-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Thursday, August 13, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 11

FARIS menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. Ketika itu ibunya tiada di rumah, jadi bolehlah dia melepaskan geram sepuas-puas hatinya. Dia menuju ke meja berdekatan sofa lalu menumbuk meja tersebut dengan sekuat hati. Rengusan demi rengusan kedengaran kuat dari mulutnya. Dadanya berombak kencang.

“Ifa!!” jeritnya dengan penuh perasaan hampa dan dendam yang menggunung. Teringat lagi bagaimana cintanya ditolak mentah-mentah oleh gadis yang dicintainya itu. Hatinya bagai terpanggil untuk mempercepatkan rancangannya ke atas Nazifa.

Tangan Faris pantas mencapai telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluarnya. Nombor telefon Mat didail laju dan tanpa sabar.

“Hello, Mat!” ucap Faris sebaik sahaja terdengar suara Mat di hujung talian.

“Ya, bos? Ada apa yang boleh saya tolong?” getus Mat malas namun nada suaranya cuba dikawal. Bimbang Faris dapat menghidu bahawa dia kini sedang berseronok di pub. Dia sempat berlari keluar tadi apabila menyedari telefon bimbitnya berbunyi.

“Kau kat mana?!” tanya Faris dengan kasar. Dia merengus sesekali apabila Mat masih terdiam.

“Ada di luar..” jawab Mat dengan rasa cuak.

“Luar tu di mana??”

“Err..adalah bos..kenapa call saya malam-malam macam ni? Macam ada hal penting aje bos?”

“Memanglah hal penting! Kau ingat aku sengaja nak bazirkan masa dan tenaga aku nak bergayut telefon dengan kau?” Faris merengus kecil.

“Oh! Sorry, bos! Hal apa bos?” kini Mat sudah terasa gementar dan seram sejuk apabila nada suara Faris berubah tegang.

“Aku nak jalankan rancangan kita sekarang jugak!” Faris menumbuk meja dengan kuat selepas habis berkata-kata. Mat tersentak apabila terdengar bunyi tumbukan kuat itu.

“Sekarang?? Pukul 12 tengah malam?” Mat terkebil-kebil. Beberapa kali juga dia mengerling jam tangannya dengan rasa tidak percaya.

“Iyalah! Kau ingat aku main-main ke?!” bentak Faris.

“Tapi bos..takkanlah malam-malam buta macam ni?” soal Mat lagi.

“Aku nak kau datang sekarang ni..aku tak kira!!”

“Bos, sabarlah bos..esok-esok pun boleh kan?” Mat cuba memujuk. Dia tidak mahu masa berseronoknya tamat begitu sahaja. Bukannya selalu dia dapat bersuka-ria begini.

“Kau yang terima arahan atau aku yang kena terima arahan dari kau?!” jerkah Faris. Kecut perut Mat dibuatnya. Hampir menggigil tubuh Mat ketika itu.

“Bo..bo..bos yang bagi arahan..saya yang terima arahan..” dalam nada yang gagap, Mat menjawab. Faris menggetap gigi kerana geram. Sudahlah hatinya sedang sakit kerana Nazifa, kini orang suruhannya pula yang buat hal. Sudah pandai pula berdolak-dalik dengannya.

“Pandai pun kau?”

“Sorry, bos..bila nak datang? Sekarang??” Mat masih tidak percaya. Gila betullah si Faris ni agaknya? Sampai tak tengok pukul berapa sekarang ni..hati Mat berkata-kata sendirian.

“Sekaranglah, bodoh! Bangang! Tolong jangan buat aku belasah kau boleh, tak?!! Aku nak bunuh kau pun boleh, tau?” gertak Faris. Mat tersentak lagi. Menggigil tubuhnya kerana ketakutan.

“Ba..baiklah, bos! Saya datang sekarang..bos kat mana?”

“Itupun kau nak tanya lagi, ke? Kau nak aku cakap berkali-kali baru kau nak faham? Tempat biasalah, bodoh!!” jerit Faris.

“Baik..saya datang sekarang jugak!!” Mat terus mematikan talian. Tergesa-gesa dia berlalu pergi dengan rasa tidak puas hati. Habis masa berseronoknya tamat begitu sahaja!



NAZIFA berjalan seorang dirinya ketika itu tanpa arah tujuan. Dia masih teringatkan kata-kata Faris petang tadi. Selepas berjumpa dengan Faris, dia tidak terus pulang ke rumah. Entah mengapa hatinya bercelaru, kepalanya berserabut dengan bermacam masalah. Dia berjalan menyusuri tepian jalan berhampiran kawasan perumahannya.

“You dengar sini Ifa! I tegaskan kat sini yang I takkan lepaskan you! You larilah mana pun..I kejar! You milik I! I takkan benarkan you dimiliki oleh lelaki lain! Faham?!” kata-kata Faris terus terngiang-ngiang di benaknya. Mengganggu perasaan hatinya yang sedia berkecamuk. Sebak tiba-tiba datang lagi. Mengapa lelaki ini harus muncul dalam hidup aku? tangis hati Nazifa.

Nazifa terus berjalan dan berjalan. Jika dilihat dirinya ketika ini memang bagai mayat hidup yang sedang bergerak-gerak. Dengan mata yang sembab, baju t-shirt dan rambut yang agak berserabut. Tiba-tiba..

Pingggggggggggg!!! Bunyi hon yang kuat menyentakkan Nazifa dari lamunannya yang panjang. Nazifa tergamam seketika. Dia terdorong ke tepi jalan lalu menoleh pantas ke arah kereta yang berhenti betul-betul di sebelahnya. Dia terasa tubuhnya bergetar kerana terlalu terkejut.

“Cik..cik tak apa-apa ke?” soal seorang lelaki yang tiba-tiba meluru ke arah Nazifa. Nazifa masih diam dan kelihatan masih terkejut.

“Eh, Cik Nazifa?” lelaki itu bersuara setelah lama mengamati wajah Nazifa. Baru dia teringatkan gadis itu yang baru dikenalinya petang tadi.

Nazifa mendongak lalu memandang lelaki di hadapannya. Dia mengerukan dahi dengan wajah hairan. Dia masih cuba untuk mengingati lelaki itu.

“Cik tak ingat ke? Kat taman tadi?” lelaki itu tersenyum manis. Lesung pipit di sebelah kiri pipinya terukir, memancarkan lagi ketampanan wajah lelaki itu.

“Maaf, encik. Saya tak berapa ingatlah!” Nazifa cuba menjauhkan diri. Bimbang lelaki itu adalah seorang yang mungkin berniat jahat ke atas dirinya. Memang dia sudah serik dengan lelaki jahat seperti Faris. Cukuplah seorang sahaja yang menyeksa dirinya begini. Itupun sudah cukup untuk memporak-perandakan kehidupannya.

“Saya Khairy..cik ingat lagi?” Khairy cuba memperkenalkan namanya dengan harapan Nazifa mengingati dirinya. Nazifa kelihatan tergeleng-geleng. Sungguh mindanya tidak mampu untuk berfikir lagi. Penat benar kepala otaknya sejak kebelakangan ini kerana memikirkan nasib dirinya.

“Maaf! Saya tak kenal awak!” Nazifa terus berlari dari situ sebaik sahaja Khairy selesai berkata-kata. Khairy kelihatan terkebil-kebil. Dia memandang pelik langkah Nazifa yang sedang berlari-lari anak meninggalkan dirinya.

Nazifa tercungap-cungap di pinggir jalan setelah agak lama berlari. Dia memandang tanah sambil mengeluh panjang. Takut benar dia tadi. Mungkin itu salah seorang lagi lelaki yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya. Begitulah bagaimana yang difikirkan oleh hati dan mindanya.

Dia meneruskan lagi perjalanannya setelah melepaskan lelah. Tidak habis-habis dia menoleh ke kiri dan kanannya serta arah belakang. Dia bimbang lelaki tadi mengejarnya. Trauma yang di hadapi olehnya masih menghantui minda. Nazifa memandang lemah kelibat rumahnya yang sudah semakin hampir dengan dirinya. Kakinya dihayun lagi.

Dengan tiba-tiba, sebuah kereta memecut laju dan berhenti betul-betul di sebelah Nazifa. Nazifa tersentak buat kali kedua dan menoleh. Seorang lelaki kelihatan keluar dari kereta berkenaan lalu memaut lengan Nazifa dengan kasar.

“Apa ni?! Lepaskan aku!!” jerit Nazifa sambil meronta-ronta. Dia ingin menjerit lagi untuk meminta tolong namun mulutnya segera ditekup oleh tapak tangan lelaki misteri itu. Nazifa cuba mengamati wajah lelaki itu namun dia gagal untuk mengenali wajah asing itu. Lagi pula, suasana agak samar dengan kegelapan malam.

“Kau diam!” gertak lelaki itu sambil merentap rambut Nazifa sehingga terdongak kepalanya. Airmata kelihatan merembes keluar dari kelopak mata Nazifa yang mula berair. Dugaan apa lagikah yang ingin Kau turunkan pada hamba-Mu ini, ya Allah? Aku bermohon pada-Mu, selamatkanlah diriku dari niat jahat orang..doa Nazifa di dalam hati.

“Ikut aku!” lelaki itu menarik lengan Nazifa sambil tangannya terus menekup mulut gadis itu. Nazifa masih kaku, tidak mahu bergerak. Dia ingin melawan semampu yang mungkin.

“Kau jangan buat aku naik angin?!!” lelaki itu terus menarik kuat lengan Nazifa. Dia menyeret tubuh kecil Nazifa lalu disumbatkan ke dalam kereta.

Mata Nazifa terbeliak apabila tubuhnya sudah memasuki kereta berkenaan. Dia memandang wajah Faris yang sedang tersenyum sinis. Lelaki itu memandang dirinya di tempat duduk belakang iaitu tempat dia berada sekarang.

“Kau lagi?!!! Kau tak puas lagi nak menyusahkan hidup aku??” jerkah Nazifa. Kereta itu terus dipandu laju oleh lelaki yang menyeret Nazifa tadi.

“Sayang..kita kahwin, ya?” Faris tersengih. Sinis sekali. Jemarinya diletakkan ke dagu Nazifa. Dia membelai-belai pula pipi gadis itu semahu-mahunya. Nazifa segera menepis tangan Faris apabila tersedar yang Faris sedang menyentuhnya.

“Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan lelaki dayus macam kau ni?! Tuihh!!” Nazifa meludah ke muka Faris. Lelaki itu tergamam seketika lalu senyuman diukir lagi. Dia mengesat air liur yang melekat di mukanya. Dengan tiba-tiba pula Faris ketawa dengan begitu kuat sekali.

“Jantan tak guna!! Kau gelak apa???” jerit Nazifa dengan kasar. Dia bagaikan orang hilang akal ketika itu. Airmatanya mengalir kerana terlalu takut dan sakit hati.

“I nak kahwin dengan you..”

“Kau ingat aku nak setuju kahwin dengan kau?!”

“You akan setuju jugak..kalau I tunjukkan sesuatu pada you..”

“Hoi jantan! Muslihat apa lagi kau nak jalankan, ha?!” bentak Nazifa sehingga tertahan-tahan nafasnya. Rasa geram dan sakit hati menguasai dirinya.

“Kalau you nak sangat reputasi papa you merosot, nama keluarga you busuk..you try laa melawan cakap I?!” Faris memegang muka Nazifa. Walaupun gadis itu cuba meronta-ronta, rontaan itu tidak berjaya melonggarkan pegangan kemas itu.

“Kau nak buat apa??!”

“You tak ingat ke? Malam pertama kita tu, sayang? I happy sangat sebab I dapat miliki you malam tu..ada gambar ni..you nak tengok tak?” Faris mengeluarkan satu sampul berwarna coklat. Dia menyuakan pada Nazifa lalu gadis itu menepis kuat sampul yang dihulurkan oleh Faris.

“Kau memang jantan yang tak berguna! Sial laa kau! Pergi matilah jantan dayus macam kau ni!” Nazifa menangis semahu-mahunya. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan esakan yang menjadi-jadi.

“Kan I dah tegaskan sebelum ni? You milik I, Ifa! Forever mine! You takkan terlepas dari tangan I..” Faris tertawa puas. Memang hatinya puas ketika ini. Biarlah walau beribu kali dia terpaksa melakukan perkara sebegini pada Nazifa asalkan hatinya puas. Nazifa kelihatan menangis teresak-esak. Lemah sahaja keadaannya ketika itu. Pipinya dibasahi air jernih yang tidak henti-henti keluar dari tubir matanya.

Mengapa semuanya terlalu sempurna bagi lelaki jahanam itu menjatuhkan aku? Mengapa aku harus menanggung penderitaan sebegini berat, ya Allah..Engkau tabahkanlah hatiku ini..aminn..


p/s : sory kalo n3 ni xbest..busy maa..huhu sowi ek..pendek jerkk..gomennasai~ ^^
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 8/13/2009 09:54:00 PM

9 comments:

  1. hana_anizThursday, August 13, 2009 at 10:29:00 PM GMT+8

    1st!!! jahat giler si faris tu!!! mesti khairy ske kt ifa kn?? tp, nk ifa dgn faris. bkn pe.. mesti lama2 ifa terima faris. faris x jahat. tp dia obses.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. keSENGALan teserlah..Thursday, August 13, 2009 at 10:30:00 PM GMT+8

    walaweyhh..
    awat kijam bebenor si faris nieh...
    sekeh laju2 kang..
    adoyaii..
    smbung2..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. faiicieFriday, August 14, 2009 at 4:32:00 PM GMT+8

    wededehhhhhh...
    cion bnor ngn ifa 2...
    faris mang jntan tak gune...
    smbg cpt yerrrrrr...
    huhuuuuuuuuuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. little squareFriday, August 14, 2009 at 9:14:00 PM GMT+8

    sis...
    nk agi2...
    sis nyer citer

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousSunday, August 16, 2009 at 10:38:00 AM GMT+8

    iskkkkk..
    sakitnyeee atie ngan c faris gilak tuuu..
    bukannyee taleh minang ke, cuba mengorat kee..
    ni tau nak pakse2 org pulakkkkkkk..
    sambong plzz hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. saitoSunday, August 16, 2009 at 10:43:00 AM GMT+8

    cerite ni memang bez gile..
    xsabor dah nak tau selanjutnye..
    mmg lain dari yg lain cerita yg sis buat..
    semuanye bez..keep it up tau!
    cpt smbg n3 novel ni..bez sgt

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. syazriniSunday, August 16, 2009 at 6:47:00 PM GMT+8

    aiyok!
    kejam gile faris tuh!!!
    sambung pat sis huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousSunday, August 16, 2009 at 7:32:00 PM GMT+8

    sabo je aku ngan c faris ni...!
    nak anak org gentleman le ckit..
    ape kelas main paksa2 ugut ni..huhu
    sj je emo mghrib2 ni..
    sis nak lg yek! hehe
    chaiyok..chaiyok..!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. MisS_SyaSunday, August 16, 2009 at 7:52:00 PM GMT+8

    sissssssssssss....
    nape kejam si faris tuee?
    mencii mencii menciiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu