-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me
Showing posts with label Virus Vs Shuji. Show all posts
Showing posts with label Virus Vs Shuji. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Virus Vs Shuji 31 [END]



VIRUS menangis teresak-esak apabila tubuh kaku Shuji kini dibawa keluar dari bilik kecemasan. Masih terngiang-ngiang suara doktor yang memeriksa Shuji di dalam bilik kecemasan tadi.

“Maaf, puan. Kami tak berjaya selamatkan suami puan..bisa ular tu dah tersalur ke jantungnya dengan begitu pantas. Dia pun lambat dibawa ke hospital tadi..saya minta maaf sangat-sangat sebab tak berjaya selamatkan suami puan. Saya harap, puan dapat bersabar menerima dugaan dan takdir Allah ini..berdoalah pada Allah supaya roh suami puan tenang dan aman di sana..” ujar doktor berkenaan sambil menundukkan wajah dengan perasaan serba-salah serta sedih melihat nasib Virus.

Tersedu-sedan Virus ketika mendengar kata-kata doktor muda tersebut. Kakinya lemah lalu tubuhnya terus longlai jatuh terjelepok ke lantai. Virus menangis teresak-esak ketika cuba dibangunkan oleh mamanya yang juga tampak begitu sedih. Air mata orang tua itu juga turut mengalir ketika itu.

Dato’ Sharif dan Ikmal pula hanya membungkam sambil memeluk tubuh. Wajah-wajah mereka dihiasi kemurungan. Sudah tentulah mereka juga kesedihan dengan nasib Virus yang sudah kematian suami.

“Loveee…Lovee…Cinta terlalu sayangkan abanggg…kenapa abang pergi jugakk?? Cinta cintakan abang sangat-sangat..” rintih Virus sambil dipeluk oleh mamanya.

Wanita tua itu mengusap-usap belakang Virus. Tubuh kecil Virus itu terhenjut-henjut menahan esakan demi esakan yang semakin menjadi-jadi. Sungguh Virus merasai kepiluan hati yang tidak berpenghujung pada ketika ini. Jiwanya hancur lumat akibat dari kematian Shuji, lelaki yang teramat dia kasihi sepanjang hayatnya. Hanya Shuji cinta pertama dan terakhirnya.

Tiada lagi lelaki lain yang dapat menggantikan tempat Shuji yang begitu istimewa di dalam hati Virus. Seorang kawan baik dan juga seorang suami yang begitu penyayang. Virus menangis dan terus menangis menatap jasad kaku Shuji yang ditolak pergi oleh jururawat-jururawat bertugas. Air mata yang mengalir ketika ini tidak langsung dipedulikan. Biarlah air mata ini mengalir dan terus membanjiri wajahnya. Hatinya lebih pedih kerana terpaksa mencuba menerima kenyataan yang baru sahaja merubah seluruh hidupnya.

“Mama…kenapa dia sanggup tinggalkan Ida macam ni? Dalam keadaan macam ni? Kesian anak kami ni, mama. Tak dapat nak melihat dan mengenal ayahnya nanti. Apa yang Ida boleh cakap nanti untuk tenangkan hati anak kami nanti, ma? Mesti dia teringinkan seorang ayah sepertimana kawan-kawan dia yang mempunyai ayah…kenapa Abang Adli sanggup pergi tinggalkan kami macam ni, ma?” air mata Virus terus sahaja deras ke pipi.

Dia hanya membiarkan mamanya menyeka air mata di pipinya. Matanya memandang sayu ke halaman wajah mamanya. Hatinya terasa perit dan kesakitan di dalam hatinya ketika ini terasa begitu menggigit-gigit. Sungguh Virus tidak dapat menerima kenyataan ini. Shuji pergi terlalu mendadak dan terlalu cepat! Virus masih mahu menggenggam tangan lelaki itu erat-erat serta memeluk tubuh suaminya itu kuat-kuat merasai bahang cinta dari lelaki itu. Sungguh, dia tidak puas menikmati semua itu walaupun berjuta tahun dia bersama Shuji.

“Sabarlah, Ida. Jangan menyalahkan Adli pergi. Jangan juga menyalahkan takdir Allah. Setiap yang bernyawa, pasti akan mati juga suatu hari nanti. Antara lambat dengan cepat aje, nak..mungkin Allah lebih menyayangi Adli. Sebab itulah Allah mengambil dia dulu..Ida bersabarlah, ya sayang?” Datin Rosmah mengusap rambut ikal Virus yang sudah sedikit panjang hampir ke paras bahu. Dia mengucup ubun-ubun kepala anak perempuannya itu sepenuh kasih dan rasa simpati yang berlimpah-ruah.

“Ma, Abang Adli tu baik kan? Dulu, masa dia jadi kawan Ida..kami selalu bergurau-gurau bersama..kalau nak mengorat awek cun pun, Ida yang tolong bagi ayat kat dia. Dia selalu aje kena ketuk kepala dengan Ida tau. Tapi dia langsung tak ambil hati dengan perangai Ida yang panas baran dan suka mengenakan dia tu, ma. Dia baik sangat dengan Ida. Bila dah kahwin pun, dia baik dengan Ida..dia seorang yang penyabar, pemaaf dan penyayang. Mama, Ida takut nanti Ida rindukan dia, ma..sekarang ni pun Ida dah rasa macam tak tahan sangat. Nak mati aje rasa, tapi Ida tahankan juga rasa sedih dan pilu ni mama..” rintih Virus lagi dengan esakan kecil. Badan mamanya yang agak gempal itu dirangkulnya erat. Dia menahan perasaan sedihnya sambil cuba bertenang. Mamanya hanya terangguk-angguk tanda memahami butir bicaranya tadi.

“Sudahlah tu, Ida. Jangan menangis lagi. Yang pergi selama-lamanya tu, takkan kembali lagi. So, tak berguna kalau kamu menangis-nangis macam ni pun..papa tak mahu tengok Ida menangis lagi. Tabahkan hati, okey?” Dato’ Sharif mula bersuara, memecahkan suasana sedih yang menyelubungi kedua anak beranak di hadapannya itu.

“Tapi, papa..Abang Adli dah pergi. Kenyataan tu terlalu pahit untuk Ida telan, pa..” tangis Virus lagi, dia kini melonggarkan pelukan di tubuh mamanya lalu mendongak memandang papanya yang sedang tegak berdiri menyandar pada dinding. Datin Rosmah menyeka air mata yang masih laju mengalir di pipi satu-satunya anak perempuannya itu.

“Itulah papa cuba terangkan supaya kamu tu faham. Orang yang dah dijemput Allah, takkan kembali lagi dah. Papa nak Ida belajar menerima kenyataan ni, ya sayang? Pada tak mahu lagi Ida bersedih macam ni..” pujuk Dato’ Sharif lagi, membuatkan mata Virus kembali galak berair. Memikirkan yang dia tidak dapat lagi melihat Shuji dan terus bersama lelaki itu, dia sebak semula. Mana mungkin dia menerima kenyataan ini buat masa sekarang. Semuanya terlalu pantas berlaku tanpa Virus sendiri sedari. Shuji tiada lagi dalam hidupnya? Sesuatu yang sungguh tidak dapat diterima olehnya pada waktu dan ketika ini.

Virus kembali membayangkan saat-saat Shuji dipatuk ular tedung petang tadi di depan mata kepalanya sendiri. Kalaulah dia tidak berjalan jauh ke dalam kebun berkenaan, sudah tentu Shuji kini masih bersamanya. Mereka mungkin sedang bergembira dan berbahagia ketika ini. Ya, semua ni adalah silapnya kerana pergi jauh ke dalam kebun mempelam berkenaan. Semuanya yang berlaku adalah salah aku! Virus menyalahkan diri sendiri.

“Semua ni salah Ida, mama, papa! Kalau Ida tak menggedik sangat nakkan buah mempelam tu, tentu Abang Adli takkan dipatuk ular. Mesti dia masih hidup, ma..pa..semua ni salah Ida!!” jerit Virus sambil meronta-ronta sendirian. Datin Rosmah memegang bahu anaknya lalu memeluk tubuh itu erat-erat. Dia bimbangkan kandungan Virus ketika ini.

“Bawakkan bersabar. Ingatkan Allah, nak..semua yang berlaku ni bukan salah sesiapa pun. Ini dah takdir ketentuan Allah. Dia nak menguji iman kita semua, orang-orang yang menyayangi Adli. Dan Allah juga lebih sayangkan dia, nak..terimalah kenyataan ni walaupun payah untuk kamu terimanya..” Datin Rosmah pula bersuara sambil menepuk lembut bahu Virus yang masih menangis tidak henti-henti. Dato’ Sharif melepaskan keluhan panjang lalu memandang Ikmal. Lelaki itu lebih suka membungkam seribu bahasa.

Ikmal sebenarnya berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku. Dan dia menyalahkan dirinya kerana boleh membiarkan Virus seorang diri menjolok mempelam sedangkan dia masuk ke dalam rumah, boleh tertidur nyenyak. Kalaulah dia tidak masuk ke dalam rumah ketika itu, tentu Shuji masih lagi bernyawa saat ini.

“Mal, pak cik nak bincang sesuatu ni. Boleh, kan?” tegur Dato’ Sharif lembut, membuatkan Ikmal tersentak dan terpaku pada seraut wajah tua di hadapannya itu. Ikmal mengukir senyum pahit.

“Boleh, pak cik. Bincang tentang apa?”

“Pasal nak uruskan jenazah arwah Adli. Boleh tak kamu beritahu kawan-kawan terdekat yang mana kenal dengan Adli. Keluarga dia di kampung, jangan lupa jugak bagitau..” pesan Dato’ Sharif dengan wajah tenang.

Ikmal hanya mengangguk-angguk lemah. Terbayang wajah Shuji yang tersenyum dan tertawa. Memang Shuji sahabat baiknya dunia akhirat. Sejak dulu, dia tidak punyai kawan-kawan rapat. Tetapi Shuji dan Virus? Merekalah sahabat baiknya dunia akhirat. Kini, tanggungjawab menjaga Virus akan dia pikul demi menebus rasa bersalahnya pada Shuji. Kelopak mata Ikmal mulai berair namun dia menahan air mata tersebut dari gugur ke pipinya.

Namun dengan tidak semena-menanya, lagu kumpulan Hijjaz – Kau Sahabat Kau Teman tiba-tiba bermain-main di fikiran Ikmal. Ikmal terkedu dan terkelu. Jiwanya perit apabila teringatkan lirik lagu tersebut mengenai kehilangan seorang teman baik.





Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati


Air mata Ikmal kini gugur juga setitis ke pipinya. Dia menahan sebak yang terasa menyengat tangkai hatinya. Dengan menarik nafas sedalam-dalamnya, Ikmal cuba bertenang. Dia tidak boleh menjadi lemah. Virus adalah tanggungjawabnya selepas ini. Jika dia lemah, Virus akan berlipat kali ganda lemah. Dia perlu menggembirakan hati Virus seboleh mungkin. Aku takkan sekali-kali mengecewakan Shuji. Aku bersalah kerana menyebabkan kematian Shuji. Aku perlu memikul tanggungjawab ini!

“Mal, kamu tak apa-apa?” soal Dato’ Sharif dengan wajah prihatin. Dia ternampak Ikmal mengelap air mata seketika tadi.

“Saya tak apa-apa, pak cik. Saya pergi dulu, banyak jugak orang yang saya kena contact ni..” Ikmal mengukir senyum pahit lagi. Dia mengangguk-angguk lemah.

Mata Ikmal melirik Virus dan Datin Rosmah yang sedang duduk di kerusi menunggu. Virus masih menangis tanpa henti dengan ditenangkan oleh mamanya. Maafkan aku, Virus. Sebab buatkan hidup kau derita macam ni. Semuanya salah aku! Ikmal terus menyalahkan dirinya.

“Err…psstt..” tegur seseorang dari arah belakang Ikmal. Bahu Ikmal dicuit lembut. Macam nak kenal suara itu. Ikmal menoleh pantas.

“SHUJI??!!” teriak Ikmal kuat. Dia bagaikan tidak percaya melihat orang yang sedang selesa duduk di kerusi roda di hadapannya kini. Serentak dengan itu, Virus, Datin Rosmah serta Dato’ Sharif juga terus mengalihkan pandangan ke arah Shuji. Mereka nyata tergamam serta tidak percaya melihat Shuji yang masih hidup. Virus hampir pengsan apabila menatap wajah Shuji di hadapannya. Bagaikan sebuah mimpi indah. Virus menampar pipinya. Sakit! Memang ini bukanlah suatu mimpi. Virus sudah berasa gembira namun dia tetap pelik dengan keadaan ini.

Shuji berwajah pelik. Memang dia pelik. Kenapa keluarganya menangis-nangis macam tu agaknya? Takkanlah sebab dia kena patuk ular aje, mereka sedih sampai macam tu sekali kot? Shuji tertanya-tanya. Dia cuba menebak apa yang berada di hati kesemua insan kesayangannya itu, namun gagal menjumpai sebab mengapa mereka begitu sedih ketika itu.

“Kenapa dengan semua orang ni? Kenapa sedih macam ni? Takkanlah saya kena patuk ular pun mama dengan papa juga nak sedih-sedih macam ni? Saya okeylah mama, papa..kau ni pun satu, Mal! Kenapa sedih ni? Aku belum mati lagilah! Cinta pun sama! Abang terharu Cinta menangis-nangis risaukan abang. Tapi, abang betul tak ada apa-apa ni..” Shuji tersengih apabila semua mata memandang ke arahnya.

“Tapi..tapi..tadi tu?” suara Ikmal mulai tenggelam timbul. Dia sangat pelik dengan kejadian ini. Shuji mengangkat kening, menunggu kata-kata seterusnya dari Ikmal.

“Virus! Tadi kau ada selak kain tengok muka orang atas troli yang kita sangkakan Shuji tu?” soal Ikmal was-was.
Virus membuntangkan matanya. Ya Allah! Betullah aku tak ada selak pun tadi! Maknanya orang tadi tu bukan Shujilah? Virus kini berbunga-bunga gembira. Shuji masih hidup! Apa lagi yang boleh menggembirakan hati wanitanya selain daripada mengetahui bahawa dia masih boleh bersama-sama insan kesayangannya itu? Ah, Virus tersangatlah bahagia kini. Dia mengesat air mata di pipi lalu berlari mendapatkan Shuji yang sudah mendepangkan tangannya. Dia memeluk tubuh sasa Shuji dengan perasaan terharu. Shuji masih hidup! Alhamdulillah. Aku bersyukur pada-Mu..

“Eh, chopp..chopp!! Apa semua ni?” soal Shuji dengan wajah seposen. Dia masih tidak dapat mengagak apa yang berlaku. “Someone please explain to me?”

“Ah, tak ada apa-apa jugak ni, Adli. Si Ida ni ingatkan kamu dah mati. Dia yang mula-mula menangis tadi lepas nampak ada troli yang jasadnya tertutup keluar dari bilik kecemasan. Kami pun ingatkan kamu dah mati..” jelas Dato’ Sharif dengan wajah lega. Syukurlah Shuji masih hidup.

“Laa..saya tadi dah dipindahkan ke wad biasa. Doktor tambah air sikit..dah boleh keluar pun ni. Doktor tu cakap, ada orang dah ambil tindakan pantas mengikat betis saya sebelum bisa ular tu merebak..so, saya bernasib baik sebab terselamat. Semuanya sebab isteri saya dan Ikmal yang bertungkus-lumus menyelamatkan saya..” terang Shuji dengan senyuman yang mekar. Dia bahagia dipeluk manja oleh Virus. Wanita itu seakan tidak mahu melepaskan dia.

“Cisss..!! Kau ni Virus!! Belum apa-apa, dah menangis-nangis. Aku ingatkan betullah si Shuji yang berada atas troli tu tadi! Cis kau ni! Buatkan jantung aku nak luruh aje bila nampak Shuji hidup lagi! Ingatkan tadi hantu…heeee…nasib baik aku tak ada contact sesiapa lagi beritahu pasal Shuji..” Ikmal geram dengan Virus. Siapa yang tidak geram?

“Habis tu tadi tu doktor tu cakap apa? Tak betul kata-kata doktor tadi?” Datin Rosmah pula kini tertanya-tanya. Dato’ Sharif juga terangguk-angguk setuju dengan soalan isterinya.

“Aku tak gilalah!! Kau oranglah yang gila!! Aku ni doktorlah!! Doktorrrr…tahu tak apa itu doktor?! Kerja aku selamatkan orang sakit!” tiba-tiba terdengar suara kuat orang dari arah bertentangan mereka. Kesemua mereka memandang ke arah itu.

“Eh, tu kan doktor tadi!” Virus mula menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang dipaut oleh dua orang jururawat lelaki. Mereka memegang kuat lengan lelaki berkenaan yang sedang meronta sakan.

“Doktor?” panggil Ikmal sebaik sahaja lelaki yang dipegang dua orang lelaki tadi berlalu melepasi mereka.

“Maaf, encik. Dia ni sakit mental..kami baru nak bawak dia dan tempatkan dia di hospital sakit mental. Sorry, dia ada menyusahkan encik ke?” getus salah seorang jururawat lelaki berkenaan. Ikmal menggeleng-geleng dan mengucapkan terima kasih lalu jururawat tadi pun terus berlalu membawa orang gila berkenaan.

Ikmal terangguk-angguk pula kini. Fahamlah dia mengapa ‘doktor’ berkenaan boleh membuat kesimpulan tentang Shuji yang telah meninggal dunia. Patutlah awal tadi jururawat-jururawat dekat troli yang mempunyai jasad seseorang yang disangka Shuji ditolak pergi dengan selamba sahaja. Rupanya mereka juga tidak tahu bahawa ‘doktor’ ini adalah orang gila sebenarnya. Si Virus pun satu! Tak menyiasat terlebih dahulu, terus aje buat kesimpulan! Omel Ikmal sendirian. Gayanya sudah seperti seorang penyiasat!

“Kau ni kan Virus! Lain kali tu, siasatlah dulu!” bentak Ikmal sambil membuat wajah geram.

“Betul tu, Ida! Kamu ni buatkan mama rasa hancur luluh aje hati tadi. Sedih tau bila bayangkan kamu tu yang tak berlaki. Baru mama pasang niat nak suruh Ikmal kahwin dengan kamu tadi!” Datin Rosmah cuba mengugut. Virus, Shuji dan Ikmal terus tergamam mendengar kata-kata Datin Rosmah itu.

“No!!!” serentak pula Virus, Shuji dan Ikmal bersuara, membuatkan Datin Rosmah dan Dato’ Sharif tertawa riang. Syukurlah, ya Allah. Kini semuanya sudah menjadi baik. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan..




“AHH!! Aku tak kira. Kali ni, kau kena belanja karaoke! Aku nak melalak ni. Geram betul aku dengan kau. Tak boleh belasah kau, aku nak melalak lepaskan geram..” Ikmal mulai memandang tajam ke halaman wajah Virus. Pertama kalinya Virus menelan liur melihat wajah serius Ikmal itu. Tentu sahabatnya itu marah betul. Virus tersengih-sengih sendirian sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia memandang Shuji, lelaki itu hanya menjongket bahu.

“Ya lahhh…jom!” balas Virus malas.

Lamunan Virus mengenai ajakan Ikmal tadi tiba-tiba mati apabila terdengar jerit pekik Ikmal yang sedang melalak menyanyikan sebuah lagu rock kapak. Wah, tension benar nampaknya si Ikmal! Mana tidaknya, mati-mati dia ingatkan Shuji benar-benar sudah mati. Sedihnya hati Ikmal ketika itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ikmal masih tidak berpuas hati setelah sejam melalak seorang diri diperhatikan oleh Virus dan Shuji.

“Virus! Sejam lagi, please!” laung Ikmal menggunakan mikrofon. Virus menekup telinganya dengan muka nak termuntah. Hah! Jangan pula Virus muntah time-time sekarang ni. Nanti aku juga… Shuji mulai risau apabila terpandangkan Virus yang mulai meloya.

“Cinta! Jangan muntah kat sini..aduh, waduh waduh waduhhh!” Shuji cemas. Dia bimbang dia juga termuntah sama nanti. Virus tetap dengan mimik nak termuntah. Shuji semakin kecut perut..

“Blueekkk!! Aku saje buat muka macam nilah! Love, kau tertipuuu!!” balas Virus dengan wajah yang ceria. Dia suka apabila mengenakan Shuji. Shuji mencemik geram. Kerusi roda yang masih didudukinya ketika ini di betul-betulkan kedudukan supaya menghadap skrin TV.

“Ahh! Aku pun nak menyanyilah, Mal! Jangan kau konker seorang diri kau!” bentak Virus dengan wajah tidak puas hati. Dia sudah tak dapat menahan perasaan ingin menyanyi. Dia merampas mikrofon dari tangan Ikmal lalu memilih lagu kegemarannya.

Virus menyanyi melalak-lalak sama seperti selalu ketika mereka datang melepak disini suatu waktu dulu ketika mereka bertiga masih bergelar kawan baik. Shuji dan Ikmal memandang dengan wajah tidak percaya. Hampir ternganga mulut mereka ketika ini.

Tiba-tiba, nyanyian Virus terhenti. Dia kini berwajah nak termuntah. Shuji buat tidak endah, sangkanya Virus ingin bermain-main dengannya seperti tadi. Dengan tidak semena-mena, dia juga seperti terasa loya. Ini sudah sah-sah, Virus memang betul-betul nak termuntah. Shuji cuba bangun dari kerusi rodanya, dia rasa okey pulak kakinya. Tiada lagi kebas-kebas. Berkesan betul ubat yang doktor berikan padanya. Dia langsung tidak berasa sakit.

“Eh, kau okey tak ni Shuji?” Ikmal bertanya dengan muka risaunya.

“Tak apa, aku okey..” jawab Shuji dengan wajah penuh yakin. Dia memegang bahu Virus kemas-kemas lalu tubuh isterinya itu dirapatkan ke badannya.

Dia segera memapah Virus keluar dari bilik karaoke berkenaan, menuju ke bilik air perempuan. Shuji ingin membawa masuk ke bilik air lelaki, tetapi dia tidak mahu Virus menyaksikan perkara pelik-pelik pula didalam tu. Maklumlah, lelaki kalau buang air kecil mana masuk ke dalam tandas pun. Sekadar melepaskan di tempat yang disediakan di luar itu sahaja.

“Tepi, tepi…bini aku nak muntah. Maaf, cik. Boleh ke tepi sikit? Sebab saya pun dah rasa nak termuntah ni..” kata Shuji dengan rasa loya tekak yang sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi dah. Kepalanya di dekatkan ke dalam sinki. Dia terus memuntahkan segala isi perut berserentak dengan Virus di sebelahnya yang turut muntah.

Habis berlari keluar semua perempuan-perempuan di dalam bilik air tersebut. Nasib baiklah semuanya berpakaian lengkap ketika itu. Kalau tidak, sudah tentu Shuji akan dibelasah cukup-cukup oleh semua perempuan-perempuan kat dalam tu.

“Mak aii!! Cinta!! Kan dah muntah! Tengah hamil tu ada hati lagi nak bernyanyi melalak-lalak sakan kenapa? Kan dah susah ni!” bebel Shuji sambil memapah Virus keluar dari bilik air setelah wanita itu bertenang.

“Ala, sekali sekala bukannya selalu pun. Lagipun, darah Cinta menggelegaklah bila tengok dia menyanyi sorang-sorang tak ajak pun..” Virus mencemik geram mengenangkan Ikmal yang tadinya bernyanyi seorang diri.

“Dah, dah.. cakap nak berubah, kan? Dah janji hari tu, tak ingat?”

“Iyaaaaaa…tahulah Love oiii…my Love, I love you, Love..so much! I really can’t live my life without you in it…” ucap Virus sambil mencium pipi Shuji semahu-mahunya. Manja betul Virus ketika ini, membuatkan Shuji tersenyum nakal. Dia menarik tubuh Virus ke suatu sudut yang agak tersembunyi lalu memeluk tubuh wanita itu erat-erat dari arah belakang. Dia mencium tengkuk Virus sepenuh kasih.

Sedang mereka sedang asyik berpelukan itu, kedengaran suara orang yang sedang bercakap-cakap.

“Assalamualaikum..kami dari Jabatan Agama Islam Selangor. Kami ada buat rondaan sekitar kawasan pusat hiburan kat sini..anda berdua ni dah berkahwin ke? Kenapa duduk berdua-duaan kat sini? Berpelukan macam ni?” soal lelaki berkopiah tersebut dengan wajah curiga.

Virus dan Shuji berpandangan sesama sendiri lalu menarik sengih bersama-sama. Lelaki berkopiah tadi sudah pelik memandang wajah pasangan di hadapannya itu. Bagai ada sesuatu yang disembunyikan aje ni?

“Encik, untuk pengetahuan encik, kami dah pun berkahwin. Nak ada anak dah pun ni. Kalau encik tak percaya, ini buktinya. Ada kad kahwin kami…” balas Shuji sambil menyerahkan sekeping kad kepada lelaki berkopiah tadi. Virus tersenyum lebar sambil memaut lengan Shuji manja. Bestnya kahwin ni, sesiapa pun tak boleh nak kata apa-apa kalau terjadi perkara macam ni. Semuanya halal dan sah! Virus tersengih-sengih berangan seorang dirinya.

Shuji dan Virus tertawa kecil selepas lelaki berkopiah tadi berlalu pergi dengan tangan kosong. Mereka tidak dapat menangkap sesiapapun pada waktu ini.

“Love, ingat tak macam mana kita kahwin dulu? Kena tangkap basah jugak…” ujar Virus.

“A’ah, betul tu. Tapi semua tu ada hikmahnya. Bukan salah kita pun, kan? Tapi salah Cintalah. Dah tahu perempuan, nak jugak tidur kat rumah lelaki..” ejek Shuji sambil mencuit hidung Virus dengan manja.

“Hey, siapa yang terhegeh-hegeh ajak time tu? Abang dengan si Ikmal mangkok ayun tu jugak..ajak main game barulah konon! Pirahhh…” protes Virus dengan mulut muncung sedepa.

“Iyalah, memang pun salah abang dengan Ikmal..” Shuji tertawa kecil sambil mengeratkan pelukan. Dia mencium pula dahi Virus semahu-mahunya, sepenuh kasih sayang. Virus juga tersenyum kini. Bahagia dirasakannya. Shuji mengusap perut Virus yang masih kecil itu.

“Anak papa…papa sayangkan mama kamu ni sangat-sangat…” bisik Shuji perlahan ke telinga Virus, membuatkan Virus terus memekarkan senyumannya.




TIGA TAHUN berlalu..

“BATRISYIA Insyirah!! Mama cakap, ke sini kamu!!” teriak Virus dengan wajah marahnya. Siapalah yang tidak marah melihatkan kenakalan anaknya? Adakah patut anaknya itu mahu memancitkan tayar kereta orang dekat tepi jalan? Penampilan anaknya itu juga tak ubah seperti penampilannya ketika menjadi tomboi dulu.

Virus kini mengeluh panjang apabila panggilannya tidak langsung dipedulikan oleh anaknya. Sudahlah dia kini sedang sarat mengandungkan adik kepada Batrisyia setelah 3 tahun dia tidak mengandung. Ah, penatnya ingin mengawal Batrisyia yang sudah mula menunjukkan perangai nakal. Pening kepalanya ketika ini!

“Loveeeee..tolonglah tengokkan si Batrisy ni…Cinta dah penatlah, bang..” panggil Virus dengan suara yang mengah. Penat betul dia kerana perut yang makin membesar itu. Rambut ikalnya yang sudah panjang separas pinggang itu diikat satu. Dia mengelap peluh yang mulai memercik di dahinya.

“Mana dia?” tegur Shuji yang baru muncul dari muka pintu.

Mereka kini sudah berpindah ke rumah sendiri. Shuji tidak mahu terus tinggal di rumah keluarga mentuanya. Dia tidak mahu orang mengata dia hanya mahu menumpang tinggal disana. Bukanlah kerana dia tidak sudi tinggal disana sebenarnya. Shuji sempat memegang pipi isterinya dan mengucup dahi wanita itu. Virus hanya tersenyum bahagia. Shuji adalah suami yang baik. Suaminya selalu membantunya membuat kerja-kerja rumah sebaik sahaja balik dari kerja. Kalau hari-hari cuti pula, suaminya itu akan membawa mereka sekeluarga keluar makan angin.

Shuji berjalan mendapatkan Batrisyia lalu mendukung anaknya itu. Dia sempat menggeletek perut Batrisyia sebelum memeluk tubuh anak kecil itu sepenuh kasih. Diciumnya pula kepala anaknya sambil mengukir senyum manis pada Virus yang memerhati sedari tadi. Virus kini sudah berubah. Dia sudah menjadi seorang wanita sejati yang lemah-lembut serta penyayang. Cuma satu sahaja yang masih sukar diubah. Perangai cepat marahnya itu. Tetapi, perangai barannya itu tidaklah teruk mana pun. Dia lebih tegas terhadap anaknya, berbanding Shuji yang suka memenangkan Batrisyia.

“Tadi mama datang melawat. Dia cakap, dia nak tidur sini malam ni. Dia risaukan Cinta..dia nak jaga Cinta macam dulu-dulu time Cinta mengandungkan Batrisyia..” ujar Virus dengan senyuman. Shuji kini kembali ke dunia nyata apabila kata-kata Virus tadi memecahkan lamunannya.

“Oh, baguslah tu. Mama memang rajin betul datang jaga Cinta. Taklah abang risau sangat kalau ada orang yang jaga makan minum Cinta kat rumah ni..” Shuji tersenyum sambil meletakkan Batrisyia ke pangkuannya setelah dia melabuhkan punggung di sebelah Virus.

“Mama! Batrisy nak susu…” rengek Batrisyia manja, kata-katanya masih belum petah. Virus tersenyum lalu ingin bangun. Belumpun sempat Virus mengangkat punggung, Shuji terus menahan.

“Biar abang aje yang buatkan susu si Batrisy ni. Cinta duduk sini jaga dia kejap, okey?” getus Shuji lalu terus menghilang semula ke dalam perut rumah.

Batrisyia mula berlari-lari anak di sekeliling taman mini di halaman rumah mereka. Virus memerhatikan gelagat anaknya itu dengan hati yang senang. Senang hati kerana mempunyai seorang anak yang sungguh comel, seorang suami seperti Shuji dan juga bakal memperolehi seorang lagi anak selepas sebulan lagi usia kandungannya ini. Segala-galanya begitu indah dan sempurna kini. Virus tersenyum sendirian apabila Batrisyia kini sedang menari-nari gembira di hadapannya.

Memang sungguh comel si cilik ini. Tengoklah anak siapa? Anak aku jugak! Macho pun macam aku jugak masa dulu-dulu..eh, macho? Virus memandang gaya yang sedang dibuat anaknya. Ya Allah! Gaya dah macam lelaki! Adakah patut anaknya membuat aksi seperti orang angkat berat? Dahlah anaknya itu suka betul menonton rancangan WWF bersama Shuji! Oh, tidakk..kata Virus dalam hati. Rupanya beginilah perasaan Datin Rosmah apabila dia berperangai seperti tomboi selama ini.

“Batrisy! Mama dah cakap, kan? Jangan buat gaya macam orang lelaki! Cubalah jadi perempuan macam mama ni..” bentak Virus tiba-tiba, membuatkan Batrisyia mencemik bibir. Muncung mulutnya ketika itu. Mak aii!! Dia ada skill aku masa bertengkar dengan mama dulu-dulu. Sah! Memang dia dah ikut-ikut perangai aku dulu! Virus berkata-kata di dalam hati lalu menggeleng-geleng kecil.

“Kamu ke sini! Jangan sampai mama cubit pipi tembam kamu tu!” ugut Virus sambil bangun mengejar Batrisyia yang berlari-lari anak sekeliling taman berkenaan. Penat betul Virus mengejar Batrisyia. Dia tidak mampu lagi lalu terduduk ke atas rumput yang menghijau. Dia berbaring seketika melepaskan lelah sambil memegang perutnya yang besar. Mulutnya tercungap-cungap kerana terlalu penat.

Batrisyia menghampiri mamanya lalu turut berbaring di sebelah. Virus tersenyum memandang wajah Batrisyia yang sedang galak mengukir senyum padanya.

“Mama penat, ya?” Batrisyia tersenyum-senyum sambil merapatkan diri ke tubuh mamanya. Virus tersenyum lagi lalu memeluk erat tubuh kecil Batrisyia. Bahagianya dia rasakan.

“Hai, seronok nampak? Boleh join?” Shuji tiba-tiba datang lalu turut sama berbaring di sebelah Virus. Virus tersengih memandang wajah suaminya yang sedang merenung ke segenap wajahnya.

Virus mencium pipi Shuji bersama segaris senyuman yang mekar. Kali ini giliran Batrisyia pula yang mecium pipi papanya. Shuji begitu terharu lalu turut mengucup dahi Virus dan kemudiannya beralih kepada kedua belah pipi anak perempuan kesayangannya itu. Akhir sekali, Shuji mengucup perut Virus yang kian membesar itu sepenuh perasaan cinta dan sayang yang berbunga-bunga. Sungguh, dia begitu berbahagia kini. Segala-galanya yang dikurniakan oleh Allah kini terlalu indah buat dirinya. Sebuah keluarga yang bahagia. Cukup bahagia! Alhamdulillah…



p/s : alhamdulillah dah TAMAT! harap ending ni memang ending yg bole buatkan korang puas hati... :) sile komen pada overall jugak yer :P

[Overall?]

:) :) :) :) :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 5/03/2011 12:52:00 AM 27 komen diaorang
Labels: Virus Vs Shuji

Monday, May 2, 2011

Virus Vs Shuji 30




DUA bulan berlalu…

“Baik-baik jalan tu, Cinta! Kenapa gopoh sangat ni?” bebel Shuji apabila ternampak langkah Virus yang sedang laju menuju ke ruang dapur. Dah macam gorilla kelaparan sahaja lagak isterinya itu. Kasar betul perwatakannya sehingga sekarang masih susah untuk diubah. Mana tidaknya, bau asam pedas masakan Datin Rosmah kuat menyerbu ke hidung Virus sejak tadi lagi. Rasa mengidam Virus sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.

“Ala, suka hatilah nak jalan macam mana pun. Love ni, kan…risau sangat ni kenapa? I’m okay..heee..” ujar Virus dengan wajah serius.

Dia terus duduk di kerusi di ruang dapur berkenaan sambil memerhatikan gelagat mamanya yang sedang sibuk memasak asam pedas yang tiba-tiba sahaja menjadi kegemarannya sejak dua menjak ini. Dulu, manalah dia sukakan asam pedas. Katanya masam dan pedas sangat. Kini mamanya itu selalu memasak asam pedas itu kurang pedasnya pulak. Itulah yang membuatkan Virus terliur.

“Cinta tu kan tengah mengandung. Jagalah diri dan kandungan tu elok-elok. Risau abang dibuat Cinta kalau hari-hari macam ni. Nak pergi kerja pun rasa tak senang hati, tengah buat kerja pun rasa macam nak balik rumah jenguk keadaan Cinta aje, tahu?” leter Shuji lagi namun Virus hanya memekakkan telinganya sambil bernyanyi-nyanyi kecil.

Virus sudah bosan sebenarnya. Sejak doktor mengesahkan mengenai dia yang sudah hamil beberapa hari yang lepas, Shuji dan Datin Rosmah kini bagai dah menjadi bodyguard tetap dah, kemana aje Virus pergi dia orang pasti akan ikut. Sampaikan naik rimas Virus kadang-kadang tu.

“Ida! Suami kamu cakap apa tadi? Cubalah hormat sikit dengan suami. Jadi perempuan sejati dan juga seorang isteri solehah, tak boleh ke?” kali ini Datin Rosmah pula yang membebel, mengundang anggukan demi anggukan dari Shuji. Dia mengiyakan sahaja segala yang diperkatakan oleh ibu mentuanya itu.

“Baiklah Ustazah Ros. Saya boleh lakukan..yakin boleh! Malaysia boleh!” balas Virus dengan muka selamba badaknya. Tangannya diangkat seperti gaya ‘Malaysia Boleh’ dalam iklan TV yang selalu dilihatnya. Datin Rosmah hanya tergeleng-geleng melihat keletah anak perempuannya itu.

“Cubalah ubah perangai tu sikit. Contoh dah ada depan mata. Tengok macam mama ni. Lemah lembut, sopan santun, cantik, anggun, bergayaaa….” Datin Rosmah berposing-posing sambil membetulkan rambutnya seraya berkata begitu. Shuji mengangguk-angguk lagi. Virus membuat muka bosannya.

“Betul tu, ma. Mama memanglah model wanita idaman semua lelaki. Rasanya kalau mama ni single lagi, mesti ramai lelaki akan tergoda..sebab tu la papa sayangkan mama kan..” puji Shuji, membuatkan gaya Datin Rosmah berposing semakin menjadi-jadi.

“Betul tu, Adli! Mama memang selalu jadi kegilaan lelaki pun. Pandai betul menantu mama ni teka. Ini kalau ada sesiapa lelaki yang tengok ni…mesti tergoda..” sengaja Datin Rosmah berkata begitu untuk buatkan Virus berfikir. Supaya anak perempuannya itu mahu berubah.

“Ehem!” terdengar bunyi orang yang tiba-tiba berdehem kuat. Dato’ Sharif menjeling Datin Rosmah dengan jelingan maut.

“Ha, bang..ni Mah masak asam pedas kegemaran abang..” Datin Rosmah mengalihkan topik perbualan selepas menyedari jelingan suaminya itu.

“Hai…ubah topik pulak dia. Saya ni tak cukup lagi ke Mah oi? Dah sepanjang masa kita kahwin ni saya tergoda dengan awak. Takkan awak nak biar lelaki lain tergoda dengan awak kot? Saya tak rela lelaki lain goda awak..” perli Dato’ Sharif, membuatkan Datin Rosmah tersengih-sengih cover malu. Ish, boleh pula suaminya berlawak begitu di depan anak dan menantu mereka!

“Hishh..mana ada, abang ni! Mah saja nak bagi si Ida tu faham tugas isteri pada suami. Bukan nak promote diri pun tadi. Tapi ada la promote sikit-sikit sebab nak bagi Ida tu sedar sikit yang dia perlu ikut contoh macam mama dia ni..cantik, anggun, lemah lembut..”

“Sopan-santun, lemah gemalai, bergayaaaaaa..” sambung Virus tanpa sempat mamanya habis berkata-kata. Terkebil-kebil orang tua itu dibuat Virus.

“Ish, kamu ni kan. Perangai tak ubah-ubah..” omel Datin Rosmah sambil meletakkan kembali senduk yang baru sahaja dicapainya ke atas meja dihadapannya. Dia merenung wajah Virus dalam-dalam. Muka anak perempuannya itu tiba-tiba berubah mimik nak termuntah.

Virus menutup mulutnya menahan rasa loya di tekak.

“Ida! Cinta okey ke ni?? Okey tak? Cinta jangan muntah, nanti…” getus Shuji laju. Dengan tak semena-mena, Shuji juga terasa mual tekak apabila terlihat Virus yang sedang loya nak termuntah. Sudah menjadi rutin apabila Virus muntah, Shuji juga turut muntah bersama.

“Nak muntah lagilah tu. Biasalah tu, morning sickness. Alamak, teringatlah zaman mengandung dulu-dulu…” ujar Datin Rosmah dengan selamba lalu disambut gelak tawa Dato’ Sharif.

Dia juga teringat zaman isterinya mengandung dulu. Punyalah macam-macam pe’el. Macam-macam isterinya itu mengidam dan berkehendakkan sesuatu. Tapi tak adalah pula sampai dia sekali yang muntah bersama-sama isterinya. Kes Virus dan Shuji ni memang agak special case!

Serentak Virus dan Shuji berjalan ke bilik air berdekatan dapur lalu bersama-sama muntah. Penat benar jika selalu begini. Shuji memegang dadanya yang berombak lalu tangannya beralih ke bahu Virus, ingin memapah isterinya yang sudah keletihan. Sesampainya di bilik, mereka terus terbaring bersama di atas katil. Sambil berpandangan sesama sendiri, mereka mengukir senyum. Lucu dengan keadaan diri mereka yang sungguh special case itu.




IKMAL berguling-guling ketawa apabila Datin Rosmah memberitahunya bahawa Virus sekarang sudah hamil. Dia saja datang melepak tadi di rumah Virus. Merah menyala wajah Virus dan Shuji setelah diusik sakan oleh Ikmal. Berapi-api terasa kemarahan mereka apabila melihat Ikmal yang sedang suka hati ketawa. Mananya Ikmal tidak ketawa. Kalau dilihat keadaan Virus yang kasar-kasar itu, dia membayangkan perut Virus yang akan membesar tidak lama lagi. Tentu lucu!

Shuji dan Virus hanya mampu bersabar buat masa sekarang. Biarkan dulu. Nanti dia kena sekeh jugak. Memang sah-sah, siaplah Ikmal lepas ni. Nasiblah sekarang ini Datin Rosmah dan Dato’ Sharif ada bersama. Kalau tak, Ikmal tentu dah kena belasah habis-habisan. Ikmal pun berani ketawa begitu kerana dia tahu yang dia sudah terjamin selamat.

“Hoi! Apa yang kau ketawakan sampai guling-guling macam tu? Tak malu ke? Kau tu dah besarlah. Bengong betul kau ni. Atau kau nak jadi bengong kena cepuk dengan aku? Nak makan penumbuk aku ke?” Virus mengugut Ikmal yang masih bergolek-golek ketawa di atas permaidani di hadapannya.

Penumbuknya dikepal-kepal kemas sambil membuat wajah bengis. Shuji memegang kemas tubuh Virus yang sudah terdorong ke hadapan. Dia tahu Virus tengah panas hati. Shuji terasa lucu juga bila tengok Ikmal yang sedang ketawa habis-habisan itu. Dia juga faham kenapa Ikmal ketawa begitu. Mesti dia bayangkan Virus apabila perut isterinya itu sudah membesar nanti. Shuji pula yang terasa ingin ketawa namun ditahan seboleh-bolehnya.

“Ida! Kenapa cakap benda-benda macam tu? Sedar sikit diri tu tengah mengandung. Nanti effect pulak dengan cucu mama tu! Cubalah kau cakap perkara baik-baik sikit. Banyakkan beristighfar lagi bagus dari marah-marah macam tu..” bibir Datin Rosmah menjuih sambil jari telunjuknya melurus ke arah perut Virus. Serius benar wajah mamanya ketika itu.

“Betul tu, Ida. Bawak-bawaklah mengucap. Bila bercakap tu, cakaplah perkara-perkara yang elok. Nanti anak dalam perut tu dengar, jadi ikutan pulak!” Dato’ Sharif pula bersuara, menyokong pernyataan isterinya. Terangguk-angguk kepalanya ketika ini.

“Aduh..hmm..baiklah mama, papa…dengan syarat, si mangkuk ayun ni kena diam. Virus bukannya apa, ma..pa..cuba tengok cara dia gelakkan Virus tu. Tak ada hati perut langsung. Macam ni ke namanya kawan baik?” adu Virus pada mama dan papanya.

“Biarlah, dia bukannya ketawa sebab apa pun tu. Mesti dia terlalu happy. Kawan-kawan mestilah gembira dengan kegembiraan kawannya kan?”

Ikmal menguatkan tawanya. Yes! Mak cik Ros membela aku! Bolehlah aku ketawa lagi kuat ni. Biarkan aje..Ikmal mengangguk-angguk kepalanya.

“Betul tu, mak cik! Saya memang happy! Ni yang bergolek-golek..” balas Ikmal. “Tapi, kan. Lucu weh! Aku memang dah terbayangkan muka kau mengandung. Mesti lucu nanti kalau kau berjalan!” sambung Ikmal lalu ketawa lagi, hampir terkeluar air mata kerana terlalu lucu dengan imaginasinya sendiri.

Datin Rosmah dan Dato’ Sharif juga tergelak kecil apabila terbayangkan juga Virus yang sedang sarat mengandung. Adakah anak perempuan mereka itu boleh mengawal langkah supaya lebih ayu kelak? Dapatkah Virus berubah menjadi seorang perempuan sejati? Virus mencemik, mulutnya berkumat-kamit kerana terlalu geram dengan Ikmal. Ini kalau mama dengan papanya tiada di situ, habislah Ikmal kena belasah cukup-cukup!

“Diam, diam. Sebelum aku naik angin!” Virus memberi amaran keras. Wajahnya sudah merah padam. Malu betul dia ketika ini. Shuji pula hanya diam, tidak mahu membela walau sedikit pun. Dia nampak wajah Shuji yang tengah tahan-tahan nak ketawa lalu dijelingnya suaminya itu tajam. Shuji terdiam sambil menarik sengih. Tersenyum sumbing memandang Virus.

“Hah! Ada aku kisah? Tak takutlah! Kau mesti comel bila perut kau tu dah besar nanti! Aku gerenti punyalah..” usik Ikmal. Dia sebenarnya ingin memuji, tiada niat langsung dia hendak mengata Virus, tetapi kali ini tahap kesabaran Virus sudah berada di kemuncaknya.

Tukk!! Kepala Ikmal diketuk sekali dengan penyiku Virus membuatkan lelaki itu menyeringai kuat kerana sakit. Dato’ Sharif dan Datin Rosmah bangun serentak lalu memegang Virus yang ingin mengamuk. Shuji terus mendapatkan Ikmal lalu menggosok-gosok kepala sahabatnya itu sambil dia ketawa pecah perut. Dia sudah tidak tahan lagi menahan rasa nak ketawa.

“Apa kau ketawa ni? Aku sakit tau? Bini kau ni ganas betul. Macam manalah kau kawal dia? Aduh, kepala aku…” Ikmal memegang benjol di kepalanya yang sudah terasa timbul sedikit. Shuji masih ketawa namun kini tawanya sudah semakin reda.

“Aku sokong Virus ketuk kepala kau. Siapa suruh kau ketawa? Biarlah dia puas hati. Aku pun puas hati sebab aku pun rasa macam nak lanyang-lanyang aje muka kau tadi. Nasib baik aku tahan aje..” seloroh Shuji dalam tawa yang masih berbaki. Ikmal mencemik bibir lalu menepis tangan Shuji yang sedang berpura-pura manja menggosok kepalanya yang sudah benjol. Ingat aku kanak-kanak lagi ke nak kena gosok-gosok kepala macam ni? Aihh..keluh Ikmal.

“Ida! Kamu ni kan..mama pun dah tak tahu macam mana nak ubah kamu ni jadi perangai ayu sikit. Ingatkan dah berlaki, bolehlah perangai tu berubah lembut sikit…heee…” Datin Rosmah sempat berleter.

Virus duduk di sofa dengan mulut memuncung sebaik sahaja mama dan papanya melepaskan kedua belah tangannya. Dia cuba bersabar.

“Betul tu, Cinta. Ubahlah sikit perangai tu demi abang. Dah penat abang nasihatkan Cinta, tau?” kali ini Shuji pula mengomel. Muncung mulut Virus makin panjang sedepa.

“Loveeee…kenapa masuk belah dia orang ni? Kenapa tak sokong Cinta?” Virus berwajah sedih apabila anak mata Shuji merenung ke arahnya. Lelaki itu hanya membungkam ketika ini sambil menggeleng-geleng kecil.

“Betul tu. Papa pun harap dapat tengok Ida berubah jadi macam dulu-dulu. Lemah lembut aje..ayu..papa rindukan Ida yang dulu..” Dato’ Sharif pula yang bersuara. Dia teringatkan Virus yang dulu. Sebelum tiba-tiba sahaja anak perempuannya itu berubah penampilan dan perangai menjadi seperti seorang tomboi.

Virus terkedu tanpa kata. Ya, dia semakin melupakan diri dia yang sebenar-benarnya dahulu. Seorang perempuan yang sudah tentunya lemah lembut, ayu serta menjaga penampilan diri sebagai seorang perempuan sejati. Sekarang, Virus sedar yang dia kini sudah melampau. Adakah terdapat lagi sebab untuk dia meneruskan sikapnya sekarang? Si Khairul juga sudah ditangkap pihak polis dan telahpun dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Sungguh, tiada sebab lagi untuk dia meneruskan perangai tomboinya sekarang ini. Tambahan pula, dia kini sudah bersuami dan bakal melahirkan anak pertamanya. Virus kini terdiam sambil menundukkan wajahnya. Rasa menyesal menerpa ke lubuk hatinya ketika ini. Sayu benar dia.

“Ma, pa, Love..maafkan Ida..” Virus mengalah akhirnya. Dia akan cuba merubah kembali sikap serta penampilannya supaya menjadi seperti dulu. Virus menanamkan impian untuk menjadi seorang perempuan yang sejati serta seorang isteri yang solehah yang taat pada suami. Lagipun, bukankah syurga seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suaminya?




SEBULAN berlalu…

[Lokasi : Kampung halaman Virus (rumah pusaka arwah nenek dan datuknya)]

“MAL! Kau jangan jauh-jauh. Woi, dekatlah sikit. Sengal betullah kau ni…heee..aku cakap dekat sikit!! Ha, ke depan sikit je lagi tu nak gugur dah..” jerit pekik Virus kedengaran kuat.

Ikmal di sebelahnya yang sedang memegang galah panjang untuk menjolok buah mempelam yang bergantungan di atas pokok berdekatan, terus-terusan mengeluh sambil mengelap peluh yang sudah memercik di dahinya. Dah hampir setengah jam kot! Tengah-tengah panas pulak tu! Mak aii! Tengoklah gaya perempuan ni. Hari itu cakap nak berubah. Ini masih ganas juga walaupun sebenarnya memang Ikmal tahu yang Virus sedang cuba merubah diri menjadi seorang perempuan sejati. Buktinya, Virus kini sudah pandai mengenakan pakaian yang lebih keperempuanan. Cuma, perangai kasarnya sahaja yang masih sukar diubah.

“Kau ni kan. Apasal aku yang jadi mangsa ni? Bukan sepatutnya si Shuji yang buat ke semua ni? Kenapa aku?? Kenapa??!!” Ikmal pula terjerit kecil kegeraman. Wajah Virus yang masih selamba itu ditatapnya dengan wajah kian memerah. Iyalah, panasnya cuaca hari ini ditambah pula dengan rasa geramnya pada Virus.

Kerana Virus yang terlalu mengidam memakan buah mempelam, dia juga terpaksa diseret ke kampung ini bersama. Janji Shuji pada Ikmal, Shuji takkan menyusahkan Ikmal. Hanya sebagai peneman sahaja. Ini dah bukan peneman ni. Ini dah jadi kes aniaya kawan ni! Cakap aku datang sini boleh lepak-lepak dan larikan diri dari kesibukan kota. Ini dah lain dah ni. Datang sini, sibuk menjolok buah mempelam pulak untuk si Virus yang mengidam. Si Shuji boleh pulak tertidur tadi.

“Kau ni namanya kawan, ke? Tolonglah kawan-kawan kau. Ikrar punyalah baik dulu-dulu, kawan baik, kawan sejati…susah senang bersama..pirahh!” kutuk Virus, membuatkan Ikmal melepaskan galah tadi ke atas tanah. Hah! Bosanlah macam ni. Penat dah aku cuba aim buah mempelam kat atas pokok tu, tak dapat-dapat jugakkk..alik-alik si Virus ni nak marah-marah pulak..bebel Ikmal sendirian.

“Ala, Mal. Kau ni kan..sikit-sikit dah nak merajuk. Aku baru je mintak tolong sikit tu..tolonglah. Shuji penat memandu sambil muntah-muntah tadi sampaikan dah tertidur bila sampai tadi. Kau pun nampak. Salah kaulah tak tahu memandu! Aku suruh kau ambil lesen kereta, kau tak nak. Nak jugak naik moto kapcai buruk kau tu..” laser betul mulut Virus. Maklumlah wanita mengandung..plus, perempuan kasar pulak tu. Hati kering punya ni.

Mata Ikmal sudah membesar lalu mengecil semula. Ada ke patut Virus laser dia sampai macam tu sekali? Tapi tak apalah, nasib baik dia ni kawan baik aku dan tengah mengandung pulak tu.

“Ala, bagilah aku berehat kejap. Kau ni takkanlah mengidam sampai dah tak sabar-sabar lagi nak makan mempelam tu? Biar benar kau ni..”

“Kau takkan faham apa yang aku rasa. Huh, kau ambil semula galah tu sekarang jugak!” arah Virus dengan mulut yang memuncung. Ikmal mengeluh dan mencebik.

“Kejap lagilah! Aku nak masuk dalam rumah minum air kejap. Kau tunggulah kejappp…” pujuk Ikmal. Tanpa mempedulikan Virus yang mula menarik muncung, dia pun masuk ke dalam rumah.

Virus mengeluh panjang lalu mencapai galah tadi. Rasa mengidamnya begitu menggila. Mempelam itu bakal juga dia makan sekejap lagi. Kalau Ikmal mintak ni, jangan harap aku nak bagi! Mintak tolong pun susah! Omel Virus sendirian dalam hati.

Lama betul dia menjolok-jolok buah namun satu pun tak mengena. Penat betul macam ni. Baik aku panjat aje pokok ni. Senang!! Virus mulai bosan menjolok buah mempelam yang tinggi di atas pokok berkenaan.

“E’eh..ada banyak lagi pokok rupanya kat kebun ni. Aku jalan-jalan kejaplah. Manalah tahu ada pokok yang rendah sikit. Dapatlah aku capai buahnya..” tiba-tiba Virus berubah fikiran apabila ternampak pokok-pokok mempelam yang masih banyak di kebun berkenaan.




SHUJI menahan nguap sambil menggeliat. Dia terbangun tiba-tiba apabila bermimpi pelik tadi. Mimpi mengenai Virus yang sedang makan buah mempelam banyak-banyak sampai pengsan. Barulah dia teringat tujuan dia ke kampung. Virus mengidam buah tersebut, menyebabkan dia terpaksa membawa Virus balik ke kampung.

Mata Shuji menangkap bunyi dengkur Ikmal yang sedang tertidur lena di sofa berhadapannya. Dia tercari-cari kelibat Virus namun tidak berjumpa. Tiba-tiba sahaja hati Shuji berasa tidak sedap. Dia terus menghampiri Ikmal lalu menggoncangkan tubuh lelaki itu.

“Woi! Mal! Mana bini aku?” soal Shuji dengan tidak sabar. Ikmal terbangun sambil menggosok-gosok mata yang masih mengantuk.

“Ada tadi…kat…lu…a…arr…” Ikmal terus membuka matanya luas-luas apabila teringatkan Virus yang ditinggalkan seorang diri di luar tadi. Rupanya dia boleh pula tertidur selepas berbaring melepaskan penat tadi.

“Luar? Sorang??” Shuji terus menerpa keluar. Ikmal mengikut dari belakang. Dia juga jelas risau jika terjadi apa-apa pada Virus.

Shuji dan Ikmal kini sudah berada di bawah pokok mempelam yang diperkatakan oleh Ikmal. Kata Ikmal, tadi mereka menjolok buah mempelam di situ. Mata Shuji meliar ke seluruh kawasan berkenaan namun kelibat Virus langsung tidak kelihatan. Shuji terasa berdebar apabila terpandangkan galah panjang yang kini tersadai di atas tanah berdekatan pokok mempelam tersebut.

“Mal! Kau pergi cari sebelah sana. Aku cari sebelah sini..” arah Shuji dengan penuh kerisauan. Ikmal mengangguk laju dengan wajah yang keresahan. Kalaulah dia tidak masuk ke dalam rumah dan tertidur tadi, tentu perkara begini tidak akan terjadi. Ikmal menyalahkan dirinya. Kakinya laju melangkah entah kemana arah tujunya. Ah, asalkan Virus dijumpai, dia sudah tidak kisahkan apa-apa lagi.

Shuji berlari-lari anak di dalam kebun mempelam yang entah berapa ekarnya itu. Dia sungguh risau. Berkali-kali nama Virus dipanggilnya namun tiada sahutan. Shuji mengelap peluh yang mulai menuruni dahinya. Ah, kemanakah isterinya itu pergi agaknya? Shuji sudah tidak dapat menahan rasa. Dia menjerit lagi, memanggil nama Virus. Kakinya sudah letih berlari, namun dia gagahi dirinya juga.

“Loveeee..!!” sahut Virus secara tiba-tiba. Namun dalam nada yang begitu ketakutan. Shuji terus berpaling ke arah kirinya. Dia nampak Virus yang sedang kaku berdiri tidak jauh darinya. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus berlari untuk mendapatkan isterinya itu.

“Lovee!! Jangan dekat!!” Virus memberi amaran tetapi sudah terlambat. Seekor ular tedung rupanya berada di dalam semak berdekatan. Virus tadinya tidak berani bergerak adalah kerana takutkan ular tersebut. Ular tedung tersebut sempat mematuk kaki Shuji sebelum melarikan diri ke dalam semak.

Kaki Shuji terasa kebas secara tiba-tiba lalu dia jatuh tersungkur ke tanah. Virus yang melihat, terus terkedu dan tergamam. Hanya air mata sahaja yang mengalir membasahi wajahnya. Shuji cuba bangun untuk mendapatkan Virus namun dia tidak berdaya. Tubuhnya terus longlai lalu dia jatuh lagi membaham tanah. Virus yang tadinya begitu terkejut, kini sudah tersedar. Dia berlari mendapatkan tubuh Shuji lalu dipeluknya erat-erat. Dia begitu takut kehilangan suami tercintanya itu. Terketar-ketar badan Virus kini kerana menahan rasa sebak dan ketakutan yang menggunung. Dia mencarikkan sedikit kainnya lalu mengikat betis Shuji kemas-kemas bagi mengelakkan bisa ular tersebut daripada terus mengalir ke dalam tubuh Shuji.

“Cintaa…Cinta tak apa-apa? Cinta okey?” walaupun sedang menahan sakit, Shuji cuba bertanya juga pada Virus jika isterinya itu tercedera apa-apa. Dia memegang pipi Virus lalu mengelus-elusnya lembut. Virus kini bertambah sebak.

“Cinta okey. Love, please diam. Biar Cinta jerit minta orang tolong kita, ya?” sebak benar suara Virus namun dia cuba menguatkan semangatnya. Shuji perlu diselamatkan walau dengan apa jua cara sekalipun!

“Cinta..kalaulah..abang pergi..Cinta jaga diri dan kandungan Cinta elok-elok, ya? Maafkan abang sebab tak boleh bersama Cinta lagi..kalau abang pergi…” ujar Shuji. Dia juga sebak membayangkan jika dia tidak sempat untuk diselamatkan. Anggaplah ini pesanan terakhirnya jika benar dia ditakdirkan tiada lagi dalam hidup Virus selepas ini.

“Dah, diam! Cinta tak mahu dengar perkara-perkara mengarut macam ni! Selagi ada peluang, selagi tu kita sebagai manusia ni kena berusaha! Love, diam kejap. Biar Cinta panggil orang tolong kita, ya?” pujuk Virus dengan senyuman yang sengaja dimaniskan. Selepas itu dia mendongak kepalanya sambil menjerit meminta tolong.

“Tolonnngggg!! Tolonnggggg!!” pekik Virus dengan suara yang amat kuat.

Terdapat nada esakan dalam suaranya itu. Dia amat berharap seseorang akan datang menyelamatkan mereka. Virus cuba untuk mengangkat tubuh Shuji namun tidak berjaya. Dia cuba pula menyeret tubuh lelaki itu tetapi dia tidak larat. Walau sekuat manapun kudratnya ketika ini, dia tidak mampu untuk menyelamatkan Shuji. Dia menjerit lagi meminta tolong dengan harapan ada seseorang yang akan datang menolong. Esak tangis Virus semakin berlagu pilu apabila tiada sesiapa juga yang mendengar jeritan meminta tolongnya.

“Viruss!! Shujii!!” tiba-tiba Ikmal menjerit lantang dari arah bertentangan Virus. Virus mengangkat kepalanya dengan mata yang basah. Ikmal datang!! Virus terus terbangun sambil melambai-lambai ke arah Ikmal yang belum perasankan mereka di situ.

“Mal!! Sini!!” jerit Virus kuat. Dia duduk semula setelah yakin yang Ikmal sudah nampak lambaian tangannya tadi. Dia memeluk tubuh Shuji yang kini longlai. Wajah lelaki itu pucat dengan tidak semena-mena, membuatkan Virus terasa lemah juga. Ya Allah, janganlah terjadi apa-apa pada suamiku..



p/s : pendek dan agak bosan..hehe da nak abis cerita ni.. :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 5/02/2011 06:09:00 PM 10 komen diaorang
Labels: Virus Vs Shuji

Saturday, April 23, 2011

Virus Vs Shuji 29



VIRUS mula melangkah, ingin beredar dari situ. Hatinya kian membengkak sendirian. Ah, lantaklah. Apa nak jadi, jadilah. Aku dah tak kisah lagi! Virus menggumam didalam hatinya yang lara. Dia segera berjalan ke arah pintu bilik, ingin keluar. Namun dia terasa seperti seseorang telah merangkul tubuhnya dari belakang. Pelukan hangat itu membuatkan Virus tersentak lalu tubuhnya menjadi kaku. Kelu terus lidahnya.

“Jangan pergi..” suara lembut Shuji kedengaran sayu. Desah nafas Shuji kedengaran begitu berat, menampar-nampar tengkuk Virus sehinggakan meremang bulu tengkuk wanita kesayangannya itu.

Virus memejamkan matanya, menikmati pelukan hangat suaminya itu. Sungguh dia rindukan saat-saat begini. Dia mendambakan belaian begini dari Shuji. Hati Virus terasa berbunga-bunga, dia bagaikan berada di dunianya buat seketika. Tiba-tiba sahaja Virus tersedar lalu membuka matanya. Mungkinkah Shuji mahu mempermainkan perasaannya lagi?

“Lepaskan akulah! Aku ni siapa pada kau? Kau bukan anggap aku ni perempuan pun. Selama ni kau hanya permainkan perasaan aku rupanya. Sekarang ni kau nak mengayat aku lagi? Oh, please lah, Shujing. Aku takkan termakan lagi dengan kata-kata kau tu…” Virus cuba untuk meloloskan diri dari rangkulan Shuji namun lelaki itu seperti tidak mahu melepaskan tubuhnya. Sebaliknya Shuji terus memeluk Virus dengan lebih erat dari tadi.

“Syhh…” Shuji terus memeluk tubuh Virus dari belakang lalu memejamkan matanya sambil terus menikmati kehangatan tubuh isterinya.

Lama benar dia merindukan kehangatan seperti ini. Memang bodohlah dia kerana sanggup berfikir untuk melepaskan isteri tercintanya itu hanya kerana rasa bersalah yang bertandang di dalam hatinya. Shuji yakin kini bahawa perasaan itu adalah perasaan yang datangnya dari syaitan. Syaitan yang ingin memporak-perandakan kehidupan rumah tangga mereka.

Virus terdiam apabila Shuji juga mendiamkan diri sambil memeluknya dari belakang. Deruan nafas Shuji yang kedengaran tenang, membuai-buai hati wanitanya. Benarkah Shuji ikhlas memelukku ketika ini? Ikhlaskah kata-kata yang bakal lahir dari bibir lelaki itu selepas ini? Benarkah dia tidak akan sekali-kali membiarkan aku menangis lagi kerana perasaanku dipermainkan olehnya?

“Kerana kau yang aku sentiasa cintai sepenuh jiwaku. Kerana kau yang selalu aku rindui setiap kali aku tak dapat melihat wajah kau setiap masa. Kerana cinta kau pada aku yang tiada tolok bandingnya di dunia ini. Kerana kasih sayang kau yang terlalu suci buat aku selama ini. Kerana hati kau yang terlalu tulus dalam hubungan yang terjalin antara kita ni. Aku akan cintakan kau buat selama-lamanya. Kau janganlah pergi, ya cinta? Abang terlalu sayangkan cinta. Abang mintak maaf sebab bersikap dingin pada cinta. Abang rasa bersalah sebab lambat datang menyelamatkan cinta hari tu..abang sedih tengok cinta merana selepas lelaki tak guna tu cuba rogol cinta. Macam mana kalau abang terlalu lambat datang? Abang tak dapat nak bayangkan jika abang terlalu lambat pada hari tu…dan, jika perkara yang sama berulang, abang tak sanggup pisang berbuah dua kali jika abang tetap terlambat menyelamatkan sayang…” terang Shuji panjang lebar sambil mencium tengkuk Virus sepenuh hatinya. Pelukan masih erat tersemat di tubuh isterinya itu.

Virus terdiam tanpa kata. Dia terharu mendengar kata-kata Shuji yang kedengaran begitu tulus dan syahdu itu. Setitis air jernih mulai turun ke pipi gebu Virus. Dia kini teresak kecil. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Sungguh dia cintakan Shuji sepenuh jiwa dan raganya. Hatinya kini terpujuk dengan kata-kata Shuji. Dia percaya, Shuji memang mencintainya sepenuh hati. Memang lelaki itulah lelaki yang amat menyayanginya. Suamiku..bisik Virus didalam hati lalu air mata merembes keluar lagi dari tubir matanya.

“Jangan buat cinta macam tu lagi, bang. Kalau abang rasa bersalah, sepatutnya abang kena lebih menjadi protective pada cinta selepas ni. Bukannya buat cinta macam tu. Jangan fikir macam tu lagi. Cinta sayangkan abang..my love..” getus Virus perlahan, sambil terus menangis.

“Iya, sayangku, cintaku..abang janji tak buat lagi..” Shuji melonggarkan pelukan lalu tubuh Virus dipalingkan ke arahnya.

Mereka kini berhadapan. Virus menyembunyikan wajahnya yang sedang menangis. Dia menunduk, tidak mahu Shuji melihat wajahnya begitu. Shuji mengangkat muka isterinya lalu dahi wanita kesayangannya itu yang masih berbalut dicium mesra. Air mata yang sedang mengalir dipipi Virus, dikesat lembut oleh jemari kasar Shuji. Hatinya berbunga-bunga bahagia apabila Virus mulai melentokkan kepala ke dada sasanya sambil tangan isterinya itu memeluk erat badannya. Inilah dia isteriku yang manja, Vanida. Shuji mengusap rambut pendek Virus dengan sepenuh kasih.

“Oh, rambut cinta dah semakin panjang..” getus Shuji tiba-tiba apabila dia sedang asyik mengusap rambut Virus tadi.

“So? Kenapa?” soal Virus dengan wajah dungu. Shuji tarik sengih sambil mengusap air mata yang semakin kering dipipi Virus. Nakal mimik wajah yang sedang dibuat Shuji ketika ini.

“Cinta simpan rambut panjang, ya sayang? Abang nak cinta jadi perempuan sejati..” sebaik sahaja berkata-kata, Shuji terus meledakkan tawa besarnya apabila Virus menjegilkan biji mata kepadanya.

“Tak mahuuuuu…tak nakkkk..tak nakk!! Apa ni? Aku ni bukan perempuan sejati lagi ke di mata kau tu, Shujing? Huh!” ujar Virus, memuncungkan mulutnya. Virus mengetuk kepalanya perlahan, berkali-kali ke dada Shuji, tanda memprotes. Shuji terus tertawa nakal.

“Mana ada, sayang. Cinta tu memanglah perempuan sejati di mata abang ni. Tapi orang lain yang tengok tu. Nanti dia orang ingat abang ni gay pulak. Takkan cinta pun nak digelar gay jugak? Cinta kan dari dulu benci kalau orang gelar diri cinta tu gay?” duga Shuji sambil mencium mesra pipi Virus yang mula kemerahan. Isterinya itu terdiam seketika, bagai sedang memikirkan sesuatu.

“Huh! Siapa gay? Suka hati aje dia orang nak gelar kita ni gay? Aku bukan gay, okey? Aku benci dengan gay!!” bentak Virus dengan wajah ganasnya. Memang dia benci dengan gay.

“Tahu pun. So, cinta simpanlah rambut panjang okey? Nanti mesti cantik isteri abang ni…” kata Shuji lagi, memujuk. Dia mencium pula dahi Virus, membuatkan hati wanita Virus terasa cair dengan pujukan itu.

“Iyalah, my love. Abang jangan gelakkan cinta pulak kalau cinta dah rambut panjang nanti?” balas Virus, mengalah akhirnya. Shuji tersengih panjang.

“Apa? Apa? Apa? Senyum sumbing aje ni..kenapa??” soal Virus laju.

“Mesti lawak, kan? Maaf kalau abang terketawa nanti!”

“Hoi, hoi, hoi!! Jangan kau berani! Aku siat-siat kulit kau baru kau tahu!” Virus kembali bernada ganas. Dia membuat muka tidak puas hati. Heee…nak buli aku aje kerja mamat ni! Apasal ha?? Virus menggumam sendirian, geram. Wajahnya semakin memerah.

“Ala, takkanlah kalau rasa nak ketawa tu, kena tahan-tahan pulak? Nanti terburai perut abang kot, tahan gelak. Apalah sayang ni..”

“Ah, diamlah. Jangan kau berani nak ketawa-ketawa!” ugut Virus sambil mencekak leher baju t-shirt yang dipakai Shuji. Dia menghadiahkan jelingan maut pada Shuji, sambil merenung tajam lelaki itu. Shuji masih ketawa kecil ketika itu. Mata lelaki itu merenung mesra ke mata Virus, membuatkan Virus tiba-tiba tertunduk malu. Ah, kenapa sekarang ni aku mudah malu-malu bila menentang sepasang mata milik Shuji itu?

“Cintaku sayang. Tak payahlah nak ganas-ganas dengan abang. Nak tengok abang jadi ganas macam mana?” Shuji meledakkan tawa nakal apabila Virus kelihatan menelan liur lalu melepaskan leher bajunya perlahan-lahan. Kecut wajah isterinya itu selepas mendengar kata-kata nakalnya tadi.

“Ahhhh!! Tekanannya aku kalau macam ni…” Virus mula mengeluh perlahan. Dia memuncungkan lagi mulutnya, merajuk. Tangannya menggosok-gosok kepalanya sehingga berserabai rambutnya. Macam orang yang dah tak betul lagak si Virus ketika ini. Shuji tersenyum bahagia sambil merangkul semula tubuh Virus.

“Apa? Nak ketawa lagi?” Virus menggigit perlahan bahu Shuji apabila kepalanya terlentok ke situ. Geram betul dia.

“Aduh! Sakitlah, cintaku sayang! Iyalah, abang janji yang abang tak ketawa nanti. Puas hati? Lagipun, buat apa nak ketawa pulak? Mestilah abang terpegun nanti, kan? Sebab ada bini yang lawa macam cintaku ni..” Shuji ketawa kecil sambil mengucup mesra kepala Virus yang masih terlentok atas bahunya. Virus tersenyum lebar sambil mendongak, memandang wajah suaminya yang juga sedang mengukir senyum.

“Sayangnya cinta pada abang kalau macam ni..” getus Virus sambil mencium pipi Shuji laju. Shuji tersengih lalu mencium balas pipi Virus. Dia bahagia melihat senyuman wanita kesayangannya itu.

“Me too..” balas Shuji perlahan, penuh romantis. Pelukan dieratkan…




IKMAL sedang khusyuk melukis sesuatu diatas sebuah batu besar dengan menggunakan jari-jemarinya. Habis sudah kedua belah tangannya dengan cat-cat pelbagai warna. Inilah dikatakan seni. Ya, memang aku ni benar-benar berbakat sebenarnya! Karya aku inilah dinamakan karya agung yang gemilang dan terbilang. Hohahahaha!

Ikmal memuji dirinya sendiri didalam hati sambil tersenyum-senyum. Dia ketawa pula, memecah keheningan suasana didalam studio khas untuk dia menyiapkan kerja dirumahnya itu. Walaupun dia masih dalam kecederaan pada bahunya itu, dia tetap kuatkan dirinya untuk membuat sesuatu. Bosan juga kalau asyik baring sahaja. Lagipun, takkanlah sepanjang masa dia dapat MC dua minggu ni, dia nak baring aje kat katil tu? Nooooooo!

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring, membuatkan Ikmal terkial-kial sendirian, ingin menekan butang hijau apabila ternampak nama Datin Rosmah yang tertera. Bagaimana ni? Dahlah tangan aku penuh dengan cat ni. Kalau nak cuci pun, kena guna minyak tanah baru boleh keluar cat ni. Kalau aku tak angkat, bising pulak orang tua itu berleter lepas ni! Ikmal buntu sendirian.

Memang Datin Rosmah sudah dianggap seperti ibunya sendiri selain ibu kandungnya di kampung halaman. Jika orang tua itu berleter pun, dia hanya menganggapnya perkara biasa yang seorang ibu leterkan pada anak-anak. Tapi, sebolehnya dia tak mahu Datin Rosmah bersedih. Ikmal tahu, ini mesti berkaitan rancangan mereka untuk menyatukan semula Shuji dan Virus. Ikmal dan Datin Rosmah tidak tahu bahawa Shuji dan Virus yang sudahpun berdamai.

Telefon bimbitnya kini senyap sebelum sempat Ikmal menjawabnya. Namun beberapa ketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi semula. Ikmal mencapai sebatang berus cat yang bersih dengan mulutnya lalu menekan butang hijau dan juga loud speaker.

“Assalamualaikum, Auntie Ros. Sorrylah saya tengah mengecat ni tadi. Tu yang tak sempat nak jawab phone..” ujar Ikmal dengan wajah terkial-kial.

Ada lalat pula yang sedang bermain-main di depan mukanya ketika itu. Sekejap-sekejap lalat itu akan hinggap ke hidungnya. Heee..geram betul Ikmal dengan lalat tersebut. Tahu-tahu pula aku tak mampu nak buat apa-apa ketika ni. Mentang-mentanglah tangan aku tengah kotor sekarang ni, kau buli aku ya lalat? Heee…Ikmal mengeluh berat ketika lalat itu hinggap pula ke pipinya.

“Waalaikumsalam. Iyalah, Mal. Tapi jagalah diri tu. Dah tahu masih sakit, kenapa nak gagahkan diri tu buat kerja? Rehatlah. Ishh! Ha, ni..Auntie nak bahagi tugas ni. Untuk rancangan yang kita dah aturkan pada malam ni..ingat lagi, kan? Tapi kali ni auntie nak tukar rancangan. Mungkin tak berkesan macam rancangan hari tu..dengar tak ni?” suara Datin Rosmah kedengaran kuat di loud speaker tersebut. Ikmal tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya pada kata-kata Datin Rosmah kerana lalat tadi yang begitu galak mengacaunya. Terawang-awang tangannya ketika itu.

“Apa, auntie? Iyalah auntie. Boleh auntie cakap aje pasal rancangan baru kita tu? Saya dah bersedia nak dengar ni..” Ikmal cuba mencapai sebuah majalah lama lalu memerhatikan pergerakan lalat tadi. Sungguh kurang asam betul lalat ni! Ikmal mengembang dan mengempiskan hidungnya kegeraman.

“Mal, dengar ni. Auntie cakap sekali aje ni. Tumpukan perhatian kamu, okey?”

“Okey, okey..go go go!” balas Ikmal tanpa sedar.

Matanya masih tertumpu pada lalat yang kini hinggap ke atas meja berhadapannya. Ikmal tersengih penuh makna lalu bergerak penuh berhati-hati supaya lalat tersebut tidak lari. Dia lalu menghenyakkan majalah lama tadi ke atas lalat tersebut. Innalillah..Ikmal puas hati melihat lalat itu yang telah mati kena lenyek.

“Macam ni, kita mesti buatkan dia orang tu confirm tidur bersama. Kita mesti buat perancangan keluarga untuk mereka. Kamu buat macam mana yang pernah terjadi kat Korea dulu tu. Letaklah ubat tidur. Takkanlah Adli tu boleh tahan kalau dah nampak Ida ada dalam pelukan dia? Dulu tu, bolehlah. Sebab dia orang masih tak saling sayang-menyayangi, kan? Sekarang ni, auntie yakin yang dia orang akan berbaik apabila dia orang dah tidur bersama nanti!” yakin sahaja suara Datin Rosmah ketika itu, membuatkan Ikmal menelan liur.

Ish, Auntie Ros ni. Agak-agaklah! Jealous betul aku dengar orang dah kahwin tidur bersama ni..aduii..aku pun kena kahwin juga tak lama lagi ni! Aku kena kahwin..Ikmal berkata didalam hatinya yang terseksa. Seksa kerana memikirkan masa depannya nanti. Dia tersenyum pula penuh bahagia apabila membayangkan kehidupannya nanti bersama isteri tercinta. Yeah, calon pun dah ada ni. Bolehlah aku masuk meminang. Duit pun dah cukup! Ehem, ehem! Ikmal tarik sengih sendirian. Suka dengan imaginasinya sendiri.

Tanpa Ikmal sedari, rupa-rupanya Virus dan Shuji sedang memasang telinga dari luar bilik studio berkenaan. Mereka datang dengan niat yang satu, hanya untuk melepak bersama Ikmal, manalah tahu dengan tidak sengaja mereka telah terdengar perbualan Ikmal bersama Datin Rosmah. Mereka berpandangan seketika lagu terangguk-angguk. Kali ini, biar mereka pula yang mengenakan Ikmal dan Datin Rosmah. Asyik mereka sahaja yang terkena dan menjadi mangsa selama ini. Akhirnya Shuji dan Virus tersenyum penuh muslihat.




MALAM pun menjelma. Datin Rosmah terhendap-hendap, begitu juga Ikmal yang sedang mengikuti orang tua itu dari belakang. Kacamata hitam yang dipakai oleh wanita tua itu, ditolak naik perlahan-lahan dan selepas itu ditolak turun semula. Lagak kedua mereka ibarat penyiasat persendirian yang sedang mengintip suspek. Mereka berdua kemudiannya berpandangan seketika lalu mengangguk serentak dengan wajah penuh bersemangat waja. Rancangan mereka perlu dijayakan pada hari itu juga.

Ikmal tersengih-sengih apabila Datin Rosmah mengangkat kacamata hitam dan menjegilkan mata kepadanya hanya kerana dia terpijak ranting kayu berdekatan mereka. Tak boleh ada mistake sikit pun? Lagipun bukannya aku sengaja nak pijak ranting kayu tu pun. Dan lagipun, mereka sekarang masih di luar rumah. Bebel Ikmal sendirian. Tadi mereka sengaja meninggalkan Shuji dan Virus berdua-duaan. Suami Datin Rosmah pula, tiada di rumah. Dia keluar ke pejabat untuk menyelesaikan hal kerja.

“Jom, masuk! Mesti dia orang dah tertidur. Auntie yakinlah!” Datin Rosmah berjalan perlahan-lahan, memasuki banglo mewah milik keluarganya. Ikmal mengikuti dari belakang.

“Eh, larat ke kamu nak angkat si Adli tu nanti? Bahu kamu tu dah kuat ke?” Datin Rosmah menepuk dahi, terlupa bahawa Ikmal masih cedera dan belum pulih sepenuhnya.

“Ala, tangan saya yang sebelah lagi ni ada. Jangan risaulah. Saya ni kuat, tau?” balas Ikmal sambil membuat gaya seperti orang angkat berat. Datin Rosmah nak tergelak melihat gelagat Ikmal, tetapi dia menahan seboleh-bolehnya dari terburai ketawa. Bimbang rancangan mereka tidak menjadi.

“Okey, jom. Satu, dua, tiga!!” mereka masuk serentak ke dalam bilik Shuji dan Virus. Mereka ternampak tubuh Shuji dan Virus yang sedang terbaring lesu diatas sofa.

Mak aii! Jauh lagi perjalanan mereka rupanya. Katil jauh dari sofa yang sedang ditiduri oleh Virus dan Shuji. Silap Datin Rosmah juga tadi, menyuruh Virus dan Shuji duduk berehat sambil minum-minum di sofa berkenaan. Dia berpura-pura tidak mengetahui mengenai masalah yang dihadapi Virus dan Shuji. Padahal, dia yang tidak tahu bahawa Shuji dan Virus kini sudah berbaik-baik dan ingin mengenakan dia pula.

“Aduh, susahlah kalau begini. Jauh jugak ni. Auntie ni dahlah tua, tulang pun dah tak kuat..kamu pulak sakit bahu tu..macam mana nak heret dia orang ke atas katil tu?” Datin Rosmah bersungut sambil diperhatikan oleh Ikmal. Ikmal hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi.

Datin Rosmah mengeluh berat, diikuti Ikmal. Buntu pula fikiran mereka ketika ini. Mereka berpandangan sesama sendiri buat seketika dengan wajah berkerut.

Shuji dan Virus sudah tidak dapat menahan ketawa mendengar rungutan Datin Rosmah tadi. Mereka membuka mata perlahan-lahan lalu memandang sesama sendiri. Virus membuat isyarat tangan, satu, dua, tiga!

Shuji dan Virus ketawa terbahak-bahak, membuatkan Datin Rosmah dan Ikmal terperanjat. Memang mereka benar-benar terkejut beruk. Nasib baiklah Datin Rosmah masih lagi sihat, tiada penyakit melibatkan jantung.

“Mama!! Cuba nak kenakan Virus, ya? Cuba nak kenakan kami lagi macam dulu-dulu?! Takkan dapatlah, ma! Bohahahaha!!” Virus ketawa terbahak-bahak lagi, sambil buat-buat bunyi ketawa yang entah apa-apa.

Shuji turut tertawa apabila melihat wajah hairan Ikmal. Mestilah Ikmal hairan. Hari itu cakap, ada masalah dengan Virus! Ini boleh pula ketawa-ketawa begini. Ikmal memang pelik. Datin Rosmah sudah pandang-pandang Ikmal dengan pandangan pelik juga.

“Ehhhh!! Bukan kau orang ni ada problem ke? Sejak bila kau orang ni baik semula ni? Tak bagitau pun?” Ikmal mula bertanya lantang. Wajahnya merah kerana malu kantoi begitu. Datin Rosmah sudah terdiam tanpa kata. Dia nampaknya sedang cuba untuk memahami keadaan yang berlaku.

“Wahahahahaha!!! Itulah kau. Kami dah pergi rumah kau petang tadi, nak lepak-lepak. Tengok-tengok, tak sengaja pula dengar perbualan kau dengan mama aku sebab kau buat loud speaker, kan. Lepas tu, kami pun rancanglah semua ni…selalu kami aje yang selalu terkena. Kali ni, biar kau dengan mama aku pulak. Wohahaha!” Virus tertawa lagi, dah macam Pontianak harum sundal malam yang sedang ketawa terbahak-bahak dan mengilai-ngilai.

“Dah, dah. Sayang..dah. Bawak-bawaklah mengucap!” tegur Shuji dengan tawa yang masih berbaki.

Virus kini sudah bergolek-golek di atas lantai. Entah apalah yang lucu sangat tu. Tapi memang lucu pun kalau dilihat wajah Datin Rosmah yang sedang merajuk. Muncung semacam aje mulut orang tua itu yang kini sudah terduduk di sofa. Dia tidak sangka sebenarnya yang dia pula telah dikenakan oleh anak dan menantunya itu. Huh! Datin Rosmah bangun mengejut dengan tiba-tiba lalu menarik telinga Virus dan Shuji. Habis menyeringai kesakitan kedua suami isteri tersebut.
“Oh, berani betul kau orang buat mama macam ni ya? Ha, ambik ni..sedap tak? Lain kali nak buat lagi ke tak?” ugut Datin Rosmah dengan nada geram. Memang dia geram!

“Aduhhh!! Aduhh…mama..tak buat lagi dah..janji tak buat lagi!” serentak pula kata-kata Shuji dan Virus apabila telinga mereka kini masih ditarik oleh Datin Rosmah.

“Ha, tahu pun ya!” Datin Rosmah melepaskan telinga kedua mereka. Habis berbekas merah kesan dari tarikan tadi. Datin Rosmah tersenyum puas hati. Baru dia orang kenal, siapa Datin Rosmah! Ini Datin Rosmah WOW lah!

Virus menarik muncung, Shuji pula hanya terdiam sambil memegang telinganya yang masih terasa pedih. Dahinya berkerut-kerut. Ikmal hanya tertawa kecil, kelakar dengan gelagat keluarga bahagia ini. Semoga dia juga akan menjadi sebahagia ini pada masa hadapan! Insya-Allah!

p/s : semoga anda semua terhibur dengan entry baru VVS ni.. :) i'm trying my best to finish up this story! :) :)

Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 4/23/2011 07:16:00 PM 9 komen diaorang
Labels: Virus Vs Shuji
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • Kurelakan Kasihmu 21, 22
    ADNIN Najwa membuka mata walaupun dia tahu jika dia membuka mata sekalipun, semua di sekelilingnya tetap gelap. Pelukan suaminya masih ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    7 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    7 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    10 years ago
  • ~T~M~I~
    10 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    10 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    11 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    13 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    14 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    14 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    15 years ago
  • et cetera
    noob!
    16 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    16 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu