“AWAK ni la, Mah..tak ke memaksa namanya tu?” Dato’ Sharif tiba-tiba pula membebel. Datin Rosmah mencemik.
“Alah, kalau saya tak berkeras macam mana si Ida tu nak berubah?” bebel Datin Rosmah pula. Dato’ Sharif tergeleng-geleng. Kini mereka sudah berada di bilik mereka yang terletak bersebelahan dengan bilik Shuji dan Virus. Ada pula kekosongan bilik ketika ini! Ikmal pula diberikan bilik lain berseorangan.
“Awak tak dengar ke tadi, apa yang si Adli tu panggil anak kita? Dia panggil nama Ida, tau?! Tandanya mereka dah berbaik la..” ujar Dato’ Sharif lagi sambil tersenyum kecil. Wajah isterinya ditatap penuh kasih. Masih cantik lagi wanita itu seperti dulu-dulu walaupun sudah berusia.
“Habis tu? Mah nakkan Ida tu pakai baju yang Mah belikan aje..abang ni memang sengaja nak protes Mah, ya? Mah tahulah mereka dah ada sesuatu, tapi Mah nak tambahkan lagi ‘sesuatu’ tu..” Datin Rosmah tiba-tiba tersengih nakal.
Dato’ Sharif menggeleng lagi sambil menggaru-garu kepala. Tawa kecil tercetus melihat riak khusyuk isterinya yang sedang leka memikirkan sesuatu. Ada-ada saja isterinya itu. Tentu ada lagi rancangan yang dia rangka. Masih tidak berubah naluri ingin mengenakan orang itu dari dulu sampailah sekarang.
“Awak rancangkan apa pulak tu, Mah? Tak mahu beritahu pada abang ke?” Dato’ Sharif memandang tepat Datin Rosmah. Wanita itu menoleh lalu membalas pandangan suaminya itu.
“Aik? Bukan selama ni abang tak mahu terlibat, ke? Walau macam mana Mah rancangkan, hebat mana pun rancangan Mah..abang seperti tak peduli aje..hari ni teringin pulak, ya? Dah akui kehebatan Mah?” Datin Rosmah tertawa kecil.
Dato’ Sharif tersipu-sipu. Ya, memang dahulunya dia tidak berapa ambil peduli tentang rancangan bersungguh-sungguh isterinya yang mahu menyatukan anak dan menantunya itu. Tetapi sekarang, setelah nampak akan keberkesanan rancangan bulan madu isterinya itu, terasa seronok pula dia ingin mengetahui apa yang bakal berlaku selepas ini pula.
“Haa, itulah. Mah dah cakap pada abang. Jangan pandang rendah pada Mah. Kan dah kena balik? Dia pulak yang beria-ia..” ejek Datin Rosmah dengan gurauannya. Dato’ Sharif sudah tergelak ketika itu.
“Awak ni Mah..ada-ada saja tau. Kelakar pun ada jugak awak ni..”
“Kelakar? Kenapa pulak?” Datin Rosmah tidak puas hati. Dia memuncungkan mulutnya.
“Iyalah..dalam kepala otak awak tu, kalau sehari tak berfikir banyak memang tak sah! Muka awak time tengah khusyuk berfikir tu, kelakar..” tawa Dato’ Sharif semakin galak melihatkan perubahan wajah isterinya.
“Suka hati Mah laa..abang ni bukannya nak sokong Mah. Tapi gelakkan Mah lagi adalah! Huh!” cebik Datin Rosmah separuh merajuk.
“Abang bergurau aje, sayang..kalaulah Mah bukan macam ni dari dulu, tentu sekarang ni abang dengan orang lain tau? Sebab sikap Mah ni la abang terpikat..comel sangat tau..” Dato’ Sharif cuba memujuk dengan ayat manis. Hatinya bahagia melihat senyuman yang sudah terukir di bibir isterinya.
Muka Datin Rosmah tiba-tiba merona merah. Malu apabila perkara lama diungkit semula. Ada rasa indah juga yang tercetus di hatinya tatkala mendengar pengakuan dari bibir suaminya. Entah mengapa, dia senang dipuji begitu oleh Dato’ Sharif.
Biarlah walau berkali-kali atau menggunakan ayat yang sama, tetap akan mencetuskan rasa kebahagiaan dalam dirinya. Begitulah kata orang, perempuan memang suka jika dipuji. Tambahan lagi, jika yang memuji itu adalah buah hati pengarang jantung sendiri! Datin Rosmah tersenyum lagi dalam diam.
“KENAPA Ida sepak kaki abang tadi? Sakit tau?!” marah Shuji dalam nada separuh merajuk. Virus hanya terdiam sambil membelek-belek majalah di hadapannya tanpa sebarang minat. Riak wajahnya lebih kepada mengelamun.
“Cinta! Kenapa tendang kaki abang tadi?” soal Shuji lagi dengan wajah tidak puas hati apabila kata-katanya tadi bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri pada Virus.
Virus tersentak lalu memasamkan mukanya. Tiba-tiba sahaja dia berpura-pura menumpukan perhatian pada majalah tersebut. Masih tidak mahu melayan kerenah Shuji.
“Woi! Aku tanya kau ni..kenapa kau belasah aku tadi? Lu fikir lu siapa, ha?” bentak Shuji geram. Virus tiba-tiba menoleh dengan senyuman. Shuji terkebil-kebil kali ini. Entah apalah yang difikirkan oleh isterinya itu agaknya.
“Haa..macam ni lah! Marah lagi..marah cepat! Keluarkan bahasa-bahasa begitu. Aku suka!” Virus tertawa kecil. Suka hatinya ketika itu. Shuji bertambah pelik. Apahal dengan minah ni?
“Suka? Kenapa?” Shuji bagai tidak memahami keseronokan Virus itu.
“Kenapa kau tak suka, ke?” soal Virus acuh tak acuh. Masih lagi ketawa kecil. Baju t-shirt yang tersarung di tubuhnya dibetul-betulkan seketika lalu lengan pendek t-shirt berkenaan ditarik sehingga tersemat ke bahunya. Keningnya terangkat-angkat.
“Kenapa ni, Ida? Sakit, ya Cinta?” tanya Shuji dalam nada penuh tanda tanya. Dia meletakkan belakang tangannya ke dahi Virus, ingin memastikan yang Virus tidak sakit. Virus pantas menepis kasar.
“Woi! Tadi dah baguslah! Kau tukar pula, apasal?!” bentak Virus tiba-tiba. Shuji sudah geram. Pantas tubuh Virus dirangkulnya namun Virus sempat menolak pula Shuji agak jauh darinya.
“Kenapa ni, Ida?” Shuji bersuara keras. Tidak faham dengan sikap Virus.
“Kau niii..tak faham, ke? Aku suka bahasa-bahasa kasar tadi! Jom kita berlatih..nanti nak dinner malam ni, aku tak nak kau tersilap panggil aku yang bukan-bukan depan mama dengan papa..” bebel Virus dengan wajah serius. Shuji terkial-kial seketika lalu tergelak kecil.
“Laa..aku ingatkan kau sakit ke apa..rupanya sebab ni aje? Apa salahnya mama dengan papa tahu pasal hubungan kita ni? Buat aku risau aje kau ni, Cinta!” Shuji tertawa kecil sambil memandang muka Virus yang mencemik sakan. Terlupa sudah pertanyaannya tentang kenapa Virus menyepak kakinya sebentar tadi.
“Woi! Hati-hatilah! Ayat mula-mula tu dah okey..lepas tu kenapa boleh ada cinta-cinta pula kat belakang?! Aku belum bersedialah nak bermesra-mesra dengan kau kat depan mama dan papa!” bidas Virus kasar.
“Sabarlah, bongok! Kau ingat senang ke nak kawal rasa kasih sayang dan cinta aku yang berbunga-bunga pada kau sekarang ni? Alah, apa salahnya suami isteri bermesra?” Shuji pula membalas. Sambil itu tangannya sibuk merayap ingin mencapai jemari Virus.
“Kau ni..aku lesing baru tahu! Aku nak latih kau ni! Jangan sampai berperangai macam ni depan mama dengan papa nanti! Kalau kau buat, kau tahulah akibatnya. Kau tidur dalam jakuzzi malam ni!” gertak Virus dengan wajah bengis. Tangannya pantas ditarik dari genggaman Shuji.
“Kau ni kan..lagi kau marah, lagi aku suka tau! So cute! Sebab muka marah kau hari-hari yang aku duk menghadap dulu-dulu tu laa, yang buatkan hati aku ni cair..jatuh hati..” Shuji masih meneruskan bicara romantisnya tanpa menyedari yang Virus sudah ditahap gunung berapi yang ingin meletus.
“Abang..boleh tak diam sekarang? Cinta nak terangkan pada abang ni..Cinta tak mahu abang salah cakap depan family kita nanti, tau? Kalau Cinta dapat tangkap abang tersalah cakap, AKU HUMBAN KAU DALAM JAKUZZI, tau?!”
Suara manja yang sengaja dibuat-buat oleh Virus tiba-tiba bertukar ganas. Shuji yang sedang leka melayan perasaan melihat sikap manja Virus terus terkejut beruk. Macam mahu luruh jantung dia.
“Ala..ganasnya..” getus Shuji sambil tersengih-sengih. Virus menjegilkan matanya.
“Eleh! Kata kat abang aje..kalau dia yang tersilap cakap nanti? Nak abang tidurkan Cinta dalam jakuzzi pula, ya? Tak apa, abang boleh temankan Cinta tidur dalam jakuzzi tu, okey?” Shuji tertawa lalu segera berlari apabila ternampak yang Virus sudah mahu bertindak ganas. Seperti biasa, ingin menyekeh kepalanya. Ah, tindakan yang sememangnya sudah dapat dibaca oleh dirinya!
“Abang jagalah! Mari sini! Biar Ida kerjakan abang cukup-cukup!” Virus mengejar Shuji dengan pantas.
“Haa, tengok kan Cinta dah tersilap cakap tu? Kata nak berlatih la konon-kononnya, kan?” Shuji tertawa riang sambil dikejar oleh Virus.
“Malas aku layan kau! Huh, benci, benci, benci!” Virus menghentikan langkah lantas memeluk tubuh. Bagai orang sedang merajuk gayanya.
Perlahan-lahan Shuji menghampiri Virus lalu dipeluknya tubuh isterinya dari arah belakang. Virus hanya kaku. Membiarkan lelaki itu memeluknya. Dia masih dalam rajuknya yang tidak berpenghujung. Shuji tersenyum kecil dengan telatah Virus.
“Cinta, abang tahulah nak buat apa nanti, okey? Abang tak akan hampakan Cinta..sebab abang tak mahulah berenggang dengan Cinta. Tak boleh tahan rindu tau kalau sehari tak peluk Cinta macam ni..” bicara romantis itu kedengaran indah mengetuk ke gegendang telinga Virus, membuatkan dia tersenyum seorang diri.
“I love you, abang..I love you, Love..” ucap Virus dengan senyuman bahagia. Tiba-tiba sahaja bahunya terasa dikucup lembut. Virus memejamkan matanya, begitu bahagia dengan kasih sayang yang ditunjukkan Shuji.
IKMAL menarik nafas lega. Dia terduduk di sofa biliknya. Biar betul mak cik Ros ni? Tempah bilik suite jugak untuk aku? Itupun aku nak tidur sorang-sorang malam ni?! Ikmal menggeleng-geleng kepala sebentar mengenangkan Datin Rosmah.
“Nasib baiklah Virus tak marah aku tadi..kus semangat aku bila nampak muka dia tadi!” Ikmal berkata-kata sendirian. Seketika kemudian, dia menghela nafas kecil. Lega hatinya.
Tinnggg..tooonnngggg…tinnggg..toonggg..kedengaran bunyi loceng dibunyikan. Loceng? Ini kalau bukan ketukan ni, mesti ada ‘orang’ nak melawat kawasan ni..kalau ketukan, aku dah tahu mesti housekeeping kalau bukan service..siapa agaknya yang datang? Ikmal teringat kembali kata-kata Datin Rosmah sewaktu dia mahu menekan loceng ketika mereka hendak memberi kejutan pada Virus tadi.
Kata orang tua itu, jangan ditekan loceng sebab nanti penghuni di dalam akan tahu yang datang itu adalah ‘seseorang’. Kalau ketukan pula, lebih kepada service bilik atau housekeeping. Teliti betul Datin Rosmah itu sampai benda-benda remeh begini pun diambil kira olehnya. Memang hebat!
Ikmal menelan liur. Dia masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Otaknya ligat berfikir. Nak buka atau tak? Nak buka atau tak?! Macam mana kalau yang datang tu Virus? Mesti nak belasah akulah tu! Ikmal menggaru-garu kepalanya sehingga rambutnya berserabai.
Tiinngg..toonnggg..kedengaran lagi bunyi loceng yang dibunyikan. Ikmal bangun lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu bilik. Dadanya berdebar kencang. Dup dap dup dap! Mengikuti gelora di dadanya. Kepalanya didekatkan ke pintu bilik lalu matanya meneropong ke lubang kecil yang terdapat di pintu itu. Tiada sesiapa?
Tingg..toonngg! kedengaran lagi bunyi loceng. Ikmal terus menelan lagi air liur. Siapa ni? Nak main aci sembunyi dengan aku ke? Ikmal gugup dalam diam. Dia menyandar ke pintu bilik sebentar.
Tuukk! Tukk! Tukk! Pintu bilik diketuk pula kali ini. Ikmal menarik nafas lega. Mesti service atau housekeeping ni! Maklumlah duduk bilik suite, kan? Ikmal tersenyum seorang diri lalu membuka pintu dengan rasa senang hati. Terlupa sudah dirinya untuk meneropong dahulu gerangan di luar biliknya.
“Hello, dude?! Kau sihat?” Virus kelihatan sedang berdiri di depan pintu dengan kening yang terangkat-angkat. Wajah Ikmal serta-merta bertukar pucat lesi. Senyuman kelat sengaja diukir.
“Err..Virus! Kau buat apa kat sini? Dah pukul berapa ni? Nanti nak dinner lagi!” Ikmal masih di muka pintu, berkira-kira ingin segera menutup pintu itu sekiranya terdapat peluang.
“Aku nak jumpa kawan baik aku pun tak boleh, ke?” soal Virus dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat.
“Boleh aje? Tapi kenapa?” Ikmal membuat muka dungu.
“Hutang kita belum lagi selesai, bro! Kau tak ada penjelasan untuk aku?!” Virus menarik muka bengisnya. Ingin menakut-nakutkan Ikmal. Lelaki itu menelan liur.
“Okeylah aku nak bersiap, jumpa nanti!” ujar Ikmal seraya menutup pintu dengan pantas apabila ternampak wajah bengis Virus. Bukannya takut dengan si Virus, tetapi Virus kan perempuan. Tidak boleh berkasar macam dulu dah. Lagipun sekarang Virus tu kan dah kahwin..begitulah yang dirasakan oleh Ikmal.
Virus mengepal-ngepal penumbuknya. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membuat kecoh di depan pintu bilik Ikmal itu sehingga lelaki itu membukakan semula pintu. Tetapi apabila difikir-fikir semula, dia tidak mahu pula nanti mamanya dengar suaranya sedang kecoh-kecoh. Maklumlah bilik mamanya juga berdekatan.
Tak pepasal nanti kena slap, bak kata Datin Rosmah yang mengugut mahu menamparnya tadi. Siap nak siat-siat kulit lagi tu..dahsyat, dahsyat..Virus mengusap-usap hidungnya dengan jari telunjuk, gaya sebiji macam Bruce Lee yang tengah marah.
VIRUS meletakkan dress labuh berwarna merah garang yang diberikan oleh mamanya tadi ke tubuh. Dia masih tiada minat untuk memakainya. Sesudah mengeluh, dia menghela nafas berat.
“Kenapa ni, Cinta? Tak bersiap lagi, ke? Nanti lambat pulak!” Shuji baru keluar dari bilik air ketika itu. Dia mandi selepas Virus selesai membersihkan diri tadi.
Virus masih diam sambil memerhatikan dress itu tanpa sebarang minat. Dia mengeluh lagi. Shuji menggeleng-geleng kepala lalu menghampiri isterinya itu.
“Pakailah..atau Cinta nak abang yang tolong pakaikan?” Shuji cuba mengusik Virus dengan senyuman nakal. Namun Virus tetap senyap. Masih sama kelakuannya. Mengeluh dan mengeluh.
“Cepatlah, nanti nak solat Maghrib pulak!” desak Shuji sambil menolak lembut tubuh Virus. Ingin isterinya itu bergerak daripada duduk kaku sahaja di situ.
“Abang..tak mahulah Cinta pakai baju macam ni. Ni bukan diri Cinta yang sebenarnya tau? Please, Love? If you really is my Love..” rengek Virus manja. Dia menggoyang-goyangkan tangan Shuji.
“Iye, abang tahu..tapi, sekali-sekala aje Cinta pakai macam ni kan? Bukan tak pernah pakai pun. Time Ikmal suruh pakai masa fashion show tu, Cinta nak pulak pakai? Ni abang yang suruh, Cinta tak mahu?” duga Shuji, sengaja ingin memancing Virus.
“Tu sebab Cinta dipanggil GAY! Cinta benci perkataan GAY tau!”
“Okey, okey..kalau Cinta bukan GAY, Cinta pakai..tunjukkan pada abang yang Cinta ni seorang perempuan yang sejati..” Shuji mencabar Virus.
“Huh?! Apa ni? Kau cabar aku ke ni? Okey, bring it on!” tiba-tiba pula bahasanya bertukar kasar saat itu.
Shuji agak tersentak dengan ayat kasar itu tetapi akhirnya dia tersenyum. Terpaksalah dia biasakan diri dengan sikap isterinya yang selalu berubah-ubah itu. Dia tahu, Virus memang begitu dan dia langsung tidak terasa hati.
Virus berlalu ke bilik air untuk menukar pakaian. Shuji menunggu dengan sabar. Berdebar-debar hatinya saat teringat semula wajah Virus ketika membuat pertunjukan fesyen hari itu. Ayu dan jelita wajah bujur sirih itu membuatkan hati Shuji tidak keruan saat itu.
Tidak lama kemudian, kedengaran pintu bilik air dikuak. Shuji terus terdongak lalu memandang ke arah Virus yang sedang keluar dari situ. Dress labuh berwarna merah garang itu memang tampak sesuai dengan kulit putih gebu yang dimiliki Virus. Isterinya nampak begitu anggun dan jelita walaupun tanpa secalit mekap. Shuji menelan liur.
“Woi! Apa kau tengah fikir tu, ha?! Sampai ternganga mulut? Tahulah aku comel giler pun time ni!” Virus memetik jari di depan muka Shuji yang jelas sedang jauh mengelamun.
“Cantik isteri abang..” puji Shuji membuatkan Virus rasa tersipu-sipu. Wajahnya merona merah apabila renungan mata Shuji masih menyapu ke halaman wajahnya.
“Dahlah! Err..kau..eh, abang! Boleh tak kalau Ida nak mintak tolong sikit?” soal Virus malu-malu. Memang perkara yang mahu diminta tolong olehnya itu agak memalukannya.
“Apa dia, sayang? Opss..Cinta..?”
“Err..abang boleh tak..ermm..”
“Apa?”
“Tolong zipkan dress Cinta ni..Ida cuba tapi tak sampailah tadi..” Virus menunjukkan ke arah belakangnya. Shuji tersenyum kecil lalu perlahan-lahan menuju ke belakang Virus.
Dia nampak bahagian belakang Virus yang putih gebu itu. Serta-merta nafsunya seperti tidak terkawal. Namun, dia cuba mengawal perasaannya yang tidak menentu itu. Perlahan-lahan dia menarik zip dress tersebut. Hatinya masih berdebar ketika itu. Begitu juga Virus, turut merasa debaran sebagaimana yang dirasai oleh Shuji.
“Dah siap! Okey, jom solat!” ajak Virus dengan suka hati. Dia berjalan bagai Robocop ketika itu kerana dress yang agak ketat itu membataskan pergerakannya.
“Macam mana, ek?” tiba-tiba Shuji bersuara bagai mengejek. Jemarinya diletakkan ke bibir lalu dia mengusap-usap bibirnya. Gayanya dibuat-buat seperti sedang berfikir.
“Macam mana apa?” Virus pelik. Dia kini sudah mencapai telekungnya.
“Cinta nak solat pakai baju ketat tu? Boleh ke? Tak tersadung ke nanti?” Shuji sudah ketawa kecil. Virus naik geram. Dia terus sahaja memakai telekung itu sambil menjeling tajam Shuji yang sedang ketawa.
“Kelakarlah! Macam Robocop!” kata Shuji lagi dalam ketawa yang masih berbaki. Virus bertambah panas hati. Tadi puji aku lawa la cantik la apa la..sekarang ni kutuk pulak ya? Gumam Virus dalam hatinya.
“Peduli apa aku?! Kau ingat aku tak boleh solat pakai dress ni? Huh!” Virus sudah berdiri di atas sejadah ketika itu. “Cepatlah, dowh..lambat ni..” marah Virus.
Shuji hanya tersenyum kecil sambil melangkah ke hadapan Virus untuk mengimamkan solat Maghrib tersebut. Comel sungguh Virus! Keluh Shuji dalam hatinya.

wawawaaaaa..
ReplyDeletecomey giler dorang nieh..
sekejap baek,,sekejap gado..
ske2..
mest meleleh shuji tgk virus an..
haha..
smbung cpt2 taw sis..
rinduku xterlerai lgi nieh..hehe..
comel comel comel comel!!!
ReplyDeletesuke suke suke suke!!!!
hahaha cayunk sisss =P
WAHAHAA...sukela bab ni,,
ReplyDeletehehe comeyh gle dorang!!!
hehe mcm orng x btl dh sengeh sorang2 dpn laptop! haha..
suke btol ak ngan cite ni....
ReplyDeletesekejap kasar...sekejap manja....
tp ak ttp suke cite ni....
continue please....!!!
salam..
ReplyDeletewah at least dah ada pun entry baru..
really like ur story..
so cute lah ngan attitude virus, ada pulak layan suami mcm tu...
klau mak kita tau kita pangil suami mcm tu nak kena pelempang nati..hehe
well anyway i really admire ur story..
keep up the good work ekk..
chsyo chayo...
by shikshik
wow sis..
ReplyDeletecomeyh laaa..
hahahahhaha...
as expected from ur n3...
best sgt3...
cpt2 smbung ekkkkk...
luv ya sis!! 4evaaaaa
huhuhuhu
akak..
ReplyDeletemereke comel!
huhu keep it up..
chayok chayokkkk
warghhhh comel jerw dorang nie
ReplyDeletemesti tergugat iman shuji tgk virus.
bhahahah.sweet2
-na'dz
best2!!!
ReplyDeletehuhu......cpt2 kn ye smbungan nye 2...
x saba da nii...
very sweet lorhh dis cpel!
i like!!!
=p
klau dh ade new upload, bley akak tlg inform kt sy?
thnks!
gemini_beary94@yahoo.com
pls....
pls...
pls...
nak agi...
ReplyDeletenk agi..
sis cptlah smbung...
hi.
ReplyDeletei baru follow ur blog. baru abis bace VVS.
sangat bes. n cepat sambung k. sangat hepi dgn virus n shujing. :D
keep a good work.
i'll leave another comment when i finish reading the 2nd story k
-oewyn-