SHUJI ketawa apabila melihat Virus yang terkapai-kapai. Sangkanya Virus hanya berpura-pura lemas seperti dia. Shuji tergamam apabila melihat Virus sudah tenggelam lalu dengan pantas dia berenang ke arah Virus.
Kali ini dia sudah kaget lalu menyelam ke dalam laut untuk mencari tubuh Virus yang tenggelam tadi. Merata dia mencari namun tidak berjumpa. Hatinya bagai nak gila ketika ini kerana rasa bersalah yang merajai hati. Betapa risaunya dia ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Walaupun matanya terasa pedih kerana air laut yang masin itu, dia tetap mencuba untuk membuka luas-luas matanya. Kelibat Virus yang sedang jauh tenggelam ke dasar laut dapat dilihat oleh Shuji ketika itu. Dengan pantas, Shuji berenang mendapatkan tubuh Virus lalu dibawanya naik ke permukaan air.
Kemudian, pantas dia berenang ke tepian sambil memaut tubuh kecil Virus. Orang ramai yang baru menyedari kejadian itu kelihatan berpusu-pusu datang.
Sebaik sahaja meletakkan Virus di atas pasir, Shuji menanggalkan kasut Virus, kemudian meletakkan telinga ke dada gadis itu untuk mendengar degupan jantungnya.
Selepas itu, nadi di pergelangan tangan Virus pula diperiksa. Ya, nadinya masih berdenyut. Nasib baiklah dia pernah belajar mengenai pertolongan cemas sewaktu di kolejnya dahulu.
“Virus! Virus!” jerit Shuji sambil menampar-nampar pipi Virus dengan lembut. Tiada reaksi dari gadis itu. Kali ini Shuji menggoncangkan pula badan Virus namun masih tiada reaksi. Takkanlah nak kena buat CPR kot? Shuji mengerutkan dahi.
Risau dia melihatkan Virus yang masih tidak sedarkan diri. Kalau dia masih tidak sedarkan diri, terpaksalah aku buat CPR! Shuji nekad. Dia menggoncang lagi tubuh Virus. Tetapi Virus masih tidak sedarkan diri.
“Do the CPR! He’s dying, man!” tiba-tiba seorang lelaki bersuara lantang. Mati-mati lelaki itu ingat yang Virus itu adalah seorang lelaki juga. Shuji menelan liur. Bibir Virus yang sudah kebiruan itu ditenungnya.
“Ya, do it man! Or you want me to do it?” seorang lagi lelaki bersuara membuatkan Shuji tersentak. Amboi! Ada hati nak kiss bini aku nampak?! Shuji sempat membebel dalam hatinya.
“Let me do it..!!” kata Shuji pantas.
Dengan berhati-hati, Shuji mendekatkan bibirnya ke bibir Virus. Dia memejamkan matanya, tidak mahu melihat kelibat orang-orang di sekelilingnya kerana dia malu. Malu sebab terpaksa melakukan CPR dihadapan khalayak ramai. Biasalah orang Melayu, mestilah malu kan?! Huhu wajahnya juga merah padam ketika ini.
Hampir sahaja dengan muka Virus, tiba-tiba sahaja dia terdengar suara Virus yang sedang terbatuk-batuk lalu Shuji pantas berpura-pura duduk disebelah Virus.
Mukanya cuba dikawal bagai tiada apa-apa yang berlaku. Harap-harap Virus tak nampaklah perlakuan dia tadi. Memang memalukan kalau Virus nampak. Silap-silap haribulan, dia terpaksa makan pelempang Virus pula nanti.
“Where am I?” Virus cuba membuka matanya. Pandangannya masih kabur. Tiba-tiba otaknya terus terfikirkan Shuji yang lemas tadi. Sangkanya Shuji masih didalam laut. Dia terus menjadi risau lalu bangun tanpa langsung melihat keadaan sekeliling.
Baginya, Shuji lebih penting saat ini. Dia harus menyelamatkan suaminya. Perit dirasakan jiwanya ketika ini apabila membayangkan Shuji meninggalkan dirinya. Tidak mahu dia memikirkan lagi, lalu kakinya pantas dihayun.
Walaupun tubuhnya masih lemah, dia berusaha untuk berjalan ke arah laut. Tangannya tiba-tiba dipaut oleh seseorang. Kepalanya ditolehkan ke arah gerangan yang memegang tangannya. Matanya terbeliak lalu dengan spontan, dia memeluk tubuh Shuji erat-erat.
Takut benar dia tadi. Sungguh dia takut jika dia kehilangan Shuji. Entah mengapa dia harus berperasaan begini, dia pun tidak tahu. Tidak dipedulikan lagi mata-mata yang memandang mereka. Virus menangis sekuat-kuat hatinya sambil memeluk erat tubuh Shuji.
“Syhh..kenapa menangis ni? Aku tak apa-apalah..” Shuji mengusap kepala Virus lembut. Dia membalas pelukan Virus lalu dengan tiba-tiba sebuah kucupan sayang hinggap di ubun-ubun kepala isterinya itu. Semua orang yang memandang sudah menganggap yang mereka itu adalah gay. Orang ramai terus bersurai selepas itu.
Virus agak terkejut dengan kucupan dari Shuji tadi. Namun dia masih terus menangis tanpa mempedulikan tentang apa-apa lagi. Perasaan takut kehilangan Shuji serta perasaan lega kerana Shuji selamat terus bercantum menjadi satu.
Ya, memang dia akui yang dia sudah jatuh sayang pada suaminya. Tapi, dia pun tidak tahu apakah yang menghalangnya dari menunjukkan kasih sayangnya pada lelaki itu sebelum ini. Bagai ada sesuatu yang membuatkan dia tidak mampu untuk meluahkan rasa sayangnya.
“Sayang..” panggil Shuji sambil memegang pipi Virus. Terdapat senyuman kecil yang meniti dibibir Shuji ketika memandang wajah Virus yang masih mengalirkan airmata. Virus tersedu-sedu menangis sambil membalas renungan Shuji. Perlahan-lahan jemari Shuji menyeka airmata dipipi gebu Virus.
“Aku tak apa-apalah..jangan risau lagi, ya sayang?” ucap Shuji dengan suara yang cukup romantis sekali sehingga menggegarkan dada Virus. Sayang? Dia panggil aku sayang? Apa ni? Kekoknya aku rasa! Desis hati Virus sendirian setelah tersedar dengan panggilan Shuji terhadapnya.
Virus cuba melonggarkan pelukannya namun Shuji masih tidak mahu melepaskannya. Wajah Virus masih direnung penuh kasih sayang. Sudah terbukti bahawa Virus cintakannya. Nampak sangat dia risaukan aku! Ya, kini aku sudah miliki hati gadis ini. Sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya. Ya, Allah..kekalkanlah kebahagiaan yang kini aku kecapi..
“Lepaslah!” ujar Virus perlahan. Dia menolak tubuh Shuji lalu dirinya terlepas dari pelukan lelaki itu. Virus menundukkan wajahnya dengan wajah merah padam. Malu benar dirasakan apabila memikirkan yang dia boleh memeluk Shuji dengan begitu selamba sekali tadi. Menangis pulak tu didada Shuji! Malunya! Virus merintih dalam hati.
“Kau okey? Tadi kau lemas!” soal Shuji dengan wajah penuh kerisauan. Dia cuba memegang pipi Virus namun segera ditepis oleh gadis itu. Baru dia teringat yang dia juga lemas tadi. Tapi, mengapa Shuji okey aje? Itu yang menghairankan dia.
“Aku okey..kau? Kenapa kau nampak okey aje? Tadi bukan ke kau lemas? Kau cakap tak reti berenang! Apa ni? Kau tipu aku, ke?” Virus tiba-tiba naik berang apabila memikirkan kemungkinan yang dia ditipu oleh Shuji hidup-hidup. Virus merenung tajam Shuji, ingin mendapatkan kepastian serta ketulusan dari wajah lelaki itu.
“Aku..err..aku..”
“Apa?!” desak Virus. Mukanya serius. Tiada lagi tangisan seperti tadi.
“Memang aku tahu berenang! Aku saja nak tengok reaksi kau..aku tak tau yang kau tak tahu berenang! Aku minta maaf..” jawab Shuji dengan jujur.
“Kauu..kauuuuu..kenapa kau buat macam ni?!” Virus sudah terdorong ke hadapan lalu tubuh sasa Shuji ditolak kuat olehnya sehingga hampir terjatuh.
“Hmm..aku minta maaf. Aku memang betul-betul minta maaf..”
“Maaf? Senang kau nak mintak maaf? Aku dah mati-mati ingat kau lemas tau tadi?!” gumam Virus dengan perasaan geram.
“Kau risaukan aku?”
“Risau? Pleaselah, Shujing! Aku tak nak kau mati depan mata aku aje..tak naklah aku tanggung rasa bersalah nanti sebab tak selamatkan kau!”
“Mengaku aje..kau risau kan? Kalau tidak, kau takkan peluk aku macam tadi. And kau takkan nangis..” Shuji semakin berani menentang Virus.
Virus terkedu mendengar kata-kata Shuji yang banyak benarnya itu. Dia kematian idea untuk berkata-kata lagi. Wajah Shuji dipandangnya sekilas lalu langkahnya dihayun laju menuju entah kemana.
“Virus..” panggil Shuji sambil memaut lengan Virus. “Say you love me..” tiba-tiba perkataan itu terpacul dari bibir Shuji. Matanya redup memandang ke anak mata Virus. Mengharapkan gadis itu memahami suara hatinya.
“What? I..love you?!” serta-merta Virus membalas. Wajah tidak percayanya tergambar. Shuji dihadapannya dipandang tanpa berkelip.
“Yes. Aku tau..kau sayangkan aku kan? Sebab tu kau risau sampai macam tu sekali. Walaupun kau tak reti berenang, kau sanggup terjun laut semata-mata nak selamatkan aku!” Shuji memegang kedua belah pipi Virus. Mata mereka bertentangan kali ini. Selepas itu, Shuji pantas menggenggam jemari Virus. Virus cuba menarik tangannya namun tangan Shuji lebih kemas menggenggam tangannya.
“Sudahlah! Lepaskan akulah, Shujing! I don’t love you! Jangan mengarut lagi boleh tak? Macam mana aku nak sayangkan kau kalau hubungan kita selama ini sudah terbiasa dengan hubungan sebagai kawan baik?! Nonsense, Shuji. Nonsense!” Virus merentap tangannya kuat lalu berlari-lari anak meninggalkan Shuji yang mengejarnya dari belakang.
“Kita boleh cuba! Kau aje yang tak mahu memberikan aku peluang..Virus, please! Dengar ni..” pujuk Shuji sambil mengejar langkah Virus yang semakin laju.
“Diam! Aku tak mahu dengar benda bukan-bukan dari mulut kau! Aku mual tau? Nak termuntah!” Virus menebalkan egonya. Walaupun dia juga terseksa dengan kata-katanya, namun entah mengapa dia tidak mampu untuk berkata ‘ya’ pada Shuji.
Mungkin kerana hubungan mereka sebelum ini sebagai kawan baik telah membuatkan hati Virus menjadi bercelaru. Dia keliru. Ya, dia masih belum pasti dengan perasaannya sendiri ketika ini. Kawan? Cinta? Kawan? Cinta? Ahh..sangat memeningkan kepalanya!
“Aku dah mula sukakan kau! Aku sayangkan kau, Virus!” laungan itu bergema mengetuk ke gegendang telinga Virus. Virus terus tergamam dan matanya terkebil-kebil.
Tidak percaya dengan perkataan yang baru terucap dari bibir Shuji. Jantungnya berdegup kencang. Ya, Allah..mengapa hatiku harus berdebar-debar didalam kekeliruan perasaanku ini? Desis hati Virus. Sayu hatinya ketika itu.
VIRUS hanya membungkam sepanjang perjalanan menaiki teksi ke hotel berdekatan. Shuji juga mendiamkan diri. Sesekali wajah Virus disebelahnya dipandang penuh rasa sayu. Dia tidak sangka Virus akan terus mendiamkan diri sehingga sekarang.
Semuanya gara-gara luahan perasaannya tadi. Sebab inilah yang dia tidak mahu meluahkan perasaannya pada Virus selama ini. Inilah yang ditakuti olehnya, iaitu dirinya akan terasa jauh dari Virus.
“Virus..” panggil Shuji.
Virus masih diam. Dia memekakkan telinganya. Tidak mahu berkata apa-apa. Dia tahu, Shuji terseksa. Begitu juga dia. Cuma baginya, dia perlukan masa. Bukan senang untuk dia menerima Shuji. Lebih-lebih lagi Shuji itu sudah lama menjadi kawan baiknya.
“I’m sorry..” getus Shuji perlahan. Jemari Virus cuba dicapai namun gadis itu terlebih dahulu melarikan tangannya. Shuji pasrah dengan kekecewaan yang dialaminya itu. Dia tahu dan yakin, Virus juga sudah mula sayangkannya. Tetapi, mengapa susah sangat untuk gadis itu menerima dirinya?
“Dahlah..aku lapar! Lepas ni pergi melantak dululah!” Virus tiba-tiba bersuara lantang. Namun itu pun sudah cukup untuk menceriakan semula hati Shuji. Nampaknya dia masih punyai harapan! Aku akan pikat Virus habis-habisan lepas ni! Shuji nekad.
Virus bersuara kerana dia tidak sampai hati melihat Shuji kesedihan begitu. Nanti tak bestlah! Mesti boring kalau tak ada member nak berborak! Begitulah sebagaimana yang diberitahu oleh Virus pada hatinya.
“Okey! As you wish..” Shuji tersengih diikuti oleh jelingan tajam Virus.
“Tapi ingat, aku bercakap dengan kau ni bukan tandanya aku dah maafkan kau pasal berpura-pura lemas tadi, okey?!” Virus mengangkat jari telunjuknya seakan-akan memberi amaran. Shuji hanya tersenyum kambing sambil menggeleng-geleng kepala.
“Apasal pulak? Kita serilah, beb! Zero-zero..” Shuji tergelak kecil.
“Why? Nande(kenapa)?” kini Virus sudah menarik muka empat belas. Shuji dipandangnya dengan rasa tidak puas hati.
“Kau betul-betul tak ingat atau kau sengaja tak mahu ingat?” duga Shuji dalam tawa kecil yang masih bersisa. Kelakar dia melihat wajah Virus sekarang yang tertanya-tanya.
“Apa?!”
“Kau pernah tipu aku kan dulu? Lama pulak tu..tiga tahun tau kau tipu aku! Nak ikutkan, kes kau lagi teruk..ini aku baru aje tipu kau sekejap pun dah nak berkira! Kan seri kita kan? Kosong-kosong lah sekarang ni!” terang Shuji sambil meledakkan tawa besar pula kali ini.
Virus memuncungkan mulutnya. Sah! Shujing ni memang ada belajar ilmu mama aku. Haih! Sempat mama ajar dia, ya mama? Adoi! Terkena lagi guehh..rintih hati Virus.
“Apa-apa aje lah yang boleh buatkan kau seronok. Aku malas dah nak layan kau. Baik aku melantak lagi bagus dari cakap dengan orang macam kau!” gumam Virus. Dia membuat muka bosan ketika itu.
“Kau suka aku seronok, ya? Maknanya kau..sayang akulah kan?” usik Shuji membuatkan air muka Virus berubah merah padam.
“Diamlah, syaitan! Aku malas aje nak bertekak. So, as long as aku kata aku malas nak bertekak, that is not mean yang aku sayangkan kau, okey?” bidas Virus.
“Tipu! Aku tahu kau sayangkan aku. Kau cakaplah berjuta kali pun yang kau tak sayang aku tapi jauh dalam hati kau, aku tau kau sayang aku..” Shuji ketawa kecil membuatkan Virus jadi berdebar-debar.
Macam tahu-tahu aje dia ni! Arghh..apa aku fikir ni? Mana mungkin aku boleh sayangkan dia. Dia ialah kawan baik aku selama-lamanya. Aku lebih senang berkawan dengan dia dari bercinta. Ini tidak boleh jadi, aku kena confront dengan Shuji! Detik hati Virus.
“Woi, Shujing! Aku tak suka kau cakap macam tu..”
“Hah?! Cakap apa?”
“Yang kau sayang aku la apa la..rimas tau?!” Virus membuat muka rimas.
“Dah memang betul aku sayang kau. Buat apa aku nak sorok-sorok lagi? Aku bukan macam kau..ego, degil! Tak nak mengaku!” balas Shuji sinis. Ada tawa kecil tercetus dihujung kata-katanya.
“What? Ego? Degil? Kaulah degil! Tak faham cakap aku! Hei..kau fikir baik-baik! Kita dah kawan tiga tahun, kau tau? Tiga tahunn..! Kau ingat sekejap ke? Kau ingat senang aku nak tukarkan perasaan aku ni? Aku lebih suka berkawan dengan kau. So, tolonglah jangan buat aku macam ni! Aku rimas and aku geli tau?!” Virus sudah serius. Dia cuba mengawal perasaannya. Entah apa yang merasuknya sehingga dia boleh berkata begitu kepada Shuji.
Shuji terdiam sejenak lalu dengan pantas jemari Virus digenggamnya erat. Walaupun Virus cuba menarik tangannya namun Shuji lebih kuat menggenggam jemari gadis itu.
“Apa ni?! Lepaskan tangan akulah!” Virus cuba menarik tangannya lagi namun hanya sia-sia.
“Kau ingat tiga tahun tu sekejap, ke? Kalau kau berterus-terang sejak awal..tentu kita sudah bahagia sekarang ni, sayang..” tiba-tiba perkataan itu tercetus keluar dari bibir Shuji membuatkan Virus terus tergamam.
“Tiga tahun kita berkawan! Memang aku berkawan dengan kau..sepenuh hati aku berkawan dengan kau sebab anggap kau adalah lelaki. Kalau kau berterus-terang yang kau perempuan sejak awal..tentu aku dah pikat kau dan tentu kita bahagia sekarang.
Kau sebenarnya tak tau..walaupun aku anggap kau sebagai lelaki ketika tu, sebenarnya ada terselit perasaan indah bila bersama kau. Cuma aku sendiri yang tidak sedar dan cuba menyangkal perasaan aku sendiri sebab aku takut aku adalah seorang gay!
Mana mungkin seorang lelaki dan seorang perempuan yang berkawan baik akan terus kekal sebagai kawan baik sampai bila-bila! Aku akui..perasaan aku pada kau dah lama wujud..sejak awal-awal lagi! Cuma aku yang tidak sedar kerana menganggap yang kau adalah lelaki.
Kalaulah kau cakap awal-awal yang kau perempuan, aku tentu takkan lepaskan kau. Aku akan pikat kau, Virus! Aku serius..aku sayangkan kau! Aku yakin, memang kau jodoh aku..dan aku bersyukur dengan perkahwinan kita yang sudah ditetapkan oleh Allah..” panjang lebar Shuji cuba memahamkan Virus tentang perasaannya. Hatinya terasa membengkak kerana ditolak oleh Virus dengan alasan yang mereka harus kekal sebagai kawan baik sampai bila-bila.
Virus terdiam mendengar hujah dari Shuji. Dia tidak sangka yang Shuji akan meluahkan perasaannya begitu. Hatinya berbelah-bahagi dan dia tidak tahu apa yang perlu dibuat ketika itu. Jiwanya diruntun pilu dan kesedihan yang tiada penghujung.
Kenapa ada perasaan indah yang hadir beserta dengan suatu perasaan sedih? Sedih kerana dirinya tidak mampu untuk menerima Shuji buat masa sekarang. Ya, dia masih terikat dengan kata-katanya yang selalu diucapkan sebelum ini.
Shuji adalah kawan baikku buat selama-lamanya! Itulah yang selalu diberitahu kepada hatinya setiap hari sepanjang persahabatannya dengan Shuji dahulu. Dan kata-kata itu bagai menjadi suatu janji yang perlu ditepati olehnya. Kenapa hatiku begitu terseksa sekarang, ya Allah? Mata Virus sudah digenangi air jernih ketika ini.
“Habis tu Ikmal pula macam mana? Dia juga kawan baik aku, kan? Kenapa dia tak ada simpan apa-apa perasaan pada aku? Kenapa kau boleh ada perasaan pula pada aku?” soalan itu pula terpacul dari mulut Virus dikala hatinya bercelaru begitu. Dia pun tidak tahu kenapa dia harus kaitkan Ikmal dalam hal mereka berdua.
“Kau percaya takdir kan, Virus? Allah dah takdirkan aku yang jatuh cinta pada kau. Bukan Ikmal! So, jawapan untuk soalan kau tu sangatlah simple. Inilah yang dipanggil, takdir Allah..aku yakin, kaulah jodoh aku!” Shuji berhujah dihadapan Virus sambil mengukir senyuman mesra. Wajah Virus yang terkebil-kebil itu direnung penuh kasih.
Entah mengapa, hati Virus menjadi terharu dengan kata-kata Shuji sebentar tadi lalu airmata yang bergenang dikelopak matanya tadi terus mengalir dipipi. Dia nampak ketulusan dan kejujuran dari mata lelaki itu. Dia tahu, Shuji benar-benar menyayangi dirinya.
Tapi, inilah yang dikatakan ego dalam diri. Virus masih kaku walaupun dia sedar yang dia sedang menangis ketika ini. Bukan senang untuk dia menerima cinta Shuji sedangkan dia masih membayangkan betapa akrabnya persahabatan mereka berdua bersama Ikmal sebelum ini. Ditambah lagi, mereka betul-betul berkawan sebagai lelaki. Persahabatan antara lelaki yang sememangnya sudah sebati dalam diri Virus.
“Shuji..please let go of my hands..I need time..” perlahan Virus bersuara bersama linangan airmata. Lambat-lambat, Shuji melepaskan tangan Virus.
Shuji menunduk, hatinya terus dihiris dengan sembilu. Walaupun pedih, dia akan terus bersabar sehinggalah gadis itu mahu menerima dirinya. Ya, dia tidak akan berputus asa.
Dia akan cuba untuk memikat isterinya, semoga akan terjadi kelainan dalam perhubungan mereka yang pasti mencambahkan benih-benih cinta antara mereka. Ya Allah..hanya pada-Mu aku berserah..doa Shuji dalam hatinya.
Teksi yang dinaiki terus meluncur laju dipermukaan jalan. Tiada lagi kata-kata yang lahir dari bibir mereka berdua. Hanya sendu yang terbina dihati masing-masing.

huhu..
ReplyDeletekan da agk,..
virus mara punye..
huhu.chayok2 shuji..
saba2..
virus mmg degil..huhu..
virus,,jgn arh ego sgt..kang shuji crik len kang..bru geget jari..
huhu...smbung2..
wah2...dh ke arah kebahaian virus n shuji...
ReplyDeletethanks ek kt awk...
xsbor nk tgu....
-adil-
virus..jgn la degil sgt isk2 geramnye heeee..
ReplyDeleteemo plak aku ekeke tp mmg aku geram la ngn si virus tuhh..kesianggg shuji(sowrri aku org ganu)
niway sambung lagik ek criter ni beshh sgt..
huhu..virus ni degil la plak..
ReplyDeleteaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecedihnye...
warghhh.
ReplyDeletevirus dah ngamuk tapi ok lagi cz die tipu 3tahun.virus dh rasa sayang tapi die ego.
virus jgn ego sgt nnt shuji cari lain.
comelcomel.
-na'dz
tinggi tol ego virus...
ReplyDeletehuhu...
t shuji dh tinggalkan baru nk megaku syg...
egonyer..