“APA? Betul ke apa yang saya dengar ni, Cik Najwa?”
soal Irfan Naufal seakan tidak percaya. Baru sahaja Adnin Najwa memberitahu
bahawa dia bersetuju kahwin dengan Irfan Naufal.
Tinie di sebelah Adnin Najwa sudah tersengih-sengih
lebar sambil mengangkat-angkat kening. Gaya ‘thumbs up’ juga dibuat. Irfan Naufal pula yang tersengih lucu.
Hebat betul Tinie kerana berjaya memujuk Adnin Najwa. Fizul di sebelah Tinie
juga kelihatan teruja. Rancangan mereka berjaya 200%!
“Betul Encik Irfan. Saya sudi kahwin dengan awak..”
balas Adnin Najwa mengesahkan pernyataannya awal tadi. “Tie.. dan.. emm, Encik
Fizul kan? Boleh tak saya bercakap berdua-duaan dengan Encik Irfan je untuk
waktu sekarang ni je?” pinta Adnin Najwa penuh mengharap.
“Boleh, bolehh..” jawab Fizul diikuti oleh Tinie.
“Jangan lama-lama tau. Nanti kena tangkap basah! Hahaha.. Gurau ja.. Janganlah
buat muka seposen macam tu..” seloroh Tinie dengan sengihan lebar apabila wajah
Adnin Najwa berubah wajah tekanan.
“Dia orang dah keluar..” ujar Irfan Naufal apabila
pintu bilik sudah terkatup rapat dan kini tinggallah dia berdua-duaan bersama
Adnin Najwa.
Adnin Najwa berdehem seketika. Entah mengapa,
lidahnya kini terasa kelu pula. Tadi, bukan main dia mengarang ayat di dalam
kepala otak. Tapi sekarang? Apa pun susah nak keluar. Adnin Najwa mengeluh pula
buat seketika. Dia perlu nekad. “Okey, Encik Irfan..”
“Ya, saya..?” sahut Irfan Naufal lembut.
Suara lembut Irfan Naufal itu ternyata mampu
meremangkan bulu tengkuk Adnin Najwa. Jantungnya tiba-tiba berlari laju. Dia
sungguh resah entah mengapa setiap kali mendengar suara lunak lelaki itu. Wawa!
Kau kena kawal diri. Control yourself!
Kata hati Adnin Najwa mengingatkan dirinya sendiri. “Firstly, I am so sorry. Because of me, awak demam sampai masuk hospital
macam ni. Hmm.. Sebenarnya ni, saya nak bincang sesuatu dengan awak sebelum
kita kahwin ni..”
“It’s okay
pasal demam saya ni. Biasalah manusia memang takkan terlepas dari terkena
penyakit. Emm.. Bincang tentang apa?”
Adnin Najwa diam seketika. Sedikit terharu kerana
lelaki itu tidak menyalahkannya. “Tentang syarat saya.. Awak perlu bersetuju
dengan syarat saya ni. Okey?” beritahu Adnin Najwa lancar.
Irfan Naufal menelan liur. Entah mengapa dia terasa
tidak sedap hati. Syarat apa pulak ni? Adesss..
Nak kahwin pun dah banyak syarat. Cik Najwa nak tambah pulak syarat? Huhuu..
Terpaksa jugak la aku setuju nampak gayanya kalau syarat tu tak berat..
“Syarat? Hmm.. Syarat apa pulak ni, Cik Najwa?”
“Hmm.. Maafkan saya sebab terpaksa buat syarat macam
ni. Saya nak awak tahu yang saya kahwin dengan awak ni sebab Tinie, okey? Bukan
sebab saya dah mula nak sayangkan awak. Macam saya cakap sebelum ni pun, saya
perlukan cinta untuk hidup berumah tangga dengan suami saya. Means, dia sayangkan saya dan saya juga
sayangkan dia..” Adnin Najwa memulakan bicara.
Irfan Naufal terdiam. Dia mengerutkan dahinya
memerhati ke wajah Adnin Najwa yang cantik itu. Mata yang sangat menawan
walaupun gadis itu kini buta. Hidungnya mancung terletak, bibirnya merah
menyala tanpa perlu memakai gincu. Kulit mukanya yang halus dan licin itu
menyerlahkan lagi kejelitaan Adnin Najwa. Amboi kau ni Ir.. Sempat pulak kau
mengelamun? Nak mengelamun pun, lepas kahwin la.. Dia kan bakal jadi yang halal
untuk kau.. Lepas kahwin nanti, kau tenung la dia puas-puas, okey? Kata hatinya
dengan tiba-tiba.
Irfan Naufal tersentak. Entah mengapa, sejak Adnin
Najwa buta dan dia mempunyai banyak peluang untuk meneliti wajah itu tanpa
diketahui tuan tubuh, hatinya selalu sahaja bergetar tidak keruan. Mampukah dia
melupakan Arissa dan menjadikan Adnin Najwa sebagai suri hatinya? Irfan Naufal
mengeluh kecil. Sudah tentulah dia kena lupakan Arissa walaupun gadis itulah
paling teristimewa di dalam hatinya ketika ini.
“Awak masih ada kat situ ke, Encik Irfan?” panggilan
Adnin Najwa menyedarkan Irfan Naufal dari anganannya. Semerta tumpuannya jatuh
semula pada wajah Adnin Najwa. Pipi gadis itu kelihatan sedikit kemerahan
secara semulajadinya. Irfan Naufal tertelan air liur menyaksikan keindahan yang
dimiliki Adnin Najwa.
“Ya, saya masih kat sini. Teruskan..” getus Irfan
Naufal sambil berdehem kecil. Dia hampir hanyut ke dalam wajah mulus yang
sungguh jelita itu.
“Okey. Saya teruskan dengan syarat saya.. Lepas
kahwin nanti, please keep your distance
from me. Hmm.. Maksud saya, awak kena faham yang saya perlukan masa untuk
menerima awak..” kata Adnin Najwa serius.
Irfan Naufal terperanjat. Hesy! Syarat ni memang
syarat yang berat! Irfan Naufal cuba bertenang. “Hah? I am supposed to be your husband at that time. Why should I keep my
distance from you, my wife? Peraaan cinta dan kasih sayang ni boleh
dipupuk. Saya yakin boleh cintakan awak sepenuh hati saya.. So, awak pun kena yakin!” Irfan Naufal
mengeluh kecil. Entah mengapa dia terasa kecewa mendengar syarat yang satu itu.
“Sebabnya, saya tak boleh lagi nak terima awak untuk
waktu sekarang dan tak tahu sampai bila..” tekan Adnin Najwa. Namun perkataan ‘my wife’ itu pun sudah mampu mengocak
perasaan Adnin Najwa. Sebutan yang penuh dengan makna tersirat dan kelembutan
yang sungguh mendamaikan jiwa Adnin Najwa.
“Sorry,
saya tak boleh penuhi syarat awak tu.. Mustahil kalau dah kahwin, suami kena
jauhkan diri dari isteri. Lagipun, kita kan tinggal kat rumah family saya. Nanti apa pula abah dan
ummi saya cakap..” tukas Irfan Naufal, memberikan alasan kukuh. Bagaimana dia
hendak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami jika dia tidak boleh
mendekati si isteri? Itu pun selepas dia berjanji untuk membahagiakan gadis
itu.
“Awak.. Please
understand. It is not like forever we’ll be like this..” rayu Adnin Najwa
lagi. Dia cukup bimbang jika Irfan Naufal menyentuhnya nanti, lelaki itu akan
mengetahui bahawa dia sudah tiada dara. Dia tidak mampu untuk menghadapi segala
kemungkinan. Dia takut lelaki itu akan membuangnya serta mengeji dirinya
sebagai perempuan yang tidak bermaruah dan juga murahan. Kalaulah dia
menceritakan tentang kisah hitamnya pun, dia takut Irfan Naufal tidak percaya
dan menuduhnya hanya mereka-reka cerita.
“Not even for
a minute.. Saya akan menyayangi awak sebagai suami awak. Izinkan saya
menyayangi awak sebagaimana sepatutnya suami menyayangi isterinya.. Emm, kawan
awak Tinie akan berkahwin minggu depan. So,
our wedding should be on the next day after her wedding day..” tegas Irfan
Naufal dengan penuh mengharap. Dia sebolehnya tidak mahu menurut syarat Adnin
Najwa tadi.
Adnin Najwa terdiam serta tergamam. Suara lembut
lelaki itu begitu membelai jiwa wanitanya. Suara itu seperti tidak mahu
memaksanya tetapi kedengaran begitu tegas. Tegas kerana ikhlas mahu memiliki serta
menyayangi dirinya. Tidak pernah dia rasai perasaan sebegini dengan mana-mana
lelaki pun sebelum ini. Hanya Irfan Naufal seorang sahaja yang berjaya
memporak-perandakan hatinya begini walaupun dia tidak pernah tahu bagaimana
rupa Irfan Naufal. Menurut Tinie, lelaki itu sungguh kacak bergaya. Ah, Tinie
tu, semua lelaki pun dia cakap smart,
kacak, bergaya.. Macam-macamlah..
“Saya..” tidak sempat Adnin Najwa habis bercakap,
pintu bilik wad itu diketuk seseorang. Seorang jururawat manis kelihatan masuk
dan tersenyum kepada Irfan Naufal yang kacak itu. Adnin Najwa terdiam dalam
perasaan berbaur. Masa ni pulak ada orang yang masuk. Tie atau Encik Fizul agaknya
tu?
“Nurse
yang masuk.. Dia nak check suhu badan
saya..” kata Irfan Naufal seakan memahami apa yang sedang Adnin Najwa fikirkan.
Adnin Najwa terangguk kecil. Hilang peluangnya untuk
berbincang lebih lanjut dan memujuk lelaki itu supaya bersetuju dengan
syaratnya yang satu itu. Sempat ke nak berbincang lagi lepas ni? Kata Irfan
Naufal tadi, dia hendak melangsungkan perkahwinan mereka selepas hari Tinie
berkahwin. Betul-betul pada keesokan harinya selepas hari perkahwinan Tinie.
Adnin Najwa sudah dilanda keresahan.
“Haii.. Dah habis cakap dengan bakal suami?” suara
Tinie kedengaran berdesing di telinga Adnin Najwa. Bila masa pulak minah ni
masuk? Aduh, lagilah hilang peluang aku nak bincang ni. Belum habis bincang pun
lagi..
“Dah habis cakap dah. Takde problem apa-apa.. Kita orang dah decide nak nikah sehari selepas kenduri rumah Cik Tinie, dah
alang-alang kenduri Cik Tinie pun nanti buat sebelah KL jugak.. Nanti kita
orang nikah dulu, dalam waktu terdekat lepas tu baru buat kenduri.. Saya kena
kenalkan dia dengan abah dan ummi saya dulu..” Irfan Naufal yang tolong
menjawab bagi pihak Adnin Najwa. Semerta wajah Adnin Najwa yang jelas bertambah
tergamam itu dipandang oleh Irfan Naufal. Dia tiada jalan lain lagi untuk
buatkan gadis itu bersetuju kahwin dengannya tanpa syarat yang bukan-bukan
macam tadi.
Tinie sudah berwajah teruja dan sedikit terkejut. “What? I mean, what a pleasant surprise!
Cepatnya.. Baguslah tu.. Syukur.. Kalau lepas saya kahwin nanti, ada dah orang
tolong tengok-tengokkan Cik Najwa yang comel ni.. So, tak perlu lagi saya rasa risau yang bukan-bukan..”
“Baguslah tu, Ir.. Aku tumpang gembira bagi pihak
kau..” Fizul pula yang terlebih gembira sehingga tersengih-sengih macam kerang
busuk. “Berjaya kan plan aku..” bisik
Fizul pada Irfan Naufal. Perutnya disiku lembut oleh Irfan Naufal. Mukanya
sengaja dibuat-buat seperti sakit. Padahal bukan sakit pun.
“Hmm.. Err..” Adnin Najwa cuba hendak menafikan
pernyataan Irfan Naufal tadi namun lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
“Okey, Cik Tinie.. boleh datang kan sehari lepas
kenduri rumah awak? Manalah tahu, busy
menyimpan barang-barang kenduri..” pantas sahaja Irfan Naufal berkata.
“Mestilah boleh.. Kawan baik sendiri yang kahwin..
Lepas datang tengok akad nikah kau orang nanti, saya baliklah lepas ucapkan
tahniah. Bergantunglah pada suami saya..” sokongan Tinie meresahkan lagi jiwa
Adnin Najwa.
“Okey, kalau macam tu, setttt la ni? Nanti apa-apa, inform saya.. Lusa saya akan bawak Cik
Najwa balik KL.. Nak kenalkan pada abah dan ummi saya..” potong Irfan Naufal
lagi ketika ternampak mulut Adnin Najwa seperti berkumat-kamit ingin menyatakan
sesuatu. Aku takkan lepaskan sebarang peluang yang ada. Akhirnya Irfan Naufal
tersenyum lebar apabila Adnin Najwa sudah terdiam dan wajah gadis itu
kemerahan.
Segannya Adnin Najwa ketika ini hanya Allah sahaja
yang tahu. Mana tidaknya, suara teruja Tinie dan Fizul kedengaran begitu jelas
di pendengarannya. Pipinya terasa semakin membahang apabila bisikan Irfan
Naufal tiba-tiba menyinggah di telinganya dan kedengaran begitu romantis. “Be ready to fall in love with me, sayang..”
bisik Irfan Naufal diikuti tawa nakal yang kedengaran perlahan.
Dup! Dup! Dup! Adnin Najwa memegang dadanya. Dia
sudah tidak mampu menahan perasaan berdebar maha hebat begini. Bisikan Irfan
Naufal itu bukan sahaja telah membuatkan jiwanya haru-biru, malah bulu romanya
turut meremang habis. Adnin Najwa sendiri tidak tahu apakah yang melanda
dirinya ketika ini. Adakah ini cinta? Entahlah.. Adnin Najwa sendiri pun belum
pernah bercinta dan merasai perasaan cinta itu. Tak mungkinlah ini cinta!
IRFAN Naufal mengetuk stereng keretanya. Lagu yang
dimainkan di radio langsung tidak dihiraukan. Kebisuan yang melanda antara dia
dan Adnin Najwa kini lebih menjadi perkara utama yang difikirkan oleh Irfan
Naufal. Sejak bertolak dari Kangar tadi sehinggalah mereka sudah sampai ke Ipoh
ni, Adnin Najwa hanya mendiamkan diri. Ada juga Irfan Naufal bertanya-tanya
tadi, namun jawapan yang diberikan oleh gadis itu hanyalah dengan anggukan dan
juga gelengan. Irfan Naufal mengeluh kecil sambil membuang pandang ke arah
Adnin Najwa yang sedang menghalakan wajahnya ke depan sejak tadi.
“Cik Najwa.. Kenapa awak diam aje dari tadi? Fikir
pasal apa?” soal Irfan Naufal memberanikan dirinya.
Adnin Najwa masih mendiamkan diri. Hanya kepalanya
sahaja digeleng-geleng tanda tiada apa-apa yang dia fikirkan. Bertambah berat pula
keluhan yang dilepaskan oleh Irfan Naufal kali ini. Ahh, ini tak boleh jadi!
“Cik Najwa sayang… Kenapa ni?” soal Irfan Naufal
lembut. Perkataan sayang sengaja digunakannya. Dia hendak biasakan dirinya
memanggil Adnin Najwa dengan panggilan itu. Malah, dia teringin melihat respon
Adnin Najwa selepas dia memanggil gadis itu ‘sayang’. Sebelum ini, wajah Adnin
Najwa selalu bertukar merah padam selepas dia memanggil gadis itu sayang.
“Awak!” protes Adnin Najwa dengan muka yang sudah
terasa panas. Mendengar tawa nakal lelaki itu, lagilah dia berasa malu.
Kelam-kabut dia cuba menyembunyikan wajah namun tidak tahu bagaimana cara yang
berkesan. Yalah, ke mana pun dipandangnya, semua gelap belaka. Tapi, tingkap
kereta kat sebelah kiri ni kan? Terus kepala Adnin Najwa dipusing ke arah kiri.
“Apa? Saya cuma tanya awak je.. Kenapa dengan awak
ni, sayang?” soal Irfan Naufal lagi mengusik Adnin Najwa yang sudah merah
menyala mukanya.
“Please, do
not call me sayang!” protes Adnin Najwa lagi sambil memeluk tubuh. Wajahnya
ditundukkan pula agar Irfan Naufal tidak dapat meneka apa yang sedang tertera
pada wajahnya ketika ini. Hatinya berdegup kencang apabila terdengar suara
lelaki itu berkata lagi sesuatu yang sangat sensitif baginya ketika ini.
“Cik Najwa sayanggg.. You’re my wife-to-be. Jadi, tak salah saya panggil awak macam tu. Sportinglah sikit, sayang..” usik Irfan
Naufal lagi.
Ya, perkataan sayang itulah yang sensitif buatnya
sekarang. Ditambah pula dengan perkataan wife-to-be.
Aiseh, mahu gila Adnin Najwa ketika ini. Adnin Najwa semakin tidak menentu. Kat
mana agaknya pandangan Encik Ir sekarang? Kat jalan raya? Atau kat muka aku ni?
Apa aku nak buat ni? Walaupun dia kini sedang tundukkan wajah, dia masih tidak
yakin selagi dia tidak benar-benar menyembunyikan wajahnya dari Irfan Naufal.
Dalam berfikir-fikir apa hendak dibuat, tangan Adnin
Najwa terpegang beg tangannya yang agak besar itu. Dengan cepat, dia mengangkat
beg tersebut lalu melindungi mukanya. Harap-harap, Irfan Naufal takkan dapat
tengok lagi mukanya yang semakin terasa membahang ini.
“Sayang oii..” panggil Irfan Naufal.
Terkedu lagi Adnin Najwa mendengar perkataan sayang
itu. Jantungnya berlari laju seakan-akan baru lepas membuat larian pecut 100
meter. Apa yang dah jadi ni? Kenapa jantung aku rasa macam nak pecah aje bila
dengar suara dia dan dengar dia panggil aku sayang? Adnin Najwa menelan air
liur seraya terus menutup wajahnya dengan beg tangannya tadi.
“Errr.. Tu.. Barang awak dah hampir terjuntai
keluar. Nak terjatuh.. Awak pegang beg tu terbalik..” sambung Irfan Naufal
lagi. Sengaja suaranya dikawal supaya kedengaran serius.
“Serius?!” kelam-kabut Adnin Najwa meraba beg
tangannya. Ish, betullah cakap mamat ni. Ehh, kejap! Macam.. Macam.. Macam
tuala wanita aku je? Arghhh!! Dia perasan tak? Dia perasan tak tadi? Harap dia
tak tahu benda apakah itu.. Pantas Adnin Najwa menyimpan tuala wanitanya yang
terkeluar tadi kembali ke dalam beg tangannya. Lagilah bertambah malu
bergantang-gantang rasanya Adnin Najwa ketika ini.
Irfan Naufal hanya tersenyum memerhati ke wajah comel
Adnin Najwa yang sedang menahan malu itu. Tiba-tiba sahaja degup jantungnya
bergetar laju. Wajah itu sudah mampu membuatkan hatinya menjadi tidak menentu.
Giliran Irfan Naufal pula yang menelan liur.
“WELCOME home,
Ir..” ucap Tan Sri Haji Zainal dengan wajah teruja melihat Adnin Najwa turut
bersama-sama Irfan Naufal pulang ke rumah mereka. Senyuman diukir buat Irfan
Naufal yang kelihatan ceria. “Yah, inilah bakal menantu kita yang abang
cakapkan tu. Abang berkenan sungguh dengan dia..” ujar Tan Sri Haji Zainal
memperkenalkan Adnin Najwa kepada isterinya Puan Sri Hajjah Zairiah.
Puan Sri Hajjah Zairiah merenung ke wajah Adnin
Najwa. Cantik sungguh. Pandai betul Irfan Naufal memilih bakal isterinya.
Memang tidak dinafikan, Puan Sri Hajjah Zairiah juga suka dengan pilihan hati
Irfan Naufal dan juga suaminya. Namun dia hairan melihat mata Adnin Najwa yang
dihalakan ke hadapan sejak tadi. Langsung wajahnya tidak dipandang gadis itu.
“Najwa, kan?” panggil Puan Sri Hajjah Zairiah dengan lembut.
“Ya, saya..” sahut Adnin Najwa. Namun pandangannya
masih statik sejak tadi iaitu ke hadapan. Itu yang membuatkan Puan Sri Hajjah
Zairiah terasa pelik sekali lagi. Macam orang buta pula gadis ni.. Dia
ternampak tangan Adnin Najwa dihulurkan kepadanya untuk bersalam. Tetapi,
matanya masih ke depan. Dengan sedikit pelik, Puan Sri Hajjah Zairiah terus
menyambut sahaja tangan Adnin Najwa yang lembut itu. Adnin Najwa mencium tangan
Puan Sri Hajjah Zairiah penuh hormat.
“Bang, kenapa saya tengok budak perempuan ni macam
pelik je?” bisik Puan Sri Hajjah Zairiah kepada Tan Sri Haji Zainal di
sebelahnya selepas dia menarik suaminya agak jauh dari situ.
“Hmm.. Dia buta sebenarnya..” balas Tan Sri Haji
Zainal dengan wajah serba-salah. “Tapi abang kenal dia.. Dah siasat semua pasal
dia. Dia memang budak baik.. Yatim piatu dan sebatang kara.. Dia ada buka butik
di Perlis.. Dia baru buta je, eksiden dengan Ir baru-baru ni.. Tu yang Ir rasa
bersalah sangat sampai nak peristerikan dia..” terang Tan Sri Haji Zainal
berbohong sunat tentang fakta kenapa Irfan Naufal ingin mengahwini Adnin Najwa.
Dia tahu isterinya tentu boleh menerima Adnin Najwa kerana isterinya seorang
wanita yang sungguh penyayang.
“Ye ke, bang? Patutlah.. Ya Allah, kesian dia,
bang..” getus Puan Sri Hajjah Zairiah dengan wajah simpati. Dia masih teringat
suaminya bercerita tentang Irfan Naufal yang kemalangan. Tak sangka, kemalangan
itu telah meragut segala-galanya yang tinggal dalam hidup gadis itu.
Dengan tidak semena-mena, Puan Sri Hajjah Zairiah
terus menghampiri Adnin Najwa lalu tubuh kecil gadis itu dipeluknya erat. Dia
ingin menyayangi gadis malang itu. Tentu Adnin Najwa merindui kasih seorang ibu
dan ayah.
“Nak.. Lepas ni, anggap ummi ni macam ummi Najwa
tau..” getus Puan Sri Hajjah Zairiah ikhlas. Adnin Najwa tergamam dan terdiam
dalam pelukan Puan Sri Hajjah Zairiah. Betapa dia merindui pelukan sebegitu
dari insan bergelar ibu. Biar pun Puan Sri Hajjah Zairiah bukan ibu kandungnya,
kasih sayang wanita itu cukup terasa sehingga ke sanubarinya. Semerta air
jernih bertakung dalam kelopak mata bundar Adnin Najwa. Sungguh dia rindukan
arwah emaknya.
“Najwa, ummi harap lepas kahwin nanti Najwa buatlah
rumah ni macam rumah Najwa sendiri ya? Nanti ummi kenalkan Najwa pada adik
perempuan Ir.. Satu-satunya anak gadis ummi. Tapi sekarang, ummi dah ada dua
orang anak perempuan..” ujar Puan Sri Hajjah Zairiah lagi dengan penuh ikhlas.
Pelukan dilonggarkan sebaik sahaja dia selesai berkata-kata.
Dilihatnya, air mata Adnin Najwa hampir menitis ke
pipi. Pantas jemari Puan Sri Hajjah Zairiah menyeka air mata itu. “Terima
kasih, mak cik..” ucap Adnin Najwa penuh sebak.
“Hesy! Jangan panggil mak cik. Panggil ummi.. Najwa
kan dah tak lama nak jadi sebahagian family
kita orang ni..” senyum Puan Sri Hajjah Zairiah sambil memeluk bahu Adnin Najwa
dengan mesra.
Tan Sri Haji Zainal dan juga Irfan Naufal yang
melihat kasih sayang Puan Sri Hajjah Zairiah terhadap Adnin Najwa itu, sudah
berasa terharu. Walaupun pertama kali Puan Sri Hajjah Zairiah berjumpa Adnin
Najwa, kasih sayangnya sudah tertumpah buat gadis itu. Alhamdulillah.. Ucap
Irfan Naufal di dalam hati.
Adnin Najwa bersyukur kerana ahli keluarga Irfan
Naufal begitu penyayang dan menerimanya dengan hati terbuka walaupun dia
seorang gadis buta. Irfan Naufal juga seorang yang baik dan ikhlas. Lelaki
sebaik itu bakal menjadi suaminya. Memang dia tidak keberatan hendak menerima
Irfan Naufal jika dia tidak dibayangi peristiwa hitam itu. Harapannya agar
Irfan Naufal takkan menyentuhnya selepas mereka berkahwin nanti. Dia tidak mahu
membiarkan maruahnya yang hanya tinggal saki-baki ini, jatuh merudum ke tanah
sehingga dia sudah tiada apa-apa lagi untuk dipertahankan.
“Cik Najwa.. Jom, masuk ke dalam rumah..” pelawa
Irfan Naufal dengan suara begitu lembut.
“Najwa sayang, jom kita masuk. Adik si Irfan mesti
ada kat dalam tu. Dia tak tahu yang Abang Ir dia bawak balik bakal isteri yang
cantik macam ni..” kata Puan Sri Hajjah Zairiah pula sambil memimpin Adnin
Najwa memasuki rumah mereka.
Tan Sri Haji Zainal dan Irfan Naufal tersenyum
sesama mereka lalu berjalan masuk mengikuti langkah Puan Sri Hajjah Zairiah dan
Adnin Najwa.
ALIDA membuka mesej yang dihantar oleh Arissa.
Semerta matanya terbeliak memerhatikan ayat-ayat yang ditaip oleh Arissa. Kata
gadis itu, dia ingin menyambung lagi pelajarannya ke taraf Master di luar
negara dan sudah bertolak pergi pun dengan penerbangan pagi tadi. Alida tidak
menduga semua ini lalu dia mengeluh kecil. Tentu Arissa ingin melupakan Irfan
Naufal sehingga nekad membuat keputusan seperti ini. Memanglah kalau Arissa tetap
berada di Malaysia ini, dia takkan dapat melupakan Irfan Naufal. Hidup di dalam
suasana dan tempat baru memang selalu dinyatakan berkesan oleh kebanyakan orang
yang mahu melupakan sesuatu yang sukar dilupakan.
“Lida! Ooo, Lida!” suara Puan Sri Hajjah Zairiah
yang memanggilnya ternyata membantutkan lamunan Alida tadi tentang Arissa.
“Ya, ummi!” sahut Alida.
“Keluar cepat, ummi nak kenalkan Lida dengan
seseorang!” arah Puan Sri Hajjah Zairiah bersama beberapa kali ketukan di pintu
bilik Alida.
Terjengul wajah Alida dari sebalik pintu biliknya.
Puan Sri Hajjah Zairiah dipandangnya bersama sebuah senyuman. “Kenapa, ummi?
Siapa yang datang? Takkan ummi dah carikan bakal suami lagi untuk berkenalan
dengan Lida? Tak mahulah, ummi..” risau pula Alida apabila teringatkan pasal
abah dan umminya yang pernah mahu kenalkan dia kepada seorang bakal calon
suami.
“Eh, taklah.. Ni, Abang Ir kau.. Dia bawak balik
bakal isteri dia.. Cantik orangnya..” beritahu Puan Sri Hajjah Zairiah dengan
wajah tersenyum kambing. Sukalah tu, nak dapat menantu.
Alida sudah membeliakkan matanya. Hesy! Abang Ir ni,
takkanlah sebab perempuan lain sanggup tinggalkan Kak Rissa kut? Dasar lelaki
memang semua sama saja. Pantang nampak perempuan cantik, mulalah goyah imannya.
Sempat Alida membebel di dalam hati.
“Siapa, ummi? Kat mana dia orang?” soal Alida penuh
tanda tanya. Dia tidak nampak kelibat sesiapa di ruang tamu rumah mereka.
“Ada kat dapur tu. Kebetulan dia orang sampai waktu
minum petang macam ni. Abah kau pelawa la minum petang dulu.. Lagipun Mak cik
Timah kau dah siapkan minum petang tadi..” jelas Puan Sri Hajjah Zairiah, masih
tersenyum.
Alida turut membalas senyuman umminya. Umminya itu
memang tidak lokek dengan senyuman. Kerana umminya itu terlalu baik hati dan
penyayang orangnya. Bertuah Alida dan Irfan Naufal punyai ummi seperti Puan Sri
Hajjah Zairiah. “Oh, ye ke? Jomlah..” ajak Alida.
Mereka berjalan beriringan menuju ke ruang makan.
Kelibat Adnin Najwa yang begitu cantik bertudung litup serta memakai baju
kurung kini menyapa pandangan Alida. Memang cantik! Akui Alida di dalam hati.
Namun, ada sesuatu yang nampaknya tidak kena pada gadis pilihan abangnya itu.
Belum sempat mereka sampai ke meja makan, Puan Sri
Hajjah Zairiah segera menghalang perjalanan Alida. Dia bimbang Alida terlepas
cakap yang bukan-bukan pula kerana belum tahu bahawa Adnin Najwa itu buta.
“Kenapa ni, ummi? Cakap nak kenalkan Lida dengan akak tu..” soal Alida pelik.
“Ummi nak bagitau sesuatu.. Hmm.. Gadis tu, dia
buta.. So, jangan cakap sembarangan
tau..” pesan Puan Sri Hajjah Zairiah dengan muka serius.
Alida sudah terkejut selepas mengetahui mengenai
Adnin Najwa yang buta. Takkanlah Abang Ir pilih perempuan buta menjadi isteri
dia? Abah dan ummi pun setuju? Alida pelik dan tidak faham. “Tapi, ummi..
Kenapa Abang Ir pilih perempuan buta sebagai isteri dia? Dah takde perempuan lain lagi ke yang
mahukan Abang Ir yang ego melampau tu?”
“Abang Ir kau tu, dia rasa bersalah sebabkan
perempuan tu buta dalam kemalangan yang baru berlaku hari tu..” jawab Puan Sri
Hajjah Zairiah dengan muka kesal.
Alida kembali teringatkan berita mengenai abangnya
yang kemalangan hampir dua minggu yang lepas. Rupa-rupanya, Irfan Naufal terlibat
dalam kemalangan dengan gadis itu.. Alida terdiam dan terkelu. Abangnya itu
sanggup merendahkan egonya kerana rasa bersalah? Itu memang masuk akal juga
sebab dulu sewaktu mereka masih kecil, abangnya ketika itu berumur 12 tahun
manakala dia pula baru berumur 10 tahun, abangnya itu memang ego dan tak pernah
mahu mengaku kalah.
Sehingga pada suatu hari, abangnya itu pernah
membaling batu ke arahnya tanpa niat sehingga kepalanya berdarah dengan banyak.
Sejak itu, abangnyalah yang menjaganya setiap hari, siang dan malam sehinggalah
dia pulih seperti sedia kala. Memang Alida nampak sikap prihatin abangnya
selepas rasa bersalah menyebabkan dia tercedera. Jadi, tidak mustahil juga
abangnya ingin mengahwini Adnin Najwa kerana rasa bersalahnya terhadap gadis
itu.
“Oh.. I see..”
balas Alida turut berasa simpati dengan nasib Adnin Najwa. “Lagi, ummi? Apa
lagi yang ummi tahu tentang akak tu? Keluarga dia setuju ke dia kahwin dengan
Abang Ir?” tanya Alida tanpa sebarang syak wasangka. Dia sudah diasuh dengan
baik oleh abah dan umminya supaya tidak menaruh syak wasangka buruk terhadap
orang lain.
“Dia yatim piatu, lepas tu sebatang kara dalam dunia
ni..” beritahu Puan Sri Hajjah Zairiah. Wajah Adnin Najwa yang kelihatan
sedikit kekok hendak bersuara ditenungnya dengan perasaan kasih. Entah mengapa,
wajah itu mampu membuatkan jiwanya ingin menyayangi.
“Ya Allah, ummi.. Banyaknya dugaan akak tu. Siapa
nama dia?” kata Alida dengan kerutan di dahi. Wajah Adnin Najwa ditenung
seketika lalu pandangannya berkalih semula ke wajah umminya.
“Nama dia Adnin Najwa.. Hmm, syukurlah kau masih ada
abah dengan ummi dan abang kau tu..” jawab Puan Sri Hajjah Zairiah tenang. Dia
memegang bahu Alida dan melemparkan sebuah senyuman kepada anak gadisnya yang
manis itu.
“Alhamdulillah, ummi.. Lida sayangkan ummi dengan
abah.. Sayang sangat, ummi!” getus Alida dengan penuh terharu. Sungguh, dia
seribu kali lebih bertuah jika hendak dibandingkan dengan nasib Adnin Najwa.
“Ummi lagi sayangkan anak-anak ummi..” kata Puan Sri
Hajjah Zairiah seraya mengeratkan pautan di bahu Alida. Rambut anak gadisnya
itu diusap penuh kasih sayang.
“Haa, Yah.. Lida.. Apa lagi yang kau berdua duk
tercegat kat sana tu? Datanglah sini.. Kita minum-minum sambil berbual dengan
bakal menantu abah ni..” seloroh Tan Sri Haji Zainal. Bukannya dia tidak tahu
bahawa isterinya itu sedang bercerita tentang Adnin Najwa kepada Alida.
MAJLIS akad nikah yang berlangsung hanya dibuat
secara sederhana sahaja. Kenduri yang bakal diadakan sebulan dari sekarang juga
tidaklah sebesar mana. Memang sudah menjadi kebiasaan keluarga Tan Sri Haji
Zainal membuat kenduri ala kadar sahaja kerana sifat Tan Sri Haji Zainal sendiri
sebagai seorang yang begitu merendah diri dan sangat tidak sukakan pembaziran.
Biarlah kenduri yang dibuat nanti, mereka sekadar menjemput kenalan-kenalan
terdekat sahaja dan juga saudara mara mereka.
“Alhamdulillah.. Selamat sudah kau orang bergelar
suami isteri. Lepas ni, Najwa tinggal sini ya sayang..” Puan Sri Hajjah Zairiah
mengusap pipi Adnin Najwa yang halus. Kulit wajah gadis itu memang semulajadi
putih gebu dan licin. Tidak perlu mekap yang tebal pun, sudah nampak semulajadi
anggun dan jelita.
Adnin Najwa hanya terdiam namun senyuman pahit cuba
diukir. Mana mungkin dia menolak ajakan ibu mertuanya itu kerana Puan Sri
Hajjah Zairiah sungguh baik hati sekali. Tapi, kalau dia tinggal dia Kuala
Lumpur ini, sudah tentu dia akan terserempak dengan Arissa atau Irfan Naufal
yang jahat itu! Adnin Najwa tidak mahu bersemuka dengan Arissa lagi buat masa
sekarang kerana dia tidak tahu apa alasan yang perlu diberikan olehnya kerana
berpindah lagi secara curi-curi tempoh hari. Dan bertemu lelaki durjana itu
lagi? Itulah yang paling dia takuti dan tidak mahu ianya terjadi!
“Alhamdulillah, ummi..” ucap Irfan Naufal pula.
Pinggang Adnin Najwa diraihnya dengan segera. Sejak tadi, gadis itu asyik
mengelak dari disentuh.
Terasa darah menyerbu naik ke wajah Adnin Najwa. Habis
terbang lamunannya tadi. Dan, sekarang ni Irfan Naufal menyentuhnya lagi! Kali
ini dengan curi-curi pula macam ni! Tadi masa lepas akad nikah takpelah sebab kena salam dan sarung
cincin. Sekarang ni? Untuk apa? Aduh! Jantung Adnin Najwa sudah menjadi tidak
menentu. Rasa macam dah tak lama lagi dia bakal diserang penyakit jantung
kronik.
“Amboi, ummi tak tahu pulak yang anak ummi ni pandai
nak beromantik dengan isteri?” usik Puan Sri Hajjah Zairiah dengan tawa kecil. Wajah
Adnin Najwa yang kemerahan dipandang lama. Tentulah malu diperlakukan begitu di
depan orang.
“Ummi, anak ummi nikan dah jadi suami orang.
Tentulah kena romantik dengan isteri.. Kena sayangkan isteri.. Kan, sayang?”
getus Irfan Naufal lembut. Pinggang Adnin Najwa dipautnya lebih erat.
Adnin Najwa terkelu. Wajahnya masih membahang
kepanasan. Dia tidak mampu menahan perasaan begini lebih lama. Suara lembut
lelaki itu sahaja pun sebelum ini sudah mampu menggoyahkan iman Adnin Najwa,
kini pula sentuhan mesra dari lelaki itu yang kini sudah bergelar suaminya yang
sah! Aduh, Wawa.. Macam mana ni? Adnin Najwa mendiamkan diri namun anggukan
kepalanya sahaja sudah menjawab soalan Irfan Naufal seketika tadi.
“Tengok, dia dah malu-malu..” usik Puan Sri Hajjah
Zairiah lagi.
“Errr.. Ummi, Ir pergi tolong angkat barang kejap.
Nampak macam Mak cik Timah tu perlukan bantuan je..” Irfan Naufal meminta diri.
Dia segera berlalu dari situ setelah melepaskan pinggang isterinya.
Adnin Najwa menarik nafas lega. Dia mengurut dadanya
secara tidak sedar. Puan Sri Hajjah Zairiah tersenyum simpul melihat menantunya
yang rasa lega selepas Irfan Naufal melepaskannya.
“Najwa duduk kejap kat sini.. Nanti ummi datang
balik ya?” Puan Sri Hajjah Zairiah pula yang meminta diri. Dia menolong
mendudukkan Adnin Najwa ke atas kerusi berdekatan.
Adnin Najwa duduk dengan selesa menunggu sesiapa
bawakan dia ke bilik. Tubuhnya terasa letih dan melekit. Dia perlu mandi. Dia
hendak meminta tolong ibu mertuanya tadi untuk bawakan dia ke bilik namun dia
masih segan.
IRFAN Naufal mengelap peluh di dahinya yang terasa
memercik. Dia terus memasuki rumah semula. Kakinya pantas dihayun untuk
memasuki biliknya yang sudah berpindah di tingkat bawah. Yalah, ingin
menyenangkan Adnin Najwa bergerak. Irfan Naufal duduk di atas sofa di dalam
biliknya sementara menghilangkan rasa penat. Selepas yakin yang peluhnya sudah
kering, dia segera menanggalkan baju lalu memakai tuala mandi.
Kakinya melangkah memasuki bilik air yang agak luas
itu. Terdapat tub mandi dan juga tandas duduk. Irfan Naufal masih belum menutup
pintu bilik air ketika itu kerana dia mahu melihat-lihat wajahnya di cermin
dulu.
Tiba-tiba, Irfan Naufal terdengar bunyi tapak kaki
seseorang di dalam bilik. Kepalanya dijengulkan dengan segera untuk melihat gerangan
yang memasuki bilik itu. Kelibat Adnin Najwa yang menanggalkan selendang putih
kelihatan begitu menarik perhatian Irfan Naufal ketika ini. Dia menelan liur
melihat tengkuk gadis itu yang sungguh putih melepak. Rambut Adnin Najwa sudah
sedikit panjang dari dulu.
Adnin Najwa masuk ke dalam bilik selepas yakin yang
Irfan Naufal tiada di dalam bilik itu. Tadi, sudah beberapa orang ditanyanya
mengenai Irfan Naufal. Semuanya menjawab bahawa suaminya itu masih di luar,
tengah membantu orang mengemas. Perasaan lega terbit apabila ibu mertuanya juga
memberikan maklumat yang sama dan turut membawakan dia ke bilik. Dapatlah dia
mandi membersihkan diri! Adnin Najwa sempat mengunci pintu tadi. Jadi, tak
dapatlah Irfan Naufal masuk! Senyuman Adnin Najwa melebar.
Dia mulai menanggalkan bajunya. Tidak langsung
menyedari bahawa suaminya sudah berada di dalam bilik itu sejak dari awal lagi.
Selepas memakai tuala mandi dan berkemban, dia segera berjalan ke arah bilik
air yang langkahnya sudah dihafal sejak awal dia tinggal di dalam bilik itu
lagi. Sepuluh langkah dari katil ni.. Detik hati Adnin Najwa. Tangannya
tergawang-gawang ke hadapan, masih tidak yakin dengan kiraannya. Selepas
sepuluh langkah, kakinya berjaya menjejaki lantai bilik air.
Terbeliak mata Irfan Naufal semasa menyaksikan Adnin
Najwa membuka baju tadi. Sehingga sekarang, matanya masih membesar. Jantungnya
sudah berlari laju bagai tidak mahu berhenti lagi apabila tubuh Adnin Najwa
yang segar itu berjalan perlahan-lahan melaluinya. Air liur terasa bagai tersekat
di kerongkong Irfan Naufal ketika ini. Dia mencuba sedaya-upaya memberi laluan
kepada Adnin Najwa. Dan mengelak sedaya-upayanya supaya tangan Adnin Najwa yang
tergawang-gawang itu tidak mengenainya. Nak blah
atau stay kat sini? Ir, think!
Ir, hoi Ir! Apa yang kau takutkan? Rezeki kaulah
ni.. Baik kau tengok aje dia mandi.. Hati Irfan Naufal berkata-kata. Kepala
Irfan Naufal terangguk-angguk setuju. Betul tu. Aku kan dah jadi suami Cik
Najwa.. Dia tu adalah hak aku. Tak salah rasanya aku nak saksikan hak aku, kan?
Senyuman nakalnya tiba-tiba terbit.
Nafsu lelakinya terasa berkocak maha hebat apabila
melihat Adnin Najwa membuka tuala dan menyangkutnya di cangkuk berdekatan.
Pandai juga Adnin Najwa mengira langkah untuk ke sana dan ke sini. Kagum juga Irfan
Naufal yang melihat. Adnin Najwa mandi tanpa risaukan apa-apa pun. Irfan Naufal sudah tidak boleh melihat lebih jauh lagi. Dia bimbang nanti perasaannya
akan menjadi tidak terkawal. Terbabas pula dia nanti mandi bersama-sama Adnin
Najwa.
Perlahan-lahan Irfan Naufal melangkah keluar dari
bilik air. Kebetulan pintu bilik air itu dibiarkan terbuka sahaja oleh Adnin
Najwa tadi. Mungkin sengaja ditinggalkan begitu untuk menyenangkannya keluar
nanti.
Irfan Naufal cuba mengawal perasaannya. Dia duduk di
sofa tadi dengan perasaan yang tidak menentu. Bentuk tubuh Adnin Najwa tadi
begitu padat di ruangan matanya. Dia tidak mampu untuk membuang bayangan itu
dari menghiasi ruang matanya.
Tidak lama kemudian, terdengar bunyi pancuran air
hilang. Tentu gadis itu sudah selesai mandi. Irfan Naufal bangun. Dia memandang
ke arah pintu bilik air. Kelibat Adnin Najwa yang bertuala kelihatan sedang
berjalan keluar dari situ. Irfan Naufal tidak sedar yang langkah kakinya juga
sedang mara menghampiri batang tubuh Adnin Najwa. Perasaannya bergolak hebat
ketika ini. Bau haruman shampu dari rambut Adnin Najwa yang basah itu juga
begitu menarik minatnya untuk terus menghampiri.
Tiba-tiba, Adnin Najwa tergelincir.. Dan sempat pula
tangan Irfan Naufal menyambut tubuh itu lalu dibawa ke dalam pelukannya. Hampir
luruh jantung Adnin Najwa ketika ini apabila terasa dirinya dipeluk kuat oleh
seseorang. Adnin Najwa mulai meronta. Kuat juga dia meronta-ronta ketika ini.
“Siapa?!”
“Abang ni..” jawab Irfan Naufal lembut. Pelukan
dieratkan.
“Encik Irfan? Awak, tolonglah lepaskan saya! Bila
masa awak masuk? Tadi, bukan ke awak ada kat luar sedang tolong dia orang
mengemas? Please, get your hands off me..”
rayu Adnin Najwa sayu. Peristiwa hitam dia dirogol kembali berputar. Dia
sungguh takut, benar-benar takut jika dia diapa-apakan lagi. Rontaan semakin
galak.
Irfan Naufal mengeluh lalu melepaskan tubuh Adnin
Najwa. Dia dapat melihat ketakutan yang melanda gadis itu. Tentu Adnin Najwa
masih tidak dapat melupakan perbuatan khianatnya terhadap gadis itu. Trauma
Adnin Najwa masih terlalu segar. “Awak nak terjatuh tadi.. Sebab tulah saya
tolong..” balas Irfan Naufal perlahan.
“Saya kan ada kunci bilik.. Tadi, saya masuk bilik
guna kunci nilah.. Ummi cakap, awak ada kat dalam.. Saya masuk je lah..”
sambung Irfan Naufal lagi.
Adnin Najwa menelan liur. Takkanlah Encik Irfan dah
saksikan semuanya tadi? Dahlah aku tak kunci pintu bilik air! Adnin Najwa sudah
terasa malu yang amat. Tolonglah ya Allah, janganlah dia saksikan aku mandi
tadi! “Awak.. Awak takde nampak
apa-apa, kan?” soal Adnin Najwa memberanikan diri.
Irfan Naufal menelan liur. Hesy! Tanya la pasal
lain. Kenapa tanya pasal ni pulak? Adesss…
Irfan Naufal menelan lagi air liurnya lalu berdehem-dehem kecil, cuba mengawal
suaranya. “Takde apa-apa pun yang
saya nampak. Saya baru je masuk..Tengok-tengok awak dah nak terjatuh. So, saya cepat-cepatlah pegang. Lagipun,
takpe saya pegang awak tau.. Sebab
kita kan dah jadi suami isteri yang sah..” terang Irfan Naufal berbohong.
Yalah, takkan nak beritahu betul-betul kut yang dia dah saksikan free show tadi? Aduhai, Ir.. Bertuahnya
kau..
“Betul?” tanya Adnin Najwa ingin memastikan.
“Betul.. Saya ni pernah ke tipu awak sebelum ni? Hmm..
Saya ikhlas dengan awak je selama ni tau..” pancing Irfan Naufal dengan sepenuh
perasaan. Dia bimbang sebenarnya. Bimbang jika Adnin Najwa menyuruh dia
bersumpah.
“Okey, saya percayakan awak.. Tapi, please lain kali jangan masuk mengejut
macam tu lagi..” pesan Adnin Najwa sebelum dia tersedar yang dia masih belum
berpakaian. Ya Allah! Malunya.. Barulah pipinya kembali terasa panas yang melampau-lampau.
“Dan.. Erm.. Boleh tolong keluar tak? Saya nak pakai baju..”
“Buat apa keluar? Kalau awak pakai baju depan saya,
dapat pahala tau… Tak nak pahala free?” usik Irfan Naufal. Sempat pula dia.
Wajah Adnin Najwa bertambah merah menyala. Dia
terlalu malu. Tualanya ditarik-tarik sedikit untuk menutupi pehanya yang
diyakini terserlah. “Please, I am begging
you..” rayu Adnin Najwa lagi.
Irfan Naufal tertawa kecil. “Okey.. Saya gurau aje..
Janganlah ambil hati ye.. Sayangku, Cik Najwa..” ujar Irfan Naufal separuh
berbisik sebelum mencapai baju t-shirtnya yang berada berdekatan dan berlalu keluar. “Betul ni, saya keluar!” laung Irfan Naufal sebelum
menutup pintu bilik rapat-rapat serta menguncinya.
Adnin Najwa menarik nafas lega walaupun hatinya kini
berdegup-degup tidak sekata kerana Irfan Naufal baru sahaja memanggilnya sayang
lagi. Nasiblah Irfan Naufal itu begitu memahami. Ya Allah, Engkau berkatilah hidup
mereka sekeluarga yang terlalu baik terhadapku.. Aminn..
p/s : hehehehehe.....esok dah nak gi PBAKL..jom jumpa pada 5 & 6 Mei (Sabtu & Ahad).. harap2 bila bukak blogger ni bila balik nnti, ramai la yg tinggalkan komen ye..utk special n3 ni (special sbb berusaha siapkn sblm pegi PBAKL)..hehehe terimalah, khas buat korang~ :D
huaaaaaa..
ReplyDeletekite yang malu.
sis ni.
hahaahaaa.
dapat tak agak-agak irfan ni tahan gelora jiwa yang melanda?
berapa lamalah agaknya yee.
notty tau irfan ni.
btw sis, bukan ke irfan tgh pakai towel je time tu? boleh pulak dia keluar bilik macam tu? mahu bikin orang dalam rumah pengsan tgk.
biasalah..tu kan rumah dia..haha :D
ReplyDeleteakhirnye... 10q sis...
ReplyDeletewooaaarhh... dh kawin... nex2... conflict ap plak lepas nie
Sweet sesgt. Caya lah auni. Awak mmg sgt2 berbakat dlm penulisan. Cara auni menyampaikan, mmg sgt2 sampai hingga kelubuk hati.
ReplyDelete-jaja-
thanks dear... :)
Deletelebiu2..
oh my...tutup muka dalam selimut...haha... best3. ;) cant wait 4 nest n3.
ReplyDeletetapikan sis...x dpt tdk, rasa kesian lak kat wawa.. :'( rasa mcm irfan tu nk permainkan wawa yg innocent tu... tb2 rsa benci dgn irfan! meluat...huh..x suka meh...
erk..haha rilex2..irfan cuma nk buatkn wawa jatuh hati kt dia..
Deletedan peristiwa kt bilik air tu, memang dia sndiri pn xjangka..hehe
lelaki pulak tu yg nmpak,msti la naluri dia lebih kuat kn.. ^^
best sangat!!??
ReplyDeletebestnyeeeeeee..Irfan dh jatuh cinta ngan Wawa tanpa sedar..huhuhu..puji sgt ngan family Irfan..wasau gak td kot2 adik Irfan tu marah coz tinggalkan arissa..tp..smpai bile mata Wawa nk bute?kesian ngan die..tp..b4 die bleh melihat smula,Irfan bleh ar pujuk2 wawa..
ReplyDeleteHuk2 .. suka33333!!!
DeleteIrfan gatai ah... siap nak tengok org mandi . kalau rin jdi adnin , ada je org yg kena ketuk dahi . hewwheww..
very the suka sangat2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletebest sesangat!! tak sgka scpt itu diorang marriy!
ReplyDeleteAkhirnya kawen gak si Irfan ngan Najwa...
ReplyDeletesemoga rintangan dan konflik meke xlah byk smpai melelehkan air mata ku ni...
sungguh amat bersimpati ngan keadaan najwa, terase diri ni amat beruntung kerna dapat melihat...
sungguh besar kuasa Allah s.w.t
sokong tu.. awal2 chapter dah meleleh2 ayer mata ni. hope happy ending.
Deletenak tau penerimaan arissa plak.
Ngeee.. irfan nakal gila . segan lak masa baca .. tpi suka . <---sindrom org gatal . keh3
ReplyDeletebest...nnt mestoi mcm2 cara irfan buat kan...mntang2 la najwa tu buta kan...pandai btl amik kesempatan...hahaahaha...
ReplyDeletepandai ye irfan...alahai sweetnyer...agaknyer alida bgithu kat arissa x irfan dah kahwin?? AW, besttt sangat..TY :))
ReplyDeleteerm.. tgh sweet moment ni. seronok je baca (mode tersenyum)
ReplyDeletesyok lah...cepatlah sambung
ReplyDeleteIrfan ni nakal lah..cepatlah sambung seronok baca..
ReplyDeleteNAK LAGI..
ReplyDeletenak lagi AA...
ReplyDeletebest, best! Irfan ni nakal ya? hahaha sambung lg tau ;D
ReplyDeleteGd work. keep it up
ReplyDeleteBest! Akhir kahwin jgak mereka b2 tu...
ReplyDeleteaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... sukanya entry ni.. hihihi..
ReplyDeleteya Allah best nye family irfan naufal..baik sngt dgn adnin najwa.nasib baik lida ok yg pling pnting sikap penyayng mereka sekelurga tu..
ReplyDeletelagi satu,fmily irfan bersederhana shja xnk membazir..
serious,thumbs up writer..
akhirnya..irfan dapat mengahwini wawa..dan akak telah melihat keikhlasan Ir ..akak mengharap agar wawa akan terbuka hatinya untuk menerima Ir seadanya..dan akak mengharap agar wawa tidak mengecewakan Ir .kalo mlm tu Ir nak kan haknya sebagai seorg suami..dan akak harap ir tak akan mengecewakan wawa bila malam pertama mereka berlalu..dan akak rasa tak perlulah wawa menafikan hak ir sebagai seorg suami walaupun dia tahu dirinya tak suci lagi..tapi bila difikirkan dari segi hukum mmg wajib dia melayani suaminya...just teruja nak tahu malam pertama mereka apabila berdua dan ir meminta haknya..apa ek akan terjadi..akak rasa inilah kemuncak citer ini..adakah bayangan hitam tu akan menghantui wawa dan adakah ngan layanan ir yg menuntut haknya pada dirinya akan mampu melenyapkan rasa takut tu...
ReplyDeletebessssssssssssssttttttttt....suka sangat
ReplyDeletebest.....suka kat irfan ngan najwa...
ReplyDeletebest gilalah cita nie....awesome!!!-mira
ReplyDeleteo...malunya....
ReplyDeletebegini nasibnya bila menjadi org buta.... yg tergambar dimata hanyalah kegelapan..... tak tahu apa yg ada di sekeliling diri.... rasa insaf dlm diri..... ku syukuri nikmatmu Ya ALLAH.....
bla nak wat citer wawa leh mlihat blek ke???? x sbar nak tau pa yg jd bla wawa tau siapa sbnrnya irfan tue????
ReplyDeleteBest2. Sweet la plak Irfan Naufal ni. Hihi. Jangan dia lukakan hati Najwa sudah. Memang nak kena belasah. Hehe.
ReplyDeleteaduh rasa nk tutup je muka dgn fail2 depan meja nie...rasa muka Qaseh plak yg merah tahan malu...heheh...dah agak dah najwa buat syarat sbb malu dia dah pernah kena sentuh...
ReplyDeletegud job auni...mmg 1st time jumpa blog nie dah melekat dah..kiki...insyallah kita jumpa esok k...
Sambunglahh cepatttttt.. Sabar sabar~
ReplyDelete-from Brunei-
Hope biarlah wawa dh sygkan irfan gila2 then br buat pembedahan mata (if). Wpn lps tu mgkn ads konflik sbb dh tahu siapa irfan tu tp cpt bdamai....
ReplyDeletewah giler aah. rase segan lak nk bace.hahhahahaah. ape ek jadi pas ni? camneh la diaorg nk survive as a couple? cecepat smbg ek. makasih
ReplyDeletelove u Auni..
ReplyDeletesuperbbb...
gud job IR... taniah.. kahirnya kawen jugak ngan wawa...
hope wawa boleh terima IR selepas dia tau sapa IR...
sayang auni ketat2...
ReplyDeletetahniah... Ir... akhirnya kawen jugak ngan wawa.. hahahhahaha....
hope wawa boleh terima Ir bila dah tau sapa Ir...
ahahaha..klakar r irfan ni.
ReplyDeleteBile nk move step strusnya.
Zue
Akhirnya kahwin juga...=D
ReplyDeletebest...hope dibukakan pintu hati wawa utk irfan...
ReplyDeleteBest la
ReplyDeletenak lagi....
ReplyDeletebest...harap2 wawa jatuh cinta ngan irfan b4 dia boleh melihat semula...
ReplyDeletetahniah..mmg best!!!
ReplyDeletebest nye citer nie! yet another wonderful story from the talented cik auni.. suke.. suke.. suke..
ReplyDeletex sabar nk tggu entry seterusnye.. keep on writing yeah! aja aja fighting, cik writer!
~Miss Peace~
superb..suka ngan karekter ir skarang dah pandai jiwang2..yg penting dag pandai notty2 . auuuwww..
ReplyDeleteharap Ir jatuh cinta tergolek2 dgn wawa. n wawa dpt maafkan Ir n terima dia. wahhh!!!
wahh..sudah angau ni..writer cpat smbung.. cte ni mmg lain dri yg lain..thumbs up!
ReplyDeletehii..angau2
ReplyDeleteSERIOUSLY MEMANG TAK NYESAL IKUT CRITE2 yg SIS AUNI TULIS!!! =D
ReplyDeletecrite ni mmg lain dari yg lain...sya sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt2 dgn irfan...
tapi a bit sympathy for wawa...harap nnti dia dpat melihat semula.. :)
thanks a lot sis for another long entry from u...
I LOVE AUNI AMAUNI.. =D
assalam Auni..akak suka dgn karya2 auni.selama ni akak silent reader jak.jan marah eh.akak cuma nak cakap,you're the best! tapi sayang sekali mngkin stok MM payah nak sampai awal di sabah sama mcam novel2 lain juga.. :(
ReplyDeletedasat..t smbung ag yer sis auni..:)
ReplyDelete_cik wan tujus wan tusom_
best citer nie..keep up the good work..:-)
ReplyDeleteYeay.... finally.. kawen jugak kn.. mcm mn la penerimaan najwa nnt bila dpt tawu hubby dia tue irfan yg dia benci tue... cpt2 update ya sis.. x pun buku kn terus je la.. hehehehehe
ReplyDeletebest ah.cpt ler smbung =(
ReplyDelete