IKMAL tersengih panjang melihat Shuji yang sedang tertidur di sofa manakala Virus sudah terbungkang diatas katil. Masing-masing terlena dibuai mimpi indah. Perbualannya dengan Auntie Zaharah dan Datin Rosmah terngiang-ngiang semula dibenaknya.
“Assalamualaikum! Kamu ni kawan mereka ke?” soal Auntie Zaharah tiba-tiba apabila menegur Ikmal semasa di belakang pentas setelah dia nampak lelaki itu berbual-bual dengan Virus dan Shuji.
“Waalaikumussalam! Err..kawan siapa? Mak cik ni siapa, ya?” tanya Ikmal kembali. Pelik dengan soalan Auntie Zaharah tadi.
“Ermm..mak cik ni, kawan mama Virus! Panggil aje Auntie Zaharah! Awak kawan Virus dan Shujing, ya?” Auntie Zaharah berkata dengan selamba sekali ketika menyebut nama Shuji itu ‘Shujing’. Iyalah, seperti yang diperkenalkan oleh Virus padanya tadi.
Tiba-tiba Ikmal ketawa berdekah-dekah membuatkan Auntie Zaharah rasa hairan. Matanya terkebil-kebil memandang muka Ikmal. Aku silap ke? Dia ni bukan kawan dia orang kot! Alahai..macam mana nak cari bilik untuk Virus nanti? Dahlah bilik penuh sekarang ni! Tak menjadilah nanti rancangan Rosmah nak menyatukan anak dan menantunya itu!
Auntie Zaharah yakin yang Ikmal menginap di hotel itu memandangkan dia selalu terserempak dengan lelaki itu sejak semalam lagi. Dia ingat, mahu berkomplot dengan lelaki itu sekiranya Ikmal itu adalah kawan si Virus.
“Auntie, Virus dengan Shujing tu memang kawan saya! Nama saya Ikmal..” Ikmal ketawa lagi. Dia geli hati dengan panggilan Shujing oleh Auntie Zaharah itu. Mesti ini kerja si Virus!
“Oo..tak salahlah. Ingat auntie tersilap tadi..” senyum Auntie Zaharah mesra. Ikmal menyalami pula tangan orang tua itu selepas itu.
“Auntie kerja sini, ya?” Ikmal tersenyum sambil memandang uniform yang sedang dipakai oleh Auntie Zaharah. Itu uniform tukang masak!
“A’ah..iye..auntie chef kat sini. Tapi chef pangkat rendah aje la!”
“Betul ke auntie? Dah berapa lama auntie kerja kat sini?” soal Ikmal ingin tahu. Tiba-tiba pula dia berminat mahu bertanya perihal kerjaya Auntie Zaharah itu.
“Dah setahun, Ikmal!” jawab Auntie Zaharah diselangi dengan tawa kecil. Entah mengapa, dia senang hati ketika berbual dengan pemuda itu.
“Lama jugak tu, auntie!” sengih Ikmal mesra.
“Ikmal, auntie nak mintak tolong sikit boleh?” Auntie Zaharah tiba-tiba bersuara pantas. Wajahnya penuh mengharap. Ikmal membuat muka pelik. Tolong apa, ya? Tiba-tiba sahaja orang tua ini nak meminta tolong dari aku! desis hati Ikmal.
“Tolong apa, auntie? Kalau dapat saya tolong, saya akan cuba tolong..” kata Ikmal penuh hormat. Sopan santun sekali gayanya. Senyuman cuba diukir buat wanita tua itu.
Seketika kemudian, Auntie Zaharah mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Nombor Datin Rosmah didail pantas lalu telefon itu diserahkan pada Ikmal.
“Ada apa ni, auntie?” soal Ikmal pelik sambil menyambut huluran telefon bimbit itu dari tangan Auntie Zaharah. Mukanya berkerut-kerut.
“Datin Rosmah on the line..cakap dengan dia! Dia nak mintak tolong sikit..” jelas Auntie Zaharah sambil tersenyum penuh makna. Ikmal bertambah pelik. Apasal ni?
“Hello, assalamualaikum!” ucap Ikmal laju. Mukanya masih berkerut-kerut.
“Waalaikumussalam, Ikmal! Alhamdulillah kamu ada! Kalau tak, tak tahulah mak cik apa nak buat!” suara Datin Rosmah kedengaran lega sekali.
“Kenapa ni, mak cik Ros? Saya tak faham!”
“Macam ni, mak cik nak mintak tolong dengan Ikmal. Please, kali ni aje!” rayu Datin Rosmah.
“Tolong apa, mak cik?”
“Tolong satukan Ida dengan Adli!”
“Ida?” soal Ikmal pelik. Terlupa yang nama Virus itu adalah Vanida. Iyalah, baru sahaja dia tahu tentang nama sebenar Virus. Selama mereka berkawan, tak pernah Virus memberitahu nama sebenarnya pada sesiapa pun.
“Ida..ermm..Virus lah!” ujar Datin Rosmah perlahan.
“Oh, lupa pulak saya nama si Virus tu. Maaf, ya mak cik! Ermm..apa yang boleh saya tolong?” Ikmal sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bersama-sama menjayakan rancangan Datin Rosmah.
Memang Ikmal tahu yang antara Virus dan Shuji masih belum ada apa-apa tanda bahawa hubungan mereka berkembang sebagai suami isteri. Masih seperti dulu, sahabat baik! Ikmal mahu sahabat-sahabatnya itu jatuh cinta antara satu sama lain. Dia mahu mereka sedar dengan takdir dan jodoh yang telah Allah tentukan dalam hidup mereka!
“Macam ni, Ikmal..kejap lagi, auntie kamu akan masukkan ubat tidur dalam makanan dia orang. Makanan pula akan dihidangkan di bilik kamu untuk memudahkan rancangan ni. Mak cik nakkan mereka tidur sama-sama atas satu katil sebagai permulaan hubungan mereka. Kamu kan kawan baik dia orang, so kamu tau dan nampak kan dia orang tak ada apa-apa progress pun. Mak cik risaulah. Kamu tau kan dia orang tu ego. Masing-masing nak tidur lain-lain tempat!” jelas Datin Rosmah panjang lebar.
“Err..mana mak cik tahu yang dia orang tidur lain-lain tempat?” tanya Ikmal dan dahinya berkerut-kerut lagi. Sengaja mahu mengorek cerita sebenar dari Datin Rosmah.
“Mak cik pernah terrr nampak..sebab dia orang tu bukan reti nak tutup pintu rapat-rapat time tidur! Risau mak cik tengok, sebab tu la mak cik rancangkan honeymoon dia orang. Tapi macam tak berhasil aje gayanya bila si Ida tu call mak cik tadi. Mengelak aje bila mak cik tanya pasal bulan madu dia orang!” terang Datin Rosmah lagi.
Nada suaranya begitu mengharapkan supaya Ikmal faham. Dia tahu, Ikmal boleh dipercayai kerana sudah lama dia mengenali pemuda itu dari anaknya. Lagi pula, Ikmal adalah sahabat baik Virus! Tentu dia akan sudi menolong.
“Hmm..okeylah mak cik! Saya pun teringin tengok dia orang bersatu hati!” Ikmal tersenyum akhirnya. Ikmal memang seorang yang memahami, berfikiran terbuka serta baik hati. Itulah sifat Ikmal yang dikenali oleh ramai orang disekelilingnya. Senang cerita, Ikmal memang seorang yang senang untuk dibawa berbincang.
“Argghhhh!!! Iskkk..” jerit satu suara menyebabkan lamunan Ikmal terhenti. Pandangannya tertumpu pada Virus yang terbangun. Mata gadis itu masih tertutup rapat. Dada Ikmal berdebar kencang saat ini. Janganlah aku makan pelempang si Virus malam ini! Ya Allah, niat aku baik..doa Ikmal dalam hatinya.
Mukanya mencemik dan kedua belah tangannya diangkat lalu disapukan ke mukanya. Mulutnya pula menghembus-hembus ke arah Virus ketika ini, berharap supaya Virus tidak cepat melatah apabila ternampak dia disitu.
Dengan pantas, tubuh Virus jatuh terbaring semula di atas katil tersebut lalu Ikmal menarik nafas lega. Rupa-rupanya Virus hanya mengigau! Ingatkan apalah!
Selamat aku..kesian kau, Shuji sebab dapat bini kuat mengigau macam ni. Boleh buat orang kena heart attack aje! Sempat lagi Ikmal bermonolog dalam hatinya. Seketika kemudian, Ikmal pergi memapah Shuji naik ke katil dan ditidurkan bersebelahan dengan Virus.
Sebelah tangan Shuji didepangkan, lalu kepala Virus diangkat dan diletakkan ke dada Shuji. Sebelah lagi tangan Shuji lantas dicapai oleh Ikmal dan diletakkan pada tubuh kecil Virus. Seakan memeluk Virus. Tangan Virus pula disilangkan ke tubuh Shuji, juga gaya memeluk. Wow! Romantiknya! Kata Ikmal dalam hatinya lalu tersengih-sengih lucu.
Tidak lama kemudian, Ikmal keluar dengan senang hati setelah memastikan bahawa semuanya sudah beres. Semoga mereka mempunyai perasaan kasih sayang selepas ini. Insya-Allah dengan izin-Nya!
SHUJI membuka matanya. Rasa mengantuknya, ya Allah! Hanya Engkau sahaja yang tahu betapa aku mengantuk! Macam nak sambung tidur pun ada jugak ni! Getus hati Shuji. Tiba-tiba mata Shuji terbeliak dan terpaku pada satu wajah yang sedang terlena didadanya.
Virus? Macam mana dia boleh ada dalam pelukan aku? Hati Shuji berdebar dalam diam. Wajah itu ditenung tanpa berkelip. Serta-merta fikiran Shuji kembali membayangkan Virus semasa memperagakan pakaian diatas pentas tadi. Anggun, cantik, jelita dan penuh bergaya. Teringat lagi senyuman manja gadis itu padanya tadi. Ahh! Segalanya sungguh mempesonakan.
Tanpa disedari olehnya, dengan menurut keinginan hatinya dia mendekatkan mukanya ke muka Virus. Dahi Virus diciumnya penuh kasih. Dadanya terasa begitu berdebar ketika bibirnya menyentuh dahi Virus. Shuji memegang dadanya merasai degupan pantas yang berlaku. Sahlah yang dia sudah jatuh sayang pada gadis itu dari dulu lagi tanpa dia sendiri sedari.
Hilang sudah rasa mengantuk yang dirasakan olehnya sebentar tadi. Kini biarlah dia menatap raut wajah Virus itu sepuas-puas hatinya. Sambil tersenyum, dia memeluk erat tubuh kecil Virus yang masih lena itu. Sesekali bibir gadis itu mengukir senyuman yang sukar untuk dimengertikan oleh Shuji. Bagai terasa akan kasih sayang yang sedang disalurkan pada Virus. Tiba-tiba..
“Huargghhh!! Makan budokk!!” jerit Virus tiba-tiba membuatkan Shuji terkejut macam kera kena tarik ekor. Tersentap jantungnya ketika itu lalu tangannya dilarikan jauh dari memeluk tubuh gadis itu.
Matanya terus mengintai muka Virus yang jelas masih menutup mata. Seketika kemudian, Virus kembali tenang dan kelihatan terlena semula. Tubuh Shuji dipeluknya kuat-kuat seperti sedang memeluk bantal. Nyatalah gadis itu mengigau. Apalah nasib aku kalau tiap-tiap malam dia mengigau macam ni time tidur! Nasib aku tak ada heart disease! Shuji berkira-kira dalam hatinya sambil menarik nafas lega.
Pelukan ditubuh Virus dikemaskan semula. Bahagia betul dirasakan dirinya ketika ini. Kalaulah Virus tahu apa yang dia rasai sekarang, tentu lagi bertambah bahagia hidupnya. Tetapi, mahukah Virus menganggapnya lebih dari seorang sahabat? Maklumlah mereka sudah biasa bersahabat sejak dulu lagi. Tentu Virus lebih suka berkawan dari bercinta dengannya.
Apa kata, kau lebihkan hubungan kau orang dengan menjadikan dia bukan lagi sahabat kau? Jadikan dia isteri kau secara official. Lagipun, dia isteri kau yang sah, Shuji! Kau ada hak pada dia! Suara hatinya berbisik sakan menyuruhnya bertindak. Tapi apa yang perlu dibuat olehnya ketika ini?
Perlahan-lahan Shuji mendekatkan wajahnya ke wajah mulus Virus. Comelnya bini aku ni! Sempat Shuji memuji Virus. Pandangannya tertumpu pula pada bibir merah Virus. Bagai ada magnet pada bibir mungil itu. Shuji memuncungkan mulutnya sambil matanya dipejamkan lalu perlahan-lahan dia cuba mengucup bibir Virus yang merah merekah itu.
Belumpun sempat terjadi apa-apa, Shuji terasa seperti mukanya dicengkam kuat. Matanya dibuka. Ahh! Bila masa dia terjaga ni? Shuji cuak melihatkan muka bengis Virus yang sedang mencengkam kuat mukanya.
Dalam hati Shuji sudah dilanda ribut tsunami tatkala ini. Janganlah si Virus ini mengamuk sudah! Ya Allah, aku berserah pada-Mu..aminn..Shuji menghembus ke muka Virus selepas berdoa. Mimik wajah Shuji ketika ini memang tak boleh blah!
“Kau..kau..haishh..I love you!” getus Virus dalam suara mamai lalu matanya terpejam semula. Mata Shuji terbuntang. Betulkah apa yang baru sahaja didengar olehnya?
She loves me????? She loves me?? Walaupun merasakan yang Virus mungkin mengigau, entah mengapa hati Shuji teruja. Hatinya bagai terpanggil untuk memeluk lagi tubuh Virus erat-erat. Tiba-tiba tangan Virus memegang kedua belah pipi Shuji pula. Mulut Virus mengukir senyuman manja sehingga mencairkan hati Shuji dan..
Cupp!! Sebuah ciuman hinggap dibibir Shuji dalam keadaan Virus yang tidak sedarkan diri. Mungkin mengigau juga ketika itu kot! Mata Shuji terbuka luas. Dia tersentak dengan tindakan refleks Virus itu. Lama dia membiarkan bibirnya bersatu dengan bibir gadis itu.
“I love you..I love you..” ujar Virus dalam nada yang mamai lalu meletakkan kepala dan tangannya ke dada Shuji semula. Senyuman mekar di bibir Virus tatkala itu. Mata Shuji terkebil-kebil, jantungnya bagai mahu meletup kerana debaran yang menggila.
“Sayang..I love you too..so much! Kalaulah sayang tahu betapa abang cintakan sayang..” ayat itu terkeluar dari bibir Shuji dengan nada separuh berbisik beserta senyuman bahagia. Serentak dengan itu, Shuji mengucup ubun-ubun Virus dengan penuh rasa cinta yang membuak-buak. Ya, dia sudah terlalu sayangkan Virus ketika ini. Kini, barulah dia merasa yakin dengan keraguannya selama ini.
Perasaannya selama ini bukanlah suatu perasaan yang remeh. Tetapi adalah kasih sayang yang telah diwujudkan oleh Allah hanya untuk gadis yang sedang terlena dalam pelukannya saat ini. Cuma dia yang bodoh selama ini kerana seboleh-bolehnya cuba mahu menyangkal perasaannya sendiri.
Pelukan dieratkan lalu Shuji memejamkan matanya kembali. Merasai kebahagiaan yang mungkin hanyalah sementara itu. Biarlah dia menghayati perasaan indah ini sepuas-puas hatinya. Akhirnya dia terlena dibuai mimpi indah bersama Virus.
SINAR matahari pagi menyuluh Bandaraya Korea yang sentiasa dingin. Orang ramai seperti biasa berpusu-pusu di tengah-tengah kotaraya itu. Ada yang ingin pergi ke tempat kerja, dan ada juga yang sedang berjalan untuk ke sekolah.
Virus membuka mata lalu menggosok-gosok kelopak matanya. Seketika kemudian, dia menggeliat panjang lalu bangun. Pandangannya jatuh ke katil seketika.
“Argghhhh!!” jerit Virus bagai nak gila apabila mendapati dirinya berada diatas katil bersama Shuji yang masih terlena disisinya. Shuji terus terbangun. Matanya sembab bagai orang tak cukup tidur dua hari.
“Apa yang kau jeritkan ni? Biol kepala otak aku yang baru nak berfungsi ni, bongok!” ucap Shuji spontan.
“Kau buat apa kat sini?! Turunnnnnnn..turun, turun, turun, turun!” bentak Virus dengan wajah merah padam. Tangannya terkial-kial sambil menunjukkan arah yang entah kemana.
“Apa kau merepek ni? Aku yang sepatutnya tanya kau. Kenapa kau boleh peluk-peluk aku semalam? Tiba-tiba aje..aku nak bergerak pun tak boleh tau sebab kau asyik tindih dada aku ni. Sakitnya dada..adoi laa..” ejek Shuji sambil mengurut dadanya.
Peristiwa semalam terpaksa dilupakan. Dia tahu, Virus tentu akan menjauhkan diri darinya jika dia memberitahu tentang perasaan cintanya pada gadis itu yang sudah mula berputik. Dia kenal Virus itu adalah jenis yang mementingkan persahabatan lebih dari segala-galanya.
Daripada dia tidak dapat bercakap langsung dengan Virus, biarlah dia memendamkan sahaja perasaan cintanya itu. Shuji tidak mahu jauh dari gadis itu. Biarkan dia terseksa dengan perasaan sendiri dari merana selamanya kerana tidak dapat mendekati Virus lagi.
“Peluk? Aku nak peluk kau? Hah! Pleaselah, Shujing! Aku takkan peluk kau la kambeng..tak ada selera aku nak peluk-peluk mamat kurus cekeding macam kau ni!” Virus sudah memulakan bicara celuparnya. Mukanya garang gila macam nak makan Shuji hidup-hidup! Shuji menelan liur melihatkan muka bengis Virus.
“Kau nak tengok picture yang aku ambik semalam? Kau nak tengok siapa yang peluk siapa?” ugut Shuji sambil cuba mencapai telefon bimbitnya. Padahal mana ada gambar pun, tetapi itu hanya gimik untuk membuatkan Virus percaya.
Muka Virus merah padam. Sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu bagaimana semua ini terjadi. Macam mana kalau betul aku yang peluk dia? Arghh..malu seyhh! Damn la Shujing! Cis cis cis! Gumam Virus dalam hatinya yang berbelah-bahagi. Virus cuba mengawal perasaan malunya di depan Shuji.
“Malas aku layan kau. Hanya Allah saja yang tau salah siapa! Allah tu maha Kaya..kalau salah kau, memang siaplah kau aku sumpah-sumpah! Sumpah kau jadi peti ais nak?” ujar Virus sambil menjeling Shuji yang meledakkan tawa sinis.
“Kau nak sumpah aku? Apa kuasa kau? Aku ni suami kau, aku yang berkuasa kat sini. Syurga kau, bawah kaki aku ni. Lantak akulah nak buat apa pun pada kau. Bukan salah pun, kan? Kita suami isteri yang sah! Aku ada hak ke atas kau..” kata Shuji sambil ketawa kecil. Lucu pun ada melihat muka Virus yang sudah mencebik sakan.
Virus memuncungkan mulutnya sambil menjeling Shuji. Betul jugak kata si Shujing tu. Cis! Suka, ya kau kenakan aku, Shujing?! Okey, ada ubi ada batas. Esok hari aku balas! Virus sempat berpantun-pantun pula dalam hatinya.
“Ehh..bila aku terpandangkan bilik ni, ini kan bilik Ikmal?! Apa kita buat kat sini???” Virus tiba-tiba terjerit kecil. Ya, dia terkejut mengapa dia boleh berada disini. Matanya merayap memandang sekeliling bilik tersebut. Bukan bilik hotel mereka!
Shuji juga bagaikan terpukul dengan kata-kata Virus lalu otaknya ligat berfikir. Semalam, dia tidak perasan kerana suasana bilik itu yang agak suram. Lagi pula ketika itu dia sedang asyik melayan perasaannya yang berbunga-bunga asmara.
Dahi Virus berkerut-kerut memikirkan segala kemungkinan. Seingat aku, semalam aku makan kat sini. Lepas tu..tiba-tiba aku mengantuk..then, what happen?? Arghh! Jaga kau, Ikmal! Tak habis-habis nak kenakan aku dengan si Shujing ni! Virus mengepal-ngepal penumbuknya sambil mengecilkan mata. Mulutnya berkumat-kamit dengan kata-kata makian. Lagaknya bagai samseng yang mahu menyerang musuh.
“Ikmal!!” Virus bersuara serentak dengan Shuji lalu masing-masing berpandangan. Shuji merenung wajah Virus apabila gadis itu sudah bangun dengan wajah geram dan melangkah ke bilik air. Hati Shuji memang sudah terikat. Jiwanya terasa kacau-bilau bila saja terpandangkan raut mulus itu.
Tangannya diletakkan ke dadanya seketika, merasai degupan jantungnya yang terasa pantas berdegup. Sayang..do you know that abang cintakan sayang sangat-sangat? Bolehkah sayang terima abang jika abang berterus-terang? I’m afraid of losing you..rintih hati Shuji keseorangan. Kelopak matanya berair sedikit ketika itu.
LANGKAH Virus begitu menggila menuju ke arah lif yang sedang terbuka. Dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menyerang Ikmal. Kalaulah dia berjaya dapatkan Ikmal, tahulah dia mengajar Ikmal itu cukup-cukup! Ahh! Tensionnya aku! Huargghhh..! Bentak Virus dalam hatinya.
Shuji mengejar Virus pantas. Lengan Virus pantas ditarik lalu tubuh Virus terdorong ke arah tubuh Shuji dan hampir bersatu dengan badan sasa Shuji itu. Mata Virus terbeliak. Dadanya menyanyikan lagu indah apabila matanya bertentangan mata dengan Shuji.
“Kau marah ke pasal peristiwa semalam?” soal Shuji separuh berbisik ke telinga Virus. Nada suaranya kedengaran lembut dan syahdu. Suasana terasa romantik dengan tiba-tiba.
“Hmm?” tanya Virus kembali. Bagai tidak memahami kata-kata Shuji. Dia cuba mengawal perasaannya yang berbunga-bunga. Sebenarnya dia tidaklah marah mana pun sebab peristiwa semalam. Entah mengapa, dia tidak boleh nak marah Shuji lama-lama sekarang ini.
Hatinya bagai ditiup angin dingin bila terpandang wajah kacak Shuji dan kata-kata lembut dari bibir itu. Kacak? Ahh..bila masa aku boleh fikir yang dia ni kacak? Gilakah aku sekarang? Kenapa aku asyik fikirkan benda baik-baik pasal dia ni? Kenapa jantung aku harus berdebar macam ni bila berdua-duaan dengan Shuji? Ya Allah..berikan aku petunjuk..Virus bermonolog dalam hatinya yang terasa bergegar kencang.
“Maknanya kau tak marah dengan akulah?” soal Shuji lagi.
“Sebab apa aku nak marah kau?”
“Sebab apa, ya? Sebab peluk kau..” kata-kata Shuji membuatkan muka Virus bertukar ke warna yang lebih merah. Pantas Virus menggeleng-geleng kepala. Kenapa ni? Kenapa aku tak marah ni? Argghh..! Virus berkata-kata dalam hatinya. Dirinya ibarat lembu yang telah dicucuk hidung ketika ini. Terlupa sudah amarahnya pada Ikmal.
Wajah Shuji berseri-seri ketika itu. Nampaknya dia mempunyai peluang untuk meluahkan perasaannya pada gadis itu, insya-Allah!
“Boleh aku peluk sekali lagi?” soal Shuji nakal. Wajah Virus cuba ditenung seteliti mungkin. Ingin mencari ketulusan dari raut comel itu.
Tiada kata-kata. Hanya debaran yang menanti apabila Shuji menghampiri tubuh Virus dengan perlahan-lahan.
Tingg!! Pintu lif terbuka. Auntie Zaharah kelihatan sedang keluar dari pintu lif tersebut. Tujuannya untuk menjenguk Virus dan Shuji, ingin mengetahui perkembangan rancangannya semalam. Matanya tiba-tiba terpaku pada sepasang manusia yang sedang berpelukan. Mereka langsung tidak menyedari keadaan sekeliling ketika itu. Masing-masing sedang hanyut dibuai asmara.
“Ehem!” Auntie Zaharah berdehem membuatkan Shuji dan Virus tersentak. Dengan pantas, Virus menolak tubuh Shuji kuat sehingga menghempap dinding koridor berkenaan. Malunya dia ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu!
Malu, malu, malu, malu giler! Arghh mana nak sorok muka aku ni agaknya? Argghh..tidakkkk!! Virus menunduk. Cuba menyembunyikan gelodak perasaannya yang menggila. Mukanya usah dikata lagi, merah menyala mengalahkan mata hantu raya!
Shuji mengerutkan dahinya menahan kesakitan di belakangnya. Ya Allah, ganasnya bini aku ni! Rintih Shuji dalam hatinya. Dia juga malu dengan Auntie Zaharah yang tiba-tiba muncul ketika itu.
Tiba-tiba kedengaran suara Auntie Zaharah yang sedang ketawa kecil. Mata Shuji dan Virus tertancap pada wajah bulat orang tua itu yang sedang tersenyum penuh makna.
Yes! Nampaknya rancangan Rosmah berjaya! Sorak hati kecil Auntie Zaharah. Bagai nak melompat pun ada juga ketika itu.
“Mesti kamu berdua dah lapar kan? Mak cik ada sediakan nasi lemak!” senyum Auntie Zaharah sambil memeluk tubuh. Wajah kedua anak muda dihadapannya ditenung penuh rasa gembira.

cayalah ikmal, auntie zaharah ngn datin ros!
ReplyDeletehahahahahahah giler lah deorg nih isk2
next pliz, xsaba plak nk tau hihihi
besh sgt mcm biaser :D
awk...best lo...nak lg...
ReplyDeletebgs tol da kwn leh adjust mana2 yg patut..hehe..awk mmg hbt ar...rsanyae awk pn lum kawen lg tp jln citer best...
-adil-
seyes bes...
ReplyDeleteble virus nk trima shujing...
xsaba tunggu dua2 da dpt trime antra satu ngan len....
mesty sweet sgt2 nnty...
bestla
ReplyDeletebagus tol dpt mak mcm 2
huhuhuhu....
sweet gilerr...
xsabar nk continue bacaaaa...
wahhhh...romantiknyeeee....tpi kalo derank kekal cenih smpi bile2 pun best gakkk...x mo tgk virus jd lmbuttttt....t derank dh x gdh2...x besttttt.heheheheh...
ReplyDeletecpt sikitnye...pleaseeee....x sabo2...tiap2 hari lps bgn tido.,..first thing to do on laptop bkk website nih...mmg dh addicted!
whoaaa..
ReplyDeletebesh gler...
shuji da ade rse cinta yg mendalam kat virus..
virus pon da ade rse bunge2 berguguran...
cume xconfess je lgi..
arrgghh..mesty sweet gler kalo dorang bebaek..
huhu..congras datin ros,auntie zaharah n ikmal..hehee..
nk lgiiii..
whoahh..bestnya..im so speechless!
ReplyDeleteperfect sgt ur story ni..
no cacat cela pon.
cume 'she loveS me' k..
congratz dtin ros and aunt zaharah!
lmbutnya aty shuji,sng die jth cinta..
tp si virus lak keras aty..
jgn lah si virus melasah si ikmal tu bila jmpe nnt..sian die..
nak lagie!
thx n congratz to u!
haha betol2..she loves me..taip smlm time nantok2 xperasan :P
ReplyDeletethx sbb sudi bace~ ^^
wow!! menulis time mengantuk??
ReplyDeletetapi ur criter is so briliant lah..
jalan criter amat2 menarik dan criter juge sangat2 rileks,,
mmg best sgt3 lah..
u very talented..
antar lah kat alaf 21 ker..
kan kwn2 semua kan?? hehehe =P
2 la...x sbr nk tggu nie...
ReplyDeletepenantian itu suatu penyiksaan..
ReplyDeletehukhukhukhuk :(
nak lagi cpt2..
sori if memakse ihihihi
very2 good job..
ReplyDeleteabsolutely perfect and no mistake!!
keep it up!
tol2..
ReplyDeletesokong cadangan syazrini..
awak ade bakat..
apa kata awak wat novel..
atleast peminat akan lebih kenal awak..
wah!! suka Ikmal !! Shuji mesti hensem !! waahh !! Sy boleh bayang dye dlm anime !! ^^
ReplyDelete