TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar
dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup
mendedahkan segala keaiban diri sedangkan Irfan sendiri langsung tidak sanggup
berterus-terang begitu kerana teralu pengecut! Bahkan dialah penjahat paling
besar di sini. Penjahat yang sama yang dimaksudkan oleh Najwa.
Najwa teresak kecil apabila terasa pelukan di tubuhnya
terlerai. Hatinya begitu sayu ketika mendapat reaksi sebegitu dari Irfan. Dia
yakin, Irfan sudah tentu terkejut besar dan mulai jijik hendak menyentuhnya
lagi. Sedikit sebanyak perasaan menyesal hadir berselang-seli dengan rasa
sebak.
“Saya tahu, awak tentu dah jijik dengan saya kan?” Najwa
mula bersuara dengan penuh kepayahan. Dadanya sesak dengan perasaan sedih. Air
mata menitis. Terasa tiada daya lagi untuk Najwa menghalang air mata dari luruh
ke pipi. Perlahan-lahan dia menyuakan kakinya penuh berhati-hati untuk turun
dari katil itu. Reaksi Irfan yang masih membungkam membuatkan dia terus yakin
yang lelaki itu telah membencinya.
Irfan tergeleng-geleng dan menahan tangisannya dari
bergema. Hanya air mata yang dibiarkan mengalir. Entah perasaan apalah yang
sedang meresap ke dalam jiwanya ketika ini. Dia tahu Najwa tidak dapat melihat
dia menangis dan menggeleng kepala ketika ini. Tidak, sayang... Sayang yang
patut jijik dengan abang! Abang langsung tidak jijik dengan sayang..
Percayalah, sayang.. Kata-kata itu bagaikan membeku di dalam hati Irfan. Tidak
sepatah pun yang mampu terkeluar.
Hanya matanya sahaja menyoroti Najwa yang sudah turun
dari katil. Tangannya terawang-awang ingin mencapai tongkat yang berada di tepi
katil itu. Najwa terus menangis menahan kepedihan di dalam hati. Irfan teringin
hendak menyeka air mata Najwa tetapi tubuhnya seperti membatu di situ tanpa
apa-apa tindakan. Dia sungguh keliru. Nak buat apa pun dia tidak tahu. Takut
nanti jadi macam lain pula.
“Saya pergi dulu.. Halalkan makan minum saya. Saya dah
pernah tolak untuk berkahwin dengan awak disebabkan rahsia saya itu la.. Sorry saya tak berterus-terang awal pada
awak semasa mula-mula kita kahwin lagi. Maafkanlah saya.. Saya harap, awak
berbahagia lepas ni bersama perempuan pilihan awak yang baik-baik. Bukan
perempuan yang sudah rosak macam saya ni!” Najwa berkata-kata dengan suara
bergetar. Perasaannya ketika ini memang sukar untuk digambarkan. Malu ada,
takut pun ada malah rasa sedih lagilah terasa membengkak dalam jiwanya.
Irfan terus menangis tidak berlagu. Tidak henti-henti
pipinya dibanjiri air jernih. Sesekali kepalanya digeleng-geleng lemah. Dia
tidak mampu melihat kesengsaraan gadis itu. Ini tak boleh jadi! Aku mesti
berani juga berterus-terang! Najwa pun boleh terus-terang kat aku, takkan aku
tak boleh? Tawakal, Ir. Allah itu sentiasa ada untuk kita jika kita benar-benar
jujur dan ikhlas. Irfan sudah nekad hendak berterus-terang. Hatinya
dikentalkan, air matanya diseka cepat-cepat. Wajah Najwa yang masih teresak
tidak jauh dari katilnya direnung bagai mencari kekuatan.
“Assalamualaikum!” tidak sempat Irfan hendak membuka
mulut, suara Puan Sri Hajjah Zairiah dahulu yang bergema dari sebalik pintu
wad. Mata Irfan terbuntang. Tersentap rasanya hati Irfan ketika ini. Najwa pula
kelihatan cuba mempamerkan riak selamba selepas mengelap air mata di pipinya.
Puan Sri Hajjah Zairiah masuk bersama Tan Sri Haji Zainal
dan juga Alida. Ketiga-tiga mereka mempamerkan senyuman manis. Puan Sri Hajjah
Zairiah segera mendapatkan Irfan. Itulah kasih seorang ibu terhadap anaknya.
Sebaik mendengar berita tentang Irfan yang sudah sedarkan diri dari Alida,
terus langkah kakinya dihayun laju memasuki wad yang menempatkan Irfan. Hatinya
dipenuhi perasaan bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi.
“Anak umi dah sedar! Alhamdulillah..” Puan Sri Hajjah
Zairiah segera mencium dahi Irfan berkali-kali. Tidak dihiraukan riak Irfan
yang masih terkejut dan kemerahan menahan rasa yang terbuku di hati. Rasa
bersalah dan keresahan kerana masih tidak kesampaian untuk berterus-terang
kepada Najwa.
Hilang lagi peluangnya pada kali ini juga. Entah bilalah
pula peluang seperti tadi akan tiba lagi. Bukannya senang Irfan hendak
mengumpulkan kekuatan untuk berterus-terang. Sesiapa pun tentu susah hendak
membuka mulut jika berada di tempatnya. Tidak semua manusia yang berani
berterus-terang tentang kesalahan diri sendiri. Itu pun kesalahan yang teramat
besar!
“Ya, umi.. Alhamdulillah..” getus Irfan pendek. Dia
serba-salah hendak bersuara. Hatinya lebih risaukan perasaan Najwa ketika ini.
Agaknya Najwa sudah menganggap yang hubungan mereka dah hampir ke penghujungnya
selepas berterus-terang tadi? Bebola matanya masih tidak berganjak dari meratah
wajah Najwa yang jelas sedang menahan rasa di hati.
“Umi, Najwa nak ke tandas sekejap. Lid, boleh tolong
bawakan akak tak?” Najwa berusaha untuk berlagak selamba. Reaksi Irfan yang
bagaikan tiada apa-apa berlaku itu membuatkan dia membayangkan yang
bukan-bukan! Bagaimana agaknya riak wajah Irfan ketika ini? Najwa sangat buntu!
Ditahan air mata agar tidak gugur.
Irfan menggenggam selimut. Hatinya pedih melihat Najwa
yang sedang merana. Tetapi dia tidak boleh berkata apa-apa kerana uminya dan
Alida masih berada di situ. Mereka berdua sahaja yang tidak tahu hujung
pangkalnya masalah mereka ini. Tan Sri Haji Zainal perasan sesuatu yang tidak
kena pada Irfan dan Najwa. Dia mula mengesyaki sesuatu. Ir dah beritahu Najwa
ke? Peluh dingin tiba-tiba terasa merenik di dahi Tan Sri Haji Zainal.
“Nak pergi tandas? Yelah,
kak. Jomlah Lid bawakan. Lagipun, akak mesti malu la tu.. Tadi ucap ‘I love you’ lagi kan? Lid dah cakap,
gerenti Abang Ir bangun punyalah! Kan?” mulut Alida mengalahkan orang bermulut
murai. Asyik nak bercakap tak mengira waktu! Cakapnya pula, banyak yang
mengusik dari bersembang yang serius.
Najwa hanya bungkam. Ditahan lagi air mata supaya tidak
mudah jatuh ke pipi. Lid tak tahu apa yang dah berlaku.. Kita mungkin dah tak
dapat jumpa lagi lepas ni, Lid. Abang Ir mesti dah bencikan akak. Dia juga
tentu dah berasa jijik hendak memandang muka akak ni.. Kata hati Najwa sayu.
Sejuring senyuman pahit dan hambar terukir buat Alida. Tangan gadis itu yang
mulai menyentuh mesra bahunya diusap-usap lembut.
Dia sudah sayangkan Alida seperti adiknya sendiri. Begitu
juga ibu bapa mertuanya. Semuanya dia sudah anggap seperti ahli keluarga
sendiri. Terubat kerinduannya pada arwah ahli keluarganya selepas berjumpa
keluarga yang terlalu baik ini. Dan... Najwa sedar yang dia sudah mulai jatuh
cinta terhadap Irfan, suaminya. Tiba-tiba dia terasa sebak, rasa hendak
menangis sepuas-puas hatinya.
Tak boleh! Kau kena tabah, Wawa! Don’t cry! Kau mesti kuat... Walaupun kau dah tiada sesiapa lagi
lepas ni, kau boleh teruskan hidup! Kau ada Allah, kan? Dia yang sentiasa ada
sewaktu kau memerlukan perlindungan. Allah, Wawa. Dialah Tuhan yang Maha
Mendengar setiap rintihan hati kau... Najwa mengentalkan hatinya.
“Jomlah, Lid..” lama baru Najwa menjawab. Dia tiada mood
mahu melayan usikan Alida seketika tadi. Hatinya yang luka berdarah ini perlu
dirawat dahulu.
Alida mengerutkan dahi. Entah mengapa dia terasa sikap
Najwa agak pelik pada malam itu. Kak Najwa gaduh dengan Abang Ir ke tadi?
Kenapa Kak Najwa muram macam tu? Alida jenuh berfikir.
“Lid? Kenapa diam?”
“Jom, jomm.. Sorry
termengelamun kejap tadi!” kata Alida sebaik tersentak mendengar pertanyaan
Najwa. Dia tersengih pada Tan Sri Haji Zainal yang sudah menggeleng kepala.
Irfan pula sedang sibuk melayan Puan Sri Hajjah Zairiah bercakap-cakap.
Langsung tidak pedulikan Najwa. Tetapi dari riak wajah Irfan, Alida tahu
abangnya itu sedang menyembunyikan sesuatu.
Alida terus memapah Najwa keluar dari wad. Mereka
berborak-borak seperti biasa sepanjang perjalanan ke tandas. Tetapi Alida tahu,
Najwa juga sedang menyembunyikan rasa di hati. Apa ye? Alida bingung.
SABRINA mengikut Encik Borhan datang melawat Irfan yang
sedang terlantar di wad. Dialah yang tergedik-gedik hendak mengikut tadi
walaupun tidak diajak oleh Encik Borhan. Encik Borhan sekadar memberitahu yang
dia akan ke hospital melawat Irfan. Tiba-tiba sahaja Sabrina menjadi teruja
hendak ikut sama. Encik Borhan tahu, Sabrina sudah gila bayang dengan Irfan
kerana ketampanan lelaki muda itu. Satu lagi, sebab Irfan itu berpangkat besar.
Tentulah menjadi kegilaan mana-mana aje gadis.
“Uncle, betul ke wad ni?” Sabrina agak tidak percaya. Ini
wad biasa aje, bukan wad VIP atau VVIP pun. Kata orang kaya, kan? Mestilah kena
duduk wad khas.
“Betul la. Tan Sri cakap, memang wad nilah Rina..” tekan
Encik Borhan dengan muka serius.
“Hesy! Takkanlah kut? Dia orang tu orang berpangkatlah,
uncle. There is no way yang dia orang
akan duduk wad biasa dan kecik macam ni walaupun wad ni ada privacy untuk sorang pesakit je!”
Encik Borhan memandang Sabrina dengan pandangan lain
macam. Oh, betullah. Sabrina tak kenal lagi dengan sikap Tan Sri Haji Zainal
yang ‘kedekut’! “Betul, Rina. Tan Sri tu jenis kedekut duit ringgit sikit.
Kenduri kahwin anak lelaki dia hari tu pun, buat kecil-kecilan aje..”
“Eh, ye ke? Emm.. Anak dia tu? Takkan kedekut jugak?
Irfan tu..” Sabrina mulai bimbang. Kalaulah Irfan pun jenis kedekut, macam
manalah dia nak hidup kalau dah berjaya memiliki lelaki itu nanti? Sia-sialah
usaha dia memikat Irfan nanti! Sabrina seperti yakin yang dia akan berjaya
menggoda Irfan.
Encik Borhan tersengih. Inilah masanya hendak mengenakan
Irfan! Walhal Encik Borhan tahu yang Irfan tidak kedekut tetapi berjimat sama
seperti abahnya. “Samalah, Rina. Like
father, like son! You can try him.
Tengok sama ada dia kedekut atau gentleman,”
“You’re serious??”
Encik Borhan mengangguk-angguk kecil. “Serious..”
Terhentak-hentak kaki Sabrina. Bibirnya terjuih-juih
sendiri. Dah macam kera terkena kejutan elektrik pun ada. “But I’ll try. Try untuk ‘jinakkan’ dia!”
“Eh, you’re serious?”
giliran Encik Borhan pula yang tanya macam tu.
Sabrina hanya tersenyum kecil. Wajah Encik Borhan hanya
dijeling sekilas. Blaus kecil tanpa lengan yang dipakainya dibetul-betulkan.
Skirt pendek paras sejengkal dari lutut juga di tarik-tarik supaya nampak lebih
seksi sebelum memasuki wad Irfan. Dia bangga mempunyai bentuk tubuh yang
menarik dan menggiurkan. Sudah ramai lelaki kaya yang sudah digodanya. Duit
mereka dikikis sehingga papa kedana.
“Apa?! Kenapa kau tak terus cakap je? Kenapa kau
tergagap-gagap nak beritahu pasal tu?” suara lantang seseorang tiba-tiba sahaja
kedengaran dari dalam bilik wad.
Sabrina dan Encik Borhan berpandangan. Telinga mereka cuba
difokuskan untuk mendengar butir-butir bicara penghuni bilik wad berkenaan.
Macam rahsia penting aje tu!
“Abah ingat senang ke..” suara seorang lagi pula kedengaran.
Encik Borhan yakin itu perbualan antara Tan Sri Haji Zainal dan Irfan.
“Dah tu, kau berani buat pulak hari tu? Berani buat,
beranilah kau tanggung! Abah tak suka anak-anak abah yang tak tahu
tanggungjawab! Kau jangan tangguh-tangguh lagi.. Abah tak nak Najwa terluka!
Dia tu, perlukan kasih sayang. Abah yakin, dia dah mula sayangkan kau tu.. Kau
pun kenalah beri dia kasih sayang dengan jujur!”
“Abah, Ir memang selama ni jujur dekat dia pun. Mana ada
Ir tak jujur. Cuma yang menjadi masalahnya sekarang, tak senang untuk Ir buka
mulut. Bila Ir ada peluang pula, asyik melepas je bah. Bukannya Ir tak cuba
langsung..” tukas Irfan mulai berasa tidak senang dengan cara abahnya yang
tiba-tiba seakan memaksa.
“Habis tu? Kau nak biar sampai bila ni? Sampai dia dah
tahu sendiri yang kaulah lelaki tu? Lelaki yang pernah rogol dia dulu? Macam
tu?!” tiba-tiba sahaja Tan Sri Haji Zainal bagai tidak dapat mengawal perasaan
dan kelantangan suaranya.
Mata Sabrina dan Encik Borhan terbeliak. Mereka
berpandangan. Memang mereka terkejut mendengar cerita sensasi lagi hot itu. Dan sekarang wajah mereka cukup
teruja hendak mengetahui lebih lanjut. Irfan rogol Najwa? Rasa tidak percaya
pula Encik Borhan bila mendengar semua itu. Tapi, Irfan tukan anak orang kaya.
Tak mustahil itu kerja dia. Merosakkan anak-anak dara orang!
“Abah, perlahankan suara tu. Kalau ada orang dekat luar
tu macam mana?” Irfan mengingatkan abahnya.
Sabrina dan Encik Borhan tersentak dan lari bersembunyi
di sebalik pokok bunga besar yang berada tidak jauh dari wad Irfan. Mereka
berpandangan dengan penuh debaran. Jari telunjuk diletakkan pada bibir
masing-masing.
Dari jauh mereka sudah boleh nampak kepala Tan Sri Haji
Zainal yang terjengul keluar bagi memastikan tiada sesiapa di luar bilik wad
itu. Nafas mereka ditarik laju-laju. Mujurlah mereka tidak terkantoi tadi.
Kalau tidak, tak tahulah apa yang akan jadi.
Oh... Jadi, Irfan ada rahsia sebesar tu? Hmm, macam-macam
aku boleh lakukan ni. Rina, kau kena fikir baik-baik. Buat plan bagus-bagus! Ajak uncle kau sekali join, baru ada umphh! Kan
uncle kau tu cukup tak sukakan Irfan tu? Sabrina tersenyum. Dia seperti sudah
dapat meneka apa yang bakal dibuatnya...
SUDAH tiga hari Irfan di hospital. Hari ini Irfan sudah dibenarkan
keluar wad. Proses discharge memakan masa
separuh hari kerana kebetulan pada hari itu ramai pula orang yang keluar wad. Malam
barulah mereka boleh pulang ke rumah. Dia pulang bersama Alida dan uminya kerana
Tan Sri Haji Zainal sibuk di pejabat. Selama tiga hari Najwa tidak ke hospital untuk
menjenguk Irfan. Itu yang membuatkan Irfan berasa gelisah selebihnya rindu. Jangankan
kata melawat, telefon pun tidak. Irfan sendiri tidak berani menelefon gadis itu
kerana takut tersilap cakap. Irfan nekad hendak bercakap berdepan dengan Najwa sewaktu
di rumah nanti ketika berdua-duaan dengan gadis itu di bilik mereka.
Biar Najwa tahu yang dia tidak kisah semua tentang dara itu
dan seterusnya dia pula yang akan berterus-terang. Jika Najwa marah sehingga meminta
cerai, Irfan takkan ceraikan Najwa. Biar Najwa jatuh cinta lagi dengan dirinya,
dirinya yang sebenar. Walau bagaimanapun hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Najwa,
Irfan sedar yang dia kena terima semua itu seadanya.
Tiba di rumah, Irfan mencari Najwa merata-rata di dalam rumah
itu selepas mendapati Najwa tiada di bilik. Dia sungguh rindukan Najwa walaupun
baru 3 hari mereka tidak berjumpa. Hatinya resah tatkala terpandang kelibat gadis
itu di taman mini di belakang rumah. Entah apalah yang difikirkan isterinya itu.
Irfan memperlahankan langkah yang tadi begitu laju. Perlahan-lahan dia menghampiri
Najwa yang cantik bertudung ringkas rona merah jambu. Dipadankan pula dengan baju
kurung kapas berbunga kecil. Memang manis.
Najwa mengelap air mata yang mulai terbit di tubir mata. Tidak
menyedari kehadiran Irfan di situ. Hatinya lebih parah memikirkan bagaimana dia
mahu bersemuka dengan Irfan apabila lelaki itu sudah sampai ke rumah nanti? Dahlah
dia sudah berterus-terang hari tu. Irfan mesti akan berikan kata putus pada malam
ini. Tentu dia akan dibuang dari hidup lelaki itu. Najwa sangat yakin. Dia bangun
mencapai tongkatnya, hendak beredar dari situ.
Irfan memegang tangan Najwa. Gadis itu jelas tersentak dan
terkejut apabila terasa tangannya tiba-tiba digenggam. Hatinya berdebar. Kalau jemari
kasar macam ni takkanlah Alida kut. Tak mungkin juga bapa mertuanya. Takkan... Irfan?
Najwa menelan liur.
“Najwa..” Irfan memanggil Najwa lembut. Dia ternampak mata
gadis itu yang sudah berkaca. Hampir berderai air mata.
Najwa kenal suara itu. Suara lelaki yang sudah dicintainya
sepenuh hati. Suara suami yang teramat dia kasihi. Air liurnya ditelan lagi, menanti
kata-kata Irfan seterusnya. Namun kebisuan Irfan membuatkan Najwa berusaha menarik
tangannya dari pegangan Irfan. Tetapi genggaman lelaki itu terlalu kemas dan kuat.
Dia tidak mampu membebaskan tangannya dari tangan Irfan.
“Saya tahu... Awak mesti dah..” tidak sempat habis Najwa berkata-kata,
terasa tubuhnya melayang dan terlekat kemas di tubuh Irfan. Irfan memeluknya erat-erat.
Mata Najwa yang tadinya berair kini sudah mula menjatuhkan manik-manik kecil. Matanya
membesar kerana terkejut dengan reaksi spontan Irfan. Apa makna pelukan ini agaknya?
Mulakan hidup baru atau.. Perpisahan? Meleleh lagi air mata Najwa.
“Jom, kita ke bilik dulu baru sambung bercakap..” ajak Irfan.
Dia segera melonggarkan pelukan setelah lama dipeluknya tubuh Najwa. Kepala gadis
itu diusap lembut. Betapa kasih sayangnya sudah tidak boleh dinafikan lagi. Dia
terlalu sayangkan gadis bernama Adnin Najwa itu.
Najwa hanya menurut tanpa sebarang kata. Hanya air mata yang
dibiarkan mengalir sepi di pipi. Dia berdebar memikirkan apakah yang bakal dikatakan
oleh Irfan nanti. Dia sungguh bimbang jika lelaki itu benar-benar akan mengakhiri
perhubungan mereka. Ya Allah, kuatkan hati hamba-Mu yang lemah dan hina ini..
Sampai di bilik, Najwa didudukkan di birai katil. Irfan melabuhkan
punggung di sebelah Najwa. Jemari halus isterinya itu dicapai dan dicium lembut.
Najwa tersentak apabila terasa jemarinya dikucup Irfan. Apakah maknanya semua ni?
Najwa semakin berdebar.
“Awak tak jijik ke dengan saya? Lepas dah tahu semuanya..”
soalan cepu mas itu melantun tiba-tiba dari bibir Najwa yang kebingungan dengan
kelakuan Irfan. Ditahan hatinya supaya tidak terlalu berdebar. Sesekali air matanya
yang mengalir, diseka lembut oleh Irfan. Lagilah Najwa berasa tidak logik.
Irfan menarik nafas panjang. Dia memandang wajah isterinya
yang cantik menawan itu. Dia mengumpulkan kekuatan sedaya-upayanya. “Tak langsung,
sayang. Sayang isteri abang dunia akhirat! Abang tak pernah jijik..”
“Tapi, kenapa abang tak cakap apa-apa pun masa di hospital
hari tu? Lama abang diam.. Sampai umi masuk.. Lepas tu abang buat-buat macam Najwa
takde kat situ je..” Najwa sudah tersasul
jauh membahasakan diri sebagai ‘Najwa’ dan memanggil Irfan, ‘abang’. Suara Najwa
kedengaran merendah, dia berasa tidak logik yang Irfan boleh terima dia dengan bulat
hati.
Irfan terharu mendengar panggilan Najwa terhadapnya. Senyuman
bahagia terukir indah. Perlahan-lahan tubuh Najwa ditarik semula ke dalam pelukan.
“Abang bukan tak nak cakap. Tapi abang perlu berfikir betul-betul. Bila abang fikir-fikir,
sebenarnya abang..”
Najwa menjongket kening. Dia tidak dapat meneka apa yang ingin
disampaikan oleh Irfan. Dia tidak mampu untuk mendengar sesuatu yang buruk dari
mulut Irfan.
Irfan memandang wajah Najwa. Perasaannya menggebu dan dia
tersenyum. Dia tahu Najwa teringin tahu apa yang hendak dia cakapkan. “Abang fikirkan
balik pasal kata-kata sayang dulu.. Yang sayang dah mula jatuh cinta pada abang.
And, me too. Baru abang sedar yang...
I love you too... Deeply! Abang tak boleh
hidup tanpa sayang. So, apa aje keburukan
sayang abang akan terima seadanya. Abang ikhlas cintakan sayang. Dah, tak payah nangis lagi...”
Dupp! Terus jantung Najwa berdegup kencang. Jemari Irfan merayap
naik ke pipinya. Diseka air mata yang semakin galak menuruni pipi Najwa. Najwa terharu
kerana Irfan masih mahu bersamanya. Dan dia tidak menyangka yang cintanya berbalas!
Ya Tuhan. Aku bersyukur.. Najwa bagai tidak percaya apa yang baru sahaja Irfan sebutkan.
Kucupan hangat singgah di dahinya dan tubuhnya kembali dipeluk erat. Bahangnya pipi
Najwa apabila memikirkan semula tentang kata-katanya di hospital tempoh hari. Tak
sangka Irfan dengar kesemuanya.
“Najwa... Najwa rasa..” suara Najwa kedengaran gugup. Dia
cuba menyembunyikan wajahnya dari dipandang Irfan. Dia segan membiarkan lelaki itu
terus merenung wajahnya. Dia tahu, Irfan tentu masih merenung. Entah-entah, muka
aku ni comot tak? Kan aku menangis je dari tadi.. Malulah.. Najwa sudah kelam-kabut.
“You always look beautiful.
Tak kira waktu mana pun. Sayang tetap di hati. Walaupun beribu perempuan cantik
lalu kat depan mata abang ni, sayang jugak yang abang nak ushar. Sebab abang suka sangat tengok muka sayang tu... Dan sebab, sayanglah
perempuan paling cantik sekali dalam dunia ni..” amboi, ayat Irfan memang berjiwang
sakan.
Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dia baru ucapkan.
Semuanya datang sendiri dari dalam hatinya. Ir, kau ni sibuk mengayat dia. Yang
kau tu belum lagi berterus-terang pada dia, tau tak! Nanti bila nasi dah jadi bubur,
apa kau akan buat? Kau dah sayangkan dia, jadi kau kena bertindak dari sekarang.
Irfan bermonolog di dalam hati. Dikuatkan hati dan pendiriannya pada kali ini. Dia
mahu jujur dengan Najwa. Dia tidak mahu berselindung lagi. Biarlah apa yang akan
terjadi selepas dia memberitahu Najwa nanti. Biarlah apa pun hukuman yang bakal
Najwa berikan, dia akan terima kecuali bercerai.
“Hmm, Najwa jatuh cinta dengan keikhlasan dan kebaikan sifat
abang.. Abang terlalu baik. Bila dengan abang, Najwa rasa selamat. Abang dah ubah
kehidupan Najwa menjadi lebih baik. Daripada takde family, sekarang family
abang dah jadi family Najwa. Najwa amat
berterima kasih, bang. Terima kasih! Abang memang lelaki yang sangat baik. Terlalu
baik sampaikan Najwa pula yang rasa tak layak berada di sisi abang..” luah Najwa
dengan jujur.
Irfan berasa tersentap. Dia bukanlah lelaki yang baik seperti
yang Najwa sangkakan. Tiba-tiba hatinya risau. Patut ke ni aku beritahu? Dia takkan
marah giler ke nanti? Aduh, dah yakin tadi. Tiba-tiba pula timbul keraguan. Hmm,
syaitan aje ni. Ir, kau kena bezakan yang mana hati kau yang sebenar dan yang mana
satu adalah bisikan syaitan. Kau tak boleh kecundang lagi di dalam permainan yang
dimulakan oleh syaitan ini. Na’uzubillah. Irfan menarik nafas, bersedia untuk memberitahu
Najwa.
“Abang...” tidak sempat juga dia hendak berkata apa-apa, Najwa
dulu yang memotong. Pelukan dilonggarkan oleh Najwa.
Irfan cuba bertenang. “Hmm?”
“Najwa rasa, Najwa dah ready..” balas Najwa malu-malu. Dia pun tidak tahu kenapa dia boleh
keluarkan ayat pernyataan sebegitu kepada Irfan!
“Ready? Untuk?”
Irfan pula yang tidak faham kerana terlalu berserabut memikirkan bagaimana hendak
memulakan kata tanpa dipotong oleh Najwa lagi selepas ini.
Darah terasa menyerbu naik ke wajah Najwa. Dia terkulat-kulat.
Jemarinya mulai terasa dingin dan semakin membeku. Kalau tidak sebelum ni, Irfan
yang nombor satu bila sampai bab-bab menggatal ni. Kali ni, tak pula. Atau.. Dia
sengaja buat-buat tak faham sebab nak mengusik aku? Najwa mulai curiga.
“Readylah. Emm..
You know..” putus-putus ayat Najwa. Suara
pun bergetar.
Irfan bertambah hairan. Apa maksud Najwa ni? Dahlah aku tengah
bergelumang dengan ayat-ayat nak confess
ni. Dia pula buat muka manja-manja gitu. Dia memandang wajah manis itu dalam-dalam.
Tidak lama selepas itu, dia mulai faham dengan maksud Najwa. Tetapi dia tetap hendak
berpura-pura tidak tahu. “No, I don’t know..
Now, tell me. What is it?”
Najwa menggigit bibir. Dia menahan darjah kepanasan di wajahnya.
Semerta kedua belah tangannya dinaikkan ke muka. Segera dia menutup wajah menggunakan
jari jemarinya. Dia tidak sanggup untuk bercakap lagi. Malu! Najwa terus menggigit
bibir.
Irfan mulai tergoda dengan semua sikap manja yang ditunjukkan
Najwa. Pertama kali Najwa bermanja-manja begitu dengannya. Takkanlah dia nak lepaskan
peluang pulak kut? Perlahan-lahan dia mencapai kedua belah tangan Najwa lalu diletakkan
ke dadanya yang bidang. Lama juga tangan gadis itu di dadanya. Lepas itu, bibirnya
pula yang mencuri cium bibir Najwa. “Abang faham...” matanya meratah segenap sudut
wajah bujur sirih milik Najwa.
Najwa tergamam. Bertambah-tambah merah mukanya. Dia cuba untuk
memproses apa yang baru sahaja berlaku. Bibirnya bergetar lagi hebat dari tadi.
Dia sudah mulai resah dengan permainannya sendiri. Siapa suruh kau goda laki kau
tu? Kan dah kena cium! Najwa berkerut dahi dan menutup mulutnya yang baru dikucup
Irfan. Entah mengapa dia berasa cuak dengan tiba-tiba. Tapi, buat apa nak cuak?
Itu kan suami kau jugak, Wawa!
“Kenapa?” Irfan tanya sepatah.
Najwa menggeleng-geleng. Automatik tubuhnya berbaring ke atas
katil. Aku kena tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri. Dah lama suami aku bersabar..
Aku kena berikan Irfan hak dia sebagai suami aku. Ya Allah, berkatilah hubungan
kami suami isteri sehingga ke akhirnya.. Dan tangannya segera mencapai tangan Irfan.
Ditarik tubuh lelaki itu di dalam pelukannya.
Irfan pula sekarang ini yang tergamam dan berdebar tidak keruan.
Hmm.. Kalau terus macam ni, boleh ‘terbabas dan berlaku kemalangan’ ni! Aku sepatutnya
kena berterus-teranglah, bukannya menggatal! Irfan mengentalkan hati. Dia kena berterus-terang
dulu sebelum apa-apa berlaku di antara mereka.
“Sayang..” panggil Irfan dengan penuh nekad dalam diri.
“Shh..” Najwa bersuara sambil merapatkan kepalanya ke dada
Irfan. Bukannya senang untuk dia kumpulkan kekuatan untuk bermanja begitu dengan
suaminya dan dia kenalah biasakan diri. Dia ingin menjadi isteri Irfan yang sebenarnya
mulai malam ini dan sampai bila-bila pun. Jemarinya meraba-raba wajah Irfan dengan
lembut. Mata yang kecil.. Hidung yang agak tinggi dan bibir yang halus. Dan.. Cupp!
Spontan Najwa mengucup bibir Irfan ketika lelaki itu sedang asyik menikmati usapan
tangannya di wajah.
Naluri kelelakian Irfan terus berkocak ketika itu juga. Siapalah
yang boleh bertahan jika isteri sendiri yang menggoda dan menyerah diri? Kali pertama
pulak tu Najwa berkelakuan seperti seorang isteri kepadanya. Betul ke tindakan aku
ni? Irfan terus hanyut dibelai Najwa.. Dia terlalu bahagia. Begitu juga Najwa..
Mereka berdua sudah berjaya mengecapi kebahagiaan ketika ini. Tetapi, akan kekalkan
kebahagiaan yang terbina jika kebenaran itu masih tersembunyi jauh di antara mereka
berdua?
p/s : kesian Irfan asyik xdapat nk confess je. Tapi bab lepas ni.... konflik akan menjelma bila segalanya terbongkar~ huhuhu emm xsuka plak nk buat konflik...hehehe atau korang nak bagi depa bahagia kejap baru mai konflik eh? komen la apa lagi... :D
sambung lagi...
ReplyDeletealahhhh... ader 2 malaun lak tau rahsia Najwa ngan Irfan...
ReplyDeleteaduiiiii maksalahhh dh mariiii lagiii
terapkan konsep redha..
ReplyDeletexyah la nk merajuk sakan plak si najwa ni.
kn jd sinetron plak.
biarlah,najwa ni terima takdir seadanya..
terima qada'dan qdar..
betul2.. bg najwa redha je la.. jgn la wat konflik berat2 sgt... bg depa bahagia je... sambung2...
ReplyDeletetidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk............................
ReplyDeleteThnk u untk n3 baru ni kak..wah makin menarik..entah mcm mne la irfan nak berterus terang kn? Rsenye mmg konfem2 la najwa akn mengamuk sakan..alahai..veron pulak yg terlebih..hehe..dah tukar lagu OST adam dan hawa ..best2..lebih feeling waktu baca n3 baru..hehe..
ReplyDeletep/s..kak ade typo sket..baru jadi bari..dialog antara irfan dan najwa kat rumah..
thanks my dear... muahhhs~ :)
DeleteNo thank u kak..hehe..dup dap jantung ni fkir psl konflik dorng..msti sedih kn nanti..sobs3~
Deletetak mau encik borhan & sabrina yg gtau kat najwa....dah biasa citer mcm tu....biarlah irfan mbuat pgakuan berani mati dia....tak mau ada org ktiga yg intrfrm...hehe
ReplyDeleteCik Penulis..bagi la depa bahgia dulu..rasa penat la nak baca part konflik ni...dan satu lagi jangan la bagi konflik yg berat2 sangat...
ReplyDeleteAkhirnya dpt gok n3 baru.
ReplyDeleteCepat2lh irfan berterus trg b4 sabrina membuka rahsia itu
Mesti sabrina tu buat hal nnti,dahla irfan lum confess lg.mamat ni nk terus terang pun lembab hahaha.jgn nnti najwa x bole terima udahla. Konflik lg besar gamaknya hihihi
ReplyDeleteish..xsuke r nan sabrina gedik tu..sis auni..sian kat adnin..xsuke lau depa gaduh ag..sob2..
ReplyDelete*cik intan erma norsafira
Cik writer xmau laa konflik yg berat2.....ringan2 udah ler....plz..nk tgk diorg epy jew......
ReplyDeleteCik writer xmau laa konflik yg berat2.....ringan2 udah ler....plz..nk tgk diorg epy jew......
ReplyDeletewah..cam geram lak ngan sabrina gedik n pkck dia..
ReplyDeletehmm konflik tkutnya???
bila najwa dapat melihat semula????
ReplyDeletehailaaaa meroyan la pasnieh kami...........
ReplyDeleteTak payah buat konflik berat2 ye cik writer...Best nak n3 lagi..
ReplyDeletekonflik dulu.tapi jangan buat konflik yang terlampau berat.nnt jadi boring nak baca.nak konflik dulu baru bahagia.kalau bahagia pastu konflik pastu bahagia balik dah selalu la.buatla yang lain dari lain pulak.
ReplyDeletebuatla konflik dulu.tapi jangan konflik terlampau berat.nnt boring lak nak baca.biarla Najwa tu merajuk dalam 2 hari je.
ReplyDeleteurmm bg konflik trus la tp mcm x sngup nk baca plak tp klau bahagia lpas tu konflik pun cedih jgk...peningnya tp cpt cpt smbung yer kak auni..x sabar nk entry baru..<3<3<3
ReplyDeletex best la kalo kisah tu Najwa tahu drpda org lain..asyik sama je flownya dengan crita2 lain..n bab irfan asyik kena halang nak confess pun da mcm biasa buat..try benda lain..
ReplyDelete>>k<<
bg bahagia sementara dulu lah sis baru konflik..huhuu
ReplyDeletewat la bahagia dulu sat..konflik jgn berat sgt, tkt nti bosan lak sb mcm dapat teka je nti..pastu x mo la sabrina n uncle die yg taw, mcm klise sgt la plk nti..biar irfan je yg bgtaw dr mulut die sendiri..
ReplyDeletealahai ipan..
ReplyDeletecepatlah bgtau.. kesian wawa..
dahlah minah senget tu dah nak masuk jarum.. adeih..
apapun, tahniah & thanks ye cik penulis.. moga dapatlah keluar pulak buahtangan ini ye.. hehe
biar la bhagia dulu..pastu br de konflik..
ReplyDeletekonflik, br bahgia
ReplyDeletebg bhgia dlu bru konflik..hehhee
ReplyDeletebahagiaaaaaaaaaaaaaaa..tp lps tu xm0 la k0nflik berat2 sgt,kesian kt najwa n irfan...huhuhu sibuk je makhluk dua 0rg tu,xabes2 nk susahkn hdup org len
ReplyDeletebahagiaaaaaaaa............tp lps tu xm0 la k0nfik berat2 sgt...sian kt irfan n najwa...huhuhuu sibuk je makhluk 2 org tu,asyk nk menyusahkn org je..
ReplyDeletesambung sambung///////
ReplyDeletesalam dik.. sabrina dan Borhan nampaknya merupakan antagonis dalam citer ni.. akak rasa macam dah biasa saja dalam novel novel yg lain yg mana watak ni akan menganggu gugat keharmonian rumahtangga orang dan kebiasaan dalam novel mcm klise sajakan... Sabrina dan bapa saudaranya maupun Borhan akan ugut Irfan ..mungkin menyuruh Irfan berkawen dengan Sabrina untuk menutup aib dan dosa semalamnya..dari diketahui oleh pihak media ..ma'af ya dik kalo apa yg akak tuliskan disini akan membuat adik terasa hati ini hanya dari pandangan akak saja ..
ReplyDeleteBagi akak setakat ini..citer ni mmg best dari segi plot dan penyampaiannya ..akak dapat merasakan apa yg wawa rasakan dalam menjalani kehidupan hariannya yg serba kekurangan dan bagaimana Irfan telah melakukukan apa saja utk meraih cinta wawa..dan cuba mencorakkan perhubungan mereka kepada yg lebih bermakna sebagai suami isteri setalah ijab dan qabul dilafazkan..
Bagi akak ..perlukah diberitahu pada wawa yg dia lah lelaki yg telah merampas mahkotanya tanpa kerelaannya..andai itu akan membawa sengketa dan kebencian isterinya..bagi akak biarlah sejarah hitam yg dipalitkan keatas wawa itu disimpan kemas dalam lipatan kamus hidupnya jika itu dapat membahagiakan isterinya dan sekiranya mereka dikurniakan zuriat dan pada masa yg sama penglihatan wawa kembali semula..biarlah wawa yg memutuskan ..sejauh mana perjalanan perkawenan mereka..sudah pasti wawa akan memaafkan Irfan kerana Irfan sanggup bertanggungjawab keatas dirinya dengan mengembalikan maruahnya setelah ijab dan qabul dilafazkan..oleh Irfan dan meletakkan dirinya ketempat yg sepatutnya tanpa membiarkan dirinya hanyut dan menyalahi takdirnya..kan..
Teruja nak tahu kesinambungan kisah yg menarik ini.. setelah wawa dimilikki oleh Irfan..apalagi dugaan hidup yg terbentang buat mereka berdua..
hehe thanks akak..pjg komen ni.. :) dun worry kak, saya akn cuba wat kelainannya..hehe actually sabrina & encik borhan ni hanyalah watak xberapa nk jahat pon... chill k.. hehehe :)
DeleteJgn plak rahsia irfan tu akan dibocorkn oleh sabrina n borhan tu dah klise sgtlah plak.cuba buat sesuatu yg lain sikit.jgn mengamuk lari dr rumah yg dah biasa2 tu.boringlah.pndapat saya jelah.
ReplyDeletexla..dun wori..huhuhu thanks k komen... :)
DeleteNak depa bahagia selamanya...
ReplyDeleteX mo ada konflik2... X suka...
Ala... Kesiannya ir...
Pasal la bapak di ckp kuat2... Adooiiii....
Nk
hihihi... emm xpe kak, auni cuba wat yg terbaik pasni ye.. :)
Deletejgn buat wawa lari dr umah sudahler..
ReplyDeletesruh jer wawa tu mogok dgn ir... hehe..
Bagi la dia orang bahagia dulu ye,,pastu baru la konflik menyusul..
ReplyDeletemacamanapun irfan kena confess pada najwa..... kena berani.... jgn berani buat... tak berani nak mengaku....
ReplyDeleterahsia tak selamanya menjadi rahsia... suatu masa nanti pasti akan terbongkar semula...
nooooo!!plissss noooo!!ir kau kena confessssssss!!bukan menggatai skrg nieeee!!aduh, gawat nie bila pikir2 psai konflik...eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!
ReplyDeletenak diorang bahagia lu, br konflik... hihihi...
ReplyDeletepsl bab sabrina & uncle borhan tu, i think i hv to agree with iDA.. maybe its a bit cliche if rina & uncle nye tu plak jadi org jahat yg runtuhkan marriage irfan & wawa..
tapi, apa2 pown, cik auni seorg yg berbakat.. pasti ade cara nye nk olah citer nie jadi lg best n vavavooomm kn? :-)
aja aja fighting, cik writer!
~Miss Peace~
wah..konflik =(
ReplyDeletebgi la dowg bhagia dlu kak..hehehe pndai juge najwa mnggoda kan!
ReplyDeletexyah nk konflik sgt kot...merajuk2 manje cukup lerrr..
ReplyDeletebest cerita ni..pandai aka buad pembaca tertanya tanya.tahniah yer !
ReplyDeletebestlah..
ReplyDeletecerita ni memang ada kelainanny tp sy tertungggu-tunggu apa tindakan irfan...plz nk dia confess pada najwa..x nak la cmpur tgn pihak lain..nnti cuba la cik writer olah kasi kelainan skit sbb kami para readers kdg2 dh bleh agak jlln ceritanya...huhu.
ReplyDeleteinsyaAllah saya akn cuba buat kelainannya... :)
Deletemna2 pun boleh. apa yg akak tulis semua sy suka. hihi nak lgi. ><
ReplyDeleteAssalam...Auni
ReplyDeletedlm hidup ada je liku2nya...setiap org laluiny...jd ok la kot lau da konflik...p jgn la berpanjangan, t jd bosan mcm cerita indon...hehehe...
lebih sukakan gembira dr sedih...
just opinion^_^
terima kasih miss writer
ala bagi diorang bahagia dulu kesiaan kat diorang
ReplyDeleteterima kasih kepada smua yg komen... insyaAllah saya akn cuba sebaik mungkin dlm pembikinan jalan cerita seterusnya... :)
ReplyDeletejgn la bg konflik berat2...biar adnin redha jer..n biar plan jahat sabrina n en borhan tu gagal krn irfan lebih awal confess dgn adnin...part arissa pulak, biar dia simpati n redha dgn nasib n jodoh adnin tu n jumpa partnernya d oversea tu...hehehe...x sbr tgu n3 seterusnya...;)
ReplyDeletebiar bhagia lerr..n biar najwa redha jerr lh..klau bleh jgn lh konflik tuu berpnjgan sngt..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebest & terbaek la..... nak masuk bab2 konflik ni sedihla pulak rasanye.... hope auni buat la jalan citer ni jd unik ckit....
ReplyDeleteinsyaAllah, dear...thx for ur support :)
Deletesis,best sgt2 sis!smbung cpt2 k...i'll be waiting! =))
ReplyDeletesis, best sgt..suma cter sis best2 & terbaikk...bg can la ir & wawa hdup bgia dlu...cpt2 la cont..tq
ReplyDelete