-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, October 9, 2011

Mampu Mencintaimu 9 & 10


SARAH Humaira terasa geram apabila Johan dan Hafiz seperti sedang mengata dia dari jauh. Sejak dia keluar dari pejabat Haris Safwan tadi, Hafiz sudah berada di meja Johan bercerita tentang sesuatu. Sampai sekarang, 10 minit sudah berlalu Hafiz masih di meja Johan dan mereka masih berborak. Entah mengapa Sarah Humaira terasa bahawa mereka sedang mengata dirinya. Bergosip mengalahkan perempuan! Itu kalau betul la dia orang tengah bergosip.

Hafiz terus bingkas ke mejanya apabila terlihat pintu bilik Haris Safwan terbuka luas. Lelaki itu berjalan melalui meja Johan dan Hafiz, kemudian berhenti di hadapan meja Sarah Humaira. Gadis itu hanya buat tidak endah sambil cuba menumpukan perhatian pada skrin komputer. Program Autocad yang terpasang cuba digunakan sebagai lakonan bahawa dia sedang sibuk.

“Sarah Humaira, saya ada perkara nak dibincangkan dengan awak. Boleh masuk pejabat saya tak? Now!” arah Haris Safwan.

Sarah Humaira menggetap giginya kegeraman. Baru 10 minit lepas dia keluar dari situ. Dah disuruh masuk balik. Takkanlah tadi dia tak terfikir nak bincang perkara tu memandangkan yang aku dah pun terlanjur ada di dalam bilik dia! Memang dia ni bengong! Tak sah kalau tak ganggu aku. Dah sah-sah dia sakit hati sebab aku tak layan dia padahal perempuan lain semua layan dia dengan baik. Ahh! Ingat muka handsome macam tu aku nak terpikat ke kalau perangai tak betul?

“Tapi kenapa pulak ni Encik Haris? Saya baru keluar dari bilik encik 10 minit yang lepas..” rungut Sarah Humaira cuba membantah. Dia masih banyak kerja nak dibuat. Semuanya kerja-kerja yang diberikan oleh Gunasekaran tadi sebaik sahaja dia keluar dari bilik Haris Safwan.

“Now!” tekan Haris Safwan sepatah lalu berlalu masuk ke biliknya. Wajah lelaki itu sedang serius nampaknya. Sarah Humaira terjerit-jerit di dalam hatinya bagai orang yang terkena histeria. Tekanan betul bekerja dengan Haris Safwan! Semuanya sama sahaja seperti apa yang dibayangkan olehnya sebelum ini. Dengan hati yang penuh geram, Sarah Humaira turut memasuki bilik lelaki itu.

Johan dan Hafiz menjongket bahu sesama mereka apabila Gunasekaran mengangkat-angkat kening isyarat bertanya tentang apa yang sebenarnya terjadi. Ridzwan dan Jay masing-masing tidak mahu ambil peduli. Kerja mereka diteruskan tanpa sebarang kata-kata yang lahir.



“NAH, ini tugas awak untuk dua bulan akan datang ni.. Do your work well, okay? I want you to be commited to your works..” Haris Safwan memberikan sebuah fail kepada Sarah Humaira. Gadis itu mengambil fail yang terdampar di atas meja Haris Safwan. Dia cuba menilik ke dalam fail itu dengan membukanya sedikit namun suara Haris Safwan terlebih dahulu bergema.

“Go check at your desk. I have many works to do right now. Okay, you can go now..” Haris Safwan cuba berlakon serius dengan kata-katanya.

Sarah Humaira hanya terdiam lalu mengangguk-angguk kecil. Sebenarnya dia lebih hairankan lelaki itu. Adakalanya suka menyakitkan hatinya dan kelihatan tidak komited dengan kerja. Adakalanya pula, serius dengan kerja sampaikan dia pula yang terasa aura seorang ketua yang dimiliki oleh Haris Safwan. Sudahnya, Sarah Humaira keluar dari bilik itu menuju ke mejanya.

Dia duduk dan mula membuka fail yang diberikan oleh Haris Safwan. Matanya terbuntang melihat jadual kerjanya yang penuh. Itu pun semua kerjanya perlu dilakukan bersama-sama dengan Haris Safwan? Maknanya, kemana aje dia pergi aku kena ikutlah ni? Dia ingat aku ni setiausaha dia atau apa? PA pun bukan, okey? Tapi kenapa? Arghhh!! Sakit betul hati Sarah Humaira ketika ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Di dalam bilik pejabatnya, Haris Safwan tersenyum penuh makna. Tentu Sarah Humaira sudah tahu bahawa dia kini kena bekerja dengan Haris Safwan hari-hari walau kemana jua yang lelaki itu pergi. Dan sudah tentu gadis itu sedang tekanan memikirkan perkara tersebut. Haris Safwan terpaksa buat begini bagi memastikan yang Sarah Humaira sentiasa ada bersama-samanya setiap masa.

Jadi, tak perlulah dia risau lagi jika hatinya memberontak rindukan gadis itu atau cemburukan mana-mana lelaki yang cuba mendekati isterinya itu. Sebab yang utama dia buat begini adalah untuk memikat hati Sarah Humaira dan akhir nanti dia akan mendedahkan siapa dirinya yang sebenar. Tentu isterinya itu boleh menerima dia nanti selepas dia menceritakan bagaimana proses transformasinya ke rupa yang sekarang ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.. Aminn..

Haris Safwan masih teringat ketika mula-mula dia sampai ke United Kingdom lima tahun dahulu. Dia telah berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan menghubungi Sarah Humaira selagi penampilan dirinya tidak berubah. Selama lima tahun itulah Haris Safwan berusaha mengubah bentuk fizikalnya dengan selalu bersenam di gim. Daripada badan yang kurus kering, kini badannya sudah tegap, berotot dan sasa. Giginya yang jongang pula, diikat supaya menjadi sama rata.

Tiga tahun proses memakai braces itu sebelum dia mendapat senyuman menawan seperti sekarang. Dia juga ke kelas penampilan diri untuk belajar bagaimana mengenakan pakaian yang bersesuaian serta bergaya. Tidak terduga oleh Haris Safwan, dalam dia berkira-kira untuk pergi mencari Sarah Humaira dalam masa terdekat ini, kebetulan pula gadis itu muncul semula dalam hidupnya tanpa perlu dicari lagi. Haris Safwan yakin, ini adalah takdir Allah SWT yang ingin menyatukan mereka semula buat selama-lamanya. Ternyata Sarah Humaira langsung tidak dapat perasan perubahan ketara pada dirinya kini.

Dan untuk mengelakkan terjatuhnya talak ke atas Sarah Humaira, setiap bulan dia akan memasukkan duit sebanyak seratus ringgit ke dalam akaun bank Sarah Humaira. Nombor akaun bank tersebut diminta olehnya dari pihak MARA yang menguruskan biasiswa Sarah Humaira. Dia tidak boleh berikan lebih dari seratus ringgit kerana bimbang isterinya syak sesuatu. Jadi, biarlah amaun itu amaun yang kecil sahaja. Entahlah sama ada gadis itu perasan atau tidak amaun duit yang sedikit berlebihan di dalam akaun banknya. Haris Safwan tidak mahu peduli, asalkan dia sudah menunaikan nafkah zahir tersebut dan Sarah Humaira masih kekal miliknya.



ADILA ketawa berdekah-dekah ketika Sarah Humaira menceritakan semula apa yang berlaku di pejabat pagi tadi. Gadis itu menekan perutnya sambil mengelap air mata yang mulai keluar dari tubir matanya akibat terlalu kuat ketawa. Tercungap-cungap Adila menahan baki ketawanya yang masih terasa. Penat betul dia ketawa sampaikan tiada lagi suara ketawa yang terkeluar. Tangannya tergawang-gawang tanda tidak mampu lagi untuk meneruskan tawanya. Sarah Humaira yang memerhatikan gelagat kawannya itu sudah terasa panas hati. Sampai hati Adila ketawakan dia?!

“Eee! Kau ni Dila. Bukannya nak berpihak pada aku, sebaliknya kau ketawakan aku ni apahal?? Kau ni memanglah bukan kawan sejati aku..” wajah Sarah Humaira sudah berubah. Dia membuat muka sedih, mengharapkan supaya Adila akan berpihak padanya selepas ini. Tapi, lain yang diharapkan, lain pula yang jadinya. Gadis itu menyambung tawanya walaupun tidak sekuat tadi.

“Kau bagitau dia orang semua yang umur kau dah nak masuk 30 tahun? Habislah kau. Tak laku kau nanti!” ujar Adila sambil menekan perutnya yang sudah mulai terasa sebu.

Memanglah Sarah Humaira pandai bercerita sehinggakan ceritanya itu mampu menghidupkan balik suasana semasa kejadian supaya pendengar boleh membayangkan kembali sebijik-sebijik apa yang berlaku. Sarah Humaira menggumam sambil berpeluk tubuh. Bibirnya dicebikkan. Menyampah dengan Adila yang tidak habis-habis nak tertawakannya dari tadi lagi.

“Kau ni Dila! Aku nak merajuklah kalau macam ni. Kau masak sendiri malam ni! Aku malas nak makan malam ni! Tak ada selera bila terbayang muka buaya tu, lepas tu muka ketawa kau macam nak pecah perut tadi tu..” ugut Sarah Humaira keras. Tawa Adila serta-merta berhenti lalu dia merapatkan tubuhnya ke batang tubuh Sarah Humaira yang berada tidak jauh darinya.

“Alorh.. Bucuk-bucuk cayang aku ni… Marah pulak dia.. Merajuk ya? Meh sini nak pujuk..” pujuk Adila dengan wajah comelnya. Dia membuat ‘puppy face’ di hadapan muka Sarah Humaira. Kemontelan wajah Adila kini terserlah, membuatkan Sarah Humaira tergelak kecil. Adila memang selalu pujuk dia macam ni. Buat aje muka macam tu, Sarah Humaira sudah mahu tergelak dibuatnya.

“Ahh, kau jangan lagi ketawakan aku. Faham?” ugut Sarah Humaira lagi sambil menaikkan jari telunjuknya lalu diletakkan ke atas batang hidung Adila. Adila tertawa kecil sambil menggerakkan bahunya menolak dua tiga kali bahu Sarah Humaira yang berada dekat sahaja dengan bahunya itu.

“Yelah, aku dah tak gelak. Kau ni pun satulah, Sarah. Siapalah yang gila tak gelak kalau dengar cerita kau tadi tu? Malu beb, mengaku umur dah nak masuk 30 tahun depan 6 orang lelaki bujang. Lagi-lagi, depan bos handsome kau tu. Aduh! Melepaslah kau kalau macam ni. Eh, tapi aku rasa dia tak kisah kut.. Sebab aku tahu umur dia mesti dalam 30 lebih jugak dan dia memang syok habis kat kau.. Kalau tak, takkanlah dia sampai jadi stalker ikut kau ke mana-mana aje kau pergi kan, kan?” usik Adila sambil mengangkat-angkat keningnya. Sarah Humaira mendengus tidak puas hati.

“Kalau ye pun dia ada hati dekat aku, aku takkan ada hati dengan dia tu. Malaslah aku dengan jantan macam tu. Mulut celupar sangat. Kalau lepas kahwin pun mulut dia celupar macam tu, kena pulak dengan aku yang panas baran ni.. Memang habislah dia. Rumah tangga pun tak tenteram tau! It’s a no! No, no, no..” ujar Sarah Humaira sambil tergeleng-geleng dan menggerak-gerakkan jari telunjuknya mengisyaratkan tidak.

Padahal Sarah Humaira sedar sendiri yang dirinya sudah pun berkahwin dan dia perlu menjaga dirinya. Adila sahaja yang tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati Sarah Humaira. Beban yang serasanya tidak tertanggung lagi oleh hati wanitanya. Suaminya perlu segera dicari. Tapi bagaimana? Sarah Humaira sendiri bingung.

“Kau tu kenalah belajar kawal diri kau. Takkan selama-lamanya kau nak panas baran macam tu. Berdosa tau kalau kau berkasar dengan suami kau. Suami ni kita kena layan dengan kelembutan.. Kesopanan.. Hmm.. Kau kena belajar dari aku dulu cara-cara menjadi seorang wanita sejati..” sahut Adila sambil tersengih-sengih bagai sedang berangan.

Sarah Humaira tergeleng-geleng memerhati gelagat temannya itu. Lucu. Namun kata-kata Adila itu sedikit sebanyak mencalarkan hatinya. Dia masih teringat bagaimana teruknya layanan dia terhadap suaminya yang jongang dan kurus kering itu. Walaupun lelaki itu hodoh, dia tidak patut menghina penampilan lelaki itu kerana lelaki itu adalah suaminya yang sah! Betapa berdosanya aku, ya Allah! Sarah Humaira tertunduk buat seketika lalu mendongak kembali menatap wajah Adila yang masih berangan-angan.

“Yelah, mak cik! Tapi aku ni bukan tak sopan tau. Aku lemah-lembut juga apa.. Cuma aku tak boleh nak bertolak ansur dengan lelaki yang aku rasa dia tu hanya nak menggatal dengan perempuan.. Contohnya, mamat sewel tulah! Kalau tengok cara pandangan dia tu, memang menggelikan… Meremang aje bulu tengkuk aku bila dia tenung-tenung aku semacam.. Eee!!” wajah geli-geleman Sarah Humaira terpampang.

Namun apabila mengenangkan semula renungan menggoda Haris Safwan semalam, hatinya tiba-tiba bergetar lalu suatu perasaan halus terlintas buat seketika. Sebu terasa dalam hatinya apabila perasaan itu timbul namun cepat-cepat Sarah Humaira tangkis. What is happening to me? Please come to your senses, Sarah! Sarah Humaira memberitahu hatinya. Pipinya dicubit-cubit tanpa sedar. Pandangannya dihalakan ke wajah Adila yang mulai mengukir senyum nakal.

“Dia bukan renung kosong aje.. Ada maknanya tu.. Maknanya, dia sukakan kau..” telahan Adila membuatkan Sarah Humaira tersentak dan berasa tidak puas hati. Sarah Humaira mengeluh. Adila ni mesti kes terlalu banyak layan cerita Korea sampai jadi konon-kononnya pakar cinta pulak.

“Kalau kau nak tahu, dia tu nak cari pasal aje dengan aku. Kalau tak, dia takkan buat jadual kerja aku memanjang aje dengan dia. Means, pergi mana-mana pun dengan dia kau tau tak? Aku tak faham kenapa aku pulak yang kena ditugaskan dengan dia? Macamlah tak ada jurutera lain dari kaum lelaki. Johan ada.. Gunasekaran pun ada.. Lagi siapa lagi aku dah lupa la pulak 3 orang lagi tu..” Sarah Humaira cuba memerah otaknya mengingat nama-nama yang lain.

Johan dia ingat sebab kes umur tu. Gunasekaran pula, dia ingat sebab lelaki itulah satu-satunya yang berbangsa selain melayu iaitu berbangsa India. Sarah Humaira sudah mula bangun dari duduknya lalu mundar-mandir di hadapan Adila. Dia memang tidak faham dengan tindakan Haris Safwan itu. Adila tergelak-gelak sambil bertepuk tangan seolah-olah telah mendapat penyelesaian kepada apa yang dirunsingkan oleh Sarah Humaira sebentar tadi.

“E’eh minah ni, ketawa pulak! Kau ni memang boleh dinobatkan sebagai Queen of Laughter kalau macam nilah gayanya..” ujar Sarah Humaira dengan gelengan yang tidak sudah.

“Auuu! So Sweet! Kerja dengan Lee Minho Malaysia tu? Kalau aku, memang aku tak kisah kalau seumur hidup pun. Dah sah dah tu. Tak ada sebab lain lagi. Percayalah kat aku, dia memang syok kat kau! Kalau tak, dia takkan nak berkepit aje dengan kau pergi mana-mana pun.. Mesti akan terjadi peristiwa romantik antara kau dengan dia nanti. Oh, aku pulak yang cair bila memikirkan betapa romantiknya dia dengan kau nanti.. Ahh.. Bestnya..” jawab Adila sambil meneruskan tawanya. Dia mula menongkat dagu dengan kedua belah tangannya setelah sikunya diletakkan ke peha. Wajah sedang berangan dibuat oleh Adila sambil mulutnya tersenyum-senyum.

Sarah Humaira menggosok-gosok kepalanya dengan wajah tekanan. Habis berserabut rambutnya yang lurus separas bahu itu. Dia sudah tidak tahan lagi dengan kata-kata Adila itu. Aku cili-cili juga mulut si Adila ni. Masin mulut minah ni karang, jadi betul-betul pulak. Romantika bersama Haris Safwan si buaya darat tu? Oh, no.. I don’t want! Selisih malaikat empat puluh empat. Sarah Humaira berlari naik ke biliknya dalam perasaan mendongkol geram.



10



KAMAL Ikhwan menatap telapak tangannya. Peristiwa lima tahun dahulu sewaktu mengikuti rombongan anjuran syarikatnya ke Melaka kembali berputar dalam mindanya. Dia masih teringat bagaimana kecederaan pada tangannya itu menakutkan dirinya suatu waktu dulu. Luka yang dalam akibat terhiris dengan parang tajam sewaktu mengupas kulit kelapa muda.

Luka itu ternyata membuatkan Kamal Ikhwan takut sekiranya ia terpaksa dijahit. Doktor yang datang dipandang dengan perasaan cuak. Doktor muda tersebut memeriksa tangan Kamal Ikhwan dengan wajah berkerut-kerut. Dia mengarahkan seorang jururawat menolongnya menyapu ubat ke situ sekaligus akan menghentikan pendarahan secara tidak langsung.

“Encik Kamal, tangan awak ni kena dijahit. Luka dalam jugak ni. Sekurang-kurangnya kena 10 jahitan ni..” kata doktor lelaki yang memakai tag nama Zafri itu.

Muda benar doktor ini, tentu masih baru lagi dalam dunia kedoktoran. Lagilah bertambah rasa cuak Kamal Ikhwan. Bagaimana jika doktor tersebut tersilap jahit atau tidak mempunyai kemahiran serta pengalaman menjahit luka-luka seperti ini sebelum ini? Ah, tak mahu. Tidakk! Kamal Ikhwan sudah tergeleng-geleng kecil dengan wajah pucat lesi. Dia sungguh cuak.

“Encik, janganlah takut. Doktor Zafri ni doktor paling bagus kat pejabat kesihatan kampung ni tau? Just relax yourself.. Nanti encik akan dibius. Jadi, jangan takut atau gusar-gusar..” getus seorang jururawat perempuan di sebelah Kamal Ikhwan.

“Maaf encik. Luka macam ni selalunya kami jahit mentah-mentah aje. Tak pakai bius. Maafkan jururawat saya ni.. Dia tak ambil bidang kedoktoran ni, jadi dia tak tahu.. Sepatutnya dia kerja ofis. Tapi kebetulan jururawat yang sepatutnya bantu saya, cuti mengejut pula hari ni. So, terpaksalah minta dia tolong saya..” Doktor Zafri tertawa kecil apabila muka jururawat manisnya itu berubah kelat.

Kamal Ikhwan terperanjat. Mak aii! Dahlah doktor muda macam fresh graduate aje ni. Lepas tu, jururawat pula tak ambil bidang kedoktoran? Apa ni? Macam mana aku nak percaya yang semuanya akan berjalan lancar ni? Aduh, macam mana ni? Ya Allah.. Kamal Ikhwan berkata-kata di dalam hatinya. Dia sungguh risau serta membayangkan kesakitan yang bakal dia alami nanti.

“Maaflah, encik. Saya tak tahu.. Saya belajar bidang binaan bangunan ni. Saya kerja sini sambilan aje sementara tunggu result U. Jadi, tak berapa tahu. Yang saya tahu, tolong doktor aje dan buat apa yang disuruh. Maaf atas nasihat ajaran sesat tadi tu..” jururawat tersebut tersengih-sengih dalam perasaan segan.

Memang segan dia kerana ditegur depan-depan oleh Doktor Zafri tadi. Itupun di depan pesakit. Membahang rasanya wajah gadis kecil molek itu apabila tawa Kamal Ikhwan juga kedengaran meletus walaupun hanya perlahan.

Kamal Ikhwan menoleh ke arah jururawat manis bertudung litup itu. Lucu juga jururawat sambilan ni. Tag nama yang melekat di pakaian seragam jururawat itu dibacanya dalam hati. Sarah Humaira. Cantiknya nama seindah tuan tubuh. Kamal Ikhwan tersenyum sendirian sambil terus memerhati ke muka Sarah Humaira. Ayu sungguh wajah itu, membuatkan jantung Kamal Ikhwan semakin berdebar hebat.

“Encik, bersedia ni. Doktor nak jahit dah luka encik tu. Tahan, ya? Everything will be fine.. Percayalah kat kami ni..” ujar Sarah Humaira dengan bersungguh-sungguh. Doktor Zafri sudah tertawa perlahan, lucu melihat gelagat Kamal Ikhwan yang sudah takut-takut apabila melihat jarum dan benang khas yang sudah tersedia.

Kamal Ikhwan terjerit-jerit kecil apabila lukanya mula dijahit oleh doktor muda tersebut. Sarah Humaira terus memberikan semangat sambil cuba bercakap-cakap dan bersembang dengan Kamal Ikhwan supaya dapat mengalihkan perhatian lelaki itu untuk membuatkan lelaki itu melupakan rasa kesakitan yang dialaminya.

“Encik dah makan ke ni? Makan apa?” soal Sarah Humaira. Entah apa-apa soalannya itu.

“Arhh.. Aduh.. Be.. Belum.. Makan.. Arhh.. Auchh!” Kamal Ikhwan menjawab sambil menyeringai kesakitan. Dia tidak mampu untuk melupakan kesakitan yang dialami olehnya.

Doktor Zafri tergeleng-geleng seketika sambil memberikan isyarat kepada Sarah Humaira supaya mencuba lagi mengalihkan perhatian Kamal Ikhwan kerana lelaki itu sudah menggerak-gerakkan tangan kanannya yang luka itu menjauhi Doktor Zafri. Secara tidak langsung, ia akan menambahkan kesukaran doktor tersebut untuk menjahit luka itu.

“Err… Err.. Encik.. Umur berapa?” soalan entah apa-apa lagi yang keluar. Melihatkan Kamal Ikhwan yang langsung tidak mendengar apatah lagi menjawab soalannya itu, Sarah Humaira terus mencapai sehelai kain cotton lalu menyambar tangan kiri Kamal Ikhwan yang terbiar.

Dia menggenggam tangan lelaki itu berlapikkan kain tersebut, cuba menyuntik semangat kepada Kamal Ikhwan. Tersentak dan terpaku pandangan mata Kamal Ikhwan kini ke wajah Sarah Humaira. Jiwanya terasa berbunga-bunga. Hatinya berdebar tatkala mata mereka bertentangan buat seketika sebelum gadis itu melarikan pandangan ke arah lain. Kecantikan Sarah Humaira yang terdampar di ruangan matanya kini bagaikan magnet yang tidak boleh memisahkan renungan matanya dari wajah gadis itu. Cun giler awek ni.. Desis hati Kamal Ikhwan sendirian.

Sarah Humaira mengentalkan hatinya. Dia tahu lelaki itu sedang merenungnya sejak tadi namun dia cuba bertahan. Dia yakin yang dia berjaya mengalihkan perhatian Kamal Ikhwan dari merasai kesakitan akibat jahitan Doktor Zafri.

“Okey! Dah siap pun.. Nanti encik jangan lupa ke farmasi untuk ambil ubat, okey?” ujar Doktor Zafri tiba-tiba. Kamal Ikhwan yang sedang asyik melayan perasaannya tadi terus tersedar.

Mata Kamal Ikhwan terarah pada luka yang telah siap dijahit. Tak sangka pula dah siap. Kenapa agaknya dia langsung tak berasa sakit tadi? Matanya membesar sambil memerhatikan bekas jahitan yang kemas itu. Doktor Zafri menyapu sedikit iodin ke atas bekas jahitan itu sebelum tersenyum ke arah Kamal Ikhwan, kemudian dia mengangguk pada Sarah Humaira.

Gadis itu hanya tersenyum membalas anggukan Doktor Zafri yang membawa maksud great job itu. Memanglah great job sebab dia sampai terpaksa menggenggam tangan lelaki bukan muhrimnya itu. Nasib baiklah berlapik sebab ada kain cotton yang kebetulan ada berhampirannya.

Kamal Ikhwan tersenyum sendirian selepas lamunannya tadi berlalu pergi. Peristiwa lima tahun lepas di pejabat kesihatan di sebuah kampung di Melaka merupakan peristiwa paling diingati olehnya sehingga kini. Selepas pertemuan kali pertamanya dengan Sarah Humaira, keesokan harinya dia pergi lagi ke pejabat kesihatan itu untuk berjumpa Sarah Humaira namun gagal berjumpa kerana gadis itu sudah berhenti. Hendak bertanyakan alamat atau nombor telefon Sarah Humaira, dia terasa malu pula kerana pada waktu itu dia adalah seorang lelaki yang agak pemalu.

Sudahnya, dia hanya memendam rasa sehingga sekarang. Tak sangka pula dia boleh berjumpa semula dengan Sarah Humaira tempoh hari. Dan tepat sekali jangkaannya, gadis itu tidak perasankannya kerana bentuk fizikal dan cara penampilannya yang sudah banyak berubah. Tambahan lagi, mereka hanya pernah bersua muka sekali itu saja sebelum ini. Manalah Sarah Humaira ingat lagi pertemuan mereka itu.

Selepas berjumpa Sarah Humaira tempoh hari, beberapa hari selepas itu dia ada ternampak lagi kelibat gadis itu di kedai buku itu juga cuma dia tak sempat nak menegur. Entah mengapa pada hari itu, Sarah Humaira nampak tergesa-gesa meninggalkan kedai buku tersebut dan memasuki sebuah teksi. Walaupun kecewa, Kamal Ikhwan tidak akan berputus asa. Dia akan tunggu Sarah Humaira lagi di kedai buku tersebut pada hari yang lain.

Kamal Ikhwan tersenyum lagi seorang dirinya sambil memeluk bantal dan membaringkan tubuhnya ke atas katil empuk. Matanya dipejamkan perlahan-lahan. Wajah Sarah Humaira kembali menerjah. Tidak sedar, dia sudah terlena dibuai mimpi. Bibirnya masih tersenyum walaupun sedang tertidur lena.



p/s : sorry ye kalau xbest.. bab ni menceritakan kisah lampau haris safwan & kamal ikhwan.. penting ni! :) sila tinggalkan komen anda plis.. kalau x, nak merajuk..uhuk3..susah tau fikir idea..uhuk3.. :(


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 10/09/2011 11:21:00 PM
Labels: Mampu Mencintaimu

16 comments:

  1. AnonymousSunday, October 9, 2011 at 11:45:00 PM GMT+8

    it's a good story. keep up with the good work.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. nadiahSunday, October 9, 2011 at 11:49:00 PM GMT+8

    okes. faham dah. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. dynaSunday, October 9, 2011 at 11:49:00 PM GMT+8

    b for best

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. HajarMonday, October 10, 2011 at 12:05:00 AM GMT+8

    Ok, dah terjawab pun persoalan saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. ღAuni_AmauniღMonday, October 10, 2011 at 12:12:00 AM GMT+8

    terima kasih kerana komen2..huhu sebarang kesilapan atau kekeliruan sila tegur. ^^

    saya mau tidoq dulu dah lewat plus penat fikir idea..hehe

    selamat malam semua.. Salam! :) <3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. zura asyfar addy rifqhieyMonday, October 10, 2011 at 6:36:00 AM GMT+8

    wee..best2....tak sabar nk tgu dorang akan keje same2 nnt..hehe :DD

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousMonday, October 10, 2011 at 9:23:00 AM GMT+8

    oh........ mcm tu ternyata kisah lampau dorg hehehehehe sya x sbor nak tau n3 seterusnya bila la sarah tau sape suami dia sebenarnya ni nak n3 ni cepat2 thumbs up to kak auni moga2 cepat la idea tu datang erkkkk...........

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnorMonday, October 10, 2011 at 12:37:00 PM GMT+8

    cepat sambung ye...cite yg sgt menarik..
    takkan Sarah ni tak kenal langsung dgn suami
    sendiri dn nama pun tak tau... susah juga
    nak cari suami kalau peribadi suami sendiri
    pun tak tau. dh ada depan mata pun tak kenal.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. MisS_SyaMonday, October 10, 2011 at 3:05:00 PM GMT+8

    ok now it solved..skrang nie mau tunggu haris kantoi jerr...good job,sis..sya like like likee!! nextttttt!! =))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. syazriniMonday, October 10, 2011 at 3:06:00 PM GMT+8

    yeshhh weeeehhheeeeee!~ next n3 plok xsbr nk tengok sarah kerja dgn hariss..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousMonday, October 10, 2011 at 3:12:00 PM GMT+8

    best.smbung cepat.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousMonday, October 10, 2011 at 3:32:00 PM GMT+8

    terbek dr ladang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousMonday, October 10, 2011 at 9:19:00 PM GMT+8

    terbaek..sronok2

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. syifashahrulWednesday, October 12, 2011 at 3:06:00 AM GMT+8

    jgn merajuk..hehe..ok2..interesting..:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousWednesday, October 12, 2011 at 9:05:00 AM GMT+8

    besstttt.. smbg lgi ye :-)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. N A T A S Y A ツThursday, November 3, 2011 at 11:03:00 PM GMT+8

    begitu rupenye ~ ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu