HARIS Safwan memeluk Sarah Humaira erat-erat
dari belakang. Pemandangan malam di kota Zurich, Switzerland memang sungguh memikat
jiwa. Kapal mewah yang dinaiki oleh mereka ketika ini dihiasi dengan pelbagai
jenis lampu yang kelihatan sungguh elegen. Tasik Zurich terbentang indah di
depan mata mereka berdua. Segala keindahan ini terasa lebih indah apabila
berada di dalam pelukan hangat insan tersayang.
“Cantik, kan..” getus Haris Safwan, berbisik romantis
di telinga Sarah Humaira.
Angin malam terasa meniup lembut, menyebabkan
selendang sutera yang dipakai oleh Sarah Humaira beralun-alun menampar wajah
Haris Safwan. Haruman shampu yang dipakai Sarah Humaira menyelinap keluar
apabila Haris Safwan menghidu di sebalik selendang tersebut. Terasa sungguh
damai sekali.
“Cantik, bang.. Cantik sangat..” balas Sarah
Humaira penuh syahdu. Air mata terasa mengalir keluar kerana dia terlalu
terharu.
Wajah dan badannya dipalingkan menghadap Haris
Safwan. Selepas menatap senyuman menawan suaminya, dia mengusapi pipi lelaki
itu lembut lalu menjatuhkan kepalanya ke dada bidang Haris Safwan. Dia sungguh
selesa begitu. Terasa dirinya disayangi serta dimanjai oleh si suami.
“Shh..
Such a cry baby.. Menangis lagi..” usik Haris Safwan sambil menguatkan
pelukan. Sarah Humaira merengek kecil sambil memukul manja dada Haris Safwan,
tanda memprotes kata-kata suaminya tadi.
“Terharulah, bang.. Bukannya apa pun.. I’m happy and I hope this happiness will
last long.. Until the end of my life..” bisik Sarah Humaira dengan air mata
yang masih mengalir. Namun senyuman bahagia sentiasa terukir.
Terasa jemari Haris Safwan mengelap air mata
yang berbaki di pipinya. Lelaki itu mendongakkan kepalanya. Mata mereka
bertentangan. “Abang akan pastikan sayang bahagia buat selama-lamanya. Sampai
di syurga nanti, semoga jodoh kita dipanjangkan oleh Allah. Abang akan buat
sayang gembira selalu sampailah ke hujung nyawa kita. This I promise you, honey..”
Bisikan Haris Safwan itu terasa mendamaikan jiwa
Sarah Humaira. Dan bisikan itu kedengaran bergema berkali-kali di dalam hati serta
mindanya. Sebuah senyuman terukir di bibir halus Sarah Humaira. Air mata
bahagia terasa mengalir lagi…
p/s : manuskrip dah sampai ending.. :)
awww lovely dovey... aishhh xsbrnye nk bli
ReplyDeletewoaa... best2, x sabar tgu MM jadi novel pulak... ;)
ReplyDeletetak sabar menunggu novel nie dipasaran...!
ReplyDeleteBestnya . Happy ending . :) Tak sabar nak dapatkan novel ni .
ReplyDelete[syaza_nadiah]
woa! dah nak habise!! bila nak keluar kat market ni?? tak sabo nak baco!!
ReplyDeletehehe terima kasih semua..
ReplyDeleteada byk lagi bab selepas yg ni..
ini belum ending ^^
insyaAllah akan menemui pembaca paling awal bulan 3, paling lewat bulan 4 atau 5.. :)
lamanya cepatlah sikit...
ReplyDeleteadeh ! dari mula hingga lah bab yang ni . . . romantik >.< hope akak utamakan happy ending tau ! :) xmau sedih - sedih ;( xpe kak , lmbt atau cept sy tetap beli ;)
ReplyDeleteHarap2 happy ending.....tak mahulah sedih2..... dahlah lama terpisah bila bertemu lain pulak jadinya...dan jgnlah Haris terpengarah dgn hasutan emaknya.
ReplyDelete~ min ~
thx writer. at least we know that they still together forever!!!
ReplyDeletesalam..tya knpa ya bab lain tu x leh open..mozilla dah gna google chrom pun..tpi x dpt
ReplyDeletewslm..
Deletehmm, xtau pulak.
try opera tngok.. :)
orang lain ok je rasanya.
Best2 bila nak ada dipasaran....xsabau nak beli :p
ReplyDeletebset2 sangat...x sabar nak baca
ReplyDeletebest2...sangat.x sabar nak baca
ReplyDeletebest sgt =)
ReplyDelete