“WOI, Shujing! Kau takyah la nak merajuk macam mak nenek!” Virus menghampiri Shuji yang sedang termenung di suatu sudut di masjid itu. Malam itu merupakan malam akad nikah mereka akan berlangsung.
Shuji hanya buat tidak peduli dengan panggilan Virus. Malas dia mahu melayan gadis itu. Matanya masih terarah ke tanah sejak tadi. Sedih mengenangkan dirinya yang terpaksa berkahwin di usianya yang belum mencecah 30 tahun. Memang targetnya mahu berkahwin bila usianya memasuki 30 tahun. Tapi, lain pula yang jadinya ketika ini.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Virus menumbuk bahu Shuji lembut mengharapkan sahabatnya itu berpaling melihatnya.
“Kau nak apa lagi? Puaslah hati kau sekarang aku kena kahwin dengan kau di usia aku yang muda ni?” Shuji berkata keras tanpa menoleh melihat Virus yang sedang berdiri disisinya.
“Muda? Oi, umur 26 tahun muda ke? Kau ingat aku suka kahwin dengan orang bermuka tenuk macam kau?” Virus menekan perutnya ketawa terbahak-bahak. Shuji yang mendengar sudah panas hati lalu menoleh.
Sebaik terpandangkan Virus, tiba-tiba sahaja niatnya untuk membalas kata-kata Virus terhenti. Shuji terpegun sebentar melihat penampilan Virus pada malam itu. Berbaju kurung warna putih serta berselendang putih kelihatan tersarung kemas dikepalanya. Wajahnya hanya di solek nipis. Memang keayuan gadis itu terserlah saat ini. Tiba-tiba sahaja hati Shuji terasa berdebar-debar.
Inilah kali pertama dia melihat Virus berpenampilan seperti perempuan. Sangat comel sekali pada pandangan matanya. Muka Virus yang sedang ketawa itu direnung dalam-dalam oleh Shuji. Cantik! Eh? Cantik? Gilakah aku? Aku kan benci dia? Shuji berkata sendirian.
“Woi, kambeng! Mengelamun lagi? Sekali aku cepuk baru tau?” Virus memetik-metik jari dihadapan wajah Shuji menyebabkan lelaki itu tersentak dari lamunannya. Wajah Shuji merona merah saat ini. Mengapalah dia boleh berangan tadi, dia pun tidak pasti.
“Baik-baik sikit panggil nama aku! Kejap Shujing, kejap kambeng..kau ingat nama kau tu bagus sangat ke? Macam virus influenza H1N1 aje!” bentak Shuji sambil mencemik bibir. Tidak puas hati dengan panggilan Virus terhadapnya.
“Virus influenza still okay, beb! Nama tu diberi oleh saintis..orang bijak pandai. Tapi kalau kambeng dengan Shujing? Orang dengar pelik, dowh!” Virus tergelak jahat. Suka hati betul mengenakan Shuji. Memang selama ini Shuji lah yang sering menjadi mangsa bulinya.
“Dah la..malas aku nak melayan kau ni!” Shuji sudah berjalan setapak ke hadapan lalu lengannya ditarik oleh Virus.
“Woi, apa ni? Haram tau kau sentuh aku! Kita belum nikah!” Shuji melenting tiba-tiba.
“Rilex dulu..dengar ni. Actually, tujuan aku datang jumpa kau sebelum akad nikah ni adalah sebab..” Virus memulakan bicara dengan suara separuh berbisik. Seakan-akan ingin memberitahu rahsia besar lagaknya.
Memang dia mahu memberitahu tentang rancangannya supaya majlis akad nikah itu tidak menjadi. Tidak mahulah dia berkahwin dengan si Shujing kambing biri-biri itu.
“Apa?”
“Rancangan untuk membatalkan akad nikah ni!” Virus tertawa kecil sambil menekup mulutnya. Kepalanya terangguk-angguk bagaikan Rockers lagaknya. Keningnya terangkat-angkat memandang wajah Shuji yang kelihatan bingung.
“Kau gila? Macam mana kalau kantoi? Tak pasal-pasal kena kena bayar denda..kau tak apa, orang kaya..aku ni?” Shuji sudah kelihatan tergeleng-geleng kepalanya tanda tidak setuju.
“Listen to me first, dude! Kau tak percaya aku?” sengih Virus sambil mengangkat keningnya sebelah.
“Hah?! Percaya? Sebab aku percayakan kau la yang aku terperangkap kena kahwin dengan kau ni! Kalau la aku tahu kau ni perempuan, aku takkan kawan dengan kau!” ejek Shuji sambil memandang sekilas wajah Virus.
“Eleh! Kau pun tak pernah tanya! Ikmal pun sekor jugak..tak pernah nak tanya aku..so, aku buat macam biasa aje lah!” balas Virus acuh tak acuh. Baginya, memang semua ini bukanlah salah dia seorang sahaja.
“Dah kau tu pakai macam jantan, buat apa? Memang hobi kau pakai macam tu? Entah perempuan normal atau tak, kau ni..”
“Woi, cakap baik-baik sikit! Aku normal, ok! Walaupun aku ni kuat mengorat awek tapi aku main-main aje, tak pernah aku ada hati nak ada awek. Geli aku, dowh..sama jantina nak bercintan-cintun!” terang Virus mempertahankan dirinya dari dipandang serong oleh Shuji.
Memanglah hobi sampingannya mengurat gadis bersama Shuji dan Ikmal. Tapi selalunya, dialah yang paling diminati oleh gadis-gadis cantik. Itulah yang selalu dibangga-banggakan olehnya apabila berhadapan dengan Shuji dan Ikmal. Namun bukan niatnya untuk berasa riak. Sekadar modalnya sahaja mahu membuli kawan-kawannya.
Shuji mencebik lalu terdiam sebentar. Bagai sedang memikirkan sesuatu. Virus yang melihat juga mendiamkan diri. Memberi ruang untuk lelaki itu berfikir.
“Apa rancangan kau?” soal Shuji akhirnya.
“Haa..nak jugak kau tahu rupanya. Aku ingat kau dah tak percaya aku!” Virus ketawa jahat. Sinis sekali memulangkan paku buah keras pada Shuji.
“Diamlah kau! Cepat bagitau..aku terpaksa aje dengar sebab aku tak mahu kahwin dengan kau! Mintak simpang malaikat empat puluh empat, dowh!” Shuji sudah tersengih kali ini apabila melihat wajah Virus yang berubah.
“Apa simpang-simpang? Macamlah aku ni teruk sangat nak jadi isteri kau!” bentak Virus sambil mencemik. Dia lalu memeluk tubuh.
“Iyalah..tahu ke kau masak? Basuh baju? Kemas rumah?”
“Haa..jangan terkejut pulak! Semua tu aku tahu..” sengih Virus. Memang pun dia pandai memasak dan hobinya selain bermain playstation, dia memang suka mengemas rumah. Kalau dia melepak dirumah, habislah orang gajinya tidak perlu membuat kerja. Semuanya dia yang buat. Membasuh baju, memasak dan mengemas rumah. Bosanlah katakan apabila duduk dirumah sahaja.
“Tak percayalah aku..cepatlah cakap rancangan kau! Macam best aje!” Shuji sudah memasang telinga. Virus terus merapatkan bibirnya ke telinga Shuji sambil membisikkan sesuatu.
“Hah?! Aku ingat gempak punya plan! Rupanya nak berlakon yang kau tiba-tiba sakit aje?” separuh menjerit suara Shuji apabila Virus habis membisikkan rancangannya.
“Syhhh..diamlah, bodoh! Kenapa kau tak pakai microphone terus bila nak cakap kuat-kuat tadi? Buat apa aku nak bisik-bisik pada kau kalau bukan aku nak kau diamkan perkara ni? Kambeng betul! Shujing..Shujing..” marah Virus sambil menggeleng-geleng kepalanya. Dia mengeluh pula selepas itu.
“Iyalah, aku diam la ni..” Shuji bersuara lemah. “Last warning dari aku, pleaselah panggil nama aku elok-elok, dowh..sebelum kau makan penumbuk aku ni..” gertak Shuji sambil membuat muka geram.
“Tapi..kalau lepas ni dia orang aturkan balik majlis akad nikah lain macam mana pulak?” soal Shuji. Terfikir juga dia tentang perkara itu.
“Ala, itu belakang kira! Lain kali boleh rancang lagi..yang penting sekarang ni, dowh!”
“Hmm..okay! Set!!” ujar Shuji sambil mengangguk-angguk kepalanya laju.
Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya Datin Rosmah sudah mendengar segala-galanya yang dibincangkan oleh Virus dan Shuji tadi. Kepala orang tua itu terangguk-angguk perlahan. Tahulah dia mahu mengajar anaknya itu. Berani benar anaknya itu mencari pasal.
“MA..! Aduh! Sakitnya perut Virus..mama..mama..mama!” rengek Virus berpura-pura sakit perut. Dia menekan perutnya sambil bergolek-golek dihadapan semua hadirin yang berada disitu dengan muka tidak malunya.
“Hah?! Kenapa ni, sayang? Sakit perut, ya? Kena virus apa ni Ida?” Datin Rosmah sengaja berpura-pura risau sambil meraba-raba perut anaknya itu. Sebenarnya, kata-katanya itu lebih kepada mengejek nama Virus.
“Mama, sakit!” rengek Virus lagi dengan suara yang kuat. Bagaikan sakit yang teramat sangat lagaknya. Datin Rosmah sudah menggeleng-geleng melihat perangai anak perempuan kesayangannya itu.
“Datin..anak datin ok tak? Nak teruskan majlis atau nak hold dulu?” tanya seorang lelaki yang berada tidak jauh dari mereka.
“Wait..sekejap saya nak bawa dia pergi berubat!”
“Lama tak? Kalau datin nak, kita tunda majlis ni dulu..” getus lelaki itu lagi. Matanya tepat memandang wajah Datin Rosmah, silih berganti dengan kelakuan Virus yang sedang berguling-guling bagaikan sakit nak mati lagaknya.
“Alah, tak apa..tak lama. Teruskan aje dengan akad nikah tu! Lagipun, pihak lelaki aje yang wajib ada kat depan Tok Kadi tu. Anak saya pun dah setuju awal-awal lagi. So, teruskan aje. Ida, jom kita pergi lepak kat bahagian belakang masjid tu. Mama sapukan ubat!” ujar Datin Rosmah panjang lebar sambil tersenyum meleret.
Sepandai-pandai anaknya itu merangka rancangan, pandai lagi dia menghancurkan rancangan anaknya. Datin Rosmah sudah mahu ketawa melihat Virus yang sudah terdiam. Virus kelihatan sedang resah dan gelisah.
Alah! Kenapa aku tak terfikir tentang hal ini? Mestilah majlis boleh diteruskan walaupun aku tengah sakit. Lainlah kalau Shuji yang sakit! Aduh! Keluh Virus dalam hatinya. Oklah, kalau macam ni aku kena cakap depan orang ramai yang aku tak setuju nak kahwin! Virus sudah nekad.
“Tak nak! Tak nak! Mama..Virus tak nak..” jerit Virus lalu Datin Rosmah terus menekup mulut anaknya itu sebelum habis Virus berkata-kata. Datin Rosmah tersengih-sengih apabila hadirin semua memandang ke arah mereka.
Dia terus menyeret Virus ke bahagian belakang masjid tersebut. Virus cuba meronta-ronta tetapi dia dipegang kuat oleh mamanya. Orang ramai yang menyaksikan hanya menganggap bahawa Datin Rosmah cuba membawa anaknya ke belakang untuk mengubati anaknya itu.
“Mama! Apa ni, ma. Virus tak nak kahwin la!” ucap Virus selepas mamanya membawa dia keluar dari masjid itu.
“Kan mama cakap! Mama tak kira..Ida kena kahwin juga dengan mamat tu! Mama dah dengar semuanya tadi masa Ida berbincang dengan dia..” ujar Datin Rosmah tegas.
Wajahnya serius ketika ini. Virus melopong apabila mendengar kata-kata mamanya. Sial kau, Shujing! Tengok, mama aku dah tahu! Desis hati Virus apabila mengenangkan suara Shuji yang kuat seperti tidak perlu lagi memakai microphone itu.
“Ala, ma..Virus tak mahu..Virus tak nak! Mama try tengok muka dia..mana padan dengan Virus yang cute ni, ma..muka dia dah la macam kambing biri-biri aje Virus tengok!”
“Baik lagi dari muka si Sameon, anak Dato’ Zikri depan rumah kita tu..dia kan dah lama sukakan Ida. Ida nak mama kahwinkan dia dengan Ida?” ugut Datin Rosmah bersahaja.
“Tak naklah!”
“Dah tu? Diam aje..kahwin aje dengan kawan kamu Shuji tu, demi nama baik family kita ni..baik dari si Sameon yang kamu langsung tak kenal tu!” getus Datin Rosmah lagi.
Virus mengerutkan dahinya berfikir. Mama ni memang teliti kalau merancang sesuatu. Kenapalah aku tidak seteliti dia? Alahai..mama,mama..bab-bab mengugut pun bagus jugak mama ni. Haih! Tapi, ok juga kalau aku kahwin dengan Shuji, baik dari Sameon taik itu! Nanti aku bercerai la..kena beritahu Shuji lepas dah kahwin nanti! Kita orang akan aturkan rancangan lain pula! Tiba-tiba Virus tersenyum penuh makna setelah berfikir sejenak.
Virus dan mamanya masuk selepas berbincang. Wajah Virus sudah tenang kali ini. Dia memandang Shuji yang tengah terkial-kial didepan Tok Kadi. Disebelah Shuji pula Dato’ Sharif yang sedang duduk berteleku.
Hish! Kenapa Virus boleh diam pulak ni? Macam redha aje! Hati Shuji sudah resah dan gelisah.
“Dah sedia?” tanya Tok Kadi. Lama juga Shuji diam lalu dia mengangguk apabila dilihatnya Virus tidak berkata apa-apa. Relakah dia kahwin dengan aku? Tadi cakap taknak! Gumam Shuji dalam hatinya.
Majlis akad nikah pun berlangsung dalam keadaan hati Shuji yang tidak menentu. Sesekali Shuji mengeluh apabila mendengar Tok Kadi berkata-kata.
“Mohd Adli bin Mohd Azri, kamu terima nikahnya Vanida binti Sharif dengan mas kahwin sebanyak RM 80 tunai?” kata Tok Kadi.
“Aku terima nikahnya Vanida binti Sharif dengan mas kahwin sebanyak RM 80 tunai..” Shuji melafazkan nikah. Kini dengan lafaz tersebut, terjalinlah hubungan suami isteri antara Shuji dan Virus. Dalam hati Shuji, dia memaki hamun Virus yang menipu dia lagi hidup-hidup. Cakap tidak serupa bikin!
SHUJI kelihatan sedang mundar-mandir di dalam biliknya ketika itu. Seketika kemudian, terdengar daun pintu dibuka dari luar. Wajah Virus terjengul di muka pintu. Buat seketika, Shuji terpegun lagi melihat keayuan wajah Virus dengan baju kurung yang masih tersarung ditubuh gadis itu. Shuji tiba-tiba menelan liur. Malam ini adalah malam pertama mereka! Apa yang aku fikir ni? Ah, dah gila agaknya aku ni? Bentak Shuji dalam hatinya.
“Nama kau Mohd Adli? Baru aku tau..first time dengar nama kau sejak kita berkawan ni! Nama bukan main baik, tapi nickname Shujing?” Virus menekan perutnya sambil ketawa membuatkan Shuji panas hati. Tak makan saman betul minah ni! Tak nampakkah aku tengah marah? Rasa macam nak lanyang-lanyang aje muka dia tapi nasib baik aku ni baik hati..detik hati Shuji sendirian.
“Woi! Apasal kau cakap lain tapi buatnya lain pula?” sergah Shuji secara tiba-tiba apabila Virus menghampirinya.
“Apa pulak? Ni plan B aku la..” ujar Virus dengan selamba.
Mata Shuji seakan terbeliak saat itu. Haih? Bila masa pulak ada plan B? Selamba aje dia buat plan B sendiri?! Hatinya berdetik geram.
“Plan B? Bila kau cakap ada plan B? Kau buat plan sendiri? Aku tak pernah tahu pun!” marah Shuji. Wajahnya merah padam menahan geram.
“Plan B la..sebab plan A tak berjaya..terima kasih kat kau la, mak aku dengar plan kita time kau menjerit tak pakai microphone tu!” balas Virus lagi dengan wajah selamba.
“Habis tu, kau setuju pulak kahwin dengan aku ni?” Shuji mula menduga. Dia membuat muka tidak bersalah.
“Iyalah, mama aku cakap kalau aku tak kahwin dengan kau dia nak kahwinkan aku dengan mamat depan rumah aku yang muka dia terlalulah horror bagi aku! Nightmare, tau tak? So, lucky you..aku terima kau instead of him..” Virus tersengih panjang setelah menerangkan pada Shuji.
“Why me? Oh, sebab nak selamatkan diri kau, aku yang jadi mangsa?”
“Alah, berkira betul dengan aku..nanti kita bercerai la lepas beberapa bulan! Aku pun tak ingin la bersuamikan kau ni, Shujing!” Virus mencemik.
“Ingat aku nak percaya? Dah la..dua kali aku tertipu dengan kau. Cakap tak serupa bikin!” Shuji sudah malas mahu melayan kata-kata Virus. Baginya, dia sudah tidak mahu percaya lagi kata-kata Virus itu.
“Cis! Macam aku ni teruk sangat! Aku terpaksa tukar plan B sebab kau la, bongok! Piirraaahhh! Ingat aku peduli ke dengan rajuk kau tu?” kata Virus seakan terjerit kecil.
Virus sudah melangkah dengan tergopoh-gapah ingin keluar dari bilik itu namun tiba-tiba lengannya ditarik oleh Shuji. Pantas Shuji mengunci kedua-dua belah pergelangan tangan Virus dengan tangannya. Tubuh Virus ditolak ke dinding membuatkan gadis itu terjerit kecil.
“Woi! Apahal ni? Nak main kasar?” bentak Virus. Namun Shuji hanya tersenyum-senyum nakal.
“Kenapa? Malam ni kan malam pertama kita? Kau jugak yang nak kahwin dengan aku, kan? Tak nak raikan malam pertama kita?” bisik Shuji ke telinga Virus membuatkan bulu tengkuk gadis itu meremang. Geli geleman dirasakannya saat itu apabila nafas Shuji terkena kulit mukanya.
“Kau nak main kasar? Lai ar! Lepaskan aku..aku bukak gelanggang WWE!” gertak Virus sambil cuba meronta-ronta. Shuji hanya tersenyum sejak tadi lagi. Sengaja dia mahu mengajar sedikit si Virus itu.
“Kau merontalah macam mana pun! Kudrat kau tu hanya kudrat perempuan! Tak mampulah kau nak lawan aku!” Shuji ketawa jahat. Suka hatinya melihatkan Virus yang sedang meronta-ronta ingin lepaskan diri. Tiba-tiba..
“Aduh!! Aduiiiii!!” jerit Shuji spontan apabila terasa celah pahanya ditendang kuat oleh Virus. Perit betul dirasakannya saat ini lalu pegangannya dilepaskan. Dengan cepat, Shuji terduduk sambil menahan kesakitan di celah pahanya.
“Haa..kau ingat, kau terrer? Aku lagi terrer! Good night, dear!” Virus sudah ketawa berdekah-dekah lalu berjalan keluar dari bilik itu. Kepalanya terangguk-angguk sedikit melihat Shuji bagai cacing kepanasan. Gayanya bagai seorang gangster yang baru sahaja membelasah musuhnya.
Shuji menggigit bibir. Peritnya kesakitan ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Sememangnya disitulah kelemahan lelaki yang paling ketara pada sesiapa jua. Jaga kau, Virus! Jerit Shuji dalam hatinya.

ahahaa..
ReplyDeletebgos mama dye nieh..ekekeee..
shuji,,xm0 kijekan si virus nieh sket ker??
ekekee..lgpon,,awak da ader rse ble pandang virus kan....hehe..
smbung2..
wah..best!
ReplyDeletesambung cpt sikit writer..
tak sbr nk tau kisah selanjutnyer..
cian shuji tu,,hihi
hahaha..leh thn jgk dtn rosmah..dtn rosmah mansor ke?haha..
ReplyDeleteeh,ade maksud nakal ke disebalik 'shujing' tuh?
hahah..best je first nite dorg nih..
kahkahkah!!
ape lg shuji gunakanlah kuasa vito kau tuh tuk kenakan virus..
dahsyat btol virus nih..kena ada anti virus!!
and anti virus tu lah-shuji-!
pdn muka shunjing ,,, hkekekeke... virus gempak seh..
ReplyDelete