“TAK GUNA!!” bentak Faris seorang dirinya di dalam bilik. Setelah sampai di rumahnya tadi, dia terus sahaja meluru masuk ke dalam bilik. Ibunya ada juga menegur dia sebelum itu tetapi tidak dilayan. Amarahnya menggila. Ya, dia sangat gilakan Nazifa. Kenapa susah sangat untuk gadis itu menerima aku? Kenapa?
Masih terngiang-ngiang ucapan Nazifa tadi, bergema dalam fikirannya membuatkan Faris bertambah tertekan. Dengan kasar, dia menghempaskan tubuhnya ke katil. Sambil berbaring, dia meraup-raup wajahnya dengan kasar. Wajah Nazifa yang sedang memandangnya dengan wajah penuh kebencian terbayang diruangan matanya.
“Arghh! Kenapa?!” Faris terjerit kecil. Dia bangun lalu menolak semua benda yang terdapat di meja bersebelahan dengan katilnya. Habis jatuh semuanya, pecah berderai di atas lantai. Hatinya belum puas. Dia bangun pula menuju ke kerusi kayu yang terletak berdekatan balkoni. Ditendangnya sekuat hati kerusi tersebut.
“Aku tak akan biarkan kau terlepas dari genggaman aku, Ifa! Sekali aku dah cop yang kau milik aku, kau akan jadi milik aku selama-lamanya!” bentak Faris lagi dengan nafas yang naik turun. Sakit hatinya masih menggunung apabila terkenangkan riak wajah Nazifa yang membencinya.
“Ahh! Aku akan buatkan kau cintakan aku! Kau tunggu aje, Ifa! Walaupun aku terpaksa gunakan taktik kotor lagi..yang pentingnya kau jadi milik aku!” Faris meledakkan ketawa besar dengan kepala yang terangguk-angguk.
Tukk! Tuukk! Tukk! Kedengaran pintu biliknya diketuk. Tentu ibunya yang berada di luar. Faris terdiam dari ketawa. Dia cuba mengawal perasaannya. Tidak mahu ibunya perasan. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke pintu bilik.
“Ris, kenapa dengan kau nak? Kamu tak sihat ke? Mummy dengar kau jerit tadi. Lepas tu, bunyi bising macam benda pecah. Kau buat apa, nak?” Datin Sharifah Rosmah bersuara lembut. Bahu anaknya diusap-usap. Mereka masih berada di muka pintu ketika itu.
“Tak ada apa-apalah, mummy..Ris bengang dengan lecturer. Ada ke patut carry marks Ris dia tolak suku dari markah penuh tu. Sebab Ris tak pergi kelas dua kali aje, mummy! Tak adil kan?” Faris berpura-pura merungut di hadapan ibunya.
Datin Sharifah Rosmah tersenyum kecil. Lucu juga dengan wajah yang sedang dibuat oleh Faris ketika itu.
“Laa..sebab perkara itu aje? Sampai mengamuk sakan macam ni? Kau ni memanglah, Ris. Mummy kena carikan isteri untuk kau. Manalah tahu kau berubah lepas kahwin. Panas baran sangat perangai kau ni, nak!” gumam Datin Sharifah Rosmah pula selepas tawanya berhenti.
Faris terkulat-kulat apabila ibunya menyebut tentang isteri. Tidak mahulah dia berkahwin begitu awal. Wait, kahwin?! Kahwin? Faris tiba-tiba terfikirkan sesuatu apabila ibunya menyebut perkataan kahwin.
“Mummy, Ris dah ada calon!” laju sahaja ayat itu dikeluarkan dari mulutnya. Datin Sharifah Rosmah terkebil-kebil. Bagai tidak percaya bahawa yang bercakap pasal calon isteri itu adalah anak lelaki tunggalnya itu.
“Eh, kau ni biar betul Ris? Bila kau bercinta? Mummy tak pernah tahu pun?”
“Adalah, mummy!”
“Kau ni bukan boleh percaya. Bukan ke kau selalu aje kutuk perempuan bila mummy bincang soal kahwin? Kau tak pernah langsung pun tunjukkan minat kau nak kahwin. Ini tiba-tiba pulak dah?” Datin Sharifah Rosmah menjeling pandang wajah Faris yang kelihatan berubah tegang.
“Mummy, ada sesetengah perkara tu memang Ris rahsiakan dari mummy. Iyalah, nak buat surprise macam ni kan. Mana best kalau beritahu awal-awal..” Faris tersengih panjang pula secara tiba-tiba. Tadi bukan main lagi muka masam! Datin Sharifah Rosmah sudah ketawa kecil melihat keletah Faris.
“Iya ke? Bawalah dia berjumpa mummy, nak! Mummy teringin jumpa bakal menantu mummy. Nampaknya tak lama lagi, dapatlah mummy merasa jadi nenek!”
“Betul tu, mummy. Nantilah Ris bincang dengan dia dulu, ya? Dia tu jenis yang agak pemalu, so Ris kena pujuk dia!” Faris senyum kecil.
“Baguslah tu, Ris! Mummy tunggu, tau? Jangan hampakan mummy pulak?!” senyum Datin Sharifah Rosmah meleret. Senang hatinya mendengar berita baik sebegini. Lega rasanya apabila perkara yang selalu dibimbangi olehnya sudah tampak semakin baik.
“PAPA! Mama! Kak Ifa dah balik ni!” laung Nazira dengan lantang dari halaman di luar rumah banglo tiga tingkat tersebut. Nazira berlari mendapatkan Nazifa yang sedang melangkah longlai dari perut keretanya. Tubuh Nazifa lantas dipeluk erat oleh adik perempuannya.
Nazifa sebak apabila merasai pelukan erat satu-satunya adik perempuannya itu. Hatinya yang lara terasa bertambah pedih. Bagaimana agaknya penerimaan keluarganya tentang masalahnya? Adakah mereka akan mempercayaiku?
Ya, Allah..sesungguhnya aku bimbangkan tanggapan keluargaku terhadapku..Engkau tabahkanlah hatiku..berikanlah aku kekuatan untuk memberitahu kedua ibubapaku..Rintih Nazifa dalam hatinya. Airmata tiba-tiba merembes keluar dari tubir matanya.
“Eh, kak. Kenapa akak menangis ni?” Nazira kaget apabila terasa bahunya basah. Dia melonggarkan pelukan. Wajah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Nazifa hanya tunduk menyembunyikan rasa yang bergolak di dalam jiwanya.
“Tak ada apa-apa, Ira. Akak terlalu rindukan Ira dan papa mama..dah lama sangat tak jumpa family, ni yang jadi begini!” bohong Nazifa dalam senyuman pahit. Airmatanya masih mengalir laju di pipi melihat wajah Nazira yang kelihatan risau.
“Akak ni! Buatkan Ira risau aje tau?! Ira masuk dulu, ya? Sebenarnya tadi Ira tengah buat kerja sekolah. Saje keluar nak ambil angin. Tengok-tengok akak balik pulak!” senyum Nazira.
“Oh, ye ke? Pergilah siapkan dulu kerja sekolah Ira, okey?” kata Nazifa lembut sambil menyeka airmatanya. Nazira angguk dengan senyuman lantas berlalu. Serentak dengan itu, Dato’ Adham kelihatan sedang tergesa-gesa keluar dari perut rumah.
“Ifa! Baru balik, ya? How are you, my dear?!” jerit Dato’ Adham sebaik sahaja ternampak anak sulungnya itu. Dia mendepangkan tangannya sambil tersenyum ke arah Nazifa.
Namun, tiada langsung tindak balas dari gadis itu yang hanya memandang kosong ke arahnya. Selalunya, Nazifa tentu ceria dan berlari memeluknya sebaik sahaja sampai di rumah. Tetapi kali ini, bagai ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak gadisnya itu. Dato’ Adham tiba-tiba terdiam apabila ternampak mata Nazifa yang basah dengan air jernih.
“Papa! Ifa rindu papa..” Nazifa berjalan ke arah Dato’ Adham lalu mencapai tangan orang tua itu. Dia menyalami dan mencium tangan papanya penuh kasih. Dato’ Adham masih diam dan asyik memerhatikan Nazifa. Wajahnya berkerut-kerut dengan riak kerisauan.
“Kenapa ni, sayang? Macam sedih aje? Kenapa menangis ni?” soal Dato’ Adham laju. Dia menyeka airmata Nazifa yang masih mengalir.
“Tak ada apa-apa. Ifa terlalu rindukan family..” hanya itu alasan yang keluar. Nazifa terus melangkah bersama Dato’ Adham ke dalam rumah.
Dato’ Adham berlalu ke bilik bacaannya selepas itu. Katanya ingin menyelesaikan sedikit masalah pejabat. Ahh, bapanya itu memang begitu. Sampaikan di rumah pun masih fikirkan soal pejabat. Memang Nazifa sudah kenal bapanya. Tetapi lelaki itu tidak pernah mengabaikan keluarga walau sesibuk mana dia dengan urusan perniagaannya.
“Ifa! Mama ada masakkan masakan kegemaran Ifa! Ifa dah makan ke? Kalau belum, jomlah makan sekali nanti, ya?” Datin Hazwani berteriak dari dapur. Nazifa segera berlari mendapatkan ibunya lalu menyalami tangan orang tua itu penuh syahdu.
Dia sebak lagi. Kenapa keluargaku terlalu baik padaku? Bagaimana jika mereka tahu tentang perkara itu? Tentu mereka kecewa dengan aku! Mama, papa, Ira..maafkan Ifa sebab tidak dapat pertahankan maruah Ifa. Ifa dah tak suci lagi, ma..pa..Ifa takut nak menghadapi masa akan datang! Nazifa merintih dalam hati sambil memeluk ibunya.
Dia menangis lagi mengenangkan ibunya itu yang sanggup memasak bermacam jenis lauk-pauk kegemarannya. Semua ahli keluarganya begitu meraikan kepulangannya. Yang menambah parah di jiwanya ialah, kesemua mereka nampak begitu gembira dengan kepulangannya.
Sedangkan dia? Kecewa dan tiada semangat lagi untuk meneruskan hidup. Dunianya seakan gelap gelita. Masa hadapan yang selalunya terpampang cerah di ruangan matanya sebelum ini menjadi semakin kabur dan kelam.
“Ifa okey ke?” soalan Datin Hazwani mematikan lamunan Nazifa. Pelukan dilepaskan lalu Nazifa tunduk menyeka airmata. Datin Hazwani menepuk-nepuk belakang Nazifa lembut, ingin menenangkan anak gadisnya itu.
Walaupun hairan, dia tetap menganggap bahawa airmata Nazifa itu adalah airmata kegembiraan. Iyalah, anaknya itu sudah tamat belajar dan akan tinggal bersama keluarga mereka untuk satu tempoh yang agak lama.
“Dahlah, Ifa pergi mandi dulu. Dah solat nanti Ifa turun, ya? Kita makan bersama..dah lama kan Ifa tak makan sama-sama dengan kami?” Datin Hazwani berkata lembut sambil mengusap rambut ikal Nazifa penuh kasih sayang.
Ya, sayangnya dia pada kedua orang anak gadisnya begitu utuh. Ibubapa mana yang tidak sayangkan anak-anak mereka? Tambahan lagi, Nazifa seorang yang lemah lembut dan mendengar kata. Tidak pernah sesekali mengecewakan kedua orang tuanya sejak kecil lagi.
Itu yang membuatkan sayang Datin Hazwani dan Dato’ Adham mencurah-curah buat gadis itu. Bukan mereka sahaja, malah ramai lagi orang yang menyenangi sifat yang ada dalam diri Nazifa. Memang amat membanggakan keluarganya.
“Mama, Ifa minta maaf..” ucap Nazifa tiba-tiba. Datin Hazwani berkerut-kerut. Pelik.
“Kenapa minta maaf? Ifa tak ada salah pada mama pun..” ujar Datin Hazwani dengan perasaan berbaur. Antara hairan dan ingin tahu. Ada juga rasa bimbang dihatinya melihat sikap Nazifa yang berubah pelik.
“Ifa minta maaf, ma.. Ifa..” Nazifa ingin bersuara tetapi lidahnya tiba-tiba kelu. Dia ingin membuka mulutnya lagi tetapi..
“Akak! Ada call! Abang Saiful call..” laung Nazira yang tiba-tiba menyampuk dari arah ruang tamu. Niat Nazifa untuk berbicara dengan ibunya terbantut.
Serta-merta tumpuannya tumpah pada kata-kata adiknya tadi. Nazifa kaget. Saiful? Dia sebak kembali mengenangkan perpisahan mereka semalam. Sungguh merobek-robek sanubarinya jika diingat semula.
“Cakap kat dia, akak mandi..” getus Nazifa laju. Dia berlari pula naik ke biliknya selepas itu meninggalkan Datin Hazwani terkebil-kebil dalam perasaan risau. Bagai ada sesuatu yang disembunyikan oleh anak gadisnya itu.
“MAT, walau macam mana pun, aku nak kau jayakan rancangan ni! Kalau tidak, mampus kau aku kerjakan!” tempelak Faris melepaskan amarah apabila Mat seakan-akan tidak mahu menyertai dia dalam rancangannya.
“Tapi..tapi, bos..saya..” teragak-agak Mat bersuara. Takut jika menaikkan lagi amarah Faris. Tentu dia akan dibelasah lagi dengan lelaki itu seperti dulu!
Mat menelan liur mengingatkan semula bagaimana dia dibelasah oleh orang-orang yang diupah oleh Faris dahulu kerana tidak melakukan tugas dengan baik. Memang dia takutkan Faris apabila lelaki itu sedang marah.
“Tak ada tapi-tapi! Kau buat aje. Bukannya aku tak bagi kau upah! Kau ikut cakap aku, kau selamat dan dapat habuan. Kalau kau tak ikut cakap aku, kau dapat sakit dan tak dapat apa-apa habuan pun. Kau nak pilih yang mana satu?!” bentak Faris lagi. Mat terketar-ketar kini. Mata Faris tajam memandangnya.
“Ba..ba..baiklah, bos! Saya akan turut permintaan bos tu..” ujar Mat akhirnya mengalah. Faris tersenyum puas hati. Tunggulah kau, Ifa! Aku akan jadikan kau milik aku selama-lamanya.
“Bagus! Kalau dari awal kau cakap terus yang kau setuju kan baik? Tak perlu aku habiskan masa dan tenaga aku aje nak ‘pujuk’ kau!” kata Faris bersama ketawa besar. Suka hatinya ketika itu.
Mat yang melihat Faris sedang ketawa turut sama ketawa walaupun jelas yang tawanya itu hanya dipaksa. Gerunnya dia dengan lelaki bernama Faris ini! Dahlah banyak pengaruh.
Macam-macam Faris itu boleh buat jika dia tidak turuti kata-kata lelaki itu. Agaknya begitulah gaya hidup orang kaya. Ada duit, digunakan sesuka hati sehinggakan sanggup menggelapkan jiwa sendiri demi mendapatkan apa jua yang diingini. Mat hanya mampu mengeluh di dalam hati.

Apa lg la yg nk dibuat dek fais nie....heeeeiiii....
ReplyDeletehish faris ni...
ReplyDeletejahat la..
eeiii geramnyaa...
pe faris nk wat..
ReplyDeletehuhu..?
msuk minang jela faris..
kan ifa jenis yg degr ckp,
so kalo parents dye da stuju,,sah2 dye pon stuju..
tp awk kene la pandai2 amek aty parents ifa tuh..huhu..
smbung2..
ape plak rancangan si faris ni....
ReplyDeletecontinue pleasee...!!!
bengong nyer faris! nak n3 bru please... hehehehe....
ReplyDeletegiler aku jap klu dpt laki mcm c faris tue..
ReplyDeletehisy..
jauhkan..
heee...