SASHA sedang galak menonton televisyen di ruang tamu rumah sewanya apabila tiba-tiba sahaja dia terdengar ketukan yang bertalu-talu dipintu rumah. Sasha mengeluh seketika lalu bangun dengan malasnya ke arah pintu rumah. Terdengar suara seseorang memberi salam. Nada suara yang seperti dikenali olehnya.
“Waalaikumussalam..sekejap!” tangan Sasha meraba tombol pintu lalu dibukanya sedikit daun pintu. Ingin mengintai siapakah gerangan yang memberi salam itu.
Wajah Nazifa yang sedang tersenyum pahit dijamahnya dengan perasaan berbaur. Antara rasa rindu, marah dan tidak percaya. Dia ingin menutup semula pintu rumah tetapi ditahan oleh Nazifa semahu-mahunya.
“Sha..tolonglah jangan macam ni, Sha..aku rindukan kau..aku perlukan kau..” sayu suara Nazifa memanggil Sasha. Dia cuba menahan daun pintu dari tertutup. Sasha terdiam. Sayu hatinya mendengar rayuan Nazifa.
Sudah lama Sasha tidak berjumpa Nazifa. Sejak majlis perkahwinan sahabatnya itu dijalankan, Sasha menyepikan diri dari hidup Nazifa. Entah apalah yang membuatkan dia menjauhkan diri, Sasha juga tidak pasti. Mungkin kerana terasa dengan sikap Nazifa. Kerap juga Nazifa menghantar SMS padanya namun satu pun tidak dibalas.
Sasha tahu, Nazifa memerlukan dia sekarang. Memanglah dia marahkan Nazifa kerana bertindak terburu-buru mengahwini Faris tetapi jauh disudut hati kecilnya, dia tahu yang Nazifa mempunyai sebab tersendiri.
Gadis itu bukanlah seorang yang bodoh kerana sanggup mengahwini lelaki seperti Faris yang terkenal sebagai lelaki dayus, ego, sombong dan kejam. Sasha tahu Nazifa bukanlah sebodoh itu untuk menerima Faris. Tetapi, kerana keengganan gadis itu menceritakan sebab kepadanya membuatkan Sasha menjadi bingung. Dan apabila perkara ini juga melibatkan kekecewaan Saiful, Sasha jadi tidak sanggup menerimanya. Dia tetap ingin menyalahkan Nazifa kerana meninggalkan Saiful.
“Kau nak apa, Ifa? Kau tak bahagia hidup bersama suami kesayangan kau tu ke? Kenapa kau cari aku sekarang? Bila kau susah barulah kau pandai cari aku?” perli Sasha dengan nada sinis. Terdengar esak tangis Nazifa yang berlagu sendu dari luar.
“Sha, aku minta maaf jika aku pernah lukakan hati kau. Aku bukan sengaja nak sakitkan hati kau. Sha, aku ada sebab kenapa aku kahwin dengan Faris..”
“Sebab apa? Sebab harta? Aku rasa, tak mungkin..ataupun sebab si Faris tu lebih kacak dari Saiful? Begitu?” terjah Sasha lagi dengan ayat-ayat pedihnya.
“Sha..tolonglah bukakan pintu ni untuk aku masuk. Aku perlukan kau..aku dah tak tahu mana lagi tempat untuk aku tuju..kau aje yang aku ada sekarang ni, Sha..” rayu Nazifa dengan tangisan kecil.
“Kau kan ada Faris? Dia tak cukup ke sebagai tempat mengadu kau? Apa lagi pergilah mengadu pada suami kau..buat apa kau datang sini? Dulu, aku dah nasihatkan kau supaya tak kahwin dengan lelaki tu. Tapi kau degil sangat! Pergilah kau hidup dengan lelaki tu..”
“Sha, aku..aku…” Nazifa teragak-agak. Beban dihatinya sudah sampai ke kemuncak dan ianya perlu dilupuskan segera.
“Aku kecewa dengan kau, Ifa. Mengapalah kau sanggup jadi orang bodoh dengan jadi isteri lelaki tak guna tu? Kau, aku dan semua orang tahu perangai buruk dia, Ifa. Tapi kenapa kau sanggup jadi bodoh?!” hati Sasha juga terguris.
Dia terlalu menyayangi Nazifa sehinggakan dia tidak sanggup membayangkan hidup Nazifa setelah mengahwini Faris. Sudah tentulah sahabatnya itu tidak bahagia. Kerana itulah dia membantah sekeras-kerasnya namun Nazifa tetap berdegil membuatkan Sasha kecewa.
“Aku terpaksa, Sha! Aku diugut..” tidak semena-mena ayat itu terkeluar dari mulut Nazifa. Sasha terdiam, begitu juga Nazifa. Nazifa baru tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Nasib baiklah suaranya tidak kuat.
Sasha terdiam mendengar kata-kata Nazifa. Setelah itu, daun pintu segera dibuka oleh Sasha. Mereka terdiam seketika lalu Nazifa segera memeluk tubuh Sasha yang sedang kaku dihadapannya. Sasha juga membalas pelukan tersebut dengan perasaan sayu.
SAIFUL menggeliat sambil menguap. Seketika dia beristighfar setelah puas menguap. Jam ditangan dikerling dengan rasa tidak sabar. Sudah tiga puluh minit dia menunggu Sasha namun bayangan gadis itu langsung tak nampak. Mereka sudah berjanji mahu keluar makan bersama-sama pada tengah hari ini.
“So sorry, Saiful! Sorry sangat aku lambat!” tiba-tiba Sasha muncul dengan keadaan yang tercungap-cungap. Saiful memandang hairan kelakuan Sasha yang bagaikan dikejar hantu raya.
“Ala, aku tak kisah pun, Sha..buat apalah kau nak berkejar-kejar. Aku rileks aje kat sini..” ujar Saiful seraya tersenyum. Sasha mencerunkan pandangannya ke arah Saiful lalu melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan lelaki itu.
“Eleh..tu nak perli aku la tu..aku lesing karang baru tau..” Sasha membuat gaya Haji Bakhil yang mahu ‘melesing’ orang. Saiful meledakkan tawa kecil melihatkan gelagat Sasha yang agak kelakar.
“Kau ni kan Sha, kadang-kadang pandai jugak buat lawak!” Saiful tersenyum dalam tawa kecil yang masih berbaki. Sasha mencemik bibir tanda menyampah.
“Kau diamlah, Saiful. Aku betul-betul lesing kau karang!”
“Iye aku diam..” Saiful tarik sengih. Wajah Sasha merah padam kerana malu dipandang oleh Saiful. Seketika suasana menjadi hening antara mereka.
“Kenapa kau diam pulak ni?” Sasha cuba membuka bicara apabila pelik melihat kelakuan Saiful yang tiba-tiba bagai sedang memikirkan sesuatu.
“Sha, kalau aku beritahu kau sesuatu, kau jangan komen apa-apa, ya? Kau dengar aje..” tiba-tiba Saiful tersenyum pahit. Fikirannya kembali mengingatkan peristiwa pada hari itu ketika dia terjumpa Nazifa.
“Apalah yang kau merepek ni, Saiful? Kau nak cakap apa ni sebenarnya?” Sasha cuba mengukir senyuman buat Saiful.
“Sha, aku tak tahu kau nampak atau tak hari tu..tapi aku nampak Ifa..” Saiful memulakan ceritanya. Sasha kelihatan terkejut.
“Bila?” soal Sasha pantas.
“Last time aku jumpa kau hari tu. Aku malas nak beritahu kau at first. Tapi, aku rasa aku patut beritahu kau sebab kau kawan aku dan juga Ifa..aku tak mahu berahsia, Sha..” jelas Saiful dengan raut serba-salah.
Bila fikirannya terbang mengingati Nazifa, hatinya terasa perit. Ternyata cintanya masih menyala. Dia juga nampak reaksi Nazifa pada hari itu. Riak wajah serba-salah serta sinar cinta masih terpancar dari raut mulus gadis itu. Saiful yakin yang Nazifa masih menyintai dirinya.
“Then, kenapa kau beritahu aku sekarang?” Sasha cuba mencungkil rahsia. Saiful terdiam sebentar lalu melepaskan satu keluhan yang berat.
“Aku tahu yang aku masih cintakan dia, Sha. Aku nampak dia juga macam still sayangkan aku..”
“Mana kau tahu? Saiful, aku ingat kau dah boleh cuba melupakan Ifa? Dia isteri orang, Saiful..” Sasha serba-salah. Dia sudah tahu cerita sebenar dari Nazifa. Dan dia juga tahu yang Nazifa masih mencintai Saiful.
Teringin benar Sasha memberitahu Saiful segala-galanya namun apabila teringatkan yang dia sudah berjanji dengan Nazifa bahawa dia tidak akan menceritakan kisah itu, lidah Sasha terus kelu. Sasha menundukkan kepala dengan wajah kegelisahan.
“Aku tahu, Sha. Aku sedar yang dia sekarang isteri orang. Tapi, Sha..aku tak dapat terima cara Ifa membuang aku dari hidup dia. Terlalu mendadak. Aku yakin yang dia tentu ada sebab, Sha. Mungkin lelaki itu yang menjerat dia?” Saiful meneka dalam nada kegeraman. Tidak disedari olehnya yang dia sedang mengepal penumbuk. Sasha mencerunkan pandangannya ke halaman wajah Saiful yang tiba-tiba suram.
“Saiful, aku faham perasaan kau. Aku tahu kau tentu merana dengan perbuatan Ifa. Tapi, aku juga tahu ada hikmahnya Allah berikan ujian ni pada kau. Kau kenalah terima takdir Allah, Saiful. Aku dulu pun marahkan Ifa sebab dia kahwin dengan lelaki tu. Tapi sekarang, aku faham segala-galanya..” nasihat Sasha tanpa menyedari yang dia sudah terlepas kata.
“Maksud kau yang kau dah faham segalanya?” tiba-tiba soalan itu terpacul dari bibir Saiful. Kening lelaki itu berkerut seribu. Sasha tersentak lalu fikirannya ligat mencari alasan.
“Err..err..maksud aku..” Sasha gugup. Saiful merenung Sasha dengan harapan Sasha akan memberikan penjelasan.
“Maksud aku, aku faham segala-galanya yang berlaku ni tentu ada hikmahnya. Ala, macam aku beritahu kau awal tadi la..kau sabar aje, Saiful! Aku yakin, tentu jodoh kau dah ada nun jauh disana..” jelas Sasha dengan penuh keyakinan. Saiful mengerutkan dahi seketika lalu mengeluh.
“Aku ingatkan apalah tadi. Kau ni, Sha. Aku lesing baru tau..” ujar Saiful dengan nada sedikit kecewa. Dia bersandar di sofa berkenaan sambil memandang lantai. Sasha berpura-pura ketawa kecil. Suasana sunyi seketika di antara mereka.
“Saiful, aku harap kau boleh lupakan Ifa. Lagipun, aku dapat rasakan yang dia tentu sedang berbahagia dengan suami dia..” bohong Sasha dengan perasaan bersalah.
Dia terpaksa berbohong kerana telah berjanji pada Nazifa yang dia akan cuba sedaya-upaya untuk menengok-nengokkan Saiful. Nazifa juga menyuruhnya berjanji untuk memberikan semangat dan galakan kepada Saiful supaya melupakan dia. Sasha membantah pada mulanya tetapi apabila dirayu berkali-kali oleh Nazifa, Sasha akur. Siapalah dia untuk menentukan kehidupan orang lain yang terdesak begini?
“Tapi Sha..hari tu aku nampak dia tepis tangan suami dia bila suami dia pegang bahu dia. Aku dapat rasakan yang dia tak bahagia. Sebab tu aku rasa macam nak jumpa Ifa sekali lagi. Aku nak tanya banyak soalan. Lagipun, aku dengan dia belum menjelaskan apa-apa lagi. Dia tinggalkan aku begitu saja tanpa sebab yang kukuh!”
“Kau nak sebab yang kukuh macam mana lagi? Dia nak kahwin dengan lelaki tu, kan? Alasan tu belum cukup kukuh lagi ke, Saiful?” bidas Sasha.
Saiful memandang tajam wajah serius Sasha. Seketika dia merasa hairan kenapa Sasha begitu bersemangat menghalang dia dari terus mengharap pada Nazifa.
“Kau ni apasal semacam aje, Sha? Semangat betul kau bila cakap pasal Ifa? Kau ni macam ada sorokkan apa-apa dari aku aje?” Saiful bagai dapat menghidu tingkah-laku Sasha yang pelik.
“Kau nak aku buat apa, Saiful? Aku sekarang ni tengah menasihati kau untuk kebaikan kau juga. Takkanlah aku nak suruh kau pergi rampas Ifa dari lelaki tu? Kau tahu kan berdosa kalau kau kacau isteri orang? Tak kuasa aku nak menanggung dosa bersama kau nanti..” gumam Sasha dengan wajah merah padam. Tak reti bahasa betul mamat ni! Sempat Sasha meleter di dalam hatinya.
Saiful terdiam apabila mendengarkan leteran Sasha. Dia merenung wajah Sasha. Gadis itu sedang memandang lantai sambil mengomel-omel sendirian. Tampak gayanya Sasha memang dah naik berang. Saiful menelan liur seketika.
“Sha, kau okey ke? Sorrylah, ye? Kalau aku buatkan kau marah..aku faham, Sha. Kau nak tolong aku. Aku tahu dan aku berterima kasih..” Saiful tersenyum pahit. Sasha mengangkat muka memandang Saiful yang kelihatan bersalah. Sejuk pula hatinya melihat wajah suram lelaki itu.
“Tak apa. Kau faham ni kira okeylah..kau cuba fikirkan masa depan kau, Saiful. Kalau boleh, kau anggap Ifa sebagai kawan kau. Mungkin kita dapat berkawan macam dulu-dulu..”
“Hmm..buat masa sekarang ni, Sha. Aku rasa aku tak boleh anggap Ifa sebagai kawan lagi. Iyalah, kau pun tahu macam mana aku dengan Ifa dulu. Aku tak pernah fikir langsung untuk hanya berkawan dengan dia. Aku dah anggap dia sebagai bakal isteri aku, suri hidup aku. Bagaimana aku nak terima dia sebagai kawan? It’s okay, I’ll try my best. Maybe someday we’ll be friends..but not now..aku perlukan masa untuk ubati hati aku yang masih luka ni..” ujar Saiful panjang lebar. Sasha mengangguk perlahan tanda memahami.
“Aku tak paksa kau, Saiful. Aku faham perasaan kau. Berdoalah banyak-banyak pada Allah. Tentu Dia akan membukakan jalan untuk kau. Hanya Dia yang patut kau harapkan sekarang. Berusahalah, Saiful. Aku tahu kau tentu boleh!” Sasha tersenyum manis buat Saiful yang turut tersenyum.
“Terima kasih, Sha. Dorongan kau amat bermakna. Aku hargai setiap nasihat yang kau berikan. Aku akan cuba berubah. InsyaAllah..” getus Saiful diiringi sebuah senyuman penuh kepuasan.
NAZIFA duduk di sofa ruang tamu sambil membelek-belek majalah yang terbuka di depan matanya dengan rasa bosan. Mana tidaknya, sudah berkali-kali dia khatam membaca majalah itu. Tiada benda lain yang boleh dibuat olehnya. Tadi semasa ibu mentuanya ada, dapatlah juga dia menolong apa yang patut.
Setelah ibu mentuanya keluar membeli-belah bersama Faris tadi, disinilah dia melepak menghadap majalah yang sudah lapuk dibacanya. Nak buat apa agaknya? Bosan juga ni..hati Nazifa mengeluh berkali-kali.
Nazifa bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke bilik tidurnya. Dia ingin melihat jika terdapat apa-apa yang boleh dilakukan. Sesudah merenung ke setiap sudut bilik berkenaan, dia ternampak bakul pakaian yang telah dipenuhi oleh pakaian kotor Faris. Nazifa mengeluh berkali-kali. Mulutnya mula meleteri sikap lelaki itu. Bukannya reti nak bawakan ke mesin basuh! Omel Nazifa didalam hati.
“Macam mana ni? Hisy..malaslah aku nak kacau pakaian dia!” Nazifa berkira-kira sendirian. Dia angkat tangan kanan lalu menggigit hujung ibu jarinya. Selepas itu bibirnya pula digigit berkali-kali.
Selama ini, manalah dia pernah menyentuh pakaian lelaki itu, apatah lagi menguruskan keperluan Faris didalam bilik mereka. Segala-galanya terbatas apabila mereka berdua-duaan di dalam bilik.
Hanya diluar bilik sahaja mereka perlu berlagak normal dihadapan Datin Sharifah Rosmah. Lagipun, mujurlah juga terdapat orang gaji yang bekerja pada waktu siang sehinggalah ke senja. Kebetulan, hari ini orang gaji berkenaan telah bercuti kerana cucunya demam.
Setelah lama berfikir, Nazifa membuat keputusan untuk tidak menghiraukan pakaian kotor Faris itu. Dia naik ke atas katil dan meniarap disitu. Tanpa disangka-sangka, mata Nazifa tertancap pada sebuah buku yang kelihatan terselit dibawah bantal Faris. Berkelip-kelip mata Nazifa, cuba mengamati buku berkenaan dari jauh.
Nazifa bangun dan bersila diatas katil. Dicapainya buku berkenaan. Rupa-rupanya buku itu adalah sebuah novel cinta. ‘Adam dan Hawa’ tajuknya. Serta-merta hati Nazifa bagaikan bergetar tidak percaya. Benarkah Faris gemar membaca novel cinta sebegini?
Setahu dia, lelaki yang suka membaca novel cinta adalah seorang lelaki yang berjiwa lembut dan penyayang. Nazifa menggeleng-geleng kepala tanda tidak percaya dan cuba menafikan apa yang berada difikirannya. Ahh..mungkin ini novel ibu mentua aku kot..tapi, bagaimana pula boleh sesat disini? Persoalan lagi menerjah ke benak Nazifa.
Pantas Nazifa meletakkan kembali novel tersebut ke bawah bantal suaminya. Malas dia mahu memikirkan perihal lelaki itu. Jika lama-lama difikir, boleh jadi biol kepala otak.
Nazifa yakin yang dia sudah kenal benar dengan sikap dan perangai Faris. Seorang lelaki yang ego begitu takkan sekali-kali pernah berlembut hati. Tambahan lagi, Faris juga adalah seorang yang banyak muslihat. Tidak sekali-kali dia akan terpedaya dengan pujukan palsu Faris!
“SAYANG buat apa tu?” sapa Faris separuh berbisik. Itupun betul-betul ditepi telinga Nazifa. Mahu luruh jantung Nazifa ketika itu kerana terkejut. Mujurlah dia tiada penyakit lemah jantung. Nazifa mengurut-urut dadanya serta menjegilkan mata pada Faris yang kelihatan selamba badak.
“Kau buta ke! Tak nampak ke orang tengah menjemur pakaian ni?!” bentak Nazifa lalu menyambung kerjanya yang terbengkalai. Malas dia mahu bertelagah dengan lelaki yang tidak faham bahasa begitu.
“Thanks, sayang..” Faris tersenyum kecil memandang Nazifa yang sedang galak menyiapkan kerjanya. Nazifa toleh dengan pandangan tajam.
“Untuk apa kau nak terima kasih ni?” Nazifa pelik. Tiba-tiba sahaja lelaki itu mengucapkan terima kasih. Mimpi atau silap makan ni? Tak sihat agaknya?
“For those..ermm pakaian abang yang sayang dah tolong cucikan..” getus Faris dengan senyuman penuh makna. Mata Nazifa membulat.
Bagaimana dia boleh terlupa ni? Sepatutnya Faris tidak boleh nampak dia sedang menjemur pakaian ni. Kerana ini adalah pakaian kotor Faris tadi. Nazifa sebenarnya jenis yang tidak suka melihat bilik berselerak serta tidak terurus.
Dia juga pantang jika terdapat kerja-kerja rumah yang belum disiapkan. Sebab itulah dia terpaksa juga mencuci pakaian suaminya yang kelihatan begitu mengganggu pandangan matanya. Pendek kata, dia tidak akan senang duduk jika pakaian itu tidak diuruskan!
Dia sudah merancang begitu baik supaya perkara ini tidak terbocor. Tetapi bagaimana pula suaminya itu boleh balik terlalu awal? Itupun ketika dia sudah hampir siap menjemur pakaian. Dan dia sendiri tidak menyedari yang dia terlupa. Mungkin kerana leka membuat kerja.
Wajah Nazifa mula merona merah. Dia menundukkan wajah, cuba menyorokkan riak wajah yang mula berubah. Kalaulah diberikan pembaris untuk mengukur ketebalan wajahnya sekarang, adalah dalam 4 inci agaknya. Malu betul dia.
“Ahh..sudahlah! Kau aje yang habiskan menjemur pakaian ni! Aku dah malas..” Nazifa melemparkan pakaian terakhir yang dipegangnya ke arah Faris. Serta-merta Faris menyambut pakaian tersebut sebelum ianya jatuh ke lantai.
Nazifa terus berlalu tanpa berkata apa-apa lagi. Dia hanya memikirkan rasa malu yang begitu merajai hatinya. Faris terkebil-kebil memandang langkah Nazifa sehinggalah kelibat isterinya itu hilang ke dalam rumah. Seketika, Faris tersenyum penuh bahagia. Dia yakin, Nazifa tentu menerima dia juga suatu hari nanti.
Nazifa terus berjalan dan berjalan tanpa menyedari langkahnya sedang diperhatikan oleh seseorang. Yang Nazifa tahu hanyalah perasaan malu dalam jiwanya. Sudah menebal dan menebal.
“Ifa..kamu buat apa tadi?” langkah Nazifa terhenti apabila terdengar panggilan ibu mentuanya. Dia menoleh dan mengukir senyuman pahit. Datin Sharifah Rosmah yang ternampak langkah gopoh-gapah Nazifa tadi terus mencerunkan pandangannya ke segenap wajah menantunya itu. Cuba mencari sinar kebenaran apabila Nazifa menjawab pertanyaannya nanti.
“Err..saya..saya..” tiba-tiba pula Nazifa menjadi gugup. Resah dan gelisah. Bukannya dia tidak mahu mengaku yang dia menjemur pakaian tadi, entah mengapa lidahnya kelu. Mungkin kerana masih terkejut dan malu dengan Faris tadi.
“Kamu buat apa? Terkejar-kejar aje mummy tengok? Macam tengah larikan diri aje?” duga Datin Sharifah Rosmah. Bagai dapat meneka apa yang telah terjadi. Nazifa menelan air liur yang terasa pahit. Pandainya ibu mentua aku ni membuat kesimpulan! Sempat dia memuji didalam hati.
“Larikan diri dari Ris la, mummy! Takkanlah itupun mummy tak tahu kot. Biasalah mummy, newly wed~ lagipun kita orang ni masih muda. Main kejar-kejar ni memang tak ada masalah langsung..kan sayang kan?” tiba-tiba Faris datang menyelamatkan keadaan. Lelaki itu memaut bahu Nazifa kemas-kemas. Memanglah Nazifa bersyukur Faris datang. Tetapi, melebih-lebih la pulak mamat ni! Sikit-sikit sudahlah.. gumam Nazifa didalam hati.
“Iyalah tu..hmm..Ifa, pergi siapkan makan malam. Mummy nak rehat sekejap. Rasa pening kepala. Nanti dah siap, panggilkan mummy dan Faris..” sengaja Datin Sharifah Rosmah ingin memberikan kerja kepada Nazifa. Selepas itu, dia terus berlalu ke bilik tidurnya. Letih juga dia kerana berjalan-jalan di pusat membeli-belah tadi.
“OKEY, sekarang ni tolong lupakan apa yang kau nampak tadi. Aku bukannya cucikan pakaian tu untuk ambil hati kau atau apa. Tak ada makna langsung pun. Aku cuci sebab aku tak tahan dengan bilik berselerak..” getus Nazifa dengan wajah selamba. Dia cuba bersikap tenang.
“Abang tak cakap apa-apa pun pasal tu. Abang tak kisah pun sebab apa sayang cucikan pakaian abang tu. Yang penting, sayang yang cucikan. Abang suka dengan perubahan sikap sayang..” Faris tersengih membuatkan hati Nazifa menggelegak. Aku tengah serius, boleh pula dia main-main? Sayang? Abang? Apa ni?
“Aku rasa, kau ni memang jenis yang tak akan faham bahasa sampai bila-bila..satu lagi, perkataan ‘sayang’ dan ‘abang’ tu. Aku tak suka. Kau boleh tak jangan bahasakan diri begitu lagi?” ujar Nazifa sinis. Faris tertawa kecil menyebabkan Nazifa menoleh dan memandang tajam kelakuan Faris itu.
“Memanglah. Abang tak faham dengan bahasa yang sayang cakap aje. Sebab sayang tu suka bahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’. Abang sebagai suami, macam mana nak faham? Sepatutnya, kan suami isteri kena bahasakan diri dengan panggilan ‘abang’ dan ‘sayang’ atau ‘hubby’ and ‘honey’? Something sweet..kalau sayang boleh bahasakan diri macam tu, sayang cakap apapun abang faham lepas ni..gerenti punyalah!” jawab Faris dengan nada cukup romantis. Terselit juga nada usikan disitu.
“Kau..kauu…ishh!! Sudahlah! Malas betul aku nak bertekak dengan kau..” marah Nazifa dengan wajah mencuka. Kenapalah Faris pandai benar mencari peluang untuk mengenakan aku sejak kebelakangan ini? Asyik aku aje ditindasnya! Gumam Nazifa sendirian.
“Wow!” ujar Faris secara tiba-tiba. Nazifa terasa pelik lalu menjeling Faris dengan wajah tidak puas hati. Entah apalah lagi yang dia nak kenakan aku tu? Sakit hati Nazifa dengan tingkah serta kata-kata Faris.
“Apasal? Kau tak puas hati apa pulak sekarang ni?” soal Nazifa geram.
“Tak ada apa-apa. Sayang cantik bila marah, bila merajuk. Kalau senyum, lagilah bertambah-tambah lawa. I’m just impressed..” redup pandangan mata Faris menjamah keseluruh wajah mulus Nazifa yang mula menampakkan rona merah. Menjadilah ‘ayat’ aku malam ni! Faris tersenyum dalam diam.
Nazifa menundukkan wajah apabila direnung oleh Faris. Entah mengapa renungan itu kelihatan begitu menggoda dan dia sebagai wanita hampir-hampir cair dengan raut tampan lelaki itu. Memang Faris lelaki bermulut manis. Nazifa terasa berdebar didalam hatinya apabila perasan yang Faris masih merenung ke arahnya.
“Shut up, okay? I’m going to sleep now..” Nazifa segera menuju ke katil. Dia menarik selimut ke seluruh tubuhnya lalu berbaring membelakangi Faris yang masih kaku di sofa.
Faris tersenyum lagi. Dia dapat merasakan yang bahagia mungkin miliknya suatu hari nanti. Dia hanya perlu banyak berdoa dan dia juga sanggup berbuat apa sahaja untuk menebus kesalahannya pada Nazifa.
Perlahan-lahan, Faris menghampiri katil. Dia duduk di birai katil sambil merenung Nazifa. Ternyata yang isterinya itu berpura-pura tidur. Dia cuba menghampiri tubuh isterinya.
Nazifa berdebar sendirian apabila terasa yang Faris semakin menghampirinya. Semakin lama, debaran di dadanya semakin hebat. Tiba-tiba sahaja Nazifa bagai terkena kejutan elektrik apabila dia terasa yang tangan lelaki itu menyentuhi rambutnya.
“Kau jangan berani nak buat apa-apa pada aku!!” Nazifa terus bangun sambil memejam mata. Tangannya membuat gaya seperti ‘ultraman’ yang ingin ‘fire’ raksasa.
“Sayang..buka mata tu..” getus Faris sambil meledakkan tawa. Lucu dengan gelagat isterinya.
Perlahan-lahan Nazifa membuka mata. Dia melihat sebuah buku berada di tangan Faris. Novel cinta yang dijumpainya tengah hari tadi!
“Abang cuba ambil buku ni aje..sayang tidurlah kat tempat sayang. Inikan tempat tidur abang..tapi jangan risau. Malam ni abang tidur di sofa..” jelas Faris dengan senyum simpul.
Rupa-rupanya Faris cuba mengambil novel dari bawah bantal. Dan Nazifa sudah tersilap tempat tidur kerana terlalu asyik melayan perasaannya tadi! Alamak! Malunya aku! Malu gilerrrr…malu tahap dewa-dewi!!! Entah berapa inci tebalnya muka Nazifa sekarang. Dengan wajah berwarna merah macam mata naga lagi. Kelu terus lidahnya untuk berbicara.
“Good night, then!” Faris melangkah ke bilik bacaan. Dia tahu, Nazifa sudah tidak dapat menahan rasa malu ketika itu. Sambil berjalan, dia masih mengukir senyuman. Lucu betul isterinya.

wakakkkaaa..
ReplyDeletetackle lagik faris..
jgn berkeras sudah..
gune care baekk..
sure ifa jatuh kat awak gak..
best2..mekaseh sis..~
COMEL =)
ReplyDeletehahhahah.. comei je ifa neh..suke2.. xsaba2 tgu dorg jth hati
ReplyDeletehohohoo....
ReplyDeletehmmmm ala ifa...
bukakan la pintu ati awk untk faris..
smua org bt slh...
nak ifa jtuh cnta ngn faris...
best2x...
smbung2x...
betul2...
ReplyDeletesemua org pernah buat slh...
kdg2 ni disebabkan cinta manusia sanggup buat apa saje,mcm tu gak dgn faris...
ifa maafkanlah faris...
nak ifa dgn faris jugak...
so sweet...sambung lg...x sabar nak tahu n3 seterusnya...;-)
akhirnya ada n3 baru. tq3x
ReplyDeletebtw, cam tak logik sangat la Ifa jadi garang macam gitu. baca n3 kali ni cam tak terbuai sgt. macam mana nak cakap ehh?
lagi satu...pendek2 jer dah ler adegan sasha ngan saiful tu. diorg kan watak sampingan jer. hihi
sis jgn marah tau. semoga idea terus mencurah2
@yunix77 :
ReplyDeleteyeke xlogik?hmm sis akan fikirkan balik..
thx ye sbb bagi komen yg jujur huhu bru sis tau kelemahan setiap n3 sis publish..
sis akan cube edit blk or buat sumthing yg lebey best.. ^^
kpd pengkomen yg lain, thx sbb sudi komen..mmg sis hepi korg slalu sapot sis walaupun sis ni slalu kecewakan korg sbb lmbat update..
sorry ek..niway,thx a lot to all~ ^^
huhuuu...lamanya n3 bru kuar...
ReplyDeleteermmmmmmm 2 writer...
bg aa crita nie cpt sket...
nazifa jgn la kras hati sgt...
hati pompuan keras mna pun...
mst bleh lmbut punya laaaaa...hehehe
bagi sya, nazifa mmg ptot layan faris mcm ni..
ReplyDeletemasih terlalu awal kot dia nk bole trime faris setlh apa yg faris buat pd dia..iye la dorg bwu je kawen kan :P
scr logiknya,klu sya pun akan dendam kesumat ngan mamat neh..
tp mungkin pembaca yg len tak saba nk sis habiskan cite ni kowt..
bg sya, sya sokong sis..jgn risau, ambik semua ni sbg pencetus semngat ok?
kritikan tu jadikan pembina idea bwu yg mencurah2.. :)
thx sbb update,sis..
sis Zazz!~..
ReplyDeletebesh ler..lama xonline baca novel..
lama gak xdtg jengok2 blog sis nii..
best la diaorang ni..COMEL.. :P