VIRUS menggeledah almari pakaiannya. Dengan wajah yang berserabut, dia cuba bertenang. Habis hilang semua pakaiannya dalam almari tersebut. Jeans, baju kemeja serta baju kulitnya turut lesap. Yang tinggal hanyalah pakaian yang ‘dalam-dalam’ sahaja. Mesti ini kerja mamanya, Datin Rosmah. Aduh! Mengapa asyik begini sahaja setiap kali aku terlupa untuk mengunci pintu almari ini?
Telefon bimbitnya segera dicapai lalu nombor sahabat baiknya, Shuji didail. Sambil itu, rambutnya yang pendek dan kemas serta disapu gel itu disikat-sikat menggunakan jemarinya. Bengang benar dia dengan mamanya.
“Wei, Shuji! Aku tak dapat follow kau la hari ni!” Virus mula bersuara apabila terdengar suara Shuji dihujung talian.
“Apasal pulak?” Shuji hairan. Selalunya kalau bab keluar bersuka-ria begini, Virus lah orang pertama yang beria-ia.
“Alah! Mama aku la..bukannya kau tak kenal dia tu!”
“Maksud kau? Dia sorokkan baju-baju kau lagi?” Shuji sudah tergelak saat itu membuatkan hati Virus menjadi panas.
“Ahhh..! Kau ni bukannya nak membantu! Kasi idea ke apa..ini tidak, gelakkan aku lagi adalah!” cebik Virus. Muncung benar mulutnya ketika ini.
“Apa yang boleh aku tolong? Jangan jadi macam perempuan la..perangai kau sekarang ni mengalahkan perempuan tau? Merengek aje!” gelak Shuji lagi.
“Wei, bodoh la! Huh, dahlah! Biar aku pergi cakap dengan mama aku sekejap..cakap dengan kau ni bukannya boleh membantu apa-apa!” ujar Virus sambil memutuskan talian.
Langkahnya dihayun menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Dia tahu, waktu-waktu begini mamanya itu suka benar menonton rancangan kegemarannya bersama papanya. Dengan pantas, Virus berjalan lalu berdiri membelakangi televisyen. Menghadang mama dan papanya dari terus menonton rancangan tv itu.
“Ma! Mana semua baju Virus?” jerit Virus sambil menghentak-hentak kakinya dihadapan Datin Rosmah tanda memprotes.
“Siapa Virus? Ida mama kenal la..” ejek Datin Rosmah.
“Virus la ma!” cebik Virus separuh merengek.
“Ida! Vanida binti Sharif! Anak mama..” getus Datin Rosmah lagi sambil menjeling suaminya disebelah yang juga sedang memandangnya. Dato’ Sharif hanya terdiam sambil menjungkit bahu. Malas dia mahu melayan. Tidak habis-habis, perkara yang serupa sahaja yang ditelagahkan oleh kedua anak beranak itu.
“Ala..nama timangan Ida tu Virus la, ma!”
“Tak ada gunanya kau ni nak jadi macam lelaki! Kau tu tetap perempuan, nak! Nanti mama belikan Ida baju-baju yang sesuai untuk Ida pakai..barulah nampak keperempuanan Ida tu..” sengih Datin Rosmah membuatkan Virus panas hati.
Memang selama ini mamanya itu selalu sahaja membangkang peribadinya yang tiba-tiba berubah sejak dia berumur 15 tahun. Daripada seorang yang lemah lembut, menjadi seorang yang kasar dan keras. Pendek kata, penampilannya bertukar menjadi seperti lelaki. Rambutnya yang panjang dan ikal dahulunya, dipotong pendek seperti rambut lelaki. Gaya rambutnya ditiru seperti Lee Jun Ki, seorang aktor negara Korea.
“Ala, ma! Baju-baju tu semua tak sesuai la untuk Virus! Tak macho la nanti, ma..” rengek Virus dengan gaya manjanya. Dia sudah datang memaut lengan mamanya lembut.
“Ma..bagi la baju Virus balik..please..please..please!” sengih Virus. Kali ini kepalanya sudah menggesel-gesel ke bahu mamanya.
Lembut pula hati Datin Rosmah melihat kemanjaan satu-satunya anak perempuannya itu. Pandai betul anaknya itu mengambil hati.
“Ok..tapi mama kasi sikit dulu! Janji dengan mama, nanti mama beli baju, Ida pakai ok?” ujar Datin Rosmah akhirnya.
“Yeahh! Sayang mama!” Virus sudah melompat-lompat dengan semangat wajanya apabila mendengar kata-kata mamanya.
“Tapi ma, tak nak baju yang girly-girly..setakat t-shirt, Virus boleh terima lagi..janji, ya mama?” getus Virus sambil menggoyang-goyangkan tangan mamanya.
“Tengok la dulu!” kata Datin Rosmah malas.
Virus memuncungkan mulutnya dalam perasaan yang geram. Mamanya itu memang suka benar menguji kesabarannya dalam bab-bab berpakaian ini. Nasiblah dia mama aku..kalau orang lain, memang aku tentang habis-habisan. Nasib juga aku sayang gile-gile kat mama aku..huhu!
“WEI, Shuji! Apasal kau ni lembab sangat? Sekali aku cepuk muka kau baru kau kenal siapa aku!” ujar Virus sambil mengepal-ngepal penumbuknya lalu ditunjukkan pada Shuji yang sedang tercungap-cungap berdiri disebelahnya.
“Kau ingat aku ni ada enjin turbo ke? Kalau tubuh aku ni dilengkapi dengan enjin turbo, sure tak sampai seminit aku dah ada kat depan batang hidung kau!” bebel Shuji.
“Aik?! Membebel macam mak datin aje kau ni? Tadi cakap aku macam perempuan la apa la..kali ni kau pulak yang bertukar jantina, eh?” Virus menekan perutnya menahan ketawa apabila wajah Shuji merona merah. Terkena juga mamat ni dengan aku!
“Kau nampak penumbuk ni? Baik kau diam!” ugut Shuji sambil menunjukkan penumbuknya.
“Kau ingat aku takut? Lai! Lai!” Virus kini sudah membuka langkah. Sengihnya masih berbaki. Macam kerang busuk.
“Huh?! Kau orang berdua ni, bila jumpa aje nak gaduh..” sapa Ikmal yang baru sahaja datang ke tempat yang dijanjikan. Mereka bertiga memang sudah lama berkawan. Masuk tahun ini, dah tiga tahun. Walaupun tidak sebaya dengan Ikmal dan Shuji, Virus yang baru mencecah 23 tahun tetap boleh masuk kepala dengan kawan-kawannya yang berumur hampir 26 tahun itu.
Dan selama mereka berkawan, Ikmal dan Shuji langsung tidak mengetahui bahawa Virus sebenarnya adalah seorang perempuan. Virus juga tidak pernah memberitahu apa-apa. Bagi Virus, biarlah begini untuk selama-lamanya. Barulah betul-betul dia dapat merasai persahabatan antara lelaki!
“Wei, Ikmal..apasal lewat ni? Sama aje dengan si Shujing ni!” ujar Virus sambil melihat jam tangannya yang berjenama Polo. Ikmal sudah terlewat 15 minit. Tidak kurang juga dengan Shuji yang baru datang 5 minit sebelum Ikmal menyusul.
“Oi! Panggil nama aku elok-elok la, bodoh! Shuji! Bukan Shujing..” marah Shuji sambil menolak bahu Virus.
Terkekeh-kekeh Virus ketawa apabila melihat muncung mulut Shuji. Ikmal juga ketawa. Kamera digital yang dibawanya dikeluarkan lalu gambar Shuji yang sedang ‘merajuk’ itu diambilnya. Memang hobi Ikmal adalah mengambil gambar. Kerjanya juga adalah sebagai Photographer yang agak professional.
“Woi! Nak ambil gambar, bagitau la..biar aku posing dulu!” rungut Shuji apabila matanya silau dengan flash kamera Ikmal. Terkejut beruk Shuji dibuatnya.
“A’ah..kau nak ambil gambar kan? Mai sini..aku posing dengan Shuji, kau ambil, ok?” Virus sudah menyibuk datang berposing bersama Shuji yang turut berposing sakan.
Klikk!! Ikmal mengambil gambarnya sendiri lalu tersengih panjang. Wajah Virus dan Shuji sudah berubah ketika itu lalu mereka menerkam Ikmal yang sedang ingin melarikan diri. Kepala Ikmal disekeh oleh kedua mereka dengan sepuas-puas hati. Berani betul mempermain-mainkan hati mereka.
“Copp..copp!! Dah la..kepala aku dah naik bengong ni, weh!” marah Ikmal sambil cuba melepaskan diri.
Setelah melepaskan Ikmal, kamera Ikmal dicapai oleh Shuji lalu gambarnya diambil sendiri dengan muka yang sedang tersengih sampai ke telinga. Bajet comel lah katakan!
“Benci, dowh..orang kampung!” perli Virus dengan gurauannya sambil mulutnya terjuih-juih ke arah Shuji yang sedang leka bergambar. Seolah-olah Shuji itu baru pertama kali melihat kamera.
Shuji terus merenung tajam wajah Virus ketika itu membuatkan Virus dan Ikmal terus ketawa berdekah-dekah. Macam kena sampuk pun ada.
“Ooo..ada ubi, ada batas..nanti aku balas!” ucap Shuji bersungguh-sungguh.
“Nah! Ambik balik kamera kau!” Shuji membaling kamera ditangannya pada Ikmal. Nasib baiklah Ikmal sempat menyambutnya. Kalau tidak alamatnya pecahlah kamera kesayangan Ikmal itu.
“Woi! Agak-agak la..main baling-baling pulak! Kalau pecah kau nak ganti?” marah Ikmal sambil mengusap-usap kameranya.
“Ni Virus ada..claim kat dia..siapa suruh dia kenakan aku!” ujar Shuji acuh tak acuh membuatkan Virus menumbuk bahu Shuji.
“Sakitlah, bodoh!” Shuji sudah ketawa kecil. Bahunya diusap lembut.
“Haa..lain kali, kalau nak cakap tu biarlah fikir dulu!” gumam Virus sambil turut ketawa kecil.
“Dah la, weh..” kata Ikmal. “Kita nak kemana ni?” sambungnya sambil menggaru-garu dagu.
“Apa lagi? Mengorat awek la!” balas Virus sambil mengangkat-angkat kening. Shuji juga turut berseri-seri wajahnya apabila Virus menyebut perkataan ‘awek’.
“Kepala otak kau orang! Aku lapar la, sengalss! Makan dulu!” gerutu Ikmal sambil mengerutkan dahinya. Ikmal memang. Perkara utama yang perlu diselesaikan apabila mereka keluar bersama adalah perutnya. Selagi perutnya tidak terisi, selagi itulah dia tidak jemu-jemu untuk mengajak Virus dan Shuji pergi mengisi perut dahulu.
“Kau ni..asyik makan aje yang tahu! Aku tengok kau ni setiap masa nak makan..tapi tak gemuk pun?!” bebel Virus macam mak nenek.
“Ini Ikmal la..dah keturunan aku, genetik keluarga aku yang semuanya kurus-kurus belaka..” Ikmal tersengih-sengih bangga.
“Dah la..malas aku layan riak dan takbur kau ni! Jom!” ajak Virus dengan bersahaja apabila dilihatnya hidung Ikmal sudah kembang kempis kerana bangga.
“Riak??” soal Ikmal terkebil-kebil tidak percaya dengan kenyataan Virus.
“Jom..jom..” kali ini Shuji sudah menyeret lengan Ikmal supaya bergerak. Dia malas mahu melayan juga. Yang penting, isi perut Ikmal dahulu, lepas itu bolehlah dia bersuka-ria. Dia sudah membayangkan wajah Tina, gadis kecil molek yang comel yang selalu sahaja menjadi bahan mereka mengurat.
“Wei, Virus! Kau ada ayat bagus tak? Aku nak ayat si minah nama Tina tu, la..” sengih Shuji sambil merapati Virus yang sedang berjalan dihadapan.
“Ayat? Cakap terus aje yang kau suka kat dia! Perempuan, beb! Mesti cair punya!” Virus mendepangkan dadanya sambil tangannya menumbuk-numbuk dadanya sendiri. Konon-kononnya macho lah.
“Hah? Macam mana?”
“Macam ni..” balas Virus sambil mendekati Shuji. Dekat sekali wajah mereka ketika ini. “I love you..” bisik Virus ke telinga Shuji membuatkan bulu tengkuk Shuji meremang. Jantungnya sudah berdebar tidak keruan. Apakah perasaan ini?
“Woi! Geli, bodoh!” Shuji sudah menjauhkan dirinya sedikit dari Virus yang sudah ketawa terbahak-bahak. Berjaya lagi dia mengenakan Shuji. Senang hatinya melihat wajah Shuji yang sudah merah padam.
Ikmal tiba-tiba datang menolak tubuh Shuji yang menghadap Virus tidak jauh darinya. Dengan tidak sempat untuk berpaut pada apa-apa, tubuh Shuji jatuh menghempap tubuh Virus lalu..
Cupp!! Bibir Shuji terkena bibir Virus. Dengan mata yang terbeliak, Virus menolak kasar tubuh Shuji. Ikmal yang mulanya agak terkejut menyaksikan adegan itu terus ketawa besar sampai terduduk. Rasa mahu sahaja dia bergolek-golek ketawa saat itu apabila mengenangkan wajah Virus dan Shuji tadi yang merona merah.
“Uweekkkkk!! Uwekkkkkkkkkkkk!! Tuihhh!!” Virus terus menyapu-nyapu bibirnya. Gaya hendak muntah sudah kelihatan pada Virus dan Shuji.
First kiss aku!! First kiss aku boleh pulak dapat kat si Shujing kambing biri-biri ni! Jaga kau, Ikmal! Bentak Virus dalam hatinya.
“Woi! Haram la!” bentak Shuji.
“Bapak gay, kau orang ni!” ketawa Ikmal geli hati. Airmata yang mula bergenang kerana terlalu kuat ketawa disekanya pantas.
“Sial kau, Ikmal! Jaga kau!” Virus sudah menerkam Ikmal yang masih ketawa diatas lantai. Ikmal tidak sempat untuk melarikan diri lalu dia menjungkit bahu tanda dia pasrah dengan segala-galanya..

wahaaaaa...cite baru..ekekee..
ReplyDeletefirst kiss..
mesty si shuji kawen ngn virus nnty..hahaaha..
shuji ade rse mse virus bsik i love u even dye tataw virus uh pompuan..ekekee..
lawak2..smbung3..
starting mcm Zack la plak..
ReplyDeletehahaha..
cian virus..first kiss die..
wpon accidantally still touching aite..
nsb xsmpai cumolot..hahaha..
best3!!
best2!
ReplyDeletecpt2 sambung writer!
peace!
shujing??
ReplyDeletei think i know why it's shujing...
adehhhh...
hye ^^
ReplyDeleteni br dpt post comment ni..
dr td i try nk post x leh2...
ha ni nk ckp sket..
cte ni dh bez..
tp tlng wat perenggan blh?
yg dialong tu asingkan..i mean wat perenggan la..
ssh la i nk bace..
coz i ni kai cermin mate..
so kne tgk satu2 br i leh bace...
n cte ending cinta di hati ini tu bez!
wahahah..i ske happy ending!!
sorry dh lame x cek ur blog..
i bz with task lorh..
btw nice temmplate u hv ^.~!V
bhahahaha
ReplyDeletefisrt kiss tu.
comelcomel.
nama vanida.
ngee
-na'dz
hehehehe...
ReplyDeletecite hanakime je nie...
bgs2...
nak bc jgak...
apa yg bezanya ya???
heheheheh...
permulaan yg menarik...baguss! =D
ReplyDeleteTang vanida bleh jadi virus tu , memang unik .
ReplyDeleteTang first kiss , untungla si shunjing tu .. hewwheww.. x tau dia kiss sape kan
?