BANDARAYA Seoul, Korea begitu sesak dengan orang ramai pada waktu siang begini. Suasana tetap terasa dingin walaupun dikala terik mentari. Dari jauh kelihatan Virus dan Shuji yang sedang berjalan-jalan meredahi orang ramai yang berpusu-pusu disana-sini.
“Kat mana nak cari restoran makanan Malaysia ni, Virus? Lidah aku tak biasalah makan makanan Korea yang tak ada taste ni!” rungut Shuji sambil memegang perutnya.
“Kau diam boleh? Aku tengah ingatkan baliklah ni, nak pergi makan kat mana..dulu datang dengan parents aku, dia orang yang bawakkan!” balas Virus dengan wajah bersahaja. Langkahnya semakin laju.
“Kau hafal jalan tak?” soal Shuji sambil memandang Virus yang semakin galak berjalan. Muka Shuji ketika ini sudah berkerut-kerut bagai orang tidak makan selama dua hari.
Kempunan benar dia dengan makanan Malaysia. Semalam mereka ada juga makan, tetapi sekadar Sushi dan makanan-makanan Korea yang terasa lain macam ditekak Shuji.
Virus menoleh memandang Shuji lalu langkahnya terhenti sebentar.
“Bad news. Aku tak hafal jalan! So, jalan aje..kalau nampak flag Malaysia, situlah tempatnya!” sengih Virus sambil terus berjalan.
“Flag Malaysia? Itu balik Malaysia teruslah jawabnya! Itulah kau..aku dah nak bawak macam-macam makanan hari tu, kau cakap tak payah! Heee..geram betullah aku macam ni! Aku lapar giler ni!” rungut Shuji lagi sambil membuat muka tidak puas hati.
“Merungut mengalahkan kanak-kanak ribena! Jalan aje..ikut langkah aku ni! Sekali aku cepuk baru kau nak ikut ke?” marah Virus sambil mengangkat penamparnya, cuba menakut-nakutkan Shuji.
“Lagipun, kalau bawak makanan dari Malaysia mestilah dah basi! Kau memang suka makan makanan basi ke?” sambung Virus.
“Basi apanya! Ada makanan yang lambat basi. Contohnya, sambal bilis yang mak aku selalu buat. Masa aku duduk kat rumah sewa dulu-dulu, mak aku selalu kirim dari kampung. Tahan seminggu, beb!” kata Shuji dengan hidung yang kembang-kempis. Bangga dengan masakan ibunya dikampung.
“Iyelah, iyelah! Kau menanglah..aku pun malas nak bercakap dengan kau. Janji sekarang ni, sambal mak kau tak ada and kita kena cari tempat makan! Lagipun sejuk ni, beb!” senyum Virus lalu meneruskan langkahnya. Shuji terpana sebentar melihatkan sikap Virus.
Sekejap garang, panas baran, marah-marah. Sekejap lagi pula, boleh tersenyum manis sampai mencairkan mata-mata yang memandangnya. Apalah agaknya yang dah sampuk perempuan ni?
Seketika kemudian, Virus kelihatan mengeluarkan cermin mata gelap dari poket baju lalu memakainya. Memang nampak begitu smart dan bergaya sekali. Tidak hairanlah, ramai gadis yang terpikat pada Virus itu. Cuma yang menjadi kerugian, si Virus itu adalah perempuan.
Tapi, untunglah kau Shuji! Suara hatinya berbisik. Untung? Kenapa? Soalnya kembali. Untunglah sebab gadis cute tu milik kau! Suara hatinya meyakinkan dia. Shuji merenung langkah Virus yang berjalan dihadapannya.
Walaupun memakai pakaian seperti lelaki, gadis itu nampak lain macam benar dimatanya kini. Ya, bagai ada suatu perasaan indah ketika melihat Virus. Hatinya seakan bahagia apabila Virus berada disisinya.
“Apa kata, kalau kita sewa kereta?” soal Virus yang tiba-tiba menoleh menyebabkan dirinya hampir bertembung dengan Shuji.
Dekat sekali muka mereka ketika ini sehinggakan Virus dapat merasakan nafas Shuji yang menampar-nampar kulit mukanya. Mereka terpaku sebentar. Mata bertentang mata. Hati berdebar-debar.
Setelah tersedar, mereka menjarakkan diri lalu memandang sekeliling. Orang ramai kelihatannya tidak langsung mempedulikan mereka. Masing-masing dengan destinasi tujuan tersendiri. Secara tiba-tiba, Virus tersengih diikuti oleh Shuji yang turut tersengih. Cover malulah katakan!
“Okey jugak sewa kereta! Penatlah jalan!” balas Shuji lalu terdiam. Virus berjalan semula apabila membalas senyuman Shuji.
Haikk? Apasal aku boleh berlembut dengan mamat ni? Kenapa aku dah tak boleh nak marah dia lama-lama ni? Ahh! Aku dah gila agaknya..desis hati Virus.
“Kejap, kejap! Biar aku tanya orang kat sini pasal restoran masakan Malaysia!” ujar Shuji tiba-tiba lalu membuatkan langkah Virus terhenti. Cermin matanya ditolak ke atas dan diselitkan ke rambutnya.
“Apasal? Tak percaya aku?” soal Virus.
“Kau ni bukan boleh percaya sangat!” kata Shuji sambil membuat muka selamba lalu dia bergerak ke kedai berhampiran untuk bertanya.
“Hello, mister. Sorry to interrupt you while you’re eating..may I ask you something?” sapa Shuji kepada seorang lelaki Korea yang sedang makan di sebuah restoran.
“Ya?” lelaki itu berpaling.
“Do you by any chance, know about any Malaysian cuisine restaurant here in Seoul?” soal Shuji sambil tersenyum. Virus turut berdiri disebelah Shuji ketika ini. Dia juga memasang telinga.
“Oh, you’re Malaysian? Sorry misters, currently there’s no Malaysian cuisine restaurant present in Seoul..that’s all I know!” jawab lelaki itu sambil membalas senyuman Shuji.
“Really? Oh, thanks anyway!” balas Shuji sambil menjeling tajam Virus disebelahnya yang sudah tersenyum kambing memandangnya. Lelaki Korea tadi hanya terangguk-angguk lalu meneruskan aktivitinya iaitu makan.
Shuji memandang Virus yang tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya. Malulah tu! Cakap macam tahu-tahu saja! Padahal, tak tahu! Memang kat Korea ni mana ada restoran Malaysia!
“Ala, kau lagi percaya mamat tu dari aku ke? Betullah mama aku pernah bawak aku makan masakan Malaysia!” Virus cuba mempertahankan dirinya. Memang dia pernah keluar makan dengan mamanya. Masakan Malaysia! Positif! Virus sangat yakin sekali.
“Call mama sekarang! Aku dah lapar ni!” balas Shuji acuh tak acuh.
Virus mencemik lalu berjalan ke arah telefon awam yang berdekatan. Nombor telefon mamanya didail pantas. Memang dia amat yakin sekali yang dia pernah makan masakan Melayu dengan mama dan papanya dulu!
“Assalamualaikum, mama!” ucap Virus sebaik sahaja mendengar suara Datin Rosmah.
“Waalaikumussalam! Hah? Kenapa telefon ni? Macam mana bilik yang mama tempahkan untuk Ida? Seronok tak?” tanya Datin Rosmah bagaikan tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui perkembangan hubungan antara anak dan menantunya.
“Seronoklah sangat! Hmm..mama, ingat tak nama restoran yang jual masakan Malaysia tu? Ala, yang mama bawak Virus pergi makan situ hari tu!” Virus cuba mengalihkan topik yang Datin Rosmah kemukakan tadi. Baginya, kalau dilayan mamanya itu tentu nanti hatinya sakit. Baik ubah topik ke topik asal, iaitu tujuan dia menelefon Datin Rosmah itu.
“Oh? Ingat, ingat..kenapa makanan Korea tak sedap ke? Kamu kan suka makan!” soal Datin Rosmah kembali dengan nada suara pelik. Memang Virus itu suka benar dengan masakan Korea. Tapi, yang halal aje lah! Huhu
“Bukan Virus, ma..ni Shujing taik ni laa..tak mahu makan masakan Korea. Dia kata bukan taste dia!” rungut Virus sambil mencemik bibir memandang Shuji yang berdiri agak jauh darinya.
“Oh, iye ke? Sebenarnya mana ada restoran Melayu lagi kat Korea tu, nak!” kata Datin Rosmah dengan bersahaja membuatkan mata Virus terbuntang seketika. Habis tu? Dulu-dulu itu apa? Siap ada asam pedas lagi! Virus menelan liur apabila membayangkan Asam Pedas Melaka.
“Ma, habis tu yang kita makan Asam Pedas Melaka tu?” tanya Virus dengan membuat mimik muka pelik yang amat.
“Laa..itu kawan mama yang masakkan. Kebetulan dia kerja di hotel kat Korea tu!” Datin Rosmah ketawa kecil.
“Hah? Hotel mana, ma?”
“Renaissance Hotel! Kamu tahu ke direction nak ke sana tu?”
“Err..tak tahu!” kata Virus pendek sambil melepaskan tawa kecil. Kepalanya digaru-garu lalu rambutnya diusap lembut.
“Haishh kamu ni..pelupa betul! Itulah mama suruh kamu tengok jalan time kita dalam perjalanan ke hotel tu hari tu tapi kamu tahu tidur aje dalam kereta!” bebel Datin Rosmah sehingga membingitkan telinga Virus. Sambil mengerutkan dahinya, Virus menjauhkan sedikit gagang telefon dari cuping telinganya.
“Sekejap lagi mama call manager restoran tu suruh tunggu kamu datang. Lepas tu nanti mama cakap dengan kawan mama tu. Nama kawan mama tu Auntie Zaharah, tau! Dia chef kat situ..naiklah teksi atau sewa kereta untuk ke hotel tu. Tanya orang direction ke sana kalau tak tahu!” terang Datin Rosmah lagi lalu mematikan talian.
DATIN Rosmah meletakkan gagang setelah selesai berbicara dengan anak perempuannya. Wajah Dato’ Sharif yang sedang khusyuk membaca akhbar ditenung sebentar sebelum langkahnya dihayun ke arah suaminya itu.
Datin Rosmah menghenyakkan punggungnya disofa sambil mendengus kecil. Dato’ Sharif yang sedar akan sikap isterinya yang berubah secara tiba-tiba itu terus melipat akhbar lalu menumpahkan pandangannya ke wajah Datin Rosmah.
“Hah? Kenapa pulak ni, Mah? Tiba-tiba macam tak puas hati aje? Tak puas hati pada abang ke?” soal Dato’ Sharif sambil mengukir senyuman mesra. Tangan isterinya dicapai lalu diramas lembut.
Datin Rosmah tiba-tiba tersenyum apabila merasai panasnya tangan Dato’ Sharif yang sedang menggenggam jemarinya. Memang Dato’ Sharif pandai mengambil hatinya sejak dulu lagi. Sikap mengambil berat serta penyayang lelaki itulah yang membahagiakan hidupnya sejak dulu lagi.
“Tak ada apa-apalah, bang. Runsing aje pasal si Ida tu..” jawab Datin Rosmah sambil membalas senyuman suaminya.
“Haih? Kenapa pulaknya, Mah? Awak juga yang merancang honeymoon dia orang tu. Mestilah dia orang tu dah enjoy..” kata Dato’ Sharif tenang.
“Iyelah, tadi Ida call..bila Mah tanya pasal honeymoon dia orang, dia macam nak mengelak pulak! Mah rasa, tak berhasillah bang! Rancangan Mah tu..” Datin Rosmah mencebik bibirnya apabila mengingatkan Virus yang tiba-tiba mengubah topik perbualan mereka tadi.
“Alah, biarkan dulu budak-budak tu. Tahulah dia orang tu uruskan hidup dia orang. Lagipun, dia orang dah besar panjang! Si Adli pun umur dah dekat 30 tahun. Takkan dia nak tahan kalau ada perempuan tidur sebilik dengan dia hari-hari?” Dato’ Sharif berkata sambil melepaskan tawa kecil. Lucu melihat wajah Datin Rosmah yang berkerut-kerut.
“Kalau tak berhasil, macam mana bang? Kempunanlah Mah nak dapat cucu! Kempunanlah nak tengok anak kita tu jadi normal balik!” rungut Datin Rosmah lagi.
“Ala, tak payah risaulah Mah! Abang yakin dengan Adli tu! Lagipun, lelaki mana boleh tahan lama kalau bab ‘itu’!” ujar Dato’ Sharif sambil tersengih nakal. Wajah Datin Rosmah sudah bertukar merah padam ketika itu. Malu barangkali apabila suaminya membuka bicara yang bukan-bukan.
“Mulalah tu! Apa pandang-pandang Mah macam tu? Kita dah tua! Nak menggatal lagi? Dahlah, Mah nak pergi call kawan Mah kat Korea. Si Ida dengan suami dia nak makan masakan Melayu. Terpaksalah menyusahkan Zaharah lagi, bang!” kata Datin Rosmah seraya bangun ke telefon semula.
Dalam mindanya sebenarnya dia sudah merancangkan satu lagi ‘rancangan maut’ untuk anak dan menantunya itu. Terpaksalah main ‘cara kotor’ kalau macam ni! Datin Rosmah ketawa kecil tiba-tiba tetapi segera mengawalnya apabila menyedari yang suaminya berada berdekatan.
“Hello, assalamualaikum Zaharah!” ucap Datin Rosmah apabila mendengar suara kawannya itu.
“MANA ni? Kau betul-betul tahu ke? Jangan sesat, sudah!” kata Shuji dengan wajah tidak yakinnya melihat Virus yang sedang memandu entah kemana itu. Mereka telah mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kereta untuk memudahkan mereka bergerak. Virus telah memilih Porche sebagai kereta sewanya membuatkan Shuji terkejut beruk.
Dalam terkejut beruknya, terselit juga rasa seronok kerana dapat menaiki kereta sport mewah seperti itu. Sepanjang perjalanan, mereka memang menjadi tumpuan gadis-gadis cantik. Mana tidaknya, dengan kesegakan dan kemachoan kedua mereka yang menaiki kereta mewah itu memang amat menarik minat sesiapa sahaja.
“Hoi! Ini Virus lah! Tengoklah peta tu, bongok! Lagipun, kan ada GPS kat iPhone 3G aku ni! Tengok ni, tengok ni! Dah nak sampailah!” kata Virus sambil menunjukkan ke touch screen iPhonenya.
“Iyelah! Kaulah betul!” kata Shuji malas.
Virus menekan minyak. Lajunya pemanduan gadis itu hanya Tuhan sahaja yang tahu! Hampir gugur jantung Shuji jika menumpang kereta Virus sejak dulu lagi.
“Woi! Kau dah banyak sangat pahala ke? Dah tak sabar nak mati? Slow down, please!” marah Shuji sambil menyandar di kusyen kereta dengan wajah ketakutan.
“Hmm..iyelah, iyelah! Sorry..aku terlalu ikut perasaan. Darah muda, biasalah! Kau tu dah tua, sebab tu tak rasa apa yang aku rasa!” kata Virus dengan wajah bersahaja lalu kelajuan Porchenya diperlahankan.
Shuji hanya membuat mimik muka menyampah sambil mengajuk kembali kata-kata Virus itu dengan suara perlahan. Mujurlah Virus tidak mendengar kata-kata Shuji itu. Kalau tidak, mesti dah kena turun jalan kaki.
Mereka tiba di hadapan Renaissance Hotel dengan selamatnya. Kunci kereta diberikan pada Concierge yang bertugas untuk pekerja itu memarkirkan Porche itu ditempat yang selamat.
“Jom! Haa..betul-betul! Ni la tempat tu! Tak ingat pulak aku, rupa-rupanya hotel!” sengih Virus sambil melangkah laju ke pintu masuk hotel berkenaan.
“Bapak besar hotel ni, dowh!” Shuji ternganga apabila melihatkan pintu masuk dihadapannya itu. Mungkin rasa takjub.
“Kau tau kan aku benci orang kampung?” kata Virus separuh bergurau apabila melihatkan muka jakun yang sedang dibuat oleh Shuji. Memang kelakar sekali dimata Virus ketika itu.
“Damn! Kau tau kan aku orang bandar?” soal Shuji sambil tergelak kecil. Virus juga tergelak kecil secara tiba-tiba.
Entah mengapa, peristiwa yang meyakitkan hatinya hari itu yang membuatkan dia membenci Shuji terus hilang dari ingatannya sejak semalam lagi. Sejak dia berjemaah dengan Shuji dan mencium tangan lelaki itu. Hatinya bagai ditiup angin yang dingin.
“Hello, welcome to our hotel!” seorang staff yang merupakan Bell Man memberi ucapan aluan tersebut sebaik sahaja mereka melangkah ke lobi hotel berkenaan.
“Assalamualaikum, Ida! Kenal auntie lagi?” panggil seseorang dari arah belakang mereka. Shuji dan Virus menoleh pantas lalu Virus mengukirkan senyuman.
“Waalaikumussalam! Ya, kenal! Auntie Zaharah kan? Kawan mama saya. Sorry, auntie sebab dulu-dulu saya ni tak sempat nak berkenalan dengan auntie. Nasib baik saya ingat lagi muka auntie yang cute ni!” sengih Virus sambil menyalami tangan Auntie Zaharah. Pandai benar dia mengambil hati orang tua itu sehingga kembang-kempis hidung Auntie Zaharah. Lebar senyuman wanita itu ketika ini.
“Ni Adli kan? Suami Ida? Apalah kahwin senyap-senyap tak bagitau auntie pun!” ujar Auntie Zaharah sambil tersenyum.
“Ya, ya..saya suami Ida ni!” kata-kata Shuji itu kedengaran seperti nada memperli sahaja ditelinga Virus. Maklumlah dia tidak suka namanya dipanggil Ida oleh kawan-kawannya. Tangan Shuji diletakkan ke bahu Virus.
“Auntie, panggil saya Virus! Dia ni Shujing, okey?” seloroh Virus membuatkan Auntie Zaharah tergelak kecil.
“Iyelah, Virus..nak makan Asam Pedas Melaka ke? Ada lain lagi tak? Kari ayam? Sayur masak belacan? Semua auntie ada bahan-bahannya. Iyelah, duduk sini kalau lama-lama makan masakan Korea, muak juga.
Tekak kita kan dah biasa dengan makanan tradisional Melayu kita. Tinggal tak ada pucuk-pucuk ulam aje kat sini!” senyum Auntie Zaharah lagi. Memang orang tua itu baik hati kerana sanggup memasakkan khas untuk mereka masakan Melayu.
Shuji yang mendengar nama-nama masakan itu sudah menelan liur. Kempunan betul dia dengan masakan Melayu! Dia menyiku-nyiku Virus dengan rasa girang. Bukan senang nak merasa masakan Melayu di negara orang ini.
“Iyelah, auntie! Nak semua sekali!” kata Shuji dengan pantas. Virus juga tersengih-sengih di sebelahnya.
“Okey! Kamu berdua pergi tunggu kat Universal Hall, tanya orang direction ke sana! Nanti auntie naik, okey? Kat situ tak bosan sebab ada Fashion Show!” getus Auntie Zaharah lalu terus berlalu ke bahagian dapur hotel berkenaan.
MEREKA tiba di Universal Hall, Renaissance Hotel ketika pertunjukan fesyen sedang berlangsung. Meriah sekali suasana ketika itu dengan tepukan gemuruh serta kilauan cahaya flash dari kamera-kamera wartawan yang berada di situ.
“Wah..lawa giler awek tu!” puji Shuji sebaik sahaja terpandangkan seorang model yang sedang memperagakan pakaian tradisional Korea. Matanya bagaikan tidak mahu berkalih ke arah lain saat itu.
“Woi! Jom pergi sana!” panggil Virus. Entah mengapa dia risau dengan pandangan Shuji terhadap model tersebut. Bagai takut Shuji akan terpikat dengan model itu.
“Kejaplah! Baru nak cuci mata!” kata Shuji selamba. Matanya masih terarah ke pentas peragaan itu.
“Jomlah!” Virus menarik lengan Shuji supaya bergerak mengikutinya. Shuji menarik muka masam. Asal nak mencuci mata sahaja, mesti Virus akan kacau!
“Iyelah, iyelah! Aku ikut!” kata Shuji malas. Dia mengikuti langkah Virus ke arah sebuah meja yang kelihatan kosong.
Mereka duduk disitu sambil berbual kosong. Mata mereka sesekali akan terarah ke pentas apabila ternampak model-model yang agak cantik.
“Weh! What a small world!” sapa satu suara. Mereka menoleh. Muka Virus dan Shuji sudah bertukar wajah terkejut beruk. Ikmal!
“Hoi, Ikmal! Kau..kenapa kau boleh ada kat sini?” soal Virus dengan wajah tidak percayanya. Shuji juga mengangguk laju. Bagaikan magik pula Ikmal boleh sekelip mata ada dihadapan mereka.
“Aku ada assignment la dekat sini! Boss aku nak aku ambil gambar fashion show ni sebab semua ni tajaan syarikat kita orang kat Malaysia. Nak muatkan dalam majalah kita orang. Kau orang ni macam mana boleh ada kat sini? Honeymoon yer? Tak bagitau pun!” jelas Ikmal sambil tersenyum nakal. Keningnya terangkat-angkat bagai sedang mengusik pasangan di hadapannya.
“Ehhh..mana ada! Mengarut! Kita orang datang sini sebab..sebab..err..” Virus tergagap. Wajahnya berubah cuak. Sedaya-upaya dia dengan Shuji merahsiakan bulan madu mereka ini, tetapi akhirnya terbongkar juga.
“Tak payah jelaskan. Aku faham! Orang yang kahwin mestilah kena honeymoon!” Ikmal tergelak besar kali ini. Dia menekan perutnya sambil menahan ketawa yang terburai.
“Diamlah, syaitan!” marah Shuji pula sambil menekup mulut Ikmal. Tiba-tiba sahaja bahu Ikmal dipukul oleh Virus yang sedang menahan geram. Mukanya merah menyala kerana menahan malu dan geram.
“Sakitlah, shekkia!” getus Ikmal sambil memegang bahunya. Ketawanya masih berbaki. Dia terasa kelakar melihat wajah merah padam sahabat-sahabat baiknya itu.
Berbulan madu tetapi tidak mahu mengaku! Ikmal lucu memikirkan semula muka Virus dan Shuji yang termanggu-manggu saat ternampak dia tadi.
“Weh, Ikmal!” sapa seseorang dari belakang Ikmal yang sedang ketawa terbahak-bahak. Ikmal menoleh tiba-tiba.
“Hah, Shin? Apasal?” soal Ikmal pelik melihat teman sekerjanya yang agak tercungap-cungap itu. Berlari agaknya tadi.
“Weh, ada masalah besar! Model utama sakitlah! Tiba-tiba pitam tadi! Macam mana ni? Kalau tak settle ni, boss mesti marah kita, dowh!” balas Shin dengan keadaan masih lagi termengah-mengah.
“Adoi! Macam mana ni??” soal Ikmal kembali pada Shin. Otaknya ligat berfikir. Sudah tentulah sedang memikirkan jalan pintas kerana model itu sangat diperlukan dalam masa kurang dari sejam selepas ini!
Shuji dan Virus sedang sibuk berbual kosong ketika pandangan Ikmal tiba-tiba jatuh ke muka Virus. Dia seperti mendapat idea. Kalau kenakan Virus ni, okey jugak! Desis hati Ikmal.
“Virus!! Aku nak mintak tolong kau ni! Tolonglah sangat-sangat!!!” pinta Ikmal tiba-tiba sambil memegang bahu Virus. Mukanya penuh mengharap. Iyalah, mana lagi nak cari model yang cantik giler di masa yang suntuk begini? Lama dia amati wajah Virus, memang Virus sesuai untuk slot itu!
“Hah? Tolong apa??” soal Virus pelik. Dia membuat muka dungu yang teramat sangat.
“Jadi model untuk slot utama nanti! Please, please, please!! Kalau kau tak tolong, habis aku! Memang aku kena pecat! Please, please!!!” rayu Ikmal dengan wajah penuh harapan.
“No way!!!” bentak Virus sambil membuat muka bengisnya.
“Please..demi persahabatan kita selama ni!”
“Kau kan tahu aku tak sesuai! Nak berjalan cat walk lagi tu! Tak kuasa aku..karang aku tergelincir macam mana?” bidas Virus lagi. Shuji terkebil-kebil melihat muka Ikmal dan Virus.
“Alah, kalau kau tak tolong aku..lepas ni aku nak makan apa lagi? Dahlah aku baru aje dinaikkan pangkat! Pleaseeee..demi persahabatan kita selama 3 tahun ni!” rayu Ikmal lagi. Kali ini dia sudah melutut dihadapan Virus.
“Weh, tolonglah Ikmal! Kesian aku tengok! Lagipun, kita kan dah lama kawan! Demi persahabatan kita..berkira siot, kau ni!” pujuk Shuji tiba-tiba. Dia kasihan melihatkan Ikmal yang merayu-rayu. Tentu kerja ini amat penting dalam hidupnya.
Virus berfikir panjang. Perasaan serba-salah menerpa di benaknya. Hatinya berbelah-bahagi. Bagaimana harus dia menolak permintaan sahabat baiknya ini? Atau perlukah dia menerima permintaan itu?

what'll happen?
ReplyDeletehuhuhu mesti shuji terpegun ngn kecatikan virus kan kan??
hehehehehh
ahaha..
ReplyDeletenta2 nie rncgn mama dye gak..
mama dye nieh penuh ngn surprise la..
ekekee..
pasnieh pe jd??
jeng2..
nk lgi..
mesti cantek..
ReplyDeletehuhuhu
wahh..stepping stone utk virus ni kot..
ReplyDeletehahaha..
eh,brape ktinggian virus ah?
boley ke wat run away?
mesti sume terpegun nnt.haha!!
yu hu..
ReplyDeletemcm mana agaknyer muka virus ti kan?
mesti lawaq giler..
yu hu..
ReplyDeletemcm mana agaknyer muka virus bila kena mekapkan?