“HELLO, Ikmal! Kau kat mana?” Virus bersuara seperti biasa kerana mahu menjerat Ikmal. Mukanya bengis tetapi suaranya lembut giler bagaikan pijak semut pun tak mati. Tangannya mengepal penumbuk sambil menumbuk-numbuk lembut sebelah lagi tapak tangannya. Bagai gangster lagaknya ketika itu.
“Err..aku..aku..” ujar Ikmal takut-takut. Dia tahu, Virus tentu marah pada dia pasal semalam. Macamlah dia tak kenal si Virus itu. Helah aje dia tu nak bercakap lemah-lembut begini.
“Kau kat mana? Haishh..jawab aje lah!” getus Virus lagi. Suaranya meninggi sedikit dari tadi, namun dia cuba mengawalnya agar tidak menakutkan Ikmal.
Ikmal..siap kau kalau aku berjaya perdayakan kau kali ni! Aku lenyek-lenyek muka kau nanti, baru puas hati aku! Berani betul kau kenakan aku dengan Shujing, ya? Kau tunggu pembalasan dari aku! Gumam Virus dalam hatinya yang bagai dibakar oleh api.
“Aku kat mana? Hmm..ada laa..tengah buat kerja sikit. Kenapa?” Ikmal membalas dengan suara yang agak kalut. Sengaja dia berpura-pura sibuk ketika itu. Dia tahu, Virus tentu takkan lepaskan dia.
“Kat mana? Aku nak jumpa kau ni..iyelah, nak lepak-lepak minum aje. Lagipun bila lagi nak lepak, kan?” Virus membeliakkan biji matanya ketika berkata-kata. Bibirnya diketap rapat selepas itu. Geram dengan Ikmal yang seakan mahu mengelak dari berjumpa dengannya.
“Alah, Shuji kan ada? Kau pergilah minum dengan dia, ya? Aku ada banyak kerja ni!” kata Ikmal lagi acuh tak acuh.
“Baik kau cakap!!!” kali ini Virus sudah hilang sabar. Suaranya sudah meninggi. Giginya diketap tanda sedang geram yang amat-amat sangat.
Ikmal menelan liurnya. Ganasnya si Virus ni! Detik hati Ikmal sambil mengurut dadanya akibat terkejut dengan suara kuat Virus tadi.
“Okeylah..aku ada kerja ni! Selamat bercuti dan berbulan madu!” sempat lagi Ikmal mengucapkan perkataan ‘bulan madu’ itu pada Virus lalu talian terus dimatikan. Panas betul hati Virus sekarang.
Virus membeliakkan matanya. Tangannya mencapai buah epal yang berada didalam bakul dimeja makan itu lalu digigitnya dengan rakus. Bengang benar dia. Pandai Ikmal melarikan diri, merata tempat sudah dicarinya si Ikmal itu namun tidak berjumpa.
Akhirnya terpaksalah dia menginap di hotel itu bersama Shuji kerana kata Shuji, disitu senang nak dapatkan masakan Melayu. Beg pakaian mereka juga sudah tersedia disini, entah siapalah yang tolong membawakan ke situ. Entah-entah, Ikmal juga agaknya. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh bersetuju dengan cadangan Shuji itu. Arghh..makanan aje kau kisahkan, ya Shujing? Hati aku yang panas ni, kau tak kisah? Huargghhhh..makan budokkkkkkk..geramnya aku..sekor-sekor buat perangai! Leter Virus dalam hatinya yang mendidih.
“Eh, eh..ada limau mandarin laa..baik aku melantak dari fikir pasal si mangkuk hayun Ikmal tu! Lama mana dia nak lari dari aku?!” getus Virus sambil mengambil limau mandarin dari bakul berisi buah-buahan itu. Dia menapak ke sofa pula untuk menonton TV.
Mulutnya penuh berisi dengan limau ketika itu. Matanya tidak berkelip menonton cerita seram yang ditayangkan. Khusyuk sekali tumpuannya ke kaca TV. Tiba-tiba..
“Eh?? Sejak bila aku jadi pelakon ni?” Virus memisat matanya melihat pelakon wanita dalam cerita berkenaan iaitu heroin. Memang mirip dengan wajahnya! Mulut Virus ternganga seketika sambil matanya terus galak memerhati ke skrin TV.
Tiba-tiba muncul pula hero dalam cerita itu sedang berlari ke arah heroin yang sedang menangis. Eh? Shuji? Bila masa aku dengan Shuji jadi pelakon ni? Apa dah jadi ni? Argghhh..aku ni dah gila ke apa? Detik hati Virus. Matanya masih terpaku pada kaca TV.
Hero memeluk heroin lalu mengucup bibir heroin tersebut di akhir cerita. Lama juga mereka berkeadaan begitu sehingga menimbulkan rasa indah dihati Virus yang masih tidak berkelip menonton cerita lakonan ‘dia dan Shuji’ itu. Tiba-tiba sahaja dia mengukir senyuman penuh makna. Lebih kepada senyuman gatal.
“Woi! Kau tengok cerita hantu ke cerita lawak? Apasal muka kau tersengih-sengih macam tu?” sergah Shuji yang baru sahaja datang. Dia berdiri di depan kaca TV berkenaan lalu bercekak pinggang disitu.
Dia pelik melihat kelakuan Virus yang jelas sedang menonton cerita seram, tetapi boleh pula ketawa kecil dan tersengih-sengih seorang diri. Berangan ke apa minah ni?
Virus sudah tercengang-cengang dengan kehadiran Shuji. Angan-angannya tadi terus hilang lesap entah kemana. Arghh..kenapa ni? Kenapa aku boleh berangan pasal si Shuji ni? And..kenapa aku macam suka aje bila berangan tadi? Memang aku dah gila kot! Rintih hati Virus sambil menampar pipinya lembut. Kemudian, wajah Shuji kembali dipandang.
“Apa-apa aje lah! Dah aku rasa kelakar tengok muka hantu tu! Hish..hantu dalam cerita Korea ni tak menakutkanlah. Dalam cerita Melayu barulah seram, dowh!” ujar Virus cuba untuk mengawal perasaannya. Cover lah konon-konon! Sekejap-sekejap Virus akan ketawa kecil membuatkan Shuji kehairanan.
“Haii..bila masa pulak kau sokong cerita Melayu ni? Dari dulu, kau asyik dengan cerita Jepun, Korea and English. Not even once pun kau nak puji cerita Melayu kecualilah cerita zaman tok kadok dan P.Ramlee dulu-dulu..” ejek Shuji sambil mengangkat sebelah keningnya.
Muka Virus yang terkial-kial itu ditenung dalam-dalam. Apa kena dengan bini aku ni agaknya? Nampak macam ada sesuatu aje! Shuji berkira-kira dalam hatinya.
“Suka hati akulah! Aku nak jugak ubah angin..sesekali mesti ada perubahan, beb!” getus Virus sambil terus mengupas sebiji lagi limau mandarin. Mahunya dia makan lagi sampai penuh mulut. Mukanya bertukar merah apabila terasa yang Shuji masih merenung wajahnya.
Dia tahu ke? Alah! Malulah kalau dia tahu pasal aku berangan bukan-bukan tadi..iskk kenapa aku boleh berangan benda-benda yang mengarut macam tu agaknya? Virus berkata-kata dalam hatinya sambil mengetuk-ngetuk kepalanya dengan tangan berkali-kali.
“Hmm..ketuk kepala pulak dah? Okeylah aku nak pergi mandi kejap lah!” ujar Shuji sambil berlalu ke bilik air. Virus tersentak lalu melihat tangannya yang mengetuk kepala tadi. Ahh..tak sedar pulak aku ketuk-ketuk kepala. Itupun depan-depan si Shuji? Malu seyhh..kenapa aku macam tak tentu arah aje ni? Hati Virus menjerit sakan.
Sejak semalam lagi dia tidak senang duduk. Sejak dia mendapati yang Shuji tidur sekatil dengan dia. Sepatutnya dia marah, tetapi kenapa dia tak boleh nak marah Shuji sekarang?
Kenapa bila Shuji kata apa pun, aku macam setuju aje ni? Kenapa aku harus berdebar tak keruan bila berdua-duaan dan memandang muka Shuji agaknya? Dan kenapa aku boleh biarkan dia peluk aku sesuka hati tadi sampai kantoi depan Auntie Zaharah?? Malu woo tadi!!
Lama juga Virus termenung dengan matanya terarah ke kaca TV. Berbagai perkara difikirkan olehnya. Kebanyakannya ialah perihal Shuji. Angaukah aku? Tapi buat apa aku nak angau pulak?! Aku bukan suka dia pun. Dia kan cuma kawan baik aku aje..
Tapi, dia suami kau. Kau lupakah yang kau dah kahwin dengan dia? Apa kau nak takutkan dengan perasaan sayang yang baru berputik tu? Just go on, Virus! Chaiyok-chaiyok! Suara hatinya berpesan padanya.
Virus bingung apa yang perlu dibuat. Sayang? Betulkah? Ahh..tak mungkin! Aku dah kawan dengan dia dari dulu lagi..takkan aku boleh ada perasaan pulak pada dia? He’s my really truly bestfriend! Just a special friend to me..I don’t have any other feeling for him at all..Virus cuba membetulkan perasaannya.
Shuji baru sahaja selesai membersihkan diri dan berwuduk untuk solat Zohor. Dia keluar dari bilik air apabila Virus masih mengelamun. Kelakuan Virus ditenungnya lagi. Bagai ada sesuatu yang tidak kena. Virus sakitkah? Tiba-tiba hati Shuji menjadi risau pula memikirkan kemungkinan yang Virus sakit.
“Virus!” panggil Shuji dengan wajah serius. Virus menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Ketika itu Shuji sudah memakai seluar panjang dan melilitkan tuala ke badannya. Shuji menghampiri Virus lalu meletakkan belakang tangannya ke dahi Virus. “Kau sakit ke?” soal Shuji laju.
“Sakit? Kenapa kau tanya macam tu? Aku nampak macam orang sakit ke?” Virus menepis tangan Shuji. Pelik dia dengan pertanyaan Shuji yang tiba-tiba itu.
“Tak adalah. Kau macam gelisah dari tadi. Lepas tu, banyak pulak termenung..pelik aku tengok, tau?!” jelas Shuji lalu meletakkan kembali belakang tangannya ke dahi Virus. Virus menepis lagi dengan pantas. Mukanya merah padam kali ini.
“Huh? Tak ada apa-apalah. Mana ada aku sakit pun!” Virus cuba berselindung. Dia tidak mahu Shuji mengetahui tentang perasaan tidak menentu yang dialami olehnya ketika ini. Aduh! Lama-lama aku boleh jadi gila kalau asyik duduk dengan si Shujing ni aje! Cetus hati Virus dalam diam.
“Woi, malam ni mengorat awek Korea mau? Ada berani?” Virus cuba mengalihkan tajuk perbualan. Macam mana lagi dia nak menjawab pertanyaan Shuji kalau dia sendiri pun tidak tahu apa yang sedang dialami olehnya? Dibuatnya Shuji bertanya perkara yang lebih mendalam, mampuslah dia nak menjawab nanti!
“Hah?! Kau ada hati lagi nak mengorat perempuan? Tak sedar yang kau tu pun perem..” belum sempat Shuji habis berkata-kata, sebuah penumbuk singgah diperut Shuji. Virus mencebik sambil mengangkat kening apabila melihat Shuji sedang memegang perut yang terasa senak akibat ditumbuk Virus.
“Aku kan dah cakap sebelum ni, jangan sebut-sebut yang aku ni perempuan!” ujar Virus dengan selamba.
“Sakit!! Kau ni apasal ganas sangat ni?” Shuji geram. Virus ini tidak boleh dibiarkan. Kena kawal sikit! Aku mesti ajar dia jadi seorang isteri yang baik. Yang taat pada suami. Ini tak, hari-hari asyik nak buli suami aje! Gumam Shuji dalam hati.
“Hmm..sorry..” ucap Virus perlahan. Rasa bersalah pula memperlakukan Shuji begitu. Nak buat macam mana dah tadi itu memang tindakan spontan dari dia. “So? Kau nak ikut atau tak nak? Kalau tak nak, aku sorang aje pergi!” soal Virus lagi.
“Okey! Malam ni..nak lepak mana?” Shuji bersetuju. Dia tidak mahu membiarkan Virus keluar seorang diri. Dibuatnya terjumpa samseng di tengah jalan, habislah dia!
“Mana lagi tempat yang sesuai kalau bukan karaoke! Nak pergi disko tak boleh, haram!” sengih Virus. Matanya memandang tepat ke dalam mata Shuji ketika itu. Tiba-tiba sahaja mata mereka bertentangan.
Bagai ada tarikan pada mata Shuji. Cepat-cepat Virus melarikan pandangannya apabila jantungnya terasa berdebar lagi. Shuji memandang dengan rasa hairan dan pelik.
“Hmm..okeylah..nak limau tu satu!” pinta Shuji secara tiba-tiba. Tuala yang terlilit ditubuhnya dibuka lalu disidai ke kerusi. Virus pun mencapai limau lalu ingin menghulurkan kepada Shuji. Tiba-tiba sahaja matanya terbeliak melihat Shuji yang tidak berpakaian itu.
“Woi! Lucah, lucah, lucah..astaghfirullahal’azimm..pakai baju cepat!” Virus membaling-baling limau yang ada ke arah Shuji sambil memejam mata. Mukanya merah menyala kerana malu. Shuji sedaya-upaya cuba menepis.
“Hoi! Kau tengok elok-elok. Aku bukan tak pakai seluar pun! Badan aku pun kau takut nak tengok ke?” Shuji pelik dengan sikap Virus yang tiba-tiba itu. Pandangannya jatuh ke tubuhnya meneliti apa yang tidak kena dengan dirinya. Tiada apa-apa pun. Habis tu kenapalah si Virus sampai jadi macam tu agaknya?
“Aku tak kira! Pakai baju cepat. Aku tak suka kau tunjuk-tunjuk body kurus lidi kau pada aku!” ujar Virus dengan matanya yang masih terpejam. Sebenarnya dia rasa berdebar bila ternampak tubuh Shuji itu entah mengapa. Adoi laa..gila dah..gila dah aku kalau macam ni hari-hari! Rintih Virus dalam hati.
“Haa..aku dah pakai baju!” bentak Shuji dengan rasa tidak puas hati. “Kau nak malu apanya? Aku ni kalau berbogel pun kau boleh tengok tau? Tak ada dosa pun yang kau nak istighfar banyak-banyak. Pahala lagi adalah!” ejek Shuji pula sambil memakai t-shirt.
“Suka hati akulah! Wei..aku tak hairan la tengok kau bogel! Buat apa nak malu? Cis! Pirahh..dahlah badan kurus cekeding macam lidi penyapu kat rumah aku tu aje!”
“Macam mana kalau aku bogel sekarang? Kalau kau tak tengok, malam ni kau temankan aku tidur atas katil lagi, nak?” gertak Shuji lalu membuat gaya ingin menanggalkan bajunya semula.
Virus mencemik. Haih? Pandai pula kau kenakan aku sekarang ni ya, Shujing? Cis! Tak mahulah aku tengok dia bogel. And tak mahulah aku tidur sekatil dengan dia lagi! Arghh..ni yang aku geram ni! Damn it! Gerutu Virus dalam hati.
“Lagi? Apa yang lagi? Bukan aku yang naik atas katil, okey! Itu dah jelas kau yang cuba ambik kesempatan pada aku!” bentak Virus sambil menyumbat lagi limau ke dalam mulutnya. Bukan seulas dua, tetapi sebiji limau itu kini sedang penuh didalam mulutnya. Geram betul dia!
“Kau nak tengok picture tu ke? Siapa yang peluk siapa? Tengok siapa peluk siapa baru tau siapa yang naik atas katil dulu..” ugut Shuji sambil membuat gimik mahu menunjukkan gambar tersebut pada Virus.
Mata Virus terbuntang apabila mendengar kata-kata Shuji itu. Malaslah dia mahu bertekak lagi. Sampai esok pun tak habis kalau macam ni gayanya!
“Malas aku nak layan kau lagi..ambiklah kau! Menang tanpa bertanding! Cis! Tuihhh!!” kata Virus sehingga tersembur keluar limau yang sedang dikunyah dalam mulutnya. Shuji tersengih sakan. Berjaya juga dia mengawal si Virus.
“Okeylah..aku nak solat dulu!” ujar Shuji lalu berjalan ke atas sejadah yang sudah sedia terbentang sejak tadi. Shuji mengangkat takbir dengan begitu khusyuk sekali.
“Woi! Ambik air sembahyang lagi sekali, laa..kau dah batal tadi time sentuh dahi aku! Wahahaha!” Virus tergelak sakan sampai berguling-guling diatas lantai ketika ini.
Sambil berguling, dia menekan perutnya. Berdekah-dekah dia ketawa apabila melihat muka Shuji yang sudah mencemik sambil berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk semula. Berjaya dia kenakan balik si Shuji itu!
SHUJI dan Virus berjalan ke pusat karaoke berdekatan pada malam itu. Shuji memandang langkah Virus yang berjalan agak jauh dihadapannya. Bersemangat waja lagak si Virus itu. Tiba-tiba fikiran Shuji berputar kembali mengingatkan saat-saat dia berpelukan dengan Virus diatas katil semalam. Dan peristiwa dicium oleh Virus tanpa sedar itu membangkitkan perasaan berbunga-bunga dalam hatinya.
“I love you..I love you..” bagai terngiang-ngiang semula ucapan Virus padanya ketika itu. Betulkah apa yang aku dengar malam itu? Atau dia sekadar mengigau aje? Shuji tertanya-tanya dalam hatinya.
Perasaan ingin tahunya terasa menghimpit jiwa. Dia mahu tahu Virus benar-benar menyintai dia atau sekadar mengigau sahaja pada malam itu. Dan dia ingin tahu dalam keadaan Virus sedarkan diri begini. Sebuah rancangan dirangka didalam kepala otaknya.
“Hello..” tegur seorang gadis Korea yang tiba-tiba datang menghampiri mereka berdua.
“Hi, sweety..” belum sempat Shuji membuka mulutnya, Virus terlebih dahulu bersuara. Matanya galak merenung ke anak mata gadis itu sehinggakan gadis itu menjadi malu-malu kucing.
“You don’t look like you’re Korean?” ujar gadis itu lagi dengan tersipu-sipu. Iyalah, siapa yang tidak terpikat dengan dua orang lelaki sekacak mereka yang berada dihadapannya sekarang ini. Nampak sekali gaya dan kemachoan mereka berdua terserlah.
“Ya..we’re from Malaysia!” Shuji pula bersuara dengan senyuman menggoda. Muka gadis itu ditenung pula membuatkan gadis itu tersipu-sipu lagi.
“Kamu berdua orang Malaysia, ya? Nama saya Hei Jin..Song Hei Jin!” senyum gadis Korea yang manis itu. Pertuturannya didalam Bahasa Melayu agak jelas walaupun kurang fasih. Mata Shuji dan Virus terbeliak tidak percaya.
“Awak tau bahasa Melayu, ya?” soal Virus. Hei Jin sekadar angguk dan senyum.
“Wahh..awak datang karaoke dekat sini?” Shuji pula bertanya dengan penuh minat. Tidak perlu lagi dia mahu ber ‘speaking-speaking’.
“Yup, saya datang nak berkaraoke lah!”
“Haa? Seorang diri aje?” soal Shuji dengan wajah penuh rasa seronok membuatkan Virus mencemik. Entah mengapa, dia rasa cemburu dengan gadis Korea berkenaan. Tidak mahu Shuji jatuh suka pula pada gadis lain.
Virus menggetap bibir. Sakit hati dengan tingkah Shuji dan gadis itu yang kelihatan begitu mengada-ngada sekali dimatanya. Virus perasan dengan mata Hei Jin yang seakan melirik penuh makna ke wajah Shuji. Dibuatnya nanti Shuji jatuh cinta dengan Hei Jin? Virus mengerutkan dahi tanda tidak puas hati.
“Ada lagi kawan-kawan saya. Mereka sudah ada didalam!” jawab Hei Jin jujur. Matanya menyorot ke anak mata Shuji. Memang dia terpikat dengan kekacakan Shuji. Virus juga dipandangnya namun, kekurangan pada Virus ialah dia agak pendek dari Shuji. Itu yang membuatkan minatnya lebih tertumpu pada Shuji.
“Oh, by the way my name is Adli, just call me Shuji and this is my..” kata Shuji terhenti seketika. Nak kenalkan Virus sebagai kawan aku atau..isteri? Shuji berkira-kira dalam hatinya yang berbelah-bahagi.
“I am his WIFE!! And my name is VIRUS!! Nak kena jangkitan Virus ke? Datang sini!” tiba-tiba Virus bersuara kuat membuatkan Shuji dan Hei Jin tersentak. Muka mereka memang muka terkejut beruk ketika ini. Rambut Hei Jin ditarik kuat oleh Virus. Tiba-tiba..
“This is..my buddy..Virus!” kata-kata Shuji mematikan angan-angan Virus tadi. Virus mengerutkan dahinya lalu menampar-nampar pipinya. Rupa-rupanya dia hanya berangan tadi.
Hah? Kenapa aku boleh berangan begitu agaknya? Arghh..gila, gila, gila, gila! Huih! Empat puluh empat kali aku kata aku gila, nanti betul-betul gila baru tau! Cis! Kenapa dengan kau ni, Virus? Rintih Virus sendirian.
“Let’s go?” ajak Hei Jin apabila suasana menjadi hening seketika.
“Jom!” Virus terlebih dahulu memaut lengan Hei Jin membuatkan gadis itu mencemik sakan. Harapannya Shuji yang akan memaut lengannya. Tetapi, Virus pula yang bertindak dahulu. Hei Jin cuba tersenyum pahit. Matanya masih melirik ke arah Shuji yang membontoti dari belakang.
Sesampainya di bilik karaoke yang ditempah bersekali dengan Hei Jin, Shuji duduk di penjuru hujung bilik berkenaan lalu Hei Jin lebih kalut pergi duduk disebelah Shuji. Virus merenung tajam kelakuan Hei Jin dan Shuji.
Shuji dan Virus diperkenalkan oleh Hei Jin kepada tiga lagi rakannya yang berada dibilik berkenaan. Mereka menjerit suka kerana dua lelaki itu memang terlalu segak dan bergaya sekali. Kalah pelakon Korea mereka!
Shuji sengaja melayan Hei Jin dengan baik untuk melihat reaksi Virus. Kalaulah Virus itu betul-betul cintakan aku, tentu dia akan cemburu! Baik aku buat lagi aksi yang lebih memanaskan hati dia. Nak buat apa, ya? Duet dululah! Shuji ketawa didalam hatinya memikirkan rancangannya itu.
Virus meminum air dengan rakus sekali. Masuk kali ini, sudah tiga botol air mineral sudah ditelannya tanpa jemu. Sakit hatinya melihat kelakuan Shuji dan Hei Jin yang mengada-ngada.
Tiga lagi rakan Hei Jin ada juga bertanya macam-macam soalan pada Virus namun dia hanya membiarkan soalan mereka itu berlalu tanpa jawapan. Matanya lebih tertumpu pada Shuji dan Hei Jin.
Panasnya hati Virus hanya Allah sahaja yang tahu! Dia membuka lagi sebotol air mineral lalu dihirupnya sakan. Belum reda hatinya yang panas itu dengan empat botol air mineral. Jiwanya menggelegak kerana kepanasan yang mendidih.
“Argghhhhhhhh!! Aku nak pergi toilet sekejap la! Buang karan aje aku duduk sini kalau asyik kau dengan cik Hei Jin aje yang menyanyi!” jerit Virus tiba-tiba lalu menapak keluar. Mukanya bengis sekali sambil berjalan macam Gorilla yang ingin mencari mangsa.
Semua orang yang berada didalam bilik berkenaan tersentak dan terdiam. Semuanya terkebil-kebil memandang langkah Virus. Shuji seorang sahaja yang tersengih macam kerang busuk.
Ini baru permulaan aje, Virus! Kau tunggulah..ada lagi banyak dugaan untuk kau lepas ni! Shuji ketawa dalam hati. Sekarang, sudah nampak tanda-tanda bahawa Virus cintakan aku. Selepas ini, tinggal nak confirm kan saje! Shuji tersengih pula membuatkan Hei Jin disebelahnya dilanda kehairanan.

AWESOME!
ReplyDeletebagus shuji, bagus!
hahahahhahah giler ah..
jangan risau, virus memang cinta sama kamu =P
lama dah i tunggu smbungan ni hehehe =)
bestlah..hahha
ReplyDeletenak lagi yer?
ngaku jela virus...
ReplyDeleteplease ngaku ye virus!
ReplyDeletetak sabo den nok tengok korang bercinter niii..
huahuahuaaaa
yeayyyyyyy virus jeleeeesssssssssss!
ReplyDeleteingatkan dia xder perasaan ekekeke..
bguih la shuji wat gituuuu..
nak lagiiiiiii..hiuhiuhiu
haha.
ReplyDeleteske2..
virus jeles...
da ade rse chenta tuh...
tape virus..go on je la with dat feeling..
xslh taw..
ekekee..
smbung2..
i've read all part of virus vs shujing...
ReplyDeletehahahha
nice story..
can't wait for de nx part.. ;p
p/s: sal x wat novel trus..??
to all: thx for ur support ^^
ReplyDeleteto xoxo : hurm xsenang kot nk publish tuk bukukan..huhu lgpun syarikat novel msti nakkan manuskrip yg hebat2..yg mampu buat sales ^^
karya saye ni, rasenye still jauh lg tuk capai tahap gitu huhu ayat sy pun simple jew..xsehebat penulis lain.. :)
but i still try my best to make all of u hepi when reading my stuff :P
EXCELLENT!
ReplyDeleteThis is what i've waited ever since they were married!
Finally,i can smell jealousy in virus!
padan muke engko virus,finally u're jealous!
nak lagie..
congratz n gud luck!