-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Friday, February 13, 2015

Mr. Selfish, Mrs. Selfie [ 7, 8, 9 ]







SUASANA hening di dalam rumah sewa Hana ketika itu. Hana kelihatan runsing. Wajahnya menunduk. Tidak berani menentang cerlungan pandangan abah dan adik lelakinya. Encik Syafie mencerunkan pandangan ke arah Hana. Syazana membatukan diri tidak jauh dari ruang tamu itu. Hanya menjadi pemerhati.
“Abah tak sangka anak abah jadi macam ni,” suara yang disangka akan kedengaran garang oleh Hana, terdengar penuh kesayuan dan penuh kekecewaan.
Semerta wajah Encik Syafie dipandang Hana. Air mata yang deras di pipi abahnya meyakinkan lagi Hana bahawa abahnya itu memang terlalu kecewa. Adik lelakinya Hamdan pula terdiam seribu bahasa di sebelah Encik Syafie. Mungkin turut berkongsi perasaan kecewa abahnya walaupun tiada sebarang kata yang terkeluar.
Air mata Hana juga turut tumpah. Tidak tertahan rasanya kolam mata yang sejak tadi digenangi air mata. Tiada langsung niat di hati ingin membuat abahnya menitiskan air mata kekecewaan begitu.
“Abah.. Hana minta maaf. Tapi memang betul Hana tak bersalah,” tangisan Hana kedengaran halus tetapi teresak-esak. Berharap yang Encik Syafie akan mempercayai kata-katanya.
“Kalau kau tak bersalah, macam mana boleh tertangkap macam tu? Dalam keadaan yang sangat mengaibkan pulak tu! Mana abah nak letak muka abah ni kalau semua orang tahu?! Agaknya segala pesanan abah kau tak pernah nak ikut. Kau tak peduli pun! Sebab kami jauh, kau suka-suka hati buat maksiat kat sini?!” marah benar Encik Syafie ketika ini. Kakinya laju melangkah ke arah Hana, ingin mengajar anak perempuannya itu. Tiba-tiba sahaja dia terasa sungguh marah.
Hamdan sempat menyambar bahu abahnya sebelum abahnya bertindak di luar jangkaan. Hamdan kenal perangai abahnya yang sedikit panas baran itu. Boleh lebam pipi kakaknya ditampar berkali-kali jika dibiarkan amarah abahnya itu. “Sabar, abah. Sabar!”
“Nak sabar apa lagi? Dia dah conteng arang kat muka kita ni! Kau nak suruh abah sabar?!” ujar Encik Syafie sambil menyeka air mata di pipi. Jika tadi dia kecewa, kini matanya dipenuhi pula dengan api kemarahan yang tidak akan mudah hilang.
“Hamdan tahu, abah. Tapi bila nasi dah pun jadi bubur, apa lagi yang kita boleh buat? Sabar, abah. Kita mesti berfikiran rasional dan meletakkan Allah nombor satu. Ingat Allah, abah. Kita tengah diuji ni.. Ingat Allah..” ucap Hamdan penuh berhikmah. Diusap-usap belakang dan bahu abahnya. Ingin menenangkan hati si bapa yang terlalu kecewa dan malu dengan perbuatan anak sendiri.
Encik Syafie menarik nafas panjang. Cuba untuk bertenang dan berfikiran rasional seperti yang diperkatakan oleh Hamdan. Air mata yang masih bersisa, diseka laju. Semerta wajah Hana kembali dipandang. Anak perempuannya itu hanya menangis tidak berhenti. Sepatah perkataan pun langsung tidak diucapkan.
“Abah, maafkan Hana... Abah, ampunkan Hana. Hana tak salah, abah. Percayalah kat Hana ni...” rayu Hana dengan suara kecil.
Encik Syafie menarik nafas panjang dan dilepaskan sekaligus. Hamdan di sebelah, dipandang. Anak lelakinya yang sudah mencecah 21 tahun itu kelihatan mengangguk-angguk seolah faham apa yang berada di fikiran abahnya ketika ini.
“Abah boleh maafkan kau... tapi..”
“Tapi apa, abah?” soal Hana tidak sabar.
“Tapi kau memang kena kahwin dengan lelaki tu. Abah tak sanggup nak tanggung malu sekiranya orang lain tahu tentang ni. Atau kau dengan dia memang dah pernah..” Encik Syafie tidak dapat menyambung ayatnya lalu dibiarkan tergantung di situ.
Mata Hana membesar. Tidak percaya abahnya sanggup menuduhnya begitu. Sejahat-jahat Hana, dia takkan pernah menjual maruah dirinya atau menyerahkan tubuh kepada lelaki dengan senang. Dia juga punyai harga diri dan diasuh dengan begitu baik oleh arwah ibunya suatu ketika dahulu.
Waktu itu, abahnya selalu tidak ada di rumah. Bekerja sebagai pemandu lori memang menuntut pengorbanan masa dan tenaga abahnya. Sehinggalah ibu Hana meninggal dunia akibat sakit kronik, barulah abahnya berhenti menjadi pemandu lori dan mencari pekerjaan lain demi menyara Hana dan Hamdan. Ketika ibu Hana meninggal dunia, Hana sudah pun berumur 15 tahun dan Hana ketika itu sudah tahu membezakan yang mana perkara baik, yang mana perkara buruk.
“Abah, Hana masih ada maruah diri. Sampai hati abah tuduh Hana macam tu? Arwah ibu mesti sedih dengar abah cakap macam tu pada Hana! Sebab arwah ibu yang ajar Hana, didik Hana sejak Hana kecik. Arwah ibu aje yang tahu apa yang dia dah ajarkan dan Hana takkan lupakan apa yang arwah ibu ajar!” getus Hana penuh beremosi. Terasa air matanya kembali merembes dengan banyak.
“Sudahlah tu, akak.. Cuba akak fikirkan sikit keadaan abah dan perasaan abah. Akak ikut ajelah apa yang abah nak. Abah pun berjasa besarkan kita jugak..” Hamdan mengingatkan Hana.
Hana segera beristighfar. Betul apa yang dicakapkan oleh Hamdan. Cuma tadi dia beremosi sikit kerana tuduhan tidak berasas abahnya. Hana cuba membela diri, bukan cuba untuk melawan kata-kata Encik Syafie.
“Abah harap sangat, Hana kahwin dengan budak tu. Kalau tak, abah akan anggap Hana memang sengaja nak hancurkan hati abah dan sengaja nak buat abah malu..” Encik Syafie berlalu tanpa memandang lagi wajah anak gadisnya itu. Kecewa dan sedih semuanya berbaur. Tidak tahu lagi apa yang berada di dalam hatinya ketika kakinya melangkah pergi.
“Akak, ikut aje kata abah. Kesiankan dia.. abah tu dahlah sakit. Akak pun tahu sakit apa.. jangan buat abah bertambah susah hati. Dia dah susah hati sangat tu.. jangan duk tambah lagi..” nasihat Hamdan. Selepas menepuk bahu Hana dua tiga kali, Hamdan berlalu membontoti langkah abahnya yang sudah menghilang di sebalik pintu depan rumah Hana.
Syazana datang menghampiri Hana. Dia duduk di sisi Hana di sofa ruang tamu yang agak luas itu. Bahu sahabatnya dielus lembut. Turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Hana. “Sabarlah, Hana..”
Hana sebak. Syazana sahaja satu-satunya insan yang mempercayainya. Orang lain langsung tidak mahu percaya. Bahkan ahli keluarganya sendiri pun tidak percaya! Itulah sebenarnya yang membuatkan Hana terlalu sedih. Wajah abahnya yang terlalu kecewa terbayang semula di ruangan mata Hana. Hati Hana menjadi pedih, sayu dan hiba.
“Kenapa semua orang tak nak percaya kata aku, Zana? Apa salah aku?” rintih Hana seraya memeluk erat tubuh Syazana yang sememangnya sudah terlalu hampir di sisi.
“Shhh.. sabarlah Hana. Ada hikmahnya semua ni berlaku. Kau percayalah dengan segala yang Allah dah aturkan untuk kau, ye..” Syazana membalas pelukan Hana. Diusap-usap belakang Hana bagi menenangkan hati gadis malang itu.


FIRDAUS duduk termenung di dalam biliknya. Sejak sampai ke rumah semalam, Firdaus mengurung diri di dalam rumah. Kepalanya berserabut memikirkan semula kejadian yang berlaku di Melaka. Baru tadi dia menonton siaran berita di TV3. Ada disiarkan berita bahawa seorang chef selebriti telah ditangkap khalwat di Melaka. Walaupun namanya tidak disebut, rasanya ada yang mengesyaki bahawa dialah yang dimaksudkan di dalam siaran berita itu. Bibir Firdaus menggumam sendirian. Geram dan sakit hati. Lebih-lebih lagi terhadap Hana. Dia memang tidak boleh memaafkan gadis itu.
Kerana Hana, namanya telah busuk! Walaupun satu Malaysia tidak tahu bahawa dialah chef selebriti yang dimaksudkan di dalam siaran berita tersebut, nama baik Firdaus tetap tercemar di dalam dunia penyiaran kerana sudah ramai yang mengesyaki dan mula bercakap-cakap buruk di belakangnya. Mengata yang bukan-bukan tanpa usul periksa.
Tidak sedar sebuah penumbuk dihayun oleh Firdaus ke atas meja di hadapannya. Rasa marahnya terhadap Hana terasa menggila! Wajah hodoh Hana yang ala-ala Betty la Fea itu terbayang di mata Firdaus. Eee, geramnya aku dekat kau perempuan hodoh! Sehelai kertas dironyok-ronyok oleh Firdaus tanpa sedar. Membayangkan wajah Hana, memang Firdaus jadi tidak tentu hala marahnya.
“Kau jagalah, perempuan! Aku takkan biarkan kau hidup senang!” bentak Firdaus sendirian.


HANA memerhatikan set penggambaran rancangan masakan yang bakal dikelola oleh Firdaus. Terhendap-hendap dia mencari kelibat lelaki segak bergaya itu namun tidak nampak bayang. Hana mengeluh. Kaca mata besar yang dipakai dibetul-betulkan. Penampilan hodoh itu masih menjadi penampilan kekalnya di hadapan Firdaus. Biarlah Firdaus mengenalinya sebagai seorang perempuan hodoh. Dia pun tidak ingin lelaki itu melihat kecantikan asli yang dimilikinya. Nanti teruja pulak, kan?! Aku kan comel, cantik, lawa..nanti dia jatuh cinta pulak! Hehehe..sempat lagi Hana perasan sendirian.
“Selfie kejaplah..” Hana mengeluarkan telefon pintarnya beserta sebatang monopod.
Selesai selfie, Hana seperti biasalah memuat naik gambarnya di Instagram, Facebook serta Twitter. Description yang ditulis, ‘Yo Soy Betty La Fea! :)’. Yelah, sesuailah kan dengan penampilan dirinya sekarang.
“Dasar stalker. Tu pun hari tu tak nak mengaku yang kau ni stalker!”
Hana terdengar satu suara lelaki bercakap-cakap di belakangnya. Hana menoleh dan biji matanya terbeliak memerhati seraut wajah kacak yang berdiri terpacak di belakangnya. Firdaus mengangkat kening, menunggu apa lagi alasan Hana untuk menidakkan tuduhannya bahawa Hana seorang stalker.
Hana terpanar mendengar tuduhan Firdaus. Memanglah dia nak berjumpa dengan Firdaus. Bukan saja-saja dia nak stalk lelaki itu pun! Geramnya kena tuduh stalker! “Awak baik-baik sikit cakap tu!” marah Hana.
“Kan betul! Habis tu apa kau buat kat sini sampai terhendap-hendap? Apasal kau mengintai set penggambaran aku? Kau mesti cari aku, kan?” teka Firdaus. Geramnya rasa di dalam hati Firdaus ketika ini. Kalaulah sekarang ini dia bersendirian dengan Hana, sudah lama dicekik-cekiknya leher gadis hodoh itu!
“Saya nak jumpa awak sekejap! Sebab tu saya datang sini! Takde masa saya nak stalk awaklah!!” tempelak Hana. Suaranya cuba dikawal supaya tidak meninggi. Risau perbalahan mereka didengari oleh orang lain.
“Ahh, kau memang macam-macam alasan, kan? Susah sangat ke nak mengaku yang kau ni stalker? Aku tahulah aku ni handsome dan ramai peminat. Cuma aku tak sangka ada spesis peminat macam kau ni yang stalk aku sampai ke Melaka semata-mata nak perangkap aku! Semata-mata nak jatuhkan nama baik aku, saham aku! Kau memang tak suka aku famous sebab tak suka perempuan lain minat kat aku dan berebut-rebut nakkan aku, kan?” getus Firdaus selamba tetapi memang sangat sinis.
Amboi! Perasan tahap infiniti betullah mamat ni rupanya? Jangan bangang tahap infiniti jugaklah, I hope so! Kata hati kecil Hana sendirian.
“Hellooo.. Awak jangan nak perasan sangat. Saya memang betul-betul ada hal penting nak jumpa dengan awak ni. Awak tolonglah dengar dulu apa yang saya nak bincang dengan awak ni!”
“Heii, kalau kau mengaku aje kau tu stalker hari tu, takdelah kita bergaduh-gaduh sampai kau jatuh dalam air lepas tu kena tangkap. Semua salah kau, tahu tak?” suara Firdaus diperlahankan kerana bimbang mungkin ada telinga yang mendengar. Walau perlahan, suaranya dikeraskan kerana rasa sakit hati.
“Awak asyik nak salahkan saya aje ni kenapa? Saya malaslah nak layan. Saya datang ni sebab nak bincang sesuatu dengan awak. Faham?”
“Kau nak bincang apa lagi? Kan semua dah settle dan aku rasa hari tu aku dah cakap depan-depan dengan kau yang aku tak nak tengok muka kau lagi kan?” herdik Firdaus. Gadis hodoh ini memang menyakitkan hati betul!
“Macam ni! Abah saya nak suruh saya kahwin dengan awak!” bisik Hana agak keras. Cuba mendapatkan perhatian dari Firdaus.
“Apa? Kau dah gila? Mati hidup semula pun aku tak nak kahwin dengan perempuan hodoh macam kau ni. Apa kelas aku kahwin dengan kau? Buat orang ketawakan aku aje. Aku ni artis. Aku kena jaga imej aku. Kau faham? Kau tak payah nak beranganlah kahwin dengan aku!” bibir diketap oleh Firdaus. Tidak percaya yang perempuan sehodoh Hana itu ada hati mahu berkahwin dengannya.
“Tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap ni sampai habislahh!” gerutu Hana.
“Apa? Apa???”
“Saya nak awak bagitau abah saya yang awak tak nak kahwin dengan saya. Tolong bincang elok-elok dengan dia. Sebab saya pun tak ingin kahwin dengan awaklah!” jeling Hana. Cermin mata besar yang dipakainya dibetul-betulkan apabila sedikit melorot jatuh ke bawah.
Wajah Firdaus jelas terpanar. Terasa darahnya menderu naik ke wajah. Merah padam wajah Firdaus selepas mendengar kata-kata Hana. Berani betul dia. Takkan dia langsung tiada hati mahu kahwin dengan aku yang handsome ni? Firdaus bagai tidak dapat mempercayai apa yang baru Hana cakapkan. Perempuan selalunya nakkan Firdaus. Ramai perempuan cantik yang berebutkan Firdaus. Tapi Hana? Si hodoh ini nak berlagak pula? Tak nak kahwin dengan aku? Aku ingatkan dia hadap sangat nak kahwin dengan aku tadi! Rasa tercabar pula Firdaus ketika ini. Malu pun ada sebab tadi dia ada menuduh Hana beria-ia ingin berkahwin dengannya.
“Dah kenapa pulak awak ni? Muka dah berubah macam tu ha? Saya cakap, saya tak nak kahwin dengan awak. So, saya nak awak berbincang dengan abah saya nanti,” Hana meneliti wajah Firdaus yang masih terpanar. Sedikit sebanyak wajah lelaki itu menunjukkan rasa tidak berpuas hati. Tapi, apa yang dia tidak puas hati tu? Hana sendiri pelik.
Mendengar teguran Hana, fokus Firdaus kembali ke dunia nyata. Ini tak boleh jadi. Aku kena ajar sikit minah ni. Pandai pulak nak mengarah-arah aku?
“Kau punya pasal laa macam mana nak cakap dekat abah kau. Apasal kau nak libatkan aku pulak ni?” tempelak Firdaus.
“Masalahnya sekarang, abah saya nak jumpa awak nanti! Saya dah cuba pujuk dia hari tu cakap tak nak kahwin dengan awak. Tapi dia tetap suruh saya kahwin dengan awak. Tolonglah, saya tak nak bertekak lagi dengan abah saya. Dia ada lemah jantung.. Awak tolonglah bincang elok-elok dengan dia. Please?” rayu Hana seboleh-bolehnya.
Firdaus kelihatan tegang. Dia tidak mahu terlibat dan tidak mahu menurut apa yang dipinta Hana. Dahinya diurut-urut tanda sedang memikirkan sesuatu. “No, no, no. It’s none of my business!”
“Pleaseee!” Hana merayu lagi.
“No!”
“Please.. Saya betul-betul, dan sangat-sangat tak mahu kahwin dengan awak! Please save me from marrying you,” Hana membuat wajah betul-betul berharap.
Firdaus bertambah geram. Perempuan ni dah melampau. Aku yang punyalah handsome ni, dia boleh tidak berminat nak kahwini? Dah tu, macam betul-betul terdesak tak mahu kahwin dengan aku? Teruk sangat ke aku ni? Padahal dia yang hodoh dan tak laku! Firdaus berasa geram dan tertekan.
“Okey. Nanti aku jumpa dan cakap dengan bapak kau!” balas Firdaus tanpa berlengah. Geramnya! Kau tunggulah. Aku akan buat kau terkejut dan tak dapat tidur sampai bila-bila! Berani kau, ya? Firdaus tersengih sinis.


ENCIK Syafie memandang tepat wajah Firdaus. Atas bawah dia perhatikan tingkah laku lelaki muda yang bergaya itu. Maklumlah artis. Memang segak dan kacak gayanya. Air kopi yang terhidang dihirup seketika. Otaknya cuba menyusun kata yang bakal dibincangkan dengan Firdaus.
“Nak, kau datang jauh-jauh ni kerana nak jumpa pak cik aje?” Encik Syafie bersuara lembut. Ada senyuman kecil di hujung kata-katanya itu.
“Ya, pak cik. Anak pak cik yang suruh saya datang berbincang pasal perkahwinan kami tu..” jawab Firdaus tenang.
“Kau datang jauh-jauh ni dari KL ke Johor ni, drive atau naik flight?” tanya Encik Syafie.
Firdaus berasa kagum mendengar pertanyaan Encik Syafie yang disertakan dengan perkataan-perkataan inggeris itu. Orang tua di kampung dah maju dan pandai rupanya. Firdaus tersenyum kecil.
“Naik flight, pak cik..” jawapan Firdaus ringkas sahaja.
“Semata-mata kerana nak bincang pasal ni? Dalam telefon pun boleh..”
“Kalau depan-depan, lebih sopan pak cik. Lagi pun, anak pak cik yang beria-ia sangat suruh saya bincang elok-elok. Nak bincang elok-elok, kenalah berhadapan. Kan?” balas Firdaus lagi.
Encik Syafie mengangguk-angguk. Agak berkenan dengan sikap yang ditunjukkan Firdaus. Baik budaknya ni. Di dalam hatinya, setelah difikir-fikir dengan tenang serta waras, dia yakin Firdaus dan Hana tidak pernah berkhalwat. Mula-mula memang Encik Syafie marah sangat dengan Hana kerana menyangka Hana memang benar-benar telah malukan dia. Sampaikan dia hampir diserang lagi penyakit lemah jantung. Tapi bila dia mulai berfikir dengan tenang, barulah dia yakin. Ya, anak perempuannya tidak akan buat perkara yang bukan-bukan di belakangnya. Arwah isterinya tentu sudah mendidik anaknya itu menjadi anak yang baik, sentiasa menjaga maruah ibu bapa.
Tidak sia-sia dia menyuruh Hana berkahwin hari tu. Apa yang membuatnya memaksa Hana berkahwin dengan Firdaus ialah dia teringin melihat Hana berumah tangga sebelum dia pergi menghadap Ilahi. Iyalah, penyakitnya ini boleh menyerang bila-bila masa dan bila-bila masa akan sampai ke had maksimumnya. Kalau boleh, sebelum dia mati pada bila-bila masa, dia teringin melihat Hana berkahwin. Selama ini Hana selalu memberikan bermacam alasan untuk tidak berkahwin.
“Kau ni bila pak cik tengok depan-depan, lagi nampak handsome. Dalam TV handsome jugak, tapi kat luar lagi handsome rupanya..”
Firdaus tersipu-sipu apabila dipuji Encik Syafie. Ada taste jugak pak cik ni. Tak macam anak dia itu yang langsung tiada taste. “Tak adalah pak cik. Saya ni biasa-biasa aje..”
Encik Syafie tersengih senang hati. Termakan dengan lakonan Firdaus sebagai seorang lelaki yang bersopan-santun terhadap orang tua. Kalaulah Encik Syafie tahu perangai ‘selfish’ Firdaus, tentu takkan tersengih begitu. Mesti Firdaus sudah kena halau balik dengan penyapu lidi.
“Kau nak berbincang ni, kau setuju kahwin dengan anak pak cik? Atau kau nak cakap yang kau tak nak kahwin dengan dia? Pak cik harap kau bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku. Kau tak apa, lelaki. Anak pak cik tu perempuan. Kau faham kan?” Encik Syafie cuba bertegas. Sengaja membuat riak wajah yang serius.
Firdaus tersenyum penuh makna. Inilah tujuan dia datang. Untuk memberikan jawapan yang bakal menjadikan Hana terkesima dan tidak dapat tidur malam dengan lena.
“Saya setuju, pak cik. Setuju sangat..kami dah bincang dan dia pun setuju,” bohong Firdaus.
Puas hatinya dapat mengenakan Hana walaupun kehidupannya sendiri dipertaruhkan dalam hal ini. Dia sangat tidak boleh menerima kenyataan bahawa gadis hodoh seperti Hana itu langsung tidak menunjukkan minat untuk berkahwin dengannya. Kalau terpaksa sampai benar-benar kena berkahwin dengan Hana pun Firdaus tidak kisah asalkan Hana tunduk kepadanya. Ya, Firdaus memang suka buat perkara ikut suka hatinya. Kerana itulah dia selalu digelar sebagai selfish iaitu suka sangat mementingkan diri. Asalkan perasaan sendiri terjaga, dia tidak kisahkan perasaan orang lain.


HAIRIE tersengih lucu melihat wajah Hana yang dimekap menjadi seorang gadis hodoh bercermin mata besar, bertocang dua dan memakai pendakap gigi itu. Walaupun berpenampilan begitu, bagi Hairie, Hana tetap comel di matanya.
“Kau dah kenapa? Datang kerja pakai macam ni? Selalu tak pun? Hampir-hampir aku tak kenal kau tadi tau!” tegur Hairie lalu tergelak besar.
Hana mencebik. “Kau diamlah, boleh tak? Aku tengah practice ni. Aku kena menjiwai watak ni. Ada projek modeling yang besar bakal berlangsung nanti. Aku jadi model utama..”
“Aik? Bukan kerjaya modeling ni perlukan seorang model yang cantik rupawan ke? Apasal pulak model utama kena hodoh macam gini?” Hairie tertawa berdekah-dekah. Habis seisi ruang pejabat itu menumpukan perhatian ke arah Hairie dan Hana. Selepas mendapati tiada apa-apa yang menarik, mereka kembali melakukan kerja masing-masing dengan penuh komited.
“Itulah kau tak tau! Kali ni dia orang buat konsep yang lain dari yang lain sikit. Bukan semua perempuan dalam dunia ni dilahirkan cantik. Kira konsep kali ni lebih kepada ingin menarik perhatian golongan yang kurang cantik sikitlah. Kau ni, itu pun tak boleh fikir ke? Akai ada letak kat mana?” terang Hana.
“Ohhh, begitu rupanya. Sorrylah mana aku tahu pasal dunia modeling ni semua. Ni, kau tak malu ke pakai macam ni sampai ke tempat kerja?” soal Hairie pula.
“Itu yang aku kena buang. Rasa malu tu... takkanlah jadi model utama nanti tak professional pulak? Aku kena berlatih hari-hari. Kena sebatikan dalam diri aku watak ni. Barulah tak kekok kat atas pentas peragaan nanti..”
Hairie terangguk-angguk. Betul juga apa yang dikatakan oleh Hana. Matanya tiba-tiba teringin lagi menjamah segenap wajah bujur sirih di hadapannya. Wajah Hana walaupun dimekap begitu tetap tidak menampakkan yang Hana adalah orang lain. Hana adalah Hana yang dia kenal. Hana hanyalah Hana yang dia cintai dalam diam. Sebuah senyuman kecil terbit lalu kepalanya digeleng perlahan. Menyembunyikan perasaan yang semakin kuat bersemi di dalam hati. Terasa bergetar hati Hairie ketika itu. Only if you know that I love you so much, dear..
Tiba-tiba, suasana yang tenang di dalam ruang pejabat itu bertukar riuh dengan jeritan gadis-gadis pejabat. Hana dan Hairie agak terkejut kerana tiba-tiba sahaja suasana di dalam pejabat itu bertukar. Hana memanjangkan leher memerhatikan keadaan sekeliling. Matanya membesar melihat kelibat seorang lelaki kacak datang menghampiri meja kerjanya. Firdaus?! Patutlah perempuan-perempuan dalam ofis ni jadi gila kejap. Rupanya ada retis datang. Fuh, nasib baik aku berpenampilan macam ni hari ni. Apasal laa dia tak bagitau yang dia nak datang sini?! Dan macam manalah dia tahu yang aku kerja kat sini?
“You.. come with me. We need to talk,” jari telunjuk Firdaus menuding tepat ke batang hidung Hana. Terjuling mata Hana kerana memfokuskan anak matanya ke jari telunjuk lelaki itu yang tiba-tiba ditunjal ke hidungnya sehingga kemek.
“Apa ni? Mana boleh sesuka hati aje saya nak ikut awak. Saya tengah kerjalah! Please show me some respect!” marah Hana. Sekali kena lesing dengan aku, baru dia tahu. Bebel Hana di dalam hati. Hati ada sedikit cuak kerana dirinya dan Firdaus sedang menjadi tumpuan seisi pejabat itu sekarang.
“Aku tak kira. Mana bos kau? Aku tolong cakap. Sebab aku dah tak ada free time lepas ni nak cakap dengan kau. I’m a very, very, very busy person. Kau kena ikut aku sekarang ni jugak!” ujar Firdaus tanpa memandang Hana. Matanya sibuk mencari di manakah bilik majikan Hana.
Hairie kebingungan seketika. Apa yang chef selebriti ini buat di sini? Dia kenal Hana? Apa pula hubungan mereka berdua? Hairie menjadi tidak menentu.
“Emm..” Hairie baru hendak bertanya sesuatu tetapi tidak sempat menghabiskan kata.
“Excuse me. Boleh saya tahu kat mana ofis bos awak? Saya nak bawak minah hodoh ni keluar kejap sebab nak bincang sesuatu,” Firdaus bertanya Hairie dengan selamba, sekaligus memotong percakapan Hairie.
Lelaki itu terkesima dan dengan perlahan-lahan menunjukkan arah bilik pejabat Datin Salmi. Hairie memendamkan perasaan ingin tahunya tadi. Bersangka baik. Mungkin tiada apa-apa antara Firdaus dengan Hana.
Minah hodoh? Hana terasa kepalanya seperti sudah keluar api. Berasap-asap gitu. Hana segera menarik Firdaus menjauhi Hairie. Suaranya diperlahankan sedikit. “Awak ni selalu cakap ikut sedap mulut dan buat perkara ikut suka hati awak aje kan?”
“Well, kalau perkara yang aku suka, memang aku suka la nak buat. Aku peduli apa kalau kau atau orang lain suka atau tak suka dengan apa yang aku buat? Asalkan aku suka apa yang aku buat!”
Fuhh! Hana, kau kena banyakkan bersabar dengan mamat ni. Sementara nak tamatkan semua yang terjadi ni. Kau sabarlah banyak-banyak wahai Hana. Nafas ditarik dalam-dalam. Hana cuba memberitahu hatinya supaya bersabar.
“Okey, okey. Awak tunggu sini sekejap. Saya pergi minta izin dengan bos saya.. Pergi tunggu dekat pintu depan sana! Tolonglah jangan malukan saya lagi, okey?”
Firdaus tersenyum puas mendengar kata-kata Hana. Pandai pun dengar kata aku. Hati kecil Firdaus melonjak seronok. Dia berjalan keluar dari ruang pejabat itu. Sepanjang jalan, sudah tentulah dia diikuti oleh semua mata yang berada di dalam pejabat itu. Mereka semuanya tertanya-tanya tentang hubungan Firdaus dengan Hana. Sampai Firdaus sendiri datang ingin berjumpa dengan Hana. Tentu mereka mempunyai hubungan istimewa. Rata-rata orang yang melihat, semuanya berpendapat yang sama.


“SO, what do you want to talk about?” soal Hana seraya mengangkat kedua belah kening. Suasana hening di Old Town White Coffee yang tidak mempunyai ramai pelanggan pada waktu itu. Hana tidak memesan apa-apa minuman. Firdaus sahaja yang memesan secawan Ipoh White Coffee panas.
“Aik? Dah lupa? Bukan kau yang suruh aku pergi bincang dengan bapak kau hari tu? Kau tak nak tahu keputusan bapak kau?” jelas Firdaus bersahaja sambil mengangkat cawan kopi ke mulutnya lalu dihirup sedikit.
“Oh. Pasal tu? Awak dah cakap kan awak tak nak kahwin dengan saya? So, buat apa lagi saya nak follow up? Saya pun malas nak dengar abah saya membebel lagi. So, better la kut saya buat tak tahu aje.. Let it be la apa pun abah saya nak fikir. Dah jelas-jelas kan awak cakap tak nak kahwin dengan saya,” balas Hana, juga bersahaja.
“No, no, no. Kau kena dengar sendiri dari mulut abah kau. Abah kau pesan kat aku, suruh kau call dia lepas dah bercakap dengan aku ni,” beritahu Firdaus sambil memandang air kopi di dalam cawan. Sebenarnya di dalam hati, dia sudah tidak sabar hendak melihat reaksi wajah Hana sebaik mengetahui keputusan Encik Syafie.
“For what?”
“Just call him. To make sure of something beyond your imagination,” getus Firdaus, tersengih. Kedua tangannya disilang dan dibiarkan memeluk tubuh. Matanya memfokus ke wajah Hana yang pelik.
Dia mesti seronok bila dapat tahu aku nak kahwin dengan dia. Aku yakinlah. Takkanlah gadis hodoh ni tak suka kahwin dengan lelaki kacak macam aku? Ha, bila dia tengah rasa seronok tu lah aku akan cakap yang aku tak ingin kahwin dengan dia! Biar dia rasa! Firdaus seronok membayangkan apa yang dijangkakan akan berlaku seketika nanti.
Hana mengeluarkan telefonnya. Nama abahnya ditekan dan butang memanggil pula ditekan. “Assalamualaikum, abah..” ucap Hana.
Firdaus tersenyum simpul. Dipandang tajam riak wajah Hana yang sedang bercakap-cakap dengan abahnya. Selepas bertanya khabar dan berborak kosong seketika, wajah Hana mulai berubah sedikit demi sedikit. Wajah yang jelas terkejut dan tidak percaya. Automatik mata Hana beralih ke wajah Firdaus yang sedang tersenyum senang hati. Mata mereka bertaut seketika sebelum Hana mengalihkan wajah ke arah lain.
Hana menyimpan telefonnya sebaik selesai bercakap dengan abahnya dan memberi salam. Rasa tidak percaya masih bersarang di hatinya. Tak, sebenarnya dia sungguh tertanya-tanya kenapa Firdaus bertindak begitu sedangkan mereka selalu bertikam lidah jika bersua muka. Takkanlah dia teringin sangat hendak berkahwin dengan aku? Aku tak pernah memperlihatkan kecantikan asli aku kat dia pun. Yang dia selalu nampak, aku yang hodoh dan sengaja nak nampak hodoh depan mata dia. Pasal apa pulak dia setuju nak berkahwin dengan aku? Dah kena sampuk makhluk halus semasa dalam perjalanan pergi ke kampung aku ke? Hana hairan sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Happy now?” soal Firdaus selamba. Tentu tekaannya betul bahawa Hana sekarang sedang gembira. Yalah, siapa yang tidak gembira jika tahu dia bakal jadi isteri aku, kan? Bisik hati Firdaus sendiri.
“Happy? Seriously? Muka saya ni muka happy ke?” Hana mulai tidak senang hati. Memang terpancar riak tidak senang di wajahnya.
Firdaus mulai membetulkan kedudukan. Kalau tadi dia selesa bersandar di kerusi, kini dia mula menegakkan badan. Mulai meneliti wajah Hana betul-betul. A’ah laa.. Muka tak happy. Tapi kenapa? Takkan dia memang betul-betul tak suka? Firdaus tidak senang duduk. Hatinya geram. Geram yang amat! Sangkaannya meleset sama sekali. Sangkanya Hana akan gembira. Tapi lain pula reaksi gadis itu.
“Ke.. Kenapa pulak kau tak happy? Bukan sepatutnya kau happy dapat kahwin dengan lelaki kacak macam aku ke?” wajah Firdaus bertukar serius. Ingin memastikan sebab mengapa Hana berkata yang dia tidak gembira dengan apa yang berlaku.
“Sebab saya memanggg, memanggggg dan memang betul-betul tak ingin kahwin dengan awak. Awak boleh tak jangan buat main-main perkara macam ni? Awak ingat kahwin ni benda main-main ke?! Awak dah gila atau kena sampuk? Awak waras ke masa berbincang dengan abah saya hari tu?! Ini semua kerja gila! Awak tahu tak?!” suara Hana kedengaran sangat keras. Hampir terjerit.
Mana tidaknya, memang dia terlalu sakit hati dan geram dengan tindakan Firdaus. Dia juga tidak faham dengan jelas tentang sebab mengapa Firdaus boleh menyatakan persetujuan hendak berkahwin dengannya. Maknanya sekarang, mereka sudah memberi harapan kepada Encik Syafie. Dan bermakna mereka harus menunaikan apa yang diminta Encik Syafie bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada Encik Syafie.
Firdaus menelan liur. Terasa darahnya menyerbu naik. Malu kerana Hana begitu tidak ingin berkahwin dengannya sehingga sanggup memberikan reaksi tidak dijangka itu. Apa alasan aku nak beri pada dia sekarang? Kenapa aku setuju? Apa sebabnya? Mana boleh aku bagitau dia sebab apa! Firdaus cuba bertenang.
“Ha.. Ha.. hahaha.. abah kau percaya ke? Aku..aku bergurau aje dengan dia. Manalah aku serius nak kahwin dengan kau? Oh, please.. logik ke aku nak kahwin dengan kau?” Firdaus sengaja buat-buat ketawa untuk menipu Hana.
“This is not something you can make joke of. Awak tahu tak yang abah saya tu ada penyakit lemah jantung? Dah dua tiga kali admitted ke hospital. Awak nak tanggung kalau sesuatu terjadi pada dia? Awak nak beri alasan apa dekat dia nanti untuk elakkan apa-apa jadi pada dia?! Awak ada otak kenapa tak fikir?! Mana ada orang bergurau soal kahwin! Dah tu, bergurau sampai sanggup ke sana berjumpa depan-depan dengan abah saya? Kalau dah sanggup sampai macam tu, takkan dia nak sangka awak bergurau? Mestilah dia ingat awak tu serius! Awak dah buat dia berharap! Eee.. saya sakit hati betul la dengan awak ni! Saya pun tak expect awak nak setuju sebab awak kan benci sangat tengok muka saya ni! Kalau saya tahu awak nak bergurau macam ni, saya takkan suruh awak bincang dengan dialah!”
Hambik! Panjang lebar kau kena leter dengan aku! Hana menggumam bibirnya selepas habis bercakap. Rasa sakit hatinya masih belum reda. Kalau boleh, dia nak berleter lagi panjang dari tu. Tapi nanti mamat tu faham ke? Kan kepala otak dia letak kat kepala lutut! Kalau otak dia center, mesti dah pandai berfikiran waras! Tak adalah nak jadi macam ni! Gawat ni! Aduh! Rosak plan aku! Mamat ni memang laaaa!
Firdaus terdiam seketika melihat Hana yang tiba-tiba berubah menjadi seperti Incredible Hulk itu. Gaya dan suara sememangnya dah mirip sangat dengan makhluk hijau itu.
“Salah kau jugak sebab suruh aku! Kau kan tahu aku tak suka kau suruh-suruh aku! Mestilah aku takkan ikut cakap kau. Kau tak boleh fikir ke kenapa aku tiba-tiba boleh setuju nak pergi jumpa bapak kau sedangkan aku awal-awal lagi suruh kau settle sendiri?” entah mengapa idea ini terlintas di benak Firdaus ketika itu.
“Ahh! Nak bergaduh bertekak kat sini pun dah tak guna! Awak carilah jalan untuk settle perkara ni! Kalau boleh memang saya tak nak kahwin dengan awak. Faham?” marah Hana.
Geramnya Firdaus melihat sikap Hana yang benar-benar meluat dengannya itu. Kau tunggu kejap! Siap kau! Dengan yakin, Firdaus membuka mulut. “Aku tau apa yang kena buat untuk settle benda ni.”
“Apa? Apa awak nak buat?”
“Kita kahwin betul-betul. Habis cerita. Senang, kan? Kau tak payah nak risau lagi pasal bapak kau tu!” cadang Firdaus selamba.
Hana ternganga. Tidak percaya dengan apa yang baru didengar. Dia ni memang sah kena sampuk. Atau tersilap makan? Dia tak sihat kut? Kenapa dia sekarang suka bercakap yang bukan-bukan pulak? Berbagai-bagai persoalan timbul dalam benak Hana. Matanya meneliti keseriusan wajah Firdaus. Hmm..nampak serius!
“Awak tolong jangan nak bergurau atau main-main lagi pasal kahwin ni. Tolonglah..”
“Aku serius. Kau nampak aku macam main-main sekarang ni?” suara Firdaus bertukar tegas. Walau macam mana pun, dia kena buatkan Hana tunduk kepadanya dengan berkahwin dengannya. Peduli apa aku? Aku bengang sangatlah dengan minah berlagak ni. Dahlah hodoh. Ada hati nak bermain tarik tali dengan aku? Berani dia tolak aku lagi kali ni jugak? Kalau kali ini kau tolak aku lagi, kau settle sendiri dengan bapak kau. Biarkan! Rasakan!
“Tapi, kita tak cintakan satu sama lain!”
“Itu hal kemudian boleh fikir. Sekarang ni, kau nak jaga hati bapak kau atau kau nak pentingkan perasaan kau?” kata Firdaus lagi.
Hana terdiam. Kelu untuk terus berkata-kata. Ada benarnya kata lelaki itu. Walau apapun, sekarang mereka sudah membuat Encik Syafie berharap. Takkanlah Hana tega untuk memusnahkan harapan orang tua itu? Hana cukup risau jika abahnya diserang lemah jantung lagi. Doktor dah cakap, hati abahnya perlu dijaga. Jangan ada lagi serangan seterusnya. Doktor takut abahnya tidak akan dapat bertahan lagi.
Hana mencekalkan hati. Kalau boleh dia memang tidak mahu sampai berkahwin dengan Firdaus. Walau macam mana sekalipun, Hana mesti mencari ikhtiar lain untuk tidak berkahwin dan tidak membahayakan abahnya. Tapi apa? Hana masih buntu serta tidak dapat berfikir panjang lagi ketika ini. Kepalanya berserabut kerana Firdaus! Lelaki ini memang memeningkan kepala dan menyakitkan hati betul! Hana menggumam-gumam sendirian.
“So? What do you say?” soal Firdaus tidak sabar-sabar.
“Bagi saya masa untuk berfikir,” balas Hana.
Firdaus meraup wajah. Tekanan perasaan sudah. Perempuan ni! Lagi kau macam ni dengan aku, lagilah aku takkan lepaskan kau, Hana. “Fikir? Fikir apa lagi?”
“Fikir jalan lain selain dari berkahwin dengan awaklah!” jawab Hana selamba.
Firdaus tersenyum sinis. Macamlah ada jalan lain! “Okey, fikirlah.”
“Saya peliklah awak ni,” getus Hana tiba-tiba. Dari tadi dia hendak bertanya tetapi tidak terkeluar.
“Pelik apa pulak?”
“Awak tu artis. Selebriti. Awak tak takut orang mengata awak ke kalau kita kahwin? Awak kan selalu cakap saya ni hodoh. Tak takut orang kata isteri awak hodoh? Tak malu ke nanti?”
Firdaus mendopangkan kedua sikunya ke atas meja. Selepas itu tangannya disilang. Mata dicerunkan ke wajah Hana. Gadis itu sedang membetulkan cermin mata ketika itu, kemudian mata Hana juga terarah ke arah Firdaus. Tidak semena-mena, pandangan mereka bertaut. Ada getar di hati Hana menatap mata redup lelaki tampan itu.
“Aku dah fikir. Kenduri tak payah buat besar-besar.. baca doa selamat sudah. Dan rahsiakan perkahwinan kita dari pihak media.. Simple, is it?” terangkat kening Firdaus selepas habis berkata-kata.
Hana yang sedang terpukau seketika dengan mata redup Firdaus tadi terus tersentak. Fokusnya kembali kepada kata-kata Firdaus tadi. Dia dengar dengan jelas. Cuma hatinya sahaja yang tercair sekejap melihat raut kacak itu.
“Hmm.. Tengoklah dulu. Saya tak boleh bagi keputusan sekarang. Perkara kahwin ni bukan boleh suka-suka aje nak decide. Tunggu saya fikir jalan lain. Kalau boleh memang saya tak ingin kahwin dengan awaklah!” Hana membuat muka menyampah dan terus bangun.
“Okeylah. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik ofis dulu!” tanpa berlengah, Hana meneruskan langkah untuk kembali ke pejabat.
Malas hendak melayan Firdaus lama-lama. Mamat itu lagi dilayan, lagi menyakitkan hati Hana aje. Dasar lelaki yang pentingkan perasaan sendiri sahaja. Memang tak ah aku nak kahwin dengan lelaki perangai macam tu! Merana jiwa nanti. Huh! Memang malang siapa yang kahwin dengan dia kut!
Firdaus memandang langkah Hana dengan pandangan kosong. Adakah Hana akan bersetuju? Hmm.. Dia mesti setuju. Aku yakin, tiada jalan lain lagi untuk dia mengelak perkahwinan ini.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 2/13/2015 04:34:00 PM
Labels: msms

5 comments:

  1. UnknownSaturday, February 14, 2015 at 12:50:00 PM GMT+8

    BEST X KISAH WALAU LAMA TUNGGU.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousSaturday, March 7, 2015 at 5:49:00 PM GMT+8

    citer ni best sgt..tapi kenaper slow update..huhuu nak lagi plishh!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. adaSunday, March 15, 2015 at 5:55:00 PM GMT+8

    best...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. UnknownThursday, March 19, 2015 at 3:07:00 PM GMT+8

    X ADA N3 BARU KE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღThursday, March 19, 2015 at 3:12:00 PM GMT+8

      ada dear..sini :)

      http://arminua.blogspot.com/2015/03/mr-selfish-mrs-selfie-10-11-12.html

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu