-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Friday, June 22, 2012

Kurelakan Kasihmu 21, 22



ADNIN Najwa membuka mata walaupun dia tahu jika dia membuka mata sekalipun, semua di sekelilingnya tetap gelap. Pelukan suaminya masih terasa walaupun tidak seerat semalam. Kali ini lelaki itu memeluknya dari belakang. Hembusan nafas lelaki itu yang perlahan dan tenang terasa menampar tengkuk Adnin Najwa. Meremang rasanya bulu tengkuknya.
Adnin Najwa meraba tangan suaminya yang terlingkar kemas di pinggangnya. Dia mahu bangun untuk membersihkan diri. Sebaik sahaja jemarinya berjaya menggenggam lengan Irfan Naufal, pelukan bertambah erat pula.
“Sayang… Good morning,” ucap Irfan Naufal perlahan. Suaranya serak-serak basah. Oh my, seksi kut!
Jantung Adnin Najwa kembali bergetar tidak sekata. Bila masa pula suaminya itu terjaga? Seboleh-bolehnya tadi dia cuba untuk tidak mengejutkan Irfan Naufal. Atau.. Lelaki itu dah terjaga awal-awal lagi sebelum dia terjaga? Adnin Najwa berteka-teki sendiri di dalam hati.
“Sayang? Saya kan baru je ucap selamat pagi? Tak nak balas ke?” Irfan Naufal bersuara lembut sambil membelai rambut Adnin Najwa yang sudah panjang sedikit sampai ke paras tengkuk itu.
“Hmm.. Good morning, awak..” balas Adnin Najwa perlahan. Terasa bibirnya sedikit bergetar kerana rasa gemuruh semalam yang masih bersisa. “Bila awak bangun?”
“Baru je. Masa awak pegang tangan saya. So, saya terjaga la..” terang Irfan Naufal ringkas.
Adnin Najwa menelan liur. Macam mana kalau dia salah faham masa aku pegang tangan dia tadi tu? Aduhai.. Nafasnya yang mulai tidak sekata ditarik supaya menjadi lebih tenang. “Awak jangan salah faham. Saya pegang tangan awak sebab saya nak ke bilik air,” cepat-cepat Adnin Najwa menjelaskan.
“Actually, saya takde fikir bukan-bukan pun. Saya pun tahu awak nak ke bilik air.. Kan dah pagi ni? Kejap lagi masuk waktu subuh dah kan..” kata Irfan Naufal selamba. Dia tersenyum nakal melihat Adnin Najwa mulai beriak lain macam. Malulah tu.
“Okay, then. Saya nak ke bilik air dulu..” balas Adnin Najwa dengan muka yang terasa panas. Apahal aku ni suka sangat fikir bukan-bukan? Dia steady je, aku yang terlebih fikir. Eee! Serta-merta dia terbangun dari perbaringan.
Irfan Naufal ikut bangun. Segera dia turun dari katil apabila ternampak isterinya sudah melabuhkan kaki ke atas lantai berkarpet di sisi katil. “Saya tolong awak ye?” pelawanya lembut.
“Eh, tak payahlah wak. Saya boleh jalan sendiri..” Adnin Najwa tersenyum manis. Dia semakin menyukai sikap prihatin lelaki itu. Namun dia tidak boleh terlalu hanyut melayani perasaannya. Takut nanti dia terbabas pula. Sebolehnya dia tidak mahu melibatkan Irfan Naufal di dalam kisah hitam hidupnya.
“Ala, biarlah saya tolong. Bukannya apa pun ni..” desak Irfan Naufal.
Adnin Najwa terdiam seketika. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala setelah berfikir sejenak. Tangannya dihulurkan dan Irfan Naufal menyambutnya lembut. Namun, tiba-tiba sahaja dia terasa tubuhnya melayang dan terangkat. Erkk! Dia angkat aku ke? Tapi, tapi!! Tapiii.. Menggelabah Adnin Najwa dibuat Irfan Naufal.
Irfan Naufal tersenyum dan mengukuhkan tangannya. Tawa kecilnya meletus. “Macam nilah caranya saya tolong awak ke bilik air mulai hari ni. Awak kena biasakan diri ye! Semalam, dah kena biasakan diri tidur dalam pelukan saya. Kalau nak ke toilet, kenalah biasakan diri macam ni pulak!”
Oh, my! Mahu pengsan dah Adnin Najwa mendengar bait-bait perkataan dari si suami. “Tapi.. Tapiii.. Tapi, saya boleh jalan sendiri. Awak cuma perlu papah saya je ke bilik air..” pinta Adnin Najwa segan. Tidak tahu lagi ke mana harus dia sembunyikan wajah merah menyalanya.
“No. Saya akan biasakan awak dengan cara saya. Kita kan akan hidup lama sebagai suami isteri?”
“Tapi..”
“Jom,” potong Irfan Naufal ceria. Dia memandang wajah yang semakin membuka hatinya itu. Wajah itu sentiasa membuatkan dia ceria sejak kebelakangan ini.
Bayangan wajah Arissa yang pernah dicintainya pula bagaikan luput sedikit demi sedikit. Yang semakin menghiasi hatinya kini adalah wajah ayu Adnin Najwa. Adakah aku sudah rela dan bersedia untuk memberikan cinta serta kasihku untuk dia? Cinta yang selama ini hanya milik Arissa. Dapatkah cinta itu beralih arah? Bolehkah aku berikan cinta untuk dia lebih banyak dari yang aku pernah berikan buat Arissa dulu? Irfan Naufal bermonolog sendirian.
Kakinya melangkah ke bilik air lantas membiarkan Adnin Najwa memasukinya. Daun pintu yang hampir tertutup, kelihatan terbuka semula. Kepala Adnin Najwa terjengul dan terhala ke kiri kanan. Mungkin ingin mengesan di mana kedudukan Irfan Naufal kala ini. Irfan Naufal menanti kata-kata isterinya dengan penuh debaran. Eh, dia nak ajak aku masuk ke? Teruja pula Irfan Naufal berfikir yang bukan-bukan.
“Awak kat dalam bilik lagi ke?” panggil Adnin Najwa perlahan.
“Yes. Kat sebelah awak ni..” jawab Irfan Naufal. Wajah Adnin Najwa terhala ke arahnya.
“Mintak tolong, boleh? Ambilkan baju blaus labuh saya yang warna purple kat dalam almari pakaian saya. Please?” pinta Adnin Najwa penuh mengharap. Dia masih ingat warna baju itu. Baju yang dihadiahkan oleh Arissa beberapa bulan yang lepas sebelum dia hilang penglihatan.
Kebisuan Irfan Naufal membuatkan Adnin Najwa resah. Janganlah suaminya itu cakap yang dia kena biasakan diri memakai baju di hadapan lelaki itu pula. Oh, tidak!
Irfan Naufal mengeluh hampa. Ingatkan isterinya nak ajak dia mandi bersama-sama. Baru je rasa teruja tadi, tapi sekarang lain pula yang jadinya. Nafasnya ditarik perlahan dan dilepaskan tenang. Dia kena bersabar untuk melembutkan hati Adnin Najwa supaya menerimanya. “Okey, kejap ya..” kakinya dihayun ke arah almari pakaian.
Setelah mengambil baju yang dimaksudkan, Irfan Naufal bergerak semula menghampiri Adnin Najwa. “Nah, baju awak.. Dan..” katanya sambil menghulurkan baju ke tangan isterinya.
Adnin Najwa berkerut dahi menunggu suaminya menyambung kata. “Dan?”
“Ni, hadiah untuk awak..” ujar Irfan Naufal seraya mencium pipi Adnin Najwa. Dia tersenyum puas hati.
“Awak!” gerutu Adnin Najwa dengan wajah yang kembali merona merah. Jantungnya kembali berlari pecut. “Jangan buat lagi, okey?”
“Mana boleh. Saya nak pahala hari-hari. Awak tak nak ke?” usik Irfan Naufal.
“Tapi.. Tapii..”
“Ada lagi tapinya tu. Hesy, awak ni memang comel tau..” pantas sahaja telapak tangan Irfan Naufal melekap di pipi Adnin Najwa yang semakin merah.
Terpaku Adnin Najwa mendengar pujian itu yang disertakan usapan mesra di pipinya. Ini baru hari pertama mereka hidup bersama sebagai suami isteri. Hari pertama pun Adnin Najwa sudah rasa nak pengsan. Kalau hari-hari macam ni? Alamatnya dah tak lama lagi dia kena masuk wad di hospital bahagia. Gugup sudah rasanya dia.
“Saya mandi dulu. Tunggu kejap ek..” lama baru Adnin Najwa bersuara. Itu pun lambat-lambat. Rasa gugupnya masih terkesan.
“As you wish..” Irfan Naufal mengusap rambut isterinya sebelum gadis itu menutup pintu bilik air.
Adnin Najwa menyandar pada dinding bilik air buat seketika. Fuhh, Wawa. Kau kena kuatkan hati kau. Jangan mudah cair! Adnin Najwa mengeluh berkali-kali kerana hatinya seakan tidak mahu mengerti.




“APA plan kau lepas ni, Ir?” Tan Sri Haji Zainal berkalih pandang ke wajah Irfan Naufal di sebelahnya di dalam Mercedes itu. Mereka dalam perjalanan untuk ke syarikat ketika ini. Tan Sri Haji Zainal yang menyuruh Irfan Naufal naik kereta bersamanya kerana dia mahu berbincang mengenai Adnin Najwa.
“Plan apa, abah?” tanya Irfan Naufal dungu.
“Pasal Najwa tu.. Apa plan kau? Bila kau nak terus-terang dekat dia pasal perkara tu? Abah tak nak nanti dia tahu sendiri, habislah kau..” tegas kata-kata Tan Sri Haji Zainal. Dia mengerutkan dahi memandang wajah Irfan Naufal yang sudah bertukar.
“Abah, Ir rasa Ir takkan berterus-terang kut..” jelas Irfan Naufal lemah. Ya, dia begitu takut untuk berterus-terang. Bukan senang hendak berterus-terang tentang perkara itu. Tambahan lagi, dia telah menipu Adnin Najwa konon-kononnya dia adalah orang yang tidak pernah dikenali supaya gadis itu sudi berkahwin dengannya. Tentu gadis itu takkan memaafkannya lagi buat selama-lamanya.
Tan Sri Haji Zainal mengeluh besar. Kepalanya tergeleng-geleng. “Kau tak boleh buat macam ni. Nanti benda ni sendiri boleh memakan diri kau! Cuba kau bayangkan kalau dia tahu nanti. Kau jangan nak buat mudah perkara macam ni!”
“Tapi, abah.. Ir takut,” getus Irfan Naufal perlahan. Dia menunduk.
“Kau berterus-terang sekarang lebih baik, Ir. Daripada kau simpan lama-lama nanti bila hati kau dah boleh terima dia dan sayang dekat dia, lagilah susah kau nak terus-terang. Sebab waktu tu kau dah sayang sangat dekat dia. Ingat, kau tu lama lagi nak hidup berumah tangga dengan Najwa. Abah tak nak hidup kau kosong je.. Hiduplah dengan kejujuran. Mesti kau bahagia sampai ke tua,” nasihat Tan Sri Haji Zainal dengan cukup bernas.
Irfan Naufal terus menundukkan wajah. Tidak mampu memandang ke wajah abahnya di sebelah. Hatinya kalut berperang dengan perasaan sayu. “Bukan senang, abah. Ir takut sangat reaksi dia nanti.. Mungkin selama-lamanya dia takkan maafkan Ir lagi, abah.”
“Abah faham, bukan senang kau nak berterus-terang. Tapi, dah semua tu salah kau. Macam mana pun, kau kena tanggung sendiri. Kau tahu tak, dosa yang kau buat dekat dia tu, dosa yang takkan terampun selagi kau tak mintak maaf dengan dia dan dia jelas-jelas ampunkan kau? Kau sedar tak yang diri dia teraniaya oleh kau? Hmm, abah betul-betul tak sangka kau boleh buat perkara terkutuk macam tu. Jadi, abah nak kau bertanggung jawab. Faham?” suara Tan Sri Haji Zainal semakin tegas kedengarannya.
Irfan Naufal menelan air liur yang terasa begitu pahit untuk ditelan. Buntu dia memikirkan kata-kata abahnya tadi. Bagaimana dia hendak berterus-terang? Serius, bukan senang nak berterus-terang perkara macam ni. Kalau orang lain pun di tempat dia, tentu susah juga untuk berterus-terang. “Abah, beri Ir masa dulu untuk Ir fikirkan cara yang terbaik. Buat masa sekarang ni, biar Ir layan dia sebaik yang mungkin. Supaya dia boleh terima keikhlasan Ir terhadap dia. Please, abah? I am begging you,” rayu Irfan Naufal penuh berharap.
Tan Sri Haji Zainal terdiam dan berfikir sejenak. Selepas berfikir, dia mengangguk perlahan. Irfan Naufal menarik nafas lega melihat reaksi abahnya itu. “Tapi, jangan ambil masa yang lama. Abah bimbang nanti dia dapat tahu sendiri..”
“Abah jangan risau. Rahsia ni, selain Najwa, kita berdua aje yang tau.. Ir janji akan berterus-terang juga suatu hari nanti. Tapi bukan dalam waktu terdekat ni. Ir kena yakinkan dia dulu dengan keikhlasan Ir jadikan dia isteri Ir..” sahut Irfan Naufal dengan agak yakin.
Tan Sri Haji Zainal terangguk-angguk. Dia dapat melihat kesungguhan dan kejujuran dari kata-kata anaknya itu. Dia tahu Irfan Naufal seorang yang bertanggung jawab dan takkan meninggalkan Adnin Najwa selagi nyawa dikandung badan. “Baiklah. Abah percayakan Ir.. Kau buatlah apa yang patut. Tapi kau tak boleh sembunyikan perkara ni sampai bila-bila. Faham?”
“Okey, abah. Ir janji akan berterus-terang. Terima kasih sebab memahami..” getus Irfan Naufal di dalam nafas lega.




ENCIK Borhan memandang sinis kedatangan Irfan Naufal ke pejabatnya. Wajah anak muda itu dijelingnya sekilas sahaja. Senyuman Irfan Naufal juga tidak dibalasnya. Meluat! Menyampah. Disebabkan Irfan Naufal, dia masih tidak boleh naik pangkat. Apalah gunanya Tan Sri Haji Zainal menyimpan lelaki muda itu lagi? Dahlah kerja pun selalu ponteng sekarang ni. Sampai berminggu dekat sebulan baru nampak batang hidung semula di syarikat. Mentang-mentanglah syarikat ni bapak dia yang punya! Suka hati dia je bila nak datang kerja. Bebel Encik Borhan di dalam hati.
“Morning, Encik Borhan. Saya nak discuss sikit pasal projek hari tu. Sorry, saya ada urgent matter hari tu. Terpaksa biar Encik Borhan uruskan bagi pihak saya..” Irfan Naufal melabuhkan punggung ke kerusi empuk di hadapan meja Encik Borhan. Wajah lelaki berumur lewat 30-an itu dipandang bersama senyuman.
Encik Borhan memandang Irfan Naufal hanya dengan sebelah matanya. Urgent matter kebenda? Mesti pergi enjoy menjoli entah ke mana tu. Nak cover batang hidung sendirilah tu cakap perkara penting. Ingat aku tak tahu macam mana life anak orang kaya? Entah-entah pergi berseronok kat mana-mana! “Pasal projek tu, takpe biar saya je uruskan semuanya. Lagipun, dah nak complete pun. Projek kecik je, tak lama pun prosesnya.” Encik Borhan pura-pura tersenyum.
“Oh, but my dad asked me to discuss the project with you. Macam mana?” terang Irfan Naufal jujur. Semalam dia dengan abahnya sudah berbincang sedikit sebanyak mengenai projek itu. Dan projek itu bukanlah projek kecil seperti yang didakwa Encik Borhan.
Hesy! Si bapak pun tak reti-reti nak menilai susah payah aku nak dapat uruskan projek ni? Setelah anak dia lepas tangan hari tu, aku yang bersusah payah seorang diri nak handle projek ni. Sekarang ni, dia nak bagi anak dia uruskan semula? Semua ni tak masuk akal langsung! Hampir-hampir dah aku mendapat kepercayaan penuh Tan Sri Haji Zainal, dah ada yang nak kacau daun. Encik Borhan tertekan dan mengeluh tidak berpuas hati.
“Saya boleh uruskan sendiri. Sejak hari tu, saya yang uruskan sorang-sorang. So, rasanya I don’t need any help..” ujar Encik Borhan perlahan. Dia tidak mahu tersalah cakap.
“But, abah saya suruh tau. Encik Borhan pun tahu macam mana perangai abah saya tu. Bab-bab kerja ni, dia memang serius. Kalau dia kata A, so kena la A jugak..”
Encik Borhan merengus kecil. Dia sungguh tidak berpuas hati. Dia ingatkan Irfan Naufal sudah tak nak kerja di situ lagi memandangkan semua kerja lelaki itu diserahkan kepada Encik Borhan. Dengan wajah mencuka, dia mengangguk kecil. Terpaksa juga dia bersetuju kerana dia kenal benar perangai Tan Sri Haji Zainal yang sungguh komited pada kerja itu. Encik Borhan terpaksa bersabar untuk masa sekarang. Dia kena memikirkan cara lain untuk menyingkirkan Irfan Naufal terus dari syarikat itu supaya dia boleh memegang jawatan Pengarah Urusan.




“LID takde kelas ke hari ni?” soal Adnin Najwa ramah.
Alida tersenyum sambil meneruskan perbuatannya memberikan makanan kepada kucing kesayangannya, Comel. Wajah kakak iparnya sesekali dipandang senang hati. “Lid takde kelas minggu ni. Dah masuk study week.. Next week dah final exam, kak!” jawab Alida.
“Oh, ye ke? Good luck tau. Jangan main je banyak!” seloroh Adnin Najwa. Dia meraba-raba Comel yang berada tidak jauh darinya. Bulu kucing berusia 5 bulan itu sungguh lembut, panjang dan kembang. Menurut Alida, kucing itu berwarna putih krim. Baka kucing parsi yang hidung penyek itu.
“Eh, mana ada Lid main banyak-banyak. Kalau akak nak tahu, Lid ni baik tau. Study je memanjang kat dalam bilik tu..” balas Alida dengan tawa kecil. Matanya kembali dihalakan ke arah Comel yang sedang rakus memakan bijian Frieskies.
“Ye ke? Bukan Lid ni nakal sangat ke? Selalu mengusik akak.. Banyak main-main la tu, Lid..” usik Adnin Najwa lagi.
“Wah, akak pula yang nak mengusik Lid? Jangan sampai Lid jelmakan mood Lid nak usik akak sudah. Nanti merah muka tu lagi macam kelmarin!” ugut Alida tergelak kecil. Adnin Najwa cuak sudah. Bukan boleh percaya sangat adik iparnya itu.
“Janganlah, dik. Nanti akak merajuk..”
“Ek eleh, merajuk laa.. Lid suruh Abang Ir yang pujuk!” ucap Alida dalam tawa lepas. Suka melihat muka terkejut kaka iparnya yang comel itu.
“Hesy! Lid ni. Mana boleh macam tu. Tak acilah..”
“Aci dekat India la akak!” sempat lagi Alida mengenakan Adnin Najwa.
“Eee! Geram betul akak dengan Lid ni..” suara Adnin Najwa mengendur apabila dia terasa bahunya bagai disentuh seseorang. “Lid nak buat apa pulak ni, main pegang-pegang bahu akak pula..” Adnin Najwa tersenyum senang hati. Adik iparnya memang peramah dan ringan mulut berborak dengannya.
“Akak, Lid takde buat apa-apa pun?” suara nakal Alida membuatkan Adnin Najwa sedar siapa yang memegang bahunya itu. Bau minyak wangi yang semerbak itu juga meyakinkan Adnin Najwa akan gerangan orang itu.
“Hi, sweetheart..” ucap Irfan Naufal lembut. Dia mengambil Comel lalu dibawakan ke dalam dakapannya. “Suka kucing juga ek? Patutlah boleh masuk kepala dengan si Lida ni..” soal Irfan Naufal.
“Eh, masuk kepala? Macam mana tu, bang?” Alida berpura-pura dungu. Ayat abangnya tadi dijadikan bahan gelak tawa dia pula.
“Lida jangan nak mengada-ngada kat sini. Pergi main jauh-jauh, kami nak bermanja..” gelak Irfan Naufal lembut. Sejak dua menjak ini, hubungannya dengan Alida kembali mesra. Dulu, Alida agak dingin dengannya kerana memutuskan pertunangan dengan Arissa.
“Dah, bawa je Kak Najwa ke bilik. Tinggalkan Lida dengan Comel kat sini. Yelah, dengan siapa Lida nak bermanja kalau bukan dengan Comel. Lain la macam abang.. Ada pasangan untuk bermanja!” usik Alida lagi.
“Lid! Apa yang Lid merepek ni? Jangan cakap macam tu lagi..” gerutu Adnin Najwa. Dia malu giler dah sebenarnya. Tak segan betul Alida cakap macam tu. Tapi kalau nak larang pun, umur dia dah cukup 21 tahun. Cukup umur dah kalau nak diikutkan.. Adnin Najwa tak tahu dah kat mana nak sorok muka dia.
Irfan Naufal tersenyum. “Jom, sayang. Kita ke bilik..”
Amboi! Selamba sungguh nada suara Irfan Naufal. Terkedu Adnin Najwa dibuatnya. “Err.. Abang tak nak minum petang ke? Mak cik Timah dah siapkan tadi. Jom..” dia mengubah topik.
“Kejap lagilah. Abang balik nak jumpa isteri abang yang comel ni. Rindu bila seharian tak tengok muka sayang!” automatik suaranya menjadi romantis.
Oh, my! Tak tahan dah nak pengsan ni. Dahlah depan Alida dia cakap macam tu. Adnin Najwa menelan liur. “Awak.. Lida ada tu. Tak malu ke?” bisik Adnin Najwa perlahan.
“Mana ada. Dia dah blah tadi senyap-senyap, bawa Comel pergi jauh-jauh.. Dia tak nak mengganggu mood kita kut?” jelas Irfan Naufal.
“Serius?” nafas lega ditarik Adnin Najwa. “Fuh, nasib baik!”
“Kalau dia ada tadi, mesti dah jadi bahan usikan la bila saya sebut ayat-ayat romantik tadi tau..” tukas Irfan Naufal lembut. Dia tersenyum melihat Adnin Najwa.
Ye, memang romantik. Tak tahu pulak bila dah kahwin, Encik Irfan jadi seromantik ni. Nak menggoda aku je hari-hari. Keluh Adnin Najwa. “Dahlah, jom kita minum petang..”
Tangan Adnin Najwa yang terawang-awang itu lantas dicapai oleh Irfan Naufal. Hampir tersembul keluar jantung Adnin Najwa. Dirinya ibarat terkena kejutan elektrik setiap kali Irfan Naufal menyentuhnya dengan spontan. “Jom, saya tolong pimpin awak ke meja makan.”
“Hmm, saya boleh je jalan sendiri. Tongkat saya ada tersandar kat tepi dinding tu..” entah ke manalah jari telunjuknya diluruskan, Adnin Najwa sudah tidak peduli. Manalah dia nampak kat mana tongkatnya berada. Yang dia tahu, Alida yang tolong sandarkan tepi dinding tadi.
“Degil betul awak ni. Kan saya dah cakap, awak kena ikut cara saya mulai sekarang. Saya nikan suami sah awak? Trust me..” kata-kata itu disertakan dengan pegangan erat pada bahu Adnin Najwa. Dia sudah bersedia untuk memimpin gadis itu.
Adnin Najwa mengeluh kecil. Dah mula dah dengan kuasa veto dia tu. Aduhai.. Adnin Najwa mengangguk kecil dan mengikut pimpinan si suami. Irfan Naufal di sebelah tersenyum senang hati.




IRFAN Naufal memandang jauh ke dalam anak mata Adnin Najwa. Peluangnya untuk merenung wajah itu sentiasa terbuka luas memandangkan gadis itu buta. Bibirnya tersenyum selepas lama betul dia merenung. Tidak puas rasanya dia menatap wajah comel milik isterinya. Ada perasaan indah yang hadir. Perasaan yang tulus dari lubuk hatinya.
“Awak?” panggil Adnin Najwa lembut. Dia mulai tidak selesa sebenarnya dengan kebisuan Irfan Naufal. Entah apalah yang dibuat lelaki itu.
“Yes, my dear!” sahut Irfan Naufal ceria. Karipap yang masih belum dijamahnya tadi, segera dibawakan ke mulut. Ralit sangat dia meneliti wajah Adnin Najwa tadi sampaikan terlupa hendak memasukkan karipap ke dalam mulut.
“Awak buat apa? Diam je?” soal Adnin Najwa cuba menduga suaminya.
“Saya tengah makanlah. Awak jugak yang ajak saya minum petang sama-sama tadi, kan?” jawab Irfan Naufal selamba badak. Padahal sebenarnya tadi, dia terlalu asyik dibuai perasaan indah.
“Oh, senyap je. Tak dengar suara awak mengunyah pun..”
“Saya ni makan jenis sopan tau. Bertuah kan dapat suami sopan macam saya ni..” puji Irfan Naufal kepada dirinya sendiri.
Adnin Najwa tergelak mendengar. Buat lawak pula suaminya itu. “Awak ni pandai jugak buat kelakar, ek?”
Irfan Naufal terpegun melihat gigi Adnin Najwa yang putih dan tersusun elok itu. Suara ketawa yang manja itu terasa sungguh membelai perasaan Irfan Naufal. “Kelakar ke? Atau awak gelak sebab saya cakap yang saya ni sopan?” soal Irfan Naufal tidak berlengah.
“Entah!”
“Entah? Apa yang entah tu? Awak ni..” mata Irfan Naufal jatuh pada tepi bibir Adnin Najwa yang sedikit comot. “Awak ni, makan tak sopan la ni sampai comot macam ni..” sambung Irfan Naufal. Jemarinya didekatkan ke bibir Adnin Najwa. Kesan comot tadi dilap dengan cermat.
Pipi Adninn Najwa terasa membahang. Mulut oh mulut, kenapa kau nak comot masa sekarang ni? Adnin Najwa membebel pada dirinya. Lidahnya kelu untuk terus berbicara. Hanya menanti perbuatan suaminya terhenti. Jantungnya mengepam darah dengan laju.
“Haiii.. Boleh umi tumpang makan karipap ke?” sampuk Puan Sri Hajjah Zairiah entah bila masanya orang tua itu sampai. Terkejut Irfan Naufal dibuat uminya. Dahlah dia tengah asyik merenung bibir merah delima Adnin Najwa tadi.
Adnin Najwa tersipu-sipu dan menjadi lebih kelu. Irfan Naufal tersengih segan. “Duduklah, umi. Join sekaki..”
Puan Sri Hajjah Zairiah duduk di sebelah Adnin Najwa. Dia memegang bahu menantunya yang manis itu. Tudung ringkas Adnin Najwa yang menyenget dibetul-betulkan sedikit. “Menantu umi ni.. Suka hati umi tengok Najwa senyum macam ni. Comel!”
Bertambah merah muka Adnin Najwa. “Mana ada, umi. Umi, jemputlah minum dengan makan karipap..”
“Nak makanlah ni.. Bukan macam orang tu.. Biar je karipap kat depan, yang mata tu asyik je nak pandang-pandang si manis yang duduk depan dia.. Terlupa dah karipap yang sedap ni. Ir ni sejak kecik suka sangat makan karipap.. Pelik tadi umi tengok dia pegang je karipap tu tapi tak makan. Mata lurus je ke depan..” gurau Puan Sri Hajjah Zairiah.
Irfan Naufal pula yang tersipu-sipu. Dia membuat isyarat menyuruh uminya diam. Aduhh, kantoi sudahh!! Malunyaa.. Maluuu.. Irfan Naufal gigit bibir.
Adnin Najwa terdiam. Segan betul dia selepas mendengar kata-kata ibu mertuanya tadi. Rupa-rupanya Irfan Naufal asyik merenung dia. Patutlah senyap je tadi! Adess.. Malu.. Maluuuu.. Bahang di wajah Adnin Najwa terasa lebih menjadi-jadi.

p/s : bersambunggg... sorry kalau agak kelam kabut sbb saya nk ke JB dah ni..orang2 JB, jumpa besok ye! :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 6/22/2012 11:02:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

35 comments:

  1. ruby muksan redsFriday, June 22, 2012 at 11:20:00 AM GMT+8

    so sweet.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. UnknownFriday, June 22, 2012 at 11:29:00 AM GMT+8

    alahaiiii sweet nye....teruskan....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. NurAtiZaFriday, June 22, 2012 at 12:07:00 PM GMT+8

    Alahai Irfan Naufal ni romantiknya...#^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousFriday, June 22, 2012 at 12:15:00 PM GMT+8

    Ok je auni. Takde kelam kabut pun.
    Thanks auni. Moga2 najwa dapat memaafkan irfan.
    Romantik giler irfan ni. Tak sabar nak tunggu next n3 plak.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. aR_aD (nAbA)Friday, June 22, 2012 at 1:02:00 PM GMT+8

    best.. nk lagi..ehhe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. UnknownFriday, June 22, 2012 at 1:13:00 PM GMT+8

    :-D aww.. Romantik nyer irfan.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. Dont know Friday, June 22, 2012 at 2:49:00 PM GMT+8

    sangat sweet kak...best x terhingga...masa baca tue asyik enyum je saya niee...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. Aisyah FadilFriday, June 22, 2012 at 2:50:00 PM GMT+8

    besst sangat lah kak..saya suka sangat...sweet ja irfann sayaa pun nak laki cam irfan lah..:D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. Ayu dzulkarnainFriday, June 22, 2012 at 3:02:00 PM GMT+8

    Auni,
    Suke sgt cite ni..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Wan RuzanaFriday, June 22, 2012 at 3:55:00 PM GMT+8

    haha kantoi dh Irfan duk tenung bini dia keke

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. RinsyaRycFriday, June 22, 2012 at 4:17:00 PM GMT+8

    Irfan bukan menggoda je tu, dia mengayat sekaligus.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. Eppy SafriFriday, June 22, 2012 at 4:45:00 PM GMT+8

    lembutnyeerrr adnin ni...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. Eppy SafriFriday, June 22, 2012 at 4:46:00 PM GMT+8

    besttt,..
    ayu n lembut jer si Adnin ni..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousFriday, June 22, 2012 at 5:25:00 PM GMT+8

    hikkk...comey >__<

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. evyFriday, June 22, 2012 at 7:46:00 PM GMT+8

    so sweet....hopefully adnin najwa memaafkan irfan....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. evyFriday, June 22, 2012 at 7:49:00 PM GMT+8

    romantiknya Irfan...hopefully Irfan berani b'trs terang dgn adnin najwa....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousSaturday, June 23, 2012 at 12:35:00 AM GMT+8

    wallauweh giler sweet maah.terbaik wok. hahahaha. makasih. nice job cik penulis. cecepat smbg ek.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. fairuzSaturday, June 23, 2012 at 2:11:00 AM GMT+8

    sweetnya...nak lagi..:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. AnonymousSaturday, June 23, 2012 at 2:36:00 AM GMT+8

    sweeeetttnyeee.... harap cinta antara irfan n najwa tu kian mekar setiap hari.. ;-)

    x sabar plak nk baca entry bila segala-galanya terbongkar.. takut pun ade.. risau nakwa ngan irfan "break" plak kn.. mahukah najwa memaafkan irfan nnt ek? hehehe..
    aja aja fighting, cik writer!

    ~Miss Peace~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousSaturday, June 23, 2012 at 9:32:00 PM GMT+8

    best..smbg lg ye. ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. HUDAPISSunday, June 24, 2012 at 9:14:00 AM GMT+8

    sweet jer suami najwa...best2... jgn lupa smbg ye?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. iniakuyangpunyahatiWednesday, June 27, 2012 at 11:59:00 AM GMT+8

    ir jgn tunggu lama2 nk bgi tw huuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. MisS_SyaWednesday, June 27, 2012 at 7:13:00 PM GMT+8

    alahhh.lmbat lagi bca n3 sis!!bz sesangat lately..
    comel giler ar ir.. =)
    sis,bile ir nk trus trang nie?berdevar2 sya.. =P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. AnonymousMonday, July 2, 2012 at 12:03:00 PM GMT+8

    tak sabar nk bc sambungannya..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. AnonymousMonday, July 16, 2012 at 4:59:00 PM GMT+8

    Best! Jalan cerita dah okay, tapi harapnya konflik dalam novel ni tak merapu-rapu. Keep it up ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. vclFriday, July 20, 2012 at 12:34:00 AM GMT+8

    Kak auni..veron sgt2 rnduuu akak..akak hilang g mne?? Huhu..lame xnmpk post2 akak..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. vclFriday, July 20, 2012 at 12:35:00 AM GMT+8

    Kak auni..veron rndu sgt2 ngan akak..akak hilang g mne?? Lama xnmpk post2 akak kat fb..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. AnonymousMonday, July 23, 2012 at 3:25:00 PM GMT+8

    bile lg nk sambung...?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. AnonymousSaturday, August 11, 2012 at 12:18:00 PM GMT+8

    bestnyerr.. makin sweet la irfan. cerita ni hanya diteruskan dkt blog ataupun akan dibukukan??

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. rubyFriday, August 17, 2012 at 3:41:00 AM GMT+8

    bila nk sambung ni?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. AnonymousTuesday, August 21, 2012 at 3:28:00 PM GMT+8

    CEpat sambung ya tak sabar nak tahu kesudahannya Wonder wheather Irfn will Tell her soon or Delay either tak nak Mereka berpisah

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. AnonymousTuesday, August 21, 2012 at 3:29:00 PM GMT+8

    Ok

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. AnonymousTuesday, August 21, 2012 at 3:31:00 PM GMT+8

    Almamak tak sabar Bila agaknya Irfan akan Beritahu Isterinya either Way tak nak Mereka berpisah please Continue writing

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  34. AnonymousTuesday, August 28, 2012 at 12:35:00 AM GMT+8

    lama nya kak auni nak smbung n3 nie..sy da x sabar2 nk tahu episod seterusnya..:))))))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  35. AnonymousThursday, September 6, 2012 at 9:22:00 AM GMT+8

    alaaaa..suweetttttnyerr sis auni..nak lagi..nak lagi..hope jodoh dia org kekal..:)

    *cik intan erma norsafira a.k.a adeq emma comei..heeee*

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu