-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, July 7, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 1

PANDANGANNYA kosong memandang ke dada langit. Tiada tanda-tanda yang hujan mahu turun walaupun langit kelihatan agak mendung. Nazifa mengeluh sebentar di hadapan tingkap biliknya yang terbuka luas lalu memeluk tubuh.

Dia buntu memikirkan projek akhir yang perlu disiapkan sebelum peperiksaan akhir semester terakhirnya itu. Selain projek itu, masih terlalu banyak kerja lain yang perlu disiapkan. Tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah juga perlu disiapkan dalam waktu terdekat ini. Dia mengeluh lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup menenangkan jiwanya sesekali.

“Hoi! Kau buat apa sorang-sorang ni asyik mengeluh je aku dengar?” sapa suara seorang perempuan yang memang dikenalinya. Sasha tersengih-sengih memandang ke arah Nazifa yang tercengang. Dia ketawa kecil melihat gelagat Nazifa yang kelihatan terkejut.

“Adeh..buat aku terkejut aje kau ni!” Nazifa mengurut-urut dadanya. Sasha sudah tercegat disebelahnya.

“Kau fikir apa, Ifa?”

“Alaa..tak ada apa-apalah. Kerja la, apa lagi?” Nazifa tersenyum lalu dia menggaru-garu pula kepalanya yang tidak gatal. Dia teringatkan sesuatu apabila menyebut pasal kerja.

“Hah? Tu kenapa pulak tu?” Sasha pelik dengan sikap Nazifa. Dahinya berkerut-kerut.

“Alamak! Macam mana la aku boleh lupa ni…” Nazifa pintas berkata sambil melihat jarum jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Dia seperti memikirkan sesuatu. “Aku nak jawab apa ni kat Prof. Hamdan?”

“Jawab apa? Kau runsing apa ni?” Sasha tidak berputus asa menanya kepada sahabatnya itu.

“Aku lupa yang aku ada appointment dengan prof. Aku nak tanya pasal projek akhir aku tu..alaa..mesti dia marah! Dah la dia tu jenis tak suka orang yang mungkir janji!” wajah Nazifa sudah berubah cuak.

Sasha hanya tersenyum simpul ke arah Nazifa. “Itulah kau ni asyik sangat berangan sorang-sorang..kan dah lupa kerja!” seloroh Sasha.

Nazifa mencebik bibirnya mendengarkan kata-kata gurauan Sasha. Dia membuat muka bosannya kepada Sasha. Dia mengeluh lagi mengenangkan nasibnya pada esok hari. Apalah alasan yang patut diberi kepada Prof. Hamdan esok? Dia pun tidak pasti.

“Kau ni suka fikir sangat! Kalau aku la, aku cakap dengan prof yang aku tiba-tiba aje sakit perut, habis cerita! Simple!” ujar Sasha bersahaja sambil mengangkat-angkat kening. Nazifa terdiam lalu terangguk-angguk kepalanya. Ada benarnya juga kata-kata Sasha itu. Dia tersenyum akhirnya.



NAZIFA tercegat di hadapan sebuah pintu. Di pintu itu tertulis nama Professor Hj. Ahmad Hamdan bin Hj. Mohd Ismail. Nazifa memikirkan alasan yang mahu diberikan kepada Prof. Hamdan diatas ketidakhadirannya petang semalam. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik pensyarahnya itu.

“Come in!” kedengaran suara seorang lelaki dari dalam bilik yang menyuruhnya masuk. Nazifa melangkah perlahan setelah membuka pintu. Kini dia sudah berada di dalam bilik pensyarahnya itu. Dia hanya berdiri dihadapan pintu bilik itu menunggu arahan Prof. Hamdan. Kelihatan pensyarahnya sedang sibuk meneliti sesuatu di skrin komputernya sebelum pandangannya dilontarkan ke arah Nazifa yang tercegat di muka pintu.

“Oh..Nazifa, I thought you don’t want to see me..so please have a sit,” serius dan sinis nada suara Prof. Hamdan. Dia memandang sekilas wajah Nazifa lalu terus melihat ke skrin komputernya semula. Nazifa menelan liurnya. Dia tahu Prof. Hamdan agak marah kerana dia tidak menunaikan janjinya petang semalam. Dia melangkah ke kerusi di hadapan meja Prof. Hamdan lantas melabuhkan punggungnya di kerusi empuk itu.

“Err..prof, I am really sorry I could not make it yesterday. Suddenly I had stomached!” Nazifa cuba memberi alasan dengan berbohong. ‘Bohong sunat!’ detik hatinya. Wajahnya sahaja yang beriak tenang, dalam hatinya siapalah yang tahu! Dia perlukan sangat pertolongan dari pensyarahnya itu dalam menyiapkan projek akhirnya. Tanpa tunjuk ajar pensyarahnya, dia bagaikan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Oleh itu, hati pensyarahnya itu perlu dijaga.

“Why would I believe you?” Prof. Hamdan cuba menduga.

“I really am, prof! If you don’t trust me, I can’t do anything because I don’t have any medical evidence as a proof for you..” Nazifa membuat wajah kasihannya di hadapan Prof. Hamdan. Selebihnya dia hanya berserah. Dia berharap agar Prof. Hamdan akan termakan dengan kata-katanya. Prof. Hamdan memandang raut wajah Nazifa tanpa berkelip. Keningnya terangkat. Dia seakan-akan mencari kebenaran disebalik kata-kata Nazifa.

“So, what about your final project? You still want me to guide you?” Prof. Hamdan sudah tersenyum memandang Nazifa yang terkulat-kulat. Nazifa terus membalas senyuman Prof. Hamdan lalu mengangguk laju.

Perbincangan antara Nazifa dan Prof. Hamdan berlangsung dengan agak lama. Pelbagai perkara yang dibincangkan perihal projek Nazifa. Nazifa merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Teknologi Maklumat di Universiti Tenaga Nasional, atau lebih dikenali dengan UNITEN.

Projek akhirnya yang berkaitan dengan database system sedikit sebanyak memeningkan kepala dengan php coding yang memerlukan kesabaran dalam membuatnya. Perbincangan yang berlangsung tiba-tiba terganggu tatkala terdengar ketukan yang bertalu-talu dipintu bilik.

Mereka berpandangan seketika lalu Prof. Hamdan menyuruh gerangan yang mengetuk pintu itu tadi masuk. Seorang lelaki yang segak berpakaian kemas dengan t-shirt berwarna oren terus masuk ke dalam. Nazifa hanya memandang sekilas ke arah lelaki itu tanpa minat lalu meneruskan kerjanya.

“Hello, prof! I would like to submit my assignment,” sopan suara lelaki itu menuturkan kata-kata. Dia tersenyum ke arah Prof. Hamdan. Sesekali anak matanya merenung ke arah seraut wajah gadis di hadapan Prof. Hamdan.

‘Cantik!’ desis hati lelaki itu dalam diam. Renungannya tidak diperasan oleh empunya badan. Nazifa sedang sibuk meneliti kertas kerja projeknya dengan begitu khusyuk sekali sehinggakan renungan lelaki disebelah langsung tidak diperasan olehnya.

“Ok, just leave it at my desk over here!” senyum Prof. Hamdan sambil melirik pelajar lelaki di hadapannya. Pelajar lelaki itu tersenyum membalas. Dia terus melangkah ke meja Prof. Hamdan lalu meletakkan tugasannya diatas meja tersebut.

Sekali lagi dia mencuri pandang gadis tadi. ‘Siapalah agaknya gerangan si jelita ini?’ hati kecilnya menjerit geram. Nazifa yang sedang khusyuk sesekali menggigit hujung pen yang digenggamnya sambil keningnya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Lelaki itu yang sedari tadi asyik memerhati keletah Nazifa hanya tersenyum. ‘Comel betul!’ desis hatinya lagi.

“By the way, do you have any other business here?” Prof. Hamdan yang terperasankan pelajar lelaki tadi yang belum berganjak dari tempat dia berdiri terus menyoal dengan pelik. Dia bertambah pelik melihat sepasang mata lelaki itu yang tidak lepas memandang ke wajah Nazifa.

“No, prof! Sorry I’ll leave now,” pelajar lelaki itu mula mengatur langkah dengan seribu rasa yang bergelodak dihatinya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat!
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/07/2009 10:23:00 PM

5 comments:

  1. AnonymousWednesday, July 8, 2009 at 4:00:00 PM GMT+8

    wahhh first commentor....mcm best jek cite nih....mmg i pminat #1 u la...he3...22 cite yg u buat i bace...nih bru nk stat bce cite nih plak...sure best!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. lynaTuesday, November 3, 2009 at 10:39:00 AM GMT+8

    syok y

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousThursday, April 12, 2012 at 3:25:00 PM GMT+8

    macam best....xcited nk bc cte selanjutnya...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousThursday, May 17, 2012 at 9:36:00 AM GMT+8

    cam best jerr!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. IffatbellaTuesday, July 17, 2012 at 10:57:00 AM GMT+8

    Saya nk beli novel nie tp sudah tidak ade lagi keluaran..so mcm mne sy nk dapt kan yer..plz help me...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu