-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, November 16, 2015

Mr. Selfish, Mrs. Selfie [ 15, 16 ]




FIRDAUS sampai tertidur menunggu Hana. Mak aiii... lama bebenor perempuan ni pergi beli makanan. Dia pergi beli makanan atau pergi memasak sediakan makanan ni? Tak pun, dia minta kerja kat situ terus? Jam berjenama Casio G-Shock Frogman Limited Edition Rising Red 30th Anniversary berwarna merah di pergelangan tangannya direnung seketika. Tadi masa dia keluar, aku yakin pukul 3.00 petang. Ini dah dekat pukul 4.15 petang! Ishh.. perempuan ni. Apalah yang dibuat yang lama sangat tu?
Firdaus segera keluar dari kereta. Cermin mata hitamnya dipakai bersama cap berwarna hitam bertulis perkataan huruf besar G-SHOCK. Firdaus memang peminat jam G-Shock. Bermacam jenis koleksi limited edition dia ada. Sampai ke cap yang dipakainya ketika ini pun dia tempah khas dari Jepun. Semua jam G-Shock yang dimilikinya semuanya dibeli terus di Jepun. Keluar sahaja apa-apa jenis limited edition G-shock, dia terus tempah tiket penerbangan ke Jepun semata-mata untuk membeli jam sahaja. Jangan kata beratus dia sanggup habiskan, beribu-ribu ringgit pun dia sanggup demi minatnya itu.
Ke hulu, ke hilir Firdaus berjalan mencari Hana. Entah ke manalah perginya gadis itu. Takkanlah kena culik kut? Hisyy! Menyusahkan aku betullah dia ni. Dahlah perut aku tengah lapar. Kalau aku jumpa dia, dengan dia-dia sekali aku makan karang! Bebel Firdaus sendirian di dalam hati.
Firdaus terhenti di hadapan sebuah taman kecil yang cantik. Dari jauh, kelihatan Hana sedang berselfie tidak berhenti-henti. Tidak cukup seorang diri, dia mengajak orang lain turut sama berselfie dengannya. Firdaus menepuk dahi dan mengurut kepala. Hana tidak sedar Firdaus sudah terpacak di depan taman itu.
“Puan, boleh saya selfie jugak ke?”
Suara lelaki itu macam nak kenal aje. Dan lelaki itu memanggilnya ‘puan’. Ehh, orang lain tadi semua panggil aku ‘cik’. Takkan nampak sangat yang aku ni dah jadi bini orang? Hana menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.
Firdaus tersenyum sinis. Kening terangkat-angkat. Mulut pula dikemam-kemam tanda geram. Spontan Firdaus memegang telinga Hana lalu ditarik perlahan. Walau perlahan, tarikan itu mampu kut buatkan telinga Hana tercabut kalau dibiarkan. Pedihnya, sakitnya!
“Kau ni kan... dari tadi aku tunggu kau dalam kereta dalam keadaan lapar. Kau boleh lepak sini sambil selfie?” leter Firdaus sambil memulas telinga Hana sehingga kemerahan lalu dilepaskan.
Dibiarkan orang ramai yang lalu-lalang menyaksikan ‘hukuman’ ke atas Hana itu. Puas hati Firdaus.
“Adoiii! Aduhh.. sakitlah, sengal!” Hana mencebik sambil memegang telinganya yang merah menyala akibat dipulas oleh Firdaus tadi. Cermin mata Hana melorot dan terjatuh ke tanah apabila dia menghentak-hentakkan kaki kuat-kuat kerana geram pada Firdaus.
Firdaus terdiam memerhatikan wajah Hana yang tidak bercermin mata itu. Sebelum dia terpegun, baik dia kutuk cepat-cepat. Ye, kali ini hodohlah. Tadi mungkin pandangan dari sisi, so nampaklah lawa sikit kut. Ini dengan braces itu yang buat hodoh giler. Dahlah baju nerdy-nerdy macam tak ada baju yang cantik-cantik sikit nak dipakai. Firdaus mengutuk Hana di dalam hati untuk menyedapkan hatinya walaupun hatinya sekarang sedang terasa lain macam melihat wajah Hana tidak bercermin mata itu.
Hana cepat-cepat mengambil semula cermin matanya. Dipandang Firdaus yang seakan-akan mengelamun. Cepat-cepat Hana lari ke tempat kereta mereka diparkir. Hana pun terasa pelik melihat Firdaus begitu. Eeee.. seramlah aku. Firdaus tu bukan boleh percaya sangat. Nanti dia buli aku lagi depan orang macam tadi, malulah.
Tidak lama kemudian, Firdaus datang dengan wajah yang masam. “Kau ni kan. Kau lari kenapa? Tinggalkan aku sorang-sorang kat sana?”
“Ehh, awak budak kecik lagi ke nak kena orang temankan atau pimpin berjalan? Pelik betul. Dahlah berkhayal kat tengah-tengah taman tu. Eee.. kalau sayalah, dah lama malu giler bila orang tengok. Tebal muka ni tau..” Hana tertawa kecil.
Firdaus terasa seperti dipersendakan. “Kau dah beli makanan yang aku pesan tadi ke belum?? Tak nampak apa-apa plastik pun kat tangan kau sejak tadi?” Nafas Firdaus sudah naik turun, naik turun.
Hana sengih. Senyum sumbing tiba-tiba terpapar. “Belum. Busylah tadi..hehe..”
Firdaus mengurut dahi. Pening dia dengan Hana. “Apa ‘hehe-hehe’? Busy kepala hotak kau berselfie tu? Kau pergi beli sekarang sebelum aku pulas telinga kau lagi macam tadi!”
“Ala, awak kan lelaki. Pergilah belikan untuk saya sekali,” ujar Hana, memohon simpati.
“Kau tak payah mengada. Pergi beli. Now!” arah Firdaus sekeras yang mungkin. “Sebelum aku jatuhkan hukuman cium kau depan orang ramai?” duga Firdaus apabila melihat Hana belum berganjak.
Kaki Hana terus automatik bergerak laju ke arah bangunan medan selera di kawasan rehat itu. Langkah Hana sudah semacam robot. Sebaik sahaja kelibat Hana menghilang ke dalam outlet Pizza Hut, Firdaus melepaskan keluhan yang berat. Wahai Firdaus Irham. Kau bertabahlah dengan perangai perempuan tu. Kau jugak yang nak sangat kahwin dengan dia. Kononlah nak buatkan dia sedar diri. Sekarang ni, macam kau pulak yang sedar diri kau siapa pada dia?


“ASSALAMUALAIKUM, Pak Usu...” Firdaus menekan Iphone 5s miliknya semakin rapat ke telinga. Talian U mobile boleh pula tidak berapa jelas ketika sampai ke kawasan ini. Hana ke tandas sekejap. Sementara itu, Firdaus mengambil kesempatan untuk menelefon Pak Usunya, Dato’ Nazaruddin.
“Waalaikumussalam. Haa, macam mana? Bila nak balik?” suara Dato’ Nazaruddin tertanya-tanya. Pak Usunya itu datang pada hari perkahwinannya dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada petang itu juga kerana ada urusan kerja.
Firdaus teringat semula bagaimana reaksi Pak Usunya ketika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin. Waktu itu, lagi 2 hari sahaja sebelum perkahwinannya berlangsung. Orang tua yang masih nampak kacak dan bergaya itu sememangnya agak terkejut kerana Firdaus bukan pernah bercinta pun. Tiba-tiba cakap hendak berkahwin pula.
Semasa datang ke majlis perkahwinannya pun Pak Usunya terkejut melihat pengantin perempuan yang semacam Hana itu. Namun Pak Usu tidak pernah bertanya banyak dan mungkin menganggap Firdaus sudah cukup matang untuk memilih perempuan terbaik sebagai seorang isteri. Lagipun, Firdaus tidak pernah bercerita tentang ciri-ciri perempuan idamannya walau berkali-kali disoal oleh Pak Usu dan oleh pihak media. Mungkin Pak Usu fikir, Hana mempunyai ciri-ciri yang diidamkannya?
“On the way balik KL ni Pak Usu...” jawab Firdaus.
“Kau cakap nak ke rumah Pak Usu dulu, kan?” soal Dato’ Nazaruddin pendek dan penuh berharap.
“Alaa, Pak Usu... Fir ingat nak balik rumah teruslah,” balas Firdaus dengan tona suara merendah.
“Pak Usu tak kira... Fir kena tepati janji. Hari tu kau cakap nak balik rumah Pak Usu dulu, kan? Pak Usu nak jugak kenal-kenal dengan si Hana tu!”
“Alaa.. masih banyak masa lagi. Bukan nak lari gunung kalau dikejar pun, Pak Usu..”
“Pak Usu tak kira.. You must come to my house first,” getus Dato’ Nazaruddin lagi. Tegas.
Firdaus memicit dahinya tanda buntu. “Yelah, yelahh..”
“Haa, macam tu laa... So, Pak Usu cancel semua appointment untuk petang dan malam ni..” suara Dato’ Nazaruddi bertukar ceria.
Firdaus menepuk dahi selepas menamatkan talian. Hana tiba-tiba membuka pintu kereta, membuatkan Firdaus terkejut beruk. “Mak engkau makan kerepek!”
Hana terasa geli hati mendengar Firdaus tiba-tiba melatah. Hana belum pernah lagi dengar lelaki itu melatah sebelum ini. Mungkin terkejut sangat kut aku buka pintu secara tiba-tiba sewaktu dia tengah berangan! Ketawa Hana terburai.
“Woi! Apa ketawa-ketawa ni?” marah Firdaus. Geram.
“Kelakarlah...hahahaha! Dengan mimik muka macam mak nenek tengah melatah. Memang tak boleh blah laa awak ni!” Hana tertawa makin kuat sambil menekan perut. Masih terbayang mimik muka Firdaus semasa melatah tadi. Kalah mak nyah!
“Kau baik diam.. duduk senyap-senyap, pasang seat belt. Now,” tegas Firdaus.
Hana masih ketawa. Memang geli hati kut! “Hahahaha!”
Cuppp! Pipi Hana dihinggapi sesuatu. Tawanya terhenti secara spontan dan wajah dialih ke sebelah kanan. Wajah Firdaus yang dekat dengan pipinya itu dipandang. Berkelip-kelip mata Hana lalu wajahnya terasa membahang. Firdaus tersenyum dan terus memasukkan gear kereta. Stereng dipulas segera dan kereta bergerak memasuki lebuh raya semula. Hana memegang pipi kanannya. Barulah kini hatinya berdetuk-detak sendiri. Senyuman Firdaus tadi juga membuatkan jantung Hana kini bergetar tanpa henti.
“Macam tu rupanya nak ajar kau. Lain kali aku tahulah macam mana nak ajar kau,” senyum Firdaus penuh makna.
Hana tiba-tiba terasa sakit hati pula mendengar kata-kata Firdaus itu. Seakan-akan mempermainkan hatinya. “Awak ni boleh tak jangan nak main-main?”
“Kenapa? Kau jatuh cinta ke dengan aku?” soal Firdaus selamba.
“Elok-elok sikit cakap tu. Jangan suka-suka aje nak cium-cium orang macam tadilah!” gertak Hana.
“Suka hati akulah. Isteri aku...”
“Saya tak nak jadi isteri awaklah.. awak yang paksa saya!”
“Tapi kau dah jadi isteri aku, kan? Kau sendiri yang terima perkahwinan ni, kan?” soalan Firdaus itu membuatkan Hana terasa begitu menyesal berkahwin dengan Firdaus. Ya, berkahwin untuk dipermain-mainkan macam ni. Inikah makna sebuah perkahwinan? Bukankah perkahwinan adalah perjanjian untuk sehidup semati? Bukankah pernikahan ini suci dan sepatutnya berkekalan hingga ke syurga? Aku tak sepatutnya kahwin dengan lelaki ini! Aku sepatutnya fikir lagi jalan supaya kami tak payah berkahwin. Ya, aku bodoh sebab kahwin dengan mamat ni! Inilah akibatnya apabila manusia mengambil jalan pintas. Hana tiba-tiba menjadi sentimental. Dan persoalan demi persoalan itu kini muncul bagaikan ditayangkan flash card di hadapannya.
Air mata Hana tiba-tiba luruh ke pipi. Kolam mata yang bergenang dan berkaca itu disembunyikan daripada dilihat Firdaus. Hana mengambil sikap berdiam diri, memandang ke luar tingkap sambil menyesali segala tindakannya. Air mata kian galak mengalir, membuatkan tubuh Hana terhenjut-henjut menahan esakan. Tetapi Hana cuba mengawal perasaannya sebaik yang mungkin.
“Kau jangan risau... aku tak ada feel langsung pun masa cium kau. Okey? Saja aku nak menyakat kau. Tak ingin aku nak feeling bila cium kau,” getus Firdaus lagi apabila Hana mendiamkan diri.
Hati Hana bertambah sakit apabila mendengar kata-kata Firdaus itu. Sahlah, dia dikahwini hanya untuk dipermain-mainkan dan untuk disakiti secara dalaman. Hana terus mendiamkan diri, malas hendak melayan perasaan hatinya yang terlalu pedih ketika ini. Rasa penyesalan hadir meluap-luap mengisi seluruh ruang hatinya ketika ini.


FIRDAUS membelok memasuki perkarangan banglo milik Dato’ Nazaruddin. Pak Usunya kelihatan sedang bersantai membaca akhbar di taman mini berhampiran tempat Firdaus memarkir keretanya. Lelaki separuh umur yang masih segak bergaya itu bangun menghampiri Firdaus yang baru keluar dari kereta. Wajahnya manis dengan senyuman. Firdaus segera bersalam cium tangan dengan Pak Usunya.
Hana keluar dari kereta dengan wajah blur. Ingatkan dah tak payah singgah kat mana-mana. Sekarang kena singgah rumah Pak Usu pula. Dengan rasa malas, Hana menghampiri Dato’ Nazaruddin lalu tangan lelaki itu disalamnya.
“Assalamualaikum, Pak Usu..sihat?” Hana sekadar tersenyum kecil.
“Waalaikumussalam. Ya, sihat. Hana sihat?”
“Alhamdulillah sihat, Pak Usu..”
“Alhamdulillah. Kau pulak Fir? Sihat ke?” soal Dato’ Nazaruddin pula kepada Firdaus.
Firdaus tersengih. Hana dijelingnya sekilas. “Lebih dari sihat, Pak Usu.. biasalah dah ada ‘peneman’ dan ‘tempat bermanja’..”
Hana menjeling tajam ke arah Firdaus. Ditolak cermin mata besarnya dengan kasar tanda protes. Nak main-mainkan aku lagilah tu! Geramnya Hana.. rambutnya yang diikat satu seperti ekor kuda itu dipegang seketika apabila angin kuat bertiup.
“Jomlah, masuk rumah Pak Usu dulu. Kita minum-minum, makan-makan. Pak Usu dah suruh Mak Leha masak tadi.. Ingat nak tunggu Fir sampai baru nak buli dia suruh masak. Tapi, kesianlah pulak kan.. pengantin baru.. mesti penat, kan? Drive pulak jauh-jauh,” sempat pula Dato’ Nazaruddin bergurau.
“Itulah Pak Usu. Saya suruh dia booking tiket flight dia tak nak. Nak jugak dia balik dengan kereta. Lagipun, dia dah janji nak drive sorang-sorang dari Johor sampai KL... Kesian memang kesian tengok dia drive, tapi dia dah berkeras nak drive..” ujar Hana sambil menjeling Firdaus. Padahal sepanjang perjalanan tadi Firdaus asyik nak tukar driver dengan dia tetapi dia berkeras tak nak tukar. Biar.. orang ajak naik kapal terbang tak nak. Kedekut sangat duit.
“Hana sayang.. Hana nak kena dengan abang, ye? Cubit mulut tu karang,” Firdaus kelip-kelip mata pada Hana tanda memberi isyarat dia akan mengenakan Hana balik selepas ini.
Dato’ Nazaruddin tergelak melihat telatah sepasang suami isteri yang baru berkahwin itu. Rasa teringin pula dia hendak berkahwin bila melihat ‘kemesraan’ Firdaus dan Hana. “Jomlah, masuk dulu..” ajaknya.
Lalu mereka bertiga memasuki perut rumah bersama-sama.


“KAU ORANG tidur sinilah malam ni. Besok balik. Okey?” Dato’ Nazaruddin menilik jam besar di dinding. Sudah hampir pukul 12 malam. Penat dia bermain badminton dengan Firdaus di gelanggang khas yang dibina di rumahnya itu. Firdaus juga nampak macam dah lunyai kepenatan. Asyik kalah aje dengan Dato’ Nazaruddin. Dahlah letih memandu belum habis, ini diajak pula main badminton oleh Pak Usunya. Nak menolak rasa kesian pula tengok muka Pak Usunya yang benar-benar berharap itu. Lagipun, bukan senang Pak Usunya ada masa yang banyak macam ni. Selalunya dia mesti sibuk memanjang dengan hal pejabat.
“Kau tengok bini kau tu pun dah tertidur kat kerusi. Kesian dia..” kata Dato’ Nazaruddin lagi.
“Pak Usu... Fir ni lagi kesian tau. Belum rest lagi ni..” balas Firdaus sambil duduk di kerusi melepaskan lelah. Air mineral diteguk rakus. Betul-betul dahaga dan penat!
“Okey, kalau macam tu, pergilah rehat. Kejut Hana, ajak naik tidur kat bilik. Pak Usu dan suruh Mak Leha siapkan bilik kau orang tadi,” kata Dato’ Nazaruddin lagi.
Firdaus mengangguk laju. Tidak sabar-sabar dah hendak berbaring di katil yang empuk dan tidur dengan lena.
“Hana sayang..” Firdaus berbisik ke telinga Hana.
Hana terkejut dan terus membuka mata. Rasa meremang bulu tengkuk Hana disapa begitu. Ingatkan hantu mana berbisik kat telinga aku. Hana menelan air liur. Dahlah baru lepas mimpi kena kejar dengan hantu. Sekali pandang, tengok-tengok si Firdaus ni rupanya yang bisik-bisik.
“Apa lagi awak ni?” marah Hana, suaranya perlahan.
“Jom, kita naik bilik tidur kita, sayang..” Firdaus menguatkan suaranya agar didengari oleh Dato’ Nazaruddin.
Hana terbeliak. Bukan ke dia orang singgah aje kat sini? Takkan kena tidur sini? Hana memandang wajah Dato’ Nazaruddin yang sedang tersenyum simpul.
“Ti...ti..tidur sini?” soal Hana tergagap.
Firdaus mengangguk kecil. Tangan Hana ditarik supaya mengikutinya. Senyum nakal mula terukir diiringi dengan lirikan nakal. “Come, let me show you our sweet room..”
Hana terpaksa mengikuti langkah Firdaus dan meniti anak-anak tangga untuk naik ke bilik mereka di tingkat dua. Di dalam hati Hana, rasa debaran kian membuatkan Hana cemas.
“Wait...wait!” Hana berusaha untuk menghentikan langkah mereka tetapi tidak berhasil. Firdaus terus menarik tangan Hana memasuki bilik mereka.
Mulut Hana dan Firdaus ternganga melihat suasana di dalam bilik itu yang dihias dengan tema seromantik yang mungkin. Bau wangi bunga ros yang ditabur di atas lantai, di atas katil dan terus ke bilik air terasa menyucuk lubang hidung Hana dan Firdaus. Firdaus sendiri tidak menyangka yang Pak Usunya akan sediakan bilik semacam ini. Ini dah melampau-lampau ni, Pak Usu! Rasa nak pengsan dah ni, Pak Usu! Firdaus berkata di dalam hati. Terasa berdebar dia hendak tidur berduaan dengan Hana di dalam bilik yang bebau harum dan dihias begini.
Dato’ Nazaruddin yang kebetulan berjalan hendak ke biliknya di tingkat 3, terhenti seketika di belakang Firdaus dan Hana. “Haaa.. tengok apa lagi? Masuklah.. kata penat sangat tadi?”
Firdaus mengurut dadanya kerana terkejut dengan kehadiran Pak Usunya yang tiba-tiba bersuara dari belakang. “Pak Usu...apa semua ni?”
“Maksud kau?”
“Emm, ada bilik lain tak?” soal Firdaus, tolong menyoal bagi pihak Hana juga yang masih terdiam.
“Kenapa dengan bilik ni? Okeylah tu, newly wed couple. Mood kahwin lagi, kan? Dah, pergi masuk. Penat Pak Usu upah orang suruh hiaskan, tau?”
Selepas Dato’ Nazaruddi berlalu, Hana dan Firdaus berpandangan. Seram sejuk rasanya untuk tidur di dalam bilik itu. Kalau sorang-sorang tak apa, ini tidur berdua. Haiyooo..
“Apa lagi yang kau orang tercegat tu? Masuklah,” suara Dato’ Nazaruddin bergema lagi dari atas tangga hendak menuju ke tingkat 3. Pelik pun ada melihat reaksi Firdaus dan Hana.
“Jom, sayang... jom, jom..” serba-salah Firdaus mengajak Hana seraya menarik tangan gadis itu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik terus ditutup rapat-rapat. Hati masing-masing sudah tidak keruan.
“Kau.. kau jangan fikir aku hadap sangat dengan kau. Faham? Setakat hiasan macam ni, kalau perempuan cantik, nak jugak aku baham. Setakat kau ni, tak ada perasaanlah aku nak sentuh,” kata Firdaus cuba bereaksi selamba dan bercakap besar.
“Saya pun tak ingin..” kata Hana sambil terus mengambil bantal dan selimut untuk tidur di sofa.
“Hoii.. yang kau ambil selimut sekali tu apahal? Ambil bantal dah laa..” bentak Firdaus.
“Lantak awaklah macam mana pun. Saya dah bagi awak tidur atas katil dah kira okey, kan?” Hana mula menanggalkan cermin matanya untuk segera berbaring dan melelapkan mata. Cepat-cepat sikit siang, boleh balik rumah dan tidur dalam bilik asing-asing. Tergesa-gesa Hana memadamkan lampu lalu kembali ke sofa dan pejamkan mata, tidak mahu bertengkar lagi dengan mamat gila itu. Tinggal lampu tidur yang samar sahaja ketika ini.
Firdaus mendengus. Satu cara aje nak ajar perempuan ni. Kena buat taktik macam dalam kereta tadi agaknya? Firdaus meluru ke arah Hana. Ditarik bahu Hana yang sedang mengiring ke tempat bersandar sofa itu.
“Kau nak bagi selimut ni atau.. kau nak kena hukuman macam dalam kereta tadi?” Firdaus menelan air liur melihat wajah Hana tidak bercermin mata itu. Ya, itu memang pantangnya sekarang. Entah mengapa bila memandang Hana tanpa cermin mata, hatinya mudah terasa lain macam.
“Heii.. jangan main-main lagilah! Go away!” Hana menolak dada Firdaus yang kian mendekat.
“Bagi aku selimut tu dulu,” Firdaus berkeras.
Hana terasa seram sejuk. “Yelahh.. nah ambil balik selimut ni! Sekarang ni, awak pergi jauh sikit. Semak tau tak?!”
Amboi, amboi... kalau perempuan lain ni, perempuan cantik-cantik yang pernah goda aku dulu mesti dah cair bila aku duduk dekat-dekat macam ni. Hana yang hodoh ni boleh main jual mahal nak tolak-tolak aku? Apa? Pergi jauh-jauh? Semak? Firdaus rasa tercabar.
“Pergilah.. go away! Dah dapat selimut tu, kan? Nak apa lagi tercegat dekat situ? Pergilah now, go!”
“Kalau aku cakap, aku nak isteri aku pulak sekarang?”
Hana tergamam dan semakin ketakutan. Kena rasuk ke mamat ni? Sampai cakap pun dah tak betul? Menggigil tubuh Hana melihat renungan Firdaus yang bertukar seperti seekor harimau sedang kelaparan itu.



Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 11/16/2015 06:30:00 PM 6 komen diaorang
Labels: msms
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu