-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, July 21, 2009

Virus Vs Shuji 20

VIRUS terhendap-hendap seorang diri. Dia kini berada di hadapan restoran yang mamanya beritahu padanya tadi. Dia hanya berseorangan ketika itu. Shuji sudah lama pergi bersama Ikmal tadi kerana Virus memberikan alasan sakit perut. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Fuh, fuh, fuh! Kuatkan semangat kau, Virus! Kau boleh! Virus berkira-kira sendiri dalam hatinya.

Virus menyelak sedikit dress labuhnya. Dia bimbang sekiranya dia terpijak dress tersebut dan terjatuh. Bukannya boleh percaya sangat bila dia memakai dress sebegini. Dia tidak mahu perkara memalukan sewaktu membuat pertunjukan fesyen hari itu berulang semula.

Dibuatnya terjatuh lagi depan khalayak ramai, jatuhlah sahamnya! Ini yang aku malas nak pakai pakaian macam ni. Sikit-sikit kena control. Kalau tak control nanti mesti mama marah, atau aku sendiri yang malu. Habislah segala kemachoan aku kerana memakai dress macam ni! Gumam Virus seorang diri. Masih tidak bergerak-gerak untuk melangkah ke dalam perut restoran.

“Miss, are you okay?” soal penyambut tetamu yang berada di kaunter hadapan. Virus hanya sengih kerana segan. Tak sedar pula dia yang gadis Korea itu sudah lama menjadi pemerhati.

“Oh, I’m okay..I’m cool, sweetheart..you are so pretty, dear. Erm sweety, is there any reservation from Mrs. Rosmah binti Ali?” Virus seperti biasa akan mengeluarkan ayat-ayat pelik bila berhadapan dengan perempuan.

Biasalah, ayat ingin mengurat. Dia tidak sedar yang dia kini sedang memakai pakaian perempuan. Mukanya sekarang ini seperti muka mat bunga yang sedang mengayat perempuan. Terangkat-angkat keningnya memandang gadis Korea berkenaan.

Gadis Korea tersebut sudah memandang pelik ke arah Virus. Atas bawah dia meneliti Virus. Dia ni lesbian ke? Macam nak mengurat aku aje?! Sorrylah aku normal, okay? Sempat gadis Korea itu bermonolog didalam hatinya. Of course la dalam bahasa Korea.

“Ehm..wait a second, miss. Let me check..” gadis itu tunduk. Tidak ingin menentang mata Virus yang galak memerhati ke arahnya. Memang menggoda betul jika Virus adalah seorang lelaki. Gayanya sungguh macho.

“By the way, you have really beautiful eyes, miss..erm..miss? What’s your name?” Virus cuba mengayat lagi. Masih tidak sedar yang keadaannya boleh menimbulkan rasa tidak enak di mata orang.

“Yes, Mrs. Rosmah binti Ali. She’s here about 10 minutes ago. Let me escort you to her table..” gadis itu tidak menjawab pertanyaan Virus tadi. Dia sudah geli-geleman.

“Wait, I’m asking you, your name..”

“Ehm, don’t you see my name tag here? Hee Jung. Song Hee Jung..” wajah gadis itu berubah sudah. Seperti bosan melayan kerenah Virus. “By the way, I’m not a lesbian, okay? Let’s go..” Hee Jung sudah bergerak.

Virus terpana. Lesbian? What the? Dia melihat dirinya. Betullah! Aku kan tengah pakai dress..aduh! Kenapalah aku sanggup jadi bengap begini? Kenapalah aku malukan diri aku macam ni? Arghh..kenapa aku tak boleh buang lagi sikap lama aku? Rintih Virus dalam rasa malunya.

“Miss, I’m sorry. I’m just practicing for my next film. I’m acting as a tomboy. I just don’t get the feel. So, I test it on you. So sorry..biyanneyo..” Virus cuba cover malu. Dia melayang-layangkan tangannya tanda sedang bercerita.

“Oh, I see..” hanya itu perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Dia malas mahu melayan Virus. Kalau terlebih layan nanti, tentu kena pecat. Baik tak payah cari pasal. Virus hanya sengih sedikit kerana malu.

“So, can we go now?” soal gadis itu. Virus termanggu-manggu.

“We? Ahh, I can go by myself..thanks..”

“Oh, really? Mrs. Rosmah at table 10..you can ask waiters if you don’t know where it is located..thank you..” Hee Jung tersenyum. Virus malas layan kerana sudah malu. Dia cepat-cepat menapak masuk ke dalam restoran berkenaan.



“MANA si Ida ni tak sampai-sampai lagi? Heee..nak buat Mah marah lagilah tu!” bebel Datin Rosmah. Dato’ Sharif tersengih lucu. Macamlah Virus lambat sejam. Baru 15 minit. Dato’ Sharif melihat jam tangan berjenama Rolex nya.

“Alah, kejap lagi datanglah tu. Awak sabar aje lah..kan Adli?”

Datin Rosmah mencemik. Memang dari dulu lagi, suaminya itu suka sangat membela Virus. Sampaikan dia naik pening kepala dengan perangai budak tu yang menjadi-jadi.

“A’ah..betul tu, ma..sekejap lagi sampailah tu. Dia cakap tadi sakit perut. Sakit perut sangatlah tu kot!” Shuji sengih diikuti oleh Ikmal yang turut tersenyum kecil. Ikmal hanya menjadi pemerhati sejak tadi.

“Sekejap? Dah 15 minit tau? Hee..adalah orang yang nak kena cubit nanti..” Datin Rosmah menghirup air kosong yang terisi dalam Goblet di hadapannya. Ingin menenangkan hati.

“Betul tu, Mah. Si suaminya pun tak kata apa-apa. Kenapa awak pula yang melebihnya, Mah?” sengaja Dato’ Sharif ingin menyakat isterinya. Datin Rosmah bertambah muncung bibir. Malas mahu berkata apa-apa lagi.

“Eh, tu kan Virus? Kenapa dia boleh singgah kat meja makan tu pulak? Dia sesat, ke?” Ikmal mula bersuara setelah kepalanya tertoleh-toleh ke sekeliling restoran berkenaan dan ternampak kelibat Virus sedang bercakap-cakap dengan seseorang.

Shuji membuang pandang ke arah yang sedang dilihat oleh Ikmal. Datin Rosmah dan Dato’ Sharif juga begitu. Masing-masing menumpukan perhatian ke arah susuk tubuh Virus di suatu sudut.

Suasana kelihatan tegang. Kelihatan seorang lelaki sedang memegang pergelangan tangan Virus. Shuji yang melihat terus terasa cemburu yang meluap-luap. Dia bingkas. Tidak boleh membiarkan perkara itu terus menerus mendera jiwanya.

Semakin lama, Shuji semakin hampir dengan Virus. Kelihatan isterinya itu sedang berusaha menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Cukup kemas sekali tangan lelaki itu menggenggam pergelangan tangan Virus. Shuji semakin panas hati.

“Excuse me. Any problem here?” soal Shuji dengan lagak tenang. Wajah lelaki di hadapannya yang sudah menoleh dipandang dengan riak tegang.

“Kau siapa?!” lelaki itu berteriak. Dia terpandang wajah Virus yang sudah pucat lesi. Shuji tersenyum sinis. Sepatutnya soalan itu ditanya olehnya.

“Sepatutnya aku yang tanya kau..kau siapa?” tanya Shuji lagi. Kali ini matanya bersinar dengan rasa marah berbaur cemburu. Matanya menyorot tangan lelaki itu yang masih kemas memegang tangan isterinya.

“Kau peduli apa aku siapa? Yang pentingnya, kau tu siapa??” kasar sekali muka lelaki itu. Virus kecut perut. Dia memandang wajah Shuji dengan penuh riak yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan.

“Cinta, siapa ni, Cinta?” soal Shuji keras. Dia cuba meragut tangan Virus dari pegangan lelaki itu. Setelah tangan Virus terlepas dari pegangan lelaki itu, tubuh Virus ditarik mendekatinya. Wajah Virus dipandang oleh Shuji. Ingin segera mendapatkan jawapan dari isterinya.

“Abang, tak usahlah nak bergaduh kat sini. Jom, kita pergi sana..mama dan papa tengah tunggu kita. Tengok tu, dia orang pandang sini..” Virus cuba menenangkan hati Shuji.

Padahal hatinya sendiri bagaikan terpagut oleh perasaan lama. Bencinya meluap-luap apabila terpandangkan wajah lelaki tadi. Dia tidak mahu lagi menatap wajah lelaki itu. Biarlah segalanya menjadi kenangan lalu dan dia tidak mahu lagi mengingatkan tentang itu.

“Abang tanya, siapa dia?” Shuji tegas. Virus menunduk. Tidak berkata apa-apa.

“Abang, Ida dah lapar ni..jomlah, ya Love?!” Virus cuba merengek manja. Tidak mahu suaminya tahu apa yang sedang bermain di fikirannya ketika itu. Lengan suaminya dipaut manja.

Shuji tidak puas hati. Kenapa agaknya Virus tidak mahu menjawab pertanyaannya tadi? Adakah lelaki itu kekasih isterinya? Tidak! Berbagai-bagai andaian buruk sedang berlegar-legar di dalam kepala otak Shuji.

“Abang? Abang kandung or husband?” lelaki itu tidak berpuas hati.

“Husband..” pendek jawapan Shuji tanpa sempat Virus berkata apa-apa. Tangan Virus pantas ditarik mengikutinya ke meja makan mereka. Wajahnya serius membuatkan Virus menjadi cuak.

Lelaki itu kelihatan menarik wajah tidak puas hati lalu terus pergi dari situ. Didalam hatinya, dia perlu melakukan sesuatu supaya Virus dan suaminya itu terpisah.

Virus tergamam dengan sikap Shuji. Begitu melindungi, begitu mengambil berat. Juga begitu terasa kasih sayang suaminya itu. Virus tersenyum dalam diam. Suka juga dia melihat wajah cemburu Shuji tadi.



“SIAPA tadi, Ida?” soal Datin Rosmah dengan mimik muka pelik. Virus terdiam sahaja. Wajah Shuji dikerling sekilas. Suaminya itu kelihatan tegang. Tidak mahu langsung tersenyum. Cemburu lagi barangkali. Virus telan air liur.

“Tak ada siapalah, ma. Dia saje kacau Virus tadi. Nasib baiklah Shuji sempat halang. Maklumlah anak mama ni kan cute..kan Ikmal kan?” tiba-tiba sahaja Ikmal menjadi mangsa serangan hendapnya. Ikmal terkial-kial lalu angguk laju. Dalam hatinya, rasa mual aje tekak bila si Virus menyebut perkataan cute.

“Ha, kan mama kata. Anak mama ni lawa kalau pandai bergaya..” Datin Rosmah tersenyum meleret. Dia nampak wajah Shuji yang cemburu habis ketika nampak anaknya dipegang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Nampaknya confirm rancangan aku berjaya! Bisik hati Datin Rosmah.

“Selama ni pun, Virus pandai bergayalah, ma. Tengoklah, tak ada perempuan yang tak terpikat dengan Virus. Kan Shujing kan?” Virus cuba berseloroh. Shuji tetap diam dengan wajah seriusnya. Lelaki itu kelihatan meneguk air dengan laju. Terpancar riak tidak puas hati dari mukanya.

“Woi! Kau dengar aku cakap apa?!” Virus menepuk belakang Shuji sehingga tersedak lelaki itu dibuatnya. Nasib baiklah tidak tersembur air itu ke muka Datin Rosmah yang berada berhadapan dengan Shuji.

“Kamu cuba duduk diam-diam sikit, Ida!! Terkejut laki kamu dibuatnya!” Dato’ Sharif berkata tegas. Dia kasihan melihat Shuji. Virus tunduk menyembunyikan wajah. Sedih barangkali apabila ditengking di hadapan semua orang.

“Cinta, abang dengar apa yang Cinta cakap..memang pandai Cinta bergaya. Sebab tu abang boleh jatuh cinta!” tiba-tiba pula Shuji bersuara.

Itupun dengan ayat-ayat yang dari awal lagi disuruh oleh Virus supaya tidak mengeluarkannya. Virus ingatkan Shuji nak bercakap seperti biasa dengannya tetapi ayat-ayat power itu pula yang diucapkan oleh Shuji. Virus gigit bibir. Dia malu.

Jaga kau, Shujing! Aku karate kau bila balik nanti! Gumam Virus dalam hatinya. Malunya meluap-luap.

Shuji terasa sakit hati sebab itulah dia terus sahaja keluarkan ayat-ayat begitu. Dia mahu semua orang tahu yang Virus adalah miliknya. Dia tidak mahu Virus dimiliki oleh orang lain.

Entah mengapa bayangan wajah lelaki tadi kerap pula hadir di benaknya membuatkan Shuji jadi tidak tentu arah. Ya, mungkin kerana itulah dia sanggup melanggar kata-katanya sebelum ini bahawa dia tidak akan gunakan bahasa suami isteri di hadapan mama dan papa Virus.

“Apa kau merepek ni? Cinta? Siapa tu? Kau teringatkan kekasih lama, ya?” Virus mula berpura-pura serkap jarang.

“Eh, kau orang ni. Dah start nak bergaduh pulak. Apa yang nak dimalukan. Kau orang kan suami isteri..” Ikmal tiba-tiba menyampuk. Virus menjeling Ikmal dengan wajah bengis. Kecut perut lelaki itu lalu dia kembali terdiam.

“Cinta..janganlah macam ni. Abang cintakan Cinta..” Shuji sudah berani melebih-lebih. Virus panas hati. Dia terus bangun dengan spontan.

“Chotto toilet!(Nak pergi tandas sekejap)” Virus terus meluru ke arah tandas dengan wajah mencuka dan merah padam.



“KAU tipu! Kau tipu aku! Tadi kau kata nak jaga percakapan depan mama dan papa? Ikmal pun ada sekali, tau? Aku malu, kau tau tak? Malu!!” bebel Virus sebaik sahaja memasuki biliknya bersama Shuji. Langkahnya mengalahkan gorilla kelaparan!

Shuji diam sahaja. Wajahnya masih tidak berubah. Serius seperti tadi. Dalam kepala otaknya, dia masih memikirkan tentang siapa lelaki yang berani memegang tangan Virus tadi.

“Nak malu apa? Kita suami isteri, kan?” bidas Shuji dengan wajah merah padam. Dia mencuba sedaya upaya supaya menahan perasaannya. Dia tidak mahu hati Virus disakiti.

“Suami isteri? Yes! Kita suami isteri. Aku kan dah cakap yang aku belum bersedia. Kenapa kau berani buat jugak? Aku malu..mana nak letak muka aku ni?”

“Hah? Habis tu sampai bila baru kau nak bersedia? Aku dah bersedia, takkan kau tak bersedia lagi?!” Shuji panas hati. Dia mula menjamah pandang ke wajah isterinya. Muka Shuji merah menyala.

“Malas aku nak cakap dengan orang yang tak reti bahasa!” marah Virus.

“Aku yang tak reti bahasa, atau kau? Kau sanggup buat aku macam tadi, kau boleh pulak tuduh aku macam ni?” Shuji mula membuka topik yang sedang bersarang di hatinya.

“Maksud kau?!”

“Siapa lelaki tadi?” soal Shuji tegas.

“Tak perlulah kau tahu! Dia tak ada kaitan dalam kisah kita!”

“Ada kaitan! Kenapa dia boleh pegang-pegang kau macam tadi? Hati aku ni sakit tau bila tengok dia pegang kau?!” Shuji menyuarakan rasa hatinya. Dia sudah menghampiri Virus lalu memegang tangan isterinya itu.

“Bukan salah aku dia nak pegang aku! Aku tak suka kau macam ni, Shuji. Lepaskan aku..” Virus merayu. Dia takut melihat wajah bengis Shuji itu.

“Tell me..please. Jangan seksa aku macam ni!” Shuji menguatkan genggaman tangannya ke tangan Virus.

“Apa ni? Lepaslah tangan aku! Sakit tau?” Virus cuba menarik tangannya namun gagal. Tubuhnya ditarik pula ke dalam pelukan Shuji. Lelaki itu memeluknya erat-erat.

“Cinta, abang terlalu sayangkan Cinta dan cintakan Ida…tolonglah fahami hati abang. Abang boleh jadi gila kalau selalu macam ni, Cinta. I love you..” bisik Shuji ke telinga Virus. Syahdu dan sayu sekali kedengarannya. Virus terharu.

Tetapi tegakah dia mengungkitkan kisah lalu itu? Kisah yang seringkali menghantui dirinya sebegitu lama. Virus terdiam. Kelu untuk berkata apa-apa lagi. Dia masih berkira-kira. Perlukah dia menceritakan kepada Shuji tentang lelaki itu? Sungguh dia takut dengan penerimaan Shuji terhadap ceritanya nanti.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/21/2009 07:07:00 PM
Labels: Virus Vs Shuji

6 comments:

  1. IDA MANSOR / IENA MANSORTuesday, July 21, 2009 at 7:16:00 PM GMT+8

    ouh...virus punye ex kew?
    ek..kisah pe lak ni?
    hmm....musykil2...
    jgn le ex nk virus nk die blk..
    ssh shujing t..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. keSENGALan teserlah..Tuesday, July 21, 2009 at 7:26:00 PM GMT+8

    whoaaaa..
    di perogol virus tuh ker??
    huhh..
    virus,,gtaw je shuji..
    shuji akn faham cz shuji syg awk kan..
    huhu...
    baru je dorang nk bhgie,,da ade orng mengacau..eeeii.geram2..
    virus,,awat xmo ngaku..sian kat shuji taw..
    huhu..smbung2...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. MaY_LiNTuesday, July 21, 2009 at 7:56:00 PM GMT+8

    aaaa..
    kacau la..
    ni mesti org yg cuba 'r' virus ritu..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousFriday, July 24, 2009 at 10:19:00 AM GMT+8

    lama xmasuk kt cni....
    bla dh bhgia mesti ada org jeles knkn,...
    pa ek jd pasni?..virus nk ngaku x ek?
    -adil-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. syazriniSaturday, July 25, 2009 at 5:06:00 PM GMT+8

    sis!!!
    long time no see..hehehe
    besh2..cpt sambung ek :)
    tak sbr nak tau sape laki tu..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. MisS_SyaSaturday, July 25, 2009 at 5:08:00 PM GMT+8

    alamaks..siape agaknye ekh?
    msti penjahat yang nk rogol virus dulu2 tu kan kan??
    hehehhehee..cpt smbung sis..
    jgn seksa kami lagi..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    12 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    15 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu