-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, August 16, 2009

Virus Vs Shuji 24

SHUJI memarkirkan keretanya di pinggir jalan. Dia berhenti seketika apabila kepala otaknya tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Ya Allah! Bukankah tadi Virus cakap dia cuti hari ini? Dia tak ada pula beritahu yang dia nak keluar. Virus tentu akan beritahu jika dia ingin kemana-mana! Begitulah sikap Virus sejak mereka berbaik-baik sebagai suami isteri.

Pantas Shuji memandu semula. Dia ingin berpatah balik ke rumah. Di dalam mindanya, dia cuba mengingati gerangan yang menelefonnya tadi. Suara seorang lelaki yang kedengaran begitu mencurigakan sekali. Puas dia cuba mengingati lelaki itu, namun gagal. Siapalah agaknya yang menelefonnya tadi? Ya Allah! Tolonglah jauhkan perkara-perkara buruk dari menimpa isteriku..

Kereta terus dipandu laju menuju ke rumah. Perjalanannya agak terbantut apabila jalan raya sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu. Lama juga kesesakan lalulintas ini rupanya, mungkin sejak pukul 6 petang tadi ketika Shuji memandu ke destinasi yang dikatakan oleh lelaki yang menelefonnya. Shuji mengerling jam tangannya. Sudah pukul 7.30malam. Sesekali rasa menyesalnya datang bertandang. Mengapalah aku tidak terfikir langsung tentang kata-kata mencurigakan lelaki itu agaknya?

Shuji cuba menelefon Virus namun tidak langsung berjawab. Sudahnya Shuji menjadi risau dan bimbang. Bagaimana jika sesuatu yang tidak baik berlaku? Ya Allah..minta jauh perkara-perkara yang sedang aku fikirkan ini..

Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Shuji meneliti di skrin telefonnya. Nama Datin Rosmah tertera di situ. Shuji naik pelik apabila tiba-tiba sahaja mendapat panggilan dari ibu mentuanya.

“Hello, assalamualaikum ma!” ucap Shuji lembut.

“Waalaikumussalam. Adli, kamu ada di mana sekarang ni?” soal Datin Rosmah laju. Nada suaranya kedengaran cemas sekali. Shuji mengerutkan dahi.

“Saya on the way balik, ma. Kenapa ni, mama?” soal Shuji kembali. Datin Rosmah terdiam sebentar, bagai sedang memikirkan sesuatu.

“Adli! Mama rasa tak sedap hati. Tadi mama dapat panggilan yang papa kamu accident. Lepas tu, mama pergi ke tempat kejadian. Tak ada apa-apa pun. Bila mama call papa, papa cakap dia pun dapat panggilan yang sama dan dia pun baru nak call mama, ingin tanya tentang panggilan misteri tu..” panjang lebar suara Datin Rosmah dihujung talian. Nada suaranya bergetar.

“Mama..saya pun dapat panggilan tadi. Dia cakap Ida sedang buat kecoh di sebuah restoran! Saya dah pergi separuh jalan tadi. Lepas tu, saya teringat yang Ida beritahu dia cuti hari ni..then saya terus patah baliklah ni..traffic jam pulak ni, mama!” kali ini nada suara Shuji pula yang berbaur cemas. Risau sungguh hatinya ketika terfikirkan segala kemungkinan yang tidak baik.

“Adli, cepat balik. Mama pun baru patah balik ke rumah ni. Mama risaukan Ida..mama call dia tak angkat!”

“Ye, mama. Saya on the way..nanti cakap lagi, ya mama? Assalamualaikum!” Shuji mematikan talian setelah selesai berkata-kata.

Hati dan perasaan Shuji sekarang terasa tidak menentu. Dia risau memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak baik yang mungkin berlaku pada Virus. Ya Allah! Sesungguhnya aku terlalu menyayangi isteriku..ya Allah, selamatkanlah rumah tangga kami..aminn..



IKMAL sedang berjalan-jalan menyusuri tepian tasik berdekatan rumahnya. Dia termenung memikirkan sesuatu yang mengganggu jiwanya sejak beberapa hari ini. Entah mengapa hatinya menjadi tidak menentu apabila memandang Virus. Dia tahu Virus hanya menganggapnya sebagai kawan baik dan Shuji juga mempercayainya sebagai seorang kawan baik.

Sepatutnya dia tidak boleh berfikir begini namun apakan daya mindanya bagai tidak mahu berhenti memikirkan tentang Virus. Jiwanya kacau. Mengapa agaknya perasaan sebegini tiba-tiba sahaja hadir? Dirinya dirasakan bagai orang yang tidak normal kerana sanggup berfikir begini. Virus kan isteri orang? Mengapa hati ini tidak mahu mengerti?

“Tuutt!! Tuuttt!!” telefon bimbit Ikmal tiba-tiba berbunyi. Ikmal segera mencapai telefon bimbit yang terletak di dalam beg sandang yang berisi kameranya.

“Hello, Shuji! Hah, apahal ni call aku senja-senja macam ni??” Ikmal pelik apabila Shuji menelefonnya ketika waktu senja begini. Biasanya Shuji jarang menelefonnya pada waktu sebegini.

“Weh, kau boleh tak tolong aku?” Shuji terus sahaja menyoal Ikmal.

“Tolong apa? Tiba-tiba aje kau ni?”

“Tolong sangat-sangat tengokkan Virus! Aku rasa tak sedap hati laa..” kata Shuji dengan nada risau. Ikmal terkebil-kebil sebentar.

“Kenapa pulak? Apa dah berlaku?” tanya Ikmal. Shuji terus sahaja menceritakan satu-persatu peristiwa yang berlaku. Ikmal terangguk-angguk.

“Tolonglah, Mal..aku on the way balik ni..aku takut aku tak sempat sampai rumah tepat pada waktunya. Aku takut sesuatu yang buruk berlaku..aku terlalu sayangkan Virus..aku sayangkan dia, Mal..” rayu Shuji dengan sepenuh hati.

Ikmal tersentuh apabila mendengar rayuan sebegitu dari mulut Shuji. Kedengaran begitu tulus dan ikhlas dari hatinya. Belum pernah lagi Shuji merayunya sebegini. Nampak sangat cinta yang sangat mendalam pada diri Shuji terhadap Virus. Dan aku pula? Aku ni suka hati aje berfikir bukan-bukan pada kawan-kawan baikku ini!

Ya, aku tidak sepatutnya berfikir begini. Mereka saling mencintai antara satu sama lain dan aku tidak boleh menjadi orang ketiga dalam cinta mereka! Ya Allah, syukurlah Kau bukakan mata aku sebelum aku melakukan sesuatu yang tidak baik pada kawan-kawan baikku!



KHAIRUL meletakkan tubuh Virus ke atas katil. Hatinya berbunga-bunga riang. Malam ini tercapai juga niatnya. Dendamnya selama ini akan berbalas! Keinginannya terhadap Virus juga akan termakbul. Khairul memegang kedua bahu Virus lalu mengelusnya lembut. Pipi Virus pula diusap semahu-mahunya. Teruja benar dia pada malam ini!

Perlahan-lahan dia membuka butang baju kemeja berwarna merah yang dipakai Virus. Satu persatu dibuka tanpa sabar. Sedikit demi sedikit mendedahkan bahagian leher dan sedikit bahagian atas dada Virus. Dada Virus yang putih gebu serta berombak tenang itu ditenung penuh nafsu. Belum pun sempat dia habis membuka butang baju tersebut, dia terasa tangannya digenggam kuat.

“Jantan sial! Kau buat apa ni?!” Virus tiba-tiba tersedar dari pengsan. Dia menggenggam kuat tangan Khairul yang sedari tadi begitu galak membuka butang bajunya. Tiba-tiba datang kekuatan pada diri Virus untuk melawan lelaki tak guna itu. Dia menolak tubuh Khairul dengan kasar.

“Sayang dah terjaga, ya? Awal benar..baru abang nak belai-belai sayang..tak apalah..tak kisah..sayang dah sedar ni, lagi best! Barulah seronok sikit!” Khairul tertawa kuat sambil menarik tangan Virus. Tubuh Virus terdorong ke hadapan dan terbangun dari pembaringannya tadi. Khairul memeluk pula Virus sehingga Virus terasa sesak nafas.

“Woi! Lepaskan aku!” Virus menyiku perut Khairul. Lelaki itu terjerit-jerit kesakitan lalu melepaskan tubuh Virus. Virus berlari ke arah pintu apabila mendapat peluang. Langkahnya hanya perlahan kerana kesakitan di kepala yang masih berdenyut-denyut.

“Kau ingat kau boleh lepaskan diri dari aku?” Khairul terlebih dahulu berlari lalu memaut tubuh Virus yang sedang menghampiri pintu bilik. Dia memeluk lagi Virus dengan sekemas-kemasnya lantas menyeret Virus ke arah katil.

“Lepaskan aku..bodoh! Sial!” marah Virus. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana pelukan Khairul begitu kemas melingkari tubuhnya.

“Aku tak akan sesekali biarkan kau terlepas dari tangan aku kali ni..” kata Khairul sambil menolak tubuh Virus ke atas katil. Dia menampar pipi Virus sekuat hatinya sehingga tubuh Virus terkulai lemah di atas katil.

Virus hanya mampu melihat susuk badan lelaki itu yang semakin mendekatinya. Virus cuba untuk tidak menangis walaupun merasa takut yang teramat sangat. Dia tidak mahu tampak lemah di hadapan lelaki seperti Khairul. Dia masih memikirkan cara untuk melawan lelaki itu.

Virus mengangkat kedua belah tangannya lalu cuba untuk menolak lagi badan sasa Khairul yang sudah mula menghimpit tubuhnya. “Syaitan! Iblis!” bentak Virus dengan perasaan yang berbaur. Antara sakit hati dan takut. Tangannya masih cuba menolak tubuh Khairul namun tidak berjaya menjauhkan lelaki itu dari dirinya. Khairul ketawa kecil sambil mencumbui leher Virus dengan penuh nafsu.

“Hoi! Kau buat apa hah??!!” tempik satu suara lelaki dengan tiba-tiba. Khairul tersentak lalu menoleh ke arah pintu bilik dimana lelaki itu sedang berdiri. Virus juga memandang ke arah suara lelaki yang baru masuk itu.


p/s : juz for u all...erm bz memanjang hehe harap sume paham kenape n3 skrg ni pendek n xbest ekeke sowi skali lg ^^
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 8/16/2009 09:56:00 PM
Labels: Virus Vs Shuji

11 comments:

  1. AnonymousSunday, August 16, 2009 at 10:57:00 PM GMT+8

    phew.. nasib baik khairul tak sempat buat lebih2.. dah ada orang datang rescue keke... cepat le sambung! sapakah gerangan yang menjadi penyelamat ituue?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. MisS_SyaSunday, August 16, 2009 at 11:28:00 PM GMT+8

    waaaaaaaaa..siapa yg datang tuh? jeng3!!
    nasib tak ade pape belaku kalo tak i tak rela la u..hahahahaa sambung sis..chayok2 :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. UnknownSunday, August 16, 2009 at 11:32:00 PM GMT+8

    mesti ikmal kn..??
    coz shuji xsmpt blik...
    jam....

    belasah khairul cukup2...!!
    ajar dia...!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. keSENGALan teserlah..Sunday, August 16, 2009 at 11:43:00 PM GMT+8

    perrhh..
    nseb bek khairul xsmpt ngap virus..
    huhu..
    spe yg jd saviour de amor tuh..?
    shuji or ikmal..?
    huhhuuuu...
    smbung agy sis..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. saitoMonday, August 17, 2009 at 12:23:00 AM GMT+8

    woww..seb bek tadek apapa berlaku..
    adoii saspen plak saper yg dtg tuh?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. IDA MANSOR / IENA MANSORMonday, August 17, 2009 at 6:17:00 PM GMT+8

    naseb baik ade orng smpat selamatkan virus!!!!
    gle suspen!!
    phew..lega tahap gaban ni...lol...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousMonday, August 24, 2009 at 1:49:00 PM GMT+8

    huh..nsib bek..
    smbg cpt ek

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. syazriniTuesday, August 25, 2009 at 4:21:00 PM GMT+8

    fuhhhhhhh..selamat!!!!!
    igt virus kena rogol sah2 punya ngan jantan tuhh..cpat sambung sis..hehe shuji or ikmal???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousTuesday, August 25, 2009 at 4:55:00 PM GMT+8

    sis mana n3 vvs neh..windu bangat seyhh~~~~ :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousSunday, September 6, 2009 at 10:50:00 PM GMT+8

    hello,tetap bez la sis...sambung lgieee..nak tau sape la org yg slamatkn virus tu :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousThursday, December 1, 2011 at 11:47:00 AM GMT+8

    mesti ikmal kan ? wahhhh !!! <3 _____ <3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu