“MAMA..mana Kak Ifa? Mama..Ira rindukan Kak Ifa. Mama, tolonglah cakap dengan papa supaya suruh Kak Ifa balik sini. Dah lama Ira tak jumpa Kak Ifa..Ira rindu..” rintih Nazira dengan esak tangisnya. Datin Hazwani turut mengalirkan airmata. Dia memeluk tubuh Nazira yang kurus dan cengkung itu erat-erat.
Sejak Nazifa berkahwin, Nazira sudah tidak berjumpa lagi dengan kakaknya itu. Dia tahu kenapa Nazifa tidak balik lagi ke rumah mereka, walaupun untuk menjenguk keluarga.
Datin Hazwani sudah menceritakan segala-galanya kepada Nazira membuatkan Nazira tidak dapat menerima kenyataan yang bapanya sanggup menghalau Nazifa hanya kerana kakaknya itu mahu berkahwin dengan orang yang bapanya tidak suka.
“Janganlah macam ni, Ira..jangan menangis lagi. Jom kita turun makan, ya sayang? Papa dah tunggu lama kat bawah tu..” pujuk Datin Hazwani. Nazira menggeleng-geleng.
“Ira tak nak jumpa papa..papa kejam! Ira nak Kak Ifa, ma..” tangis Nazira. Datin Hazwani sebak. Sudah beberapa hari Nazira tidak mahu makan. Memang anak bongsunya itu terlalu rindukan kakak kesayangannya. Sejak kecil, Nazifa dan Nazira memang rapat. Bagai tiada apa yang boleh memisahkan mereka dari bersatu.
Memang Nazira sedih apabila kakaknya terpaksa menginap di asrama dalam kampus Universiti Tenaga Nasional dulu. Dia bimbang yang mereka tidak akan menjadi serapat biasa bila berjauhan. Tetapi apabila dipujuk oleh Nazifa, Nazira rasa lega. Kata Nazifa, dia berjanji yang tiada apa yang boleh pisahkan mereka adik-beradik.
Lagipun, bukannya lama pun Nazifa tinggal di asrama dan kakaknya itu akan selalu balik ke rumah untuk menjenguk keluarga. Tetapi sekarang, Nazifa pergi tanpa menjanjikan apa-apa, dan tanpa mempedulikan pujuk rayu serta tangisannya supaya kakaknya itu tidak pergi. Kini, dia menyalahkan bapanya kerana tega menghalau kakak kesayangannya.
“Jangan begini, sayang..kesiankan papa..dia tunggu Ira makan dari tadi lagi..” Datin Hazwani mengucup dahi Nazira lembut lalu mengusap-usap rambut pendek separas bahu yang dimiliki Nazira. Dia mahu anak gadisnya itu tenang dan bersabar.
“Ira tak nak jumpa papa..Ira tak faham kenapa papa nak halau Kak Ifa sebab perkara kecik aje, ma..Ira tak faham! Papa Ira bukan macam ni, mama..kenapa papa buat Kak Ifa macam tu?” soal Nazira dengan linangan airmata.
“Syhh..jangan cakap papa macam tu. Tak baik, sayang. Mungkin ada sebab kenapa papa tidak mahu Kak Ifa kamu kahwin dengan lelaki tu..”
“Sebab apa? Sebab lelaki tu tak sama taraf? Tapi lelaki tu pun kaya, mama? Ira tahu lelaki tu kaya sebab Ira nampak family dia pada hari Kak Ifa kahwin tu..nama dia pun Syed Faris..” Nazira pandang ke mata ibunya. Airmata yang menitis diseka lemah, sedikit demi sedikit.
“Mama pun tak tahu kenapa, sayang. Tapi mama tahu yang papa buat begini semua tentu ada sebab. Papa kan susah sikit nak bercerita. Dahlah Ira..jangan menangis lagi..” Datin Hazwani mengerutkan dahinya dengan hati yang sebak.
Ibu manalah yang tidak sedih melihatkan anak-anaknya berduka begini. Nazifa juga tentu sedang kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta. Setitis air jernih mulai gugur dari tubir mata Datin Hazwani apabila teringatkan Nazifa.
Entah bagaimanalah agaknya kehidupan baru yang ditempuhi oleh anak gadisnya itu? Hati Datin Hazwani berdesis sayu mengenangkan nasib keluarganya yang berpecah-belah. Tangannya masih erat memeluk Nazira.
“SHUT UP, orang tua bodoh!!” teriak Faris dengan kuat apabila seorang lelaki tua tiba-tiba menyuruhnya membayar ganti rugi sebuah jam tangan yang harganya mungkin dalam RM30 sahaja. Bukannya dia sengaja terpijak jam tangan itu yang tiba-tiba terjatuh didepannya ketika dia sedang berjalan disitu.
“Kamu ni kenapa biadap dengan orang yang lebih tua dari kamu? Pak cik cuma nak minta sedikit ganti rugi sahaja..” getus lelaki tua itu dengan rasa tidak puas hati.
Kalaulah Faris meminta maaf kerana memijak jamnya, tentu dia akan melupakan pasal ganti rugi berkenaan. Ini tidak, sudahlah memijak jam itu, minta maaf pun tak, boleh buat-buat tidak nampak pula tu! Memang dasar orang yang tidak tahu menghormati orang tua! Gumam orang tua itu didalam hati sendirian.
“Setakat jam yang harganya mungkin tak sampai RM50 pun, kau nak mintak ganti rugi? Kau ni memang dasar orang tua yang suka ambil kesempatan! Kau tahu aku kaya then kau nak ambil kesempatanlah, ya?” tuduh Faris dengan wajah mencuka.
Dia memeluk tubuh sambil berpaling ke arah lain, tidak mahu menentang wajah lelaki tua itu. Sombong sekali gelagatnya sehinggakan semua orang yang lalu lalang disitu tergeleng-geleng kepala. Semuanya kasihan dengan lelaki tua itu.
“Kamu jaga mulut kamu tu elok-elok sikit, ya budak! Kamu cakap pak cik nak ambil kesempatan? Kamu tengah hina pak cik depan-depan orang ramai ni ke? Dah pijak jam pak cik, bayarlah..dah kata kaya sangat, mana ganti ruginya?” tempelak lelaki tua itu pula.
“Hah?! Kau betul-betul perlukan duit ke sampai nak paksa-paksa aku bayar ni? Kalau kau nak sangat..berapa yang kau nak? Aku boleh bagi..berapa kau nak cakap aje!” kata Faris sambil mencapai dompetnya. Dia mengeluarkan beberapa keping duit RM100 lalu ditayang-tayang ke wajah lelaki tua itu. Lelaki tua itu terdiam dengan wajah yang bengang.
“Ini dia duit ganti rugi kau..kalau tak cukup, kau datang company bapa aku! Nah ambil ni..satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan and sepuluh! Satu ribu! Cukup?! Ini business card bapa aku kalau amount tu belum cukup!” Faris membaling duit tersebut ke wajah lelaki tua itu lalu berjalan pergi dengan wajah bangga.
Lelaki tua itu terduduk dengan wajah merah padam. Memang dia malu diperlakukan begitu oleh Faris di depan khalayak ramai. Semua mata memandangnya dengan pelbagai mimik wajah. Ada wajah simpati, mengejek dan jelek melihatnya.
“Bang..abang tak apa-apa?” sapa satu suara lelaki. Lelaki tua itu menoleh dengan wajah sayu melihat siapakah gerangan yang menyapanya.
“Aku malu..kenapa budak tu terlalu sombong dan tak tahu nak hormat orang tua macam aku ni? Hina sangatkah jadi miskin?” sayu suara lelaki tua itu.
Dato’ Adham memegang bahu lelaki tua itu lalu mengukir sebuah senyuman mesra, seolah-olah ingin menenangkan hati lelaki tua itu. Didalam hatinya, rasa simpati melimpah-ruah pada lelaki tua malang itu.
“Sudahlah, bang. Saya yakin, tentu ada hikmahnya semua ni berlaku. Jangan simpan dalam hati..anak-anak muda zaman sekarang ni memang begitu agaknya..” pujuk Dato’ Adham. Didalam hatinya, dia memang bengang dengan perlakuan Faris tadi. Dia sudah mengecam wajah anak muda kurang ajar itu. Selama-lamanya dia akan mengingati lelaki egois itu..
Dato’ Adham mengurut dadanya apabila tersedar dari imbauan masa lalu, kira-kira beberapa bulan yang lepas. Memang dia terasa sesak nafas apabila terfikirkan perihal Faris yang telah merampas anak gadisnya, Nazifa.
Tidak disangka-sangka olehnya, lelaki yang ingin dikahwini oleh Nazifa adalah si Faris itu. Sudah tentulah dia membantah sekeras-kerasnya kerana dia tidak mahu lelaki egois seperti itu menjadi suami kepada anak gadis kesayangannya. Tentu hidup Nazifa akan merana sesudah anaknya itu berkahwin dengan Faris.
Daripada apa yang dilihatnya beberapa bulan yang lepas, Faris adalah seorang lelaki yang sombong, angkuh, pentingkan diri sendiri serta tidak tahu menghormati orang lain. Orang tua pun dia tidak hormat, inikan pula perempuan. Hanya lelaki dayus sahaja yang tahu menindas orang-orang yang lemah seperti kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak.
Dato’ Adham tidak mahu Nazifa berkahwin dengan Faris adalah demi kebaikan anaknya itu juga. Dia tahu, Nazifa tentu faham dengan tindakannya apabila dia membantah perkahwinan anak gadisnya itu. Tetapi, entah mengapa Nazifa tega melawan kata-katanya hanya kerana seorang lelaki bernama Faris itu. Entah apalah juga yang sudah merasuk Nazifa sehinggakan sanggup meninggalkan keluarga hanya kerana dia terlepas cakap.
Dato’ Adham menarik nafas panjang apabila jantungnya terasa berdegup kencang. Nafasnya juga terasa sesak. Membayangkan wajah Nazifa yang terseksa, membuatkan Dato’ Adham menjadi tidak keruan. Betapa dia menyayangi anak gadisnya itu sehinggakan dia tidak sanggup membayangkan Faris menyeksa Nazifa.
“Abang! Abang okey ke?” Datin Hazwani tiba-tiba terjaga dari tidur apabila terdengar helaan nafas suaminya yang berat.
Sejak kebelakangan ini, suaminya itu kelihatan murung dan selalu sesak nafas. Semua ini membuatkan Datin Hazwani terasa risau. Nazira juga murung, ditambah lagi dengan suaminya yang turut murung.
“Abang okey..cuma sesak nafas sikit. Maybe aircond kuat sangat kot..” jelas Dato’ Adham dengan senyuman pahit.
Dia mencapai remote control penghawa dingin bilik berkenaan lalu menaikkan sedikit suhu supaya lebih selesa. Datin Hazwani terkebil-kebil melihat kelakuan pelik suaminya yang tiba-tiba menarik selimut lalu tidur tanpa sepatah kata.
FARIS melangkah laju ke bilik tidurnya. Dari muka pintu biliknya, dia sudah nampak kelibat tubuh isterinya yang sedang menyisir rambut di hadapan cermin. Melihatkan rambut basah Nazifa, nafsu lelakinya terasa berkocak. Pantas dia menarik pintu bilik lalu dikatupnya rapat. Pintu bilik tersebut dikunci kemas. Nazifa menoleh setelah tersedar yang pintu bilik itu ditutup oleh seseorang.
“Ifa..” panggil Faris.
Nazifa diam lalu meneruskan aktivitinya iaitu menyisir rambut. Namun didalam hati wanitanya, dia sebenarnya berdebar-debar ketakutan. Manalah tahu jika Faris bertindak yang bukan-bukan ke..
“Ifa dengar tak yang abang tengah panggil Ifa ni, sayang?” getus Faris lembut, namun dengan perasaan geram. Geram kerana Nazifa tidak mahu mengendahkannya. Dia terasa seperti dia bercakap dengan tunggul kayu. Nazifa masih berpura-pura selamba.
“Jangan paksa abang buat sesuatu yang Ifa tak suka?” ugut Faris dengan wajah bersahaja. Dia merenung setiap perlakuan dan susuk tubuh isterinya itu. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Faris menelan liur melihat keindahan yang berada didepan matanya.
Nazifa terdiam dan terhenti dari menyisir rambutnya. Dadanya terasa ingin pecah kerana debaran yang tidak berpenghujung. Bagaimana jika Faris ingin membuat sesuatu yang tidak terduga? Tiba-tiba dia terbangun dari duduk lalu berjalan laju, ingin memasuki bilik air.
Dengan pantas Faris mencengkam lengan Nazifa dengan kemas. Dia tersenyum sinis apabila Nazifa menjeling wajahnya tajam. Gadis itu masih ingin membisu, tidak mahu berbicara sepatah apapun dengannya.
“Nak pergi mana, sayang?” tanya Faris selamba bersama senyum simpul. Nazifa cuba menarik lengannya agar terlepas dari pegangan Faris namun gagal.
“Abang dah mengantuk ni..jom kita tidur, ya sayang?” Faris tiba-tiba mengangkat tubuh Nazifa membuatkan gadis itu terasa seperti ingin tercabut nyawa. Terkejutnya Nazifa bukan kepalang. Berderau darah gadis itu.
Didalam fikirannya, dia sudah membayangkan perkara-perkara yang tidak baik. Nazifa masih diam, tidak mahu mengalah dengan tindakan lelaki itu. Dia tahu, Faris bertindak begitu adalah untuk mengugutnya supaya bercakap. Jangan haraplah dia akan membuka mulutnya!
Nazifa berpura-pura selamba, namun wajahnya sudah bertukar ke warna merah padam apabila terperasankan mata Faris yang asyik merenungnya. Ya Allah, bantulah aku..janganlah Engkau biarkan lelaki itu menang dalam permainan ini, ya Allah..
“Sebab sayang tak mahu cakap dengan abang..sayang kena temankan abang tidur..izinkan abang, ya? Diam tu, tandanya ‘ya’..” Faris tersengih nakal. Nazifa mencemik sakan. Dalam hatinya, dia masih berdoa.
Perlahan-lahan, Faris meletakkan tubuh Nazifa ke atas katil. Faris naik ke katil dan berbaring di sebelah Nazifa. Selepas itu, dia merapati Nazifa dan naik ke atas tubuh Nazifa namun dia menjarakkan tubuhnya dari bersentuh dengan isterinya dengan menahan kedua belah tangannya di antara kepala Nazifa. Dia ingin menakutkan Nazifa, namun dalam masa yang sama, nafsunya bergelora melihatkan keindahan wajah isterinya.
Nazifa terasa berdebar hebat namun dia masih tidak mahu mengalah dan masih berdoa tidak henti-henti didalam hatinya. Pantas Nazifa memejamkan matanya rapat-rapat, tidak mahu menentang wajah suaminya yang semakin merapati wajahnya. Jemari kasar Faris juga terasa membelai-belai rambut ikalnya.
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Aku tahu dia suamiku dan aku sepatutnya merelakan segala perbuatannya ini padaku..tapi ya Allah..aku masih belum bersedia..bantulah aku..aku bermohon..doa Nazifa dengan bersungguh-sungguh dalam debaran hatinya yang hebat.
p/s: kalo ade salah taip or confusion, tegur k? sis on rush~ sowi!! luv u all :)

BEST..smbg cpt..hehe
ReplyDeletealaaa..cket jer...emmm....
ReplyDeletesmbung lg..hikhikhik
whoaaaaaaaa..
ReplyDeleteade pon smbungan..
huhu...
sbb tuh ke ayh ifa xkasi kawen..
isk2..
harap2 si ifa nieh bley la ubah si faris nieh...
tengs sis..mau lagikkkk..
Assalamualaikum wmth
ReplyDeletekat blog ni akak paling suke cite ni,entah bila cinta bersemi...
cite ni best dan akak x sabar nak tunggu new n3...teruskan ushaha,...
akak doakan adik menjadi seorang penulis yg berkaliber suatu hari nanti...
wah...lamanya tgu new n3...
ReplyDeletesmbg la pjg sket...
berbaloi gak penantian kita org nie...
waaaaaaaaaaaaaa...
ReplyDeletemmg best n3 kali ie..
tpi npe pendek sgt..
ske r cter nie..
besshhh..
ooo
BEST NYER
ReplyDeletedari dulu suka citer ni...ego akan tewas bila dah syg sgt2...nak ag
ReplyDelete-adil
sis!!!
ReplyDeletenak lagie sis~~
pliz pliz nak lagieeeeeee
best bangat :(
sya ni bukan suke sgt bace e-novel ni tau tapi 1st blog yg ada e-novel yg sya bce is ur blog tau..dah rse best tu,ari2 nak bka ur blog ni tgk new update..best tau cite2 sis :)
faris tntu susah nak ikat ifa kan kan?keep it up k :)
sis!!
ReplyDeletebestnya..
hopefully faris ngn ifa le...plizz
cepatlah sambung!!BEST SANGAT!!:)
ReplyDeletealahai..npela xupdate lg..xsbr2 nk tggu...plizz sis cpt le..
ReplyDeletehari2 kita lawat blog akak nie tp betapa meruntumnye jw nie bile x de perkembangan langsung.... tolonglaa kak cepatlaa sambung dh x sabar sgt2 nie sampai rase nak nangis tunggu....hampa giler2 bila bukak x de perkembangan lansung....tapi pape pon citer nie mmg best giler sbb leh wat saya ternanti-nanti....kalo akak terbaca luahan hati saya nie diharap cepat2 laa sambung yea kak....
ReplyDeleteILHAM =)
sis, cepatla smbg.. xsaba nk taw ni..
ReplyDeletehuhu..mmg best...like100...
ReplyDelete