SHUJI memimpin tangan Virus ketika ini. Virus baru lepas menjalani pemeriksaan doktor ke atas pinggangnya. Kata doktor, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana Virus hanya mengalami lebam-lebam sahaja. InsyaAllah dalam masa sehari lagi, gadis itu akan boleh berjalan secara normal semula.
“Lepaslah..aku boleh jalan sendiri..” Virus cuba menarik tangannya dari pegangan Shuji. Namun, Shuji menguatkan pautan.
“Eleh! Iyelah tu..” ejek Shuji sambil tersengih.
“Apa yang kau sengih?” wajah Virus merah padam mengenangkan peristiwa yang berlaku di bilik air petang tadi. Tentu Shuji masih teringat segala-galanya. Ahh..malu giler! Gumam Virus dalam hatinya.
“Lain kali, kalau nak mandi dalam jakuzzi..ajak aku sekali, okey?” Shuji tersenyum nakal. Wajah Virus bertukar lebih merah kali ini.
“Apa maksud kau, ha? Suka hati akulah nak mandi sorang ke, berdua ke, bertiga ke..apa kau peduli?” ngomel Virus membuatkan Shuji ketawa kecil.
“Iyelah..kalau tiap-tiap kali kau mandi, terjatuh macam tadi? Siapa susah? Aku jugak yang susah!”
“Kau yang susah? Buat apa kau nak susahkan diri kau? Dah aku suruh kau panggil mak cik housekeeping, kau tak nak panggil. Konon-konon nak jadi hero la kan?!” ejek Virus sambil mencebik. Dia hanya membiarkan sahaja Shuji terus memimpin tangannya.
“Tak salah aku jadi hero..aku kan suami kau? Lagipun, bukan senang aku nak tengok free show macam tadi..” Shuji sudah ketawa nakal. Wajah Virus yang berubah itu ditenung.
Gadis itu kelihatan sedang menggigit bibir. Malunya aku! Arghh..malu giler babeng! Damn it, Shujing! Kalaulah kau tak masuk dalam bilik air tadi..gumam Virus dalam hatinya.
“Damn! Lepaskan tangan aku! Biar aku jalan sorang-sorang. Kau ingat, kau tu bagus sangat ke? Aku boleh aje berdikari tanpa kau!” Virus menyentap tangannya dari pegangan Shuji. Ketawa Shuji masih bersisa apabila tangannya memaut semula tangan Virus.
“Tak nak! Tak nak aku lepaskan kau lagi. Nanti jatuh pulak!”
“Aku cakap lepas la! Kau reti bahasa Melayu tak? Ke dah duduk Korea dekat seminggu, lupa terus bahasa kebangsaan?” marah Virus dengan wajah mencuka. Mukanya bertukar muka bengis.
“Tak lupa, sayang. Abang nak ambil berat pasal isteri abang aje..salah ke sayang?” Shuji tersengih. Tidak makan saman dengan kemarahan Virus. Baginya, tidak kemananya marah si Virus itu.
Gadis itu sudi bercakap dengan dia sekarang ni pun dah cukup menunjukkan yang Virus itu tidak boleh hidup tanpanya. Kalau tidak, masakan setiap kali bergaduh mereka tetap akan bercakap walaupun menggunakan bahasa kasar. Itupun sudah cukup memuaskan hati Shuji walau sepatah perkataan yang diucapkan oleh Virus.
“Siapa sayang? Siapa abang? Diamlah, bongok!” Virus membuat kecoh dihadapan khalayak ramai. Semua orang memandang pelik kelakuan mereka.
“Kaulah diam. Tengok orang dah pandang-pandang. Kau tak malu ke?”
“Biarlah dia orang nak pandang pun, dia orang ada biji mata. So, apa yang kau tak puas hati, ha? Lagipun, dia orang faham bahasa Melayu ke?!” jerit Virus lagi dengan suara yang sengaja dikuatkan.
Tersentak Shuji dibuatnya lalu pandangan mata lelaki itu meliar sekeliling. Senyuman ‘cover malu’ diukir buat penonton-penonton setia ‘drama’ mereka itu. Ish, Virus ni kena diajar ni! Gumam Shuji sambil terus-menerus mengukir senyuman buat-buat pada semua mata yang memandang ke arah mereka.
“Last warning..aku cakap, diam! Jalan aje ikut aku slow-slow..” ugut Shuji.
“Hah?! Kau siapa nak arah-arah aku? Suka hati akulah aku nak bising ke, aku nak melalak ke! Kau peduli apa?!” pekik Virus lagi. Memang kecoh benar jadinya hospital berkenaan.
“Ehemm! Keep quiet please..” seorang jururawat memberi isyarat supaya Virus diam. Wajah jururawat itu kelihatan serius.
“Arghh..mind your own business, miss nurse!” marah Virus lalu dengan tiba-tiba dia terasa tubuhnya diangkat. Semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali sehingga Virus sendiri terkedu.
Shuji membuat muka serius sambil mencempung tubuh kecil Virus. Memang gadis ini tidak boleh dibiarkan. Dia kena diajar, siapa suami dia dan dia sebagai isteri mesti hormatkan suami! Kalau dulu bolehlah Virus berkasar-kasar dengan dia kerana dulu mereka kawan.
Kini, si Virus perlu diajar tentang rumah tangga. Cewahh..macam aku ni pandai pulak pasal rumah tangga! Tapi aku tetap tahu peranan suami isteri..hormat-menghormati yang penting! Desis hati Shuji.
“Apa kau buat ni?!” tempik Virus dengan muka gelabahnya. Hendak meronta, pinggangnya masih sakit. Sudahnya, dia tidak dapat berbuat apa-apalah jawabnya.
“Aku nak buatkan kau faham dan tahu yang aku ni suami kau! I’m your husband, honey! Can’t you see it?!” Shuji masih berwajah serius ketika mengatakan luahan hatinya.
“So? Kalau kau suami aku?!”
“Suami! Kau tau apa itu suami? Sekarang ni aku suami kau, kau hak aku..milik mutlak aku! So, kau kena hormati aku! Dulu time berkawan bolehlah kau nak pijak-pijak kepala aku!” hujah Shuji dengan serius sambil terus mendukung Virus. Teksi sudah tersedia di luar hospital ketika itu.
Virus tergamam apabila mendengar hujah bernas dari mulut Shuji tadi. Sungguh benar kata-kata lelaki itu. Ya, memang dia bersalah kerana buat Shuji begitu. Boleh dia pijak-pijak kepala suami sendiri! Virus mengeluh kesal.
Sebaik sahaja tiba berdekatan teksi, Virus terus didudukkan didalam teksi berkenaan. Virus menundukkan wajah, tidak berani menentang muka Shuji yang kelihatan serius. Tidak pernah dia lihat Shuji seserius itu.
“Shuji..I’m sorry..” ujar Virus takut-takut. Bimbang mencetuskan radangan Shuji. Huishh..tahu takut pulak aku ni rupanya! Detik hati Virus sendirian. Wajah Shuji cuba diintainya dari sebelah. Teksi terus bergerak ke destinasinya.
“Shut up! Duduk diam-diam..” getus Shuji tegas. Virus menelan liur. Wahh..seriusnya mamat ni!
“Okey..just wanna say sorry..harap kau maafkan aku..alah, lagipun we rock, beb! No heart feelings?” ujar Virus lagi dengan rasa bersalah. Dia cuba menumbuk lembut bahu Shuji. Mukanya berkerut-kerut. Sekurang-kurangnya dia mahu Shuji memaafkan dia. Dia tahu, Shuji tidak bermaksud memarahinya tadi.
“Aku dah kata kan? Diam..” Shuji cuba bertenang. Wajah Virus dipandangnya lalu kedua belah tangannya mengusap pipi mulus Virus. Betapa dia menyayangi gadis itu.
Virus tergamam dengan perlakuan Shuji. Dia hanya membiarkan jemari kasar lelaki itu menjalar ke pipinya. Andai itu yang akan membuatkan api kemarahan Shuji terpadam.
“Aduh!” pinggang Virus kembali terasa pijar apabila postur badannya sedikit menyerong ke arah Shuji. Arghh..rupanya dia hampir-hampir terlentok ke bahu Shuji tanpa disedarinya. Sungguh indah perasaan yang membuai-buai dirinya sebentar tadi ketika pipinya diusap oleh Shuji.
“Mana? Sakit lagi ke, sayang?” soal Shuji dengan wajah panik. Kedua belah bahu Virus dipegangnya. Muka Virus ditenung dalam-dalam.
Sayang? Aduh! Ini lagi parah ni..sakit pinggang aku ni bukanlah parah sangat, tidaklah separah jiwa aku sekarang! Virus mengeluh dalam hatinya. Dadanya berdebar tidak keruan.
“A’ah..sakit pinggang sikit..” getus Virus sambil cuba tersengih panjang. Tidak mahu Shuji mengetahui gelodak dalam hatinya.
“Sini..baring sini..letak kepala kat paha aku..” kata Shuji sambil memegang bahu Virus lalu dengan perlahan dia membaringkan tubuh Virus ke ribaannya.
Virus hanya membiarkan sahaja. Seketika kemudian dia mengukir senyuman tanpa sedar. Ya, dia rasa bahagia dan rasa selamat ketika bersama Shuji. Dia akui, hatinya sudah menjadi milik lelaki itu seratus peratus! Wajah Shuji yang sedang khusyuk memandang ke hadapan ditenung olehnya dari bawah. Ribaan Shuji terasa begitu selesa sekali sekarang. Akhirnya Virus terlena.
IKMAL membelek-belek gambar pertunjukan fesyen yang diadakan di Korea baru-baru ini. Baru sahaja dia mencuci gambar-gambar itu sebentar tadi. Matanya tiba-tiba tertancap pada foto seorang wanita anggun dan jelita. Ya, sudah tentulah si Virus itu!
Perlahan-lahan, dia mencapai gambar berkenaan. Senyuman kecil terukir dibibirnya ketika melihat gambar tersebut. Bagai terimbau kembali saat-saat genting ketika dia menjadikan Virus sebagai modelnya. Dia memang tidak ada cara lain lagi ketika itu.
Walaupun dia tidak yakin dengan Virus kerana gadis itu tidak pernah memperagakan pakaian sebelum ini, entah mengapa hatinya tetap menyangkal ketidakyakinan itu.
Dan akhirnya, Virus lah yang menjayakan pertunjukan fesyen berkenaan dengan penampilan jelita yang amat mengejutkan semua orang. Dan aksi ‘cinderella’ yang terjadi di hujung pertunjukan berkenaan telah menjayakan lagi fashion show itu.
Masih terbayang-bayang Shuji yang sedang mendukung Virus. Membayangkan itu, Ikmal tersenyum lebar. Sekeping foto Shuji yang sedang mendukung Virus sempat diambil olehnya ketika itu. Serta-merta tawa kecil dia meledak.
“Wah wah wah..bi tengah gelakkan apa tu?” Arisa iaitu teman wanita Ikmal tiba-tiba datang memegang bahu Ikmal. Dia tersenyum memandang Ikmal.
“Tak ada apa-apa..ni tengah tengok picture fashion show kat Korea hari tu..” Ikmal senyum membalas senyuman manis Arisa.
“Ye ke? Boleh Risa tengok ke?” soal Arisa dengan wajah girang. Gembira ingin melihat hasil kerja teman lelakinya.
“Boleh, sayang..” Ikmal terus memberikan gambar-gambar tadi kepada Arisa. Satu persatu gambar diperhatikan oleh Arisa. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping gambar yang baru dipegangnya.
“Eh? Macam kenal aje perempuan ni, bi..macam pernah nampak. Tapi kat mana, ya?” Arisa tiba-tiba bagai sedang memikirkan sesuatu. Ikmal ketika itu sedang berdiri agak jauh dari Arisa.
“Iye ke? Yang mana satu?” soal Ikmal dari kejauhan. Lambat-lambat dia melangkah kepada Arisa yang masih sedang ligat berfikir.
“Yang ni..kalau tak salah, bi pun kenal kan dia ni?” Arisa menyuakan sekeping gambar pada Ikmal. Serta-merta Ikmal ketawa membuatkan Arisa terkebil-kebil kehairanan.
“Dia ni..takkan Risa tak ingat kot?” Ikmal menunjuk pada gambar Virus. Dia lucu dengan wajah Arisa. Tentu gadis itu tidak percaya jika dia memberitahu bahawa itu adalah si Virus. Tambah-tambah pula, Virus pernah diminati oleh Arisa pada mulanya dahulu.
“Tak ingat..sebab tu la Risa tanya bi..” getus Arisa sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hairan dengan kata-kata Ikmal.
“Kalau bi bagitau..mesti sayang tak percaya punya!” gelak Ikmal lagi. Kali ini dia sudah ketawa tak ingat dunia. Entah apa yang menggeletek jiwanya, dia pun tidak tahu. Yang pastinya, dia memang terasa lucu sekali.
“Siapa, bi? Jangan-jangan, makwe baru bi?!” Arisa membuat muka cemburu. Berkerut-kerut dahinya meneliti ke segenap wajah Virus dalam gambar itu. Terlalu jelita pada pandangannya. Tentulah Ikmal ada hati pada model secantik itu!
“Tak adalah! Jangan merepeklah, sayang! Dia tu kan Virus! Kawan baik bi..alah, Risa pun pernah dipikat oleh dia dulu-dulu..sampai cair hati Risa tu. Nasib baiklah last-last Risa dapat kat bi jugak!” jelas Ikmal, masih dalam tawa kecil. Geli hati melihat riak terkejut Arisa.
“Biar betul?! Macam mana dia orang mekapkan si Virus tu? Betul-betul macam perempuanlah, bi! Lawa pulak tu, bi..” Arisa terpana sebentar dengan mata yang terkebil-kebil tidak percaya. Ikmal ketawa lebih kuat kali ini. Kalaulah Arisa tahu yang Virus itu adalah perempuan, tentu dia lagi terkejut beruk!
“Dia memang perempuanlah, sayang! Memang tak payah orang nak mekapkan dia jadi macam perempuan!” kata Ikmal itu mengundang riak yang lebih terkejut beruk dari wajah Arisa. Ya, kali ini memang dia rasa bagai hilang akal apabila terdengar kata-kata Ikmal.
“Biar betul? Tak percayalah, bi!” Arisa tergelak kecil. Tidak mudah dia mahu mempercayai Ikmal.
“Kenapa tak percaya pulak? Takkan bi nak tipu Risa? Tengok betul-betul..kan Virus tu!” kata Ikmal lagi. Arisa menumpukan perhatian pada wajah didalam gambar itu. Lama juga dia memerhatikan wajah yang memang amat dikenali olehnya itu. Sah! Memang benar itu Virus.
“Betullah, bi..” balas Arisa pendek dalam rasa tidak percayanya. “Tapi, bi dah mula minat kat dia ke? Happy aje Risa tengok tadi bi melayan tengok pic dia..” sambung Arisa sambil memeluk tubuh. Muka Ikmal dipandangnya.
“Risa ni..jealous tak bertempatlah! Dia kan kawan baik bi..lagipun, bi kan dah ada Risa yang comel lotey ni..” Ikmal berkata seraya mencuit dagu Arisa lembut. Arisa hanya tersenyum puas ketika itu.
“Eh, bi..macam mana Virus boleh ada sana? Dia join modeling ke sekarang?” soal Arisa lagi.
“Kebetulan, sayang. Time tu model utama kita orang tiba-tiba jatuh sakit. Then, time tu jugak bi terjumpa dengan Virus and Shuji..so, mintak tolong Virus aje laa..” terang Ikmal dengan wajah tenang.
“Aik? Virus dan Shuji buat apa kat sana?” banyak pula soal Arisa. Bukannya apa, dia cuma mahu ambil tahu sedikit sahaja. Sikitkah? Entahlah..huhu
“Haa..kali ni..jangan terkejut lagi, okey?!” Ikmal kembali ketawa kecil.
“Kenapa pulak?! Apa lagi surprise yang bi nak bagitau..”
“Shuji dan Virus dah kahwinlah, sayang! Time tu dia orang tengah honeymoon..” Ikmal tersenyum. Muka Arisa bertambah-tambah terkejut dari tadi.
“Biar betul? Kenapa Risa tak tahu pun?” tanya Arisa pantas. Ikmal terdiam sejenak. Nak bagitau pasal tangkap basah tu atau tidak?
“Dia orang tiba-tiba jatuh cinta. Then mak ayah dia orang suruh kahwin. So, dia orang kahwin buat kenduri kecil-kecilan aje..lupa bi nak bagitau pada Risa, sorry ek?!” jelas Ikmal berbohong.
Padahal, dia tidak mahu membuka cerita tentang kisah sebenar Shuji dan Virus berkahwin. Tidak baik membuka aib orang lain. Itulah yang sentiasa diingati olehnya. Arisa hanya mengangguk. Mujurlah dia sudah tidak bertanya lagi. Ikmal menarik nafas lega.
SHUJI dan Virus tiba semula di bilik hotel mereka. Ketika itu, hari sudah malam. Dari tadi, Virus hanya membiarkan sahaja Shuji mendukung dan memimpin tangannya. Bahagia benar dia rasakan. Perasaan diambil berat oleh seseorang yang disayangi dan dicintai. Cinta? Benarkah? Soalan itu masih bermain di benak Virus. Ya, betul..cinta! suara hati Virus berbisik lalu Virus mengiyakan sahaja dengan perasaan berbunga-bunga.
Hishh..malulah nak menunjukkan yang aku sayang pada dia. Macam mana ni? Apa aku perlu buat ni? Tambah-tambah lagi, tadi dah berlaku peristiwa bersejarah dalam hidup aku..memang takkan aku lupa sampai bila-bila! Pertama kali aku merasa malu besar..aduh! keluh Virus dalam hati.
Shuji meletakkan Virus di atas katil. Pantas Shuji berlalu pula ke sofa lalu merebahkan dirinya ke situ. Dia tidak mahu mengganggu Virus. Biarlah gadis itu merehatkan dirinya. Begitulah sebagaimana telah diberitahu kepada hatinya.
“Kau rest dulu, okey? Kalau perlukan apa-apa, just call me over here..” getus Shuji dengan suara yang lembut. Dengan perasaan yang berkecamuk, Shuji berbaring di sofa berkenaan.
Virus termanggu-manggu seorang diri diatas katil. Sesekali, dia cuba mengintai kelibat tubuh Shuji disebalik sofa. Hatinya berbelah bahagi. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia menjeritkan kata-kata cinta pada Shuji. Namun entah mengapa lidahnya terasa kelu seribu bahasa.
“Kau dah lelap ke, Shuji?” soal Virus tiba-tiba. Shuji yang masih belum lelap, terus tersentak dari lamunan.
“Belum..kenapa?” tanya Shuji kembali. Dia masih tidak berganjak dari sofa yang sedang dia berbaring. Virus terdiam sebentar. Mencari kata-kata yang sesuai.
“Thanks..sebab ambil berat pasal aku. Thanks sebab bawakan aku ke hospital..” kata Virus perlahan. Suaranya tenggelam-timbul kerana mengawal gelora perasaannya. Hatinya berdebar-debar.
“Tak apa..aku kan suami kau..memang tanggungjawab aku pastikan kau okey. Pastikan kau bahagia..” kata-kata Shuji mati disitu. Perkataan ‘bahagia’ itu terus menusuk-nusuk ke jantung Virus. Bagai memahami maksud Shuji yang selama ini memang cuba untuk membahagiakannya. Cuma dia yang tidak menyedarinya.
“I’m sorry..” ucap Virus dengan matanya yang digenangi air.
“For what?”
“Sebab buatkan kau risaukan aku..” kata Virus dengan perasaan sebal.
“It’s okay..aku kan dah mention, aku suami kau..aku tak kisah. Janji lepas ni, kau jangan lagi buat aku risau, okey?” Shuji tersenyum pahit. Tubuhnya masih dibaringkan disofa berkenaan. Masih tiada rasa untuk bangun menatap wajah isterinya.
“Shuji..” panggil Virus.
“Iye..”
“Kau..ermm..kau betul-betul cintakan aku?” soal Virus dengan nada yang sayu. Dia terus cuba mengawal perasaan sebaknya. Entah mengapa dia rasa terharu dengan perasaannya sendiri.
“Kau ingat aku main-main ke bila aku sanggup dukung kau ke hospital, aku sanggup tahan kata-kata makian kau selama ini dan aku selalu terima aje kau seadanya..sebab kau adalah kau..orang yang akan aku cintai sampai aku mati..” begitulah kata Shuji. Virus terkedu mendengar keikhlasan kata-kata Shuji. Kedengaran begitu tulus sekali dari hati lelakinya.
“Thanks sebab cintakan aku..” airmata Virus mengalir jua ketika itu. Dia teresak-esak kali ini membuatkan Shuji terus terbangun dengan spontan. Pantas Shuji menghayun langkah ke arah Virus di atas katil.
“Syhh..kenapa ni, sayang? Aku ada tersalah kata?” tanya Shuji sambil menyeka airmata Virus. Dia risau sekiranya dia ada tersilap kata pada isterinya itu.
“Tak ada apa-apalah..” balas Virus ringkas. Dia memegang kedua tangan Shuji yang sedang galak menyeka airmatanya. Dia tersenyum buat lelaki itu. Hati Shuji berdebar ketika terpandang senyuman manis Virus. Kelihatan tulus sekali, seperti menyatakan bahawa ‘aku cintakan kau’. Dia bagaikan dapat merasai cinta Virus.
“Kau rehat dulu, ya? Kau nak kopi? Aku tau kau suka kopi ‘o yang kaw giler kan?” senyum Shuji. Ingin menyedapkan hati Virus. Virus hanya menggeleng perlahan.
“Kau tak nak apa-apa? Okeylah..kau rehat, ya?” Shuji mengusap pipi Virus sebentar lalu tersenyum sebelum ingin bangun. Tangannya tiba-tiba ditarik oleh Virus.
“Jangan tinggalkan aku..” ucap Virus dengan wajah merah padam. Mungkin kerana malu berterus-terang tentang perasaannya ketika itu yang terlalu ingin bersama Shuji.
Shuji hanya tersenyum manis lalu menggenggam erat jemari Virus. Wajah Virus dipandang dengan penuh rasa kasih berbunga-bunga.
“Aku takkan tinggalkan kau selamanya..percayalah, sayang. Sekarang ni, rest lah okey?” getus Shuji sambil tersenyum indah. Senyuman itu benar-benar menggempar-gempurkan hati Virus yang sudah sedia bergelora. Shuji ingin bangun namun pegangan tangan Virus begitu utuh.
“Aku..erm..kau tidur sini..sebelah aku..” ujar Virus malu-malu. Warghh..malunya! Aduh, waduh waduh waduh! Malu gila babeng tapi kutahan, jebat! Rintih Virus dalam hati.
“Betul?” senyuman Shuji bertukar senyuman nakal. Ada agenda yang sedang bersarang dimindanya.
“Tapi! Tapi kau tidur sana! Jauh-jauh sikit! Katil ni kan besar. Jangan kau berani nak dekat-dekat dengan aku..aku karate nak? Tak pun WWE!” Virus cuba memintas agenda yang baru dirancang dalam kepala otak Shuji.
“Jauh-jauh tak bestlah, sayang..dekat-dekatlah!” usik Shuji sambil mengangkat-angkat kening. Gembira dia dengan penerimaan Virus. Biarpun sedikit demi sedikit, dia tidak kisah. Lama kelamaan tentu gadis itu akan jadi milik dia sepenuhnya.
“Kau berani? Apa sayang-sayang? Siapa sayang kau? Dah..kau baik pergi tidur hujung sana!” Virus cuba mengawal lagi perasaannya. Mukanya merah menyala kerana malu. Jari telunjuknya menunjuk ke arah hujung bertentangan dengan tempat dia berbaring. “Aduh!” kerana bergerak sedikit, pinggangnya terasa sakit menggigit.
“Haa..kan dah sakit!” Shuji cuba memegang pinggang Virus namun segera ditepis oleh gadis itu. Lalu entah macam mana Shuji boleh tergelincir lalu tubuhnya melayang.
Nasiblah dia tidak menghempap Virus. Kedua tangannya kuat menyokong badannya yang kini berada di atas badan Virus. Kepala Virus berada dicelah kedua tangannya kini. Virus terkedu. Jiwanya kacau. Mata bertentangan mata, hati rasa berdebar tidak keruan..

eeiii...
ReplyDeletesweet tol diorang nie...
smbung ag ek...
alolololol...sweetnye..
ReplyDeletebut mcm sedey sket....
hope virus tu leh trime shujing t =)
awk..nak lgii..
ReplyDeletesyuweett bangat seyh~~~~
wawawawa
ReplyDeleteswit nye..
hahahah virus da suke tapi tanak ngaku!
ReplyDeletesweet gler dorang nih..
apa agaknya terjadi pasnih?
jeng3!! nak lagikk..sambung2
overall best sgt ur story ni!
ehem..ehemm
ReplyDeleteade adegan menarik ke pas nie??
hehehehe...
trasa mcm dlm novel lak..
sis.. wat lah novel real..
siyesly... ade bakat..
jeng3...
ReplyDeletewwweeewwiitt...
hehhe...
virus da slowly tnjukkan kaseh syg dye..
heeheee..ske2...
pe jd pasnieh??
hihi..smbung2..
@little square : huhu syusyah la dik oi..
ReplyDeletebukan ade syarikat yg nak pun..sis pn bru jer berjinak2 ngn menulis ni ekeke
lgpun, blog ni xsape sangat yg tau.. ^^
tgk ade korg2 sume je yg slalu ade ngn sis! thx aite!~ ;)
blog ni juz for fun hihi :)
hope u all enjoy it!
wawa..
ReplyDeletesweet nye dorang...
cpt2 smbg ye
tahniah kpd pnulis...
Ur story is nice.. kite ni selalu je jadi silent reader.. hehehehhehh
ReplyDeleteso sweet....adoi..aku lak yg rase jatuh cinte..nak agi....
ReplyDeletesapa kata xde bakat....kira ok la nih sis leh tulis dgn cemerlang...suka sgt baca...
ReplyDeleteleh buat real novel nih
seyes...sure ramai beli punya nnt.. =P
chayok2...!!!
nice story...
ReplyDelete