SUDAH hampir seminggu Shuji dan Virus bercuti di Korea. Lusa merupakan hari terakhir bulan madu mereka berdua. Selepas itu, mereka akan pulang ke tanahair semula. Lagu tema drama Korea My Girl bertajuk Never Say Goodbye kedengaran berkumandang di radio Porche yang sedang dipandu oleh Virus.
Tangannya mengetuk-ngetuk stereng kereta itu sambil menyanyi-nyanyi kecil mengikuti irama lagu berkenaan. Walaupun tidak tepat lirik yang dinyanyikan olehnya, dia tidak peduli. Janji dia dapat melepaskan tensionnya.
Kini mereka sedang menuju ke lapangan terbang untuk pergi ke Pulau Jeju, Korea. Mereka ingin melawat pulau tersebut dan menikmati keindahan pantai disitu sebelum pulang ke Malaysia.
Shuji disebelah membungkam dan mencemik. Sakit telinga dia mendengar nyanyian yang entah apa-apa dari mulut Virus itu. Kalau sedap dan betul liriknya, okeylah jugak! Ini tidak, langsung tak sedap dan lirik pun main hentam aje!
“Diamlah, bongok! Kalau sedap suara kau, aku tak kisah. Ni dah macam kera nak beranak pun ada jugak! And satu lagi, lirik tu biarlah betul..” ejek Shuji sambil menerkup telinganya apabila kata-katanya hanya mengundang suara yang lebih kuat dari Virus.
Tanpa mempedulikan kata-kata Shuji, dia terus bernyanyi ikut kepala otak dia sahaja. Malas dia mahu mendengar kata-kata Shuji lagi. Kini dia sudah nekad tidak mahu cair lagi dengan kata-kata Shuji, apatah lagi mendengar bebelan dari mulut lelaki itu.
Ya, dia mahu melawan perasaannya sendiri yang semakin hari, semakin naik gila. Semuanya kerana Shuji. Dia pun tidak tahu apa yang melanda hatinya sehingga dia menjadi tidak tentu arah. Yang pastinya, Shujilah punya angkara. Membuatkan hatinya menjadi tidak keruan setiap masa. Ya Allah, apakah perasaan ini?
Sesungguhnya dia takut dengan perasaannya sendiri yang baru wujud itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu memikirkan tentang Shuji. Malas dia mahu layan-layan ‘blues’ ni. Kata brutal kan? Buatlah cara brutal!
Virus menekan minyak dan Porchenya melunjur laju diatas jalanraya. Hampir tercabut nyawa Shuji ketika itu. Mukanya merah padam kerana geram dengan tingkah Virus.
Sejak malam mereka berkaraoke hari itu, Virus seakan cuba menjauhkan diri darinya. Banyak masa yang dihabiskan dibilik berdua-duaan, gadis itu hanya melayan tidur sahaja. Kadang-kadang Virus akan keluar senyap-senyap dan balik pula lewat-lewat malam, sewaktu Shuji sudah tertidur.
Pening dia memikirkan sikap Virus itu. Segala rancangannya selepas itu memang langsung tidak berkesan pada Virus. Gadis itu seakan tidak kisah dengan kegiatannya sekarang. Buatlah macam mana pun untuk menimbulkan rasa cemburu gadis itu, Virus tetap tidak mahu ambil pusing langsung! Punahlah harapan dia untuk mengetahui tentang perasaan sebenar Virus padanya.
“Slow-slow la bawak kereta tu, Virus!” getus Shuji keras. Raut Virus dipandangnya. Tiada langsung tanda-tanda bahawa minah tu makan saman dengan kata-katanya. Tekan minyak lagi adalah!
“Apa kena dengan kau ni?” soal Shuji kuat kerana melawan suara gadis itu yang sedang bernyanyi lantang. Virus terus terdiam. Kelajuan Porchenya diperlahankan.
“Aku? Mana ada apa-apa. Kenapa kau tanya macam tu pulak? Aku nyanyi pun salah ke?” kata Virus. Matanya masih terarah ke jalan raya dihadapannya. Tiada minat untuk menentang wajah Shuji.
“Hmm..perangai kau agak pelik sejak dua menjak ni..”
“Kenapa kau cakap macam tu pulak? Dulu aku macam mana? Sekarang pulak macam mana?” soal Virus dengan muka yang agak serius. Lecehnya nak menjawab soalan-soalan cepu mas dari Shuji itu! Dahinya dikerutkan sambil matanya masih melihat ke hadapan.
“Susah aku nak terangkan. Tapi aku tau, kau cuba elakkan diri dari aku. Kalau aku tanya sepatah, kau jawab setengah patah. Aku tanya banyak, kau jawab sikit aje..peliklah tu!” gumam Shuji sambil memeluk tubuhnya. Virus disebelahnya dijeling seketika lalu pandangannya dihalakan kembali ke luar tingkap.
“Biasalah tu, beb! Ada kala angin aku okey, aku layanlah kau lebih. Time aku tak ada mood, kau faham-faham aje lah!”
“Hari-hari kau macam tu. So, hari-harilah tak ada mood ya?”
“Kau pun apa kurangnya! Perangai kau lagilah bertambah pelik, tau tak?” Virus mula membuat suara tidak puas hati. Ahh, takkan aku aje yang kena hentam? Biar aku sama hentam dia! Desis hati Virus. Dia menggigit bibir.
“Apasal pulak kau kata macam tu? Apa yang peliknya pasal aku ni?” soal Shuji dengan rasa hairan. Matanya menusuk tepat ke muka Virus yang masih tidak memandangnya langsung.
“Pertama, kau sengaja layan perempuan terlebih baik bila duduk depan aku. Kedua, kau seboleh-bolehnya nak duduk rapat-rapat dengan aku sampai meloyakan tekak aku dan merimaskan aku. Ketiga, kau suka termenung sambil pandang aku, juga membuatkan aku rimas!” ujar Virus dengan serius. Teliti betul analisisnya mengenai sikap Shuji.
Wajah Virus ketika ini begitu serius sekali dengan dahinya yang sengaja dikerutkan. Tiba-tiba Shuji meledakkan tawanya. Virus menjadi pelik dengan hilaian tawa Shuji itu. Dia mula menoleh ke arah Shuji lalu wajah lelaki itu dipandangnya sekilas sebelum mukanya dialihkan semula ke hadapan.
“Wow! Bila masa kau buat semua analisis yang sangat teliti ni? Kau pun suka tenung akulah tu! Sebab tu kau tahu aku tenung kau kan? Kalau tidak, takkanlah teliti betul kau punya summary pasal aku..lagipun, salah ke kalau aku nak tenung bini aku? Tak salah, kan?” ujar Shuji panjang lebar sambil ketawa kecil. Pernyataan Shuji itu benar-benar mencetuskan rasa malu di hati Virus. Terkena pula dia dengan Shuji!
Haih! Shujing ni dah bertukar jadi mama aku ke? Apasal sekarang ini aku asyik terkena dengan dia aje ni? Dia sempat belajar ilmu mama aku kot sebelum datang sini! Haisshhh..keluh Virus dalam hatinya. Mukanya bertukar merah.
“Huh! Aku tengok kau sebab aku rasa pelik, okey?! Tak lebih dari tu..” Virus cuba bertenang. Stereng kereta dipulasnya apabila ternampak papan tanda yang menunjukkan jalan ke lapangan terbang. Shuji tersenyum pahit.
Suasana bertukar hening apabila Virus menutup radio yang terpasang tadi. Porchenya dipandu agak laju, tetapi tidaklah laju sangat. Karang bising pulak si Shuji itu kalau dia bawa laju-laju!
“Virus..” panggil Shuji lembut. Matanya memandang ke hadapan, tidak langsung memandang Virus. Ada senyuman kelat terukir dibibirnya ketika itu.
“Hmm?”
“Kalau..”
“Kalau??” Virus mengerutkan dahinya. Sesekali, kepalanya tertoleh-toleh ke arah Shuji yang berkelakuan pelik.
“Ini kalaulah..bukan betul-betul tau!”
“Hah?! Cakaplah..kenapa kau main-main tarik tali dengan aku ni?” getus Virus keras. Dia rasa tidak sabar menantikan kata-kata seterusnya dari Shuji.
“Kalau aku cintakan kau? Kau nak terima?” tiba-tiba Shuji berkata begitu. Wajah Virus dipandang sayang. Dupp!! Jantung Virus berdebar kencang.
Shuji harap, Virus akan memberikan jawapan yang positif padanya. Virus kelihatan agak terkejut dengan kata-kata Shuji itu. Peluh sudah memercik didahinya. Shuji masih menanti dengan debaran.
“Apa yang kau merepek ni?? Kalau kau cintakan aku? What is this nonsense? Tak mungkin berlaku antara kita!” laju sahaja Virus menjawab. Selepas itu dia ketawa kecil bagai mengejek kata-kata Shuji tadi. Wajah Shuji berubah suram. Dia menunduk. Hatinya bagai dirobek-robek.
“Kenapa kau boleh fikir macam tu pulak? Tiba-tiba aje kau ni!” sambung Virus lagi sambil terus memandu. Peluh dingin sudah menitis didahinya. Sebenarnya dia pun tidak tahu apa jawapan yang sepatutnya diberikan kepada Shuji tadi.
Balik-balik, kata-kata tadi yang terhambur dari bibirnya kepada Shuji. Dan semestinya perasaan yang dirasainya sekarang bukanlah suatu perasaan yang gembira. Dia juga berasa kecewa sebagaimana kecewanya Shuji ketika itu.
“Nandemonaii desu(tak ada apa-apalah)!! Aku saje nak tahu..kalau kita bercinta. Memang tak mungkinlah, kan?!” Shuji berpura-pura tersenyum. Lebih kepada senyum pahit. Padahal dalam hatinya, siapalah yang tahu. Sudah hancur punah segala impian yang dibina.
Virus sekadar angguk. Hatinya juga pedih apabila memikirkan semua ini. Kenapa aku harus berperasaan begini? Ahhh..kenapa ni? Kenapa aku mesti sedih bila aku sendiri yang cakap kita orang tak mungkin bercinta?
“But, come to think about it..kita boleh bercintalah! Kita kan suami isteri! Kau niii..” Shuji bersuara seolah-olah mahu mengusik Virus. Dia berpura-pura ketawa riang dihadapan Virus.
Bahu Virus ditumbuk lembut olehnya. Virus sekadar mengukir senyum kelat. Otaknya lebih tertumpu kepada perasaannya sekarang yang tidak menentu. Sedih, kecewa dan patah hati semuanya bercantum menjadi satu.
“WOI! Lembablah kau ni!” marah Virus sambil mencebik. Langkah Shuji yang sedang berlari-lari anak ke arahnya dipandang sekilas. Dua tiket kelihatan tergenggam kemas ditangan lelaki itu.
“Flight lagi sejam. By the way, kau ni kenapa asyik nak marah-marah aje ni? Datang bulan ke?” usik Shuji selamba. Seketika kemudian dia tersengih lucu melihat Virus yang sedang memuncungkan bibir.
“Damn! Bodohlah kau ni! Ada ke pulak ke situ..” bebel Virus sambil memeluk tubuh. Punggungnya dihenyak semula ke kerusi menunggu. Shuji juga duduk.
“Dah asyik nak marah aje! Mak aku cakap, perempuan ni kalau marah-marah mesti tengah period atau nak dekat datang period!”
“Diamlah, syaitan! Aku tengah panas ni!”
“Panas kepala otak kau! Dahlah cuaca kat Korea ni sejuk giler..dalam ni pun entah-entah ada aircond..sejuk tau sekarang ni!” Shuji memeluk tubuhnya sambil matanya melirik Virus disebelahnya yang semakin panjang muncung dimulut.
“Aduh! Sakitnya perut!” Virus memegang perutnya. Tiba-tiba sahaja dia terasa sakit perut. Haih..kenapa pulak ni? Dahinya berkerut-kerut tanda sedang menahan kesakitan. Otaknya berfikir, kalau-kalau dia ada tersalah makan.
“Eh, sakit perut? Kau salah makan apa-apa ke? Tapi, makanan yang kau makan, aku pun makan jugak! Pelik ni..” Shuji sudah risau melihatkan wajah Virus yang berkerut-kerut bagai orang tua nak mampus. Sakit sangatlah agaknya tu!
“Entahlah labu..adoiii..!” keluh Virus sambil mengerang kesakitan.
“Kau tunggu sini kejap..aku pergi farmasi cari ubat..” ujar Shuji seraya bangun. Mukanya bertukar muka risau yang amat-amat sangat.
Virus sekadar angguk dan terus mengerutkan dahinya. Sakit betul perutnya. Kalau tak silap aku, ini tanda-tanda nak datang bulan ni! Adoi laa..masin betul mulut kau, ya Shujing!
Tiba-tiba Virus terasa seperti sesuatu yang sedang keluar dari celah pahanya. Macam mana ni? Takutlah kalau-kalau aku bangun ni, benda tu mengalir turun pulak. Takkan nak bagitau Shujing? Gilakah? Nanti dia mesti ketawakan aku! Virus sudah berpeluh-peluh walaupun didalam suasana dingin begitu.
Virus kaku disitu tanpa bergerak-gerak lagi. Dia tidak mahu periodnya turun ketika itu. Dahlah bilik air jauh, tuala wanita pun dia lupa nak beli. Perlukah dia memberitahu pada Shuji pasal perkara ini? Ahh..perkara yang amat memalukan sekali..
Seketika kemudian, kelihatan kelibat Shuji sedang berlari-lari anak menuju ke arah Virus yang masih mengerutkan wajah. Tetapi kali ini, tubuh Virus tidak bergerak-gerak seperti tadi. Diam sahaja disitu. Pelik juga Shuji melihatnya.
“Kau okey? Try makan ubat ni..” Shuji menghulurkan suatu bungkusan kecil pada Virus. Gadis itu masih kaku sambil memandangnya dengan pandangan yang Shuji sendiri tidak dapat mengertikan. Wajah itu seakan serba salah.
“Kenapa diam ni? Kau sakit lagi, ke?” kali ini Shuji sudah memegang pipi Virus sambil mengelus-elusnya lembut. Riak kerisauan jelas tergambar diwajah lelaki itu.
Virus tergamam dengan tindakan spontan Shuji yang memegang pipinya. Pantas bungkusan yang dihulurkan oleh Shuji tadi diambil. Hatinya berdebar-debar apabila matanya bertentangan dengan mata Shuji.
Shuji segera melarikan tangannya apabila tersedar dengan jelingan Virus. Raut wajah Virus yang berkerut-kerut itu dipandang penuh kasih. Kalaulah sayang tahu betapa abang sayangkan sayang dan betapa abang risaukan sayang ketika ini..hati Shuji berdetik sayu.
“Aku..aku..” Virus cuba memberanikan dirinya untuk memberitahu Shuji mengenai masalah yang dihadapi olehnya sekarang. Kalau dia tidak beritahu, bagaimana untuk dia mendapatkan tuala wanita? Kuatkan hati kau, Virus. Malu sekali ini aje! Desis hati Virus dalam nekadnya.
“Hmm?” Shuji menumpukan perhatiannya pada Virus.
“Aku..”
“Kenapa ni?” Shuji cuba mendesak apabila dilihatnya Virus seakan tidak boleh terus mengeluarkan kata. Bimbang jika sesuatu yang buruk dialami oleh isterinya itu.
“Hmm..aku nak mintak tolong kau..” wajah Virus memerah saat ini. Bagaimana harus dia mengungkapkan perkataan seterusnya? Ahh..malunya!
“Tolong apa?” soal Shuji lembut. Dia cuba tersenyum manis buat gadis itu. Ingin menyedapkan hati Virus.
“Tolong belikan aku..err..err..pad!” getus Virus lambat-lambat lalu dia menundukkan wajah. Mukanya merah padam. Bibirnya diketap rapat menahan perasaan malu.
“Pad?” Shuji sudah pelik. Benda apa tu? Dia tidak memahami maksud Virus.
Ahh! Sudahh! Takkanlah aku nak kena explain pulak kot? Apooo laa Shujing ni! Rintih Virus dalam hatinya.
“Err..err..roti keringlah!” ujar Virus lagi lambat-lambat. Mukanya masih merah menahan malu. Harap-harap Shuji faham kali ni.
“Roti kering? Ada ke kat Korea ni? Kat Malaysia banyaklah! Yang orang selalu cicah dengan air kopi tu kan? Buat apa kau nak roti pulak?” Shuji tersengih.
Wajah dungunya tergambar. Nampaknya dia masih belum memahami maksud kata-kata Virus. Nafas Virus sudah tertahan-tahan kali ini. Dia geram dengan tingkah Shuji itu. Hatinya tiba-tiba panas.
“Kau ni!! Yang tu pun tak tau ke? Tuala wanita laaa!!!” jerkah Virus akhirnya apabila melihat wajah Shuji yang seakan mengerti tetapi sebenarnya langsung tidak memahami. Shuji tersentak lalu tersengih panjang apabila dilihatnya Virus kembali diam dan tersipu-sipu dengan wajah yang merah padam. Malulah tu! Semua mata memandang ke arah mereka ketika itu.
“Kan aku dah kata! Kau mesti datang bulan punya!” Shuji ketawa lucu melihat sikap Virus yang seakan merajuk. Muncung mulutnya sudah sepanjang 10 inci.
“Diamlah!”
“Kau tunggu sini ya? Aku pergi beli!” sengih Shuji seraya berlalu ke kedai berdekatan.
Virus menundukkan wajahnya. Dia menampar-nampar pula pipinya ketika ini. Malunya dia kerana menjerit begitu tadi, sampaikan semua orang yang berada disekeliling menumpukan pandangan padanya.
Kalaulah mereka berada di Malaysia ketika dia menjerit tadi, tentu semua orang akan dengar dan tahu tentang perkara memalukan itu. Dan tentulah dia akan malu besar! Nasiblah mereka berada di Korea sekarang. Virus menarik nafas lega. Tetapi malunya pada Shuji masih menebal dalam hati.
Setelah Shuji membawakan tuala wanita, Virus bergegas ke tandas. Dia memeriksa keadaannya. Laa..belum lagi period? Tapi serius tadi macam dah keluar aje! Adoi..kenapalah aku asyik kena malu aje sekarang ni? Rintih Virus dalam hatinya.
SETELAH satu jam menempuhi perjalanan dari Seoul ke Pulau Jeju, akhirnya mereka tiba juga di pulau berkenaan. Virus hanya membungkam dan berpura-pura tidur sepanjang perjalanan mereka tadi. Dia masih merasa malu dengan kejadian yang berlaku.
Langkah Virus laju sahaja ketika itu meninggalkan Shuji di belakangnya yang terkejar-kejar dirinya. Tercungap-cungap Shuji dibuatnya. Kini mereka sudah tiba di tepian pantai untuk berjalan-jalan.
Semua ini adalah permintaan Shuji kepada pemandu teksi tadi. Virus ingin membantah tetapi dia masih merasa malu dengan Shuji pasal tadi lalu mengambil keputusan untuk berdiam diri.
“Woi! Tunggulah, sengal..aku penat ni!” panggil Shuji sambil memberhentikan langkahnya seketika. Dia melepaskan nafas yang berat ketika itu.
Virus masih melangkah laju. Dia memekakkan telinganya apabila terdengar panggilan dari Shuji. Shuji mencemik bibir kerana Virus tidak mahu berhenti. Dia cuba lagi berjalan perlahan-lahan. Agaknya sudah dua kilometer mereka berjalan tanpa henti.
Tiba-tiba Shuji mendapat idea dalam kepala otaknya. Dengan senyuman nakal, dia mempercepatkan langkahnya mengejar Virus.
“Virus!” panggil Shuji lagi. Diam. Tiada tanda-tanda yang Virus mahu bercakap dengannya.
Haih? Takkanlah pasal tuala wanita itu pun dia nak marah tak tentu pasal? Tak apalah, kenalah faham yang dia tengah datang bulan! Desis hati Shuji sambil tersengih seorang diri.
“Virus..tengok ni..aku nak masuk dalam air sikitlah!” ujar Shuji sambil melangkah menghampiri gigi air. Air laut yang datang berombak-ombak terasa menampar kaki Shuji. Terasa dingin sekali air laut itu. Lain benar rasanya dengan air laut di Malaysia.
“Aku peduli apa?! Masuklah! Kau nak mandi pun aku tak kisahlah!” gumam Virus sambil duduk diatas pasir. Pemandangan laut terasa menyegarkan jiwanya. Udara nyaman yang dihirup olehnya ketika ini terasa mendamaikan hatinya. Virus tiba-tiba tersenyum tanpa sedar. Matanya dipejam rapat-rapat.
“Aku mandi kejaplah!” jerit Shuji dari kejauhan.
“Pergilah! Ada aku kisah??!” gerutu Virus, masih memejamkan matanya. Dia rasa sedikit terganggu dengan suara lelaki itu. Memang mengacau betul ketika dia ingin menhirup udara segar begini.
Lama juga dia memejamkan matanya. Hatinya terasa begitu tenang sekali ketika itu. Dia terbaring pula kali ini diatas pasir tersebut. Selesa sekali dirasakan olehnya. Lambat-lambat matanya semakin mahu lelap..
“Argghh!! Virus!! Tolonggg..tolongg..aku..takk..reti berenang!” jeritan Shuji kedengaran kuat bergema lalu mata Virus terbuntang tiba-tiba. Spontan tubuhnya terbangun dan berlari ke arah suara Shuji. Hati Virus berdebar dan menggila.
Dimana? Dimana Shuji? Ya Allah! Dimana dia? Virus cuba mencari-cari kelibat Shuji dari tepian pantai. Dia gugup. Bagaimana ni? Aku pun tak tahu berenang! Ya Allah! Virus teragak-agak untuk masuk ke dalam air.
Sayup-sayup kelihatan tangan Shuji yang terkapai-kapai agak jauh di tengah laut. Tubuh lelaki itu kelihatan tenggelam timbul. Hati Virus berdebar-debar. Ya Allah! Kuatkanlah semangat hamba-Mu ini! Selamatkanlah Shuji dan aku! Virus nekad untuk pergi menyelamatkan Shuji.
Dia berlari dan memasuki laut. Perlahan-lahan dia semakin menghampiri Shuji tetapi apabila dia terasa yang kakinya tidak menjejaki tanah, dia terus panik. Kali ini, Virus pula yang terkapai-kapai dan tenggelam timbul. Sudah banyak air laut yang sudah ditelan olehnya ketika ini. Dia hanya bertawakal dan berserah.
Kini tubuhnya sudah tenggelam ditelan air laut. Ya Allah..selamatkanlah suamiku serta hamba-Mu ini..ucap Virus didalam hatinya lalu pandangannya terus kabur.

alahaiii
ReplyDeletevirus,,npe la xmo ngaku..
kan due2 da sedey..
hhu..seksa perasaan taw..
huhu..malu seyh..ekekekee..
si shuji reti berenang kan..
hope dye yg selamtkan virus..
tp pasnih,ble taw shuji taw berenang..sure2 si virus taw yg si shuji nieh nipu n sah2 dye mara gle..huhu..mandai je nieh..ekekee..
smbung2 sis..
wah...nak tau gak apa jadi naty..
ReplyDeletesambaunh cepay ehy..
betul tekaan i, yg u post bab 13 malam ni..hehhe..
aduyai..mesti si shujing neh wat2 lemaih plak.hehe..go!go! shujing..jadi herO.hehe
ReplyDeletengehehe..best3!
ReplyDeleteadush..suspens laa..
si shuji nih main2 ke nak kena kan virus dgn wat2 lemas?
xpasal virus yg kena..
haha,ko sanggup sbb ko dah suke shuji,virus!
nak lagie!
ske3!!!!
ReplyDeletesambong llagi yer? hihihi
go, shuji go! jadik hero erkk
apa la virus nie taknak ngakue lakz!!
huhuhu smbong lagi cpat2!!~~~~~~~~~
noti nye shiju ni..(klu die mmg reti berenangla)..
ReplyDeletesure virus geramnye klu tau die kne tipu..
xpe2..bile lg shiju nk jd hero kn..time ni je la..