-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, July 8, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 6

FARIS duduk berteleku di bangku sebuah pondok berhampiran tasik UNITEN. Suasana petang apabila berada dikawasan tasik itu sememangnya amat menenangkan jiwa Faris. Faris memang selalu menghabiskan masa petangnya di tasik itu sekiranya dia tidak mempunyai kelas. Kekadang berseorangan, kekadang pula bersama teman baiknya Nazri.

Pandangan Faris terus dilontarkan pada langkah seseorang yang semakin menghampirinya di pondok tersebut. Seorang lelaki awal 30-an kelihatan tergesa-gesa menuju ke arah Faris

“Sorry, bos! Lambat sikit..” ujar lelaki itu sebaik sahaja tiba.

“Banyak la kau punya sorry!” Faris mendengus.

“Ni gambar yang bos mau..” sengih lelaki tadi sambil menyerahkan satu sampul bersaiz A4 ke tangan Faris. Faris mencapainya dengan tidak sabar.

“Semuanya ada ke, Mat?” kening Faris terangkat sambil memandang tepat ke wajah lelaki dihadapannya.

“Iya, bos! Tengok la..” senyum lelaki yang dipanggil Mat itu. Senyumannya lebih kepada senyuman ingin membodek.

Faris membuka sampul tadi dengan rasa tidak sabar. Dia mengeluarkan kepingan-kepingan gambar yang terdapat didalam sampul tersebut. Satu persatu diperhatikan olehnya dengan penuh hati-hati. Mata Faris seakan terbelalak melihat gambar-gambar tersebut. Jiwa lelakinya memberontak. Mukanya sudah merah menahan kemarahan dan sakit hati.

Wajah Nazifa dan lelaki yang sama terpampang di dalam gambar-gambar tersebut. Lelaki yang dilihatnya bermesra-mesraan dengan Nazifa sewaktu di perpustakaan hari itu. Hatinya semakin terbakar apabila meneliti setiap satu gambar yang berada ditangannya.

“Arghhhh!!!” habis berterabur semua gambar dari tangan Faris. Dadanya bergelora menahan marah. Nafasnya turun naik mengikuti gelora kemarahan didadanya. Satu tumbukan dilepaskan diatas meja dihadapannya. Bunyinya agak kuat sehingga membuatkan Mat tersentak. Mat yang melihat terkejut bukan kepalang dengan reaksi Faris dan muka bengis lelaki itu.

“Siapa lelaki tu, Mat?” soal Faris sambil jari telunjuknya terarah ke dasar sekeping gambar yang berada di atas meja. Wajahnya masih merah padam menahan amarah.

“Errr..err..dia tu..nama dia..err..Saiful!” agak terketar-ketar suara Mat menjelaskan kepada Faris.

“Aku tanya dia siapa! Bukan aku tanya nama dialah, bodoh! Aku upah kau siasat siapa mamat tu!” tempik Faris, dia sudah mula meradang. Mat memandang Faris dengan wajah yang kecut. Dia melihat sekeliling. Mujurlah tiada sesiapa yang berada berdekatan pada waktu itu, kalau tidak jatuh sudah maruahnya.

“Err..dia tu ke, bos? Dia..bo..bo..bo..”

“Siapaaa?!!” jerkah Faris.

“Boyfriend perempuan tu!!” terus laju perkataan yang gagap Mat ingin menyebut tadi keluar. Dia tidak berani memandang wajah Faris lagi selepas itu.

Faris yang mendengar terus terkedu. Hatinya kian membara. Teman lelaki? Jiwa lelakinya rasa tercabar. Rasa cemburunya sudah terasa menjalar ditangkai hati. Bagaikan duri yang menyucuk-nyucuk jantungnya. ‘Nazifa milik aku! Pergi mampus la boyfriend dia! Kau tunggu dan lihat aje, Saiful. Nazifa milik aku!’ jerit hati Faris.



“PAPA! Esok Ifa final exam. Papa doakan Ifa, ya? Ifa nak mintak ampun dan maaf dengan pa dan ma sebelum Ifa ambik exam..” suara Nazifa kedengaran ceria dicorong telefon. Dato’ Adham tersenyum lalu berdehem sebentar ingin melegakan rasa gatal tekaknya yang dialami baru sebentar tadi.

“Iye, papa maafkan Ifa. Lagipun Ifa tak ada buat salah pun. Ifa anak yang baik!” Dato’ Adham bersuara penuh kasih sayang. Rindunya pada anak gadisnya itu terasa meluap-luap.

“Mama pun maafkan Ifa!” kedengaran sayup-sayup suara ibunya yang menyampuk di talian. Nazifa tersenyum bahagia.

“Ira pun maafkan Kak Ifa jugak!” suara satu-satunya adik kesayangan Nazifa juga kedengaran sayup-sayup sedang menyampuk. Dia tersenyum lagi. Airmata terasa ingin menitis tatkala mendengar suara-suara insan kesayangannya dicorong telefon. Rasa rindunya terasa mencengkam jiwa.

“Pa, Ifa exam dua hari tau! Lepas ni Ifa balik rumah, siaplah papa dengan mama kena bawak Ifa pegi dating!” Nazifa cuba bergurau dan tergelak kecil, tidak mahu ibu dan bapanya mengetahui sebak didadanya yang mencengkam.

Hatinya yang ingin menjerit kerinduan kepada keluarganya. ‘Hai, lambatnya dua hari mahu berlalu!’ detik hati Nazifa dengan perasaan tidak sabar mahu pulang bercuti.

“Ok! Papa pun nak jugak dating dengan Ifa nanti. Ifa study rajin-rajin, ok? Kasi gempak result Ifa! Baru dia orang tau Ifa ni anak siapa!” Dato’ Adham sudah ketawa dengan jenakanya sendiri.

“Anak mama jugak, ok?” kedengaran ibunya sedang menyampuk. Nazifa turut ketawa mendengar keletah kedua orang tuanya.

“Akak kepada Nazira jugak!” kali ini suara adiknya pula kedengaran. Nazifa ketawa lagi. Rasa terubat rindunya pada keluarga. Dia sudah merasa tidak sabar lagi mahu pulang ke rumahnya.

‘Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan keluarga yang bahagia..berikanlah aku hati yang bersabar. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi peperiksaan akhir ini.

Berikan hamba-Mu yang lemah ini, semangat yang kental serta rahmatilah aku dengan kasih sayang-Mu, ya Allah..Aminn..’ Nazifa berdoa di dalam hatinya dengan bersungguh-sungguh.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/08/2009 02:51:00 PM

No comments:

Post a Comment

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    12 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    15 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu