-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, July 7, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 3

“SAYANG, how about dinner together tonight?” suara lunak seorang gadis kedengaran mengetuk gegendang telinganya. Dia memandang wajah gadis yang langsung tidak dikenali di hadapannya itu dengan perasaan meluat.

Gadis itu kelihatan seksi dengan pakaian t-shirt sendat berlengan pendek warna merah dengan seluar jeans hitam. Tanpa segan silu gadis itu terus duduk disebelahnya. Dia hanya buat tidak tahu dengan keletah gadis itu yang dianggapnya sebagai mengada-ngada. Memang ramai gadis yang cuba menggoda dirinya, tetapi dia tidak pernah melayan.

Faris mencebik bibir apabila gadis itu masih tidak berganjak dari sebelahnya. Hatinya jadi panas. Bukan gadis itu tidak cantik, tetapi hanya dia yang tidak berkenan dan tidak suka melayan. Malah, ramai lagi gadis yang cuba mendekatinya telah ditolak mentah-mentah. Silap-silap haribulan, sekiranya gadis-gadis itu tidak faham bahasa dia akan menghamburkan apa sahaja kata-kata makian terhadap mereka.

Faris memang terkenal dikalangan gadis-gadis di UNITEN. Rupanya yang kacak, berkulit putih bersih serta tinggi lampai. Tambahan pula, Faris merupakan anak tunggal Dato’ Syed Faizal iaitu seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal di tanahair. Siapa yang tidak kenal dengan Faris dan bapanya. Oleh kerana itulah, Faris menjadi seorang yang angkuh, mementingkan diri sendiri serta ego.

“If you’ll excuse me..” Faris sudah jelik dengan perangai gadis tadi yang terlalu mengada-ngada. Dia mahu bingkas bangun meninggalkan tempat duduknya di kerusi di tepi tasik UNITEN itu. Sebaik sahaja Faris ingin bangun, gadis itu sudah menarik lengan Faris supaya duduk semula. Darah Faris tersirap tatkala itu. ‘Berani betul minah ni!’ gumam Faris dalam hatinya yang kian membara.

“You janganlah macam ni..I belanja you dinner, ok?” kali ini gadis itu sudah menekapkan jemarinya ke wajah Faris lalu dia mengelus pipi lelaki itu lembut. Niatnya sememangnya ingin menggoda! Panas hati Faris, meluap-luap kemarahannya apabila gadis itu berkelakuan begitu.

“Hoi! Kau ni tak reti bahasa ke? Kau tak faham ke yang aku meluat tengok perangai mengada-ngada kau ni?! Setakat nak makan dinner tu kau ingat aku ni tak ada duit nak bayar ke?” jerkah Faris dengan wajah yang sudah kemerah-merahan.

Sememangnya perangai panas baran Faris sudah menjelma. Gadis itu kelihatan terkejut dengan reaksi spontan Faris itu. Disangkanya Faris akan cair dengan godaannya kerana telah ramai lelaki yang sudah berjaya digodanya sebelum ini.

Ada juga yang lebih kacak dari Faris pun dia berjaya cairkan, namun hanya satu yang mereka tidak punyai iaitu harta kekayaan serta kemewahan seperti yang dimiliki Faris! Kenapa dengan Faris begini jadinya? Mata Syazrina bulat memandang ke wajah bengis Faris.

“Kenapa you bercakap macam you tu baik sangat?” Syazrina membalas sinis. Dia sudah ketawa sinis sambil matanya terarah ke tengah-tengah tasik UNITEN itu.

“Aku tak cakap pun yang aku ni baik? Sudahlah, malas aku nak melayan perempuan murah macam kau ni!” Faris ingin terus berlalu. Dia bangun lalu mengatur langkah mahu menuju ke keretanya di tepi jalan berhampiran kawasan tasik itu. Syazrina yang terkedu sebentar dengan ayat Faris terus bangun mengejar lelaki itu. Wajahnya merah menahan amarah. Kini tubuhnya sudah berhadapan dengan Faris.

“Kau ingat kau tu baik sangat ke, Ris? Setakat jantan macam kau, aku boleh dapat 10 orang dengan sekali petik jari aje!” Syazrina membuat isyarat seperti memetik jari di hadapan Faris. Faris seperti tergelak kecil. Sinis.

“Memanglah 10 orang..sebab kau tu perempuan murah! Perempuan murah memang senang-senang aje lelaki nak buat main!” kata-kata bisa Faris terus menusuk-nusuk ke jantung hati Syazrina.

Nafas gadis itu sudah tertahan-tahan. Dia betul-betul sakit hati dengan setiap butir bicara Faris. Dia sudah kematian kata-kata di hadapan lelaki itu yang sedang tergelak-gelak kecil dihadapannya. Dia sungguh benci melihat wajah Faris ketika itu. Rupanya betullah seperti yang selalu didengarinya tentang keangkuhan Faris. Dia hanya mahu mencuba nasib, mana tahu begini jadinya. Sememangnya Faris lelaki yang sangat egois!

“Sudahlah, aku malas nak melayan kau..apa nama kau pun aku taktau..tapi yang aku pelik, kau tau nama aku! Pelik..pelik..” ketawa Faris lagi lalu mengatur langkahnya semula ke keretanya.
Syazrina hanya mampu melihat kelibat Faris yang sedang memasuki perut kereta dengan kemarahan yang terasa berpinar-pinar dihatinya ketika itu.

‘Aku akan balas dendam, Ris!’ bentak hati Syazrina geram. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah seranah Faris dengan suara perlahan. Penumbuknya dikepal-kepal kemas tanda dia sedang marah. Memangnya dia terlalu marah!



FARIS menghenyakkan punggungnya ke sofa di ruang tamu rumahnya. Dia mendengus kuat. Sungguh dia bosan dengan kerenah gadis-gadis yang cuba menggodanya. Dia benci melihat perempuan-perempuan murahan seperti itu.

‘Tidak tahu menjaga diri! Tidak mempunyai harga diri! Mata duitan!’ bentak Faris sendirian. Namun sebenarnya jauh disudut hati Faris, dia berbangga kerana dia menjadi kegilaan ramai gadis.

Dia bangga kerana ramai gadis yang sanggup menjadi hambanya walaupun dia tidak pernah meminta untuk menjadikan mereka hamba. Ada yang sanggup menghantar makanan setiap kali dia tamat kelas tengah hari.

Ada juga yang sanggup menggilap kasutnya setiap hari apabila dia masuk ke dalam lab. Setiap kali hendak masuk lab, kasutnya ditanggalkan diluar lab kerana pelajar tidak dibenarkan memakai kasut apabila masuk ke dalam lab.

Bila saja dia keluar dari lab, dia perasan kedudukan kasutnya berubah malah berkilat benar berbanding sebelumnya. Fahamlah dia bahawa ada seseorang yang telah menggilapkan kasutnya. Dalam hatinya, semakin hari keangkuhan semakin bermaharajalela.

‘Aku memang handsome pun..bukan salah aku dia orang tergilakan aku sampai macam tu!’ desis hati Faris penuh kebanggaan. Dia tersenyum seorang diri di ruang tamu itu. Puas hatinya mengenangkan gadis yang baru sahaja dimaki hamun sebentar tadi di tasik UNITEN.

“Hai..kenapa dengan anak mummy sorang ni? Tersenyum sorang-sorang pulak dia!” suara Datin Sharifah Rosmah, ibu Faris memecah kesunyian di ruang tamu itu, lantas mengembalikan Faris ke dunia nyata.

Tumpuan Faris tertumpah pada sekujur tubuh ibunya yang sudahpun melabuhkan punggung disebelahnya. Dia sekadar tersenyum membalas senyuman ibunya yang meleret. Faris pelik kenapa ibunya tersenyum meleret begitu.

“Ingatkan bakal menantu mummy, ya?” usik Datin Sharifah Rosmah. Bibirnya mengukir senyuman yang tidak sudah. ‘Ah, sudah! Nak cakap pasal kahwin lagi la tu!’ gerutu Faris di dalam hati.

“Mana ada, mummy! Saja aje nak menyakat Ris, ya?” Faris bersuara agak keras, namun senyuman ibunya tetap dibalas penuh kasih.

“Iyalah tu..habis, bilalah kau ni nak kahwin? Mummy nak jugak merasa jadi nenek sebelum mummy ni pejam mata, Ris!” Datin Sharifah Rosmah menepuk bahu anak lelaki tunggalnya itu dengan lembut. Dia mengharapkan Faris memahami perasaan dirinya ketika itu. Dilihatnya Faris seperti tiada reaksi.

“Iye, mummy. Ris tau mummy terlalu nakkan Ris kahwin..tapi Ris masih belajar la mummy..tak habis-habis, benda ni jugak mummy nak borak dengan Ris..” Faris cuba memujuk hati ibunya.

Pada hakikatnya, dia sendiri tidak bersedia kerana tidak pernah terfikir mahu mengadakan hubungan dengan perempuan-perempuan murahan yang selalu sahaja menggodanya setiap hari. Ada juga yang tidak pernah berputus asa walaupun sudah berkali-kali dimaki hamun oleh Faris.

“Hisy! Kau dah tahun akhir, nak! Apa lagi yang kau tunggu? Mummy ni dah tak lama hidup di dunia ni…” sayu suara ibunya dapat didengari dengan jelas oleh Faris. Faris sudah tidak senang duduk mendengar kata-kata ibunya seperti itu.

“Ala, mummy ni cepat betul sensitif..nanti Faris kahwin la..mummy kena sabar aje! Dalam masa 10 tahun lagi kot!” Faris cuba bergurau dengan ibunya dengan harapan wajah tua itu akan berubah ceria.

“Hisy, budak ni! Orang betul-betul dia boleh main-main pulak!” gerutu Datin Sharifah Rosmah sambil mencubit lembut lengan anaknya. Faris terjerit kecil lalu tertawa. Datin Sharifah Rosmah juga sudah ketawa sama kerana tidak tahan menahan geli hatinya melihat mimik muka kesakitan yang sengaja dibuat-buat oleh Faris.

“Mummy, Ris sayangkan mummy sangat-sangat tau!” Faris memeluk bahu ibunya erat.

Memang dia sangat kasih pada ibunya yang seorang itu melebihi kasihnya terhadap bapanya. Sejak kecil, ibunya sahaja yang terlalu mengambil berat akan dirinya manakala bapanya pula hanya sekali-sekala berada dirumah.

Selebihnya masa Dato’ Syed Faizal banyak dihabiskan di pejabat. Faris sudah tidak kisah dengan kesibukan bapanya kerana dia sudah terbiasa. Pernah juga ketika dia masih kecil, dia merengek kepada ibunya bertanyakan bapanya yang selalu tiada dirumah.

Ibunya hanya mampu memujuknya dengan pelbagai cara sehinggalah dia meningkat dewasa. Sekarang, dia sudah tidak kisah lagi. Biarlah bapanya terusan begitu walaupun jauh disudut hatinya, dia amat mendambakan kasih sayang seorang bapa.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/07/2009 10:27:00 PM

No comments:

Post a Comment

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu