-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, July 7, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 5

PETANG itu, Faris menunggu Nazifa di luar perpustakaan. Dia sudah tahu rutin harian gadis itu yang pada setiap petang akan terus ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran serta menyiapkan projek akhirnya.

Tidak lama kemudian, Nazifa muncul di muka pintu perpustakaan itu berseorangan. Hari itu, Sasha tidak mengikutinya ke perpustakaan kerana ada hal penting yang perlu diuruskan. Faris memang menunggu saat-saat seperti ini untuk dia berbicara dengan gadis pujaannya itu.

Nazifa berjalan menuju ke kereta Perodua Kancilnya. Dia tidak perasan kelibat Faris yang sedang berdiri di luar perpustakaan tadi. Nazifa berjalan dengan terkocoh-kocoh lalu dia tercicirkan sebuah buku dari pegangannya.

Dia menunduk seraya ingin mengambil semula bukunya yang terjatuh tadi. Dengan tidak semena-mena, tangannya tertancap pada tangan seseorang yang juga sedang memegang bukunya itu. Nazifa terus melemparkan pandangannya ke arah empunya tangan itu. Dia lalu melarikan tangannya dari terus bersatu dengan tangan itu.

“Eh, sorry..my bad! I’m just trying to help,” ucap lelaki dihadapannya itu. Faris menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis buat Nazifa yang sedang tercengang. Nazifa seakan-akan mengenali wajah lelaki kacak dihadapannya itu. ‘Oh, dia ni la mamat yang selalu usha aku semacam aje!’ detik hati Nazifa sendirian. Faris menyuakan buku tadi kepada Nazifa.

“Oh, it’s ok. I’m fine! Anyway, thanks..” Nazifa terus mencapai bukunya dari tangan Faris lalu ingin terus beredar dari situ.

“By the way, my name is Faris!” Faris terlebih dahulu bertindak sebelum Nazifa berlalu. Nazifa seboleh-bolehnya tidak ingin mengenali lelaki itu sebenarnya. Dia risau apabila mengenangkan lelaki itu yang selalu sahaja memerhatikan dirinya sejak kebelakangan ini. Dia memang perasan itu.

“Nazifa..” lembut suara Nazifa memperkenalkan dirinya. Dia cuba tersenyum, namun hambar. Faris menghulurkan tangannya mahu berjabat dengan gadis itu. Nazifa menyambut huluran itu dengan hati yang berat. Lama baru tangan Nazifa dilepaskan. Nazifa tidak senang dengan pandangan mata lelaki itu. Sungguh menakutkan!

“Well, boleh saya ajak awak pergi minum?”

“Err..saya ada kerja lagilah. Maybe next time..” tolak Nazifa dengan sopan. Dia ingin segera berlalu. Dia tidak mahu lagi berbicara dengan lelaki misteri itu.

“Tomorrow? Can?” ajak Faris lagi tidak berputus asa.

“Tomorrow also can’t. Saya ada appointment dengan lecturer..” jawab Nazifa dengan jujur. Memang dia sangat sibuk dikala ini. Faris melepaskan rengusan kecil. Dia tidak berpuas hati.

“If tomorrow can’t, we try some other time. Maybe lusa? Next week?” ujar Faris lagi dengan nada seolah-olah ingin memaksa. Dia mengharapkan jawapan yang positif dari gadis itu.

“I’m so sorry, Faris. Saya memang busy semester terakhir ni..” Nazifa menolak buat kali ketiga. Kakinya ingin segera melangkah pergi.

Faris sudah hilang sabar. Pantang sungguh dia apabila ditolak berkali-kali seperti ini oleh seorang gadis. Itupun gadis yang sememangnya dia ingin miliki, gadis yang sedang bertahta dihatinya.

Belum pernah lagi ada gadis yang tidak terpikat dengan dia. Dia tidak dapat menerima kenyataan gadis yang dipujanya langsung tidak berminat terhadap dirinya. Dia merasakan seperti Nazifa ingin mencabarnya.

“So? If you’re busy? Tak boleh ke luang masa sekejap aje minum dengan I? Kalau dengan lelaki tu, you nak pulak!” tiba-tiba sahaja terkeluar jerkahan dari bibir Faris. Sifat panas baran Faris sudah menjelma lagi!

Nazifa yang mendengar terus terkejut dan ketakutan melihat wajah bengis lelaki dihadapannya. Hampir terjatuh semua buku dari pegangannya.

Faris benar-benar rasa tercabar. Dia ingin gadis itu setuju keluar dengannya. Dengan tiba-tiba, lengan Nazifa ditarik kuat oleh Faris. Dia ingin menyeret Nazifa supaya mengikutinya.

“You ikut I pergi minum sekarang!”

“Taknak! Lepaslah tangan aku! Aku taknak! Kau siapa pun aku tak kenal! Kenapa tiba-tiba nak paksa aku ni?!” Nazifa berusaha menarik lengannya namun pegangan Faris cukup kemas dan kuat sehinggakan Nazifa tidak mampu berbuat apa-apa. Nazifa cuba menjerit tetapi tiada sesiapa pun yang mendengar kerana tempat itu agak terpencil.

Saat ini, segala kemungkinan yang tidak baik terbayang-bayang di ruang mata Nazifa. Dia teringatkan kes-kes jenayah yang sedang berleluasa dikala ini yang selalu didengarinya dari siaran berita. Dia semakin menggigil ketakutan melihatkan wajah lelaki dihadapannya yang sangat bengis.

“I cakap, ikut I pergi minum! Kejap aje! Itupun susah nak ikut ke?” Faris bersuara lantang.

“Aku cakap, aku taknak! So, aku taknak la! Kau tak faham ke?” bentak Nazifa menunjukkan kedegilannya menuruti kata-kata Faris. Faris menguatkan pegangannya sehinggakan Nazifa terjerit-jerit kesakitan.

“Lepaskan aku! Let me go! Don’t you understand me? Or you’re a moron?” Nazifa bersuara lagi dengan kasar. Kali ini airmatanya sudah bercucuran mengalir dari tubir matanya. Dia kesakitan akibat genggaman tangan Faris yang kuat. Selebihnya dia ketakutan.

Nazifa cuba bergelut dengan Faris. Lama juga mereka bergelut. Apabila mendapat peluang, Nazifa terus menyentap lengannya dari pegangan Faris dengan kuat. Setelah melepaskan diri, dia terus berlari tanpa arah tujuan.

Faris yang melihat, hanya terdiam dalam perasaan sakit hatinya. Dia perlu memiliki gadis itu, tidak kira dengan apa jua cara sekalipun. Dia perlu menunjukkan pada Nazri dan juga pada lelaki yang bersama Nazifa di perpustakaan hari itu, bahawa gadis itu miliknya.



NAZIFA menyembamkan wajahnya pada bantal. Dia teresak-esak menangis kerana terlalu takut dengan tindakan Faris tadi. Tubuhnya menggigil. Tidak pernah lagi sesiapa mengasari dia seperti itu. Walau bapanya sekalipun tidak pernah memarahi, apatah lagi memukulnya. Sesungguhnya dia takut dengan lelaki bernama Faris itu. Nazifa melihat lengannya yang masih berbekas merah gara-gara pegangan kuat Faris tadi.

“Weh, kenapa ni. Mengapa kau menangis ni, Ifa?” suara lembut Sasha yang baru pulang dari menyelesaikan urusannya kedengaran mengetuk gegendang telinga Nazifa. Sasha memegang bahu Nazifa dengan lembut. Dengan segera Nazifa terus memeluk tubuh teman baiknya itu seerat-eratnya.

“Kenapa ni, Ifa? Cuba kau cerita kat aku! Siapa buli kau?” Sasha cuba memujuk Nazifa. Pelukan Nazifa semakin erat. Jelas sungguh gadis itu sedang dalam ketakutan kerana tubuhnya yang terasa menggigil.

“Tak siapa pun pernah berkasar dengan aku tau tak, Sha. Dia aje yang buat macam tu! Dah la aku langsung tak kenal dia! Aku takut dengan dia..aku taknak jumpa dia lagi!” Nazifa meluahkan perasaannya.

“Siapa?” soal Sasha dengan agak tidak sabar.

“Faris!”

“Faris? Siapa Faris?” soal Sasha lagi.

“Entah! Aku tak kenal dia dan aku taknak kenal dia..aku taknak jumpa lelaki tu lagi!” tangis Nazifa. Pelukannya masih tidak dilepaskan. Sasha hanya mampu menepuk-nepuk lembut bahu temannya itu dengan perasaan tidak mengerti.

“Habis tu, kau cakap tak kenal dia. Dah tu siapa pulak Faris?” Sasha sudah keliru.

“Dah la aku taknak dengar pasal mamat tu lagi..” suara Nazifa lemah. Kali ini pelukan sudah dilepaskan. Esakannya masih berbaki. Dia mengambil bantal lalu memeluk bantal itu seerat-eratnya. Airmata masih mengalir dari kolam matanya.

“Kau taknak cerita kat aku, ke? Maybe ringan sikit beban hati kau..” pujuk Sasha dengan suara yang lembut. Dia menepuk-nepuk lagi bahu Nazifa, ingin menenangkan temannya itu.

“Nama dia Faris. Kami baru kenal tadi aje. Tapi dia dah nak paksa-paksa aku ikut dia pergi minum! Aku cakap taknak, lepas tu dia tarik tangan aku dengan kuat! Muka dia sangat menakutkan, kau tau tak? Aku takut!” ucap Nazifa dengan panjang lebar dalam esak tangisnya. Dia lalu memeluk lagi tubuh Sasha di sebelahnya.

“Tak guna punya lelaki! Nanti aku pergi cari dia, biar aku bagi warning! Berani betul dia kacau kawan baik aku!” Sasha mengepal penumbuknya tanda dirinya sangat tidak berpuas hati dengan tingkah Faris terhadap Nazifa.

“Tak payahlah, Sha. Aku taknak ada apa-apa lagi dengan mamat tu! Aku taknak kau buat apa-apa..biarlah, Sha…”

“Tapi..”

“Tak payah! Aku taknak kau buat apa-apa..lagipun, you’re a girl, not a good match for a man..dia tu amat menakutkan, kau tau? Aku taknak dia kasari kau pulak!” Nazifa bersuara sambil menggeleng-geleng. Dia risau Sasha akan mengotakan kata-katanya.

Dia tidak mahu Sasha terlibat sama dalam hal ini. Dia tidak mahu teman baiknya itu diperapa-apakan. Dia tahu, lelaki seperti Faris itu mampu berbuat apa sahaja.

“Kalau macam tu, suruh aje si Saiful tu pergi ajar mamat kurang asam tu! Nanti aku call Saiful!” ujar Sasha bersungguh-sungguh.

“Jangan! Aku taknak Saiful terlibat. Aku taknak dia tahu. Lagipun, kau bukan taktau Saiful jenis yang cepat marah..aku taknak kalau jadi apa-apa..” rayu Nazifa lagi.

“Habis tu? Kau nak biar aje mamat tu? Siapa tau lepas ni dia kacau kau lagi?” duga Sasha dengan rasa tidak puas hatinya.

“Aku..aku..buat masa sekarang ni, aku taknak tau pasal mamat tu. Aku taknak kau masuk campur lagi. Biarlah perkara ni aku aje yang selesaikan lepas ni..aku akan fikir cara untuk selesaikan masalah ni!” Nazifa melepaskan satu keluhan berat setelah berkata-kata. Tangisannya juga sudah reda. Dia mengesat airmata yang masih berbaki dipipi gebunya.

“Aku akan selesaikan dengan mamat tu nanti! Kau jangan risau la, Sha. Aku dah okey!” senyum Nazifa kelihatan pahit. Dia berasa sedikit lega kerana telah meluahkan perasaannya kepada Sasha. Memang Sasha selalu menjadi tempatnya untuk mengadu dan meluahkan perasaan. Tanpa Sasha, dia tidak tahu apa yang akan dibuatnya.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/07/2009 10:33:00 PM

1 comment:

  1. IDA MANSOR / IENA MANSORWednesday, July 8, 2009 at 2:59:00 PM GMT+8

    teruknya faris tu..br knl dh pakse2..
    pttle nazifa pn x ske die..
    muke je hensem tp perangai hampeh..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu