SELEPAS selesai berpakaian, Nazifa duduk bersimpuh di tepi almari pakaian Faris sambil memerhatikan kotak tersebut. Dia meletakkan kotak tersebut ke atas ribaannya. Terkelip-kelip matanya ketika itu.
Mahu buka atau tak? Bagaimana kalau Faris marah bila dapat tahu aku kacau barang peribadinya? Tapi, aku betul-betul nak tahu apa yang ada dalam kotak ini! Agaknya, kalau aku diamkan perkara ini, tentu Faris tak akan tahu yang aku telah curi-curi membuka kotak ini. Nazifa nekad. Kepalanya terangguk-angguk. Dia mula menyapu-nyapu bahagian atas kotak itu yang agak berhabuk.
Tangannya ligat mengusap-usap permukaan kotak tersebut. Perlahan-lahan dia cuba membuka kotak berkenaan.
“Stop! Stop right there, Ifa. Don’t touch the box..” tiba-tiba Faris muncul dengan jari telunjuknya melurus ke arah Nazifa. Terkejutnya Nazifa bukan kepalang. Tiba-tiba kotak itu terjatuh dari ribaan Nazifa. Habis bertaburan barang-barang yang berada didalam kotak tersebut.
Nazifa mencuri pandang ke bawah, melihat barang-barang yang bertaburan dihadapannya. Tiada apa-apa yang pelik pun. Hanya sampul surat bersaiz A4 berwarna coklat dan sebuah buku kecil yang dihias indah. Faris kelihatan berjalan laju ke arah Nazifa. Wajahnya serius dan memerah, membuatkan Nazifa menelan liur. Marahkah dia? Nazifa kecut perut.
“Ermm..I’m sorry..” ujar Nazifa takut-takut. Faris mendiamkan diri sambil mengemas barang-barang tersebut lalu dimasukkan kembali ke dalam kotak tadi. Jelas sekali air muka lelaki itu sedang menahan rasa. Marah? Ahh..bukan. Aku kenal wajah marah dia. Tapi, apa? Mengapa? Nazifa jadi kelam-kabut. Dia rasa bersalah pula selepas itu.
“I’m sorry..sebab nak buka kotak tu tanpa kebenaran..I’m really sorry..” getus Nazifa lembut. Dia memandang wajah Faris yang masih terdiam seribu bahasa. Lelaki itu sudah selesai mengemaskan barang-barang tersebut.
”It’s okay..” kata Faris ringkas. Dia memegang erat kotak berkenaan. Hatinya terasa bagai ingin meletup ketika ternampak Nazifa memegang kotak itu. Sesuatu yang Nazifa tidak boleh tahu tentang dirinya berada didalam kotak itu. Faris bangun. Dia ingin segera keluar. Seketika, langkah Faris terhenti.
”Lain kali, jangan sentuh barang-barang I sesuka hati you tanpa kebenaran..” kata Faris tanpa menoleh ke arah Nazifa. Sesudah selesai berkata-kata, Faris terus keluar.
”Abang..” panggil Nazifa separuh berbisik. Suaranya tidak didengari oleh Faris. Sendu mula merajai hati Nazifa. Tidak sedar yang dia sedang memanggil Faris dengan panggilan ‘abang’. Dan akhirnya, airmata Nazifa menitis setitis dipipi.
Di bilik bacaan, Faris melabuhkan punggung di kerusi dengan wajah yang bingung. Tangannya terketar-ketar, tubuhnya sedikit menggigil. Betapa dia takut kehilangan Nazifa. Bagaimana agaknya jika Nazifa sudah membuka isi kandungan didalam kotak berkenaan? Faris menggeleng-geleng kepala. Dia tidak berani memikirkan segala kemungkinan yang ada.
Apa yang aku perlu buat dengan benda-benda ni agaknya? Bakar? Ya, bakar semuanya! Jika semuanya musnah, aku tak perlu lagi risau yang aku akan kehilangan Nazifa. Faris pantas membuka kotak berkenaan lalu mengeluarkan sampul surat bersama dengan buku kecil itu.
Faris bergerak ke bilik air. Cadangnya, dia mahu membakar benda-benda itu di bilik air. Mancis sudah dinyalakan..
”Ris!! Oo..Ris!! Buka pintu bilik ni kejap..mummy nak cakap sikit ni..” suara Datin Sharifah Rosmah kedengaran lantang dari luar bersama ketukan yang bertalu-talu.
Faris terpana sebentar mendengar suara ibunya. Niat Faris untuk membakar barang-barang itu terbantut. Dia tergesa-gesa menyimpan semula barang-barang itu ke dalam kotak lalu disembunyikan di dalam laci meja bacaannya.
”RIS, mummy rasa, mummy nak buat tuntutan fasakh di mahkamah nanti..mummy tau, mummy dah jadi orang bodoh for over 20 years..dulu, Ris cakap apapun mummy tak pernah dengar. Sekarang, mummy akur dengan takdir. Maybe he’s not meant to be with me from the start. Enough is enough..” ujar Datin Sharifah Rosmah dengan wajah sugul. Dia memandang wajah Faris yang jelas kelihatan agak terkejut.
”Mummy dah fikir masak-masak?” soal Faris dengan rasa tidak percaya. Datin Sharifah Rosmah mengangguk.
Faris tersenyum, dia gembira dengan keputusan ibunya. Namun, didalam gembira terdapat suatu perasaan pilu yang tersembunyi. Pilu kerana dia bakal kehilangan seorang insan bergelar ayah, dan kehilangan itu mungkin buat selama-lamanya. Tiba-tiba senyuman Faris bertukar kelat. Riak wajahnya berubah. Faris keliru dengan perasaannya sendiri. Ada rasa sedih yang sesekali bertandang.
Sebenarnya, jauh di sudut hati Faris, dia masih mengharapkan perubahan sikap Dato’ Syed Faizal. Memang sejak kecil lagi dia memasang harapan untuk mendapatkan kasih sayang bapanya walaupun dia tahu semua itu adalah mustahil.
Baginya, walau hanya sedikit kasih sayang yang dia dapat dari bapanya, itupun sudah memadai. Sebelum dia meninggalkan dunia ini, dia ingin merasai perasaan itu. Perasaan bagaimana disayangi oleh seorang bapa. Setelah itu, maka lengkaplah kehidupannya sebagai seorang manusia biasa.
Betapa dia dahagakan kasih sayang Dato’ Syed Faizal, namun bapanya itu tidak pernah mengerti membuatkan Faris terus-terusan melayan perasaan ego dalam diri. Ego untuk mengakui kesedihan dan kekecewaan dalam hatinya.
Memang dia marah pada Dato’ Syed Faizal kerana mengabaikan ibunya dan juga dirinya sendiri. Kerana perasaan marah itulah, Faris kerap menyuruh ibunya menuntut cerai dari Dato’ Syed Faizal. Faris tidak sanggup melihat ibunya menderita. Kini, ibunya sudah membuat keputusan yang ditunggu-tunggu olehnya. Tapi sekarang Faris pula yang berasa serba tidak kena.
”Ris, kenapa nak? Kamu tak suka mummy bercerai dengan daddy?” Datin Sharifah Rosmah bertanya. Dipandang wajah Faris yang seakan dalam dilemma.
”Taklah. Mana ada. Ris gembira sebab mummy dah buka mata mummy. Ris bukan nak porak-perandakan family kita. Tapi Ris rasa, inilah yang terbaik untuk kebahagiaan mummy. Ris sayangkan mummy. Ris tak nak tengok mummy selalu termenung dan bersedih. I can’t bear to see your tears..”
“I love you, son..” Datin Sharifah Rosmah tersenyum dengan rasa terharu. Faris terangguk-angguk dan membalas senyuman ibunya.
NAZIFA mengeluh. Dia mundar-mandir dengan seribu rasa yang bertamu dihatinya. Fikiran Nazifa kembali memikirkan wajah Faris yang berubah ketika dia cuba membuka kotak misteri itu semalam. Marah? Ah, bukan. Aku tahu dia tidak marah. Tapi, apa? Nazifa menggigit bibir.
Buat apalah dia berfikir panjang kerana hal itu. Yang penting sekarang, bagaimana mahu mengambil hati Faris. Tapi, kenapa pula aku kena ambil hati dia? Hah! Semua ni memang tak masuk akal. Aku kan sepatutnya membenci dia atas perbuatan dia pada aku? Tapi mengapa saban hari perasaan aku semakin berubah. Semakin lama aku mengenali dia, semakin aku rasa kasihan pada dia.
”Ifa, buat apa tu?” tiba-tiba suara Faris memecahkan keheningan suasana di dalam bilik berkenaan. Sekaligus mematikan lamunan Nazifa. Wajah Faris dipandang dengan senyuman kelat.
Lelaki itu kelihatan melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan Nazifa didalam bilik tidur mereka. Jelas sekali wajah Faris sedang memendam rasa. Entah apalah yang suaminya itu sedang fikirkan agaknya. Faris mencapai remote televisyen lalu menekan siaran di televisyen.
”Hmm..tak buat apa-apa pun. Just tengah fikirkan sesuatu..” jawab Nazifa. Faris menoleh ke arah Nazifa dengan kerutan didahi.
”Fikir apa? Tak nak cerita ke?” soal Faris lembut membuatkan Nazifa menarik nafas lega.
Nampaknya Faris sudah tidak sedingin dulu lagi dengannya. Tapi, kenapa dia tanya pasal benda yang aku tengah fikir pula? Takkan nak beritahu dia yang aku tadi tengah fikir pasal dia? Nazifa berdehem seketika, ingin membuka cerita. Yang pastinya, bukanlah cerita sebenar.
”Sorry pasal semalam tu..” Nazifa meminta maaf. Faris tersentak dan menoleh.
”It’s okay..nothing actually..” ujar Faris lembut. Nazifa berasa lega. Rupanya Faris juga seorang yang pemaaf. Senyuman halus menguntum dibibir Nazifa.
”I’m just curious at that time..hmm..thanks sebab tak ambil hati..” kata Nazifa lagi.
“Tak apa. Lagipun, benda dalam kotak tu bukan something yang menarik pun. It’s just barang lama I..segan I nak kasi you nampak..” Faris cuba tertawa kecil untuk menyembunyikan rasa berdebarnya. Harap-harap Nazifa dapat lupakan peristiwa semalam.
”Oh, okey. I understand..” ujar Nazifa. Faris menarik nafas lega.
”Hmm..I dah lupakan apa yang I nampak semalam!” selamba Faris berkata dengan tiba-tiba membuatkan mata Nazifa terbelalak.
Serta-merta memori dalam kepala otaknya teringatkan kembali peristiwa tak terduga semalam, ketika Faris memecah masuk ke dalam bilik dan nampak dia berkemban. Dan juga, kebodohannya kerana memeluk Faris semalam hanya kerana seekor lipas!
Nazifa menggigit bibir lalu pipinya terasa panas. Memang memalukan! Dah lupa, tapi kenapa nak ungkit pulak? Nazifa tidak puas hati. Dia termanggu-manggu sendirian tanpa kata. Faris terasa ingin ketawa tetapi ditahan seboleh-bolehnya.
”Don’t ever remind me again about that..” Nazifa tunduk, tidak mahu menatap pandangan mata Faris yang sedang menjamahnya. Suasana hening seketika antara mereka.
”Lagi? You fikir apa lagi?” soal Faris lagi. Nazifa tersentak lalu berfikir seketika.
”Fikirlah. Ingat nak further study. Atau nak kerja dulu..” jawapan yang tiba-tiba terlintas di benak Nazifa. Tapi, memang pun Nazifa pernah memikirkan mengenai perkara ini sebelum ini. Faris mengeluh kecil.
”Buat apa nak sambung belajar? You dah jadi isteri I..I rasa, kalau you nak sambung belajar or kerja untuk mencari duit, tak payahlah. I boleh sara you. I have money..” getus Faris dengan selamba tanpa memikirkan perasaan Nazifa.
”Kenapa pula saya tak boleh sambung belajar? Kalau saya nak kerja pun, awak tak boleh halang..ini kehendak saya..” Nazifa tiba-tiba membalas. Serius wajahnya menentang wajah Faris.
Lelaki itu menoleh sekali lagi. Faris sedar Nazifa sudah berubah. Isterinya itu sudah menukar bahasa panggilannya sebelum ini kepada ’saya dan awak’. Hati Faris tiba-tiba rasa seronok. Moodnya bertukar baik, namun sengaja dia bersikap serius kerana ingin melihat reaksi Nazifa.
”I’m your husband..sebab tu you kena dengar cakap I..” ringkas jawapan Faris membuatkan Nazifa berasa tidak puas hati.
”Kalau awak tak nak kerja, buat apa awak nak seret saya sekali dalam hal awak? Saya nak kerja, saya ada cita-cita saya sendiri!” bantah Nazifa. Muncung mulut Nazifa ketika itu.
Memang Nazifa juga pelik kenapa Faris tidak bekerja setelah tamat belajar. Dia tidak bosankah duduk dirumah? Hari-hari menghadap televisyen, keluar melepak bersama kawan-kawan, makan dan tidur. Bosan betul rutin Faris itu jika difikirkan.
”I tak nak kerja sebab I malas lagi nak cari kerja. Lagipun, duit I berlambak lagi. Sampai mati pun tak habis makan..you duduk rumah aje, jadi isteri yang baik..” kata Faris lagi, sengaja ingin mengusik.
Hati Faris berbunga-bunga memikirkan keadaan rumah tangga mereka di masa hadapan. Nazifa sebagai suri rumah yang menjaga segala makan pakainya. Bahagianya.
Nazifa menarik nafas dalam-dalam. Ini sudah melampau. Sakit hati Nazifa apabila keinginannya ditolak. Tiba-tiba Nazifa rasa tercabar dengan kata-kata Faris.
”Itu bukan duit awak sendiri!! Nak harapkan harta mak bapak aje..pernah ke awak rasa susahnya cari duit? Pernah awak rasa perasaan macam mana orang yang bekerja bersusah-payah untuk sesuap nasi? Sebab itulah perangai awak ni macam ni..sombong, bongkak dan suka membangga diri! Sebab awak tak pernah kenal erti kesusahan!!” Nazifa menghamburkan kata-kata tersebut tanpa mengetahui yang hati Faris sedang terbakar ketika itu.
Suaminya itu kelihatan memejamkan mata dengan nafas yang tertahan-tahan. Ternyata Faris sedang menahan rasa marah. Perasaan bahagia yang dirasainya tadi terus hilang dalam sekelip mata. Panas barannya kembali. Sanggup Nazifa berkata begitu padanya?! Faris sakit hati.
”Shut up! I know myself well. You don’t need to tell me. You pun tak pernah cari duit sendiri, you pun kaya kan? Family you pun kaya..so, apa yang you nak lagi? Sanggup pulak nak susah payah kerja. Orang miskin memanglah kena kerja sebab dia orang tu tak ada duit. Kita orang kaya. Dah ada duit. So, you nak susah-payah apa lagi?” jerit Faris tiba-tiba membuatkan Nazifa tersentak.
“Sebab itulah saya nak kerja! Saya nak rasa perasaan tu. Lagipun, memang cita-cita saya nak hidup macam orang lain. Banyak yang saya nak buat dalam hidup saya. Tapi, sebab awaklah segala-galanya musnah. Awaklah penyebab saya tak dapat tunaikan segala keinginan saya! I’m still too young, tapi dah kena kahwin dengan awak! Masa awak perangkap saya dulu, ada awak fikir pasal saya? Tak, kan? Awak hanya pentingkan keinginan awak aje.
You are selfish! Saya sepatutnya membenci awak sampai mati! Sebab awak juga, hubungan saya dengan family saya terputus! Semua sebab awak! Tapi, kenapa saya tak boleh nak benci awak sekarang? Tell me why?! Why? What is happening to me? Saya sepatutnya membenci awak! Dendam dengan awak..tapi kenapa?? Kenapa?? Why can’t I hate you now?!” Nazifa bersuara dengan linangan airmata membuatkan Faris terkedu dalam rasa bersalahnya.
Tangisan Nazifa berlagu sendu. Pilu yang mencengkam hatinya ketika ini sudah tidak dapat ditahan lagi. Perlahan-lahan dia tunduk memandang kakinya. Airmata laju menuruni pipi gebunya.
Faris terdiam. Dia sedar sekarang. Betapa gadis itu terseksa dengan perbuatannya. Kerana mementingkan diri sendiri, dia tega memusnahkan segala impian yang dibina oleh gadis tercintanya itu. Ah! Betapa aku bersalah. Mengapa dulu aku jadi buta? Kerana keinginan memiliki Nazifa, aku mengetepikan segala-galanya termasuk perasaan Nazifa sendiri. Faris tunduk juga memandang lantai. Tiada kata-kata yang terucap, hanya rasa bersalah yang sering menjenguk jiwanya.
”Can you tell me now? Kenapa saya jadi macam ni? Kenapa saya sanggup jadi orang bodoh sekarang? Kenapa saya tak boleh benci awak? Saya cuba benci awak macam dulu, tapi tak boleh..” kata Nazifa lagi dengan esakan yang menjadi-jadi. Dia tidak sedar yang dia sedang meluahkan rasa cintanya yang mula berputik buat Faris.
”I am so sorry, sayang..I’m really sorry..please forgive me. Sebab buatkan hidup sayang merana begini..” Faris menghampiri Nazifa lalu dipeluknya tubuh itu erat. Nazifa juga tidak menolak, hanya terus menangis didada Faris.
Kini dia rasa selamat. Dia rasa aman. Tetapi, dia masih keliru dengan perasaannya tanpa mengetahui hakikat bahawa dia sebenarnya sudah jatuh cinta pada Faris.
"I love you.." bisik Faris penuh syahdu. Dan sebuah ciuman sayang hinggap di dahi Nazifa membuatkan gadis itu rasa bahagia dan disayangi.
p/s : maaf ye pendek sikit n3 kali ni..huhu..idea xdtg2 nk smbung.. ^^

huhuhu.. bez2!!
ReplyDeleteso.. bermula la kisah cinta faris dan nazifa!! wee~~
ape yg faris sembunyikan tuh???huaaaaa nak tau..nak tau...huaaaaaaaaaaaa...and now..cinta mereka suda bersemiiiii..beshhh :)
ReplyDeleteape la faris smbunyikan neh.. misteri sungguh.. xsaba tgu next n3..
ReplyDeletebestnya....nazifa dh mula sayang faris.ni yg teman suka ni...cpt2 smbg yer
ReplyDeleteerm..mst 2 rahsia faris perangkap Ifa kan...
ReplyDeleteFaris tak pnah kan sntuh Ifa..haha
best2!! smbg lg tau!! Zazz..huhu
hohohoh....
ReplyDeletenak faris ngn ifa brcnta...
br la mrk stat dr skrng...
stat knal ati msing2...
faris baik orngnya...
best2x...
waduh..besh banget...
ReplyDeletesukenyeeeeeeeeeeeeeeeee.................
benci dah jd sayang tu...
nak lagi..nak lagi...nak lagi
persoalan 'entah bile cinta bersemi' dh trjawab...iaitu pd bab 20 cite 'entah bile cinta bersemi'...wakakakak
ReplyDeletehohohohooooooo..mmg best laa..hahahhaa cinta dh besemi...puas atiii!! :) tq sis sbb upload...muahhhhh :P
ReplyDeletebest3..smbung lgik..hehehehe
ReplyDeletehohhohoh...
ReplyDeleteitu_aku likes..
cpt smbung ea
suke suke nak lg nak lg...
ReplyDeleteifa dah syg dgn faris...
faris pun jgn ler baran sgt,kesian kat ifa..
suke ar dgn karya2 kat blog ni terutamanya cite ni...suke sgt,...lain dr yg lain..
teruskan berkarya,,,=)
ya ya nak ifa dgn faris bercinta...
ReplyDeleteape2 hal pun nak ifa dgn faris jugak hehehee..
yeah...
ReplyDeletewaiting..
waiting...
akak..
nak lagi..
nggeee~~
best....sambung lagi hehe
ReplyDeletedalam kotak tu ialah gambar2 bogel ifa masa dia kena culik ngan faris dulu kan? yang digunakan faris untuk peras ugut ifa supaya ifa kawen ngan dia kan? kan? sebab tu faris nak bakar benda tuh
ReplyDeletebest...hmm cepat sambung. tak tau nak komen apa dah. hehehe. teruskan usaha.
ReplyDeleteakhir sudah penantian...dh lama tunggu...thanks....biarlah kasih dia org betul2 kuat dulu baru kita buka rahsia apa dlm kotak tu n rahsia faris...best sikit...bila ye ifa nak ngaku perasaannya pd faris..x sabar rasa.....new n3 lg.....best
ReplyDeletecite nie mkin menarik...
ReplyDeletex saba nk 2gu n3 seterusnya
next n3 plisss..haha best2..
ReplyDeletexsbr nak tau n3 strusnyee.. :)
Salam...
ReplyDeletebila nak post n3 baru,,.
tiap2 hari jenguk blog ni...
rindu dgn faris dan ifa...
on the way~ ^^
ReplyDeletecptla smbg agi...
ReplyDeletecurious la tntg kotak 2... hope xd hati yg terluka la..
xd ke part wife dy sakit2,....nanti blei faris jge time sakit.. kan bes 2