“WOI! Cuba jangan buat terbeliak biji mata macam tu boleh tak? Aku tau la aku ni cute..kau tak payah nak tunjuk reaksi macam tu..” Virus tersengih melihat Ikmal yang sedang membeliakkan biji matanya. Tentu terpesona dengan kecomelan akulah tu! Desis hati Virus sendirian. Siapa lagi nak puji aku kalau bukan diri aku sendiri kan kan? Huhu..
“Perasan giler kau ni! Aku terbeliak sebab tengok rambut palsu yang kau pakai tu..apasal colour merah? Pelik dowh..” Ikmal ketawa terbahak-bahak apabila muka Virus berubah. Jaga kau Ikmal! Berani kau ketawakan aku?! gumam Virus sendirian.
“Suka hati akulah! Colour kegemaran aku laa..kau jangan sibuk-sibuk!” marah Virus. Dia memuncungkan mulut. Ikmal ketawa lagi.
“Haa..barulah macam perempuan sikit. Sejak balik dari bulan madu ni, kau dah berubah sikitlah walau tak banyak! Dah jadi perangai perempuan sikit-sikit. Suka muncung-muncung mulut. Pandai dah kau merajuk, ya? Dulu kalau aku ketawakan kau aje tentu kau dah hentam kepala aku ni..bagusnya Shuji..macam mana dia ubah kau, ya?” kata Ikmal panjang lebar. Ketawanya masih terburai keluar ketika jelingan tajam Virus menyapanya.
“Kau diamlah, bongok! Kau nak kena hentam ke? Kau nak aku jadi Virus yang sebenar? Berani kau gelakkan aku?!” bentak Virus. Skirt labuh yang dipakainya diselak sedikit lalu gaya ingin menyepak Ikmal dibuatnya. Panas hatinya melihat sikap Ikmal yang menjadi-jadi.
“Okey, okey..aku diam. Kau pergilah tukar rambut palsu tu..kelakar, dowh!” kata Ikmal sambil meneruskan tawanya. Virus mendengus tanda tidak berpuas hati dengan Ikmal.
“Tak nak! Kau heretlah aku kalau kau nak suruh aku tukar jugak!” Virus duduk di kerusi semula. Tidak mahu berganjak dari situ. Ingin melawan cakap Ikmal. Berani kau gelakkan aku?
“Kau betul-betul nak aku heret kau? Biar betul kau ni?” Ikmal menarik muka yang berkerut-kerut. Cemas kerana Virus tidak mahu bergerak. Masa pun sudah terlalu suntuk ni! Nak pergi studio lagi. Memang memakan masa juga ni!
“Suka hati kau gelakkan aku tadi. Aku takkan bergerak dari sini!”
“Weh, tolonglah. Janganlah macam ni. Okey aku minta maaf..please la nanti bos aku marah datang lambat untuk shooting..”
“Oh, tahu pulak kau ya? Tadi gelakkan aku tak rasa lambat pula?” sengaja Virus ingin mencemaskan Ikmal. Padahal dia hanya bergurau, ingin melihat reaksi Ikmal. Lelaki itu perlu diajar sedikit kerana tertawakan aku! kata hati kecil Virus.
“Jangan paksa aku!” Ikmal cuba menggugut. Wajahnya serba-salah.
“Biarkan kau!” Virus ketawa jahat. Masih tidak ingin bergerak.
“Okey!” Ikmal menghampiri Virus lalu segera mengangkat tubuh Virus. Tergamam Virus dibuatnya. Terkial-kial Virus ketika itu.
“Woi! Apa ni? Lepaskan akulah, bodoh! Woi! Woi!” Virus meronta-ronta. Ikmal meletakkan semula Virus ke bawah. Dia juga terkejut sebenarnya kenapa dia boleh berbuat begitu pada Virus. Tindakan yang sungguh spontan!
“Kau dah gila ke? Aku bergurau aje pun! Apasal la kau ni sengal sangat macamlah tak kenal dengan perangai aku?!” marah Virus sekuat hatinya. Dia membuat kecoh di salun tersebut. Geram dengan sikap Ikmal. Mestilah dia marah! Pertama kali Ikmal berkelakuan begitu padanya.
“Okey..I’m sorry. Aku terdesak. Aku pun tak tau kenapa dan bagaimana aku boleh buat macam tu pada kau..janganlah marah, nanti cepat tua!” Ikmal cuba memujuk Virus. Kedua tangannya diangkat bagi menenangkan suasana gamat yang berlaku. Nasiblah cuma ada dua tiga orang ketika itu didalam salun tersebut.
Muka Virus ketika itu seperti singa lapar. Marah benar dia dengan perlakuan Ikmal tadi. Comel la pulak Virus ni kalau marah-marah macam ni? Eh, apa aku fikir ni?! Ikmal cuba bertenang dengan menarik nafas dalam-dalam.
“Okey! Kalau kau buat lagi, kau tahulah nasib kau!” gertak Virus dengan wajah bengis. Dia mengangkat jari telunjuk lalu melekapkan ke dahi Ikmal tanda memberi amaran.
“Iyer! Aku dah tak buat lagi dah. Tak sengaja. Spontan la tadi! Siapa suruh kau main-mainkan aku? Aku terdesak takut bos aku marah!” kata Ikmal lagi. Dia cuba tersengih pada Virus.
“Haa..apa lagi? Mana rambut palsu yang sesuai dengan aku? Cepatlah, ngok! Kata takut bos kau marah? Yang kau duk tenung muka aku tu kenapa? Lemao!” bentak Virus apabila dilihatnya Ikmal sedang merenung ke arahnya. Haih, pelik betul mamat ni!
“Jom! Ikut aku..” Ikmal cuba berlagak tenang sambil berjalan. Virus hanya mengikut tanpa banyak soal lagi. Perbuatan Ikmal tadi segera dilupakan. Mungkin lelaki itu betul-betul tidak sengaja buat dia begitu! Terdesaklah katakan! Virus cuba menyedapkan hatinya.
“LAMANYA! Apasal lama sangat ni?” Shuji bangun semula dari duduknya. Sejak tadi dia asyik bangun, lepas itu duduk semula. Berulang-ulang kali dia begitu. Tidak lama kemudian, dia berjalan pula mundar-mandir di sekeliling ruang tamu itu.
“Kata nak pergi sekejap aje? Sengaja nak buat aku rindu pada dia la tu!” bebel Shuji sambil merengus kecil. Dia duduk semula di sofa melepaskan keluhan berat. Tidak tentu arah jadinya jika sehari dia tidak berjumpa dengan isterinya.
“Assalamualaikum!” kedengaran suara seseorang sedang memberikan salam. Shuji menoleh. Datin Rosmah duduk di sebelahnya dengan senyuman meleret.
“Waalaikumussalam, ma!” Shuji membalas senyuman ibu mentuanya itu.
“Baru balik kerja, ya? Dah makan ke?” soal Datin Rosmah. Shuji tersenyum lagi lalu mengangguk.
“Dah makan, ma..tadi makan dengan member sekerja..” balas Shuji dengan penuh sopan. Datin Rosmah terangguk-angguk.
“Kenapa mama tengok kamu macam gelisah semacam aje dari tadi? Mama duk perhatikan kamu dari dapur tadi..” soal Datin Rosmah ingin membuka bicara. Memang dia pelik melihat menantunya itu yang kelihatan resah sejak tadi.
“Oh, tak adalah. Saya okey aje..mungkin penat kerja, kot!”
“Iya ke? Gelisah semacam aje? Takkanlah sebab kerja kamu boleh jadi sampai macam tu?” Datin Rosmah cuba menduga. Shuji tersengih macam kerang busuk. Macam tahu-tahu pula mama ni?
“Sengih-sengih tu adalah sebab tu, kan?” duga Datin Rosmah lagi.
“Vi..Vi..Vir..eh..Ida, mama..sebab dia..” Shuji tersipu-sipu. Datin Rosmah ketawa kecil. Lucu dengan sikap Shuji. Malu-malu pula nak mengaku!
“Kenapa? Kamu rindukan dia ke?!” soal Datin Rosmah tanpa berlapik. Shuji tersentak dengan wajah tersipu-sipu. Wah, hebatnya mak mentua aku ni?
“Adalah sikit. Suami mana yang tak sayang bini, mama! Rindulah dia belum balik-balik lagi ni..” Shuji tergelak kecil. Tersipu-sipu lagi. Datin Rosmah menjadi suka melihat gelagat menantunya itu.
“Woi! Kau merepek kebende dengan mama aku?” sergah Virus yang tiba-tiba datang. Dia baru balik dengan Ikmal dan terdengar perbualan Shuji dan mamanya tadi. Shuji tersentak lalu menoleh. Kecut perutnya melihat wajah merah padam Virus. Ikmal di sebelah sudah tergelak kecil.
“Ida! Kamu ni boleh tak hormatkan suami sikit? Syurga kamu kan bawah telapak kaki suami?” Datin Rosmah mula bersyarah. Wajahnya merah memandang Virus yang baru menapak masuk.
“Hmm..baikk!” Virus memuncungkan mulut lalu duduk disebelah mamanya. Ikmal masih gelak. Lucu dengan perangai Virus. Macam manalah Shuji boleh bertahan agaknya?
“Ermm..kau baru balik ke? Lamanya pergi?” Shuji berlakon seperti biasa yang disuruh oleh Virus. Tidak mahu isterinya merajuk. Dia tahu, Virus masih segan mahu berterus-terang di hadapan keluarganya tentang hubungan mereka yang semakin mesra. Egonya si Virus itu usah dikata!
“Kau ingat sekejap ke? Nak mekap la..nak pakai baju yang aku tak suka pun kena ambil mood jugak..lama jugak mood nak datang bila nak pakai baju tu..lepas tu, pergi shoot pulak! Sebab itulah lama, dowh..” gumam Virus dengan wajah tidak puas hati.
“Iyalah, pergi mandi dulu..nanti nak makan sama-sama. Mama dah masak tadi tu..Ikmal pun makan sini sekali, kan Mal?..” Shuji berkata lembut sambil tersenyum manis. Ikmal mengangguk-angguk. Memang dia selalu bersabar dengan keletah Virus.
“Dahlah, Ida. Kamu tu jangan mengada-ngada lagi. Dengar cakap suami kamu tu sikit..” Datin Rosmah mengomel-omel. Virus mencemik muka.
“Sikit aje kan mama? Tak payah banyak-banyak?” Virus berseloroh dengan wajah selamba badaknya. Cuba berloyar buruk.
“Banyaklah kamu punya sikit? Mama cepuk baru tahu?! Kamu ni pun Adli, manjakan sangat bini kamu tu? Semakin menjadi-jadi pulak perangai budak ni! Tegaslah sikit..mama tahulah pun kamu tu sayangkan bini kamu..tapi berpada-padalah jugak!” bebel Datin Rosmah lalu bangun.
Virus dan Shuji terkebil-kebil. Mulut mereka terbuka luas melihat gelagat Datin Rosmah. Berkumat-kamit mulutnya berleter panjang. Habis Shuji juga dileteri olehnya. Ikmal yang berada di belakang Datin Rosmah sudah memegang perutnya menahan ketawa dari terburai melihat gelagat keluarga itu.
“Dahlah! Mama masuk dulu. Nanti dah mandi-mandi, mama nak kamu semua ada di meja makan tepat pukul 8 malam. Faham?” tegas Datin Rosmah lalu berjalan naik ke biliknya.
“Baikk!” serentak kata-kata Virus, Shuji dan Ikmal. Mereka menelan liur serentak juga. Kecut perut dengan Datin Rosmah. Memang menakutkan betullah orang tua itu jika tengah marah!
“Woi, mangkuk! Kau gelak apa tadi?” sergah Virus lantang sambil merenung tajam Ikmal. Ikmal tersengih sahaja.
“Kelakarlah. Takkanlah tak gelak pula? Rugi kalau tak gelak kalau ada benda kelakar. Lagipun ketawa kan terapi untuk awet muda..?” ujar Ikmal dengan selamba.
“Cis! Kelakar? Woi, bro..aku kasi amaran ni. Kau ketawa lagi, aku cepuk muka kau yang tak handsome tu?!” Virus menunjukkan penumbuknya pada Ikmal.
"Lagipun, buat apa awet muda? Oh, sebab kau tu tua..aku lupa kau dengan Shujing ni dah tua..okey, faham.." sambung Virus lagi. Ikmal membuat muka bengang. Berani kata aku tua? Tak sayang mulut betul perempuan ni! Shuji pula ketawa kali ini melihat gelagat kedua sahabat baik itu.
“Kau pun sama! Main nak ketawa tanpa sebab ni kenapa pulak ni?! Aku cepuk kau sekali dengan si mangkuk ayun Ikmal ni!” bentak Virus dengan wajah bengis. Memang serupa dengan samseng kampung dusun, daa..
“Okey, okey..sorry, beb! Aku bukannya apa, nak tergelak aje..bukan aku sengaja nak gelak. Aku terrr gelak..nama pun ter..kan, kan?” Shuji pula berloyar buruk kali ini. Virus meragut baju Shuji lalu menarik tubuh lelaki itu mendekatinya. Mukanya dibuat lebih bengis dari tadi.
“Woi! Agak-agak ar..loyar buruk pulak dia?! Aku lesing karang baru tahu!” muka Virus yang ganas itu mendekati muka Shuji. Lelaki itu hanya tersengih panjang. Wajah gatalnya terpampang ketika itu. Tiba-tiba..
Cupp!! Sebuah kucupan hinggap di hidung Virus ketika isterinya itu sedang asyik merenung tajam wajahnya. Muka bengis Virus tadi terus serta-merta bertukar ke warna merah menyala. Mana tidaknya, Shuji mengucupnya di hadapan Ikmal! Tentulah malu gila dirasakan olehnya!
Shuji tersengih lagi. Suka hatinya mengusik Virus. Entah mengapa sekarang ini dia sudah menjadi tidak makan saman dengan perangai ganas Virus. Jika isterinya itu datang mood mahu bergaduh, dia akan buat perangai nakal seperti tadi. Tentu selepas itu Virus akan tunduk padanya.
“I will kill you!” Virus mengejar Shuji yang sudah bersiap sedia melarikan diri. Ikmal tersengih panjang melihat gelagat kedua sahabat baiknya itu. Lama Ikmal merenung wajah Virus yang sedang berlari ke sana kemari mengejar Shuji.
Entah mengapa seraut wajah itu begitu menarik perhatiannya ketika ini. Ikmal juga tidak tahu kenapa dia boleh berasa begini. Dalam hatinya terasa sedikit cemburu dengan kemesraan Virus dan Shuji.
KHAIRUL tersenyum. Kali ini dia sudah tahu di mana tempat tinggal Virus. Tadi dia telah mengikut Virus dan Ikmal sehingga ke rumah. Ternyata mereka tidak menyedari intipannya ke atas mereka sedari tadi.
Berbagai muslihat sudah dalam perancangannya. Kemusnahan Virus terpampang di ruangan matanya. Kau tunggulah Ida..kau akan merana selepas ini..aku dah rancangkan sesuatu untuk kau, sayang.. sesuatu yang sungguh special! Kau pun takkan jangkakannya..
Kepala Khairul terangguk-angguk ketika meninggalkan kawasan perumahan mewah itu. Rumah banglo tiga tingkat Virus itu akan dikunjungi olehnya lagi. Tetapi kunjungan selepas ini, adalah kunjugan ‘maut’ buat perempuan yang bernama Vanida binti Dato’ Sharif itu! Khairul ketawa terbahak-bahak. Seronok membayangkan rancangannya yang pasti berjaya..
p/s: sowi la pendek n3 kebelakangan ni ek..sbb bz+kekeringan idea..huhu harap korang paham n sabar melayan kerenah kepala otak sis yg agak mengong skrg ni ekeke..jangan lupe komen tau..sbb komen korg akan bagi smgt tuk sis update lg n3..huhu ngade2 la plak tp itulah kenyataannye..mne la tau, korg terkasi idea ke melalui komen korang..huahuahua..mmg kepala otak tgh biol skrg ni..pikir mcm2 bende..nk gi praktikal satu mende+pressure nk siapkn n3 tepat pd wktunye b4 petang ahad ni..hihi ^^

ala...
ReplyDeletekhairul nk wt tu...??
dengki btol la...
comel jek dorg ni..ahaha
ReplyDeletetp ade pengacau pulak dah..
hate khairul =.=
wawaaaaaaaa...
ReplyDeletejgn ckp yg si ikmal pon da rse smething2 kat virus..parah la cmtuh..
hope tuh just mainan prasaan ikmal je..
huhu..khairul,,pe la yg ko nk wat tuh..huhu...
comey je shuji n virus nieh..hahaa..
ske2...
btul3!!hope just mainan perasaan ikmal jer..giler nanti berebutkan virus pulak..tak pepasal pulak putus kawan nanti..virus dan shuji mmg comel sejak dulu lagi hahaha tu yg buat rmai minat novel nih ;)
ReplyDeletealah,sis jnji tau abiskan vvs..
ReplyDeletetpi an..sayang plak bile vvs dh abis..
dah xder virus n shujing..cedih2 =(
sbb diorang neh cute,,sweet & kelakar..
n3 ni bes sis..tp jgn buat si ikmal ske kt virus plak..xbes dah nty..hehe =P
alorhhhh.......
ReplyDeletevvs dh nak abis ker? tak best la camtuh :(
mereke comel n syuweet..suke bangat......... :(
comei.........
ReplyDeleteadui..
ReplyDeletesis.. rindu tol kat blog sis nie..