarkan Sarah pergi! Muktamad!” bentak Mak Esah sambil berlalu ke dalam biliknya. Pak Deris hanya memandang wajah Sarah Humaira yang sudah berubah suram. Gadis itu terduduk lesu di atas lantai. Dia kebingungan. Mengapa agaknya Mak Esah membantah keras dia pergi melanjutkan pelajaran pada kali ini sedangkan sebelum-sebelum ini ibunya itu tidak pernah menghalang.

“Sebab kau tu nak pergi ke luar negara. Kami tak setuju.. Hmm..” getus Pak Deris pula sambil bangun. Bagai mengetahui apa yang bermain di minda Sarah Humaira ketika ini. Seketika kemudian ayahnya itu menuju ke ruang dapur lalu menghilang. Sarah Humaira masih tergamam dan bersedih. Apa yang patut dilakukan olehku sekarang? Aku ingin terus belajar! Dan setitis air jernih mulai gugur ke pipinya.



“IBU, tolonglah benarkan Sarah pergi belajar..” rayu Sarah Humaira entah untuk kali yang ke berapa. Air matanya sudah banyak tumpah sejak kebelakangan ini. Dia tidak menyangka ibunya itu begitu berkeras hati tidak mahu benarkan dia sambung belajar ke luar negara.

“Tak! Ibu takkan benarkan.. Ibu sayangkan Sarah, sebab itulah ibu buat keputusan macam ni!” marah benar Mak Esah ketika ini. Dia terus mengupas kulit bawang untuk menyediakan makanan tengah hari pada hari itu. Dia tidak mahu mengendahkan lagi kata-kata rayuan Sarah Humaira.

“Kenapa bu? Selama ni ibu tak pernah halang pun Sarah pergi belajar! Kenapa kali ni ibu beria-ia tak benarkan Sarah pergi? Kenapa, bu?” soal Sarah Humaira berkali-kali. Rasanya sudah basi soalan itu ditanyakan pada ibu dan ayahnya namun tiada satu pun jawapan yang mereka berikan. Sebab itulah Sarah Humaira tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan yang munasabah.

“Sebab kami nak kahwinkan Sarah.. Tahun ni jugak..” Pak Deris pula bersuara mencelah. Entah dari mana ayahnya itu muncul, Sarah Humaira tidak peduli lagi. Yang dia tahu, apa yang ayahnya cakap itu memang tidak benar sama sekali. Matanya membuntang dengan air mata yang masih mengalir deras.

“Kenapa ayah dan ibu sanggup seksa Sarah macam ni? Kenapa pulak Sarah kena dikahwinkan? Sarah tak mahu! Sarah nak belajar! Sarah masih nak belajar! Ibu sanggup buat Sarah macam ni? Ayah pun? Tolonglah Sarah.. Sarah nak belajar, ibu.. Ayahh…” rayu Sarah Humaira dengan mata berkaca. Dia sudah tidak peduli lagi dengan dirinya. Biarlah sampai keluar air mata darah. Mungkin waktu itu ibu dan ayahnya akan setuju tidak mengahwinkan dia dan membenarkan dia pergi sambung belajar.

“Kami bukan tak fikirkan demi kebaikan Sarah.. Sebab kami sayangkan Sarahlah, kami nak kahwinkan Sarah.. Dengan pilihan kami.. Yang kami pilihkan memang terbaik.. Untuk Sarah..” balas Pak Deris sambil duduk berhadapan Sarah Humaira. Air mata di pipi anak daranya itu diseka lembut. Dia kasihan melihat keadaan anaknya itu namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana sebuah janji, dia terpaksa melakukan ini semua. Begitu juga isterinya, mereka berdua terikat dengan janji yang telah disimpul mati. Abang-abang Sarah Humaira juga telah menjadi korban janji ini, apatah lagi Sarah Humaira sendiri.

“Sarah tak mahu, ayah! Sarah tak mahu… Sarah nak belajar, yah… Ibu, Sarah masih nak belajar! Sarah tak mahu kahwin… Kenapa dengan ayah dan ibu ni? Lepas tak bagi Sarah ke luar negara, sekarang suruh Sarah kahwin dengan pilihan ayah dan ibu pulak? Sarah tak mahu, yah… Tak mahu.. Tolonglah…” Sarah Humaira terus merayu mengharapkan simpati ayah dan ibunya namun payah. Mereka tetap dengan keputusan muktamad mereka.

“Muktamad, Sarah.. Tolong jangan bantah lagi… Dan jangan menangis lagi, sayang.. Maafkan ayah..” balas Pak Deris, membuatkan mata Sarah Humaira terus dibanjiri air. Mak Esah pula buat tidak endah sambil meneruskan memasak. Sarah Humaira terkedu dalam perasaan tidak percaya lalu berlari masuk ke dalam bilik. Berkurung. Mungkin dengan cara berkurung begini, ibu dan ayahnya akan berlembut hati? Sarah Humaira hanya mampu terus berharap..





p/s : starting xtau la ok atau tak.. :) just leave your comment.. thanks! ^^v
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 9/22/2011 10:50:00 AM
Labels: Mampu Mencintaimu

17 comments:

  1. aje fazlinaThursday, September 22, 2011 at 11:06:00 AM GMT+8

    terbaik la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ღAuni_AmauniღThursday, September 22, 2011 at 11:09:00 AM GMT+8

    laju jer hang..haha..thanks a'je.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. HajarThursday, September 22, 2011 at 2:32:00 PM GMT+8

    permulaan yang menarik. keep it up. btw ni mini novel @ bakal jadi manuskrip juga?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. ღAuni_AmauniღThursday, September 22, 2011 at 3:33:00 PM GMT+8

    tq..hermm..ikut keadaan..sbb saya menaip sesebuah crita berdasarkan gerak hati..smua spontan, tanpa rangka jln crita..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousThursday, September 22, 2011 at 3:42:00 PM GMT+8

    Cepatlah sambung, ape rahsia janji ayah sarah ye? nasiblah abang2 dia mendengar kata,turut je klu tak habislah....... kesian sarah....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousThursday, September 22, 2011 at 4:58:00 PM GMT+8

    best..sambung cepat2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousThursday, September 22, 2011 at 10:49:00 PM GMT+8

    bestt.... smbung lagi ye ;-)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. bear2 @ kak chaqFriday, September 23, 2011 at 1:33:00 AM GMT+8

    apa yg auni 2lis smua mnarik cter die

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousSaturday, September 24, 2011 at 11:33:00 PM GMT+8

    permulaan yg membuatkan sy tertanya2....saya sebenarnya baru jee kt blog kak auni...memang suka baca novel cintan- cintun ni...teruskan,kak...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousTuesday, October 11, 2011 at 9:30:00 AM GMT+8

    baru baca novel awak=)..interesting la=)..keep it up..*lagu apa kat blog awak ni?..sukela..boleh bg tajuk?=_

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. ღAuni_AmauniღTuesday, October 11, 2011 at 10:01:00 AM GMT+8

    terima kasih sudi baca.. :)

    lagu ni kump Ungu - Percaya padaku

    :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. N A T A S Y A ツMonday, October 31, 2011 at 4:19:00 PM GMT+8

    wah, terbaik ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. QasehSuciSaturday, November 5, 2011 at 12:14:00 PM GMT+8

    permulaan yang baik kak...best!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. Miss FFThursday, November 24, 2011 at 11:18:00 PM GMT+8

    nice intro! kesian tak pasal2 muda2 agi da kena paksa kahwin ngan pilihan orang tua~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. ai nurashMonday, January 9, 2012 at 6:19:00 PM GMT+8

    baru trjumpe blog ni..hehhe
    sian sarah huhu gi jela blajar

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousFriday, June 1, 2012 at 7:40:00 PM GMT+8

    Assalamualaikum. Saya peminat trbaru akak :) . Best la citer nie. Akak mmg mnt korea ek? btw... i like... gud luck.. do yr best... sya pasti akn dptkn novel nie... hwaiting :) :P

    -justme_Nia :)-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousFriday, January 18, 2013 at 7:18:00 AM GMT+8

    Dah baca novel niy.. Best n memang best.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu