-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, December 22, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 16

NAZIFA berdebar-debar sendirian. Dia tahu, dia kini berada didalam genggaman Faris. Jika dia bergerak walau sedikit pun, wajahnya akan mengenai wajah Faris. Matanya terus dipejamkan serapat yang mungkin.

Nazifa tambah kaget apabila nafas Faris yang panas terasa menyentuhi wajahnya. Dia dapat merasai kegilaan lelaki itu apabila jemari kasar Faris sudah merayap ke lehernya yang jinjang. Faris seperti sudah tidak dapat menahan perasaan ketika itu membuatkan Nazifa menjadi takut.

“Arghh!!! Apa ni??!” bentak Nazifa sekuat hatinya. Tangannya menolak tubuh Faris menjauhinya. Dari mana datangnya kekuatan menolak tubuh sasa lelaki itu, dia pun tidak tahu.

Yang dia tahu, dia sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Faris yang saban hari semakin merimaskan dirinya. Sehingga sanggup menggunakan taktik yang kotor seperti ini untuk membuatkan dia bercakap.

“Okey, sekarang aku dah cakap dengan kau! Kau puas hati sekarang??” marah Nazifa dengan wajah merah padam. Dadanya berombak kencang mengikuti gelora perasaannya.

Faris tercengang-cengang sebentar sebelum meraup-raup wajahnya. Tubuhnya terbaring disebelah Nazifa ketika itu. Gadis itu sudah bangun dari pembaringan dan turun dari katil dengan pantas sekali.

Faris memandang kosong langkah Nazifa yang sedang laju berjalan, ingin menuju ke bilik air. Ya, itu sahajalah tempat yang selalu dijadikan tempat paling selamat untuk Nazifa mengelak dari didekati Faris.

Bangg!!! Pintu bilik air dihempas kuat oleh Nazifa, menandakan yang dia sedang marah. Ya, memang api kemarahannya pada Faris tidak akan pernah luntur. Apatah lagi dengan segala perbuatan Faris padanya sejak mereka berkahwin.

Sikap Faris yang berubah menjadi seorang yang lemah-lembut dan terlalu baik padanya membuatkan Nazifa menjadi takut. Takut jika lelaki itu merencanakan sesuatu yang jahat. Lagipun, Faris itu bukanlah seseorang yang boleh dipercayai sepenuhnya.

Tentu ada muslihat disebalik semua yang dilakukan oleh lelaki itu. Kini, lelaki itu ingin menggunakan taktik kotor pula dengannya, membuatkan kebenciannya meluap-luap pada suaminya itu.

Di atas katil, Faris menghela nafas berat seorang dirinya. Terkejut benar dia ketika Nazifa tiba-tiba menolaknya ketika keinginannya sedang menggila terhadap isterinya itu. Tentu Nazifa tambah membencinya.

Dia hanya ingin membuatkan Nazifa bercakap dengannya, begitulah niatnya pada permulaan ketika dia melangkah memasuki bilik berkenaan. Dia tahu Nazifa tentu tewas jika dia menggunakan cara seperti itu. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku.

Mengapalah dia tidak dapat mengawal perasaan ketika bersama gadis itu. Faris membayangkan wajah ayu serta kejelitaan isterinya yang terserlah sebentar tadi. Wangian ditubuh gadis itu juga amat menggoda sanubarinya. Semua itulah yang membuatkan keinginannya terhadap Nazifa begitu merajai hati. Ditambah lagi dengan cintanya yang tulus dan ikhlas hanya buat isteri tersayang.

“Arghhh!!” Faris terjerit kecil lalu meraup lagi wajahnya, entah untuk kali yang ke berapa. Perasaannya berkecamuk, jiwanya kacau. Semuanya hanya Nazifa yang difikirkan olehnya ketika ini. Kalaulah isterinya itu dapat membaca hatinya ketika ini, kan bagus..begitulah kata hati Faris.

Pantas Faris bangun menuju ke pintu bilik air. Di hadapan pintu berkenaan, Faris berdiri dan bersandar. Otaknya ligat berfikir cara untuk menenangkan hati isterinya.

“Sayang..I’m so sorry? Please forgive me, dear..” pujuk Faris.

“Pergi!!” jerit Nazifa. Airmatanya tumpah, gugur ke pipi mulusnya. Dia benci dengan lelaki itu. Hati Nazifa bagai dicalari oleh pisau yang tajam. Hanya dendam yang semakin membara buat lelaki bernama Faris itu. Dia benci segala-galanya tentang lelaki itu.

“Okey, sayang nak abang buat apa? Abang terpaksa buat macam ni untuk dekati sayang..abang rindukan suara sayang..” pujuk Faris lagi. Sungguh tulus dari hatinya.

Memang dia terlalu rindukan suara Nazifa. Dia sudah tidak tahan apabila saban hari dia seperti berbicara dengan tunggul kayu. Dia menyesal dengan perbuatannya terhadap Nazifa selama ini. Ya, sungguh dia menyesal!

Dia terlalu inginkan Nazifa menjadi miliknya sehinggakan sanggup mengasari dan menyakiti gadis itu. Dia tahu, hidup Nazifa merana kerananya. Dan kerana itu, Nazifa berhak membencinya. Oleh itu, dia telah berjanji pada dirinya yang setelah Nazifa menjadi isterinya yang sah, dia akan cuba sedaya upaya untuk menebus kesalahannya dan memenangi hati isterinya itu.

“Sekarang aku dah bercakap, kan?! Still tak puas hati?! Kau tolong pergi dari sini boleh tak? Kau tahu kan yang aku benci kau?!! Tolong jangan dekati aku lagi. You annoyed me!! Could you please leave me alone for now..?” jerit Nazifa kuat.

“Syhh..slow down your voice, sayang. Nanti mummy terjaga..okey, abang tidur kat bilik bacaan malam ni. Abang tak kacau Ifa. Sayang..abang minta maaf..” kata Faris lembut. Dia pun tidak tahu berapa banyak kata maaf yang diperlukan untuk ditukarkan dengan ketenangan hati Nazifa.

“Please go now..please!!” Nazifa terjerit kecil. Dia cuba memperlahankan suaranya apabila tersedar yang ibu mentuanya mungkin akan mendengar jeritannya. Nazifa memegang kepalanya yang terasa seperti berpusing-pusing. Mungkin kerana menangis yang tertahan-tahan.

“Okey, abang keluar sekarang. Sayang rest, okey?” Faris melangkah dengan hati yang berbaur. Sambil berjalan keluar, sesekali pandangannya akan dihalakan ke pintu bilik air tersebut. Sayunya hati Faris ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu.



SAIFUL melangkah dengan pantas apabila ternampak Sasha yang sedang melintas tidak jauh di hadapannya. Langkahnya laju diatur, ingin segera mengejar gadis itu. Sejak pertemuan terakhir mereka hari itu, hati Saiful bagai terpanggil untuk berubah. Semuanya adalah kerana kata-kata Sasha. Gadis itu telah menyedarkan dirinya yang telah lama hanyut dibuai perasaan laranya.

“Sha!! Tunggu, Sha!!” panggil Saiful dengan suara yang agak lantang.

Langkah Sasha terhenti. Dia menoleh, ingin menatap siapakah gerangan yang memanggilnya. Sebaik ternampak Saiful, serta-merta matanya dibesarkan dan senyuman mesra terukir di bibir nipis Sasha. Saiful juga tersenyum. Tangannya tiba-tiba sahaja terasa gatal ingin menggaru-garu kepala apabila melihat Sasha tersenyum. Entah mengapa.

“Saiful?! Betul ke ni Saiful? Wah, kau dah berubah! Barulah terurus sikit..” getus Sasha dengan wajah penuh kegembiraan. Memang dia gembira melihat perubahan Saiful.

“Semua ni sebab kaulah, Sha. Kaulah yang menyedarkan aku pasal kehidupan aku yang patut aku teruskan..thanks, Sha!” ujar Saiful, tersenyum lagi.

“Eh, apa pulak? Aku cuma nasihatkan kau aje. Kita kan kawan? Come on, laa..kau dah berubah ni, alhamdulillah..aku turut gembira bila tengok kau ceria begini. Ini barulah Saiful yang aku kenal!” seloroh Sasha dengan tawa kecil. Tangannya galak menepuk-nepuk lembut bahu sasa Saiful.

“Alhamdulillah, Sha. Kerana nasihat kau, aku dah sedar. Sekarang ni, aku dah dapat kerja! Baru aje dapat tadi. Kaulah orang pertama yang aku kasitau, tau?” getus Saiful sambil mengangkat-angkat kening. Sasha hanya menggeleng-geleng kepala dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“Wah, aku ni macam someone yang istimewa pulak pada kau, ya? Sebab kau dah bagitau perkara penting begini pada aku dulu. Baguslah kau dah ada kerja, Saiful. Daripada kau duduk aje kat rumah, baik kau kerja. Boleh balas budi dan pengorbanan mak ayah kau..”

“A’ah, Sha. Aku harap, aku dapat membalas budi ibu bapa aku walaupun aku tahu yang jasa mereka tu memang tak terbalas. By the way, you are special to me, Sha!” Saiful tersenyum lebar. Tampak begitu tampan sekali dimata Sasha. Sasha tergamam dengan kata-kata Saiful sebentar tadi. Benarkah aku ni special untuk dia? Soal Sasha pada hatinya dengan rasa tidak percaya.

“Kau special sebab kau adalah kawan baik aku selamanya, Sha! My truly friend..” kata Saiful lagi membuatkan Sasha tersentak. Entah mengapa, hatinya bagai ditoreh oleh pisau yang tajam.

Sejak dulu, memang Saiful menjadi model untuknya mencari lelaki idaman memandangkan ketika itu Saiful adalah milik Nazifa, sahabat baiknya. Setelah Saiful dan Nazifa berpisah, entah mengapa dia merasa sedikit gembira walaupun begitu bersimpati pada nasib Saiful dan Nazifa.

Bukanlah dia mahu bergembira diatas kesengsaraan orang lain, tetapi hatinya bagai berbunga-bunga dengan sendirinya. Dia sendiri bagai tidak dapat mengawal perasaannya. Adakah aku cintakan Saiful sejak dulu lagi? Sasha tertanya-tanya sendirian.

“Sha? Kau okey?” soal Saiful apabila melihat Sasha seperti sedang berkhayal. Sasha tersentak dari lamunannya. Dia cuba mengukir senyuman, walaupun hanya senyuman pahit.

“Aku okey aje..sorrylah, Saiful. Aku ada kerja sebenarnya tadi. Sekarang ni, aku kena cepat..” kata Sasha dengan tiba-tiba. Jelas sekali dia berbohong. Tetapi untuk apa? Mengapa aku nak berbohong begini? Sasha berfikir sendirian. Sasha kelihatan gelisah seorang diri.

Saiful memandang pelik kelakuan Sasha yang tiba-tiba berubah. Sejenak dia bagai memikirkan sebab mengapa Sasha tiba-tiba jadi begitu. Adakah dia sudah tersalah kata? Adakah dia sudah mengguris perasaan Sasha? Berbagai-bagai persoalan timbul di benak Saiful.

“Kerja apa, Sha? Alaa..jomlah lepak dulu. Aku nak belanja kau makan ni tau?” Saiful cuba memujuk Sasha. Sasha tersenyum kecil dalam perasaan berbaur.

“Tak bolehlah, Saiful. Memang aku kena pergi sekarang. Maybe lepas ni kau belanja aku makan, okey?” getus Sasha dengan wajah serba-salah. Memang dia teringin makan bersama-sama Saiful tetapi hatinya sekarang sedang tidak keruan. Entah mengapalah dia harus bersikap seperti budak-budak macam ni, dia pun tidak pasti.

“Really can’t? Hmm..it’s okay, laa..aku tak nak paksa kau. Lagipun kerja kau lagi penting, kan? Ye laa..aku ni siapalah pada kau, kan?” Saiful mengayat dengan ayat sedih. Wajahnya turut berubah sedih. Sengaja dia berlakon begitu untuk memujuk Sasha. Dia pun tidak tahu mengapa dia begitu nakkan Sasha setuju pergi makan dengannya.

“Saiful! Janganlah cakap macam tu. Okeylah, okeylah. Aku cancel kerja aku tu. Hmm..actually kerja tu taklah penting sangat. Kau lagi penting. Kejap aku call kawan aku cakap tak jadi pergi..” ujar Sasha lalu mencapai telefon bimbitnya.

Dia bergerak agak jauh dari Saiful dan berpura-pura sedang bercakap telefon dengan seseorang. Aduh! Mengapalah aku kena berpura-pura begini dihadapan Saiful? Arghh! Apa yang dah jadi pada aku ni? Rungut Sasha didalam hati.

Saiful tersenyum puas. Hatinya terasa begitu gembira apabila Sasha sudi mengetepikan kerja serta sudi pergi makan bersamanya. Apalah agaknya yang bersarang dihatiku ini? Siapalah yang tahu.

Tiba-tiba degupan jantung Saiful seakan terhenti sebentar apabila anak matanya menangkap kelibat seseorang yang sedang berjalan keluar dari sebuah kedai makan berhampiran. Saiful cuba mengamati wajah gadis itu, ternyata gadis itu ialah Nazifa.

“Astaghfirullahal’azimm..ya Allah, berikan aku kekuatan untuk mengetepikan perasaan yang sudah aku buang jauh-jauh. Bantulah aku melupakan dia, ya Allah..” Saiful berdoa sambil memegang dadanya yang terasa bergelora.

Serasa ingin sahaja dia berlari mendapatkan Nazifa ketika itu namun keinginannya segera disekat. Dia sedar yang dia masih tidak dapat melupakan Nazifa. Tetapi, dia perlu belajar melupakan gadis itu demi untuk kebaikan dirinya juga. Mungkin benar kata Nazifa bahawa mereka memang tiada jodoh.

Dupp!! Jantung Saiful bagaikan berhenti berdegup lagi apabila matanya bertentang dengan sepasang mata milik Nazifa. Entah sejak bilalah gadis itu terperasankan dia disitu, dia juga tidak pasti. Mata Saiful terbuka luas apabila seorang lelaki tiba-tiba datang dari arah belakang Nazifa lalu memaut bahu gadis itu.

Wajah Nazifa bertukar seba-salah lalu dia cuba menolak tangan Faris dari terus memaut bahunya. Dia tidak mahu Saiful saksikan adegan sebegitu. Ternyata cintanya masih berbunga-bunga pada Saiful.

Hanya lelaki itu yang selalu dirindui olehnya walaupun dia sedar yang dia tidak boleh memikirkan lelaki lain selain suaminya. Dia tahu yang hukumnya berdosa! Tetapi buat apalah dia bersuami sedangkan suaminya itu seorang yang kejam dan penuh muslihat? Pandangan Nazifa terus dihalakan ke arah Saiful…



“IFA, kenapa Ifa pandang dia macam tu tadi??” soal Faris sebaik sahaja mereka sampai ke rumah dan kini berada di dalam bilik. Nazifa terdiam seribu bahasa. Jiwanya lagi pedih kerana mengingati peristiwa tadi. Batinnya terseksa apabila melihatkan wajah Saiful tadi.

“Apa kau merepek ni??” bentak Nazifa.

“Abang nampak Ifa tengok lelaki tu tadi! Sampai abang ajak balik pun Ifa macam tak nak balik aje?” Faris menahan perasaan cemburunya. Dia cuba mengawal perasaannya supaya tidak keterlaluan.

“Suka hati akulah. Mata aku. Hak aku nak tengok siapa-siapa pun?” jawab Nazifa sinis. Dia duduk di birai katil dengan perasaan sakit hati.

“Mata Ifa, jasad Ifa dan jiwa Ifa milik abang! Milik abang selama-lamanya dan abang ada hak untuk halang Ifa dari pandang lelaki lain! Ifa hak abang..”

“Hak? Kau ingat aku mudah-mudah aje nak serahkan diri aku untuk lelaki macam kau? Kau bercakap pasal hak milik? Jiwa aku bukan milik kau sejak mula lagi..hati aku tak pernah sekalipun menerima kau..” kata Nazifa lagi dengan sinis membuatkan Faris terasa sakit hati.

“Ifa tahu kan dosa melawan cakap suami? Ifa tahu kan semua tu? Kenapa Ifa nak tengok lelaki lain sampai macam tu? Ia ibarat menduakan suami sendiri tau?” getus Faris, cuba menahan perasaannya yang mula memberontak.

“Hah? Baru sekarang kau pandai bercakap pasal agama dengan aku? Habis tu, apa yang kau buat pada aku dulu tu bukan dosa? Haa?? Dan sekarang ni kau nak gunakan kuasa kau sebagai suami untuk kawal aku? Jangan mimpilah!” bentak Nazifa keras.

Jiwanya mula merusuh. Dia tahu, berdosa hukumnya jika isteri melawan cakap suami. Tetapi, hatinya kini sekeras batu. Tidak semudah itu untuk dia menerima lelaki itu setelah apa yang suaminya itu buat padanya dahulu. Bagi Nazifa, sampai bila-bila pun dia tidak akan menerima lelaki itu. Ianya bagai sumpahan yang membelenggu hati wanitanya.

“Ifa, abang kan dah minta maaf. Maafkan abang atas apa yang abang dah pernah lakukan pada Ifa dulu. Abang benar-benar menyesal sekarang ni, sayang..please forgive me?” rayu Faris, entah untuk kali yang ke berapa. Nazifa mendengus marah.

“You want me to forgive you just like that? Kau ingat kesalahan kau tu senang-senang aje aku nak maafkan? Kau memang takkan faham bila aku kata aku benci kau. Dah banyak kali aku cakap yang aku benci kau!!”

“Ifa, tolong bukakan hati Ifa untuk abang. Untuk suami Ifa..tolonglah jangan cakap begini pada abang? Walau apapun, abang tetap suami Ifa. Sampai bila Ifa nak benci abang? Abang sayangkan Ifa..” Faris cuba memegang bahu Nazifa tetapi ditepis kuat oleh gadis itu.

“Sampai bila-bila pun aku benci kau, Faris. Sejak apa yang kau dah buat pada aku dulu, semakin hari perasaan benci dan dendam aku pada kau takkan pernah luntur. Aku akan benci kau setiap hari sampailah kau bebaskan aku!!” ujar Nazifa keras.

“Ifa!!” panggil Faris dengan perasaan sakit hati. Tangannya memegang kuat lengan Nazifa. Matanya tajam merenung ke dalam anak mata isterinya itu, tanda dia sedang marah. Nazifa menelan liur tanda cuak.

“Tolong jaga mulut Ifa tu!! Abang takkan lepaskan Ifa!! Abang takkan bebaskan Ifa!! Abang akan hidup bersama Ifa buat selama-lamanya, tak kiralah sama ada Ifa suka atau tak!! Faham?” bentak Faris.

Nazifa tersentak lalu menarik kuat lengannya dari pegangan Faris. Suaminya itu kelihatan begitu marah sekali sehinggakan wajahnya bertukar ke warna merah padam. Lelaki itu terus menghayun langkah ke arah pintu lalu menghilang ke luar.

Di bilik bacaannya, Faris bagaikan cacing kepanasan. Resah dan gelisah. Dia kembali membayangkan sepasang mata Nazifa yang begitu galak merenung Saiful. Dia dapat melihat cinta dalam mata gadis itu yang masih menyala. Begitu juga Saiful, lelaki itu sungguh berani merenung isterinya begitu. Bagaikan ketika itu bumi berhenti berputar, segalanya milik Nazifa dan Saiful.

“Ini tak boleh jadi! Aku kena jauhkan Saiful dari Ifa!!” Faris berkata perlahan, namun dalam nada sakit hati. Hatinya bergetar sendirian. Faris mengepal penumbuk lalu menumbuk kuat dinding bilik bacaan berkenaan.

Seketika, tangan Faris mencapai telefon bimbit dari dalam kocek seluarnya. Dia mendail nombor seseorang lalu melekapkan telefon itu ke telinganya dengan rasa tidak sabar.

“Hello, Mat! Kau kat mana?!” ujar Faris dengan suara yang nyaring.



DATIN Sharifah Rosmah mengurut dadanya apabila terdengar jerit pekik anak dan menantunya. Mungkin bergaduh. Walaupun dia tidak mengetahui sebab mengapa pasangan suami isteri itu bergaduh, suara mereka itu agak nyaring sehingga membuatkan dirinya tersentak dan terjaga dari tidur.

“Ya Allah..” getus Datin Sharifah Rosmah dengan sepenuh hati sambil melihat jam di dinding. Sudah pukul 9 malam. Baru dia teringat yang dia tertidur tadi selepas penat menguruskan taman mininya. Dalam diam, dia berdoa supaya anak dan menantunya tidak apa-apa.

Sejak kebelakangan ini, dia selalu juga terdengar jeritan Nazifa dan juga tengkingan gadis itu. Datin Sharifah Rosmah menjadi risau apabila memikirkan yang kemungkinan perkahwinan anaknya itu tidak bahagia.

Dalam masa yang sama, dia berprasangka buruk pada Nazifa kerana gadis itu terlalu berani menengking dan memarahi suami sendiri walhal didalam Islam, isteri mestilah menghormati suami. Sengaja Datin Sharifah Rosmah berdiam diri kerana tidak mahu masuk campur didalam urusan rumah tangga anaknya.

Namun, hari demi hari dia merasakan yang Nazifa itu sudah terlalu melampau. Saban hari dia mendengar teriakan gadis itu sehinggakan Datin Sharifah Rosmah menjadi tidak senang duduk. Nasib anak lelakinya perlu dibela. Tiba-tiba sahaja hatinya seperti dikuasai oleh Syaitan yang menghasutnya supaya membenci Nazifa.

Bagi Datin Sharifah Rosmah, Faris adalah seorang lelaki yang baik pada pandangannya. Selama 20 tahun lebih dia memelihara anaknya itu dan dia kenali Faris sebagai seorang anak yang baik dan penyayang. Cuma hubungan Faris dengan suaminya sahaja yang tidak baik.

Namun dia sedar mengapa Faris bersikap dingin terhadap Dato’ Syed Faizal dan dia tahu yang semuanya bukanlah salah Faris. Semuanya gara-gara suaminya itu tidak pernah langsung mahu mempedulikan hal keluarga. Hidupnya banyak dihabiskan dengan urusan bisnes.

Datin Sharifah Rosmah bangun dari tempat tidur dan berjalan keluar dari kamarnya. Kakinya menghayun langkah ke bilik anak dan menantunya. Sunyi sudah suasana ketika itu. Tiada langsung bunyi bising seperti yang didengari olehnya tadi. Datin Sharifah Rosmah menggetap bibir, menahan perasaan yang bergetar dihatinya. Sudah berhenti bergaduh? Fikirnya sendirian.

Mengapalah dia boleh menerima Nazifa sebagai menantunya dulu? Dia yakin Nazifa gadis yang baik ketika Faris membawanya berjumpa keluarga mereka. Suaminya juga tidak membantah apabila diberitahu yang Faris ingin berkahwin dengan Nazifa. Mengapa anaknya seperti tidak bahagia berkahwin dengan Nazifa?



NAZIFA menatang dulang yang berisi dua cawan kopi panas. Dia berjalan dengan penuh sopan-santun lalu menghampiri suami serta ibu mentuanya. Datin Sharifah Rosmah mencemik dan menjeling tajam langkah Nazifa yang disangkanya penuh kepura-puraan. Entah mengapa, prasangka buruknya terhadap menantunya itu membawa kepada tingkah laku yang seakan tidak menyenangi segala yang dibuat oleh gadis itu.

“Mummy, minum kopi?” Nazifa menyuakan satu cawan kopi bersama sebuah senyuman ikhlas.
Datin Sharifah Rosmah hanya membatu, tidak mahu menyambut huluran dari Nazifa. Wajah Nazifa juga tidak langsung dipandangnya. Nazifa terdiam sejenak lalu menundukkan wajah.

Dia tahu yang hatinya terasa dengan tingkah ibu mentuanya yang seakan tidak mahu melayan. Mengapalah agaknya ibu mentuanya itu bersikap sedemikian terhadap dirinya? Nazifa tertanya-tanya sendirian.

Nazifa tidak mahu terlalu melayan rasa hatinya lalu segera meletakkan cawan yang dihulurkan tadi ke atas meja berhadapan ibu mentuanya. Faris memandang wajah Nazifa, silih berganti dengan wajah ibunya. Terdapat sesuatu yang pelik dengan tingkah laku ibunya. Tampak begitu dingin pada Nazifa.

“Mana kopi abang?” soal Faris dengan senyuman. Dia memandang wajah mulus Nazifa yang sudah menampakkan merah padam. Mungkin kerana cuaca yang agak panas petang itu memandangkan mereka sekarang sedang beristirehat di taman mini.

Nazifa meletakkan satu lagi kopi panas dihadapan Faris pula. Matanya langsung tidak membalas renungan yang dihadiahkan oleh Faris. Meluat benar dia melihat perangai mengada-ngada suaminya ketika bersama Datin Sharifah Rosmah. Sengaja ingin mengambil kesempatan untuk bermanja dengannya memandangkan yang dia tidak mungkin menolak segala perbuatan Faris jika berada dihadapan ibu mentuanya itu.

“Ifa, cuba kamu layan suami kamu tu elok-elok sikit. Kenapa mummy tengok macam tak ada respons pun bila suami kamu bercakap dengan kamu? Tak baik asyik tarik muka masam-masam dengan suami..langsung tak senyum macam tak suka ni kenapa?” tegur Datin Sharifah Rosmah dengan nada sinis. Nazifa tersentak, begitu juga dengan Faris. Masing-masing memandang raut wajah tua itu.

“Err..Ifa..Ifa..ermm..” Nazifa gugup. Dia memandang wajah Faris setelah kehilangan kata. Mungkin juga meminta simpati Faris supaya membelanya. Tetapi untuk apa aku ingin meminta pertolongan lelaki itu? Egonya tiba-tiba mematahkan segala perasaan yang berbaur dalam jiwanya.

“Mummy, kenapa nak emosional pulak ni? Alaa..bukannya Ifa tak suka..mood dia tak berapa elok tu!” Faris tersenyum kepada ibunya, berharap supaya ibunya memahami.

“Takkanlah tiba-tiba tak ada mood? Angin tak ada, ribut tak ada takkanlah pokok nak bergoyang?” berkias-kias pula Datin Sharifah Rosmah kali ini dengan pandangan yang sinis. Siap dengan gaya orang sedang berkias lagi tu. Faris terasa lucu dengan ayat ibunya lalu meledakkan tawa kecil.

“Apasal pulak nak gelak ni? Mummy tengah serius!!” tegas Datin Sharifah Rosmah. Faris tarik sengih memanjang memandang wajah tua yang amat disayangi olehnya itu.

“Iyalah..kalaulah mummy tengok kat cermin muka mummy time bercakap ‘angin tak ada, ribut tak ada takkanlah pokok nak bergoyang’ tu, mesti mummy pun nak gelak..” Faris tersengih lucu apabila wajah Datin Sharifah Rosmah berubah merah.

Nazifa juga terasa ingin ketawa namun ditahan seboleh-bolehnya. Tidak mahulah dia menyinggung perasaan ibu mentuanya itu. Hatinya sedikit sebanyak rasa tercuit melihat keakraban Faris dan Datin Sharifah Rosmah. Begitu terasa sekali sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh lelaki itu menyerap ke sanubarinya. Nazifa terlalu asyik melayan perasaannya tanpa sedar.

“Betullah! Takkanlah tiba-tiba aje si Ifa ni jadi tak ada mood? Tentu ada sebab kan? Sebab..” belum sempat Datin Sharifah Rosmah menghabiskan kata-kata, Faris tergeleng-geleng sambil ketawa kecil.

“Mummy ni..tentulah sebab hal orang perempuan. Alaa..takkanlah mummy tak pernah rasa macam ni kot..orang perempuan datang bulan, mestilah mood tak elok..” Faris sempat menjeling wajah Nazifa yang berubah. Nyata gadis itu terkejut, malu-malu dan rasa geram.

Mana tidaknya, tentulah Nazifa sakit hati dan malu kerana tuduhan itu tidak benar sama sekali. Bila masa aku period? Pandai-pandai aje dia nak malukan aku!! Bentak Nazifa dalam hatinya. Dia menggetap bibir memandang Faris yang sudah ketawa terbahak-bahak. Datin Sharifah Rosmah hanya memandang Faris dengan gelengan yang tak sudah..


P/S: macam biase la..komen if ada kesilapan menaip atau confusion k.. :( dah nk abis praktikal, yeahhh!!~ tapi report latihan industri lak mengacau..hahaha..xpe, doakan sis boleh buat k? luv u all~ sowi late update....
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 12/22/2009 06:24:00 PM

13 comments:

  1. yong jiao xiuTuesday, December 22, 2009 at 8:12:00 PM GMT+8

    best sgt..hehehe teruskan usaha. hmm hope so dia makin baik gan faris. bila la ifa ni nak berbaik gan laki dia cz mmg confirm c faris takkan ceraikan dia.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. faridahmuslimahTuesday, December 22, 2009 at 8:24:00 PM GMT+8

    x sia2 jenguk blog ni...ade gak n3 baru...
    suke sgt dgn cite ni,...ala ifa buka ler pintu hati utk faris,cian dia...maafkan ler dia erk
    lgpun x baik mare2 kat suami nanti x cium bau syurga ...erm mengalahkan penulis plak hehehhe,,,

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousTuesday, December 22, 2009 at 9:22:00 PM GMT+8

    cpt ler smbg
    bila ifa nk terima faris

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousTuesday, December 22, 2009 at 10:15:00 PM GMT+8

    bestnye cite ni.. alamak, nape la si mummy faris ni x suke ifa lak, cian la ifa.. die x sedar yg anknye yg jahat..

    bile la ifa nk jth hati ngan faris ni, baek la lynn faris pas da kawen ni.. romantikk.. sis smbg lg...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. Hafia HanaTuesday, December 22, 2009 at 11:03:00 PM GMT+8

    bila ifa nk trime Faris ni...

    he deserve second chance la dear!_+

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousWednesday, December 23, 2009 at 3:42:00 PM GMT+8

    ble n3 bru virus vs shuji nak kuar
    da lame tggu ni

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousWednesday, December 23, 2009 at 7:08:00 PM GMT+8

    bestnye citer ni.. pat la bes praktikal sis.. ley smbg nvl ni smp sbeh..hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. syazriniThursday, December 24, 2009 at 12:03:00 AM GMT+8

    sis..ninie nanak ifa trime faris..pliz pliz pliz..niwayz,mmg cite ni bez..my peberet~~~ :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. saitoTuesday, December 29, 2009 at 5:31:00 PM GMT+8

    nice one, sis..gambatteii ne! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. haloweenSaturday, January 2, 2010 at 5:05:00 PM GMT+8

    best. nak lagi..sambung k

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. kaklongFriday, January 8, 2010 at 11:14:00 PM GMT+8

    best llr cite ni......BILA NAK SAMBUMG -----PLZZZZZZZZZZZZZZZ

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. nonieMonday, January 25, 2010 at 7:59:00 PM GMT+8

    salam...bile nak sambung cite nie.. dh lama tunggu...klu jadikan novel saya sggup beli....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousThursday, January 28, 2010 at 9:23:00 AM GMT+8

    salam...
    kenapa dah lama tak de entry baru?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu