VIRUS sedang menunggu Shuji keluar dari bilik air pada ketika itu. Dia perlu membuat perjanjian dengan Shuji supaya kejadian seperti semalam tidak akan berulang lagi. Rimas betul dia rasakan apabila dipeluk oleh Shuji semalam.
Rimas atau suka? Hatinya bagai berbisik-bisik halus. Suka? Pleaselah! Aku nak sukakan si Shujing itu? Piirraaahhhh! Balas Virus dalam hatinya. Iya ke tak suka? Duga hatinya lagi. Apa? Aku sanggup potong tangan aku yang comel ni kalau aku tersuka kat dia, tau! Bentak Virus seakan yakin sahaja dengan perasaannya.
Tidak lama kemudian kedengaran pintu bilik air dikuak. Shuji keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala dipinggangnya. Sebaik sahaja ternampak Virus yang sedang duduk di sofa, dia terus menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada. Bagai orang yang takut kena rogol lagaknya.
“Woi! Bukan kau cakap nak keluar ke tadi?” bentak Shuji. Wajahnya merah padam.
“Huh?! Bila masa aku cakap nak keluar? Aku pergi minum kat dapur la!” Virus berkata seraya menoleh melihat Shuji. Tiba-tiba matanya terbelalak melihat keadaan Shuji. Muka Virus juga merona merah ketika ini. Dia pantas memalingkan semula mukanya ke arah lain. Dadanya sudah berdebar kencang.
“Woi! Lucah la kau ni! Pergi pakai baju!” marah Virus.
“Apa pulak? Kau yang suka-suka masuk time aku mandi!” Shuji masih menyilangkan tangannya ke dada. Masih terkaku disitu.
“Apa kata kau keluar? Now! Aku nak pakai baju!” bentak Shuji sambil menjeling Virus sekilas. Rambutnya yang basah sudah hampir kering. Dingin sekali dirasakan tubuhnya sekarang kerana tidak berpakaian.
“Huh?! Pakai la! Macam aku hairan sangat dengan tubuh kau tu. Tak selera aku tengok. Kurus cekeding aje!” ujar Virus tanpa melihat ke arah Shuji yang masih tercegat.
“Badan aku yang sasa ni, kau cakap kurus cekeding?”
“Memang kurus pun. So?!”
“Dah, keluar sekarang!” jari telunjuk Shuji sudah menunjuk ke arah pintu walaupun dia tahu Virus tidak langsung melihat ke arahnya.
“Macam perempuan aje, malu-malu kucing beranak!” bebel Virus sendirian tetapi suaranya dapat didengari oleh Shuji yang sedang memasang telinga.
“Okey..if you insist! Aku pakai baju ni..” ujar Shuji. Tiba-tiba sahaja dia terfikirkan sesuatu. Inilah masanya untuk dia mengenakan Virus. Lagipun, betul juga kata Virus itu. Takkan lelaki nak malu macam perempuan? Biar aku buktikan pada dia yang aku ni lelaki. Shuji tersenyum jahat kali ini.
Shuji membuka beg pakaiannya. Memang dia belum mengemaskan pakaiannya ke dalam almari kerana dia baru sahaja berpindah semalam selepas majlis akad nikah. Nak harapkan isterinya? Tentulah Virus itu tak mahu kemaskan baju-bajunya itu.
Shuji mencapai boxer dan seluar panjang serta t-shirt tidak berlengan. Dengan pantas, Shuji memakai boxernya. Selepas memakai boxer, Shuji bergerak ke hadapan Virus. Dia bercekak pinggang disitu.
“Woi! Kau buat apa ni?” herdik Virus dengan muka yang merah padam. Tidak sangka Shuji akan berkelakuan begitu padanya.
“Aku nak pakai baju la ni..kau tengok ni badan aku sasa, kan?” sengih Shuji sambil membuat gaya seperti muscle man. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dia mengangkat-angkat tangannya di hadapan Virus yang sudah tercengang-cengang.
“Pakai la baju, apahal kau macam tu? Kena penyakit sawan ke?” Virus menunduk tidak sanggup melihat Shuji yang separuh bogel itu. Shuji tersengih panjang apabila jeratnya mengena.
“A’ah..sawan..sawan sebab aku gilakan kau..aku nak kau!” Shuji menghampiri Virus yang sudah tidak senang duduk. Dia cuba menakut-nakutkan Virus. Egonya si Virus usah dikata lagi, memang kuat! Malu tetapi tidak mahu mengalah. Sanggup lagi dia berada disitu walaupun tidak tahan dengan keadaan sekarang. Terketar-ketar badan Virus kerana menahan ketakutan.
“Kau dekat dengan aku, aku fire kau!” Virus sudah memejamkan matanya ketika itu sambil membuat gaya ‘fire’ seperti ultraman yang sedang mengeluarkan kuasa saktinya untuk melawan raksasa lagaknya.
“Haa..tahu takut! Dahlah, malas aku nak kacau kau lagi!” Shuji ketawa terkekeh-kekeh lalu memakai seluar dan t-shirtnya tadi. Baru Virus kenal siapa aku! Sorak hati Shuji keriangan.
Virus masih belum membukakan matanya ketika itu. Takut dia mahu melihat keadaan ngeri seperti tadi. Dia tidak tahu yang Shuji sudah siap berpakaian. Bagaimana kalau Shuji menerkamnya? Tidak mahu lagi dia dipeluk seperti semalam! Betulkah tak mahu? Suara hatinya berbisik lagi perlahan. Betullah! Geli, geli, geli! Virus sudah membuat muka geli geleman ketika itu tanpa disedarinya.
“Haih? Tu kenapa pulak tu? Ada binatang masuk dalam baju kau?” tanya Shuji. “Dahlah, buka la mata..aku dah pakai baju!” sambung Shuji sambil tersengih.
“Kau buat lagi macam tadi, kau tidur kat bilik air malam ni!” gertak Virus sambil membuat muka selamba setelah membuka matanya. Mukanya yang terasa membahang tadi cuba dibendung supaya kembali normal.
“Trylah! Aku cium kau, nak?” Shuji tersengih lagi. Baru dia tahu kelemahan Virus sekarang. Pemalu rupanya minah ni! Gaya brutal macam tak kisah apa-apa. Tapi sebenarnya penakut!
“Malas aku layan kau!” cebik Virus sambil menguak anak rambutnya yang jatuh menutupi matanya. Sesekali wajah Shuji yang sedang tersengih macam kera sumbang itu dijeling sekilas. Sakit hatinya melihat perangai Shuji itu. Ada ubi ada batas, esok-esok nanti aku balas! Desis hati Virus sendirian.
“Aku tunggu kau tadi, aku nak bincang sikit dengan kau!” ujar Virus setelah lama dia membiarkan Shuji mentertawakannya. Malas dia mahu membalas balik. Bimbang sekiranya Shuji ‘berbogel’ seperti tadi untuk menakut-nakutkannya. Ngeri sekali! Tidak mahu lagi dia menyaksikan semua itu.
“Bincang apa?” Shuji sudah duduk di sofa bertentangan dengan Virus. Tawanya tadi sudah terhenti. Keningnya terangkat menantikan kata-kata seterusnya dari Virus.
“Tentang kita!”
“Hah?! Tentang kita? Macam serius aje bunyinya?! Kau nak..kau nak jadi isteri aku yang betul-betul?” Shuji seakan terlopong melihat wajah Virus yang bertukar seperti muka ahli falsafah yang serius. Kemudian dia tersenyum nakal.
“Jangan salah faham, okey?” ujar Virus dengan selamba badaknya.
“Habis tu?”
“Aku nak buat perjanjian dengan kau!”
“Perjanjian? Kau merepek apa ni?” Shuji berwajah pelik. Tidak faham dengan kata-kata Virus. Nak menambahkan lagi beban aku ke minah ni? Shuji tertanya-tanya dalam hatinya.
“Pertama, aku tak nak tidur sekatil dengan kau. Lantak kaulah nak tidur mana pun. Kedua, aku tak suka kau main peluk-peluk aku sesuka hati kau macam semalam. Ketiga, aku tak nak kau pakai pakaian yang menjolok mata aku ni macam tadi! Keempat..”
“Copp! Copp!” bidas Shuji tanpa sempat Virus habis berkata-kata.
“Apahal?”
“Banyak giler! Kau memang gila, eh?”
“What ever!” Virus membuat gaya seperti tidak peduli.
“Kalau aku tak nak ikut?” duga Shuji. Matanya mengecil tanda sedang menantikan jawapan dari Virus.
“Aku janji, aku akan pastikan yang your is like living in hell..” jawab Virus seraya ketawa jahat. Pantas dia menekup mulutnya apabila melihat jelingan tajam Shuji.
“Apa tadi? Kau ulang balik, boleh? Aku nak salin!” getus Shuji acuh tak acuh. Dia mengambil pen dan kertas dari dalam laci almari berdekatan lalu memegang pen.
“Haa..macam ni la..dengar ni!” Virus mengulang semula syarat-syaratnya tadi dengan senyuman senang hati. Dia tidak tahu akan rancangan Shuji.
Shuji telah mendapat idea ketika itu. Dia sengaja ingin menyalin semua kelemahan Virus itu. Dia tahu, Virus tidak sukakan semua perkara itu. Jadi, perkara itulah yang akan dilakukan olehnya setiap hari sebagai membalas segala-galanya pada Virus.
Kalau boleh, dia mahu lakukan semua itu supaya Virus membencinya dan terus meminta untuk berpisah dengannya. Selepas berpisah, jangan harap dia akan berjumpa lagi dengan gadis itu! Iya ke? Habis tu bagaimana dengan perasaan kau pada Virus? Satu suara bagaikan berbisik ditelinga Shuji.
Perasaan? Bila aku ada perasaan dengan dia? Bidas Shuji dalam hatinya. Ada! Cuma kau sahaja yang tidak perasan! Bisik suara itu lagi. Argghh! Diam! Aku yakin, aku tak ada perasaan untuk minah tomboy ni! Bentak hati Shuji sendirian. Bengang betul dia.
“Hoi! Apa yang kau lamunkan tu? Kau dengar aku kata apa?” Virus melayang-layangkan tangannya ke muka Shuji yang jelas sedang mengelamun.
“Hah?! Apa tadi? Yang satu, dua dan tiga aku dah tulis. Ada lagi, ke?” soal Shuji, cuba membendung perasaannya yang bergelodak tadi.
“Kau memang boleh kawan dengan mama akulah! Kuat berangan bila orang tengah bercakap..” bebel Virus.
“Dahlah! Berhenti membebel, bodoh! Cepat la cakap!”
“Okey! Keempat..aku nak berbaik dengan kau! Kita berkawan balik macam dulu-dulu..kelima, aku nak jumpa Ikmal sekali dengan kau!” ujar Virus. Kakinya disilangkan lalu diletakkan diatas meja.
“Berbaik? Berkawan? Boleh ke kita jadi macam dulu lagi? Tak sedar yang diri kau tu perempuan?” ejek Shuji.
“Tolong jangan panggil aku perempuan boleh tak?”
“Apasal? Dah memang betul pun..”
“Memang aku perempuan, tapi kau tak payah nak sebut-sebut! Buat aje macam biasa..” bebel Virus. Anak matanya merenung tajam Shuji bagai mahu memakan lelaki itu hidup-hidup.
“Hmm..tengoklah dulu!” ucap Shuji acuh tak acuh. Pen ditangannya dijatuhkan ke permukaan meja. Jemarinya bertaut lalu kepalanya ditongkatkan. Matanya memanah ke wajah Virus.
“Alah, kita berkawan macam biasa la..macam dulu-dulu!” pujuk Virus lagi. Wajahnya begitu mengharap.
“Bagi kau, senanglah kau cakap! Aku ni..dah tiga tahun tau kita kawan. Tapi kau sekalipun tak pernah nak berterus-terang pada aku dan Ikmal yang kau ni perempuan!” luah Shuji dengan bersungguh-sungguh.
“Aku minta maaf..biyanneyo..gomennasai ne! Puas? Dah kali ke seratus ni aku minta maaf, kau masih belum puas hati?”
“Bukan senang, dowh..bukan senang aku nak lupakan perkara ni. Kau pun dah jadi isteri aku..kau ingat senang aku nak anggap kau macam dulu balik? Ikmal pun mesti marah..” kata Shuji lemah.
Memang bukan senang untuknya menerima hakikat bahawa Virus sebenarnya adalah seorang perempuan. Tiga tahun dia menganggap Virus sebagai lelaki dan Virus jugalah kawan yang paling rapat serta akrab dengannya.
Virus hanya terdiam apabila mendengar luahan hati Shuji. Rupa-rupanya sahabatnya itu begitu terasa hati dengannya. Kalaulah dari dulu lagi dia mengaku yang dia sebenarnya perempuan, tentu Shuji tidak akan marahkannya begini. Tapi, kalau dia mengaku tentu Shuji dan Ikmal tidak akan rapat dengannya kerana dia perempuan.
“Okey..aku tak mahu paksa-paksa kau. Apa yang penting, aku betul-betul minta maaf..aku pun tak tahu perkara ni akan jadi macam ni..” tulus kata-kata dari bibir Virus. Dia menunduk. Terdapat air jernih yang bergenang dimatanya ketika ini. Sekeras-keras dia di luar, dia tetap adalah seorang perempuan yang mempunyai kelembutan di dalam.
Sungguh dia terkilan kerana persahabatan yang selama ini cuba dipertahankan telah menjadi pudar. Dia ingat, dengan tidak memberitahu apa-apa pada Shuji dan Ikmal akan membuatkan persahabatan mereka lebih akrab. Tetapi sekarang?
Shuji hanya membungkam apabila melihat kelakuan Virus. Simpati pun ada juga sebenarnya. Tetapi egonya lagi tebal saat ini. Tidak mungkin dia akan memaafkan Virus dengan begitu mudah! Dia akan pastikan hidup Virus menjadi payah. Tetapi, berbaloikah semua itu? Berbaloikah jika dia memperlakukan Virus begitu? Ya! Siapa suruh dia menipu aku? Shuji bermonolog didalam hatinya.
“ASSALAMUALAIKUM!” Virus memberi salam. Kini dia berdiri dihadapan pintu rumah sewa Ikmal. Dia mahu berjumpa dengan seorang lagi sahabatnya itu yang langsung tidak diketahui khabar berita sejak kes tangkapan khalwat hari itu.
“Waalaikumussalam!” terdengar suara seseorang yang menjawab salam dari dalam rumah.
Seketika kemudian, pintu rumah dibuka. Ikmal terlopong sebentar apabila melihatkan Virus sedang berdiri terpacak di hadapannya. Virus tersenyum ke arah Ikmal.
“Oh, kau..masuklah..” pelawa Ikmal bersama senyuman kelat. Virus membontoti Ikmal lalu masuk duduk di sofa.
“So? Apa cer?(apa cerita)” soal Ikmal acuh tak acuh.
“Hmm..aku sihat..” jawab Virus selamba.
“Sihat? Aku bukan tanya pasal kesihatan kau. Aku tanya pasal kehidupan kau orang lepas kahwin..”
“Oo..habis tu kau tak kisahlah aku sihat atau tak?”
“Hah?! Buat apa aku nak tahu? Kau ada pedulikan aku ni marah ke tak pada kau sekarang? Suka-suka aje kau jumpa aku. Minta maaf pun tak!” ejek Ikmal dengan wajah sinis.
“Hmm..okay I am sorry..jangan marah, nanti cepat tua!” sengih Virus.
“Kau ingat senang aku nak terima?”
“Ya, aku tahu..tapi aku betul-betul minta maaf, okey? Janganlah marah aku macam Shuji tu!” rayu Virus lagi. Hidupnya begitu bosan sekali jika tiada kawan-kawan baiknya. Dia perlu mendapatkan kembali persahabatan mereka.
“Hmm..apasal kau tak bagitau langsung pada kita orang yang kau ni perempuan?” soal Ikmal. Mukanya berkerut-kerut. Serius benar wajahnya.
“Kalau aku bagitau, kau orang nak lagi berkawan dengan aku ke?” duga Virus. Wajah Ikmal ditenungnya tanpa berkelip. Mahu jawapan ikhlas dari bibir lelaki itu.
“Mestilah, dowh..kau lelaki, ke..kau perempuan, ke..kau tetap kau, dowh! Not someone else to me..kau tetap kawan kita orang! Kau kenalah jujur..” ujar Ikmal dengan jujur. Wajah Virus dipandang sayu. Kecewa dengan sahabatnya itu.
“Okey..I’m sorry..I really am, dude! Please forgive me..aku memang tak mahu kau orang jarakkan diri dari aku sebab aku perempuan. That’s why la aku tak bagitau kau orang, dowh..” luah Virus dengan wajah kesal. Kesal yang teramat sangat.
Rupa-rupanya, beginilah apa yang terdapat dalam hati sahabat-sahabatnya. Tidak kiralah macam manapun, kejujuran itu adalah yang paling utama dalam apa jua hubungan di dunia ini.
“Okey..aku terima. Aku nampak kau memang betul-betul menyesal..” senyum Ikmal akhirnya. Memang Ikmal seorang yang bersifat terbuka dan baik hati.
“Tapi..Shuji tetap tak mahu maafkan aku walaupun aku dah berkali-kali mintak maaf pada dia..” rintih Virus sayu. Dia cuba menahan airmata yang ingin keluar.
“Hmm..kalau si Shuji tu, dia memanglah keras kepala sikit! Kau bagilah dia masa dulu, okey?” ujar Ikmal sambil tersenyum. Dia tahu, marah Shuji itu takkan lamanya. Dia lebih kenal hati budi Shuji kerana mereka sudah lama tinggal bersama dirumah itu.
“Ermm..okey..” Virus juga mengukir senyum tetapi senyum kelat. Wajah Ikmal dipandang penuh rasa lega. “Thanks, Ikmal..kau memang sahabat baik aku dunia akhirat!” sambung Virus lagi.
“Never mind..you are my friend, dude! So? Nak pergi mana lepas ni?” kata Ikmal sambil menepuk-nepuk bahu Virus.
“Balik rumah la, kenapa?” soal Virus sambil mengangkat kening.
“Aik? Tak sabar nak jumpa suami kesayangan kau ke?” usik Ikmal sambil tersengih-sengih.
“Hah?! No way!” dalih Virus dengan pantas. Wajahnya cuba ditenangkan. Tidak mahu Ikmal meneruskan kata-kata usikan yang merimaskannya.
“Habis tu? Nak balik awal-awal buat apa? Jomlah enjoy dulu!”
“Enjoy? Maksud kau?”
“Apa lagi? Hobi kaulah!” getus Ikmal sambil mengangkat-angkat keningnya tanda memberi isyarat supaya Virus memahami kata-katanya.
“Mengorat awek?” soal Virus sambil tersengih.
“Apahal pulak mengorat? Kau kan perempuan!” gelak Ikmal sambil menekan perut.
“Hoi! Don’t mention it! Buat aje macam biasa, dowh!” marah Virus sambil menumbuk lembut bahu Ikmal.
“Tak mahulah aku! Nanti awek aku marah la kalau ikut kau pergi mengorat awek lain!” Ikmal menolak dengan alasannya.
“Haih? Setia pulak kau ni? Bila masa kau jadi mat bunga ni, Ikmal?” Virus ketawa terbahak-bahak. Pantang betul dia dengan mamat jiwang. Mesti akan diusiknya habis-habisan.
“Apa-apa aje lah!” Ikmal mencemik bibir tanda memprotes.
“Jom, temankan aku karaoke! Aku tension ni!” ajak Virus dengan selamba selepas tawanya berhenti. Rambut pendeknya yang disapu gel itu diusap-usap lalu dia membetulkan jaket kulit yang dipakainya. Sebiji gayanya ditiru seperti Lee Jun Ki, aktor negara Korea yang memang diminati olehnya.
“Okay, yang tu aku bolehlah ikut!” sengih Ikmal akhirnya. Selepas itu, mereka pun keluar lalu menuju ke kompleks membeli-belah yang berdekatan untuk berkaraoke.

hohohh..
ReplyDeletekeras aty shuji nieh..
smbung2..
suka2...nak ag
ReplyDeleteshuji keras tp suka...ego kn jatuh gak...
xpe shuji tinggikan je ego ngn si virus tuh..
ReplyDeletelembut aty ikmal ek..
bgs..
best!
memang best........
ReplyDeletei like it...huhu
Ikmal pun poyo jugak . adake patut tnya kawen x tanya khabar dulu . keh3..
ReplyDelete