SHUJI, Virus dan Ikmal baru balik dari makan malam mereka. Dengan bergelak ketawa sambil bergurau senda, mereka sampai di rumah sewa Shuji dan Ikmal.
“Weh, oklah..aku balik dulu..” getus Virus meminta diri untuk balik ke rumah setelah Shuji dan Ikmal turun dari kereta Caldina GT4nya.
“Ala, awal lagi nak balik. Singgah la dulu, Virus!” ajak Ikmal sambil memeluk tubuh. Shuji disebelah mengangguk laju.
“A’ah..singgah la dulu, weh! Aku ada game playstation baru..semalam beli dengan Ikmal..” pujuk Shuji pula. Dia memang tahu, Virus memang gemar bermain permainan video ‘playstation’ dan juga permainan online.
“Betul? Best jugak ni..” wajah Virus berubah ceria. Dia menjadi girang secara tiba-tiba. Terus dia mematikan enjin kereta. Namun, dia tiba-tiba pula terfikirkan sesuatu.
Eh?! Aku ni perempuan. Takkan nak masuk rumah dia orang ni? Macam mana kalau apa-apa jadi nanti? Virus berfikir sendirian dalam hatinya.
“Oi! Cepatlah..sejuk tau kat luar ni?” Shuji bersuara sambil menggosok-gosok kedua tapak tangannya lalu dia memeluk tubuh. Memang dia tidak tahan kesejukan malam begini.
“Aku rasa, lainkali aje la..” Virus menolak. Dia tersengih-sengih pada Shuji dan Ikmal.
“Ala, bila lagi kau nak lepak? Bukannya kau pernah lepak kat rumah kitaorang ni..kalau ajak je, mesti ada alasan kau bagi!” gerutu Ikmal.
“Ish, nanti mama aku marah! Dah pukul 10 malam la!” Virus tetap memberi alasan.
“Suka hati kau la..aku masuk dulu!” ujar Ikmal separuh merajuk lalu melangkah masuk.
“Eleh! Macam perempuan! Nak merajuk-merajuk pulak..geli aku, dowh!” jerit Virus sambil menguak anak rambutnya yang jatuh menutupi mata.
“Kau tu yang macam perempuan! Nak balik awal macam la kau tu kena kawal dengan mama kau..apa halnya kalau kau lepak dengan kitaorang? Kita semua kan lelaki? Apa yang kau takut?” gumam Shuji. Dia menumbuk bahu Virus lembut sambil tersengih macam kerang busuk. Suka hati dia memulangkan paku buah keras pada Virus.
“Huh?! Okay! Let’s go..aku nak lepak kejap aje..pukul 11 malam aku blah! Okay, dude?” Virus terus keluar dari keretanya sambil berjalan laju memasuki rumah sewa Ikmal dan Shuji. Betul juga apa yang dikatakan oleh Shuji itu. Mereka kan menganggapnya sebagai lelaki, manalah akan berlaku apa-apa. Virus menyedapkan hatinya dengan berfikiran begitu. Satu lagi, pantang dia dipanggil perempuan oleh kawan-kawannya.
“Mana? Game apa yang ada?” getus Virus sambil membelek-belek ke dalam buku koleksi playstation Ikmal. Dia sudahpun duduk bersila dihadapan TV ketika itu.
“Besar jugak rumah kau orang ni, ek?!” kata Virus lagi sambil melihat sekeliling ruang tamu itu. Selepas itu, pandangannya dihalakan semula ke buku koleksi yang sedang dipegangnya.
“Ala, kecik aje..mana boleh banding dengan rumah kau!” getus Shuji selamba. Wajah Virus yang berkerut-kerut dihadapannya dipandang. Lama. Bagai ada tarikan pada wajah itu.
“Oi! Aku tanya ni..mana game baru tu? Apasal asyik tengok aku aje dari tadi? Mengelamun?” teriak Virus sambil melemparkan sekeping CD pada ribaan Shuji yang sedang duduk bersila dihadapannya.
Kata-kata Shuji tadi dibiarkan berlalu. Dia tidak mahu riak dengan harta kekayaan ibubapanya. Biarlah mereka mahu berkata apa pun tentang kekayaan itu. Yang pasti, semua itu bukan miliknya.
“Tu..CD colour pink!” jawab Shuji sambil mengawal malunya. Dia yakin, wajahnya agak merah padam ketika ini. Kenapa agaknya dia boleh merenung wajah Virus sebegitu rupa? Adakah aku seorang gay? Ah! Tidak, tak mungkinlah! Dalih Shuji didalam hatinya.
“Pink? Apa laa..colour macam gay!” ketawa Virus sambil menekan perutnya. Macamlah lucu sangat padahal langsung tidak lucu.
Shuji terpegun sebentar melihat Virus yang sedang ketawa. Comel sungguh wajah Virus. Tidak kiralah sewaktu ketawa, sedih atau dalam keadaan apapun. Tetap comel baginya. Sejak peristiwa ditolak oleh Ikmal sehingga menyebabkan dia tercium Virus tempoh hari, dia merasakan sesuatu yang pelik dalam hatinya setiap kali memandang Virus. Adakah aku gay? Tidak! Shuji berdalih lagi dalam hatinya.
“Woi! Berangan lagi?” jerit Virus lagi sambil menampar kuat bahu Shuji menyebabkan Shuji terjerit kecil. Lamunannya terus lesap.
“Hah?! Jom, jom..main game!” sengih Shuji sambil memegang remote control playstation.
“Berangan macam mama aku aje kau ni!” Virus teringatkan mamanya yang juga kuat berangan. Pantang ada masa, terus mengelamun.
“Lai, lai! Jom lawan! Aku tau aku mesti menang lagi!” Virus terus menekan-nekan remote control yang baru dicapainya.
“Ala, main kat rumah kau..mesti la kau menang! Ni rumah aku la, ngok! Tuan rumah mesti menang..” Shuji sudah ketawa jahat.
Virus mencebik sahaja sambil menjeling tajam Shuji. Kau tengoklah, aku mesti menang lagi! Virus berkata-kata dalam hatinya. Memang pun selama ini dia selalu menang ketika mereka bermain playstation di rumahnya. Kali ini, walaupun ditempat berlainan, dia akan memastikan dia tetap menjadi pemenang.
“Weh, aku keluar kejap..awek aku nak jumpa!” jerit Ikmal sambil bergegas membuka pintu. Dengan tergesa-gesa, dia memakai kasut berjenama Nike nya.
Virus dan Shuji berpandangan lalu menjungkit bahu. Mereka meneruskan permainan video tanpa mempedulikan Ikmal yang sudah menapak keluar meninggalkan hanya mereka berdua sahaja didalam rumah itu.
SHUJI membuka matanya apabila terdengar ketukan yang bertalu-talu di pintu rumahnya. Dengan malas, Shuji bangun lalu menuju ke arah pintu rumahnya. Bagai mahu runtuh pintu itu diketuk dari luar.
“Kejap!” laung Shuji sambil menguap. Kepalanya digaru-garu sambil matanya menyorot Virus yang sedang terbungkang tidur diatas sofa. Seingatnya, Virus dan dia sudah tertidur selepas letih bermain playstation tadi. Tiba-tiba Shuji tersengih apabila melihat Virus yang sedang tersenyum-senyum dalam tidur. Bagai bermimpi indah-indah pula sahabatnya itu.
“Assalamualaikum!” terdengar lagi suara lelaki yang memberi salam dari luar rumah.
“Waalaikumussalam! Kejap, kejap!” laung Shuji lagi lalu mempercepatkan langkahnya ke pintu rumah. Dengan pantas, pintu rumah dibukanya.
Dihadapannya berdiri tiga orang lelaki yang bersongkok dan berserban sambil ditangan salah seorang daripada lelaki-lelaki itu terdapat sebuah fail. Apasal ni? Nak pergi masjid? Atau salah rumah? Ada kenduri tahlil atau apa ni? Berbagai-bagai persoalan timbul dibenak Shuji ketika itu.
“Ya, boleh saya bantu?” ujar Shuji dalam mimik muka kehairanan.
“Kami dari Jabatan Agama Islam Selangor..kami ada buat rondaan sekitar kawasan ini yang selalu dilaporkan berlaku perkara-perkara maksiat..dan target kami hanyalah rumah-rumah sewa yang didiami oleh remaja-remaja yang belum berkahwin macam encik ni..minta maaf mengganggu sekejap..” jelas seorang pegawai itu dengan wajah yang serius. Ditangannya terdapat pengenalan diri bahawa mereka benar-benar dari pejabat agama.
“Oh, tak apa..silakan masuk..tak ada perempuan dalam ni..kalau encik-encik nak pastikan, ok aje..” senyum Shuji sambil mempelawa pegawai-pegawai pejabat agama itu masuk. Sungguh yakin wajahnya ketika itu.
Mereka memasuki rumah Shuji lalu memeriksa setiap sudut rumah itu dengan teliti. Tiba-tiba pandangan mereka tertumpu pada tubuh Virus yang sedang tertiarap diatas sofa. Sungguh lena tidur dia tanpa langsung menyedari kedatangan pegawai-pegawai tersebut.
“Masya-Allah..” ujar seorang pegawai apabila ternampak baju Virus yang sedikit terangkat menampakkan pinggang Virus dan bengkung yang dipakainya. Tidur buas lah katakan, habis nampak segala apa yang tidak patut dilihat oleh orang selama ini.
“Itu kawan saya, encik. Nama dia Virus! Kenapa, encik?” terang Shuji lalu matanya turut memandang ke arah Virus.
“Dia tu perempuan! Ada bukti yang menunjukkan awak dengan dia tidak berbuat apa-apa?”
“Apa yang encik merepek ni? Dia lelaki la..saya dah lama kawan dengan dia..saya tau la, encik!” bidas Shuji dengan wajah bersungguh-sungguh.
“Astaghfirullah..dia tu perempuan!” mata pegawai itu tertumpu pada tubuh Virus lalu dia menggeleng-geleng lemah.
Mata Shuji digosok-gosok tidak percaya. Dia terus menghampiri Virus lalu mengamati apa yang dilihat olehnya dari jauh tadi untuk memastikan kesahihan tentang apa yang dia nampak.
Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui bahawa selama ini dia berkawan dengan perempuan. Mulutnya terbuka luas sambil wajahnya digeleng-geleng lemah. Masih terkejut dan tidak boleh menerima kenyataan. Dia terasa seperti dirinya tertipu selama ini. Dia telah ditipu hidup-hidup tanpa dia sedari!
“Encik! Selama ini memang saya tak tahu langsung yang dia ni adalah perempuan..saya berani sumpah, encik! Encik tengok la elok-elok dia punya gaya..sebijik macam lelaki, encik!” ujar Shuji dengan jujur. Dia mengharapkan pegawai-pegawai itu akan mempercayainya.
“Siapapun yang buat salah mesti tak akan mengaku salah. Lagipun, awak tak ada bukti kukuh untuk menerangkan keadaan kamu berdua ni..” kata pegawai itu lagi.
“Tak apa, nanti kita bawa budak tu ke pejabat untuk confirm kan jantina dia. Jika betul dia perempuan, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya..” ujar seorang pegawai lagi.
“Adei..kenapa bising sangat ni?? Kacau la orang tengah tidur!” Virus sudah terbangun apabila terdengar bunyi bising orang sedang bercakap-cakap.
Virus menggosok-gosok matanya yang masih mengantuk.
“Hah?! Ada kenduri tahlil ke? Siapa yang mati?” soal Virus dalam keadaan sedikit mamai apabila terlihat pegawai-pegawai pejabat agama itu. Kepalanya digaru-garu walaupun tidak gatal.
“Kita la mati! Siapa lagi!” bentak Shuji dalam nada yang cukup bengang dengan Virus. Sakit hatinya apabila memikirkan bahawa selama ini Virus telah menipu dia dan Ikmal dengan berpura-pura menjadi lelaki.
Kini mata Virus sudah terbeliak apabila memastikan keadaan yang sedang dihadapinya sekarang bukanlah suatu keadaan yang boleh dibuat main-main.
“Awak ni lelaki atau perempuan?” soal pegawai itu. Virus sudah terkedu.
Takkan dia mahu menipu sedangkan dia sememangnya adalah seorang perempuan? Tidak pernah dia mengakui kepada sesiapa pun selama ini bahawa dia lelaki walaupun dia berpakaian seperti lelaki. Semua orang yang menganggapnya sebagai lelaki. Selama ini pun, Shuji dan Ikmal tidak pernah bertanya tentang jantinanya. Mereka yang terus menganggapnya sebagai seorang lelaki.
“Err..” Virus tergagap. Shuji memasang telinganya ketika itu.
“Lelaki atau perempuan?!” soal pegawai itu lagi dengan kasar kali ini. Virus tersentak lalu menelan liur. Ini tidak boleh jadi ni! Terpaksa mengaku. Habislah mama aku marah nanti! Tapi mama mesti faham aku..dia tentu percaya yang aku tidak akan buat perkara yang memalukan dia..lagipun, setakat muka macam Shuji yang seakan tenuk itu, aku yakin yang aku takkan cair. .tapi, marah la Shuji dan Ikmal pada aku nanti! Apa aku perlu buat ni? Virus bermonolog dalam hatinya.
“Encik..saya memang perempuan..” sebaik sahaja ayat itu terkeluar dari bibir Virus, Shuji terus pengsan. Mungkin kerana terlalu terkejut dan tidak percaya apabila mendengar sendiri dari bibir Virus bahawa Virus sebenarnya adalah seorang perempuan. Virus sudah tersengih-sengih kepada pegawai-pegawai agama tersebut apabila melihat Shuji yang pengsan. Macam perempuan betul la mamat ni! Macam ni pun boleh pengsan? Monkey surprise pula dia..aku juga yang cool..buat apa nak takut? Mama aku mesti faham!
“MAMA nak Ida kahwin dengan budak tu!” bentak Datin Rosmah kepada Virus. Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Pejabat Agama Islam Selangor, Datin Rosmah bersama suaminya Dato’ Sharif terus bergegas ke sana. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat tahu bahawa Virus ditangkap khalwat bersama seorang lelaki.
“Ala, ma..Virus tak buat apa-apa pun dengan mamat tu! Takkan mama tak percayakan Virus?” jelas Virus sambil memaut lengan mamanya dengan harapan orang tua itu akan lembut hati dan mendengar kata-katanya.
“Apa-apa pun, mama dah pesan kat Ida sebelum ni lagi..jangan berpakaian macam tu, jangan bergaul sangat dengan kawan-kawan lelaki. Tengok sekarang apa dah jadi?” gumam Datin Rosmah lagi.
“Maknanya mama tak percaya Virus?” soal Virus sayu. Sedih dia apabila mamanya sendiri tidak mahu percayakannya. Airmata sudah bergenang dimatanya.
“Papa harap, Ida fikirkan pasal nama baik keluarga kita jika Ida tak nikah dengan budak tu..” ujar Dato’ Sharif lembut sambil menyentuh lembut bahu Virus. Datin Rosmah hanya mendiamkan diri sambil mengalirkan airmata. Kecewa benar dia dengan anaknya itu.
“Mama bukan tak percayakan Ida..” getus Datin Rosmah.
“Habis tu? Mama nak kahwinkan Virus dalam usia Virus yang muda ni?” Virus mengerutkan dahinya menantikan jawapan dari mamanya.
“Ida kahwin dengan budak tu! Mama tak kira!” kata Datin Rosmah lantas berlalu dari situ. Dato’ Sharif yang memerhati aksi anak beranak itu hanya menggeleng-geleng kepalanya lemah. Dia juga menapak mengikuti langkah isterinya selepas itu apabila melihatkan reaksi Virus yang hanya menunduk. Mungkin menangis.
Memang pun Virus sedang menangis mengenangkan nasib dirinya. Kalaulah dia tidak masuk ke rumah Shuji, tentu semua ini tak akan terjadi. Mamanya juga sudah tidak percayakan dirinya. Shuji juga seakan menjauhkan diri daripadanya. Begitu juga Ikmal dan papanya. Kini hanya tinggal dia keseorangan.

huhu...
ReplyDeletetgkp bsh..
hehe..
pas dorang kwen mesty shuji jaohkan dri cz xley time yg dye kene tipu..huhu..
tape2..tgk je pe jd next..smbung3..
cpt2 sambung..xsbr ni huhuhu
ReplyDeletealalalaaa..sians la dorg nih..
ReplyDeletebtol kate kesengalan terserlah tuu..
nnexxtt..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteto yumaizie :
ReplyDeletejiji bucuk!~ ko dtg jugak blog aku eh? hahaha :P luv ya! ^^
ngeee.sian kat virus.
ReplyDeletedie tak bersalah.
die tak tipu tapi xde sape tnye jantina die
ngeeeee
-na'dz
best2...kalo tgk skg ni...kebanyakan citer novel ni sume yg comey2 n cute2..maybe pengaruh negara timur cam jepun n korea...
ReplyDeletelaaa....sian plak....mmmmmm..
ReplyDeletetu la jd pompuan biarle leklok...kn dh kena....
lucu la shuji tu smpai faint lak...hahha///terbaik
serius ketawa mcm jumpa hantu je Rin ... hade ke patut tahlil dulu yg virus sebut . memang x boleh belah!
ReplyDelete