NAZIFA mengerutkan dahinya. Dia khusyuk memandang tanpa jemu bunga-bungaan yang berada di kedai berkenaan. Cantik! Dia sangat suka bunga. Paling disukai olehnya ialah Ros Merah. Nazifa menyedut bau wangian bunga-bunga berkenaan dengan hidung yang kembang-kempis.
“Err..cik nak beli bunga ni, ke?” sapa satu suara membuatkan Nazifa terlelah sebentar. Iyalah, tengah-tengah dia sedang khusyuk melayan perasaan tiba-tiba pula ada orang menegur. Itupun tanpa memberi salam dahulu.
“Saya..tengok aje du..lu…” mata Nazifa terkelip-kelip apabila terpandangkan wajah seseorang yang amat dikenali olehnya. Jantungnya bagaikan berhenti berdegup sebentar.
“Eh..If..If..Ifa..Ifa buat apa kat sini?” soalan bodoh itu terkeluar dari mulut Saiful. Ternyata lelaki itu juga terkejut. Saiful bekerja ‘part-time’ di kedai bunga berkenaan.
Nazifa mengigit bibir. Dia masih terkejut dengan kebetulan yang baru berlaku. Hatinya gelisah apabila Saiful masih memandangnya sambil menunggu jawapan.
“Saja tengok-tengok bunga ni. Hmm..aw..aw..awak kerja sini ke?” Nazifa memberanikan dirinya bertanya. Tidak tahu ingin membahasakan diri sebagai apa, jadi kekok semacam aje.
Dan dia tidak mahu disalah faham bahawa dia sengaja ke sini untuk berjumpa dengan Saiful. Memang dia tidak tahu langsung jika benarlah Saiful bekerja disitu.
“A’ah..kerja part time..nak beli bunga ke?” Saiful bertanya dalam getaran. Memang hebat benar getaran dalam hatinya ketika ternampak wajah Nazifa tadi. Perasaan marahnya pada Nazifa sebelum ini bagaikan terkubur apabila gadis itu kini berada didepan matanya.
“Tak apalah. Saya ada kerja ni. Lain kalilah..saya minta diri dulu..” Nazifa meminta diri untuk berlalu.
Saiful tunduk sambil menggigit bibir. Hatinya bercelaru. Mahu tetap dengan janji aku pada Sasha atau lupakan saja? Aku masih cintakan Ifa! Tapi, dia isteri orang..tapi..tapi..kalau bukan sekarang kau tanya dia perkara sebenar, bila lagi?
Nazifa terasa lengannya dipegang sebelum sempat dia berlalu. Apa ni? Nazifa sudah berasa tidak sedap hati. Jiwanya diruntun pilu apabila terpandangkan wajah sayu Saiful.
“I need to talk to you. I need you to explain everything to me..” perlahan Saiful bersuara tetapi dapat didengar oleh Nazifa.
“I don’t have anything to tell you. And I don’t need to talk to you anymore. Kisah kita dah berakhir, Saiful. I’m a married women now. Saya kena balik. Suami saya sedang menunggu dirumah..” bohong Nazifa seboleh-bolehnya.
“Ifa, don’t lie to me. Saya tahu awak masih cintakan saya..” suara Saiful mula berubah. Dia cuba menegakkan apa yang dia rasai.
Dia tertekan apabila Nazifa berkata begitu padanya tadi. Betulkah Nazifa begitu kejam sampaikan tidak mahu memberikan penjelasan tentang hubungan mereka yang berakhir begitu sahaja?
“No, not anymore. Now please let me go..”
“Say it..” paksa Saiful.
“Jangan paksa saya..” Nazifa menarik lengannya dari pegangan Saiful. Hatinya perit untuk menafikan, tetapi dia tidak boleh bercakap benar.
“She loves me, only me..her husband!” Faris tiba-tiba datang menyelamatkan keadaan. Nazifa benar-benar terkejut. Sejak bilalah Faris berada disitu? Setahu dia, dia datang seorang diri tadi.
“Boleh kami balik sekarang? Kami kena berkemas untuk pergi berbulan madu minggu depan!” getus Faris dengan wajah yang amat serius. Dia memegang bahu Nazifa dengan agak kasar lalu menarik tubuh kecil itu ke arahnya.
Wajah Saiful berubah merah padam. Dia memandang muka Nazifa yang turut merah padam. Gadis itu sedang menyembunyikan wajah dengan menunduk. Tiada sepatah perkataan langsung yang keluar.
Sebenarnya Nazifa terkejut dengan kata-kata Faris. Bulan madu? Dia tidak pernah diberitahu pun tentang itu? Nazifa jadi serba-salah melihat wajah Saiful yang berubah kecewa.
“Kami pergi dulu!” kata Faris sambil merenung tajam Saiful.
“Dia cintakan aku!” teriak Saiful tiba-tiba.
Langkah Faris terhenti. Dia menoleh semula ke arah Saiful.
“Kau yakin? Hmm..sayang? Do you love him?” Faris cuba menduga Nazifa. Dia tahu Nazifa memang masih cintakan Saiful. Tetapi dia berani jamin yang Nazifa tidak akan menjawab begitu.
Nazifa diam, masih menunduk. Perasaan serba-salah masih menghantui hatinya. Saiful bagaikan terpaku sebentar ke arah Nazifa, menantikan jawapan.
“Do you love him?!” paksa Faris. Entah apalah yang merasuk dia sehinggakan dia memaksa Nazifa begitu. Cengkaman dibahu Nazifa sengaja dikuatkan. Ternyata penyakit barannya kembali!
“No! I don’t! Lets just go? Can’t we?” Nazifa mula sebak tetapi cuba ditahan seboleh-bolehnya. Laju langkah Nazifa berlari keluar dari kedai berkenaan. Mujurlah ketika itu tiada pelanggan lain yang berada disitu.
“See? Dia tak cintakan kau!” tegas Faris dengan wajah serius. Dia terus meninggalkan Saiful melayani rasa kecewanya keseorangan.
“MAT! Aku nak, kau habiskan lelaki tak guna tu! Aku tak mahu tengok dia ada depan mata aku lagi!” Faris menghentakkan tangannya sekuat hati ke atas meja.
Gedegangg!! Meja tersebut bagai ingin runtuh. Mat tersentak. Denyut jantungnya laju kerana terlalu takut melihat kemarahan Faris. Sudah lama Faris tidak menunjukkan perangai sebegini. Ini tentu sebab Nazifa lagi.
“Kenapa tiba-tiba ni, bos? Bukankah Nazifa sudah jadi milik bos? Apa yang bos risau lagi?” pujuk Mat. Sebenarnya dia tidak mahu bersusah-payah.
Dia tahu, Faris akan membayarnya dengan bayaran yang lumayan. Tetapi, perkataan ‘habiskan’ itu bagai membawa maksud ‘bunuh’. Dia tidak mahu membuat kerja sebegitu. Walau sejahat-jahat dia, dia takkan sanggup membunuh orang.
“Kau nak melawan cakap aku? Oh, mentang-mentanglah aku dah lama tak suruh kau buat kerja, kau ingat kau boleh bangkang kata-kata akulah, yer?” marah Faris. Wajahnya semakin dekat dengan wajah Mat.
“Tapi, bos? Ada masalah apa lagi bos dengan lelaki tu? Sejak bos kahwin, saya tengok bos macam dah happy aje..teruskanlah hidup bahagia bersama isteri bos yang cantik tu..” Mat tersengih buat-buat.
“Kau tak faham bahasa?!!” jerkah Faris sehingga tersembur air liur ke wajah Mat. Mat mengelap air liur yang berbekas di wajahnya dengan laju. Sempat lagi tu!
“Err..apa kata bos bertenang sekejap, tarik nafas…lepas..tarik nafas lagi..lepas..sure rasa okey sikit nanti. Tak perlulah nak habiskan lelaki tu..kasihan juga kat dia, bos!” Mat membuat muka selamba badak. Takut memanglah takut, tetapi dia berharap sangat supaya Faris berubah fikiran.
Faris memejamkan matanya dengan panas hati. Memang mamat ni dah melampau. Berani melawan cakap aku. Dah pandai loyar buruk pulak tu?!
“Aku tak kira. Esok, aku nak kau habiskan dia. Aku tak kiralah macam mana pun kau nak buat..kalau tak, kau tahulah akibatnya!” tempik Faris. Panas barannya meluap-luap saat terbayang kembali peristiwa hari itu.
“Saya..bos..saya tak nak bunuh orang, bos! Saya ni..walaupun saya ni jahat, bos…saya tak pernah pun fikir sampai nak bunuh orang! Nak bunuh nyamuk pun saya tak berani. Saya biar aje nyamuk gigit saya time saya tidur..tolonglah, bos..jangan paksa saya bunuh orang..” Mat sudah sebak. Dia menahan tangis yang mahu terhambur keluar. Dia takut jika Faris berbuat apa-apa padanya.
Mat terdiam apabila terdengar Faris tiba-tiba meledakkan tawa. Entah apalah yang menggeletek jiwa Faris agaknya? Mat tertanya-tanya.
NAZIFA membungkam di atas katil. Dia menunggu Faris masuk ke bilik. Banyak perkara yang ingin ditanya olehnya, antaranya ialah berkenaan bulan madu yang pernah disuarakan oleh lelaki itu. Gelisah dirasakan olehnya jika memikirkan perihal bulan madu itu. Selebihnya dia terasa seperti ingin menjelaskan perkara dia dan Saiful hari itu.
Pintu bilik kelihatan terbuka membuatkan jiwa Nazifa berdebar-debar. Macam mana nak tanya dia? Dibuatnya dia marah, macam mana? Dahlah kantoi aku dengan Saiful hari tu! Agaknya dia marah tak? Hati Nazifa keresahan.
Faris merenung tajam Nazifa buat seketika tanpa berkata apa-apa. Wajahnya serius sahaja. Kemudian, dia memalingkan wajah membelakangi Nazifa. Dia lalu duduk senyap di sofa.
Televisyen dibuka lalu siaran berita ditonton olehnya. Senyap, sunyi tanpa sebarang kata-kata antara kedua mereka. Suasana bilik yang agak suram malam itu menjadikan Nazifa bertambah gelisah.
“Hmm..aku..aku nak tanya ni..” Nazifa membuka kata. Tangannya dimain-mainkan lalu jarinya berkait antara satu sama lain tanda dia sedang resah.
Mungkin lebih kepada rasa bersalah. Dia tidak mahu Faris salah faham dia dengan Saiful hari itu. Sudah berhari-hari Faris tidak bercakap dengannya. Entah mengapa, dia rasa tidak senang duduk apabila suaminya itu asyik mendiamkan diri sepanjang masa.
“Dengar tak apa yang aku cakap ni?” lemah nada suara Nazifa apabila Faris tidak langsung mengendahkannya. Jiwa Nazifa gundah gulana. Ahh, kenapa ni?
“Hmm..I’m sorry..pasal hari tu. Aku memang betul-betul tak tahu yang Saiful kerja disitu. Aku..aku bukan sengaja nak jumpa dia..aku..” Nazifa gigit bibir. Dia tiba-tiba sebak apabila Faris masih buat tidak tahu. Dia rasa kecil hati kerana Faris tidak langsung cuba untuk memahami dirinya.
“So? What do you expect me to say? Yang I percaya cakap you?” Faris membahasakan dirinya ‘I’ dan ‘you’ seperti saat mereka belum berkahwin dahulu.
Rasa janggal pula bila didengari oleh Nazifa. Hatinya bagai terguris entah mengapa. Namun dia sedikit gembira dengan tindak balas Faris terhadap kata-katanya.
“Kau tak percaya? Hmm..kau marahkan aku?” soal Nazifa tulus. Faris diam.
“Kau marah?” soal Nazifa lagi.
“What if I am?” Faris mendengus kecil. Geram dengan Nazifa.
“I’m sorry..”
“I perlukan penjelasan. Tapi, I rasa tak perlulah kot. I dah tahu dari cara you pandang dia, cara you cakap dengan dia hari tu..” suara Faris seakan pasrah. Lebih kepada kecewa, patah hati. Adakah selama-lamanya Nazifa tidak akan cuba untuk menilai dirinya serta mencintainya setulus hati?
“Kau..nampak dan dengar semuanya?” Nazifa serba-salah. Dia mengerutkan dahi tanda sedang dalam dilemma. Faris kelihatan mengangguk lemah.
“Macam mana kau boleh ada kat situ?” Nazifa menyoal lagi. Memang dia pelik bagaimana Faris boleh tiba-tiba muncul hari itu.
“Its obvious. I saja ekori you. I tahu you nak pergi shopping. I nak tahu pasal you. I nak tahu apa yang you suka. And I knew it all that day..you suka makan Prosperity Burger kat Mc Donald, you suka tengok wayang, you tak suka beli baju tapi you suka pergi bahagian kasut dan beg tangan. Lastly, you suka bunga. The way you looked at those flowers, like you’ve been lost into it..” Faris tersenyum kecil apabila mengingatkan semula hari itu.
Memang dia ekori Nazifa kemana sahaja isterinya itu pergi. Tujuannya adalah untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Tetapi, akhirnya dia sendiri kecewa. Senyuman kecil tadi tiba-tiba hilang apabila dia teringatkan peristiwa di kedai bunga hari itu.
Nazifa rasa tersentuh dengan pengakuan yang tidak terduga dari bibir Faris. Rasa indah sesekali menerjah namun dia sendiri tidak pasti apakah sebenarnya yang dirasai. Serta-merta dia merasa bertambah bersalah. Mengapalah dia pergi ke kedai bunga itu hari itu? Kalau tidak, semua ini tentu tidak akan terjadi.
“I’m sorry..” sekali lagi Nazifa meminta maaf.
“Syhh..it’s hurting me when you keep saying that you’re sorry..I’m going to sleep now..” memang Faris kecewa apabila Nazifa asyik meminta maaf. Seolah-olah Nazifa menolak cintanya serta mengakui bahawa sebenarnya Nazifa tidak pernah melupakan Saiful. Dan atas dasar kasihankan dia, Nazifa cuba mengambil hatinya dengan meminta maaf.
Faris berjalan lemah, ingin keluar dari bilik berkenaan. Nazifa terdiam dan terus diruntun perasaan yang entah apa-apa. Dia sendiri keliru. Dimana perginya perasaan benci yang meluap-luap pada lelaki itu selama ini? Mengapakah aku boleh menjadi resah begini? Terlupa sudah niatnya ingin bertanya mengenai bulan madu yang Faris pernah katakan.
HARI itu Nazifa memasak agak banyak. Datin Sharifah Rosmah sudah keluar ke pejabat suaminya. Entah apalah masalah mentuanya itu lagi. Sudah lama juga bapa mentuanya tidak pernah balik ke rumah menurut cerita Mak Temah, orang gaji yang bekerja lama dirumah itu.
Nazifa sendiri tidak pernah melihat wajah bapa mentuanya. Semasa hari perkahwinannya hari itu pun, Dato’ Faizal tidak dapat hadir dan hanya mengirimkan hadiah melalui setiausahanya.
Faris kelihatan tidak pernah mengendahkan bapanya. Mungkin dia sudah terbiasa hidup tanpa kasih sayang seorang bapa. Mak Temah banyak juga bercerita tentang masa silam Faris yang tidak langsung dipedulikan bapanya. Semakin lama dia mengenali Faris, semakin menebal perasaan kasihan dan ingin mengambil berat di dalam jiwanya. Sudah susah untuk dia membenci Faris seperti dulu. Mengapa agaknya?
“Mak Temah, nak masak apa lagi ya?” Nazifa meminta pendapat Mak Temah. Orang tua itu menoleh lalu tersenyum simpul.
“Dah banyak tu, puan. Cukuplah kot?” jawab Mak Temah dengan sopan.
“Tak payah panggil puan. Panggil aje Ifa, ye? Dah banyak kali dah Ifa pesan kat Mak Temah..” Nazifa tersenyum sambil mengerling wajah tua disebelahnya.
“Okeylah. Ifa..”
“Haa..macam tu laa..” Nazifa tersengih panjang.
Mak Temah mengajak Nazifa menghidangkan makanan di atas meja sementara menunggu waktu makan tengah hari.
“Ifa, Mak Temah kena balik lepas ni tau? Datin ada bagitau tadi kan? Mak Temah kena jaga cucu Mak Temah tu. Demam lagi..mak dia pun dah tak ada, meninggal masa lahirkan dia..bapa dia kerja aje cari duit nak sara keluarga. Tak ada masa sangat nak tengok-tengokkan anak dia..” jelas Mak Temah sambil meletakkan mangkuk-mangkuk berisi lauk yang dimasak Nazifa tadi.
“Innalillahiwainnailaihiroji’unn..hmm..okeylah Mak Temah. Saya tak kisah, Mak Temah baliklah, ya? Tapi bawa baliklah sikit makanan ni. Banyak ni. Saya ingat Mak Temah makan sekali tadi..tu yang masak banyak!” kata Nazifa ikhlas.
“Eh, tak apalah. Ifa kan masak untuk suami Ifa. Nanti Encik Faris baliklah tu..Mak Temah minta diri dulu, ya?” balas Mak Temah dengan penuh rasa rendah diri. Nazifa rasa tersentuh apabila nama Faris disebut.
“Ambil aje..tak apa biar saya yang sediakan lauk ke dalam bekas. Mak Temah buatkan air..sekejap aje!” Nazifa masih berkeras. Mak Temah akur, hanya menurut.
“Masak apa hari ni Mak Temah?” Faris tiba-tiba muncul di ruang dapur. Mak Temah meletakkan minuman yang baru dibuat olehnya. Satu jug besar air sirap selasih menyebabkan Faris terliur sebentar. Iyalah, dahaga sebab keletihan.
Mak Temah tersenyum lalu menuangkan segelas air sirap tersebut lalu diberikan pada Faris. Faham benar dia dengan perangai budak itu. Mana tidaknya, sejak Faris kecil lagi dia sudah mengenali Faris.
“Bukan Mak Temah yang masak hari ni..” getus Mak Temah dengan senyuman tidak lekang dari bibir. Faris hairan. Habis tu takkanlah makanan ni ‘jadi’ sendiri?
“Habis tu?” soal Faris dengan mimik wajah kepelikan.
“Sayang kamulah yang masak..” mulut Mak Temah terjuih sedikit ke arah Nazifa yang sedang khusyuk membungkus makanan untuknya. Tentu Nazifa belum sedar yang Faris sudah pulang.
“Mimpi apalah tu..dulu, tak pernah pun nak masak untuk aku..” getus Faris perlahan. Lebih kepada mengejek walau sebenarnya didalam hati sebenarnya rasa terharu. Mak Temah bagai terdengar sesuatu.
“Apa kamu kata?” soal Mak Temah.
“Tak ada apa-apalah. Jomlah makan..saya dah lapar..” ajak Faris, ingin mengubah topik perbualan.
“Mak Temah nak balik ni. Ada kes kecemasan. Cucu Mak Temah demam lagi. Terpaksa juga balik. Tadi Mak Temah dah bagitau Datin..” jelas Mak Temah buat kali kedua. Khas buat Faris pula kali ini.
Faris terpana sebentar. Cann..cann..candle light lunch with my wife??? Faris telan air liur.
“Eh, bila abang balik? Tak perasan!” Nazifa menegur Faris. Tangan Faris dicapai lalu disalami penuh hormat. Entah betul atau lakonan semata-mata, Nazifa juga tidak tahu. Dia keliru.
“Baru aje..” Faris terpaku sebentar apabila hidung tinggi Nazifa menyentuh tangannya. Ternyata tangannya belum dilepaskan oleh Nazifa. Lama gadis itu mencium tangannya.
“Ehem! Mak Temah balik dululah, ye?” Mak Temah meminta diri dengan senyum simpul. Nazifa yang tersedar terus menarik tangannya. Dia berlagak selamba lalu tersenyum membalas pada Mak Temah.
Selepas Mak Temah berlalu, Faris mengambil tempat di meja makan. Nazifa juga begitu. Suasana hening antara mereka. Faris hanya meneruskan aktivitinya iaitu makan.
Tiada sepatah perkataaan langsung yang dikeluarkan. Mahal sungguh suara Faris sekarang ni. Tiada lagi usikan, tiada lagi panggilan yang selalu dipanggil oleh lelaki itu. Semuanya seperti yang diingini oleh Nazifa selama ini. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Begitulah.
“Ermm..I would like to ask about something..” Nazifa bersuara perlahan. Antara dengar atau tidak. Faris masih makan, bagai tidak mempedulikan kata-kata Nazifa. Dia pura-pura tidak dengar. Nazifa masih belum menjamah makanan dihadapan walau perutnya lapar.
“I..would..like..to..ask..about..something!” sepatah-sepatah Nazifa mengulangi ayatnya menyebabkan Faris berhenti makan sebentar. Berhasil! Gulp! Nazifa telan liur apabila panahan mata Faris menusuk ke matanya.
“Apa dia?” soal Faris acuh tidak acuh. Faris menyuap makanan lagi ke mulutnya.
“Is it..delicious? Ermm..I mean..lauk-pauk tu..” Nazifa cuba untuk tidak menggunakan ayat ‘aku-kau’ pada Faris. Nampak sangat dia sedang cover. Ah! Apa ni? Bentak Nazifa sendirian.
“Hmm..its good..” Faris angguk kepala sekali lalu terus menyuap makanan. Mukanya langsung tiada perasaan.
Nazifa menarik nafas lega apabila Faris menjawab dengan jawapan positif. Tapi, ‘good’ aje ke? Macam tak menepati selera dia aje? Kenapa aku risau semacam aje ni? Ifa, are you okay? Nazifa berkata sendirian.
“Ifa, are you okay?” ayat yang sama keluar dari mulut Faris membuatkan Nazifa tersentak. Dia terus menganggukkan kepala lalu turut menjamah makanan dihadapan yang langsung tidak disentuh dari tadi. Suasana hening sebentar.
“Hmm..is it true?” Nazifa tiba-tiba bertanya soalan yang entah dia sendiri tidak tahu patut atau tidak ditanya pada Faris.
“About?” sepatah Faris bertanya kembali. Mulutnya masih berkumat-kamit mengunyah makanan.
“About..the honeymoon thing..” lambat-lambat Nazifa berkata. Dia menunduk sebentar, tidak mahu memandang renungan mata Faris.
“Oh, you remembered..hmm..that is just a joke! Hmm..what I mean here is, itu cuma ‘ayat’ untuk I selamatkan you dari terus ‘hanyut’..” jelas Faris.
Dia tahu yang dia berbohong. Memang niatnya sebelum ini ingin membawa Nazifa berbulan madu namun rancangannya itu dibatalkan kerana kekecewaannya terhadap Nazifa.
Malah, dia sudah siap membeli tiket kapal terbang dan juga pakej percutian bulan madu. Semuanya disimpan ke dalam almari pakaiannya. Dia tahu, disitu sahajalah tempat yang Nazifa tidak akan kacau. Biarlah rahsia.
“Hanyut? What do you mean?” Nazifa mendongak.
“You tahu apa maksud I..okeylah..I nak naik rehat kat atas. Ingat nak keluar kejap lagi. Bosan duduk rumah tak ada isteri..” Faris terus bangun ke sinki membasuh tangan dan berlalu naik ke biliknya. Hati Faris terluka, dan masih belum terubat. Nazifa masih cintakan Saiful. Faris tahu itu.
Hati Nazifa bagai dihiris dan disiat-siat. Sampai begitu sekali Faris menyalah sangka. Tidak pernah terniat langsung dihatinya hari itu untuk menduakan Faris. Ya, dia tahu dia masih cintakan Saiful. Tetapi, dia adalah isteri Faris dan dia tahu bagaimana mahu menjaga diri dan nama baik keluarga mereka.
Yang paling meruntuhkan semangat dalam jiwanya, pasal bulan madu tersebut. Memang dia ingatkan Faris serius, rupa-rupanya Faris hanya berpura-pura dihadapan Saiful. Entah mengapa dia rasa kecewa dengan pernyataan Faris tadi. Mungkinkah dia juga berharap dapat pergi berbulan madu bersama Faris? Ah, tak mungkinlah! Nazifa cuba menafikan lagi.

best2...sambung la cepat2 n panjang2....hari2 tgu sambungan dia....gd luck k
ReplyDeleteifa dah ade rse..
ReplyDeleteyeayyy..faris,,jgn arh cmtuh..
takkan da give up kot..
time2 ifa da oke cmnie..faris lak haissyyhh..
jgnnlaa..
smbung2 sis..
aloh... huhuhu.. da ada perkembangan baik ni!!
ReplyDeletebagi la terkantoi psl tiket honeymoon tu.
biar ifa tau yg faris btol2 serius syg@cinta kt ifa.. huhuhu...
pliz!! cik writer, sambung la cept2 ye??
so sweet...
ReplyDeleteifa dah ade rasa...rasa...rasa ...cinta hahaha...
suke ar cite ni,..nak ifa dgn faris gak,,,
nak lg nak lg ...sambung2,...
syabas krana bole update cpt n3..
ReplyDeleten3 kli ni best..nak faris dgn ifa..
sambung cpt k..lmbt2 nnti kitaorg merajuk pulak haha :P
tp ur writing sgt best bgi sy..keep it up! :)
wahhhhhh...dah ada pkmbangan story nie...
ReplyDeletebesttttttttt...cinta dah mula bersemi la katakan...hehehe
hohohooho...
ReplyDeletealah faris ni majuk la...
hmmm...'
x pe ifa pujuk la faris 2...
lama2 dia cair la 2...
best2x..
ayoyoyo....
ReplyDeletefaris!!!!jgn arh majokkkk..
taw la pown dlu ifa xska awk tp skrang dia dh ska la..buka mata awk tuuuuu...huhuhu..
jgn mrajuk lma2 tau faris?
BEST!!smbung lgik sis!! :)
sronoknyer ari cuti skola niiii..
ReplyDeletepagi2 buka website ni tgk2 ada update!
sis suda kembali menghantui kitaorg.,, :P
btw,faris tak bek tau majuk ngan isteri,,
ifa da sukeeeee ko tau ak??
ahaha mcm lah faris tu btol2 wujud dlm dunia ni..klau ade,fuh bez tu..payah ow crik laki yg tol2 syg kiterr spenuh atie..hehe
eleh
ReplyDeleteaper la faris ni
tak macho daaa
kunun nak amik hati ifa tapi skrg apa dah jadi?
Ifa, ko jgn lembik2 dgn si Faris
lepas ni ko masak letak garam byk2
geram plak dgn Faris nih
tak bersungguh!
waaaaaaaaaaaa