-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, September 13, 2011

SEDUTAN "Hanya Milikmu"


TENGKU Harith tidak akan mensia-siakan peluang selama dua hari terakhir di tanah suci ini begitu sahaja. Hati Balqis akan tetap dipikatnya sebelum mereka kembali semula ke Malaysia. Setelah puas bercuti sambil menunaikan umrah serta melakukan ibadah lain di Mekah, mereka kini bergerak pula ke Madinah al-Munawarah.

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad SAW. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Mereka memasuki Masjid an-Nabawi lalu bersolat sunat Tahiyatul Masjid sebanyak dua rakaat. Tidak lama selepas menunaikan solat Zohor, mereka melawat ke makam baginda Rasulullah SAW. Sepanjang berada di situ mereka tidak henti-henti berselawat lalu berdoa.

Betapa bahagianya hati Balqis kerana dibawa melawat makam baginda Rasulullah SAW itu. Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT kerana memberikan mereka peluang untuk menatap makam kekasih Allah itu. Walaupun sudah lama kewafatan baginda Rasulullah SAW itu, Tengku Harith dan Balqis bagai dapat merasai kewujudan baginda di situ kerana di situlah tempat bersemadinya baginda dan di situ jugalah tempat di mana bertapaknya rumah baginda.

Mereka kini menginap di sebuah hotel di Madinah pula selepas puas berada di Masjid an-Nabawi. Balqis baru selesai mandi ketika itu, Tengku Harith pula baru habis membaca al-Quran. Sebentar lagi mereka akan ke Masjid an-Nabawi semula untuk menunaikan solat Terawih. Tadi mereka berbuka puasa di sebuah restoran berdekatan yang agak terkenal di situ. Menu yang dipilih oleh mereka ialah kebab. Sememangnya kebab di restoran itu rasanya sungguh enak sekali, sampaikan Balqis dan Tengku Harith sendiri masih memuji-muji kesedapannya sehinggalah mereka tiba semula di hotel tadi.

“Kenapa abang pandang Qis macam tu?” soal Balqis dengan wajah merah padam apabila mata Tengku Harith tiba-tiba tidak boleh berkalih ke arah lain lagi melainkan ke arahnya. Haruman shampu dan gel mandi yang dipakai oleh Balqis menjadikan jiwa Tengku Harith tidak keruan. Naluri lelakinya berkocak hebat melihat keadaan Balqis yang nampak begitu segar itu. Tuala bersimpul di atas kepala wanita itu, menampakkan lehernya yang jinjang serta putih gebu.

“Tak ada apa-apalah. Kenapa?” balas Tengku Harith apabila dia tersedar. Dia cuba mengawal emosinya yang sudah tidak tenteram lagi.

Balqis tergeleng-geleng kecil sambil berjalan ke arah almari pakaian yang agak besar. Dia membuka pintu almari pakaian tersebut lalu berselindung di sebalik pintu almari itu. Selepas itu, dia mengeringkan rambutnya dengan tuala dan menyisir rambut di situ juga bagi mengelakkan perbuatannya menjadi tontonan suaminya. Sudah lama dia terbiasa menutup rambutnya dari dilihat oleh Tengku Harith. Dia ingin mengelakkan lelaki itu dari menyentuhi dirinya kerana dia masih tidak bersedia. Dia tahu, suaminya tentu sudah lama terseksa batin dan dia berasa sungguh berdosa kerana tidak mampu menyerahkan diri. Tengku Harith memang seorang suami yang sangat penyabar, Balqis sedar itu.

Usai menyisir rambutnya, dia menyarung tudung ringkas ke kepalanya. Seketika kemudian, dia mencapai botol losyen lalu dia memicit sedikit losyen ke hujung jarinya. Selepas itu, dia menyapu losyen berkenaan pada kedua belah tangannya sehingga ke siku. Sekali lagi dia memicit losyen lalu menyapunya pada betis putih gebunya dan juga pada kakinya.

“Sayang…” panggil Tengku Harith tiba-tiba. Balqis tergamam lalu menoleh pantas. Wajah suaminya terjengul dari sebalik pintu almari. Balqis mengurut dadanya kerana sedikit terkejut. Entah sejak bilalah suaminya berada di situ. Adakah Tengku Harith telah menonton kesemua perlakuannya tadi? Ahhh! Tidakk! Risaunya hati Balqis.

“Ya, bang?” jawab Balqis dengan wajah yang terpaksa dimaniskan. Dia tidak senang dengan situasi sekarang. Apa-apa pun boleh terjadi kerana suaminya itu kelihatan lain macam sungguh. Resah benar hati Balqis namun cuba ditahan sebolehnya.

“Wangi bau losyen yang sayang pakai tu.. Sayang..” nada romantis sudah kedengaran jelas pada pendengaran Balqis menyebabkan bulu tengkuknya meremang hebat. Jiwanya sudah kacau-bilau apabila lelaki itu tiba-tiba menghampiri dirinya.

“Ha’ah.. Losyen ni mama yang belikan hari tu..” Balqis cuba berlagak selamba dengan patah bicaranya. Kakinya ingin melangkah dari situ namun pinggangnya segera dirangkul kemas oleh Tengku Harith.

“Sayang.. Abang..” ayat Tengku Harith bagaikan tersekat-sekat di kerongkongnya kini. Suaranya lembut, sentuhannya terasa begitu mesra. Jemarinya mencapai jemari runcing Balqis lalu diramas-ramas lembut. Pantas tangan wanita itu dibawa ke dadanya. Balqis sudah mulai bertambah gelisah. Hatinya usah dikata lagi, sudah habis dilanda ribut tsunami. Perasaannya sudah tidak menentu.

“Ab.. Abbb.. Abang..” terketar-ketar suara Balqis sekarang. Tubuhnya menggigil apabila terasa dipeluk erat oleh Tengku Harith.

“Shh.. Just relax, sweetie.. I just want to love you..” Tengku Harith cuba menenangkan isterinya yang masih menggigil.

Perlahan-lahan Tengku Harith memegang tangan Balqis lalu wanita itu dibawa ke katil. Dia membaringkan isterinya sambil mengusapi pipi mulus isterinya itu. Balqis masih menggigil namun dia sudah tidak mampu menolak lagi. Balqis memejamkan matanya rapat-rapat apabila tangan suaminya merungkai tudung yang tersarung di kepalanya dengan perlahan-lahan. Rambut Balqis yang masih lembab itu dibelai-belai lembut oleh Tengku Harith.

“Bismillahhirrahmanirrahim..” ucap Tengku Harith dengan nada yang rendah. Dia terus membelai-belai rambut Balqis.

Bibir isterinya yang merah delima itu direnung sepenuh perasaan. Tengku Harith merapatkan bibirnya ke bibir Balqis namun tindakannya untuk mengucup bibir merah itu terhenti seketika apabila kelopak mata Balqis terbuka. Mata mereka kini bertentangan, hati di dalam sudah bagai nak gila. Balqislah yang kini terlalu gelisah bertentangan mata dengan Tengku Harith begini. Kekacakan lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan hati wanitanya cair. Ditambah lagi dengan jarak antara muka mereka yang begitu dekat sekali ketika ini, lagilah membuatkan jiwa Balqis berasa tidak keruan. Dup dap, dup dap! Itulah yang diberitahu oleh hati Balqis.

“Err.. Abang.. Bukan ke kita rancang nak ke masjid tadi? Solat Terawih tak nak buat ke malam ni?” sempat Balqis berkata-kata untuk menyelamatkan keadaan. Tengku Harith tersenyum kecil. Wajah Balqis kira-kira seinci lagi dari wajahnya ketika ini dan raut ayu itu sungguh menawan hatinya. Bibir mungil yang baru habis berkata-kata itu direnung lalu dikucupnya sekali.

“Nampak macam abang nak ke masjid ke macam ni?” usik Tengku Harith apabila wajah Balqis sudah mulai merona merah akibat dicium spontan tadi. Dup dap, dup dap! Jantung Balqis memberitahu lagi. Rasanya Balqis sudah mahu gila dilanda perasaan yang menjadikan dirinya gelisah macam ini.

“Malam ni kan, hari Khamis malam Jumaat.. Hmm.. Kebetulan pulak kan, sayang?” suara Tengku Harith semakin rendah dan romantis. Ada terselit nada kenakalannya di situ. Dia tersenyum lagi apabila wajah Balqis berubah cuak.

Terus tubuh Balqis meronta-ronta. Entah mengapa jiwanya bagai memberontak tatkala ini. Semua yang berlaku ini, adalah tiba-tiba sahaja. Itu yang membuatkan Balqis sendiri bingung dengan apa yang melanda dirinya. Balqis sendiri tidak tahu kenapa. Tengku Harith cuba menenangkan Balqis. Ditariknya badan isterinya rapat ke badan sasanya di atas katil itu. Tubuh Balqis kini dipeluk erat oleh Tengku Harith bagi mengelakkan wanita itu terus meronta. Balqis akan dipujuknya seboleh mungkin pada malam ini. Supaya ketenangan sentiasa berpihak kepada mereka selepas ini.

“Shhh.. Honey, I just want to show you my love.. Please let me love you, sweetheart. Shh.. Everything’s gonna be okay.. Believe me, sayang.. Allah is here with us.. I love you, honey..” pujuk Tengku Harith sambil membelai lagi rambut Balqis serta mengucup dahi wanita itu yang mulai berpeluh. Kasih sayangnya pada Balqis memang tidak berbelah bahagi. Wanita itu adalah segala-galanya dalam hidup Tengku Harith kini sebagai seorang isteri yang bakal menemaninya sehingga ke hujung nyawa.

Balqis sudah tenang kini. Dia memejamkan matanya semula apabila Tengku Harith menyentuhi kedua belah pipinya serta mengusapinya lembut. Pelukan terus dieratkan. Setelah sekian lama, Balqis kini sudah mampu menyerahkan dirinya kepada yang berhak memilikinya lahir dan batin.


-------------------------------


BALQIS tersenyum melihat bunga-bungaan yang mekar di taman mini milik Tengku Salmah. Dia teruja setiap kali melawat kawasan taman mini tersebut. Pelbagai jenis bungaan terdapat di situ. Bunga ros merah, orkid, tulip dan bermacam-macam lagi yang Balqis sendiri tidak pasti dengan nama-nama bungaan tersebut.

“Assalamualaikum, sayang..” tegur Tengku Harith tiba-tiba dari arah belakang Balqis. Tergamam seketika wanita itu kerana terkejut. Tangannya sudah mengurut dada. Entah kenapa, Balqis rasa marah sangat kerana ditegur begitu.

“Awak ni kenapa tegur saya macam tu? Nasib baik saya tak mati kena serangan jantung, tau?!” Balqis terjerit kecil tanpa sedar dan tanpa menjawab salam dari suaminya. Berubah terus air muka Tengku Harith ketika itu namun dia cuba bersabar. Dia tahu Balqis tidak sengaja.

“Kalau ya pun, jawablah salam dulu sayang. Tak jawab dosa tau?” usik Tengku Harith dengan senyum simpul. Jari telunjuknya mencuit manja hidung mancung milik Balqis.

“Eh.. Emm.. Waalaikumussalam.. Maafkan saya..” Balqis yang tersedar akan keterlanjurannya terus meminta maaf. Serba-salah wajahnya kini sambil menunduk.

“Don’t worry. I won’t mad at you. Because you’re my sweetheart, and my sweet pie..” nada romantis terus kedengaran mengetuk gegendang telinga Balqis. Suara lelaki itu separuh berbisik ke telinganya, menimbulkan rasa getar di dalam hati wanitanya. Entah mengapa, jantungnya berlari laju. Dan ternyata perasaan ini selalu bertukar kepada perasaan tidak suka.

“Ehmm.. Awak dari mana? Tak kerja ke hari ni?” Balqis cuba mengalihkan topik perbualan mereka. Lagipun, dia pun terasa ingin tahu kenapa suaminya itu boleh berada di rumah seawal ini. Selalunya lelaki itu akan pulang dari kerja pada waktu petang menghampiri waktu maghrib. Tetapi hari ini, waktu zohor Tengku Harith sudah berada di rumah. Itu yang membuatkan Balqis terkejut sangat tadi dengan sapaan suaminya kerana sangkanya Tengku Harith masih berada di pejabat.

“Abang balik awal hari ni, lagipun tak banyak kerja. Ada mesyuarat aje tadi dengan semua shareholders mengenai projek baru syarikat. Nanti abang cerita pasal projek tu. Sekarang ni yang pentingnya, abang nak bersama dengan Qis.. Sebab abang rindu sangat sampaikan tak boleh nak tumpukan pada kerja..” balas Tengku Harith lagi dengan nada yang masih kekal romantik. Balqis berdehem kecil sambil melarikan pandangannya ke arah bungaan yang mekar mengharum.

“Bunga-bunga tu cantik. Tapi Qis lagi cantik tau tak.. Sampaikan abang dah tak nampak lagi bunga-bunga tu sebab adanya Qis kat sini. Sekarang ni barulah abang perasan ada bunga-bunga tu kat situ..” usik Tengku Harith dengan pujian yang ikhlas. Merona merah wajah Balqis ketika ini kesan dari pujian suaminya itu.

“Awak ni betul-betul tak ada kerja ke? Takkan tak bawa balik kerja di pejabat tu buat kat rumah?” soal Balqis tiba-tiba. Mungkin perasaannya sudah tidak terkawal lagi.

“Tak ada kut. Kerja kat pejabat, baik buat di pejabat aje. Kat rumah ni kenalah buat kerja lain. Yang abang tahu, bila kat rumah dengan Qis, tugas abang satu aje. Jadi suami Qis yang terbaik untuk Qis. Layan isteri abang dengan sebaik mungkin, pujuk hati isteri abang dan manjakan isteri abang yang seorang ni.. Tu aje tugas abang bila ada kat rumah dengan Qis atau ada di mana-mana aje yang ada Qis..” Tengku Harith tersengih macam kerang busuk ketika wajah Balqis berubah kelat. Dia hanya menyabarkan hatinya tika ini. Dia tahu Balqis tentu akan menerimanya secara perlahan-lahan. Buktinya, Balqis kini sudah mahu melayaninya bercakap-cakap berbanding waktu dulu.

“Dah makan?” wajah Balqis kini semakin merah padam kerana direnung tanpa henti oleh Tengku Harith. Sebab itulah dia cuba lagi untuk mengubah topik perbualan mereka.

“Belum. Abang balik nak makan masakan Qislah ni.. Boleh masakkan tak?” tersenyum Tengku Harith ketika ini. Lebar pulak tu. Balqis tersenyum kelat membalas senyuman suaminya itu. Ada-ada saja suaminya ni nak kenakan dia sekarang. Mentang-mentanglah dia tu si suami. Sempat Balqis membebel tanpa sedar di dalam hatinya.

“Boleh.. Awak tunggu kejap. Pergilah mandi dulu.. Nanti turun makan tau?” balas Balqis dengan endah tak endah apabila Tengku Harith masih tersenyum lebar. Dia tidak mahu pun menentang renungan suaminya. Bimbang perasaannya berperang dengan perasaan benci yang selalu berselang-seli. Lagipun, inilah masanya dia boleh larikan diri dari terus direnung oleh suaminya.




P/S : hanya sedikit sedutan dari manuskrip "Hanya Milikmu"... doakan keluar versi cetak HM.. :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 9/13/2011 05:57:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

21 comments:

  1. nea_124Tuesday, September 13, 2011 at 6:17:00 PM GMT+8

    waaa~~~rindu sgt ngn hanya milikmu !!! >.<

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ღAuni_AmauniღTuesday, September 13, 2011 at 6:42:00 PM GMT+8

    terima kasih kerana merindui..doakan HM supaya ke versi cetak...senang sikit nk membacanya kan? huhuhu :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. evyTuesday, September 13, 2011 at 7:25:00 PM GMT+8

    tak sbr nak tggu HM ni kluar..bila dah baca sedutan dia ni jd makin x sbr...Good Luck writer..klu jln cerita mmg best jgn risau la mesti ke versi cetak...:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Fahimah MahayuddinTuesday, September 13, 2011 at 9:09:00 PM GMT+8

    Insya-Allah..sayapun tak sabar nak tunggu novel ni ada di pasaran =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. ღAuni_AmauniღTuesday, September 13, 2011 at 9:18:00 PM GMT+8

    thanks taw.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. 0nion_ringWednesday, September 14, 2011 at 6:45:00 AM GMT+8

    wah dh x sbr nk tggu keluarannya...
    bila nk berada di pasaran??

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. aje fazlinaWednesday, September 14, 2011 at 9:11:00 AM GMT+8

    best weh...mesti kuar la versi cetak..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. noorhayaty85Wednesday, September 14, 2011 at 9:53:00 AM GMT+8

    bestnyer citer sis ni..romantik..noor suka..he3..sy doakan citer sis ni cpt klua ke versi cetak.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. ღAuni_AmauniღWednesday, September 14, 2011 at 10:32:00 AM GMT+8

    salam semua...

    onion : xtaw lagi..kena tggu keputusan penilaian..sama2 la doakan ya..tq sbb support! :)

    a'je : tq weh..xsangka hang dok jenguk2 blog xseberapa aku ni..huhu tq sbb menyokong aku!

    hayaty : tq sbb menyukai HM.. Aminn.. moga2 doa2 korang dimakbulkan Allah..thanks.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Adinda Baizura MazlanWednesday, September 14, 2011 at 12:35:00 PM GMT+8

    tak sabar la nak tunggu.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousThursday, September 15, 2011 at 8:03:00 AM GMT+8

    bestnye..x sbar nk tgu. :-)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. Nurul QisDhiraThursday, September 15, 2011 at 8:53:00 PM GMT+8

    wah! best2 !
    dh lama tunggu entry hanya milikmu..
    saya doakan semoga citer ni berjaya diterbitkan.
    amin.....
    tp knp ek balqis tu ttiba je berubah??
    hhhmm.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. UnknownThursday, September 15, 2011 at 10:11:00 PM GMT+8

    bestnyer................

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. MisS_SyaFriday, September 16, 2011 at 10:14:00 AM GMT+8

    serius best gila..cepat2 la kuar di pasarannnnnnnnnnnnnnnn!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousFriday, September 16, 2011 at 10:17:00 AM GMT+8

    cpt ar kluar..mau beli nih.

    huhuhuhuuu.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. syazriniFriday, September 16, 2011 at 10:22:00 AM GMT+8

    the best everr~ i like~

    ^_~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousFriday, September 16, 2011 at 11:41:00 AM GMT+8

    arrrrrrrrrhhhhh nak lagik!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. saadahSaturday, September 17, 2011 at 3:27:00 PM GMT+8

    sis i need more!! more! MORE!

    xphm nih sis. bgi la lagik sdutan KLU psl pe balqish jdik cmnih!

    plis, plisss! :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. AnonymousSunday, September 18, 2011 at 8:59:00 PM GMT+8

    kali pertama bc citer nie.. ape yg leh sy komen citer nie mmg best hehhe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. Husna MohamadThursday, September 29, 2011 at 10:14:00 AM GMT+8

    teramat-amat lh best!
    nnty bile novel ni dh di pasarkan,inform tao...
    tak sabar-sabar mao beli!!
    semoga novel HM ni cepat keluar di pasaran...
    AMIN~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. Ayu dzulkarnainFriday, May 11, 2012 at 1:53:00 AM GMT+8

    Uiksss ape yg dah jadi ngan depa??? Suspen ni..
    Tak sabar nak baca full story.
    Bile kuar ni cik auni?

    -ayu dzulkarnain-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu